KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN
KAJIAN :
Taman Bukit Indah
DISEDIAKAN OLEH:
Lim Hong Rui
TINGKATAN:
2 EMERALD
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
20/12/2022
Kandungan m/s
2
Bil. Perkara 2
1. Penghargaan 3
2. Pendahuluan 5
3. Objektif kajian & Jadual kerja 6
4. Latar belakang kawasan kajian 7-8
5. Kaedah kajian
6. Dapatan Kajian 9
9
I. Pemerhatian 10
II. Soal Selidik 11
III. Temubual
7. Penyelesaian Masalah
8. Rumusan
9. Rujukan
10. Lampiran
1
Penghargaan
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja lapangan Geografi tingkatan 2
yang bertajuk teknologi hijau. Setinggi-tinggi penghargaan terhadap pengetua
SMK Sultan Ismail, Encik Razali Bin Tamadi, memberi kebenaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Hanifah binti Jamaluddin
atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna serta
banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi menyempurnakan
tugasan ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa
saya yang telah banyak memberi saya sokongan moral dan dorongan kepada
saya serta surdi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya
mengumpulkan maklumat-maklumat tentang “Penggunaan Teknologi Hijau” di
kawasan kajian yang saya kaji.
Saya juga ingin menyampaikan penghargaan terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas saya kerana telah memberi saya banyak pendapat dan idea.
Pendahuluan
Saya, Lim Hong Rui merupakan pelajar Tingkatan 2 Emerald di SMK Sultan
Ismail. Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan “Penggunaan
Teknologi Hijau” . Saya membuat kajian tentang penggunaan teknologi hijau di
tempat tinggal saya. Selain itu, saya juga memberikan cadangan tentang usaha-
usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau di
kawasan tempat tinggal saya
2
Objektif Kajian
Saya telah menetapkan beberapa objektif kajian yang perlu saya capai untuk
melengkapkan kerja lapangan saya iaitu :
● Menjelaskan definisi dan konsep teknologi hijau
● Mengenalpasti tiga jenis teknologi hijau yang terdapat di Johor
Bahru
● Menyenaraikan 4 kepentingan teknologi hijau
● Menghuraikan 4 punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian
● Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat
bagi meningkatkan penggunaan teknologi hijau yang sesuai
Jadual Kerja
Bil. Tarikh/Masa Perkara Catatan
1. 5/12/2022 Menghadiri taklimat yang Bincang dalam kelas
9.00am dijalankan oleh Guru Mata
-10.00am pelajaran Geografi
berkaitan dengan
2. 6/12/2022 penulisan tugasan Kerja
1.00pm Lapangan ini menerusi
-2.00pm Pdpr
3. 7/12/2022 Membuat persediaan awal Bincang bersama rakan
4.00pm
-5.00pm dan merancang jadual dalam perpustakaan
4. 8/12/2022 kerja dengan teratur
3.30pm
-4.00pm Mengenalpasti objektif Buat Individu
kajian & menentukan
5. 8/12/2022 kaedah kajian
5.00pm
-6.30pm Menyediakan borang soal Buat Individu
selidik
Mula mengumpulkan Buat Individu
maklumat daripada
pelbagai sumber seperti
internet dan lain-lain
3
6. 9/12/2022 Mendapatkan responden di Kawasan kajian di Taman
8.00am kawasan kajian berkaitan Bukit Indah
-8.30am dengan Amalan Teknologi
Hijau yang boleh
7. 9/12/2022 dilakukan
11.00am
-12.00pm Menganalisis maklumat Buat Individu
yang telah diperoleh dalam
8. 10/12/2022 bentuk peta dan tafsiran
9.00am dengan bimbingan dan
-11.00am tunjuk ajak guru
9. 10/12/2022 Mengenalpasti takrif dan Melayari laman web
2.00pm konsep teknologi hijau berkaitan dengan
-4.00pm yang dilakukan di kawasan teknologi hijau
kajian
10. 11/12/2022
3.00pm Menjelaskan amalan Melayari internet
-5.00pm berkonsepkan teknologi
hijau dan contoh produk
11. 12/12/2022 yang sesuai dilakukan di
10.00am kawasan kajian
-11.00am
Menjelaskan 3 Buat Individu
12. 13/12/2022 kepentingan amalan
9.00am teknologi hijau dikalangan
-12.00pm penduduk di kawasan
kajian
13. 20/12/2022
10.00am Menghuraikan halangan Buat Individu
pelaksanaan amalan
teknologi hijau ini
dikalangan penduduk di
kawasan kajian
Mencadangkan strategi Bersama rakan-rakan
dan langkah-langkah bagi
menjayakan teknologi
hijau dikalangan penduduk
di kawasan kajian
Menyemak dan Buat Individu
menghantar tugasan
4
Latar Belakang Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang saya memilih ialah Taman Bukit Indah, Johor Bahru,
Johor. Kawasan ini pada umumnya adalah tanah panah. Pandang darat fizikal
kawasan ini ialah mempunyai kawasan bukit dan hutan simpan yang mana
menjadi satu tempat rekreasi penduduk sekitar. Pandang darat budaya di
kawasan ini pula ialah bangunan, sekolah, taman permainan, petempatan dan
banyak lagi. Jumlah penduduk di kawasan ini adalah melebihi dari 60000 orang
dan terdapat rumah yang lebih dari 10000.
