MUHAMMAD FATHULLAH BIN
HAMZAH
PPP213193
E-PORTFOLIO DINAMIKA
KEPIMPINAN
Refleksi Keseluruhan
Kursus Dinamika Kepimpinan ini memberikan kepada pelbagai input yang penting
khususnya berkaitan dengan kepemimpinan dan banyak mengandungi pengisian berkaitan
teori-teoriserta tingkah laku sebagai pemimpin dalam menghadapi situasi yang diluar
jangkaan seperti krisis. Kursus ini sangat berguna untuk dipelajari dalam usaha meningkatkan
potensi diri menjadi pemimpinyang berkaliber dan dinamik.. Hal ini kerana, dalam setiap
aspek kehidupan kita memerlukan daya kepimpinan yang baik. Dari sekecil-kecil tugasan
sehinggalah kepada pemimpin atasan dalam organisasi, kemahiran memimpinlah yang akan
menentukan sama ada sesuatu kepimpinan dalam organisasi itu berjaya atau tidak. Sebagai
pemimpin, tiada satu jalan khusus yang terbaik yang boleh diguna pakai pada setiap situasi.
Pemimpin yang dinamik perlu mempunyai kepakaran dalam menyesuaikan diri dan
menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut situasi yang mungkin dipengaruhi oleh
pengikut, tugasan atau persekitaran. Ilmu tersebut sangat berguna untuk kedua-dua di alam
pekerjaan dan semasa menyambung pelajaran.
Secara individu, saya memperoleh pelbagai faedah dan manfaat dalam pelbagaibidang
sepanjang kursus ini dijalankan. Dalam kursus ini secara tidak langsung membantu saya
untuk meningkatkan pengetahuan, membina keyakinan dan melatih diri untuk sentiasa
berfikir dan mengaitkan konsep dengan keadaan yang berlaku di sekeliling. Selain itu juga,
melalui kursus ini, saya didedahkan dengan pelbagai teori kepimpinan yang dapat diterapkan
dalam pelbagai situasi.. Oleh itu, sebagai seorang pelajar yang telah melalui kursus
Dinamika Kepimpinan ini, saya seharusnya dapat mengenalpasti apakah teori yang sesuai
untuk diaplikasikan pada situasi-situasi tertentu. Kebolehan untuk memilih teori yang sesuai
bergantung kepada keadaan dan situasi juga adalah merupakan antara kemahiran untuk
mengenalpasti masalah dan berfikir secara kreatif dan kritis.
Secara kesimpulannya, kursus Dinamika Kepimpinan ini seharusnya dititkberatkan dalam
akademik bukan hanya sekadar kursus yang perlu diambil. Namun kursus ini sangat
membantu dan memberi panduan serta persediaan kepada graduan dalam menghadapi realiti
dalam kehidupan.
1. Kepimpinan
Pemimpin merujuk kepada seseorang yang mempengaruhi sekumpulan manusia untuk
mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kepimpinan pula merujuk kepada proses pengaruh
oleh ketua dan juga pengikutnya untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahan yang
dilakukan. Dalam sesebuah kepimpinan, pengaruh merupakan intipati penting bagi
menggerakkan sesebuah organisasi dimana memerlukan sumbangan idea dari pemimpin,
sikap terbuka dan memotivasikan pengikut untuk menyokong segala pembentukaan dan
perubahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, konsep kepimpinan ini perlu difahami
dengan lebih jelas supaya proses untuk mencapai matlamat dan objektif lebih lancar.
Pemimpin memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan bersama pengikut dan
tiada istilah “Bos” dimana ketua dan pengikut perlu bersama-sama untuk mencapai objektif
organisasi.
Gaya dan corak kepimpinan dapat menentukan bagaimana hala tuju sesebuah
organisasi. Kepimpinan ini adalah sangat penting khususnya bagi menyelesaikan krisis dalam
organisasi dimana antara krisis yang paling ketara berlaku adalah krisis ekonomi khususnya
dalam situasi kejatuhan ekonomi secara global. Pemimpin perlu merancang dengan baik dan
mengambil kira pelbagai aspek supaya setiap tindakan yang diambil tidak memberi kesan
kepada organisasi dalam jangka masa panjang. Selain itu, kepimpinan juga bertindak
dalam mengawal prestasi organisasi yang memperlihatkan bagaimana sesorang pemimpin
mampu untuk mempengaruhi orang bawahannya atau pengikut. Hubungan dan komunikasi
antara pemimpin dan pengikut yang baik sangat memberi impak yang besar terutama bagi
menghadapi sesuatu krisis yang berlaku. Sumbangan dan pemilihan idea yang terbaik perlu
dilakukan supaya segala tindakan yang dilakukan berjaya. Dalam sesebuah organisasi,
kepuasan kerja pengikut perlu dititikberatkan oleh setiap pemimpin. Hal ini kerana pengikut
merupakan nadi dalan sesbuah organisasi yang berupaya menggerakkan segala proses dan
membantu kepada pencapaian objektif. Selain itu juga, kepimpinan juga penting untuk
menunjukkan kejayaan sesebuah pengurusan.
Pemimpin efektif merupakan pemimpin yang mampu untuk memberi arahan,
memberi inspirasi dan panduan kepada pengikutnya dengan berkesan (Falaq, 2021). Antara
ciri pemimpin yang efektif adalah pemimpin yang berkongsi tanggungjawab kepimpinan
melalui kepimpinan bersama, melatih sikap kepimpinan kepada subordinat atau pengikut,
mampu mempengaruhi pengikut untuk menyokong minat organisasi, mampu menetapkan
objektif, mampu untuk mempengaruhi perubahan bagi penambahbaikan berterusan dan
mampu bekerja dengan orang lain.
