The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsarimah, 2022-12-20 22:09:54

topik 1 pengenalan kepada keusahawanan

topik 1 pengenalan kepada keusahawanan

TOPIK 1:
PENGENALAN
KEPADA
KEUSAHAWANAN

DISEDIAKAN OLEH:
SITI NORAZIAN BINTI MISKAM

2

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)/
COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO):

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) 1
Menerangkan nilai-nilai keusahawanan dalam dunia perniagaan.

KLUSTER DOMAIN PEMBELAJARAN (CLS)
A1 dan CLS 3(b)
A1 : Domain Affective 1
CLS 3(b): Interpersonal dan Kemahiran Komunikasi

3

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK)/
COURSE LEARNING OUTCOMES (CLO):

AKTIVITI PDP
Pembelajaran Berpandu (Bersemuka) : Kuliah - 2 Jam
Pembelajaran Berpandu (bersemuka) : Tutorial – 3 Jam
Pembelajaran Kendiri (Tidak Bersemuka) : 4 Jam

PENILAIAN TOPIK 1 : Pembentangan (20%)

4

SUB-TOPIK (SILIBUS)

1.1 Menjelaskan konsep usahawan dan keusahawanan
1.1.1 Memahami evolusi perkembangan keusahawanan di Malaysia
1.1.2 Memahami maksud peniaga, usahawan dan keusahawanan
1.1.3 Mengenalpasti jenis-jenis perniagaan usahawan masa kini di Malaysia

1.2 Menjelaskan ciri-ciri usahawan berjaya
1.2.1 Menerangkan kepentingan keusahawanan kepada diri sendiri, keluarga
dan komuniti

5

SUB-TOPIK

1.3 Mengambil bahagian dalam sesi temubual dengan usahawan yang berjaya
1.3.1 Memilih usahawan untuk ditemubual dari kawasan setempat
1.3.2 Mengenalpasti soalan yang sesuai untuk sesi temubual
1.3.3 Melaksanakan sesi temubual untuk memahami nilai-nilai keusahawanan
1.3.4 Membentangkan hasil temubual dengan usahawan yang berjaya
(Mengikut agihan dalam Item 10 - 1.4 Membentang hasil temubual dengan
usahawan yang Berjaya)

1.1 KONSEP USAHAWAN DAN
KEUSAHAWANAN

1.1.1 Memahami Evolusi Perkembangan Keusahawanan
1.1.2 Di Malaysia.
1.1.3 Memahami Maksud Peniaga, Usahawan Dan
Keusahawanan.
Mengenalpasti Jenis-jenis Perniagaan Usahawan
Masa Kini Di Malaysia.

1.1.1 EVOLUSI PERKEMBANGAN
KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

8

SEJARAH PERKEMBANGAN EKONOMI DI MALAYSIA

Bermula Semasa British Pecah Perintah:
seawal zaman memerintah
Kaum Melayu -
Kesultanan Tanah Melayu, pentadbir dan
Melaka mereka telah
Apabila menukarkan di sektor
struktur sosial pertanian,
penduduk Kaum Cina -
tempatan dengan melombong dan
berurusniaga menjalankan berniaga,
dengan pemerintahan Kaum India -
pedagang “Pecah dan perladangan

asing. Perintah”.

9

DASAR PECAH DAN PERINTAH PENJAJAH BRITISH

POPULASI KAUM KAWASAN PENEMPATAN KEGIATAN EKONOMI
MELAYU
LUAR BANDAR PETANI
KAWASAN KAMPUNG NELAYAN

CINA KAWASAN BANDAR PERNIAGAAN
KAWASAN LOMBONG PERLOMBONGAN

INDIA KAWASAN LADANG PEKERJA LADANG
KAWASAN BANDAR BURUH KASAR

EVOLUSI KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA 10

SELEPAS KEMERDEKAAN:

Kerajaan Malaysia menyedari

betapa pentingnya

EVOLUSI? keusahawan kepada individu,
masyarakat dan negara, dan

PERUBAHAN ATAU bagaimana ia b o l e h
PERKEMBANGAN menyumbang kepada
YANG BERLAKU
keamanan negara

