The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norsarimah, 2022-12-20 22:21:14

CAMPURAN PEMASARAN

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

Kelemahan Jualan Peribadi

1. Kos Yang Tinggi
Keseluruhan usaha penjualan peribadi melibatkan kos yang
besar contohnya kos untuk membangun dan menguruskan
pasukan atau tenaga jualan adalah tinggi.

2. Kesukaran memperolehi jurujual yang mahir dan cekap
Tugas penjualan peribadi memerlukan kepada tenaga jualan
yang mahir dan cekap. Syarikat perlu melatih serta
membangunkan program tambahan kepada staf yang
bermasalah.

Di akhir unit ini diharapkan anda telah mendapat pendedahan
yang cukup di dalam memahami aktiviti-aktiviti promosi sebagai
persediaan awal menghadapi unit-unit yang seterusnya.

3.2.4 Menerangkan elemen pengagihan dari segi:
Pengagihan sangat penting kerana ianya akan menentukan sama ada produk
tersebut mudah diperolehi atau tidak.

a. Definisi saluran agihan
Tahukah anda apa itu pengagihan? Pengagihan membawa
maksud pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk
memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah
didapati oleh pengguna. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan
dengan wujudnya saluran agihan ini akan dapat memastikan
produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang
diperlukan, juga dalam kuantiti yang diharapkan.

50

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

Wujudnya saluran agihan ini akan menggerakkan produk dan
perkhidmatan daripada pengeluar kepada pengguna. Tetapi
tahukah anda bagaimana produk dapat digerakkan daripada
pengeluar kepada pengguna. Orang tengah atau perantara
pemasaran inilah yang banyak membantu dalam mengerakkan
produk tersebut. Orang tengah terdiri daripada pemborong,
peruncit, ejen, broker, wakil pengilang dan sebagainya. Oleh itu
orang tengah penting kerana ia dapat membantu syarikat dalam
menjimatkan wang, masa dan tenaga.

Peranan Saluran Agihan
Hadirnya orang tengah yang membantu di dalam kerja-kerja
pengagihan ini banyak membantu pengeluar dalam menyelesaikan
banyak masalah. Saluran agihan ini juga dapat melengkapkan
urusniaga di antara pengeluar dengan pengguna.

Ahli-ahli saluran agihan atau orang tengah ini memainkan peranan
yang sangat penting. Antara peranan yang dimainkan oleh saluran
agihan ini ialah :

1. Sumber penyampai maklumat
Mengumpul dan mengagihkan maklumat penyelidikan pemasaran
serta perisikan pemasaran berkenaan faktor-faktor dan tekanan-
tekanan dalam persekitaran pemasaran yang diperlukan untuk
tujuan pertukaran, perancangan dan bantuan

2. Penghubung
Ahli-ahli di dalam saluran agihan ini juga dikatakan dapat mencari
dan berkomunikasi dengan pembeli berpotensi.

51

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

3. Promosi
Mereka juga boleh membentuk dan menyebarkan komunikasi
persuasif berhubung dengan sesuatu tawaran.

4. Pemadanan
Membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para
pembeli, termasuklah aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran,
penggredan, pemasangan dan pembungkusan.

5. Perundingan
Persetujuan juga akan dicapai ke atas harga dan terma-terma lain
sesuatu tawaran supaya pemilikan boleh dipindahkan.

6. Pengagihan fizikal
Mengangkut dan menyimpan barangan.

7. Pembiayaan
Mendapatkan dan menggunakan dana untuk menutup kos kerja
saluran.

8. Pengambilan risiko
Mengambil risiko dalam menjalankan kerja-kerja saluran.

Di akhir input ini diharapkan anda akan dapat memahami peranan-
peranan yang dimainkan oleh ahli-ahli di dalam saluran agihan.
Anda akan mempelajari dengan lebih mendalam lagi berkenaan
saluran agihan di dalam input yang seterusnya

b. Saluran agihan yang biasa digunakan dalam perniagaan
Saluran pengagihan boleh berlaku dalam beberapa tahap, tetapi
tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan tahap saluran

52

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

pengagihan? Tahap saluran pengagihan ini biasanya merujuk
kepada jumlah orang tengah atau ahli saluran agihan yang terlibat
menjalankan sebahagian kerja untuk membawa keluaran dan
pemilikannya lebih hampir kepada pengguna akhir.
Memandangkan kedua-dua pengeluar dan pengguna akhir juga
menjalankan beberapa tugas, mereka adalah sebahagian daripada
setiap saluran. Kita menggunakan bilangan tahap orang tengah
untuk menunjukkan kepanjangan sesuatu saluran.

Tahap-tahap di dalam saluran pengagihan ini boleh dilihat di dalam
rajah berikut :

Rajah: Saluran Pemasaran Pengguna

Saluran 1 biasa juga disebut sebagai saluran pemasaran
langsung, kita boleh lihat di sini di mana hubungan secara
langsung berlaku di antara pengeluar dan pengguna. Tidak ada
orang tengah atau perantara digunakan. Produk yang biasa
menggunakan saluran agihan ini biasanya mempunyai ciri-ciri yang
tidak tahan lama, namun begitu anda jangan silap faham produk
yang tahan lama juga boleh menggunakan saluran ini. Ini
bergantung kepada polisi sesebuah organisasi , kita boleh lihat

53

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

produk Amway, Tupperware dan CNI menjual keluaran mereka dari
pintu ke pintu.

