Jun 2020
“Program Duta Guru dibentuk untuk membangunkan “educreators” dari
kalangan “educators”...”
Datuk Ahmad Nizam Salleh, Pengerusi PETRONAS dan Yayasan PETRONAS
1
Isi Kandungan 2
Isi Kandungan 3
3
Strategi Perhubungan Maya 3
Objektif 4
Aktiviti dan Cadangan Garis Masa 4
Kaedah untuk Perhubungan
Alat untuk Perhubungan 5
5
Pendahuluan kepada Program Duta Guru 6
Objektif Program 6
Definisi Pendidikan STEM 7
Kunci Keutamaan Program 8
Hasil Program
Syarat Kelayakan 8
8
Struktur Program 9
Gambaran Ekspedisi Peserta 10
Ekspedisi Dua Tahun
STEM Hub 11
11
Jangkaan untuk Duta Guru 12
Polisi bagi Mencapai Status Duta Guru 12
Kelayakan bagi Mencapai Status Duta Guru 12
Polisi Peruntukan Tatakelakuan Umum 13
Peruntukan Tatakelakuan Umum bagi Peserta 13
Polisi Kehadiran ke Acara 13
Syarat Kehadiran sebagai Peserta 14
Permohonan Cuti atau Ketidakhadiran 15
Polisi Pertukaran Sekolah 15
Pertukaran dalam Daerah yang Sama
Pertukaran ke Daerah yang Lain 16
16
Soalam Lazim (FAQ) 17
Tentang Program 18
Isu Berkaitan Program 18
Logistik
Lain-lain 2
1. Strategi Perhubungan Maya
Selamat datang, para guru! Strategi perhubungan maya ini berfungsi sebagai titik
permulaan bagi ekspedisi Duta Guru dan adalah penting dalam membentuk asas
yang utuh bagi program ini. Strategi ini dibentuk untuk memberi sokongan secara
maya kepada Peserta bagi tempoh ini sehingga tiba waktu bagi hubungan sua muka
pertama kita, iaitu Induksi Kebangsaan.
Pandemik Covid-19 menyeru kita untuk memberi sokongan kepada para guru kita
secara inovatif, dan sejurusnya para pelajar kita dari segi kesejahteraan dan
pembelajaran mereka, dan strategi ini telah diubahsuai bagi keperluan tersebut.
1.1. Objektif
PENJAJARAN
Untuk menjajarkan peserta dengan objektif
dan pendekatan Program Duta Guru.
PEMBELAJARAN
Untuk menyokong Peserta dalam
memudahkan pembelajaran relevan dan
bermakna bagi pelajar pada waktu kemelut
global.
KOMITMEN SECARA KOLEKTIF
Untuk membina rasa kebersamaan dan
komitmen kepada program.
1.2. Aktiviti dan Cadangan Garis Masa
Aktiviti-aktiviti berikut dibentuk berdasarkan objektif yang dinyatakan di atas.
Sila ambil perhatian bahawa garis masa adalah tentatif, dan akan diubahsuai
berdasarkan perkembangan terkini.
No Aktiviti Objektif Garis
Masa
Sesi Maya #1 : Peserta akan mengikuti Jun
1 Pengenalan kepada pendekatan program dan
jangkaan untuk Duta Guru. Julai
Program
Peserta akan mempraktikkan Ogos
Sesi Maya #2 : Memberi strategi yang akan menyokong
pelajar ketika menghadapi krisis.
2 Sokongan Kepada
Pelajar Pada Waktu Peserta akan mengetahui trend
Kemelut
3 Sesi Maya #3 : INSPIRE
3
terkini dalam kerjaya berkaitan
STEM dan bukan STEM melalui
perkongsian oleh pakar-pakar
industri dan guru-guru teladan.
4 Acara Sosial Peserta akan membina hubungan Jun; Ogos
(2 acara) yang lebih rapat dengan ahli
kohort dan Pasukan Program.
Peserta akan mengembangkan Julai; Sept
kemahiran untuk memfasilitasi
5 Komuniti Pembelajaran pembelajaran rakan sebaya yang
Profesional bermakna melalui perancangan
(2 sesi) bersama, fasilitator bersama dan
taklimat sesi Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC)
dengan Pasukan Program.