SECARA DASAR E KON OM I BARU (1971-
BERANSUR-ANSUR 1990):

Semua pihak sama ada

kerajaan dan agensi-agensi

kerajaan / swasta dengan

mengalakkan dan memberi

sokongan terhadap

pembangunan keusahawanan

di Malaysia

ANTARA GALAKAN KERAJAAN:

1 MEMBERI BANTUAN/DANA KEPADA INDIVIDU/PERNIAGAAN YANG
MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN.

2 MEMBERI PENGIKTIRAFANKEPADA KEUSAHAWANAN DALAM
MENYUMBANG KEPADA PEMBANGUNANNEGARA.
1995 – MENUBUHKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN

3 SEBAGAI BADAN YANG MENGAWAL DAN MEMPROMOSI PEMBANGUNAN
KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA, YANG KEMUDIAANNYA DITUKAR KEPADA
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KOPERASI.
11

1.1.2 MAKSUD PENIAGA,

USAHAWAN DAN
KEUSAHAWANAN




14

SIAPA PENIAGA

Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau
melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan.

Objektif utama adalah untuk menjana pendapatan
dengan menggunakan sumber manusia, kewangan dan
intelektual.

pelanggan akan dianggap seperti raja dalam perniagaan oleh
peniaga.

15

Walaupun faktor risiko dan peluang untuk gagal rendah.
Seorang peniaga akan menghadapi persaingan yang kuat,
kerana terdapat ratusan peniaga yang sudah ada di pasaran
dan menjalankan perniagaan yang sama.

Terlibat dalam menjalankan sebarang aktiviti

berkaitan dengan komersial dan perindustrian.

Peniaga biasa menubuhkan perniagaannya di

pasaran sedia ada sebagai peserta baru dengan

menjalankan perniagaan yang mempunyai

permintaan tinggi atau yang boleh membuat

keuntungan besar tanpa perlu mengambil kira

keunikan perniagaan tersebut.

16

CIRI-CIRI PENIAGA Membeli baranguntukdijual semula.

Menjual barang dengan harga lebih tinggi dari
harga belian bagi mendapatkan keuntungan
Mempunyai sifatbolehmengurusperniagaan
denganbaik.
Tidak menciptabarangsendiriuntukdijual,
sebaliknyamembeli barang dari usahawanuntuk
dijual.

17

SIAPA YANG DIKATAKAN USAHAWAN?

“SESEORANG YANG MENUBUHKAN

PERNIAGAAN, MENGAMBIL RISIKO
KEWANGAN DENGAN HARAPAN

MENDAPAT KEUNTUNGAN”
“SESEORANG YANG MENCIPTA DAN

MENJALANKAN PERNIAGAAN

DIPANGGIL USAHAWAN”

18

DEFINISI USAHAWAN

P erkataan ‘entrepreneur’ dalam bahasa Inggeris adalah berasal
dari bahasa Perancis iaitu ‘entreprendre’ yang bermaksud
memikulatau mencuba.

Dalam Bahasa Malaysia “usaha” membawa maksud daya upaya
termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan dan lain-lain untuk melaksanakan
atau menyempurnakan sesuatu pekerjaan.

Seorang inovator atau pemaju yang mengiktiraf dan merebut peluang;
menukarkan peluang tersebut ke dalam idea-idea yang boleh dilaksanakan atau
dipasarkan; menambah nilai melalui masa, usaha, wang, atau kemahiran;
mengambil risiko pasaran kompetitif untuk melaksanakan idea-idea ini; dan
menyedari ganjaran dari usaha.

19

Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan secara
besar-besaran bagi membuat barang-barang industri atau
berniaga secara besar-besaran

• Orang atau ahli perniagaan yang mengambil risiko
dengan menggabungkan faktor pengeluaran termasuk
modal, buruh, bahan dan

• menerima ganjaran melalui keuntungan daripada nilai
pasaran barangannya.

• Seorang usahawan adalah orang yang menampilkan idea atau konsep yang
unik untuk memulakan sebuah perniagaandan menjadikannya realiti.