Secara kesimpulannya, daya kepimpinan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin
membolehkan mereka dihormati serta dipandang tinggi oleh orang lain secara tidak langsung
jika mereka bijak dalam menguruskan sesuatu masalah.(Syafie et al., 2021)
2. Sifat dan Personaliti Kepimpinan
Emosi, pemikiran, dan kelakuan kita semuanya dipengaruhi oleh keperibadian kita, yang
merangkumi pelbagai kualiti dan corak. Ini biasanya satu-satunya. Sebagai contoh, cara
seseorang berkelakuan, bertindak balas, berfikir dan merasakan dalam senario tertentu
mungkin agak berbeza daripada cara orang lain bertindak balas terhadap peristiwa yang
sama. Pengumpulan ciri-ciri yang membezakan seseorang individu disebut sebagai
personaliti. Dari sudut islam, akhlak seseorang inilah yang mencirikan keperibadian
seseorang (Fariza et al, 2013). Sifat, sebaliknya, tidak merujuk kepada keseluruhan, tetapi
lebih kepada ciri-ciri individu yang membentuk keperibadian. 'Big Five' adalah salah satu
idea yang paling terkenal dalam psikologi personaliti. Setiap orang mempunyai kualiti
personaliti unik yang membezakan mereka antara satu sama lain, serta kestabilan yang
ditunjukkan dalam tingkah laku mereka dalam banyak situasi (Miller, 2016). Personaliti,
menurut pandangan ini, terdiri daripada lima aspek atau sifat. Ekstraversi, pelarasan,
keterbukaan kepada pengalaman, ketelitian, dan kesesuaian adalah lima ciri personaliti yang
diajukan oleh Ernest Tupes dan Raymod Christal pada tahun 1961. Setiap ciri personaliti
adalah penting dalam pembentukan personaliti.
1. Ekstraversi
2. pelarasan - memerlukan emosi yang stabil,
3. keterbukaan kepada pengalaman - sentiasa mencari pengetahuan yang baru,
4. ketelitian - pemikiran yang bagus akan meningkatkan pencapaian,
5. kesesuaian - lebih fleksibal dan mampu bergaul dengan sesiapa sahaja.
Bagi menjadi seorang pemimpin yang efektif atau pemimpin yang mampu memberi impak
bukan sesuatu yang mudah namun ianya boleh dicapai jika mempunya beberapa sifat
pemimpin yang efektif. Antaranya adalah seseorang pemimpin yang mempunyai
penguasaan pemimpin yang ingin mengemudi sesuatu kerja, mempunyai tenaga yang
tinggi iaitu mampu melaksanakan pelbagai jenis kerja dalam jangka masa yang panjang,
mempunyai keyakinan diri untuk membuat keputusan , mengemukakan idea
tanpa dipengaruhi oleh persekitaran, percaya dan yakin terhadap kawalan dalam hala tuju
organisasi, mempunyai keseimbangan dalam pelbagai aspek (emosi, tingkah laku,
kognitif), berintgeriti, mempunyai kebijaksanaan dalam bidang yang meluas, kecerdasan
emosi, fleksibiliti dan juga sensitiviti.
Bagi menjadi seorang pemimpin yang berjaya memerlukan semangat juang yang tinggi dan
mempunyai sikap sentiasa ingin berjaya. Hal ini disebabkan oleh kejayaan sesuatu organisasi
bergantung sepenuhnya kepada pemimpin dan disokong oleh pengikut-pengikutnya. (Adila,
2013). Oleh yang demikian setiap pemimpin perlu mengetahui personaliti dan sifat sedia ada
supaya segala kekurangan dapat ditingkatkan untuk menjadi pemimpin yang lebih afektif
(Ridhwan et.al., 2018).
3. Tingkah laku dan Motivasi Pemimpin
Kelas seterusnya memberikan penekanan kepada tingkah laku kepimpinan dan juga motivasi.
Tingkah laku kepimpinan adalah mudah untuk difahami, namun pemimpin atau ketua
mungkin memerlukan beberapa kerja untuk ditingkatkan dan diulang berulang kali (Clare,
n.d.,). Setiap pemimpin boleh meningkatkan keberkesanan mereka dengan mengubah tingkah
laku mereka. Ciri-ciri seperti daya tarikan, sebaliknya, kelihatan seperti semula jadi dan lebih
sukar untuk diamalkan. Dalam konteks kepimpinan dalam organisasi, setiap tingkah laku
pemimpin mencerminkan struktur kerja yang diamalkan dan hubungan antara pemimpin dan
juga pengikutnya. Setiap organisasi mempunyai gaya dan pendekatan yang berbeza sama ada
menggunakan pendekatan orientasi kuasa, kepimpinan sebagai satu kesinambungan, pekerja
sebagai orientasi pengeluaran, penggunaan sistem pengurusan likert, grid pengurusan, dan
grid tiga dimensi. Kesemua jenis pendekatan tingkah laku ini adalah bergantung kepada
tingkah laku seseorang individu atau kumpulan dalam konteks organisasi. Apabila organisasi
berada pada tahap pertumbuhan dan daya saing yang berbeza, dan pekerja mempunyai latar
belakang yang berbeza (bakat, kebolehan, personaliti, motivasi, pengalaman, kumpulan
umur, budaya) menyebabkan tiada gaya kepimpinan yang dianggap sebagai gaya yang
terbaik..
Motivasi dalam konteks organisasi adalah merujuk kepada kepuasan yang diperoleh dan
kecapi oleh seseorang pekerja apabila melakukan sesuatu tugas. Bagi seorang pekerja atau
pengikut dalam organisasi, ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk cuba
mengembangkan suasana pengurusan yang optimum sama ada daripada sudut pengiktirafan
ataupun pemupukan minat bekerja (Adila, 2013). Motivasi pekerja membantu mereka untuk
terus bekerja ke arah tertentu untuk tempoh masa yang ditetapkan dan mendorong pekerja
untuk memahami matlamat keseluruhan organisasi. Sebagai contoh, dalam teori Maslow
menyatakan bahawa keperluan dinilai daripada kelangsungan hidup merupakan asas kepada
kepuasan metafizik. Mengikut teori, permintaan yang tidak dipenuhi mendorong kepada
perubahan tindakan seseorang. Pemimpin boleh mencapai objektif mereka dengan
menggabungkan motivasi tenaga kerja dengan keperluan syarikat.
Motivasi terbahagi kepada 3 teori secara umum iaitu teori kandungan motivasi, teori proses
motivasi dan juga teori motivasi pengukuhan. Teori motivasi kandungan ini merupakan teori
yang terawal berkaitan motivasi yang menekankan kepada keperluaan untuk memotivasikan
pekerja. Keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan sosial, keperluan harga, dan
keperluan aktualisasi diri adalah lima peringkat hierarki keperluan Maslow. Jika seseorang
boleh memenuhi satu tahap kehendak hierarki, dia akan cuba mencapai tahap seterusnya, dan
dia akan percaya orang lain memenuhi keperluan mereka dalam urutan hierarki. Motivasi
individu adalah berdasarkan dua pembolehubah: faktor kebersihan dan motivator, menurut
teori dua faktor Herzberg. Setiap idea ini membincangkan faktor yang mendorong motivasi
pekerja dengan cara yang sama. Individu adalah berbeza antara satu sama lain. Akibatnya,
kehendak dan keperluan mereka berbeza. Keutamaan setiap orang berubah dari semasa ke
semasa. Akibatnya, adalah penting dalam syarikat untuk mengenal pasti dan menggalakkan
individu untuk memaksimumkan sumbangan mereka.
