The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB3193 TUTORIAL BERPASANGAN KESELURUHAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 288-21-nurrabbiatullah, 2022-11-20 22:58:36

BMMB3193 TUTORIAL BERPASANGAN KESELURUHAN

BMMB3193 TUTORIAL BERPASANGAN KESELURUHAN

Fungsi kritikan sastera Penghayatan karya WKND FRI TUE WED TUE MON
● Memudahkan pembaca
Proses berkarya
menghayati sesebuah karya
● Untuk menentukan status sesebuah kreatif.
karya kreatif sama ada berkualiti ● Membantu pembaca memilih
atau tidak. karya yang berkualiti
● Menimbulkan minat khalayak
● Memudahkan pengarang melihat terhadap karya sastera apabila
ciri-ciri karya kreatif yang bermutu sesebuah karya sastera dinilai
agar dapat membantu pengarang dan diterbitkan.
menghasilkan karya yang lebih
bermutu.

● Membantu pengarang menepati
kehendak pembaca dan
kriteria-kriteria karya kreatif.

Fungsi kritikan sastera ● Membolehkan perkembangan WKND FRI TUE WED TUE MON
sastera Melayu khusunya
Dunia kritikan apabila terdapat wujudnya
pandangan,pendapat,pertimban
● Mempopularkan ilmu kritikan gan, penilaian, pentafsiran dan
sebagai disiplin ilmu yang boleh pengadilan terhadap sesebuah
membantu menyebarluaskan ilmu karya sastera.
pengetahuan.
● Menjadi penghubung antara
● Membantu membetulkan salah penulis dan pembaca.Penulis
faham terhadap sesebuah karya sebagai penghasil karya
sastera yang dihayati. manakal khalayak sastera
sebagai penikmat,sementara
pengkritik sebagai penghubung

SUMBER RUJUKAN WKND FRI TUE WED TUE MON

01 https://ms.wikipedia.org/w 03
iki/Kritikan_sastera

02 http://lestari-intelek.blogsp
ot.com/2009/04/kritikan-s
astera.html

https://www.scribd.com/d
ocument/194488889/Apa-I
tu-Kritikan-Sastera

“Jika anda hanya menilai namun tidak WKWNKDND FRFIRI TUTEHU WEWDED TUTEUE MOMNON
memahami, maka tanggapan mu kepada
seseorang mungkin serong dari keadaan

realiti.”

Sekian terima kasih.

TUTORIAL BMMB3193
MINGGU 12

Nama ahli kumpulan:
1.Batricia Angelina anak Cain
2.Sophia Lunan anak Martin

SOALAN

Secara berpasangan pilih cerpen/ novel yang
telah anda baca kemudian aplikasikan salah
satu kritikan sastera yang telah dibincangkan

sebelumnya

DI SEBALIK DINARA KARYA
DAYANG NOOR

KRITIKAN PENGANALISISAN

ANALISIS PRINSIP KETAKSUBAN DALAM MENGEJAR TEKNOLOGI
SEHINGGA MENGABAIKAN NILAI KEMANUSIAAN

Sesebuah kehidupan akan maju jika kita bergerak maju mengikut
perkembangan teknologi namun begitu individu yang melakukan pelbagai
cara semata-mata untuk memenuhi impian hidup mereka walaupun
bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat akan
memundurkan kehidupan sesebuah masyarakat tersebut.

Contohnya, Karl yang terlalu taasub untuk membuktikan kehebatannya
dalam ciptaan sains sehingga telah mengorbankan ramai manusia untuk
menjadikan mereka sebagai bahan kajiannya. Karl juga telah menanam
pelbagai implan dan ubat-ubatan dalam tubuh Farisha ketika masih bayi
untuk memastikan Farisha menjadi anak yang genius.

ANALISIS PRINSIP HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG UTUH

Hubungan kekeluargaan yang utuh sangat penting dalam menjaga
keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia. Dalam konteks ini, karya
sastera ini membincangkan hubungan kekeluargaan yang sangat baik dan
mengharukan dipaparkan oleh Farisah dan keluarga angkatnya. Keluarga
angkat Farisha menganggapnya seperti keluarga kandung.

Contohnya, walaupun Farisha merupakan adik angkat namun Azraai
menyayanginya seperti adik kandung. Buktinya, Azraai sangat mengambil
berat perihal keselamatan adiknya Farisha sehingga sanggup memasang
'retinal scanner' dan interkom yang bersambung ke rumahnya.