• Seorang yang sanggup menanggung risiko dan ketidakpastian dalam
perniagaan serta tidak akan memperdulikan pesaing yang akan datang, kerana
kedudukan mereka tidak tergugat.

20

BEZA USAHAWAN DAN PENIAGA

CIRI-CIRI USAHAWAN PENIAGA
MASA Tidak Terhad Terhad
SIFAT PEKERJAAN Fleksibel Rigid
PEMBUATAN Keputusan Sendiri Mengikut Keputusan Lain
KEPUTUSAN
USAHA Berterusan Rendah
PENGAMBILAN Sederhana Rendah
RISIKO
MATLAMAT Memaksimumkan Potensi Mengutamakan
Diri Dengan Menggunakan Keuntungan Sahaja
Peluang Yang Ada

21

SAMBUNGAN : BEZA USAHAWAN DAN PENIAGA

CIRI-CIRI USAHAWAN PENIAGA
SIFAT
Usahawan adalah intuitif (kemampuan Peniaga adalah kalkulasi (sentiasa
memahami sesuatu tanpa melalui membuat pengiraan ke atas sesuatu).
pemikiran rasional dan intelektual).

RISIKO Kemungkinan untuk gagal sangat Peniaga akan mengikuti jejak langkah
KEGAGALAN TINGGI berbanding dengan peniaga. peniaga yang lain, kemungkinan
FOKUS untuk gagal sangat kurang
PERSAINGAN berbanding dengan usahawan.

Lebih fokus memberi kepentingan Lebih berorientasikan kepada
kepada pekerja, pelanggan, dan orang keuntungan.
awam.
Menghadapi persaingan yang
Kurang menghadapi persaingan yang melampau kerana sangat sukar untuk
melampau kerana sangat mudah untuk mendapatkan kedudukan yang
mendapatkan kedudukan yang kompetitif dalam pasaran sedia ada.
kompetitif dalam pasaran sedia ada.

APA ITU KEUSAHAWANAN? 22

SATU PROSES MENCARI PELUANG
PERNIAGAAN, MENCIPTA SESUATU YANG
BARU DAN JUGA MEMBANGUNKAN DAN

MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

23

DEFINISI KEUSAHAWANAN

Keusahawanan boleh ditakrifkan Schumpeter (1934):
sebagai proses inovasi dan penciptaan keusahawanan bermaksud organisasi
usaha baru melalui empat dimensi firma menggabungkan kombinasi baru
utama: Individu; Organisasi; Alam dalam produk/servis, sumber-sumber baru
Sekitar;dan Proses. bahan mentah, kaedah pengeluaran yang

Knight(1921) pulamendefinisikan baru, pasaran baru,dan membentuk
keusahawanansebagaipenghasilan organisasi baru.
keuntungan kesan dari sanggup
menerimarisiko danketidakpastian.

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

Kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan adalah:

Pengurusan Kewangan

Perniagaan berkait rapat dengan kewangan. Usahawan perlu
menentukan bajet bagi menjalankan perniagaan, termasuk kos bahan
dan kos operasi. Aliran kewangan dan kunci kira-kira perlu direkodkan
dan dianalisa untuk memastikan keuntungan dan kemampanan
sesebuah perniagaan.

Pengurusan Inventori

Inventori dan stok perlu diuruskan dengan menyimpan rekod keluar
masuk barang serta pesanan daripada pelanggan.

Penjenamaan dan Pemasaran

Penjenamaan yang kukuh perlu untuk menarik perhatian pelanggan.
Penjenamaan merupakan janji yang perlu ditunaikan kepada pelanggan
dan mewakili syarikat dan produk yang hendak dijual. Untuk membina
jenama yang kukuh, seorang usahawan perlu memahami kehendak
pelanggan. Pelan pemasaran boleh dilakukan berdasarkan jenis produk /
servis.