Kaedah Kajian
Penentuan kaedah kajian amat penting dalam menghasilkan kajian yang lengkap
dan tepat. Antara kaedah yang saya gunakan dalam kajian ini ialah :-
● Permerhatian
Pemerhatian merupakan sesuatu kaedah pengumpulan data yang paling mudah
dan cepat. Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang
petempatan di kawasan kajian saya. Saya telah melawat kawasan kajian saya
untuk mengenalpasti penggunaan teknologi hijau di kawasan ini.
● Rujukan
Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya membuat rujukan
daripada laman web, buku, majalah, kereta akhbar dan lain-lain. Saya telah
melayari internet untuk mencari maklumat dan maklumat tambahan untuk tajuk
ini.
● Soal Selidik
Saya telah menjalankan kaedah ini terhadap 10 responden di Taman Bukit
Indah, Johor Bahru untuk mengenal jenis alat telekomunikasi yang digunakan,
kepentingan dan masalah pengguna alat telekomunikasi yang sedia ada.
● Temubual
Kaedah ini memerlukan saya membuat perbualan dengan orang lain yang
tinggi di kawasan kajian saya. Saya telah menyiapkan kaedah kajian ini
dengan, En. Ali untuk mendapatkan maklumat tentang teknologi hijau.
5
5.1 Permehatian
Saya telah membuat kajian di sekelilingi rumah petempatan saya. Setelah itu,
saya dapatkan beberapa maklumat yang berguna yang berkaitan dengan topik
ini.
Saya dapat menampak sebahagian daripada penduduk di kawasan kajian
saya dapat memasang solar panel di rumah mereka juga dikenali sebagai panel
fotovoltan yang boleh menjana tenaga. Solar panel menyerap cahaya matahari
sebagai sumber tenaga elektrik atau haba.
Selain itu, kawasan kajian saya juga terdapat banyak pokok-pokok kelilingi
rumah dan halaman rumah penduduk. Hal ini menjadi salah satu usaha untuk
menjaga alam sekitar dan menjadikan kawasan -. Saya juga menjumpai
beberapa penduduk yang tadah air hujan. Penduduk tersebut memberitahu saya
bahawa air hujan ini boleh digunakan dalam aktiviti harian. Sebagai contohnya,
mencuci kereta, menyiram tumbuh-tumbuhan yang berada di rumah mereka dan
banyak kegunaan lagi.
Di samping itu, pihak berkuasa di kawasan kajian saya mengambil usaha
dalam menjaga alam sekitar kawasan itu melalui mendirikan beberapa zon
larangan merokok dan kompaun kepada penduduk yang merokok di kawasan
ini. Pihak berkuasa pun mendirikan beberapa taman rekreasi di kawasan ini.
Berdasarkan pemerhatian yang saya sudah buat. Kita boleh mengetahui
masih banyak sekali penduduk yang mengamalkan amalan hijau dalam
kehidupan mereka. Penduduk tersebut mempercayai amalan-amalan hijau
tersebut boleh membantu mereka dalam aktiviti harian mereka
5.2 Soal Selidik
Selain pemerhatian saya juga membuat soal selidik secara atas talian untuk
mendapat maklumat tentang kegunaan teknologi hijau dalam kehidupan harian
penduduk kawasan kajian saya. Saya telah menghantar soal selidik tersebut
kepada sebanyak sepuluh orang penduduk untuk lengkapkan maklumat.
6
Daripada soal selidik yang saya sudah buat. Lapan orang dari respon tersebut
dapat mengamalkan teknologi hijau. Selain itu terdapat juga tujuh orang
daripada sepuluh orang merasai teknologi hijau amat penting terhadap
kehidupan kita. Tambahan pula, teknologi hijau yang banyak digunakan oleh
penduduk ialah tuai hujan dan kereta hibrid seterusnya merupakan solar panel
dan kincir angin. Terdapat dua orang juga tidak mengamalkan teknologi hijau
dan tiada menggunakan apa-apa teknologi hijau di rumah mereka.
5.3 Temu Bual
Saya telah menjalankan temubual dengan jiran saya En. Ali untuk mendapat
kajian dan membantu saya dalam kerja lapangan saya. Seperti yang berikut :
Lim : Selamat pagi En. Ali. Bolehkah saya menemu bual anda?
En. Ali: Selamat pagi. Boleh.