6 Resource Drive Peserta akan mendapat akses Jun dan
serta menyumbang sumber dan seterusnya
amalan terbaik dalam pengajaran
dan pembelajaran STEM.
Jadual: Cadangan Aktiviti dan Garis Masa
1.3. Kaedah untuk Perhubungan
Kita akan menggunakan tiga cara utama untuk berhubung semasa tempoh ini
sehingga waktu untuk Induksi Kebangsaan.
Kaedah Tujuan
Perhubungan
● Untuk menjajarkan mesej dan informasi yang
Sesi Maya utama
Komuniti ● Untuk membentuk kumpulan kecil untuk belajar
Pembelajaran dan menyelesaikan masalah yang nyata
Profesional (PLC) bersama
Resource Drive ● Untuk berkongsi sumber sedia ada dan amalan
terbaik
1.4. Jadual: Cara Perhubungan
Alat untuk Perhubungan
Jadual di bawah adalah senarai platform yang akan digunakan untuk
membolehkan interaksi ketika sesi maya dan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) dijalankan, dan sekaligus memastikan kelancaran
4
penyampaian maklumat penting yang terkini dan pengurusan sumber secara
sistematik.
Platform Tujuan Nota
G Suite
(Google Meet, ● Kursus dan latihan ● Pautan Google
Gmail, Drive, secara maya Meet untuk sesi
Google Docs) interaksi secara
● Perhubungan dan maya akan dikongsi
Email interaksi secara melalui email dan
maya Telegram
Telegram
● Berkongsi perisian ● Hantarkan email
Facebook ● Pengurusan sumber kepada
[email protected]
● Maklumat rasmi
terkini ● Sertai kumpulan
utama di sini:
● Permohonan rasmi Program Duta Guru
● Soal jawab (Q&A) Kohort 1
● Menghubungkan ● Sertai bilik
semua Peserta perbincangan maya
untuk sesi
● Rumusan maklumat perhubungan maya
terkini di sini: PDG
Perbincangan Atas
● Peringatan Talian
● Soalan jawab (Q&A)
● Pautan untuk
● Menghubungkan menyertai
semua Peserta kumpulan akan
dihantar pada masa
● Perhubungan dan terdekat
interaksi secara
maya
● Berkongsi perisian
dan sumber
Jadual: Alat Perhubungan
2. Pendahuluan kepada Program Duta Guru
2.1. Objektif Program
Menjelang 2030, Program Duta Guru akan membangunkan 4500 orang guru
teladan untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui
pendidikan STEM sebagai asas sebuah negara yang berdaya saing.
5
2.2. Definisi Pendidikan STEM
STEM adalah kurikulum berdasarkan idea untuk mendidik pelajar dalam
empat disiplin tertentu - sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik - secara
antara-disiplin dan melalui penerapan.
STEM menyatukan keempat-empat disiplin tersebut menjadi suatu paradigma
pembelajaran yang bersepadu berdasarkan aplikasi dunia sebenar, dan
bukan diajar sebagai empat subjek yang terpisah dan berbeza.
Oleh itu, STEM Bersepadu harus bermakna penerapan dan integrasi
penerapan Kejuruteraan, sekaligus dengan isi kandungan dan penerapan
Sains dan Matematik (dan juga disiplin-disiplin lain) untuk mereka bentuk
Teknologi yang akan menyelesaikan masalah dunia sebenar melalui
kerjasama dan komunikasi.