25

RINGKASAN

PENIAGA
Individu yang menjalankan kegiatan jual beli barang dan
perkhidmatan dengan tujuan mendapatkan keuntungan

USAHAWAN
Individu yang memulakan sesuatu atau sentiasa mencuba untuk

mencipta sesuatu yang baharu
KEUSAHAWANAN

Ciri-ciri yang dimiliki oleh seorang usahawan dalam menjana
idea-idea baharu untuk perniagaan

26

1.1.3 JENIS-JENIS PERNIAGAAN USAHAWAN

MASA KINI DI MALAYSIA

27

JENIS PENERANGAN
PERNIAGAAN

DROPSHIP Dropship merupakan satu model dari cabang perniagaan internet yang
boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet
dengan menjadi agen dropship dan mempromosikan produk tersebut.

FESYEN Pakaian merupakan satu keperluan. Peluang untuk berjaya dalam
menjual barang fesyen ini agak tinggi kerana memang ada
permintaannya.

PERNIAGAAN Apa sahaja perniagaan menjual barang dan perkhidmatan yang
DALAM TALIAN dijalankan secara atas talian melalui internet.

RUNNER Contohnya seperti Food Panda dan Grab Food di mana anda
menghantar makanan kepada pelanggan.

28

JENIS PENERANGAN
PERNIAGAAN
Menjual barang-barang atau pakaian yang jarang dipakai dan tidak
PRELOVED digunakan serta masih dalam keadaan baik.
FOOD TRUCK
Food truck merupakan salah satu perniagaan cara moden yang kini
BLOGGER semakin popular dan dilakukan di kawasan - kawasan bandar
khususnya. Sinonim dengan menjual barang-barang trending masa kini
REVIEWER
Mempunyai kemahiran menulis, berjaya membina audience, dan
apabila pengikut telah meningkat, cuba tawarkan khidmat kepakaran
dimiliki seperti kelas memasak, ebook resipi, kraf tangan hasil sendiri,
dan macam lagi.

Jika anda seorang yang selesa bercakap dengan kamera dan kreatif
dalam menghasilkan video,
inilah peluang anda untuk menonjolkan bakat anda dan mendapat
bayaran. Terdapat bisnes-bisnes di luar sana yang sanggup membayar
individu begini untuk memberi review produk mereka.

29

JENIS PENERANGAN
PERNIAGAAN

MENJUAL Sekiranya berkemahiran menulis dan mampu memberi manfaat kepada
EBOOK orang lain, menulis ebook adalah satu peluang pada masa kini. Contoh
ebook seperti resipi masakan, atau cara solat dengan sempurna, atau
cara menjahit baju, dan lain-lain. Ebook tersebut boleh diiklankan dan
jual di group-group whatsApp, group FB, atau mungkin boleh cuba dijual
di laman web klikjer.com .

TUISYEN Sekiranya pakar dalam seni, matematik, atau subjek lain, anda boleh
ONLINE memulakan perniagaan tuisyen online untuk pelajar sekolah rendah atau
sekolah menengah. Medum online adalah seperti Zoom, Skype dan lain-
lain.

MENGAJI Merupakan salah satu perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi
ONLINE dalam masyarakat.

PERSONAL Merupakan satu perkhidmatan yang paling dikehendaki lebih-lebih lagi
SHOPPER sejak munculnya pandemik Covid-19. Anda boleh menyediakan
perkhidmatan membeli barang runcit, membeli makanan dan lain-lain.

30

JENIS PENERANGAN
PERNIAGAAN

PRODUK Pasaran yang luas dan sentiasa mempunyai permintaan tinggi. Sangat
KECANTIKAN diminati kerana perniagaan jenis ini mempunyai nisbah keuntungan dan
/ KESIHATAN kebolehpasaran margin yang tinggi.

FROZEN Kesibukan bekerja menyebabkan permintaan bagi makanan jenis ini
FOOD menjadi semakin meningkat. Frozen food merupakan jenis makanan
cepat saji yang tidak mudah basi jika disimpan dalam keadaan beku dan
bersuhu dingin.