ANALISIS PRINSIP KEAGAMAAN

Sesebuah karya sastera yang baik hendaklah memaparkan nilai-nilai

murni kepada pembaca untuk dijadikan sebagai tauladan sekali gus

sebagai pengajaran kepada mereka. Namun begitu, novel ini telah

memaparkan yang bercanggah dengan nilai murni lebih-lebih soal

agama. Seperti yang diketahui, agama adalah merupakan tiang

kehidupan yang akan menjamin berkat dan sejahtera hidup kita.

Contohnya, Karl merupakan seorang ateis yang tidak mempercayai sama
sekali akan kewujudan Tuhan oleh sebab dia merasakan bahawa dia sudah
cukup hebat di mencipta teknologi, Karl juga bertindak untuk memukul
isterinya iaitu Rusmina sehingga separuh mati atas sebab keengganan
Rusmina untuk murtad. Lalu, Karl telah menukarkan Rusmina kepada cyborg
bagi menyelamatkannya dan telah memberinya identiti baharu iaitu "Alia".

ANALISIS PRINSIP KEPENTINGAN ILMU

Ilmu adalah penting bagi kita oleh sebab ilmu bertindak untuk menjadikan

kita sebagai seorang insan. Ilmu juga datangnya daripada pelbagai bentuk

dan haruslah diterapkan semasa menjalani kehidupan seharian. Hal ini

dapat dilihat apabila novel ini telah menunjukkan bahawa pengetahuan

serta kepakaran seseorang akan sesuatu perkara akan membawa

keuntungan kepada diri sendiri.

Contohnya, Farisha secara tidak sengaja telah menggodam sistem

keselamatan Bank Sapurba yang telah mengakibatkan dia dibuang kerja.

Kepakaran Farisha dalam menggodam sistem keselamatan ini telah

menarik perhatian Dr.Maxi dan Aqram untuk menawarkan Farisha

pekerjaan iaitu menggodam virus yang terdapat di dalam Dinara serta

mengukuhkan lagi WALL supaya tidak digodam oleh pihak lawan.

TERIMA KASIH

Tutorial M13 BMMB3193

PRBMM1-2 AMBILAN JUN 2022
Charle Nil anak Daniel
Michael anak Prosser

Soalan Tugasan

Secara berpasangan pilih cerpen/ novel yg telah anda baca
kemudian aplikasikan salah satu kritikan sastera yang telah
dibincangkan sebelumnya.Esok kita kuliah dalam
talian.Saya akan pilih mana kumpulan secara rawak esok.

Sinopsis cerpen
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar

Profesor Doktor Juaidi cuba mempengaruhi kakitangannya agar memastikan semua pek darah yang ada di
hospital diberikan kepada Tuan Besar Musa. Nusia, iaitu jururawat di wad Unit Rawatan Rapi ditugaskan untuk
memberikan rawatan kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma dan semakin tenat akibat pengambilan
minuman keras selama bertahun-tahun. Nusia memberitahu Doktor Murni bahawa bank darah sudah kehabisan
stok tabung darah. Doktor Murni mengarahkan Nusia agar menghebahkan masalah itu kepada pihak media
dengan harapan ada insan yang mahu menderma darahnya kepada Tuan Besar Musa.

Nusia merasakan bahawa Tuan Besar Musa tidak mampu diselamatkan lagi kerana beliau cuma bergantung
pada alat sokongan hayat. Bagi Nusia, dalam keadaan kritikal tersebut, bacaan surah Yasin dan pengucapan
Syahadah lebih diperlukan. Nusia turut mempersoalkan waris Tuan Besar Musa yang tidak menjenguknya di
hospital. Doktor Murni menyatakan bahawa Profesor Doktor Juaidi mahu Tuan Besar Musa hidup. Nusia
mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi kerana harapan Tuan Besar Musa untuk hidup adalah terlalu
nipis. Nusia beranggapan bahawa arahan Profesor Doktor Juaidi supaya dia memasukkan darah ke dalam
tubuh Tuan Besar Musa itu suatu pembaziran. Doktor Murni meminta Nusia agar tidak terlalu beremosi dan
menurut sahaja arahan itu.

