The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainnajihah00, 2022-05-17 10:29:14

Buku Cerita Kanak-Kanak (272827)

SBLM1023 (O) A212

Si Tiga

kARIB

Ainnajihaha

Buku ini milik:

Di sebuah sekolah, terdapat tiga orang murid yang
sangat dikenali dengan panggilan Si Tiga Karib. Mereka
ialah Mamat, Ali dan Pian. Di sekolah, mereka sentiasa
bertiga walaupun di mana sahaja mereka berada.




Ali Mamat Pian

1

Ini Mamat. Dalam Si Tiga Karib, Mamat yang paling
keras kepala tetapi dia seorang sahabat yang baik dan
mudah bergaul.




Hai! Saya Mamat.
Saya yang paling
kacak dalam Si Tiga
Karib. Hahaha.

Mamat

2

Ini pula Ali. Dalam Si Tiga Karib, dia yang paling ceria
dan positif serta suka membantu. Bak kata rakan-rakan
sekelas, Ali ialah pari-pari dalam Si Tiga Karib.

Perasan je kau, Mat.
Hahaha. Hai, saya Ali.
Saya yang paling baik
dalam Si Tiga Karib.




Ali

3

Ahli yang terakhir dalam Si Tiga Karib ialah Pian.
Pian juga sahabat yang baik dan suka membantu
tetapi dalam Si Tiga Karib, Pian seorang sahabat
yang paling sensitif.




Bukan main eh Mamat, Ali,
angkat bakul nampak. Hahaha.
Hai semua, sayalah Pian. Dalam
Si Tiga Karib, kalau Mamat kacak,

Ali baik, saya pula cerminan
mereka. Hahaha.



Pian

4

Pada suatu hari, ketika Mamat melintasi bilik guru, dia terdengar
daripada gurunya bahawa pihak sekolah akan mengadakan
perkhemahan untuk semua murid darjah lima pada hujung
minggu di sebuah Hutan Simpan. Mendengar sahaja perkara itu,
dengan bersemangat, Mamat terus berlari ke kelas untuk
memberitahu dan mengajak Ali dan Pian supaya menyertai
perkhemahan tersebut.




Betul! Tahun depan
pun kita dah tamat
sekolah. Elok sangat
kita sertai tahun ni.

Mamat Menarik juga. Kita Ali
bertiga pun belum per
nah
Pian
sertai perkhemahan 5
bersama-sama.

Ali! Pian! Tadi aku lalu
bilik guru. Aku dengar
hujung minggu ini, pihak
sekolah nak anjurkan
perkhemahan untuk kita

semua. Jom pergi!

Hari yang dinantikan telah tiba, seperti yang telah
dipersetujui, Si Tiga Karib menyertai perkhemahan
sekolah yang diadakan di Hutan Simpan. Pada hari
pertama, aktiviti perkhemahan berjalan dengan
lancar. Mamat, Ali dan Pian berada dalam satu
kumpulan dan ditempatkan di dalam sebuah
khemah yang sama. Mereka sangat gembira dan
tidak sabar untuk menjalankan aktiviti bersama.

Hore! Akhirnya
sampai juga.

Pian Mamat Ali

6

Pada hari kedua perkhemahan, pada pagi yang tenang, di
dalam khemah, tiba-tiba Mamat menjerit kemarahan
menyebabkan Ali dan Pian terkejut. Ali dan Pian bertanya
kepada Mamat apa yang menyebabkan tiba-tiba dia marah
sedangkan tiada apa-apa yang berlaku. Rupa-rupanya baju
program perkhemahan yang hendak dipakainya pada hari
tersebut hilang.

Aku pun. Mana ada Mat? Weh! Baju aku
Ni baju Yang aku pakai ni hilang. Mana baju
aku. aku ni? Kau orang
baju akulah.
ambil eh?




Pian

li Mamat

7

Disebabkan emosi yang tidak stabil, Mamat secara tidak
langsung memberitahu Cikgu dengan menuduh sama ada Ali
atau Pian yang mencuri bajunya dengan memberi sebab
bahawa mereka satu khemah yang sama. Maka, Pian berasa
tidak puas hati dengan tuduhan tersebut menyebabkan
Mamat dan Pian bergaduh. Walau bagaimanapun, Ali masih
positif dan cuba menenangkan Pian.

