Isi Kandungan
BIL. TAJUK MUKA
SURAT
1. Kata Aluan Pengarah Politeknik Kota Kinabalu
• En. Dullah Bin Muluk A.D.K 2
2. Kata Aluan Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Kota Kinabalu 3
• En. Abdul Razak Bin Mohd Daim
3. Kata Aluan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik 4
• Ts. Noranazizi Bin Abdullah 5
6
4. Kata Aluan Pengarah Program
• Ts. Zulkifli Bin Md. Yunus
5. Pengenalan Program
6. Ringkasan Program 7
7. Aturcara Program 26
8. Jawatankuasa Pelaksana 27
KATA ALUAN
PENGARAH POLITEKNIK KOTA KINABALU
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam PKK Aspirasiku.
S etinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Karnival
Akademia 4.0 bagi Sesi I:2022/2023 dapat dijalankan dengan jayanya.
Karnival Akademia merupakan acara tahunan yang telah tercatat pada takwim Politeknik
Kota Kinabalu sejak dua tahun yang lalu. Penganjuran kali ke-4 ini memperlihatkan
sekurang-kurangnya dua belas (12) aktiviti utama telah dijalankan sepanjang tempoh
program oleh semua jabatan akademik di Politeknik Kota Kinabalu. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik selaku pengelola program pada kali ini.
Selain itu, setinggi-tinggi tahniah juga kepada jabatan-jabatan akademik yang lain kerana
telah melaksanakan aktiviti jabatan masing-masing dengan cemerlang.
Program-program yang dilaksanakan semasa Karnival Akademia dilihat sangat
bertepatan dengan Pelan Strategik Politeknik Kota Kinabalu 2021-2025 iaitu Misi 1
Memperkasa Strategi dan Inisiatif bagi melonjak Politeknik Kota Kinabalu ke arah
kecemerlangan bakat TVET. Ini adalah kerana TVET memainkan peranan penting
sebagai salah satu pemangkin untuk membangunkan bakat berkemahiran tinggi bagi
memenuhi keperluan ekonomi dan demi mencapai matlamat negara yang makmur,
inklusif dan mampan. Melalui ekosistem TVET yang kukuh, negara akan dapat
menyelesaikan isu kebergantungan kepada tenaga kerja asing, membasmi isu keciciran
akademik kalangan generasi remaja, mengurangkan jurang antara kualiti graduan dan
keperluan industri, meningkatkan kemahiran komuniti di kawasan luar bandar serta
menjadikan TVET pilihan utama pelajar.
Saya berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran dan ilmu pengetahuan pelajar dapat
ditingkatkan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti dalam program ini. Penganjuran Karnival
Akademia ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan kelancaran program agar
lebih efektif dan sistematik dalam perancangan penggunaan dana kewangan serta tenaga
kerja pentadbir aktiviti di peringkat Politeknik Kota Kinabalu.
Sekian, terima kasih.
DULLAH BIN MULUK, A.D.K
Pengarah
Politeknik Kota Kinabalu
2
KATA ALUAN
TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam PKK Aspirasiku.
A lhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada seluruh Jawatankuasa Kerja yang bekerja keras dan bertungkus-lumus
bagi menjayakan Program Karnival Akademia Politeknik Kota Kinabalu Sesi
I:2022/2023 ini meskipun terhimpit dengan tugasan-tugasan yang lain. Saya juga ingin
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung memberikan kerjasama serta menyumbang tenaga
dalam menjayakan program ini.