Sinopsis cerpen
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar

Di wad Unit Rawatan Rapi terdapat pesakit-pesakit lain yang sedang koma dan menunggu bantuan darah untuk
membolehkan mereka kembali sihat. Antaranya, Solehah yang tenat dan koma akibat pundi janinnya yang
pecah di ovari. Al-Hafiz pula ditimpa kemalangan kereta. Di wad Unit Rawatan Rapi itu juga terdapat bayi
buangan yang hampir kekeringan darah, gadis malang yang koma dan tenat akibat didera, serta mahasiswa
yang menghidap penyakit leukemia. Nusia mengatakan selagi riwayat hidup pesakit di wad itu ditentukan oleh
Profesor Doktor Juaidi, maka selama itulah akan berlaku ketidakadilan dalam proses rawatan di situ.

Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Doktor Murni mendapatkan sepuluh pek darah di hospital lain dengan
segera setelah diberitahu bahawa bank darah di hospital sudah kehabisan. Profesor Doktor Juaidi memberitahu
Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat dan teknokrat yang banyak menyumbangkan dana
kepada kelab elit hospital itu. Sifat dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai
beratus-ratus ribu menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya
upaya untuk menyelamatkan nyawanya.

Sinopsis cerpen
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar

Nusia memberitahu Profesor Doktor Juaidi bahawa tekanan darah Solehah semakin rendah. Profesor Doktor
Juaidi menyuruh Nusia memberikan gelafundin bagi menggantikan darah disebabkan bekalan darah tidak
mencukupi. Nusia mempertikaikan tindakan Profesor Doktor Juaidi yang enggan memberikan darah tulen
kepada Solehah. Profesor Doktor Juaidi menyoal Nusia tentang status perempuan yang sedang koma itu jika
dibandingkan dengan Tuan Besar Musa. Akhirnya Nusia akur akan arahan Profesor Doktor Juaidi. Dia
mengambil sebotol gelafundin lalu dimasukkan ke dalam tubuh Solehah yang sedang koma untuk menggantikan
darah.

Nusia meluahkan rasa kesalnya kepada Doktor Murni mengenai pek-pek darah dalam bank darah di hospital itu
adalah kepunyaan kelab yang boleh dijual. Doktor Murni memujuk Nusia supaya tidak terlalu emosional kerana
mereka ialah golongan minoriti di hospital itu. Nusia mengatakan bahawa berlakunya pembaziran darah apabila
seratus pek darah diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkan Tuan Besar Musa. Walhal, hanya empat
pek darah diperlukan untuk menyelamatkan mahasiswa yang berpenyakit leukemia itu dan setengah pek darah
diperlukan untuk menghidupkan bayi buangan yang sedang koma.

Sinopsis cerpen
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar

Nusia memberitahu juruteknik makmal darah bahawa hanya lima pek darah diperlukan untuk memberikan
peluang kepada empat orang yang sedang koma pulih kembali. Nusia mengatakan bahawa juruteknik makmal
itu akan menjadi pembunuh jika dia enggan melepaskan pek-pek darah tersebut. Juruteknik makmal darah itu
menegaskan bahawa darah itu adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa. Nusia menjelaskan bahawa Tuan
Besar Musa sebenarnya sudah mati. Denyutan jantungnya ketika itu hanya dirangsangkan oleh adrenalina,
dopamin, dan atropina. Juruteknik makmal darah itu akhirnya termakan pujukan Nusia dan menyerahkan lima
pek darah sejuk itu kepadanya. Nusia menjelaskan kepada juruteknik makmal darah itu bahawa dia sanggup
menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakannya itu.

Nusia berasa bahawa bantuan darah-darah itu mampu menyelamatkan Solehah, mahasiswa yang menghidap
penyakit leukemia, dan menyembuhkan al-Hafiz yang boleh mengajar beratus-ratus tahfiz kecil. Bagi Nusia,
sekiranya lima pek darah itu dimasukkan ke dalam tubuh Tuan Besar Musa, nilai pembaziran yang amat besar
dilakukan oleh Profesor Doktor Juaidi.

Sinopsis cerpen
Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar

Profesor Doktor Juaidi pula berusaha menyelamatkan nyawa Tuan Besar Musa dengan meningkatkan
kadar penggunaan adrenalina, dopamin, dan atropina. Namun begitu, Tuan Besar Musa gagal diselamatkan dan
meninggal dunia. Profesor Doktor Juaidi berasa tertekan kerana kematiannya menyebabkan kelab elit mereka
akan kehilangan tajaan sebanyak RM100 ribu.

Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di hospital itu yang
mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan tersebut menyebabkan Profesor Doktor Juaidi
tercengang dengan keputusan Doktor Murni. Kemudian, Doktor Murni menggapai tangan Nusia dan
mengajaknya ke bank darah supaya mereka dapat menderma darah untuk disalurkan kepada semua pesakit
yang sedang koma di wad Unit Rawatan Rapi itu.

Kri n Sa n

Sanjungan dapat diklasifikasikan sebagai satu pernyataan rasa kagum dan senang
terhadap orang lain. Kritikan ini memuji karya dan pengarangnya yang berupaya
menghasilkan pemikiran bernas, serta dapat menampilkan elemen karya yang menarik.
Kritikan sanjungan ini juga ditujukan kepada pengarang kerana memiliki daya intelektual,
ketajaman dan kebernasan fikiran.

Contoh Analisis Karya Kritikan Sanjungan

Dalam cerpen karya Aminah Mokhtar, iaitu Gerhana Manusia, telah mengisahkan satu cerpen yang
ada menerapkan nilai kemanusiaan semakin menonjol diamalkan. Dalam cerpen ini, terdapat aspek
kemanusiaan yang amat ditekankan dalam kehidupan yang cuba diperkembangkan oleh pengarang
untuk menjadikannya suatu persoalan yang besar.

Melalui kaedah mendalami dan mengadaptasi jalan cerita, pengarang telah mula menyentuh sikap
orang atasan yang lebih mementingkan wang ringgit dalam kehidupan sehingga telah
menyebabkan berlakunya pembaziran terhadap bekalan darah yang diperlukan oleh pesakit lain
dan pihak hospital. Sikap materialistik yang terlampau tinggi semasa menjalankan dan
melaksanakan perkhidmatan telah mengaburi mata mereka yang boleh diumpamakan sebagai
perdagangan perkhidmatan.

Misalnya:
Profesor Doktor Juaidi memberitahu Nusia bahawa Tuan Besar Musa merupakan tokoh korporat
dan teknokrat yang banyak menyumbangkan dana kepada kelab elit hospital itu. Sifat
dermawannya yang telah menaja majlis makan malam tahunan yang bernilai beratus-ratus ribu
menyebabkan Profesor Doktor Juaidi berasa amat terhutang budi dan mencuba sedaya upaya
untuk menyelamatkan nyawanya.

Contoh Analisis Karya Kritikan Sanjungan

Selain itu, kita boleh mengenal pasti terdapatnya kritikan sanjungan di dalam cerpen ini termasuklah
pada bahagian terakhir sinopsis cerpen yang kami sediakan. Pada bahagian terakhir cerpen ini,
terdapat satu pengajaran atau maklumat penting yang patut kita teladani termasuklah kita mampu
berkorban harta dan kebajikan kita walaupun akan terdapatnya lemparan cacian dari masyarakat.

Dalam konteks ini, watak doktor, iaitu Doktor Murni sanggup melepaskan jawatan yang dipikulnya
kerana beliau tidak ingin menjalankan dan memberikan perkhidmatan sekiranya pelaksanaan
struktur sesebuah organisasi hanya mementingkan ganjaran walhal nyawa orang lain terabai.
Dalam pernyataan ini, kita dapat lihat bahawa pengarang berjaya menghuraikan nilai kemanusiaan
yang sangat penting diamalkan dalam kehidupan mereka. Penghujahan nilai kemanusian ini amat
terperinci yang telah diceritakan di dalam cerpen ini. Malah, kita juga dapat lihat bahawa
terdapatnya beberapa pengorbanan seorang doktor yang betul-betul melaksanakan tanggungjawab
dengan gelaran doktor kesihatan demi menyelamatkan nyawa individu lain.

Misalnya, Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor perubatan di
hospital itu yang mengetepikan nilai-nilai kemanusiaan terhadap pesakit. Keadaan tersebut
menyebabkan Profesor Doktor Juaidi tercengang dengan keputusan Doktor Murni.

Contoh analisis karya Kiritikan Sanjungan

Seterusnya,dalam cerpen ini mempunyai watak yang mempunyai perwatakkan yang boleh menjadi contoh dan
teladan kepada pembaca.Pengarang menyentuh sikap berperikemanuisaan yang harus ada dalam setiap orang
melalui watak yang diwujudkannya di dalam cerpen ini.