2.3. Kunci Keutamaan Program
Untuk mencapai sasarannya, Program Duta Guru dilandaskan berdasarkan
tiga kunci keutamaan yang berikut:
Kunci Keutamaan Tindakan Penting
i. Kursus dan latihan:
1. Mengadakan k ursus peringkat
Memberi sokongan kepada guru daerah setiap tiga bulan dilengkapi
melalui latihan dan sokongan di dengan m odul pembelajaran atas
sekolah dan secara maya talian berdasarkan rentak sendiri
ii. Kandungan: 2. Menyokong dan mengutuhkan
Membentuk pedagogi STEM dan pembelajaran melalui sesi latihan
kandungan kurikukum berkualiti secara sua muka dan secara maya
tinggi bersama guru berpengalaman dan ahli
profesional dari bidang berkaitan
STEM
3. Membentuk dan menyokong PLCs
dalam kalangan guru untuk
membolehkan latihan sebaya,
sokongan profesional dan
pembelajaran
1. Memantapkan atau membentuk bahan
latihan para guru untuk menangani
jurang kemampuan dan melengkapi
sumber sedia ada
2. Menjalankan p rojek inovasi STEM
untuk menggalakkan para guru untuk
menghasilkan bahan-bahan yang
6
iii. Infrastruktur: inovatif dan mengembangkan
Memberi para guru akses kepada kebolehan para pelajar untuk
pengajaran STEM dan sumber menyelesaikan masalah dunia
pembelajaran terkini sebenar
3. Melancarkan dan membina platform
atas talian yang interaktif u ntuk
menyimpan kesemua kurikulum dan
membolehkan pengedaran dan
penciptaan bersama pengisian dan
sumber
1. Menambah baik, melengkapkan, dan
membina S TEM Hub s ebagai pusat
untuk pembelajaran STEM,
perkongsian pengetahuan, dan
sokongan bagi para guru
2. Memberi akses kepada sumber
pengajaran STEM yang dikongsi
(contohnya, peralatan makmal), untuk
kegunaan tetap dan juga pinjaman di
sekolah
3. Membentuk a ktiviti STEM yang
menarik dan praktikal yang
membolehkan para guru menjalankan
pembelajaran yang berdasarkan
penerapan dan pengalaman untuk
para pelajar
Jadual: Kunci Keutamaan Program
2.4. Hasil Program
Melalui ketiga-tiga kunci keutamaan iaitu kursus dan latihan, kandungan dan
infrastruktur, P rogram Duta Guru bertujuan untuk mencapai hasil yang
berikut:
● Para guru yakin dan lengkap untuk mendidik menggunakan KBAT
melalui kaedah pengajaran yang efektif dan moden
● Para guru mengamalkan pembelajaran dan sumber yang dipertingkat
dan diperbaharui semasa pengajaran di dalam kelas
● Para guru belajar secara berterusan melalui komuniti pembelajaran
sebaya yang aktif serta saling bertukar idea dan selalu memberi
maklum balas tentang pengajaran dan amalan pembelajaran yang
efektif
● Para guru mampu meninjau diri sendiri serta bertanggung jawab
terhadap perkembangan profesional mereka, dengan sokongan
daripada sumber Program Duta Guru
7
2.5. Syarat Kelayakan
Untuk layak bagi menyertai Program Duta Guru, Peserta mesti:
● Merupakan guru tetap bekerja dengan Kementerian Pendidikan
Malaysia
● Merupakan guru di sekolah dengan lebih daripada 50% pelajar
mempunyai latar belakang B40
● Mengajar mata pelajaran STEM menengah rendah seperti Sains,
Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas Sains
Komputer (ASK)
Nota: Jika anda tidak mengajar kelas menengah rendah
sekarang, anda mesti mendapatkan kelulusan bertulis
daripada pentadbir sekolah untuk menjamin
sekurang-kurangnya satu kelas menengah rendah untuk diajar
apabila anda menyertai program ini
● Mendapatkan kebenaran daripada Pengetua dan Penolong Kanan
sekolah
● Merupakan guru di sekolah tanpa program istimewa Kementerian
Pendidikan Malaysia seperti STEMEC dan Sekolah Amanah. Sekolah
TS25 adalah dibenarkan
● Belum menerima anugerah Guru Cemerlang - p engecualian bagi
Kohort 1
● Mempunyai baki sekurang-kurangnya 10 tahun dalam perkhidmatan
sebagai guru - pengecualian bagi Kohort 1
3. Struktur Program
3.1. Gambaran Ekspedisi Peserta
Ekspedisi Peserta bermula saat mereka direkrut. Mereka mula dengan
berhubung dan berinteraksi bersama komuniti umum STEM untuk memupuk
minat, komitmen dan kefahaman mereka terhadap STEM. Kemudian, mereka
akan meneruskan perjalanan mereka melalui program selama 2 tahun,
bermula dengan membina asas dan ketahanan, dan kemudiannya
menambah baik keupayaan dan kemahiran, lalu membuktikan kecekapan
berterusan dan akhirnya, berkongsi dan melestarikan impak. Selepas 2
tahun, mereka akan terus memberi impak kepada komuniti STEM di luar
program dengan meneruskan dan mempertingkatkan usaha mereka.