PRODUK Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis makanan dari pelbagai bangsa
MAKANAN dan budaya. Oleh itu, perniagaan makanan ringan memberikan peluang
besar kepada perusahaan besar dan kecil, di mana kos memulakan
operasi memerlukan sedikit modal. Contoh makanan ringan seperti ais
krim dan yogurt.

PEMBAIKAN Merupakan peranti keperluan masyarakat masa kini. Kemahiran dalam
TELEFON membaiki gajet-gajet ini akan memberikan keuntungan yang tinggi.
PINTAR/PC

31

JENIS PENERANGAN
PERNIAGAAN

PENULIS Pemasaran konten adalah bidang yang sedang berkembang dengan
KONTEN cepat. Jika mempunyai kemahiran menulis dari sudut pandangan
WEBSITE ATAU bisnes, perniagaan ini sangat sesuai untuk ditawarkan. Kandungan di
MEDIA SOSIAL web mempunyai pelbagai bentuk: blog, posting media sosial, rakaman
video dan audio, laman web, dan banyak lagi.

PERKHIDMATAN Jika mahir dan fasih dalam 2 atau lebih bahasa, mencari kerja
PENTERJEMAH sambilan menjadi penterjemah satu peluang. Negara Malaysia ini
memang kaya dengan bahasa. Oleh itu, bidang terjemahan ini
memang sentiasa memerlukan orang-orang yang berkebolehan.

PEREKA GRAFIK Sekiranya suka dan mahir dalam mereka grafik yang mampu
memukau mata, bisnes ini boleh dilakukan secara sambilan. Ini
kerana grafik memainkan peranan yang sangat penting dalam
memasarkan produk terutama dalam era pemasaran digital masa kini.

32

JENIS PENERANGAN
PERNIAGAAN

JURUGAMBAR Berkemampuan untuk menangkap momen-momen ​yang hebat atau
‘STOK’ gambar potrait? Anda boleh menjadi jurugambar dengan
mendaftarkan hak milik tunggal di bawah nama anda. Syarikat-
syarikat seperti Shutterstock, Adobe Stock dan sebagainya sentiasa
mencari gambar-gambar yang menarik.

SERVIS Sekiranya mahir dan berkelayakan dalam bidang profesioanal seperti
PROFESIONAL perakaunan, terdapat perniagaan memerlukan bantuan akauntan dan
profesional lain yang boleh membantu secara sambilan.

LAIN-LAIN Terdapat banyak jenis perkhidmatan yang boleh ditawarkan dan
PERKHIDMATAN menjadi keperluan pada masa kini. Antaranya perkhidmatan mencuci
kenderaan, membersihkan rumah, melipat/menggosok pakaian,
menjaga haiwan peliharaan, gunting rambut, tukang urut, menulis
resume dan lain-lain.

33

JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN DI MALAYSIA

PEMILIKAN PERNIAGAAN

Milikan Perkongsian Syarikat Syarikat Koperasi Perbadanan
Tunggal Sendirian Awam Berhad Awam
• Pemilikan: 2 – 20
• Pemilikan: orang. Berhad
individu.
• Modal : sumbangn • Pemilikan: 2 – 50 • Pemilikan: 2 – tidak • Pemilikan: 100 • Pemilikan: sepenuh
• Modal : sendiri @ rakan kongsi orang minima – oleh kerajaan
pinjaman orang. terhad
• Liabiliti tidak terhad • Modal : Jualan • Modal : Jualan Syer tidak terhad • Modal : Disumbang
• Liabiliti tidak • Diuruskan bersama • Modal : Jualan Syer oleh kerajaan
terhad Syer kepada ahli kepada orang awam
rakan kongsi • Liabiliti terhad • Liabiliti terhad kepada ahli • Liabiliti tidak terhad
• Diuruskan sendiri • Untung rugi – ikut • Diuruskan oleh • Diuruskan oleh • Liabiliti terhad • Diuruskan oleh
• Untung/Rugi – • Diuruskan oleh
perjanjian awal lembaga pengarah lembaga pengarah majlis yang dilantik
tanggung sendiri • Cukai : Cukai lembaga pengarah oleh menteri
• Cukai : Cukai dilantik dilantik dilantik
pendapatan • Untung rugi diagih • Untung rugi diagih • Untung diagih dalam kabinet.
pendapatan individu • Tidak dikenakan
individu • Akta: Akta dalam bentuk dalam bentuk bentuk lebihan
• Akta: Akta Perkongsian 1961 • Tidak dikenakan cukai
Pendaftaran dividen dividen
Perniagaan 1956 • Cukai : Cukai • Cukai : Cukai cukai
• Akta: Akta Koperasi
syarikat syarikat
• Akta: Akta Syarikat • Akta: Akta Syarikat 1963

