Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
Nama : ...................................................................................... . Tingkatan : ..................................
BAHASA MELAYU KERTAS 2 : 1103/2 ARAHAN :
1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.
2. Tulis nama dan kelas anda pada ruang yang disediakan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan
masing -masing.
4. Jawab semua soalan Bahagian A, B dan C.
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahagian Soalan Markah Markah Markah
A Penuh Diperoleh
B 16
C
26
3 11 35
46
56
6 12 25
7 13
8 10 10
9 30 30
JUMLAH 100
DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH: DISAHKAN OLEH:
___________________________ _____________________ ____________________________
[1]
Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
Bahagian A – Sistem dan Aplikasi Bahasa
Jumlah markah : 35 markah
Cadangan masa : 45 minit
Soalan 1 : Morfologi [6 markah]
Kenal pasti tiga kata adjektif yang terdapat dalam petikan di bawah ini. Kemudian bina ayat anda
sendiri dengan menggunakan kata adjektif tersebut.
Kes penipuan di alam siber sering berlaku dan banyak laporan telah dibuat oleh mangsa.
Mangsa yang menjadi jerat di alam siber ini tidak mengira usia. Ada yang muda, tua, dan warga
emas. Kebanyakan daripada mereka bukan sahaja kehilangan wang berjumlah ribuan ringgit
malahan ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Namun begitu, kegiatan jenayah ini seakan tiada
berkesudahan. Penjenayah semakin berani dan menggunakan pelbagai modus operandi untuk
mengaburi mata pihak berkuasa. Terkini, ada penjenayah yang menyamar sebagai pegawai polis dan
menghubungi mangsa untuk menyalurkan sejumlah wang ke akaun yang diberikan. Bagi mangsa
yang waswas akan permintaan pelik tersebut akan segera menamatkan panggilan. Walau
bagaimanapun, mangsa yang naif dan lurus pula tidak akan berfikir panjang lalu melakukan tindakan
seperti yang disuruh oleh si penjenayah. Akibatnya, wang di dalam bank lesap dan tidak dapat
dikembalikan.
Sumber : Internet
[6 markah]
Soalan 2 : Sintaksis [6 markah]
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat
yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : ………………………………………………………………………………….
Predikat : ………………………………………………………………………………..
i) Farid suka belajar secara berkumpulan kerana dapat berbincang dan bertukar-tukar pendapat
dengan rakan-rakan.
ii) Kepintaran dan kecerdasan Lili dalam pelajaran menyebabkan semua pelajar lain
menghormatinya.
iii) Pelajar-pelajar dalam Tingkatan Tiga Unggul hanya 20 orang.
Dipetik dan diubah suai daripada
Strategi Tuntas A+ Bahasa Melayu Tingkatan 4
Cemerlang Publication Sdn. Bhd.
[6 markah]
Soalan 3 : Penyuntingan [11 markah]
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa. Manakala dalam petikan 2 terdapat 5
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda
tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Petikan 1
Kepentingan memulihara bangunan sejarah adalah untuk memelihara warisan bangsa. Bangunan itu
merupakan asset yang paling bernilai kepada negara. Bangunan bersejarah sangat bermakna kerana
[2]
Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
menggambar budaya dan estitika bangsa. Oleh yang demikian kerja-kerja membaikpulih bangunan
tersebut perlu dilakukan tanpa mengubah ciri-ciri asalnya. Selain itu, bangunan itu haruslah dijaga
sebaik-baiknya untuk mengekalkan sinambungan legasinya.
Sumber : Internet
[6 markah]
Petikan 2
Balai cerap merupakan pusat kajian yang digunakan untuk melakukan aktiviti cerapan dan kajian
objek cakera wala serta pelbagai kejadian astronomi yang berlaku di angkasa lepas. Bangunan ini
kebiasaannya berbentuk kubah yang boleh terbuka sebahagiannya untuk membolehkan teleskop
digunakan untuk proses pencerapan. Lokasi binaan balai cerap ini lazimnya dikawasan yang tinggi
dan jauh daripada pencemaran cahaya.
Sumber : Internet
[5 markah]
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard [6 markah]
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung,”Hai Temenggung, tiadakah
menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung,”Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal
semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Maka titah baginda,”Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?”
Dipetik daripada
Kepimpinan Melalui Teladan
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia
[6 markah]
Soalan 5 : Peribahasa [6 markah]
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan
situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Mak Esah dan Pak Kamil membesarkan Sani dengan penuh kasih sayang sejak kecil lagi. Apabila
dewasa, Sani berjaya menjawat jawatan tinggi di Kuala Lumpur. Sejak itu, Sani menjadi sombong dan
bongkak. Sani juga telah melupakan jasa ibu bapanya yang telah membesarkannya selama ini. Sikap
Sani itu mengecewakan Mak Esah dan Pak Kamil.
