The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amiraemyliaaa03, 2024-02-22 10:13:20

BM A_NUR AMIRA EMYLIA BINTI ABDUL RAHIM _TUGASAN 1

Keywords: musang

si musang yang tamak si musang yang tamak Nur Amira Emylia@ a


“Wah! Banyaknya tanamanku kali ini”kata Si Landak. Si Landak merupakan binatang di hutan yang rajin. Hasil tanamannya juga dikongsikan dengan binatang lain di hutan tersebut. 2


Di hutan yang sama terdapat seekor Musang yang banyak tipu muslihat. Walau bagaimanapun Si Landak dan Si Musang merupakan sahabat yang baik. 3


Hari berganti hari, musim sejuk pun tiba. Si Landak yang rajin sudah lama bersedia dengan perubahan musim. Banyak tanamannya yang ditanam sudah disimpan untuk kegunaan pada musim sejuk. Namun, Si Musang hanya bersuka ria hari ke hari tanpa merisaukan musim sejuk yang bakal tiba. Dia mula gelisah dengan kedatangan musim tersebut. Si Musang yang penuh tipu muslihat telah merancang untuk mengambil kesempatan atas kebaikan si Landak. 4


Pada petang itu, dia pergi ke rumah Si Landak untuk meneruskan rancangannya. Setibanya di rumah Si Landak, dia berkata, “Ayuh kita pergi ke pesta di kampung sebelah. Boleh kita bersuka ria bersama sama binatang lain!” kata Si Musang. Si Landak sangat gembira dan teruja akan pesta tersebut. “Seronoknya, aku ingin pergi ke sana. Bilakah acaranya?” tanya si Landak. “Esok kita pergi kesana tetapi kita perlu membawa keperluan makanan yang mencukupi” kata si Musang sambil tersenyum penuh muslihat. 5


Dengan segera, Si Landak mula sibuk menyediakan keperluan yang ingin dibawa. Betik, mangga, pisang dan anggur sudah pun diletakkan di dalam beg. Si Landak berasa amat teruja untuk pergi ke pesta itu. 6


Keesokan harinya, Si Musang datang ke rumah Si Landak untuk memulakan perjalanan. Dua uncang beg penuh berisi makanan serta segala kelengkapan sudah siap untuk dibawa. Si Musang pula hanya berbekalkan sebiji pisang yang di ambil dari jirannya, Si Monyet. “Itu sajakah beg kau Musang? Cukupkah makanan kau nanti?” tanya si Landak penuh risau . “Tidak mengapa. Ini saja cukup bagi aku. Aku Musang yang lincah. Aku tak perlukan makanan yang banyak” kata Si Musang bangga. 7


Mereka memulakan perjalanan ke pesta di kampung sebelah. Hati Si Landak sangat gembira lalu dia menyanyi dengan girang. Rasa sayang hei, Rasa sayang-sayang hei, Hei, Lihat nona jauh, Rasa sayang-sayang hei Pergi pesta jalan kaki, Nampak burung terbang tinggi, Kalau engkau suka hati, Sambil berjalan kita menyanyi Rasa sayang hei, Rasa sayang-sayang hei, Hei, Lihat nona jauh, Rasa sayang-sayang hei 8


Bunga mekar kanan kiri, Sambut mesra sambil lintasi, Melodi ceria mengiringi, Menuju pesta senang hati. Rasa sayang hei, Rasa sayang-sayang hei, Hei, Lihat nona jauh, Rasa sayang-sayang hei Cepatlah sikit badan berduri, Ada sungai yang menanti, Bukit tinggi perlu didaki, Aku tinggal engkau nanti. 9


“Aku pergi dahulu Landak. Nanti kita jumpa dekat depan ya. Kau jalan lambat sangat” kata Si Musang. “Eh, janganlah tinggal aku. Musang!” jawab Si Landak namun Si Musang terlebih dahulu meninggalkan Si Landak. Si Musang pantas bergerak dan meninggalkan Si Landak di belakang. Apabila sudah lama berjalan, Si Musang mengambil keputusan untuk berhenti rehat di sebelah semak. Dia mengeluarkan makanannya dan makan sehingga habis. 9


Pada masa yang sama, seorang pemburu masuk ke hutan untuk memburu. Dia telah ternampak Si Musang yang sedang berehat di tepi semak. “Ini peluang keemasan! Aku mahukan musang itu.” Pemburu tersebut mula mengeluarkan senapangnya dan mengacukan pada badan Si Musang. “Pangg!” “Ahhh!” jerit Si Musang. Dia cuba untuk berlari tetapi dia berasa sangat pening lalu dia pengsan di situ. 10


Si landak yang sudah berada berhampiran dengan tempat rehat Si Musang, tiba-tiba terdengar bunyi tembakan yang sangat kuat. Dia berlari lalu ternampak Si Musang yang telah pengsan. Dalam pada masa yang sama, pemburu itu datang untuk mengambil Si Musang lalu menggendongnya ke pondok berhampiran. Si Landak mengambil keputusan untuk mengikut pemburu tersebut dengan senyap. Dia lihat pemburu tersebut mengikat kaki Si Musang pada kaki tiang pondok itu lalu pergi untuk memburu binatang lain. 11


12 “Musang! Musang! Bangun” bisik Si Landak di belakang semak. Apabila kelibat pemburu tidak kelihatan, dia bergegas pergi untuk menyelamatkan Si Musang. “Bangunlah Musang! Kita kena pergi ni” kata Si Landak sambil menolak tangan Si Musang. Si Musang mula terbangun sambil berkata, “Eh kenapa ni Landak? Aku dekat mana?” “Kau kena tembak dengan ubat pelali tadi. Ada pemburu nak tangkap kau. Bagi aku bukakan ikatan ini dahulu” jawab Si Landak sambil meleraikan ikatan tali pada kaki Si Musang. “Betul ke Landak? Jom kita pergi cepat” katanya dengan penuh takut.


Mereka berlari menjauhi tempat tersebut dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mereka sahaja. Sewaktu dalam perjalanan, Si Musang telah mengaku bahawa tiada pesta yang berlaku di kampung sebelah. Niatnya adalah untuk mengambil makanan yang dibawa Si Landak untuk menjadi bekalan pada musim sejuk nanti. Dia berasa sangat menyesal dan meminta maaf kepada Si Landak. Si Landak amat terkejut dengan pengakuan yang dibuat namun dia tetap memaafkan Si Musang. 14


Sewaktu tiba di rumah Si Landak, dia berkata “Esok pagi kau datang rumah aku. Ada buah nak kena petik dan ada juga sayuran yang perlu ditanam. Bolehlah aku bagi buah sedikit kalau kau kerja dengan aku.” “Baik Landak! Esok aku datang awal. Terima kasih Landak” kata Si Musang dengan seronok. Apabila musim sejuk tiba. Si Musang hidup dengan selesa kerana tidak perlu berlapar. Mereka hidup dengan aman dan damai. 15


Click to View FlipBook Version