8
Garis Masa Tema
Memupuk Komitmen Bersama
Titik
Permulaan
Tahun 1 Suku 1 & 2: Suku 3 & 4:
Membina Asas dan Ketahanan Menambah Baik Keupayaan dan
Kemahiran
Tahun 2 Suku 1 & 2: Suku 3 & 4:
Membuktikan Kecekapan Berkongsi dan Melestarikan Impak
Berterusan
Selepas 2 Mempertingkatkan Impak
Tahun
Jadual: Ekspedisi Seorang Duta Guru
3.2. Ekspedisi Dua Tahun
Untuk memastikan bahawa Peserta dapat berkembang maju dalam tempoh
dua tahun, pelan menyeluruh merangkumi kursus dan latihan, sokongan,
bimbingan mentor dan sokongan projek akan diberikan seperti berikut:
9
Gambarajah: Ekspedisi Peserta Program (Tahun 1)
Gambarajah: Ekspedisi Peserta Program (Tahun 2)
3.3. STEM Hub
Salah satu komponen teras kepada program adalah untuk menambah baik
infrastruktur melalui STEM Hub dan menggunakan sistem pembelajaran atas
talian yang membolehkan para guru mendapat akses kepada infrastruktur
dan sumber berkualiti tinggi. STEM Hub adalah:
1. Suatu pusat mesyuarat, kursus dan sumber yang menyediakan
kemudahan bagi para guru untuk memenuhi keperluan mereka untuk
10
menerapkan KBAT dalam penyampaian kurikulum berkaitan STEM
seperti Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas
Sains Komputer (ASK).
2. Suatu (i) pusat komunikasi, (ii) pusat pembelajaran berasaskan
pengalaman, (iii) pusat reka cipta, (iv) pusat sokongan dan (v) pusat
pinjaman untuk menyokong program para guru dengan peralatan
yang meningkatkan produktiviti mereka selaras dengan keperluan
tenaga kerja STEM masa kini.
3. Suatu ruang yang membolehkan Peserta untuk bekerjasama dengan
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Pusat STEM Negara serta
rakan pendidikan strategik dalam membentuk ekosistem yang
menjulang profil STEM Malaysia.
STEM Hub akan ditempatkan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
(BTPN) sedia ada secara berperingkat di beberapa negeri sebelum
diperkembangkan ke semua negeri di Malaysia.
STEM Hub akan menjadi ruang di mana para guru boleh berkumpul untuk
belajar bersama, mencipta dan mendapat akses kepada sumber pengajaran
dan pembelajaran STEM. Setiap STEM Hub akan dibekalkan dengan:
1. Teknologi dan susunan asas untuk bilik kolaborasi seperti connectivity
dan projektor.
2. Peralatan studio skrin hijau.
3. Sebuah ruang untuk kit pembelajaran dan permainan berkaitan
STEM.
STEM Hub boleh diakses untuk penggunaan semua guru STEM. Suatu
sistem akan ditempatkan untuk memberi akses kepada Peserta Program
Duta Guru walau di mana mereka berada. Guru lain yang ingin mendapat
akses kepada STEM Hub dialu-alukan berbuat demikian melalui pendaftaran.
Sebagai kurator STEM Hub, Petrosains akan menguruskan pusat-pusat
tersebut dan memberi latihan kepada para guru untuk memelihara
kemudahan secara sepatutnya.
4. Jangkaan untuk Duta Guru
4.1. Polisi bagi Mencapai Status Duta Guru
Sepanjang dua tahun, semua guru yang terlibat dalam program ini akan kekal
sebagai Peserta. Polisi ini merangkumi keperluan Peserta untuk
menyempurnakan Program Duta Guru dengan jayanya dan menjadi seorang
Duta Guru.
11
4.1.1. Kelayakan bagi Mencapai Status Duta Guru
Kelayakan untuk mencapai status Duta Guru termasuk (namun tidak
terhad kepada):
● Melengkapkan 2 tahun pengajaran di sekolah sebagai Peserta
Program Duta Guru.