Teori proses motivasi cuba menjelaskan mengapa orang terlibat dalam tingkah laku tertentu.
Teori-teori ini berkaitan dengan kaedah kita memilih sasaran dan usaha yang diperlukan
untuk mencapainya. Pelaziman operan (operant conditioning), ekuiti, matlamat, dan jangkaan
adalah empat teori proses utama. Bagi teori pengukuhan motivasi, Skinner menegaskan
bahawa tingkah laku adalah fungsi akibatnya, dan bahawa orang akan mengulangi tingkah
laku yang menghasilkan perkara positif sambil mengelakkan tingkah laku yang menghasilkan
perkara yang negatif. Teori Pengukuhan ini juga mengabaikan motivasi intrinsik seseorang
dan sebaliknya memberi tumpuan kepada keadaan luaran. Inilah sebabnya mengapa banyak
syarikat menumpukan masa dan sumber untuk meningkatkan budaya tempat kerja. Pekerja
boleh dimotivasikan dan semangat mereka dapat ditingkatkan dengan bekerja dalam suasana
yang sihat. Teori Pengukuhan boleh digunakan untuk mempengaruhi tingkah laku individu
dalam pelbagai cara.
4. Kuasa, Politik, Rangkaian dan Rundingan
Pengaruh ialah keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku seseorang atau sesuatu.
Pengaruh tersebut boleh dihasilkan dari kedudukan seseorang dalam organisasi dan
kemahiran peribadi seseorang. Oleh yang demikian, pengaruh terbahagi kepada dua sumber
iaitu yang pertama dikenali sebagai kuasa kedudukan, manakala yang kedua dikenali sebagai
kuasa peribadi. Menurut Northhouse (2013), terdapat dua sumber kuasa dalam organisasi
iaitu kuasa kedudukan dan kuasa peribadi Kuasa kedudukan ialah kuasa yang digunakan oleh
seseorang mengikut kedudukan seseorang dalam struktur dan hierarki organisasi. Kuasa
peribadi ialah keupayaan untuk mempengaruhi orang dan peristiwa dengan atau tanpa kuasa
rasmi.
Pengurusan atasan adalah sumber kuasa kedudukan. Pengikut mendapat kuasa peribadi hasil
daripada tindakan pemimpin. Kuasa yang mengandaikan atau mempengaruhi seseorang untuk
memegang orang lain berdasarkan gelaran jawatannya dikenali sebagai kuasa kedudukan.
Sebagai contoh, kuasa dilaksanakan mengikut kedudukan seseorang dalam organisasi. Kuasa
peribadi merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mempengaruhi dan memerintah
pengikutnya.Sebagai contoh, keupayaan pengaruh pemimpin daripada dilihat oleh pengikut
sebagai berpengetahuan, atau disukai. Jenis kuasa ini bergantung kepada keupayaan dari
aspek pemikiran dan tingkah laku seperti keyakinan, sikap positif, kekuatan dan kecekapan
pemimpin atau individu yang tertentu.
Walaubagaimanapun, menurut ahli psikologi sosial iaitu John RP French dan Bertram
H.Raven telah menyatakan bahawa terdapat 6 bentuk kuasa yang berasingan dan berbeza
iaitu Kuasa Ganjaran (mengiktiraf pekerja melalui keupayaan kewangan), Kuasa Paksaan
(menggunakan kuasa daripada jawatan untuk memberi arahan), Kuasa Sah ( kuasa daripada
mereka yang mempunyai kedudukan dalam organisasi ), Kuasa Rujukan ( kepercayaan
daripada pengikut terhadap seseorang individu tanpa paksaan ), Kuasa Maklumat (
mempunyai keupayaan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan organisasi ),
dan Kuasa Pakar ( seseorang yang mempunyai kemahiran , pengetahuan dan pengalaman
khusus ). Oleh yang demikian, setiap individu atau bakal pemimpin dala organisasi perlu
mengetahu dan membezakan setiap jenis kuasa sebelum mengambil alih mana-mana jawatan
kepimpinan. Hal ini supaya tampuk pimpinan yang diterajui dapat memberi impak sama ada
impak kepada luaran mahupun dalaman terhadap organisasi.
Secara umumnya, politik juga merupakan salah satu pengaruh besar dalam setiap kepimpinan
organisasi. Politik adalah proses mendapatkan dan menggunakan kuasa. Ia adalah hakikat
kehidupan dalam organisasi sama ada baik atau buruk. Menurut Nelson dan Economy (2005)
menyatakan bahawa politik organisasi ini dianggap sebagai sangat berkuasa dalam mana-
mana organisasi. Oleh yang demikian, politik dalam organisasi ini bukan sahaja mencari
pengaruh dan kuasa tetapi mengejar sesuatu matlamat yang mementingkan kepada
kepentingan individu atau kumpulan (Natasha, 2015). Walaubagaimanapun, di dalam
organisasi itu sendiri terdapat 3 tingkah laku politik yang biasa berlaku iaitu rangkaian,
timbal balik dan gabungan.
Rangkaian merujuk kepada pembinaan hubungan sama ada hubungan antara pengikut dengan
pemimpin, pemimpin dengan pemimpin, pemimpin dengan organisasi untuk tujuan bersosial
dan mempolitikkan. Sebagai contoh, bekerja dengan pemimpin yang baik merupakan salah
satu cara untuk mendapatkan manfaat dan kelebihan melalui hubungan yang
diwujudkan. Seterusnya adalah timbal balik dimana timbal balik merupakan satu proses
pertukaran sesuatu perkara dengan orang lain untuk mendapatkan faedah bersama. Dalam
konteks organisasi kebiasaanya merujuk kepada pertukaran antara pengikut dan pemimpin.