Program Karnival Akademia ini diadakan sebagai satu platform untuk jabatan akademik
di Politeknik Kota Kinabalu menjalankan program bersama di jabatan masing-masing
yang melibatkan pelajar dari pelbagai semester. Selain itu, program ini dijalankan untuk
meningkatkan kemahiran sekaligus ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang masing-
masing. Ia adalah lebih efisien untuk menggabungkan semua program ke dalam satu
program tunggal sahaja. Program ini sekaligus dapat menyelesaikan masalah yang wujud
untuk melaksanakan rancangan program jabatan khasnya aktiviti atau program yang
membabitkan pertandingan, kerana semua tenaga kerja dapat berfungsi secara
maksimum berbanding pelaksanaan aktiviti jabatan yang diadakan secara berasingan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan
penghargaan tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Besar harapan saya agar program seperti ini dapat mengatasi kesukaran penyelarasan
dan pemantauan daripada pihak pentadbir. Semoga segala bentuk kerjasama dan
komitmen yang terjalin dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi menjayakan
program seumpamanya.
Sekian, terima kasih.
ABDUL RAZAK BIN MOHD DAIM
Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Kota Kinabalu
3
KATA ALUAN
KETUA JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam PKK Aspirasiku.
A lhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya maka
Program Karnival Akademia Politeknik Kota Kinabalu bagi Sesi I: 2022/2023
telah dapat disempurnakan dengan baik.
Terima kasih atas kepercayaan yang di berikan kepada Jabatan Kejuruteraan Elektrik
untuk mengelola Program Karnival Akademia bagi Sesi I:2022/2023. Kerjasama dan
penglibatan daripada semua jabatan dari segi penganjuran pelbagai aktiviti akademik
tentunya telah menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan program karnival
akademia pada sesi kali ini. Saya percaya penganjuran program ini adalah salah satu
medan untuk para pelajar menunjukkan potensi diri dan pastinya memberikan
pengalaman dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar melalui aktiviti-
aktiviti yang telah disertai.
Akhir kata, sekalung penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada
jawatankuasa pelaksana program serta semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sokongan padu dan kerjasama
yang hebat tanpa mengira masa daripada semua yang terlibat, adalah sumber kejayaan
pelaksanaan program ini. Semoga dengan sempurnanya penganjuran Program
Akademia ini, ia dapat menyumbang kepada pencapaian misi dan visi Politeknik Kota
Kinabalu dalam melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan mampu berdaya saing
dalam mendepani cabaran masa hadapan dan menyumbang kepada pembangunan
negara bangsa.
Sekian, terima kasih.
Ts. NORANAZIZI BIN ABDULLAH
Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Kota Kinabalu
4
KATA ALUAN
PENGARAH PROGRAM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam PKK Aspirasiku.
S egala pujian dan kesyukuran yang tidak terhingga diucapkan kepada Allah
SWT dengan ucapan Alhamdulillahi Rabbil A’lamin. Dengan limpahan
rahmat-Nya, Program Karnival Akademia Politeknik Kota Kinabalu bagi
Sesi I:2022/2023 berjaya dilaksanakan.
Penganjuran Program Karnival Akademia ini amat bertepatan dengan Lonjakan Pelan
Pembangunan Malaysia 2015 – 2025. Selari dengan pelan tersebut, antara objektif
program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan
pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sepanjang program ini berlangsung,
jabatan-jabatan akademik di Politeknik Kota Kinabalu telah mengadakan pelbagai aktiviti
seperti pameran, pembentangan projek pelajar, pertandingan video kreatif, pertandingan
kemahiran rekreasi, Festival Kesenian Islam dan beberapa lagi aktiviti-aktiviti yang
menarik dan berintensiti tinggi.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus, terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung terutamanya semua ahli jawatankuasa dalam Program
Karnival Akademia anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Semoga kerjasama seperti ini
akan berterusan dalam mana-mana program ilmiah akan datang. Semangat kerjasama
seperti ini adalah sesuatu yang amat membanggakan demi merealisasikan slogan
Politeknik Kota Kinabalu iaitu PKK Aspirasiku.
Akhir kata, semoga program ini dapat menjadi satu platform percambahan kemahiran dan
pengetahuan untuk melahirkan graduan politeknik yang cemerlang dan holistik serta
seimbang dalam semua bidang.
Sekian, terima kasih.