● Melaksanakan satu projek inovasi STEM.
● Menyerahkan semua tugasan yang diperlukan (contohnya,
data dan penyempurnaan kaji selidik)
● Memenuhi syarat minimum kehadiran ke acara yang wajib
● Mendapat pengesyoran daripada Pembimbing Duta Guru yang
merangkumi:
1) Rekod prestasi profesionalisme yang positif
2) Penyertaan baik dengan Program Duta Guru secara
keseluruhannya
3) Kemahuan dan kebolehan Peserta untuk mewakili
Program Duta Guru sebagai seorang ahli rangkaian
Duta Guru secara positif
4.2. Polisi Peruntukan Tatakelakuan Umum
Polisi ini merangkumi tingkah laku umum yang dijangka daripada Peserta
Program Duta Guru sepanjang tempoh program. Semua Peserta diharapkan
untuk menegakkan tatakelakuan umum yang dianjurkan.
4.2.1. Peruntukan Tatakelakuan Umum bagi Peserta
Semua Peserta Program Duta Guru dikehendaki:
1. Untuk menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi sebagai
penjawat awam.
2. Untuk membuktikan kemahuan dan komitmen untuk mengembangkan
diri dari segi peribadi dan profesional sepanjang interaksi bersama
Pembimbing Duta Guru.
3. Untuk menyerahkan semua tugasan yang diperlukan, termasuk
namun tidak terhad kepada:
a. Data
b. Kaji selidik
4. Untuk melaksanakan hasil latihan dan kursus di dalam kelas
(contohnya, dibuktikan melalui LADAP di sekolah, PLC a tau
pemerhatian daripada Pembimbing Duta Guru).
5. Untuk menyempurnakan satu projek inovasi STEM.
6. Untuk membuktikan penambahbaikan diri pada akhir program
(contohnya melalui pemerhatian Pengetua atau pelajar).
12
4.3. Polisi Kehadiran ke Acara
Polisi ini merangkumi kehadiran Peserta ke acara wajib dan situasi di mana
Peserta perlu memohon cuti atau ketidakhadiran dalam tempoh program
sepanjang dua tahun.
4.3.1. Syarat Kehadiran sebagai Peserta
Peserta Program Duta Guru dikehendaki untuk menghadiri 100%
acara wajib yang dianjurkan oleh Pasukan Program. Peserta mesti
mengekalkan kehadiran minimum sekurang-kurangnya 80% daripada
semua acara wajib untuk layak mencapai status Duta Guru. Ia adalah
tanggungjawab Peserta untuk memaklumkan Pasukan Program di
situasi di mana mereka tidak dapat hadir ke suatu acara.
Sekiranya Peserta tidak dapat hadir ke acara wajib atas sebab-sebab
tertentu, Peserta boleh memohon untuk cuti ketidakhadiran. Peserta
akan dikehendaki untuk melengkapkan suatu tugas gantian untuk
memastikan mereka tidak keciciran dari segi latihan dan
perkembangan berbanding Peserta program yang lain.
Peserta perlu memastikan mereka telah mendapat kebenaran rasmi
bertulis daripada Pasukan Program melalui email berdasarkan rangka
yang dilakarkan di bahagian prosedur bagi polisi ini.
4.3.2. Permohonan Cuti atau Ketidakhadiran
Berikut adalah perihal dan situasi di mana permohonan cuti atau
ketidakhadiran dibenarkan, tertakluk kepada kelulusan daripada
Pasukan Program. Walaubagaimapun, cuti ketidakhadiran tidak boleh
menyebabkan Peserta ketinggalan lebih 20% daripada program:
● Cuti bersalin
● Sakit berpanjangan
● Menjaga atau mengurus tanggungan
● Umrah/ Haji
Peserta yang ingin memohon cuti ketidakhadiran untuk mana-mana
acara wajib perlu menurut prosedur yang dirangkakan di dalam polisi
ini dengan sewajarnya.
No. Tindakan Kaedah Pihak-pihak
1 Peserta untuk memohon Email 1. Peserta
cuti ketidakhadiran Rasmi 2. Pembimbing Duta Guru
dengan alasan yang
munasabah daripada
Pembimbing Duta Guru.