2016 2016

1.2 CIRI-CIRI
USAHAWAN

BERJAYA

35

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Terdapat banyak pandangan tentang ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Antara
ciri-ciri usahawan berjaya ialah:

36

SAMB: CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Bijak Mengambil Dinamik dan Inisiatif Disiplin dan
Peluang Berdaya Saing Konsisten
• Bersikap sangat komited
• Seorang usahawan bijak • Kualiti berdaya terhadap tugas dan tidak • Sentiasa mengamalkan
mengambil peluang saing yang tinggi mudah menyerah kalah disiplin diri yang tinggi
dengan melihat masalah atau mengakui dan konsisten dalam
menjadi satu peluang • Keyakinan dan kekalahan. kerja yang dilakukan
kepada perniagaannya. kepercayaan untuk memastikan
terhadap diri sendiri • Sekiranya dia gagal kejayaan yang
• Boleh menukar idea pada kali pertama, dia berterusan.
menjadi keuntungan. • Bersikap terbuka dan akan terus komited
menerima nasihat untuk mencuba sehingga • Sentiasa mengambil
Berjaya. kira pendapat semua
• Mencabar diri keluar pihak.
daripada zon selesa

37

SAMB: CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Kejujuran dan Proaktif Berorientasikan Kemahiran Memujuk
Kepercayaan Matlamat
• Seseorang usahawan
• Sikap ini dapat yang dikatakan proaktif • Seseorang usahawan yang • Usahawan perlu mahir
mewujudkan keyakinan ialah seseorang yang
di kalangan rakan kongsi mempunyai visi yang perlu mempunyai idea yang dalam memujuk atau
dan pelanggan. jelas ke depan, sentiasa
berpandangan jauh, jelas tentang apa yang akan mempengaruhi orang lain
• Perniagaan akan lebih aktif dan sentiasa
dipercayai jika memikirkan apa yang dilakukan bagi mencapai untuk menggerakkan
kepentingan komuniti dapat dilakukan untuk
diutamakan berbanding meningkatkan kualiti matlamat. sumber, mendapatkan input,
mengejar keuntungan perniagaan.
semata-mata. • Beliau tahu bagaimana mengatur pengeluaran dan

untuk mencapai kejayaan menjual produk atau

serta sanggup untuk perkhidmatannya. Contoh :

menghadapi halangan dan Meyakinkan seseorang

cabaran. untuk memberikan

pembiayaan

38

SAMB: CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Ketegasan Guna Strategi Keyakinan Diri Perancangan
Mempengaruh Strategik
• Seorang usahawan berani
berdepan dengan masalah • Seorang usahawan • Usahawan yang berjaya • Seorang usahawan akan
dan isu dengan orang lain dapat menggunakan mempunyai keyakinan yang membuat perancangan dan
secara langsung. Contoh : kelebihannya untuk kuat terhadap diri dan melaksanakannya langkah
Menghadapi masalah mempengaruhi orang kebolehan diri sendiri. demi langkah bagi
dengan orang lain secara lain bagi mencapai mencapai matlamat.
berdepan atau memberitahu matlamat perniagaan. • Contoh : Mempunyai
orang lain apa yang mereka keyakinan terhadap • Contoh merancang dengan
perlu lakukan. • Contoh : Menggunakan keupayaan sendiri untuk membahagikan tugasan
strategi untuk menyelesaikan tugas atau besar dan tugasan kecil
mempengaruhi/memujuk menghadapi cabaran
orang lain dalam
meluaskan perniagaan.