Ts. ZULKIFLI BIN MD YUNUS
Pengarah Program
Karnival Akademia
Politeknik Kota Kinabalu
5
PENGENALAN PROGRAM
K arnival Akademia merupakan program akademik yang dianjurkan oleh
Politeknik Kota Kinabalu (PKK) pada setiap semester. Program ini akan
melibatkan penyertaan pelajar daripada jabatan akademik dan sokongan
PKK iaitu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Pengajian Am
dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Program ini akan melibatkan penyertaan pelajar
dari pelbagai semester di semua jabatan akademik yang terlibat. Pada sesi ini program ini akan
dijalankan bermula pada 25 September hingga 6 Disember 2022 dan diterajui oleh Jabatan
Kejuruteraan Elektrik. Karnival Akademia pada sesi ini mengangkat tema “Integrasi Akademia
Pemangkin Kecemerlangan TVET”. Penganjuran program ini adalah sebagai satu platform
untuk semua jabatan akademik dan sokongan menjalankan program bersama di jabatan masing-
masing. Program sebegini dapat memberi pendedahan kepada pelajar yang terlibat dalam
program untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Selain itu,
program yang dianjurkan serentak bagi seluruh jabatan ini diadakan bagi meningkatkan
produktiviti dan kelancaran program di peringkat politeknik. Pengurusan program dapat dibuat
dengan lebih efektif dan efisien dengan menggabungkan pengurusan semua program ke dalam
satu program induk. Antara objektif penganjuran Karnival Akademia Sesi I:2022/2023 ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran pelajar melalui program dan aktiviti yang dijalankan,
meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar melalui program dan aktiviti yang dijalankan serta
menyelaras program agar dapat dilaksanakan secara lebih efektif, efisien dan sistematik.
Dengan penganjuran program ini, adalah diharapkan agar perancangan dan pelaksanaan aktiviti
akademik di PKK dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan holistik serta sokongan
penggunaan dana kewangan dan tenaga kerja pentadbir aktiviti.
6
PROGRAM ELECTRICAL INNOVATION AND EXHIBITION
(EINOVEX)
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
P rogram Electrical Innovation and Exhibition (EINOVEX) kali ke-8 Sesi I:2022/2023
yang diketuai oleh En. Tan Kooi Lim merupakan satu platform untuk pelajar
Jabatan Kejuruteraan Elektrik menunjukkan hasil akhir projek pelajar setelah
mengikuti dua kursus berterusan iaitu DEE40082 (Projek 1) dan DEE50102 (Projek 2) yang
memaparkan kemahiran psikomotor pelajar. Melalui program ini juga, pelajar turut dapat
mengasah dan menguji kemahiran berkomunikasi diri melalui pembentangan hasil akhir
rekacipta pelajar. Keberhasilan perlaksanaan program ini penting kerana ia dapat menunjukkan
kemahiran teknikal, kerja kumpulan, kepimpinan, bakat dan kreativiti pelajar sepanjang proses
mencapai objektif kursus projek 1 & 2 serta kursus-kursus yang berkaitan.
Antara objektif program ini adalah:
1. Menyediakan platform kepada kumpulan pelajar semester akhir yang terlibat dengan
kursus DEE50102 mempersembahkan hasil projek dan menerima maklum balas daripada
panel industri.
2. Mempamerkan hasil akhir projek pelajar JKE yang berpotensi untuk diketengahkan kepada
umum dan boleh dikomersialkan.
3. Memenuhi Key Performance Indicator (KPI) Politeknik melalui Pertemuan Penceramah
atau Pensyarah Industri (PPI) dan kolaborasi dengan industri.
4. Melahirkan pelajar yang kreatif, berinovasi, berdaya saing mengamalkan cara kerja yang
bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab sesuai dengan matlamat
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
5. Memilih wakil pelajar yang berpotensi untuk menyertai pertandingan ProjeX di peringkat
PKK dan pertandingan atau pameran luar yang sesuai.
7
8
9
BENGKEL PEMANTAPAN PROJEK AKHIR
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
B engkel Pameran Projek Akhir JKA Sesi I:2022/2023 yang diketuai oleh En.