Saluran-saluran yang berikutnya adalah saluran-saluran
pemasaran tidak langsung. Cuba kita lihat saluran 2, terdapat
orang tengah iaitu peruncit. Ia dikatakan mempunyai satu tahap
orang tengah sahaja. Saluran ini juga biasa digunakan, kita boleh
lihat peruncit-peruncit kecil di kawasan rumah kita juga peruncit-
peruncit besar terutama di bandar-bandar seperti pasaraya Giant.
Pada tahap ini pengeluar seperti pembuat radio, pakaian, alat-alat
permainan dan sebagainya menjual keluaran mereka kepada
peruncit dan seterusnya peruncit menjual terus kepada pengguna
akhir.

Saluran 3 mengandungi dua tahap orang tengah iaitu pemborong
dan peruncit. Saluran ini sering digunakan oleh pengeluar kecil
produk makanan, farmasi, perkakasan rumah dan produk-produk
lain.

Saluran 4 mempunyai tiga tahap orang tengah seperti pemborong,
jober dan peruncit. Kita boleh lihat saluran ini digunakan dalam
industri pembuatan roti, di mana jober berada di antara pemborong
dan peruncit. Jober membeli daripada pemborong dan menjual
kepada peruncit kecil yang biasanya tidak berurusniaga dengan
pemborong besar.

Saluran pengagihan yang mempunyai lebih banyak tahap jarang ditemui. Jika kita lihat,
semakin banyak atau tinggi bilangan tahap saluran agihan ini, sudah pasti pelbagai
masalah yang akan timbul, ini kerana kurangnya kawalan akibat dari peningkatan ahli di
dalam saluran agihan tadi.

54

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

Rajah: Saluran Pemasaran Perniagaan

Berdasarkan rajah di atas kita boleh lihat saluran bagi produk industri atau
produk untuk pemasaran perniagaan. Pihak pemasar perniagaan boleh
menggunakan tenaga jualannya sendiri untuk menjual secara langsung
kepada pelanggan perniagaannya. Ada kalanya pengeluar perlu menjual
kepada pengedar industri dan seterusnya pengedar ini tadi akan menjual
terus kepada pelanggan industri. Pengeluar juga boleh menjual melalui
wakil pengeluar atau cawangan jualannya sendiri kepada pelanggan
perniagaan. Ia boleh menjual melalui wakil pengeluar atau cawangan
jualannya sendiri kepada pelanggan perniagaan, atau ia boleh
menggunakan wakil dan cawangannya untuk menjual melalui pengedar
industri. Oleh itu kita dapat lihat bahawa saluran pemasaran perniagaan
atau industri ini meliputi saluran pengagihan pelbagai tahap.

Contoh saluran pemasaran perniagaan adalah pengeluar alat-alat gantian
untuk kapalterbang mungkin boleh berhubung terus kepada pelanggan
industrinya seperti Airod Sdn. Bhd., atau mungkin Airod Sdn Bhd sebagai
pelanggan industri akan mendapatkan alat-alat gantian tersebut dari

55

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

pengedar industri atau wakil pengeluar. Mereka mungkin mendapatkan
bekalan melalui saluran 4 iaitu di mana pengeluar akan menjual kepada
wakilnya dan seterusnya wakil akan menjual kepada pengedar dan
akhirnya sampai ke pelanggan industri. Ini kerana Airod Sdn Bhd sebagai
syarikat penerbangan yang juga menjalankan kerja-kerja pembaikan kapal
terbang memerlukan pelbagai produk untuk kerja-kerjanya, jadi mereka
memang berhubung dengan pelbagai organisasi atau orang tengah.

Di akhir unit ini, anda seharusnya telah dapat memahami takrifan yang
sebenar berkenaan saluran agihan beserta peranan-peranannya.
Pengetahuan yang anda perolehi ini akan memudahkan lagi anda untuk
memahami unit yang seterusnya iaitu promosi yang merupakan elemen
terakhir di dalam campuran pemasaran.

56

MPU 12021 KEUSAHAWANAN
TOPIK 3: CAMPURAN PEMASARAN (4P)

Disediakan oleh: Syerie Noer Hidayaty binti Muhamad Basir
Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat

3.3 Mengambil bahagian dalam simulasi perniagaan offline di dalam atau di luar
institusi.
3.3.1 Mengenalpasti beberapa produk yang sesuai untuk dijual
3.3.2 Memilih sekurang-kurangnya satu produk yang boleh dijual
3.3.3 Mengambil bahagian dalam simulasi jualan secara offline

i) Pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti perniagaan di dalam atau di luar
kolej.

ii) Pensyarah perlu membentuk pasukan untuk menjalankan perniagaan
mengikut kesesuaian bilangan pelajar di dalam kelas.

iii) Setiap pasukan perlu menubuhkan perniagaan dengan memilih nama
perniagaan dan jenis perniagaan yang mahu dijalankan.

iv) Pelajar perlu menjalankan perniagaan mengikut campuran pemasaran 4P
yang telah diperlajari iaitu Produk, Peletakan Harga, Promosi dan
Pengagihan.

v) Kriteria penilaian adalah seperti berikut:

Kriteria Sub Kriteria / Aspek

Pengurusan masa (10%)

Pengurusan (30%) Agihan Kerja (10%)

Origanisasi Idea (10%)

Minda Keusahawanan (10%) Keterujaan (10%)

Kemahiran Keusahawnaan (50%) Peluang Keusahawanan (20%)
Etika dan Profesionalisme (10%) Pengalaman Keusahawanan (30%)
Tanggungjawab kerja (10%)

57


Click to View FlipBook Version