Antara watak yang dapat dijadikan teladan ialah Nusia yang merupakan seorang jururawat yang
penyayang,bertanggungjawab,mudah bersimpati dan berhati mulia.Perwatakan tersebut dapat dilihat apabila
Nusia berusaha memujuk juruteknik makmal darah untuk mendapatkan lima pek darah agar dapat membantu
empat orang yang sedang koma untuk pulih kembali.Walaupun juruteknik makmal darah menegaskan bahawa
pek darah tersebut adalah untuk kegunaan Tuan Besar Musa, Nusia tetap memujuknya dan menjelaskan bahawa
dia sanggup menanggung segala risiko dan herdikan atas tindakannya itu.

Melalui perwatakan tersebut, pengarang berjaya menunjukkan contoh individu yang mempunyai sikap
berperikemanusiaan, simpati,dan berhati mulia dengan mempunyai kesanggupan untuk membantu orang lain
sehingga sanggup mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Contoh analisis karya Kiritikan Sanjungan

Di samping itu, cerpen ini juga pengarang berjaya menyentuh tentang kebijaksanaan dan rasional dalam
menyelesaikan masalah dan membuat tindakan.Perkara ini dapat disampaikan oleh pengarang melalui watak
yang mempunyai sikap rasional dan bijak dalam menyelesaikan masalah yang boleh diteladani oleh pembaca,

Di dalam cerpen ini,Nusia berjaya mendapatkan lima pek darah yang diperlukan untuk memulihkan empat orang
yang sedang koma.Nusia berjaya mendapatkan darah tersebut dengan memujuk juruteknik makmal darah
walaupun darah itu untuk kegunaan Tuan Besar. Hal ini kerana Nusia mempunyai rasionalnya sendiri iaitu
darah-darah tersebut dapat membantu Solehah yang sakit tenat, Al-Hafiz yang ditimpa kemalangan, bayi yang
dibuang, gadis yang koma akibat didera,dan mahasiswa yang menghidap penyakit leukemia. Jika darah tersebut
diberikan kepada Tuan Besar, Nusia berfikir bahawa akan berlakunya pembaziran darah apabila seratus pek
diperlukan selama dua hari untuk menyelamatkannya. Dengan sikap rasional yang ada pada Nusia,
menyebabkan lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan.

Terima Kasih

Tutorial Minggu 12
Berpasangan
Minggu 13 Nama Ahli Kumpulan:
BMMB3193 Gressyena anak Jonem
Flora Michale anak Andrian

Soalan Tutorial

Pilih cerpen / novel yang telah anda baca
kemudian aplikasikan salah satu kritikan
sastera yang telah dibincangkan sebelumnya.

Kritikan Sanjungan

● Memberi penghormatan, penghargaan dan
pujian terhadap sesuatu perkara

● Memuji karya dan pengarang yang
menyerlahkan pemikiran bernas di samping
menampilkan elemen dalaman karya yang baik
dan menarik.

Cerpen: Hadiah

Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang berbual-bual mengenai hadiah yang akan diberikan kepada
guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid
masing-masing menceritakan mengenai kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar
yang miskin tidak mampu untuk membeli hadiah untuk guru kesayangannya, Cikgu Zaleha. Azizah berasa
risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk gurunya.

Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya menyatakan bahawa
dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah. Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini
dia cuba meminta duit daripada bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat
bahawa keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.

Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah membuat tudung
saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam daripada
emaknya, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu
Zaleha. Apabila Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu
kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah dikejutkan dengan tawaran
oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu pertandingan.

Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk menghasilkan
pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya memenangi Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat
hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan Azizah
adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.

Contoh Kritikan

Pemikiran pengarang

● Dalam karya cerpen ‘Hadiah” telah menunjukkan pemikiran yang baik dan bernas
untuk disampaikan kepada masyarakat atau pembacanya

● Hal ini kerana, dalam karya tersebut pengarang telah menunjukkan melalui
watak utama Azizah sebagai seorang insan yang bergelar murid atau pelajar
perlu menghargai jasa guru dan berusaha untuk membalasnya yang banyak
mendidik dan mengajar. Sebagai contoh, walaupun Azizah tidak mampu untuk
memberikan hadiah yang mahal seperti rakan kelasnya dia berusaha untuk
menghasilkan hadiah hasil dari buatannya sendiri iaitu tudung salji yang
diperbuat daripada rotan.