13
2 Pembimbing Duta guru Email 1. Pembimbing Duta Guru
untuk memohon Rasmi 2. Pasukan Program
kelulusan daripada
Pasukan Program.
3 Pembimbing Duta Guru Email 1. Peserta
untuk memaklumkan Rasmi 2. Pembimbing Duta Guru
keputusan tentang
kelulusan dan langkah
seterusnya.
4.4. Polisi Pertukaran Sekolah
Polisi ini berkenaan situasi yang mana Peserta bertukar ke sekolah baru atas
sebarang sebab.
Peserta sangat digalakkan untuk kekal di sekolah yang sama sepanjang
program. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Program Duta Guru
menyedari keperluan bagi sesetengah Peserta untuk pindah ke sekolah yang
baru, sama ada di dalam atau di luar daerah, dalam tempoh program
sepanjang dua tahun. Kemudahan dan fleksibiliti diberikan kepada Peserta
untuk kekal di dalam program selagi syarat-syarat di bawah dipenuhi:
● Syarat kelayakan bagi Peserta kekal sah di sekolah baru.
● Peserta mendapat kelulusan Pengetua dan Penolong Kanan dari
sekolah baru.
● Peserta akan mengajar mata pelajaran STEM menengah rendah
seperti Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas
Sains Komputer (ASK) di sekolah baru.
Jika Peserta bertukar ke sekolah baru, mereka perlu menurut prosedur yang
digariskan dalam polisi ini sewajarnya setelah mendapat surat rasmi
pertukaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
No. Tindakan Kaedah Pihak-pihak
1 Peserta untuk berkongsi Email 1. Peserta
surat rasmi pertukaran Rasmi 2. Pembimbing Duta Guru
dengan Pembimbing 3. Pasukan Program
Duta Guru dan Pasukan
Program, termasuk
sebarang maklumat
tentang isu kelayakan.
2 Pasukan Program untuk Secara 1. Pasukan Program
meninjau isu kelayakan sua 2. Pusat STEM Negara
dan mengambil tindakan muka
yang sepatutnya.
14
3 Peserta untuk Surat 1. Peserta
mendapatkan kebenaran Akuan 2. Pengetua Baru/ Penolong
dari sekolah baru untuk dan Kanan Baru
meneruskan program dan Penerim
dibenarkan untuk aan
mengajar mata pelajaran
STEM menengah rendah.
4 Peserta untuk berkongsi Email 1. Peserta
Surat Setuju Terima Rasmi 2. Pasukan Program
dengan Pasukan
Program.
5 Peserta untuk mengemas Borang 1. Peserta
kini maklumat berkenaan Atas
sekolah baru dan mata Talian
pelajaran.
6 Lihat maklumat berkaitan di bahagian berikutnya untuk langkah
seterusnya.
4.4.1. Pertukaran dalam Daerah yang Sama
No. Tindakan Kaedah Pihak-pihak
1 Peserta untuk Secara 1. Peserta
meneruskan Program sua 2. Pembimbing Duta Guru
dengan Pembimbing muka
Duta Guru yang sama.
2 Pasukan Program akan Email 1. Pasukan Program
memaklumkan pihak Rasmi 2. Pusat STEM Negara
dalaman yang lain. 3. Yayasan PETRONAS
4. Petrosains
4.4.2. Pertukaran ke Daerah yang Lain
No. Tindakan Kaedah Pihak-pihak
1 Peserta untuk Borang 1. Peserta
mencalonkan pengganti Atas
dari sekolah atau daerah Talian
sebelumnya.
2 Pasukan Program Email 1. Peserta
15
memasangkan Peserta Rasmi 2. Pasukan Program
dengan Pembimbing 3. Pembimbing Duta Guru
Duta Guru yang baru di
dalam daerah yang baru. Baru
3 Peserta meneruskan Secara 1. Peserta
program bersama sua 2. Pembimbing Duta Guru
Pembimbing Duta Guru muka Baru
yang baru.
4 Pasukan Program akan Email 1. Pasukan Program
memaklumkan pihak Rasmi 2. Pusat STEM Negara
dalaman yang lain. 3. Yayasan PETRONAS
4. Petrosains
5. Soalam Lazim (FAQ)
5.1. Tentang Program
Adakah program ini sebahagian daripada LADAP? Adakah saya masih
perlu meghadiri LADAP?