Dipetik dan diubah suai daripada
Strategi Tuntas A+ Bahasa Melayu Tingkatan 4
Cemerlang Publication Sdn. Bhd.
[6 markah]
[3]
Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
Bahagian B – Pemahaman
Jumlah markah : 35 markah
Cadangan masa : 60 minit
Soalan 6 : Petikan Umum [12 markah]
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Kebanyakan ibu bapa zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga terutamanya
dengan anak-anak. Oleh itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini memanjakan anak-anak
remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap cara ini sebagai tanda kasih sayang
terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun tindakan ini lama-kelamaan akan menyebabkan
golongan remaja ini lupa diri. Mereka mula bersikap boros dan tidak mengendahkan amalan
menabung yang dapat dijadikan sebagai simpanan pada masa hadapan.
Amalan menabung dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan
mereka memegang wang yang banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja
untuk merancang perbelanjaan dengan bijak. Hal ini juga dikatakan demikian kerana wang simpanan
amat penting terutamanya untuk kegunaan pada masa-masa kecemasan. Seterusnya remaja yang
rajin menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka dapat digunakan
untuk melanjutkan pelajaran. Oleh itu, remaja perlu sentiasa mengamalkan sikap menabung untuk
kepentingan diri, keluarga dan negara.
Dipetik dan diubahsuai daripada
“Budaya Menabung Masih Rendah”
Oleh Mohd. Khairul Mohd Ali,
Utusan Malaysia, 22 April 2015
Bahan 2
Sumber : Internet
[4]
Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud rangkai kata lupa diri. [2 markah]
ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan positif amalan menabung kepada
remaja. [3 markah]
iii) Menabung memerlukan disiplin dan keazaman yang tinggi dalam kalangan penabung
untuk memastikan amalan tersebut dapat dilakukan secara tetap.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan
setiap individu menjadikan menabung sebagai amalan dalam kehidupan? [4 markah]
iv) Rakan anda mengalami masalah kewangan dan memerlukan bantuan anda untuk
melunaskan hutangnya ayng berjumlah RM5000.00.
Anda sebagai rakan baik perlu memberi bantuan kepada rakan anda itu. Apakah
tindakan yang akan anda ambil untuk membantunya? [3 markah]
Soalan 7 : Petikan Sastera [13 markah]
Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Bahan 1
Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja meminta
bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai
penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan
ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti atau sebarang
tandatangan, atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu, Jadi, apabila Si Kunani menang
dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang
telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan,
termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan butiran
hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang
pentingnya, tanah empat ekar di hujung kampung di tepi belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin
Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.
Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”
oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
halaman 47
Bahan 2
Hari ini aku menerima khabar duka dari kampung. Menurut emak, Along telah ditangkap oleh polis
kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah. Along yang bekerja sebagai penghantar
barang diminta menghantar sebuah bungkusan oleh majikannya kelmarin. Along tidak tahu bahawa
bungkusan itu berisi dadah. Along telah dianiaya. Kedengaran emak meraung sebaik sahaja habis
berkata-kata. Raungan emak amat meruntun hatiku. Aku memujuk emak agar bersabar. Aku berjanji
akan mencari jalan untuk membantu Along. Aku tidak akan membiarkan Along menerima hukuman
atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Aku benar-benar runsing apabila memikirkan nasib Along, satu-satunya abangku itu. Dia
memang baik. Dialah yang menanggung kos pengajianku di universiti selama ini. Dia jugalah yang
menyara emak, dan dua orang adik kami yang masih bersekolah. Kami yang hidup kais pagi, makan
pagi ini tidak mungkin mampu untuk melantik mana-mana peguam. Tiba-tiba, aku teringat akan Pak
Usu, adik bongsu arwah ayah. Beliau graduan lulusan luar negara yang telah bergelar peguam
ternama. Sudikah Pak Usu mengambil kes Along? Mahukah beliau membela Along sedangkan
[5]
Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
hubungan beliau dengan keluarga kami langsung tidak rapat. Hal ini berlaku demikian kerana Pak
Usu telah diserahkan kepada keluarga angkat semasa kecil. Seumur hidupku hanya beberapa kali
sahaja aku berjumpa dengan Pak Usu. Kali terakhir aku berjumpa dengan beliau adalah pada hari
pengebumian arwah ayah kira-kira dua tahun yang lalu. Ya Allah, bukakanlah hati Pak Usu untuk
membantu kami! Sumber : Internet
i) Berdasarkan bahan 1, apakah yang akan berlaku jika Pak Kaduk membantah perintah raja? [2m]
ii) Berdasarkan bahan 2, apakah reaksi “aku” apabila mendengar emaknya meraung? [2m]
iii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan dan huraikan tiga latar masyarakat yang sama yang
terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut? [6m]
iv) Dalam bahan 1 dan bahan 2, pengarang mengutarakan persoalan tentang ketidakadilan yang
berlaku dalam kalangan masyarakat sehingga ada golongan yang tertindas.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini? [3m]
Soalan 8 : Novel [10 markah]
i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku benar-benar bimbang tentang Haziq dan Rafiq, meskipun kedua-duanya tidak
pernah aku kenali. Aku takut jika orang kampung terlalu marah, dua beradik itu akan mati
dipukul atau dibunuh oleh ibu bapa mereka sendiri. Kemudian suami isteri itu pula yang
saling berbunuhan, orang kampung hanya ketawa.