Sebagai contoh pemimpin memberikan peluang kepada pengikut untuk mengikut cara
tersendiri bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan dan pemimpin memperoleh faedah
daripada tugasan yang diselesaikan. Gabungan pula adalah rangkaian pakatan yang akan
membantu pengurus mencapai objektif.
Rundingan atau negosasi dalam organisasi juga memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi organisasi dalaman dan luaran. Rundingan adalah proses apabila dua atau
lebih pihak yang berada dalam konflik (disagreement) berusaha untuk mencapai
persetujuan. Rundingan adalah perkara biasa dalam carian pekerjaan, hubungan buruh , dan
jualan. Rundingan harus bermula dengan pelan maka jika pihak-pihak yang terlibat bersetuju
dengan rancangan itu akan menutup perjanjian itu. jika tiada persetujuan yang berlaku maka
tiada perjanjian yang dibuat.
5. Teori Kepimpinan Kontigensi
Topik dalam minggu ini membincangkan tentang teori kepimpinan kontigensi atau
kepimpinan luar jangka. Kepimpinan luar jangka, juga dikenali sebagai kepimpinan
situasional, adalah sejenis kepimpinan yang menekankan persekitaran kerja dan budaya
organisasi. Frederick E. Fiedler mencadangkan teori kepimpinan ini, menyatakan bahawa
penentu situasi adalah faktor terpenting dalam menentukan gaya kepimpinan yang berkesan.
Prestasi dan kejayaan seseorang pemimpin dipengaruhi bukan sahaja oleh kualiti atau
kaedahnya, tetapi juga oleh keadaan di mana gaya kepimpinan itu digunakan. Terdapat
beberapa keadaan yang perlu dibuat bahawa semua jenis kepimpinan diperlukan pada bila-
bila masa. Dalam erti kata lain, gaya kepimpinan tertentu adalah sesuai dalam beberapa
konteks tetapi tidak dalam yang lain.
Tujuan teori kontingensi adalah untuk menyesuaikan gaya pemimpin dengan persekitaran
yang betul, bukan untuk membuat pemimpin menyesuaikan diri dengan situasi. Adalah
penting untuk menentukan gaya kepimpinan pemimpin untuk memanfaatkan sepenuhnya
tanggapan ini. Skala Rakan Sekerja Paling Diutamakan digunakan untuk mencapai ini (LPC).
LPC ialah satu set soalan yang bertujuan untuk menentukan jenis pekerja yang paling
berminat untuk berbincang bekerja dengan seorang pemimpin dan, sebagai hasilnya, untuk
menunjukkan gaya kepimpinan. Gaya kepimpinan yang diperlukan ditentukan oleh jumlah
markah. Skor LPC yang tinggi menunjukkan pemimpin yang mempunyai kemahiran
interpersonal yang kuat dan bergantung kepada orang lain untuk mencapai tugas. Ini adalah
contoh pemimpin yang mementingkan rakyat. Apabila tahap hubungan antara mereka dan
pengikut mereka berada pada tahap tertinggi, mereka melakukan yang terbaik. Skor LPC
yang rendah pula menunjukkan bahawa kejayaan seorang pemimpin adalah berdasarkan
keupayaan mereka untuk memberi tumpuan kepada tugas dan kekuatan kedudukan. Ini
adalah gaya kepimpinan berorientasikan tugas. Apabila kekuatan kedudukan tinggi dan
struktur tugas adalah baik, jenis ini paling berkesan.
Gaya kepemimpinan kontinum dipelopori oleh Robert Tannenbaum dan Warren Schmidt
mencadangkan bahawa pemimpin mempengaruhi pengikut mereka dalam pelbagai cara,
bermula daripada menonjolkan sisi ekstrem tingkah laku autokratik kepada menonjolkan sisi
ekstrem lain dari tingkah laku demokratik. Tingkah laku autokratik, di mana sumber kuasa
atau autoriti adalah pengaruh pemimpin, sering dianggap sebagai tidak diingini. Jadi
pemimpin mempunyai autoriti kerana dia paling berkuasa dan paling banyak membuat
keputusan, dan dia memikul tanggungjawab sepenuhnya, manakala pengikutnya terkena
ancaman dan hukuman. Selain negatif, gaya kepimpinan ini mempunyai kelebihan, seperti
membuat keputusan yang cepat, kepuasan kepimpinan, dan rasa selamat dan tertib untuk
pekerja. Tingkah laku kepimpinan demokratik dicirikan oleh pemerolehan kuasa atau autoriti
daripada orang bawahan. Ini berlaku apabila orang bawahan mempunyai motivasi yang
mencukupi, dan pemimpin mengutamakan kerjasama dan kerja berpasukan untuk mencapai
matlamat, dan pemimpin terbuka kepada cadangan, pendapat, dan juga kritikan daripada
orang bawahan.
Teori laluan-matlamat memfokuskan kepada hubungan antara pemimpin dan orang
bawahannya. Teori laluan-matlamat, menurut Northhouse (2018), bertujuan untuk
menerangkan bagaimana pemimpin boleh membantu orang bawahan dalam mencapai
matlamat mereka dengan memilih tingkah laku tertentu. Seperti keperluan orang bawahan
dan persekitaran kerja. Ciri-ciri orang bawahan dipengaruhi oleh aktiviti pemimpin seperti
arahan, sokongan, dan penglibatan dan kesannya berbeza-beza bergantung pada ciri-ciri
orang bawahan dan ciri-ciri tugas.
Kesimpulannya, penggunaan model kepimpinan ini bergantung kepada keupayaan pemimpin
untuk mengawal organisasi dengan melihat kepada kesesuaian persekitaran organisasi
tersebut. Pemimpin juga perlu mengetahui secara keseluruhan pengikut dalam organisasi
tersebut untuk memilih gaya yang sesuai.
6. Kemahiran Komunikasi, Kejurulatihan dan Konflik
Komunikasi merupakan salah satu elemen yang membantu kepada kejayaan invidu,
kumpulan atau organisasi. Komunikasi ialah proses menyampaikan maklumat dan makna.