Ya, program ini boleh dianggap sebahagian daripada LADAP.
Bolehkah aktiviti Program Duta Guru seperti sumbangan profesional
dibilangkan di dalam Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKM)?
Ya, aktiviti Program Duta Guru boleh disertakan di dalam SPLKPM.
Adakah pencerapan tambahan akan dilaksanakan?
Terdapat sekurang-kurangnya dua pemerhatian kelas setiap tahun.
Pemerhatian tambahan boleh diatur terpulang kepada keperluan Peserta.
Adakah Peserta perlu menyediakan laporan berkala untuk pihak-pihak
tertentu?
Perincian tugasan program akan dimaklumkan semasa Induksi Kebangsaan.
Bagaimanakah Peserta akan dinilai sepanjang program?
Perincian penilaian program akan dimaklumkan semasa Induksi Kebangsaan.
Beberapa penanda kejayaan program boleh merangkumi, namun tidak terhad
kepada yang berikutnya:
● Peningkatan tahap keyakinan diri para guru dalam penghantaran
KBAT dalam sesi pengajaran mereka
● Bilangan interaksi terancang antara Peserta dan pelatih mereka
(secara sua muka, telefon, secara maya)
● Perubahan skor dalam penilaian diri para guru berdasarkan kaji selidik
bagi komponen program yang berlainan
● Peningkatan tahap motivasi dan komitmen para guru berdasarkan
maklum balas kaji selidik
16
● Tahap kepuasan Peserta terhadap sesi kursus, latihan dan mesyuarat
PLC yang dijalankan
Adakah kursus akan dijalankan berdasarkan zon lokasi Peserta atau
mata pelajaran STEM?
Kursus akan merangkumi peringkat kebangsaan dan daerah. Kemungkinan
akan terdapat sesi tambahan yang dijalankan berdasarkan mata pelajaran
STEM tertentu yang boleh menjadi peluang tambahan, yang tidak wajib,
untuk dihadiri oleh Peserta.
Bolehkah Peserta menukar mata pelajaran yang diajar?
Ya, asalkan Peserta mengekalkan kelayakan mereka bagi program -
mengajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran STEM menengah rendah
seperti Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) atau Asas Sains
Komputer (ASK).
Bagaimanakah sesi kursus dan latihan akan dijalankan - di peringkat
sekolah, zon, atau kebangsaan?
Sesi kursus dan latihan akan dijalankan di semua peringkat - sekolah, zon,
dan kebangsaan.
5.2. Siapakah akan menjadi Pembimbing Duta Guru? Adakah setiap Peserta
akan dipasangkan dengan seorang Pembimbing Duta Guru?
Setiap Peserta akan dipasangkan dengan seorang Pembimbing Duta Guru
yang mungkin merupakan guru bersara, bekas guru, SISC+, pelatih
profesional, atau guru Kementerian Pendidikan Malaysia (separuh masa).
Isu Berkaitan Program
Apa yang akan berlaku jika Peserta mengandung atau bersalin dalam
tempoh program dua tahun?
Lihat Polisi Kehadiran ke Acara.
Apakah yang akan berlaku jika Peserta bercadang untuk menyambung
pelajaran ke peringkat Sarjana dalam tempoh program?
Mereka yang masih berminat untuk menyertai program tetapi tidak dapat
dapat memenuhi syarat kelayakan minimum untuk mencapai status Duta
Guru akan ditunda ke kohort yang akan datang sejurus menamatkan
pengajian mereka.
Bolehkah Peserta menarik diri kerana kenaikan pangkat atau beban
kerja yang terlalu berat ketika dalam tempoh dua tahun?
Jika kenaikan Pangkat akan menyebabkan Peserta tidak lagi mengajar mata
pelajaran STEM di sekolah, Peserta boleh menarik diri kerana kandungan
program mungkin sudah tidak lagi relevan bagi Peserta.