Akan tetapi, andaian tentang kematian ngeri itu tidak akan berlaku sebab datuk
mengheret Rafiq dan Haziq di halaman rumah sambil dibantu oleh dua orang pemuda. Di
belakang mereka, orang kampung masih marah, menuduh dan memaki.
a) Nyatakan tindakan yang dilakukan oleh datuk dan orang kampung kepada Rafiq dan
Haziq. [4 markah]
ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga latar tempat beserta peristiwa
yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]
[6]
Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
Bahagian C – Rumusan
Jumlah markah : 30 markah
Cadangan masa : 45 minit
Bahan 1
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sukar membayangkan kemungkinannya jika tiada program pelupusan sampah di negara
ini, dalam masa lima hari sahaja sampah dan sisa pepejal yang dibuang oleh penduduk
Malaysia akan memenuhi setiap inci ruang Bangunan Berkembar Petronas. Perangkaan
tersebut berdasarkan jumlah sampah yang dibuang oleh penduduk Malaysia. Jumlah
sampah yang dibuang ialah kira-kira 37 890 tan atau 1.17 kilogram setiap orang dalam
sehari. Dalam hal ini, Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi kesedaran untuk pungutan
sisa pepejal yang dapat dikitar semula. Dari aspek kesedaran pelupusan sampah, kita masih
berada di bawah negara-negara maju seperti Australia, Jerman, dan Amerika Syarikat.
Situasi yang amat mendukacitakan ialah rakyat tidak memandang serius kepentingan
melupuskan sampah dengan kaedah kitar semula. Dengan itu, negara terpaksa
membelanjakan wang yang begitu banyak untuk pelupusan sampah selain menghadapi
cabaran baharu kerana kekurangan tapak pelupusan dan mendatangkan pencemaran alam
sekitar yang serius. Pada ketika ini, sekitar 28 peratus sahaja bahan buangan atau sisa
pepejal yang dikitar semula. Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar bahan yang
dapat dikitar semula dilupuskan begitu sahaja. Untuk memperluas kesedaran amalan kitar
semula kepada masyarakat dan pelbagai sektor bukanlah perkara yang mudah. Kita terpaksa
berhadapan dengan cabaran yang cukup besar apabila polisi tentang kitar semula tidak
dipandang serius oleh rakyat negara kita.
Kita menghadapi cabaran untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
manfaat kitar semula disebabkan penglibatan mereka sangat rendah. Di samping itu, sektor
swasta tidak menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dan minat yang mendalam
dalam hal ini. Langkah melaksanakan program kitar semula umpamanya menghadapi
masalah apabila terdapat sesetengah pihak berkuasa tempatan tidak mengemukakan
laporan yang lengkap, ketiadaan data yang tepat, dan sumber kewangan untuk mengitar
semula bahan buangan dan sisa pepejal. Pada tahun lalu, berdasarkan laporan pihak
berkuasa, penglibatan institusi dan sektor lain masih terlalu rendah sedangkan masih
banyak bahan yang dapat dikitar semula.
Walau bagaimanapun, kita terpaksa mengakui cabaran yang perlu dilalui oleh pihak
kerajaan dalam menjayakan program ini di Malaysia masih sangat besar. Dengan itu, satu
jangka masa yang agak panjang diperlukan kerana perkara ini melibatkan pendidikan
kepada masyarakat, swasta, dan semua pihak di negara ini.
Dipetik dan diubahsuai daripada rencana
“Pelibatan Kitar Semula Kurang, Sampah Bertimbun”,
Oleh Azman Ismail, Utusan Malaysia
[7]
Pentaksiran Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (2021)
Bahan grafik
Sumber : Internet
[8]