Komunikasi sebenar hanya berlaku apabila semua pihak memahami mesej (maklumat) dari
perspektif (maksud) yang sama. Dalam organisasi, komunikasi sangat ditekankan khususnya
untuk membina hubungan antara pengikut dengan pemimpin, pemimpin dengan pemimpin
dan sebagainya. Terdapat hubungan positif antara kecekapan komunikasi dan prestasi
kepimpinan. Dua bahagian penting dalam komunikasi kepimpinan ialah menghantar dan
menerima mesej. Walaubagaimanapun, komunikasi ini bukan sahaja hanya melibatkan
percakapan secara bersemuka malah komunikasi juga boleh berlaku melalui panggilan
telefon, penghantaran mesej, surat dan email. Penelitian dalam perkara-perkara yang ingin
dikongsi juga perlu diambil kira untuk mengelakkan daripada berlaku salah faham antara
pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, langkah seperti tapisan maklumat, penggunaan
struktur ayat yang sesuai dan gaya penyampaian perlu diambil kira oleh pegikut pemimpin
dan keseluruhan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam organisasi.
Kejurulatihan pula adalah proses memberi maklum balas motivasi untuk mengekalkan dan
meningkatkan prestasi. Kejurulatihan direka untuk memaksimumkan kekuatan pekerja dan
meminimumkan kelemahan. Membangunkan kemahiran kejurulatihan adalah antara bahagian
penting dalam membantu kepada pembangunan kepimpinan. Proses yang dilalui oleh
pengurus dalam menentukan sebab prestasi berkesan atau tidak berkesan dan memutuskan
perkara yang perlu dilakukan mengenainya diterangkan oleh teori atribusi. Terdapat dua
peringkat tindak balas pengurus terhadap prestasi buruk. Pengurus bermula dengan cuba
menentukan punca prestasi buruk dan seterusnya pengurus bertindak untuk memutuskan
tindakan terbaik. Pengurus sering mengaitkan prestasi buruk oleh sesetengah pekerja kepada
faktor dalaman (keupayaan dan/atau motivasi) dalam kawalan mereka, manakala prestasi
buruk oleh orang lain dikaitkan dengan faktor luaran (sumber) di luar kawalan mereka.
Pengurus lebih berlembut terhadap pekerja yang prestasi buruknya berpunca daripada faktor
di luar kawalan mereka. Pemimpin yang berkesan cuba menjauhi isu ini. Prestasi ialah fungsi
keupayaan, motivasi, dan sumber, mengikut formula prestasi. Apabila keupayaan, motivasi,
atau sumber kekurangan bekalan, prestasi terjejas. Apabila kekurangan keupayaan pekerja
menghalang prestasi optimum, tindakan bimbingan pembetulan adalah latihan. Apabila
motivasi rendah, teknik motivasi seperti pujian mungkin bermanfaat. Pekerja harus dilatih,
dan pasukan harus bekerjasama untuk membangunkan rancangan peningkatan prestasi.
Sesuatu konflik akan berlaku apabila terdapat individu yang tidak bersetuju dan bertentangan
antara satu sama lain. Hal ini disebabkan oleh setiap individu tidak melihat dan memahami
sesuatu dengan cara yang sama. Oleh yang demikian, konflik tidak dapat dielakkan walaupun
perkara tersebut adalah perkara mudah dan kecil. Walaubagaimanapun, melalui latihan yang
betul, seseorang pengurus mampu untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian konflik dan
pengurus boleh mempertimbangkan untuk memilih antara lima strategi pengurusan konflik
apabila sesuatu masalah timbul. Lima gaya kebimbangan adalah berdasarkan dua ciri
kebimbangan iaitu keprihatinan terhadap keperluan orang lain dan keprihatinan terhadap
keperluan sendiri. Kebimbangan ini menunjukkan dirinya dalam tiga cara iaitu tingkah laku
pasif, tingkah laku agresif dan tingkah laku asertif. Setiap jenis konflik tingkah laku
menghasilkan set senario menang-kalah yang berbeza. Gaya penyelesaian konflik pilihan
pengurus ditentukan oleh personaliti dan gaya kepimpinan pengurus tersebut.
Walaubagaimanapun, tiada pendekatan yang sesuai untuk semua untuk penyelesaian
pertikaian kerana ianya bergantung kepada konflik yang berlaku dan kaedah yang sesuai
untuk digunakan pada konflik tersebut.
Kesimpulannya, komunikasi merupakan asas kepada pembentukan hubungan yang baik sama
ada dalam bidang kejurulatihan dan menjadi salah satu faktor yang penting dalam
menyelesaikan konflik. Oleh yang demikian setiap pengurus atau pemimpin perlu
memastikan bahawa komunikasi ini sentiasa menjadi keutamaan dala organisasi supaya lebih
banyak manfaat dan faedah dapat diperolehi
7. Pendekatan Dyalic, Pengikut dan Perwakilan
Pada minggu seterusnya membincangkan berkaitan Pendekatan Dyadic, pengikut dan juga
perwakilan. Secara umumnya, pendekatan dyadiac atau hubungan dyadiac ini merujuk
kepada hubungan antara seorang pemimpin dan individu lain yang biasanya merupakan
seorang pengikut. Sebagian besar teori dyadic memandang kepemimpinan sebagai proses
pengaruh timbal balik antara pemimpin dengan orang lain. Penelitian tentang proses dyadic
memberikan pemahaman penting tentang kepemimpinan, tetapi sering merendahkan
pentingnya konteks hubungan dyadic. Pendekatan Dyadiac nini mempunyai 4 peringkat
pembangunan iaitu bermula daripada Teori Pautan Dyadic Menegak, Pertukaran Pemimpin-
Ahli (LMX), Pembangunan Pasukan dan Sistem Rangkaian.
Teori Pautan Dyadic menegak Pautan Dyad Menegak (VDL) memberi tumpuan kepada
pengenalpastian bagaimana pemimpin membangunkan satu hingga satu hubungan dengan
pengikut dan bagaimana pemimpin mengelompokkan pengikut dalam satu kumpulan dan
mengeluarkan pengikut dari kumpulan. mencipta dalam kumpulan dan kumpulan keluar. Hal
ini disebabkan, pemimpin melihat pengikut atau pekerja dari aspek hubungan sosial dan
pelaksanaan tugas menggunakan gaya berorientasikan rakyat. Jika seseorang mempunyai
hubungan sosial yang kuat dengan pemimpin atau ketua mereka, pemimpin akan
mengelompokkan pengikut tersebut dalam kumpulan bekerja. Manakala bagi keluar-kumpula
npula merujuk kepada pengikut atau orang bawahan yang tidak mempunyai hubungan sosial
dengan pemimpin mereka dan hubungan yang terbentuk hanyalah berkaitan tugas dan
penerimaan arahan dari pengaruh pihak atasan. Oleh yang demikian, pemimpin ini
merupakan individu yang menginginkan keselesaan dalam pelaksanaan tugas kerja dengan
adanya hubungan sosial yang baik sama ada hubungan dalam peringkat formal mahupun
peringkat tidak normal.