Sapturani Bin Ladin merupakan program yang melibatkan 3 program di
Jabatan Kejuruteraan Awam, iaitu Program Kejuruteraan Awam (DKA),
Program Teknologi Berasaskan Kayu (DBK) dan Program Ukur Bahan (DUB). Seramai 84 orang
peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester akhir.
Antara objektif program ini adalah:
1. Melatih pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
kejuruteraan awam.
2. Memberi galakan kepada pelajar untuk menghasilkan produk inovasi yang berpotensi
untuk dikomersialkan di luar Politeknik Kota Kinabalu bagi kegunaan masyarakat
setempat.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka dalam
kemahiran kepimpinan (skills of leadership) serta kemahiran insaniah (soft skills) yang lain.
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk bebas bersuara dan menjana pemikiran yang
kreatif dan kritis dalam memberikan pandangan terhadap penghasilan sesuatu produk
inovasi.
5. Menyumbang kepada aktiviti kolaborasi aktif program DKA, DBK, DUB dan Pusat
Pembangunan Teknologi (CoT) dengan syarikat-syarikat kolaborasi aktif.
6. Menyumbang kepada jam pertemuan Pensyarah Jemputan Industri (PPI) setiap program.
10
11
BENGKEL PEMANTAPAN PROJEK AKHIR
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
P rogram Bengkel Pemantapan Projek Akhir yang diketuai oleh Pn. Nur Anita Hanim
Bt Mohd Nizam Crin adalah salah satu aktiviti yang melibatkan pelajar-pelajar
jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang mengambil kursus DJJ50193
Projek 2. Program yang telah dianjurkan ini melibatkan perkongsian ilmu dengan pihak
penceramah dari rakan kolaborasi industri Jabatan Kejuruteraan Mekanikal serta memberi
pendedahan tentang kriteria-kriteria penting dalam pengurusan projek yang tepat dan
penghasilan projek yang berkualiti di kalangan pelajar.
Program ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea dan
mengaplikasikan serta menggunakan kemahiran teknikal dalam program yang mereka ceburi
sama ada dalam bidang mekanikal, pembuatan dan mekatronik. Secara tidak langsung,
program ini dapat menggalakkan pemikiran pelajar bagi mendalami kemahiran rekabentuk
pemikiran (design thinking) dan kemahiran penyelesaian masalah (problem solving) sebagai
persediaan awal kepada pameran projek akhir di Mechanical Engineering Innovation Exhibition
(MIEX).
Antara objektif program ini adalah:
1. Memberikan platform kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang mengambil
kursus DJJ50193 Projek 2 untuk menguruskan projek dengan tepat dan menghasilkan
projek yang berkualiti selaras dengan perkongsian ilmu dari pihak industri.
2. Menggalakkan pemikiran dan meningkatkan kesedaran tentang keperluan rekabentuk
dan inovasi di kalanganpelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu,
Sabah.
3. Memupuk sikap kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan
cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab di
kalangan ahli kumpulan.
4. Dapat membentuk perwatakan dan keyakinan diri pelajar untuk berkomunikasi dengan
golongan-golongan profesional daripada wakil-wakil industri yang hadir.
12
13
KURSUS VISION BOARD
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
K ursus Vision Board ini diketuai oleh En. Mohd Safei Bin Manan bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pelajar tentang matlamat setelah tamat
pengajian menggunakan teknik SMART dan PIES. Pelajar diberi pendedahan
untuk menyusun atur pelan perancangan setelah tamat pengajian sama ada untuk melanjutkan
pelajaran, mencari pekerjaan ataupun memulakan perniagaan.
Antara objektif kursus ini adalah:
1. Mendedahkan pelajar dengan aplikasi pembelajaran dalam industri.
2. Meningkatkan motivasi pelajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang bagi
menempatkan diri dalam cabang kerjaya yang diingini.