Lim : Saya mempunyai beberapa soalan nak tanya yang berkaitan dengan teknologi hijau. Yang
pertama, apakah punca yang anda rasa menyebabkan sebahagian penduduk di taman kita tidak
menggunakan teknologi hijau?
En. Ali : Pada pendapat saya, teknologi hijau tidak dapat digunakan oleh setiap penduduk disebabkan
oleh kos pemasangan yang terlalu tinggi. Sebagai contoh kos untuk memasangkan teknologi hijau
adalah dari RM 90000 hingga RM 100000. Selain itu, keperluan ruang yang banyak juga merupakan
salah satu punca serta kecekapan teknologi hijau yang rendah. Misalnya, kecekapan solar panel hanya
ada 15% hingga 20% manakala gas asli boleh mencapai kecekapan yang setinggi 40% hingga 60%.
Di samping itu, peranti teknologi hijau akan menyebabkan pencemaran udara. Setakat ini, proses
pembuatan peranti tersebut akan membebaskan gas yang akan mencemarkan alam sekitar.
Lim : Okay. Selain daripada punca, apakah kepentingan teknologi hijau ?
En. Ali : Selain kemudaratan yang saya senaraikan terdapat juga banyak kepentingan teknologi hijau.
Antaranya kepentingannya termasuklah menjimatkan sumber tenaga yang tidak boleh diperbarui,
kualiti hidup, merupakan salah satu teknologi mesra alam dan pemelihara alam sekitar semakin
meningkat.
Lim : Terima kasih, En. Ali. Itu sahaja.
Berdasarkan temubual di atas En. Ali telah menerangkan punca teknologi hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan kita dan kepentingan teknologi hijau terhadap
kita.
7
Penyelesaian Masalah
Antara punca yang saya dapat melalui temubual ialah kos pemasangan
teknologi hijau yang terlalu tinggi. Hal ini boleh diselesaikan melalui kerajaan
kita perlu lebih berusaha dalam pembangunan teknologi ini supaya dapat dijadi
berleluasa. Semasa penghasilan teknologi hijau semakin banyak, harga semakin
kurang. Selain itu, teknologi hijau memerlukan banyak ruang untuk
pemasangan. Pada kini terdapat banyak jenis saiz teknologi hijau, kita boleh
memilih saiz yang sesuai bagi rumah kita sebagai contoh tuai hujan serta
memasang cermin yang banyak di kelilingi rumah dan masalah ini boleh
diselesaikan. Di samping itu, kita dapat menyelesaikan masalah kecekapan yang
rendah dengan berkongsi peranti teknologi hijau dengan jiran-jiran yang
berdekatan. Jadi kita tidak perlu risau sekali masalah kecekapan. Tambahan
pula, masalah pencemaran udara dalam proses menghasilkan peranti teknologi
hijau, pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang supaya dapat
mengawal pembebasan pembaziran daripada kilang-kilang yang menghasilkan
peranti tersebut.
Rumusan
Setelah membuat kerja lapangan ini, saya dapat mengenal teknologi hijau
dengan jelas dan juga mengetahui kepentingan-kepentingan teknologi hijau.
Antaranya, teknologi hijau boleh menjimatkan tenaga yang tidak boleh
diperbarui sebagai contoh industri tenaga dapat diperbaharui dan menjimatkan
tenaga dan sumber asli. Selain itu, teknologi hijau boleh menjana tenaga yang
merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar dan ombak yang
bersumberkan alam semula jadi. Ia boleh mengurangkan kebergantungan
kepada tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Teknologi hijau juga
mempromosikan kecekapan guna tenaga negara selamat dan mesra pengguna.
Di samping itu, memelihara dan memulihara alam sekitar merupakan salah
satu kepentingan teknologi hijau. Teknologi hijau dapat melindungi sumber
semula jadi, meningkatan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan
bahan yang boleh dikitar semula, meningkatkan dan melindungi ekosistem dan
kepelbagaian hidup serta mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.
Tambahan pula, teknologi hijau merupakan sesuatu teknologi mesra alam dan
boleh digunakan dengan selamat. Misalnya, penggunaan enjin hibrid dan LPG
sebagai bahan pembakar kenderaan. Hal ini menyediakan alam sekitar yang
sihat terdapat kita.
8
Rujukan
Laman Web
- https://www.wikipedia.org
- https://www.scribd.com
- https://anyflip.com
● Mendapat definisi dan konsep teknologi hijau
● Membuat rujukan tentang teknologi hijau
Buku Teks Geografi Tingkatan 2
● Konsep dan definisi teknologi hijau
● Kepentingan-kepentingan teknologi hijau
En. Ali
● Membuat temubual dengan En. Ali
● Mendapat punca-punca dan maklumat lain.
Rakan-rakan
● Memberikan cadangan dalam membuat kerja lapangan
Ibu bapa
● Pemandu saya untuk membuat kajian di kawasan kajian
● Memberi sokongan moral
Lampiran
Analisis soal selidik atas talian
9
Kawasan kajian saya
10
11
12