Pertukaran Pemimpin-Ahli (LMX) merujuk kepada Pemimpin atau penyelia mempunyai
masa, sumber, perhatian, budi bicara dan tenaga yang terhad sehingga terpaksa melantik
seseorang dalam kalangan pengikutnya untuk membantu dalam pelaksanaan gerak kerja.
Pemilihan atau pelantikan pengikut ini dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa aspek
seperti aspek hubungan sosial dengan pemimpin, kualiti yang jauh lebih baik berbanding
pengikut lain dan kebolehan pengikut itu sendiri. Penggunaan sistem pertukaran pemimpin-
ahli ini tidak merujuk kepada penyerahan jawatan atau pangkat sepenuhnya kepada
pengikutnya tetapi ianya lebih tertumpu kepada perkongsian tanggungjawab yang dipikul
oleh pemimpin yang mempunyai had-had yang tertentu. Walaubagaimanapun LMX ini
sendiri mempunyai dua kategori iaitu LMX tinggi (lebih banyak sokongan, kuasa ganjaran,
penglibatan dalam membuat keputusan) dan juga rendah (pertimbangan rendah, pengawasan
formal, kurang sokongan, pengaruh paksaan, pematuhan, tingkah laku yang berwibawa,
penglibatan yang lebih rendah dalam keputusan).
Seterusnya adalah memfokuskan kepada perwakilan dalam organisasi dimana delegasi ini
merupakan satu proses penyerahan tanggungjawab dan kuasa kepada pengikut bawahannya
untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi. Walaubagaimanapun penyerahan yang
dilakukan ini hanya melibatkan tanggungjawab dan pada dasarnya tidak melibatkan sebarang
kuasa kepada pengikutnya yang sesuai dan berkemampuan. Delegasi yang dilaksakan dalam
organisasi ini memberi banyak manfaat sama ada kepada pemimpin itu sendiri dan juga
pengikutnya. Delegasi ini dapat membantu dalam meningkatkan motivasi pengikutnya
dimana penyerahan yang dilakukan menyebabkan pengikut yakin bahawa pemipin
meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya dan ianya juga dianggap sebagai satu
penghargaan dan pengiktirafan.
Kesimpulannya, tanggungjawab yang dipikul oleh setiap pemimpin adalah sangat besar dan
memerlukan sokongan daripada pengikut bawahannya. Oleh yang demikian, pemimpin
mempunyai pelbagai pilihan untuk meringankan beban kerja yang dihadapinya sama ada
dengan menggunakan kaedah Pautan Dyad Menegak (VDL). Pertukaran pemimpin-pengikut
(LMX) dan juga delegasi
8. Kepimpinan Pasukan
Kepimpinan pasukan atau kerja secara berpasukan ini merujuk kepada sebilangan individu
yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung dan bekerja dalam satu kumpulan bagi
mencapai matlamat pasukan. Kumpulan memberi tumpuan kepada prestasi dan matlamat
individu, dan pergantungan kepada kebolehan individu (Rifai, 2021). Sebuah pasukan terdiri
daripada gabungan iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta
mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugasan secara bersama. Walaubagaimanapun secara amnya, kerja secara
berkumpulan ini dapat memberi manfaat kerana kerjasama melibatkan gabungan usaha,
pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan mampu menghasilkan prestasi kerja yang jauh lebih
baik dari segi kualitinya berbanding jika dilakukan secara bersendirian.
Antara kelebihan lain yang diperoleh dengan gerak kerja secara berpasukan adalah
berlakunya perkongsian maklumat dan pandangan antara ahli yang berbeza-beza yang dapat
membantu kepada pembuatan keputusan yang lebih berkualiti. Hal ini disebabkan oleh
kesepakatan antara ahli pasukan yang menyokong sepenuhnya keputusan yang diambil
menghasilkan keputusan yang lebih baik kepada organisasi selain membantu mengukuhkan
standard prestasi individu setiap ahli dalam pasukan.
Terdapat empat jenis pasukan iaitu pasukan fungsional, pasukan lintas fungsi, pasukan virtual
pasukan pengurusan kendiri. Latihan organisasi adalah perlu untuk meningkatkan kreativiti
termasuk menyediakan pasukan dengan sumber daya yang memadai dan berkualiti,
pengiktirafan dan penghargaan yang tepat, fleksibiliti dan jumlah struktur minimum dan
iklim dan budaya yang membina. Kegiatan pemimpin pasukan yang dapat membantu
meningkatkan kreativiti pasukan meliputi menyesuaikan ahli dengan tugas yang tepat,
memberikan ahli pasukan otonomi yang lebih besar untuk melakukan pekerjaan, memastikan
ketersediaan waktu, dana, dan sumber yang memadai untuk pasukan, dan melindung daripada
penyekat kreativiti. Tiga bahagian mesyuarat yang berkesan ialah mengenalpasti tujuan dan
memulakan mesyuarat tepat pada masa yang dirancang, meliputi segala agenda yang telah
dirancang, dan mesyuarat haruslah ringkas dan padat untuk ditamatkan pada waktu yang
tepat.
9. Pasukan Pengurusan Kendiri
Pembentangan diteruskan bertajuk mengetuai pasukan pengurusan kendiri. Pasukan
pengurusan kendiri juga dikenali sebagai arahan kendiri, pimpinan kendiri, pengekalan
kendiri dan aturan kendiri. Beberapa sifat pasukan pengurusan kendiri ialah beroperasi tanpa
pengawasan pengurus, kepuasan kerja yang tinggi, komitmen tinggi, membuat keputusan
struktural dan operasional, bertanggungjawab atas tugas-tugas secara kolektif, berbagai
kemahiran dan teknik, dan serba boleh dan fleksibel.