3. Membantu pelajar untuk memperoleh gambaran perancangan selepas persaraan.
14
BENGKEL PEMANTAPAN COMMERCE INNOVATION
SHOWCASE 7 (COINS 7)
JABATAN PERDAGANGAN
B engkel Pemantapan Commerce Innovation Showcase 7 (Coins 7) ini diketuai
oleh Pn. Nirazmilah Binti Sulaiman bertujuan untuk mendedahkan kepada
pelajar tentang potensi dan kepentingan kemahiran keusahawanan kepada
pelajar PKK khasnya dan warga PKK amnya. Ini akan seterusnya dapat membudayakan
mentaliti keusahawanan demi melestarikan warga pelajar PKK di dalam mendepani usaha
kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0.
Antara objektif program ini adalah:
1. Mencapai PLO program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, Diploma
Pemasaran dan Diploma Akauntasi.
2. Membantu pelajar dalam memahami kriteria rubrik pemarkahan bagi setiap kategori.
3. Membantu pelajar memantapkan lagi bakat dan cara pembentangan yang berkesan.
15
BENGKEL PEMANTAPAN PROJEX-25
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
B engkel Pemantapan PROJEX-25 ini diketuai oleh En. Muzaffar Bin Mohamed
Sidin merupakan program yang dikendalikan Jabatan Pelancongan dan
Hospitaliti dengan mendapat kerjasama jabatan-jabatan akademik Politeknik
Kota Kinabalu. Program ini merupakan wadah penting kepada semua jabatan akademik untuk
mempersembahkan hasil terbaik daripada projek akhir pelajar dan pensyarah penyelia bagi
setiap jabatan.
Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan visi Politeknik untuk menjadi peneraju institusi TVET
yang unggul. Bengkel ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar melatih kemahiran
kendiri, berfikiran kritikal dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam
mempersembahkan hasil projek akhir mereka. Hasilnya mereka akan mendapat keyakinan dan
sifat percaya kepada diri sendiri bagi menghadapi alam pekerjaan kelak. Secara tidak langsung,
bengkel ini dapat membuktikan bahawa Politeknik Kota Kinabalu dapat menghasilkan graduan
yang kreatif, inovatif, berdedikasi, cemerlang, dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi bagi
melahirkan modal insan yang diperlukan oleh industri dan negara.
Antara objektif program ini adalah:
1. Memberikan platform kepada pelajar tahun akhir dan pensyarah penyelia bagi
mempersembahkan hasil projek mereka.
2. Meningkatkan kesedaran budaya inovasi di kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu.
3. Memupuk sikap kreatif, kritis, inovatif, mengamalkan cara kerja yang bersistem, tabiat kerja
yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
4. Melahirkan pelajar yang berkemahiran, berinovasi tinggi dan berdaya saing selaras
dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
16
PKK VIRTUAL KNOWLEDGE QUEST
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
G olongan pelajar merupakan antara yang paling terkesan dengan penularan COVID-
19 khususnya penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sangat aktif dengan
pelbagai aktiviti di kampus. Perubahan konsep aktiviti atas talian merupakan usaha
dalam menangani norma baharu dan melengkapkan kepelbagaian aktiviti dalam institut ini.
Program PKK Virtual Knowledge Quest ini diketuai oleh Cik Nazrul Shazleen binti Nazri
merupakan program anjuran Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Kota Kinabalu bagi
menyokong dan membuat pengisian kepada Program Karnival Akademia Sesi I:2022/2023.
Program yang telah dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pelajar
Politeknik Kota Kinabalu dalam memperkasakan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Melalui ruang lingkup maya yang luas ini membuka jalan kepada para pelajar untuk menyertai
akiviti secara atas talian bagi mengembangkan kecerdasan, melatih kemampuan berfikir serta
menguji informasi yang dipelajari dalam kehidupan sehari-hari.
Program ini merupakan pertandingan kuiz yang telah dianjurkan atas talian dan terbuka kepada
pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Soalan-soalan daripada Kategori Am, Keusahawanan, Bahasa
Inggeris, Matematik, Pelancongan dan Kejuruteraan bakal menguji pengetahuan pelajar yang
mana merupakan satu program ilmiah yang bermanfaat.