● Ini menunjukkan bahawa pemikiran pengkarya ini adalah ke arah yang bertujuan
untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat atau pembaca tentang
pengorbanan dan jasa guru yang harus dihargai dan dibalas sejak dari dari kecil
lagi

Pemikiran
pengarang

● Pengarang juga menyatakan bahawa setiap keunikan dan bakat seseorang individu
harus dihargai dan diperkembang untuk memberi peluang kepada individu supaya
sentiasa berkembang dalam diri mereka sendiri

● Sesuai dengan keperluan negara kita sekarang adalah sangat penting bagi kita untuk
mengembangkan bakat dan potensi yang tidak boleh disia-siakan

● Sebagai contoh dalam karya tersebut adalah melalui watak Cikgu Zaleha yang
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan bakat muridnya iaitu watak utama cerpen,
Azizah yang kreatif dan pandai untuk membuat kraftangan dengan memujuknya dan
menyerahkannya borang untuk menyertai pertandingan kraftangan peringkat sekolah

Perkembangan plot yang menarik

01 02 03

Penulis menggunakan Penulis juga mampu Idea yang dikemukakan oleh
penulis adalah relevan dan mudah
teknik plot yang menarik menimbulkan kepelbagaian untuk difahami oleh pembaca
berdasarkan jalinan cerita yang
dengan memaparkan unsur bentuk emosi dalam setiap plot mengandungi unsur konflik dan
cara menyelesaikan konflik
saspen dalam jalan cerita yang boleh mempengaruhi emosi tersebut.

tersebut. pembaca.

04 05

Sebagai contoh, unsur saspen: Melalui teks tersebut, penulis mampu
menimbulkan pertanyaan kepada pembaca
"Azizah, cikgu nak hadiah yang lebih besar, dan membuatkan pembaca tertunggu-tunggu
tentang hadiah yang bakal diberi oleh Azizah
boleh?" Wajah Cikgu Zaleha yang begitu tulus kepada gurunya.

dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah

lama-lama. Ingin meneka apa yang tersirat di

sebalik perkataan "besar" itu.

Penggunaan gaya bahasa
yang mudah difahami.

● Gaya bahasa yang digunakan oleh penulis mudah difahami.

● Hal ini mempengaruhi pemahaman pembaca terhadap penyampaian jalan cerita
kerana penggunaan gaya bahasa aras tinggi akan menyukarkan pembaca untuk
memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.

● Contoh: "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."

● Gaya bahasa sinkope seperti penggunaan perkataan “tak” mampu difahami oleh
pembaca walaupun merupakan singkatan daripada perkataan “tidak”.

● Hal ini tidak mengelirukan pembaca kerana penggunaan sinkope sering
diaplikasikan dan didengari dalam pertuturan seharian.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

Pembelajaran
tambahan

BMMB3193 M9

Nama pasangan:

● Charle Nil anak Daniel
● Michael anak Prosser

Soalan tugasan.

Buat analisis terhadap sesebuah novel berdasarkan
teori strukturalisme dan teori semiotik

Novel : Pelari Muda
Karya : Ghazali Ngah Azi

Teori strukturalisme yang terdapat di dalam novel Pelari Muda
● Mengandungi teori strukturalisme berbentuk strukturalisme klasik.
Novel ini mengandungi struktur yang terdiri daripada tema,persoalan,watak dan perwatakan,binaan plot,teknik
plot,lata,gaya bahasa,nilai,pengajaran.
● Novel ini bertemakan perjalanan kehidupan seorang remaja yang merupakan seorang atlet negara dan menjadi
sombong selepas dikenali ramai.
● Mengandungi bentuk strukturalisme genetik. Di dalam novel ini pengarang menyentuh tentang perkara yang
berlaku di persekitarannya.Novel ini menggambarkan seseorang yang berubah setelah memperoleh kerjayaan.

Kejayaan Kamarul memenangi pingat dalam kejohanan sukan MSSM dan juga Sukan SEA Brunei telah mendapat
perhatian banyak pihak dan membuatkannya menjadi popular.Selepas kerjayaan tersebut Kamarul berubah menjadi
seorang yang sombong.

● Petikan dari novel tersebut menunjukkan strukturalisme genetik .Petikan tersebut menceritakan sikap watak
yang bernama Kamarul yang berubah menjadi sombong dan angkuh setelah memenangi pingat di kejohanan
sukan MSSM dan Sukan SEA Brunei.