Walaubagaimanapun, jika Peserta merasa keberatan kerana tugasan yang
lain di sekolah, sila mohon sokongan daripada Pembimbing Duta Guru atau
Pasukan Program untuk menyelesaikan isu tersebut. Jika Peserta masih ingin
menarik diri setelah mencuba sedaya upaya dengan semua saluran
sokongan yang ada, Peserta boleh berbuat demikian dengan memaklumkan
17
Pasukan Program.
Apakah yang akan berlaku apabila Peserta bertukar ke sekolah yang
baru?
Lihat Polisi Pertukaran Sekolah.
Bolehkah Peserta dikecualikan daripada aktiviti Program Duta Guru jika
mereka mempunyai banyak tugasan dan kerja yang lain?
Lihat Polisi Kehadiran ke Acara.
Apa yang akan berlaku jika Peserta tidak dapat menghadiri sebarang
sesi kursus dan latihan?
Jika Peserta tidak dapat menghadiri sebarang sesi kursus dan latihan,
mereka tidak dapat memenuhi syarat minimum untuk mencapai status Duta
Guru.
5.3. Apa yang perlu Peserta lakukan jika Pengetua tidak menyokong
penglibatan mereka dalam program ini?
Sila kemukakan perkara ini kepada Pembimbing Duta Guru atau Pasukan
Program untuk perbincangan lebih lanjut dan menentukan langkah
seterusnya yang wajar.
Logistik
Dimanakah kursus akan diadakan sepanjang tempoh program?
Kursus Secara Sua Muka
● Daerah - akan diadakan di lokasi yang mudah diakses oleh Peserta
dari zon yang sama atau zon berdekatan.
● Kebangsaan - akan diadakan di lokasi pusat yang mudah diakses oleh
Peserta dari seluruh negara.
● Maklumat lanjut tentang logistik akan dimaklumkan terlebih dahulu
sebelum tarikh latihan.
Kursus Secara Maya
● Peserta boleh menghadiri kursus secara maya melalui platform atas
talian seperti Google Meet, Microsoft Teams, Facebook Live, etc.
● Peserta akan memerlukan sebuah komputer riba/komputer dan
sambungan internet yang stabil untuk mengakses sesi kursus secara
maya.
5.4. Bolehkah Peserta memohon tuntutan perjalanan setiap kali mereka
menghadiri kursus?
Ya, Peserta boleh menuntut perbelanjaan mereka berdasarkan terma dan
syarat yang digariskan di dalam Panduan Tuntutan Perjalanan. Suatu
panduan untuk proses penuntutan yang telah dikemaskini akan diedarkan
terlebih dahulu sebelum tarikh kursus.
Lain-lain
Adakah Pengetua akan dimaklumkan tentang Program Duta Guru?
Ya. Pusat STEM Negara akan memberikan butiran yang diperlukan kepada
sekolah, PPD dan JPN supaya Peserta dapat menghadiri sesi latihan dan
kursus.
18
Adakah pihak pengurusan Program Duta Guru akan menyediakan dana
untuk perkembangan STEM dalam sebarang bentuk di sekolah Peserta?
Tidak. Fokus program adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran para guru
STEM melalui tiga strategi keutamaan; kursus dan latihan, kandungan dan
infrastruktur. Walaubagaimanapun, Peserta sangat digalakkan untuk
memaksimakan penggunaan STEM Hub untuk mendapat akses kepada
alat-alat pengajaran dan pembelajaran untuk menambah baik sesi
pengajaran di dalam kelas mereka.
Adakah penilaian program ini akan mempengaruhi prestasi saya di
sekolah untuk kenaikan pangkat?
Penilaian program ini tidak akan mempengaruhi prestasi atau kenaikan
pangkat secara langsung. Namun begitu, disebabkan program ini bertujuan
untuk meningkatkan tahap kecekapan guru, program ini berharap untuk
menambah baik prestasi guru di sekolah, sekaligus meningkatkan peluang
guru untuk mendapatkan kenaikan pangkat berdasarkan prestasi.
Adakah Peserta Program Duta Guru perlu mengajar pelajar yang sama
sepanjang tempoh program?
Tidak. Peserta dibenarkan mengajar pelajar yang berbeza asalkan mereka
mengajar sekurang-kurangnya salah satu mata pelajaran STEM menengah
rendah seperti Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) atau
Asas Sains Komputer (ASK).
19