Antara objektif program ini ialah;
1. Memperkasakan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri di dalam pertandingkan di peringkat
institut.
3. Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk mengambil peluang untuk bersaing di peringkat
antarabangsa.
17
18
PROGRAM MINI KARNIVAL SIJIL KEMAHIRAN HOTEL
DAN KATERING
JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
P rogram Mini Karnival Sijil Kemahiran Hotel dan Katering ini diketuai oleh Pn. Nor
Asyikeen Binti Mohammad Amrin merupakan aktiviti di bawah Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti yang dikendalikan oleh Sijil Kemahiran Hotel dan
Katering (KHK). Program ini melibatkan sesi pertandingan Lipatan Napkin, pertandingan
Pengemasan Katil, pertandingan Menghias Kek, pertandingan Memasak Cabaran Black Box,
pertandingan Gubahan Bunga, sesi Ceramah Kerjaya Dalam Bidang Makanan dan Minuman
serta aktiviti jualan oleh pelajar KHK. Program yang bakal dianjurkan ini juga melibatkan
perkongsian ilmu dengan pihak industri perkhidmatan makanan.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada cara pengendalian makanan yang
bersih dan betul sekaligus melayakkan pelajar untuk memiliki Sijil Pengendalian Makanan. Sijil
Pengendalian Makanan adalah diwajibkan kepada semua pelajar JPH memandangkan mereka
akan mengendalikan makanan sepanjang pengajian dan salah satu syarat dari pihak industri
sekiranya ingin menjalani Work Based Learning (WBL) dan latihan industri di hotel mereka.
Antara objektif program ini ialah;
1. Memberi pendedahan dan pendekatan dalam bidang pelancongan dan hospitaliti, bagi
melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif. Memupuk semangat
keusahawanan yang tinggi di kalangan pelajar.
2. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang Pelancongan dan
Hospitaliti.
3. Mewujudkan platform bagi mencungkil bakat dalam pertandingan yang akan dianjurkan.
4. Melahirkan graduan yang berciri keusahawanan melalui aktiviti jualan.
5. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peluang pendidikan OKU pendengaran di
Politeknik Kota Kinabalu.
19
20
FESTIVAL KESENIAN ISLAM
JABATAN PENGAJIAN AM
F estival Kesenian Islam ini diketuai oleh Ustaz Muhammaddin Bin Mohd Jair
merupakan program yang dijalankan untuk mencungkil bakat yang terpendam
dalam kalangan pelajar Politeknik Kota Kinabalu seterusnya memupuk minat
pelajar kepada hiburan yang berlandaskan syariat Islam.
Festival ini diadakan selama satu hari mengikut tentatif yang dirancang. Terdapat empat aktiviti
yang dipertandingkan iaitu tilawah, hafazan, azan dan nasyid. Ianya terbuka untuk semua pelajar
muslim lelaki dan muslimah perempuan. Semoga usaha murni ini akan diberkati oleh Allah
S.W.T.
Antara objektif program ini ialah;
1. Mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar.
2. Memupuk penghayatan al-Quran dalam diri pelajar Politeknik.
3. Menyemarakkan program yang bercirikan islamik di Politeknik Kota Kinabalu.
4. Melahirkan generasi yang beriman, bertakwa serta cintakan Islam walau dimana jua
berada.
21
PROGRAM DEAF FOR A DAY
JABATAN PENGAJIAN AM
P rogram Deaf for a Day ini diketuai oleh Pn. Noraini Binti Lunchin merupakan
program yang akan memberikan peluang kepada pelajar pekak menonjolkan bakat
masing-masing selain daripada aktiviti akademik. Program ini bertujuan untuk
memberi kesedaran akan wujudnya komuniti pekak di PKK. Program ini akan memberi peluang
kepada pelajar pekak untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan pelajar PKK yang lain.