Teori Strukturalisme

Tema : Novel Pelari Muda bertemakan perjalanan kehidupan seorang remaja yang merupakan seorang atlet
negara dan menjadi sombong selepas dikenali ramai.

Persoalan :
1)Persoalan keangkuhan seseorang setelah mencapai kejayaan Kamarul mula bersikap sombong dan angkuh
kerana tidak datang berlatih bersama Encik Kadir

2)Persoalan kegigihan seorang atlet untuk meningkatkan prestasi Sures gigih berusaha untuk menewaskan
rekod masa larian terbaik Kamarul

3) Persoalan komitmen jurulatih untuk memastikan pelatihnya memberikan yang terbaik Encik Kadir komited
dalam menjalankan tugas sebagai jurulatih dan bersabar dengan perangai Kamarul sehingga dia berjaya
mendapat pingat emas di Sukan SEA

4) Persoalan hubungan dua remaja yang ada pasang dan surut Kamarul dan Saridah saling menyayangi
antara satu sama lain tetapi sikap Kamarul mula berubah menjadi sombong dan angkuh 5)
Persoalan simpati terhadap kawan baik

Permulaan Binaan Plot
Perkembangan
Ibu dan rakan-rakan Kamarul mula melihat perubahan sikapnya
yang angkuh dan sombong. Hubungannya dengan Saridah menjadi
renggang selepas Saridah cuba menasihatinya atas perubahan
sikap yang semakin negatif. Kamarul juga teringat kepada Cikgu
Zainal, guru sukan yang mula mengesan bakat Kamarul dalam
bidnag olahraga dan acara lari pecut.

Kamarul mula enggan berlatih dengan Encik Kadir kerana
menganggap latihan tersebut membosankan. Kamarul juga enggan
bergaul dengan rakan-rakan di sekolah dan hanya membuat latihan
kecergasan secara sendiri. Encik Kadir yang merupakan
jurulatihnya mula bimbang akan perubahan sikap Kamarul.

Perumitan Binaan Plot
Klimaks
Penutup Ketika pemilihan untuk ke Sukan SEA Bangkok, Sures, rakan atlet
Kamarul telah mengalahkan Kamarul pada acara yang mereka
sertai. Kamarul juga berani melawan jurulatihnya yang
mempersoalkan latihan sendiri yang akan menjejaskan kecergasan
Kamarul dan prestasinya.

Kamarul yang berasa tertekan dan runsing telah bergaduh dengan
jurulatihnya sehingga mencampak pingat pada Encik Kadir. Fikiran
Kamarul yang sedang berkecamuk telah membuatkan dia melintas
jalan tanpa menoleh ke kiri atau kanan dan telah dilanggar oleh
sebuah kereta.

Selepas kemalangan tersebut, Kamarul sedar dan meminta maaf
atas perubahan sikapnya dan memebuat persediaan untuk ke
Sukan SEA. Kamarul berjaya mendapat pingat emas dalam acara
100 meter dan 400 meter dan telah bertukar-tukar cenderamata
dengan De Wega, pelari pecut dariapda Filipina. Kamarul mendapat
ucapan tahniah dan penghargaan daripada keluarga, guru, jurulatih
dan rakan-rakan di Malaysia

Latar

Latar masa :
● Waktu pagi : Mak Jah menyediakan sarapan untuk Kamarul dan melihat Kamarul tidak ceria

seperti biasa
● Waktu petang : Sures menunggu Kamarul untuk ke kompleks sukan bersama-sama

Latar Masyarakat
● Masyarakat yang terdiri daripada ahli sukan atau atlet yang mewakili negara : Kamarul dan Sures

gigih berlatih untuk meningkatkan prestasi mereka sebelum mewakili negara di Sukan SEA .
● Masyarakat remaja yang bersekolah dan mempunyai pelbagai perasaan : Saridah yang meluahkan

rintihan dan kekecewaannya kepada Juriah akan hubungannya yang semakin renggang dengan
Kamarul.