Sabar Pian, Ali Eh, kenapa kau tuduh Cikgu, saya rasa
sedang sedih kami pula? Kami boleh Ali atau Pian curi
juga tu baju dia sahaja nak tolong cari
baju kau. Kalau baju kau baju saya.
hilang. hilang pun, janganlah

sebarangan tuduh.



li Pian

Mamat

8

Walaupun telah ditenangkan oleh Cikgu, Mamat dan Pian
masih bermasam muka. Walau bagaimanapun, mereka
ditetapkan untuk kekal berada dalam kumpulan yang sama.
Hari tersebut merupakan hari yang melibatkan aktiviti dalam
hutan dan mereka dikehendaki meneroka hutan mengikut
kumpulan masing-masing.

Huh! Ikut suka
sahaja menuduh

orang.

Pian

l

i li
li

9

Setelah satu jam meneroka hutan, tiba-tiba, kaki Mamat tersadung akar pokok
yang besar dan menyebabkan kakinya luka. Pada mulanya, Pian tidak
menghiraukan kecederaan Mamat apabila mengingatkan pertuduhan Mamat
kepada mereka. Hanya Ali sahaja yang melihat keadaan Mamat. Namun, melihat
Mamat mengerang kesakitan, telah menimbulkan perasaan setiakawan yang
sedia ada dalam persahabatan mereka menyebabkan Pian dengan rela hati
turut membantu membersihkan luka Mamat dan memapah Mamat bersama-
sama sehingga selesai perjalanan menuju ke tapak perkhemahan walaupun
dengan muka yang masam.

Kau boleh Marilah kami
jalan tak bantu kau
Mamat? jalan.

Pian Aduh
sakitnya,
Ali
li argh.



10

Menjelang waktu mandi, ketika Mamat hendak mengambil
baju di dalam beg, tiba-tiba dia menjerit sekali lagi. Kali ini
membuatkan Ali dan Pian terkejut untuk kedua kalinya lalu
Pian bertanya “Kau kenapa Mamat, barang kau hilang lagi ke?”
Rupa-rupanya, Mamat menjerit bukan kerana marah tetapi dia
sendiri terkejut bahawa baju yang hilang pagi tadi, rupa-
rupanya terselit di celahan begnya.

Weh kau o
rang!

Baju aku dah
jumpa.



Pian

li

Mamat

11

Mamat dengan perasaan malu, meminta maaf kepada Ali dan Pian
lalu mengucapkan terima kasih kerana membantunya ketika dia
jatuh di dalam hutan. Hakikatnya, Ali dan Pian tidak berasa dendam
atau marah kepada Mamat, mereka hanya berasa kecewa dan sedih
dengan tingkah laku Mamat yang menuduh tanpa usul periksa.
Lantas, mereka bertiga saling berpelukan dan saling menasihati
serta meminta maaf antara satu sama lain.

Tidak mengapa Aku minta maaf Aku minta maaf, Pian.
Mamat, kami juga sebab

Aku minta maaf, Ali.
faham keadaan terlalu mengikut
kau tadi. emosi tadi. Terima kasih tolong aku
tadi walaupun aku tuduh
kau orang curi baju aku.

Pian Mamat

li 12

Dengan serentak mereka berkata,

“Inilah persahabatan,
terapung sama hanyut,
terendam sama basah.”




13

Glosari

Karib Kawan rapat/ Hubungan yang erat

Keras Kepala Degil/ Tidak mahu mengalah
Sensitif
Hore Mudah tersinggung (perasaan,
peribadi, dll)

Menyatakan rasa suka/ Gembira

Weh Kata untuk menarik perhatian orang

Terapung sama hanyut, Kesenangan atau kesusahan
terendam sama basah bersama-sama ditanggung

li

14

Buku Cerita Kanak-Kanak

Buku cerita ini mengisahkan persahabatan tiga
orang murid. Di pertengahan cerita, terdapat
konflik yang berlaku di antara mereka. Adakah
mereka berbaik semula ataupun persahabatan

mereka berakhir begitu sahaja?

Pian li

li

Diterbitkan Oleh: 1403200014300
Kami Bukuholic Sdn. Bhd.
E-mel: [email protected]
Laman web: www.kamibukuholic.com.my
Tel: +601-2345678 Faks: +608-7654321
Hak cipta © Kami Bukuholic Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version