Program ini juga boleh meningkatkan dan mempromosi pembelajaran dan penguasaan bahasa
isyarat dalam kalangan pelajar PKK.
Penganjuran program ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk membentuk komuniti inklusif
khususnya antara golongan pekak dan pelajar PKK. Program ini juga akan membantu
memperkasakan kefahaman pelajar pekak dalam berbahasa.
Program ini diadakan secara atas talian dan sebanyak tiga pertandingan diadakan iaitu Sing a
Sign, Spell the Sign dan Story-telling. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar termasuk
pelajar pekak. Semua penyertaan adalah individu dan berkumpulan. Aktiviti ini memberikan
pengalaman yang baharu kepada pelajar PKK sekaligus mengurangkan jurang komunikasi
dalam kalangan pelajar PKK dan pelajar pekak.
Antara objektif program ini ialah;
1. Meningkatkan kemahiran bahasa isyarat dalam kalangan warga PKK.
2. Memupuk keyakinan diri pelajar pekak untuk menyertai sebarang pertandingan di PKK.
3. Mengurangkan jurang komunikasi dalam kalangan pelajar pekak dan pelajar normal di
PKK.
4. Mendokong aspirasi Pelan Strategik Politeknik Kota Kinabalu 2021 – 2025.
22
23
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF CABARAN-CABARAN
MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA
JABATAN PENGAJIAN AM
P ertandingan Video Kreatif Cabaran-cabaran Membentuk Masyarakat Malaysia ini
diketuai oleh Cik. Noor Herlina Lee Ling Chuen. Penganjuran pertandingan ini
adalah sejajar dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memberi
penekanan untuk mengimbangi antara ilmu dan akhlak. Aspirasi pelajar dalam PPPM
mempunyai enam atribut: etika dan kerohanian, kemahiran memimpin, identiti nasional,
kemahiran bahasa, kemahiran berfikir, dan pengetahuan. lnilah juga enam atribut bagi pelajar
pada pendidikan tinggi seiring dengan era digital.
Penekanan dan perhatian yang serius terhadap pembangunan masyarakat amat penting kerana
masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama mampu membangunkan negara. Namun,
pelbagai masalah yang wujud dalam kalangan belia akan menjadi cabaran kepada kerajaan dan
pihak-pihak berkaitan dalam usaha untuk membangunkan negara ke arah sesebuah negara
maju. Oleh itu program ini dapat membantu seiring dengan trend terkini dan melahirkan pelajar
yang mempunyai nilai-nilai murni dengan menghasilkan video kreatif berkaitan cabaran-cabaran
membentuk masyarakat Malaysia.
Peserta pertandingan adalah terdiri daripada pelajar Semester 2 yang mengambil kursus MPU
23042 Nilai Masyarakat Malaysia di Politeknik Kota Kinabalu. Pertandingan ini merupakan
platform yang sesuai untuk semua pelajar untuk berkongsi idea, maklumat dan juga ilmu dengan
menghasilkan video kreatif untuk mencapai keperluan untuk membina insan berkebolehan
melalui sistem pendidikan, bagi melahirkan modal insan yang berilmu, berpengetahuan dan
berkualiti dalam mengisi keperluan pembangunan negara yang lebih mencabar pada masa akan
datang.
Antara objektif program ini ialah;
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk meninmba ilmu dan kemahiran bagi meningkatkan
kemahiran pembikinan video kreatif dalam dalam kalangan pelajar.
2. Meningkatkan minat dan kecenderungan pelajar dalam pelajaran sebagai satu norma wajib
dalam akademik.