Terdapat beberapa manfaat pasukan pengurusan kendiri. Antaranya ialah dapat mewujudkan
rasa komitmen yang lebih kuat terhadap keupayaan kerja di antara ahli pasukan,
meningkatkan kualiti, kecepatan, dan inovasi, memiliki pekerja yang lebih puas dan
ketidakhadiran yang lebih rendah, memudahkan pembangunan produk baru dengan lebih
cepat, membenarkan ahli pasukan yang terlatih untuk mempunyai fleksibiliti yang lebih besar
dalam menangani masalah peribadi seperti sakit atau ketidakhadiran, dan mengekalkan dana
operasi yang rendah berikutan pengurangan jajaran pengurusan dan peningkatan kecekapan.
Ciri-ciri pasukan pengurusan kendiri yang berkesan adalah dengan memiliki misi yang jelas
dan standard prestasi tinggi, stok peralatan, fasiliti latihan, dan lain-lain sumber keperluan
pasukan, meluangkan masa untuk perancangan dan pengorganisasian untuk menggunakan
sumber yang tersedia dan menilai kemahiran teknikal ahli, dan mempunyai kemahiran
komunikasi yang berkesan.
Beberapa peringkat perlu dilalui bagi membangunkan sesebuah pasukan. Peringkat
pertamaialah forming. Peringkat ini memerlukan komitmen yang tinggi dan kompetensi yang
rendah. Ahli yang terlibat komited namun masih belum mempunyai kecekapan untuk bekerja
bersama. Peringkat kedua ialah storming. Peringkat ini memerlukan komitmen yang rendah
dan sedikit kompetensi. Pasukan menghadapi konflik dan ahli mula untuk mendapat
kepercayaan antara satu sama lain. Peringkat ketiga ialah norming. Komitmen yang diberikan
berubah-ubah dengan kompitensi yang tinggi. Kemahiran ahli pasukan untuk bekerjasama
dan berinteraksi meningkat. Peringkat terakhir ialah performing yang mempunyai komitmen
dan kompitensi yang tinggi. Ahli pasukan memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencapai
matlamat yang sama dan menunjukkan prestasi kerja yang cekap.
10. Kepimpinan Karismatik dan Transformasial
Pada kuliah kali ini, pembentangan dibuat bertajuk kepimpinan karismatik dan
trasformasional. Menurut Weber, individu berkarisma muncul sebagai pemimpin semasa
menghadapi krisis sosial yang mencabar dan menginspirasi orang lain untuk melakukan lebih
dari yang mereka lakukan dalam keadaan normal. Atribut karisma pada beberapa pemimpin
adalah bergantung pada empat atribut tingkah laku yang membezakan karismatik dari
pemimpin non-karismatik seperti ketidakpuasan dengan status quo, mempunyai visi yang
menarik, penggunaan strategi yang tidak konvensional untuk mencapai perubahan yang
diinginkan, dan penilaian yang realistik terhadap keperluan sumber dan kekangan lain untuk
mencapai perubahan yang diinginkan. Antara kualiti yang dimiliki pemimpin karismatik ialah
visi, kemahiran komunikasi yang hebat, kepercayaan diri dan keyakinan moral, kemampuan
untuk menginspirasi kepercayaan, berorientasi risiko tinggi, tenaga tinggi dan berorientasi
tindakan, kurang konflik dalaman, kemampuan untuk memperkasa orang lain, dan personaliti
yang menonjolkan diri.
Kepemimpinan transformasional sebahagian besar berfokus pada visi pemimpin berbanding
atribusi pengikut. Pemimpin transformasional dikenali dengan menggerak dan mengubah hal-
hal "secara besar-besaran" dengan berkomunikasi kepada pengikut tentang visi khusus masa
depan. Mereka berusaha untuk mengubah struktur yang ada dan mempengaruhi orang untuk
membina visi baru dan kemungkinan baru. Kepemimpinan transformasional berfungsi untuk
mengubah status quo dengan mengartikulasikan kepada pengikut masalah dalam sistem dan
visi yang menarik untuk menjadi organisasi baru. Kepemimpinan transaksional berusaha
untuk menjaga stabiliti dalam suatu organisasi melalui pertukaran ekonomi dan sosial yang
mencapai tujuan khusus bagi pemimpin dan pengikut mereka.
Kedua-dua pemimpin karismatik dan transformasional dapat menyampaikan visi dan
membentuk ikatan emosional yang kuat dengan pengikut, tetapi tidak semua pemimpin
karismatik dapat memotivasi pengikut untuk melangkaui kepentingan sendiri untuk
kepentingan keperluan ideal atau sosial yang lebih tinggi. Di sisi lain, para pemimpin
transformasional mengambil kepimpinan karismatik selangkah lebih maju kerana mereka
dapat mengartikulasikan visi yang menarik tentang masa depan dan juga mempengaruhi
pengikut untuk melangkaui kepentingan diri sendiri untuk kepentingan masyarakat.
11. 5 Tahap Kepimpinan
Pada minggu kuliah seterusnya, pembentangan bertajuk kepimpinan. Terdapat 5 aras hierarki
kepimpinan iaitu aras satu (individu yang sangat mahir), aras dua (ahli pasukan yang banyak
menyumbang), aras tiga (pengurus kompeten), aras empat (pemimpin efektif) dan aras lima
(eksekutif). Waktu dan usaha diperlukan untuk menjadi pemimpin aras 5. Seseorang tidak
perlu melalui setiap aras secara satu per satu untuk mencapai aras 5. Namun, kemampuan di
setiap aras sangat diperlukan untuk mencapai status aras 5. Strategi yang akan membantu
seseorang berkembang secara emosional dan profesional, sehingga dapat memiliki kualiti
pemimpin aras 5 ialah sentiasa merendah diri. Pemimpin aras 5 adalah orang-orang yang
rendah diri. Hal ini kerana kesombongan akan merosakkan diri sebagai pemimpin. Misalnya,
setiap kali pasukan memperoleh kejayaan, pastikan kredit diberikan kepada mereka atas kerja
keras mereka. Strategi seterusnya adalah dengan meminta bantuan. Pemimpin aras 5 kadang-
kadang dianggap sebagai "lemah," kerana mereka meminta bantuan ketika mereka
memerlukannya. Namun, meminta bantuan adalah kekuatan sejati kerana bantuan didapatkan
daripada seseorang yang lebih mahir di suatu bidang daripada pemimpin. Hasilnya seluruh
pasukan atau organisasi akan mendapat kebaikannya, bukan hanya pemimpin.