Latar tempat :
● Rumah Kamarul : Mak jah menyampaikan surat yang diberikan oleh Saridah
● Pusat Sukan Kampung Pandan : Tempat dimana Kamarul dan Sures berlatih di bawah kendalian

Encik Kadir sebelum menyertai Sukan SEA di Bangkok

Gaya Bahasa

● Diksi : Penggunaan Bahasa Inggeris, one, two, three
● Peribahasa : kilas ikan di air, aku tahu jantan betinanya
● Sinkope : “Kamu nak ke mana ni?”
● Simile : Daunnya bergerak seperti diusik-usik

Nilai

● Kerajinan : Sures dan Kamarul rajin berlatih menunjukkan bukti mereka layak untuk mewakili negara
● Kesabaranr : Encik Kadir sabar dengan perangai Kamarul yang tidak mahu berlatih dengannya
● Hormat-menghormati : Saridah yang menghormati Mak Jah ketika ingin menyampaikan surat

kepada Kamarul

Pengajaran

● Kita hendaklah sentiasa merendah diri dalam menghadapi perjalanan hidup kerana sikap sombong
hanya akan merugikan diri

● Kita seharusnya hormat kepada mereka yang banyak berjasa kepada kita seperti guru, jurulatih dan
juga rakan-rakan

● Kita perlu bersikap berani dalam menghadapi cabaran kerana ia mampu membawa kita ke tahap
yang lebih baik

● Kita mesti mengamalkan sikap kasih dan sayang antara keluarga kerana mereka adalah insan yang
paling rapat dengan kita.

Te r e ti

Semiotik membawa maksud secara terminologinya dan pemahamannya dapat didefinisikan
sebagai pengetahuan mengenai tanda ataupun dikenali sebagai simbol . Simbol atau tanda
yang dimaksudkan ini adalah merangkumi pelbagai bidang seperti menyentuh aspek
kebudayaan,kemasyarakatan dan sistem kehidupan yang telah menggunakan simbol ini
sebagai salah satu bentuk kaedah penyampaian komunikasi yang berkesan serta
memberikan maksud-maksud yang tertentu. Kaedah penyampaian lebih kepada tanda atau
simbol yang lebih mudah difahami serta berkesan.

Te r e ti

Penerapan unsur hiperbola dalam novel Pelari Muda.

● Hiperbola merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya. Jenis gaya bahasa ini sering digunakan untuk meluahkan
perasaan mahupun tanggapan secara melampau. Hiperbola mampu menekankan sesebuah
penerangan dengan lebih mendalam

● Misalnya, kemarahannya mula membakar hatinya, seribu kemarahan.

Penerapan unsur ikon terhadap watak yang terdapat dalam novel ini:
❖ Kamarul Baharuddin, Encik Kadir, Saridah, Mak jah, Sures Menon, De wega.

Penggunaan unsur anafora
Anafora dapat diklasifikasikan sebagai sejenis pengulangan kata dalam penulisan kreatif. Pengulangan ini
bertumpu pada awal baris atau rangkap.
➔ Misalnya, Maafkan aku, Saridah! Maafkan aku, Cikgu Zainal!

Nov ar M a r G az N ah A .

➔ Berdasarkan novel ini, terdapat teori semiotik yang telah dikenal pasti dalam penggunaannya
terhadap pemenggalan dan hentian dalam bahasa. Hentian ayat dapat dilambangkan menggunakan
tanda baca iaitu, noktah dan koma.

Petikan dalam novel ini misalnya, “Dalam pemilihan ke Sukan SEA Bangkok, Sures telah berjaya
mengalahkan Kamarul. Dia mula berasa tertekan dan runsing. Hubungannya dengan Encik Kadir,
rakan-rakan dan Saridah semakin renggang. Ketika Kamarul ingin menyeberang jalan, sebuah kereta
telah datang dari arah yang bertentangan dan melanggar Kamarul kerana dia melintas tanpa menoleh ke
kiri atau kanan.

Analisis setiap sistem tanda yang telah dipetik tersebut dapat melambangkan beberapa keadaan yang
ditunjukkan. Misalnya, kod dan tanda tersebut telah menimbulkan beberapa makns dan pernyataan
seperti dalam pemilihan ke Sukan SEA Bangkok, Sures telah berjaya mengalahkan Kamarul.

Pautan Sinopsis Novel

https://www.irujukan.m
y/novel-pelari-muda/

Sekian terima
kasih

A Picture Is Worth a
Thousand Words

BMMB3193
(Novel Di
Sebalik Dinara)

JACKLYN JULAN JUK
DEMICA IRENE ANAK JEPRITEN


Click to View FlipBook Version