24
25
ATURCARA
MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPAN KARNIVAL AKADEMIA
SESI I:2022/2023
6 DISEMBER 2022 | SELASA
MASA AGENDA
2.30 petang Ketibaan Pengarah, TPA, TPSA dan KJKE
2.35 petang Nyanyian Lagu
• Negaraku
• Sabah Tanah Airku
2.40 petang Bacaan Doa
2.45 petang Ucapan Aluan
Ts. Noranazizi Bin Abdullah
Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
2.50 petang Ucapan Perasmian dan Penutup
En. Dullah Bin Muluk A.D.K
Pengarah Politeknik Kota Kinabalu
3.00 petang Tayangan Multimedia Karnival Akademia Sesi I:2022/2023
3.15 petang Penyerahan Tugas Penganjuran Program Karnival
Akademia Sesi 2:2022/23
3.20 petang Penutup
Nyanyian Lagu
• Politeknik Malaysia
• Politeknik Kota Kinabalu
3.30 petang Majlis Tamat
26
JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM KARNIVAL AKADEMIA SESI I:2022/2023
JAWATAN NAMA
Penaung Dullah Bin Muluk A.D.K
Penasihat I Pengarah
Penasihat II
Pengarah Program Abdul Razak Bin Mohd Daim
Timbalan Pengarah Program Timbalan Pengarah Akademik
Setiausaha I Ts. Noranazizi Bin Abdullah
Setiausaha II Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Jawatankuasa Perbelanjaan Ts. Zulkifli Bin Md. Yunus
Akaun
Ts. Mohd Zulhasnan Bin Mat
Jawatankuasa Protokol,
Jemputan dan Sambutan Harnida Binti Tukiman
Jawatankuasa Siaraya dan Noor Azliana Binti Mohd Noor
Multimedia
Dollite Anthony Kingan (Ketua)
Jawatankuasa Dokumentasi Ts. Lucian Zaratang
Tan Kooi Lim
Alester G. Jakuil
Asmadi Bin Abd Lamit
Ts. Caroline Dame Siagian (Ketua)
Ts. Syahrunizam Bin Buyamin
Ts. Haji Ismail Bin Asis
Ts. Daniel Kimbin
Shalizan Bin Kadir (Ketua)
Daily Binti Tayok
Haidie Inun
Charles Sumion
Minir Simon
Ts. Shamsiah Binti Salamat (Ketua)
Ts. Chin Ken Leong
Ts. Norimah Binti Jaludin
Siti Salmiah Binti Mohamad Sarip
Ts. Dr. Farah Asyikin Binti Abdul Rahman
27
JAWATAN NAMA
Jawatankuasa Pengacara Majlis Ahmad Khudri Bin Shamsuddin
Grace Jennifer Philip
Jawatankuasa Pembaca Doa Ts. Sabir Bin Mohd Rani
Jawatankuasa Perasmian dan Heznan Bin Hassan
Penutupan (Floor Manager)
Albinus Bernard (Ketua)
Jawatankuasa Persiapan Ts. Nik Mohd Firdaus Bin Nik Sen
Tempat Bernard Fredrerine
Ts. Javadius Bin Bollah
Plazus Bin Moridin
Haji Salimi Bin Salleh
Ts. Bahril Bin Balli
Ts. Benny Doimin @ Mhd Azmi Bin Mohd Zamlan
Jawatankuasa e-Sijil Ts. Jumriani Binti Nongkang (Ketua)
Liew Chia Woon
Safari Bin Nongkang
Mohd Pawzi Bin Mohd Sadri
Afshur Bin Matsud
Jawatankuasa Hadiah dan Nor Arni Zuraimi Binti Md Noar (Ketua)
Cenderahati Marzita Binti Muhamad Tazi
Nor Azura Binti Osman
Rosmawati Binti Othman
Jawatankuasa Jamuan Mohd Khairul Muzhafar Bin Md. Nor (Ketua)
Ts. Nor Aizila Binti Gorep
Ts. Normala Binti Ahmad
Norinah bte Garangon
Wakil Jabatan Petrus Bin Banati @ Fazzerius (JKM)
Sapturani Bin Ladin (JKA)
Ts. Hazizul Bin Mohamed (JKE)
Nirazmilah Binti Sulaiman (JP)
Nor Asyikeen Binti Mohammad Amrin (JPH)
Nina Shenna Kosumin (JPH)
Liza Blasius Golingi (JPA)
Jalleh Bin Bokiom (JMSK)
28