39

SAMB: CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Mementingkan Komited Sentiasa Mencari Gigih
Kualiti Kerja Maklumat
• Seorang usahawan akan • Seorang usahawan mampu
• Seorang usahawan akan meletakkan keutamaan • Seorang usahawan mampu berusaha berulang kali atau
berusaha melakukan tertinggi untuk mengambil tindakan mengambil tindakan yang
perkara yang memenuhi menyelesaikan sesuatu mencari maklumat berguna berbeza untuk mengatasi
piawaian tertentu bagi pekerjaan. bagi mencapai objektif halangan yang menghalang
mencapai kecemerlangan perniagaan @ menjelaskan mereka dalam mencapai
agar dapat memberikan • Contoh : Mengorbankan masalah perniagaan. matlamat.
kepuasan yang lebih kepentingan peribadi atau
kepadanya. mengeluarkan usaha yang • Contoh : Menggunakan
luar biasa untuk kenalan @ rangkaian
• Contoh : Menghasilkan atau menyelesaikan pekerjaan. maklumat untuk
menjual produk mendapatkan maklumat
perkhidmatan yang berguna
berkualiti tinggi/lebih baik

40

1.2.1 KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN
KEPADA DIRI SENDIRI, KELUARGA DAN

KOMUNITI

KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN KEPADA DIRI SENDIRI

Meningkatkan Taraf Hidup
Memaksimumkan potensi diri

Mendapatkan keuntungan
Menyumbang kepada

pembangunan masyarakat dan
negara

KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN KEPADA MASYARAKAT

Mewujudkan Peluang Pekerjaan
Meningkatkan Taraf Hidup
Masyarakat

Menjadi Sumber inspirasi / Ikon
Mewujudkan dan

mempelbagaikan pilihan barang
dan perkhidmatan

KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN KEPADA NEGARA

Meningkatkan Pendapatan
Negara

Meningkatkan Pembangunan
Negara

Meningkatkan Pertukaran Wang
Asing

Mengurangkan
Kebergantungkan kepada

Negara Luar

1.3 SESI TEMUBUAL DENGAN

USAHAWAN YANG BERJAYA

45

ANTARA SENARAI USAHAWAN BERJAYA

1.3.1 MEMILIH USAHAWAN UNTUK
DITEMUBUAL DARI KAWASAN
SETEMPAT

47

PERSEDIAAN SEBELUM SESI TEMUBUAL BERLANGSUNG

1. Memilih Usahawan Yang Memenuhi Kriteria Ditetapkan:
a. Mempunyai Lesen Perniagaan (Contoh: SSM, PBT dll)
(Milikan Tunggal/Perkongsian/Syarikat)
b. Warganegara Malaysia
c. Perniagaan yang telah beroperasi 1 tahun dan ke atas
d. Mempunyai produk sendiri (Digalakkan)
e. Mempunyai Premis
(Kedai/Rumah Kediaman/Kilang/Tapak perniagaan/Kiosk/Dll)

* Pelajar digalakkan mencari usahawan yang mempunyai bidang yang sama
dengan pengajian pelajar. Contoh: Program Pelancongan, Usahawan = Dari
Travel Agency)

1.3.2 MENGENALPASTI SOALAN
YANG SESUAI UNTUK SESI
TEMUBUAL

49

CADANGAN SOALAN TEMUBUAL

a) Biodata usahawan.
b) Sebab memilih bidang keusahawanan.
c) Bagaimana pemilihan perniagaan dilakukan (cara menjana idea).
d) Jenis pemilikan perniagaan
e) Perkara yang memotivasikan usahawan.
f) Cabaran yang dihadapi dan cara mengatasi.
g) Kejayaan yang telah diperolehi sepanjang bergelar usahawan.
h) Nasihat dan cadangan bagi menjamin kejayaan dalam perniagaan.

1.3.3 MELAKSANAKAN SESI
TEMUBUAL UNTUK MEMAHAMI
NILAI-NILAI KEUSAHAWANAN


Click to View FlipBook Version