Selain itu, pemimpin aras 5 haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab. Nilai utama
pemimpin aras 5 adalah mereka bertanggungjawab atas kesalahan atau kegagalan pasukan
mereka. Jadi, pastikan tanggungjawab diambil atas tindakan sendiri dan juga pasukan tidak
kira ianya adalah berbentuk kejayaan atau kegagalan. Pemimpin aras 5 sangat disiplin dalam
pekerjaan mereka. Ketika mereka berkomitmen untuk suatu tindakan, tidak peduli betapa
sukar situasi itu, mereka tetap berpegang pada tekad mereka. Jika pemimpin tahu bahawa dia
pada landasan yang benar, maka dia tidak membiarkan penentang menghalangnya dari
tindakan. Penting untuk mendengar pendapat yang berbeza tetapi jangan biarkan rasa takut
ketika membuat, atau mengubah, keputusan.
12. Pemimpin Autentik
Perbincangan yang dilakukan seterusnya pada minggu ini ialah kepimpinan autentik. Pada
minggu ini membincangkan definisi kepimpinan autentik, ciri-ciri kepimpinan autentik,
pendekatan praktikal kepimpinan autentik dan bagaimana kepimpinan autentik ini berfungsi.
Menurut Kamus Dewan, kepimpinan autentik ini adalah sumber yang boleh dipercayai atau
boleh dijadikan pegangan dan ia adalah benar tanpa rekaan. Sebagai seorang pemimpin,
mereka seharusnya mencari intipati kepemimpinan yang tulen dalam diri mereka dan
melaksanakan ia untuk kehidupan organisasi yang lebih baik dan bermakna dalam jangka
masa yang panjang. Kepimpinan autentik ini juga merupakan gaya kepimpinan yang
memfokuskan kepada perwatakan seseorang atau individu pemimpin dengan nilai-nilai yang
ada dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan ini harus selari dengan perlakuan individu,
kepercayaan serta konsisten dalam menyumbangkan idea yang bernas, sikap yang
bertanggungjawab serta tindakan yang dilakukan supaya dapat meyakinkan orang di
sekeliling. Menurut Eagly (2005), kepimpinan dapat tercipta melalui pemimpin dimana
pemimpin dan juga pengikut bersama-sama berganding bahu dalam melakukan sesuatu
perkara atau tindakan.
Berdasarkan apa yang telah dibincangkan, kepimpinan ini ialah kepimpinan yang moden dan
lebih inklusif. Kepimpinan ini berfungsi berdasarkan prinsip bahawa seorang pemimpin
boleh membuktikan bahawa mereka boleh memupuk hubungan yang ikhlas dengan orang
bawahan dan memberi kepentingan kepada mereka. Pemimpin ini lebih bersikap terbuka
seray menggalakkan orang bawahan untuk bersikap lebih terbuka. Ciri-ciri kepimpinan
autentik terdiri daripada empat yang utama iaitu self aware dan tulus dimana seorang
pemimpin yang tulen menilai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri tanpa berat sebelah.
Mereka akan bekerja kerasa untuk mengatasi kebimbangan mereka dengan menggunakan
kebolehan mereka sebaik mungkin. Selain itu, ciri yang kedua iaitu memimpin dengan hati
dan tidak hanya dengan pikiran. Pemimpin yang sahih dan dipercayai akan mempunyai
banyak hati dimana mereka tidak takut untuk menyelam dengan lebih dalam dan mereka akan
memimpin pasukan mereka dengan keberanian dan empati yang hanya datang daripada
mendengar kata hati seseorang. Ciri yang ketiga ialah fokus pada jangka panjang.
Sebagaimana yang kita tahu, pemimpin yang sahih tidak akan membuang masa dengan
memikirkan tentang kemunduran seketika atau hasil yang buruk datang dari pasukan sendiri.
Tumpuan utama mereka adalah sentiasa pada jangka masa yang panjang. Mereka lebih
memahami bahawa kesabaran dan kerja keras mengambil masa tetapi akan membuahkan
hasil dalam jangka masa yang panjang dan memuaskan. Seterusnya, ciri yang keempat
ialah mission driven dan fokus pada hasil dimana pemimpin mampu menempatkan misi untuk
mencapai tujuan.
Oleh itu, gaya kepimpinan ini sangat menggalakkan komunikasi terbuka dalam pasukan dan
mempunyai manfaat yang meluas. Semangat pengikut akan meningkat apabila mereka
merasakan kebimbangan mereka boleh disuarakan dan ditangani. Jadi, kepimpinan autentik
ini akan dapat menggalakkan budaya syarikat yang sihat dan pada dasarnya dapat
mewujudkan aura yang positif.
Refleksi Seminar
On Saturday 14th Mei 2022, we’re having a talk program given by Tan Sri Azman Hj Moktar
with tittle Building True Value- Leadership Lesson from a Transformation Journey. As
introduction, he tell little about himself like how he start been connected with UTM, what the
position that he held right now and so on. In a short, Tan Sri Azman currently Chairman of
Lembaga Tabung Haji Malaysia and also Chairman Board of Director Universiti Teknologi
Malaysia. He decided to divide the agendas of this talk in 3 point which are transformation
journey, leadership journey and also the conclusion of this talk.
For the start, he showed us the Khazanah Nasional Berhad Journey that contain, the
mandate of organization, the assets under management, number of employees and so on. He
also show us and explained the true project that been hold under management of Khazanah
Nasional Berhad. He continue to explain about the transformation journey. The first is Key
Success Factor (KSFs). It have 10 factor in total that has been divided by 3 part, getting the
mandate right, the capacity building and drivers right and lastly getting the execution right. For
this part in other we can say that we must configure how to do the right thing, in the right way.
Next, on the leadership journey, he put 5 thoughts about the leadership. First point is
journey. In this point, he told us about his journey, how he start from zero until the position
right now. He also shared us about the advice that he got from his senior which a top motivator,
Dr Fadzilah Kamsah. Second is about the 3As of development, a lifelong learning and
development. In this part, he told us how to managing altitude, attitude and aptitude. This
elements are so important to make sure your journey in the right path. Then, the next one is
element of purpose of we as service, servant and steward. Last one, he told us to find the
balance of life. We must balance the life between God, Amanah and our Family.
As a conclusion, he advices us to not worry about our life journey. To make our journey
smooth, we must prepare our own “map” and keep patience and istiqomah in whatever we’re
doing right now. It’s important to not be pessimistic, always positive but to not too optimistic.