The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by JANNET DELA CRUZ, 2020-10-21 00:02:06

NOTA SEJARAH TINGKATAN 4 - NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA OLEH SMK WALLACE BAY TAWAU

BAB 1 & 2 Warisan Negara Bangsa & Nasionalisme

BAB 1

WARISAN NEGARA BANGSA

OLEH
GURU-GURU SEJARAH

SMK WALLACE BAY TAWAU SABAH

1.1 LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Raja

 Raja menjadi tonggak utama kerajaan.
 Kedudukan raja diperkukuh dengan

sistem pentadbiran yang dibantu oleh
pembesar
 Raja memperoleh ketaatan daripada
rakyatnya.
 Raja ditaati dan dianggap suci.

Undang-undang

 Memastikan kesejahteraan
sesebuah kerajaan.

 Terpakai di seluruh wilayah
pengaruh

 Panduan dalam pentadbiran

 Kawasan yang rakyatnya menerima dan
memperakui pemerintahan seseorang raja.

 Contohnya, kerajaan Funan mempunyai
wilayah pengaruh yang luas dari Sg. Mekong,
Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan
Segenting Kra.

 Penduduk di dalam sesebuah wilayah
yang setia kepada raja dan tidak
menderhaka.

 Contohnya, kerajaan Srivijaya
membuktikan kesetiaan mereka kepada
Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan
dan meminum air sumpah.

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan

 Muncul disebabkan adanya raja.
 Raja merupakan pemerintah tertinggi dan

dibantu oleh pembesar.
 Sistem Pembesar Empat Lipatan menjadi

tonggak pentadbiran Melaka.

 Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan

Melaka.
 Rakyat mematuhi undang-undang yang

dikuatkuasakan dalam KMM.
 Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan

Orang Laut.
 Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang

merdeka dan hamba.
 Rakyat dilindungi oleh sultan, manakala rakyat

mengakui kekuasaan sultan.

Kedaulatan

 Lambang kekuasaan tertinggi
sultan.

 Merupakan hak mutlak sultan untuk
mengawal rakyat dan wilayah.

 KMM diakui oleh kerajaan lain dan
bebas daripada campur tangan
kuasa asing.

Wilayah Pengaruh

 Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima
dan diakui oleh rakyat.

 KMM mempunyai wilayah pengaruh yang
merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah
Melayu dan Pantai Timur Sumatera.

 Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan
perkahwinan

 wilayah pengaruh yang luas membuktikan
kewibawaan pemerintah kerajaan ini.

Undang-undang

 Terdapat dua undang-undang di
KMM iaitu Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka.

 Mengukuhkan kerajaan dan
melindungi rakyat.

Lambang Kebesaran

 Identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan
Sultan Melaka.

 Simbol kedaulatan sultan.
 Antaranya ialah adat istiadat, warna, nobat,

regalia dan cap mohor.
 Cap mohor digunakan untuk mengesahkan

arahan daripada sultan.

1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang.

Sistem Pentadbiran

Sistem Pentadbiran

• Sistem pentadbiran KMM terdiri daripada dua peringkat
iaitu:

i. Pentadbiran Pusat
ii. Pentadbiran peringkat jajahan
• Pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar

Berempat yang terdiri daripada:
i. Bendahara
ii. Penghulu Bendahari
iii. Temenggung
iv. Laksamana

Samb.

• Bendahara merupakan pembesar yang mempunyai
tugasan dan peranan yang sangat penting sebagai:

i. Ketua pentadbir
ii. Ketua turus angkatan tentera
iii. Penasihat sultan dalam pelbagai hal
iv. Pemangku sultan
• Sumber pendapatan KMM diperoleh daripada urusan

perdagangan, cukai dan ufti.
• Penghulu bendahari dilantik untuk menguruskan

perbendaharaan secara teratur.

Samb.

• Syahbandar ditugaskan untuk mengutip cukai di
pelabuhan.

• Hasil perbendaharaan akan disalurkan untuk kepentingan
kerajaan seperti membeli senjata dan membina istana.

• KMM mempunyai sistem keselamatan di laut dan darat.
• Temenggung dilantik untuk menjaga keselamatan kota

Melaka
• Laksamana ditugaskan sebagai panglima angkatan laut

Melaka.

samb.

• Pentadbiran peringkat jajahan pula, pembesar ditugaskan
untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.

• Pembesar dilantik oleh sultan dan pembesar Berempat.
• Peranannya ialah menjaga dan mengekalkan keamanan

kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai.

Undang-undang

• Terbahagi kepada dua iaitu:
i. Hukum Kanun Melaka
ii. Undang-undang Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka

• Mengandungi 44 fasal yang membincangkan jenayah,
bidang kuasa sultan, kekeluargaan dan ekonomi.

• Jenayah

i. Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap
perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan
mencuri.

• Bidang kuasa sultan dan pembesar

i. Fasal 1 menjelaskan tugas sultan, bendahara,
temenggung dan penghulu bendahari.

ii. Sultan bertanggungjawab melantik pembesar seperti
bendahara dan temenggung.

Samb.

• Kekeluargaan
i. Mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan

menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga
atau dalam perkahwinan.
ii. Fasal 26, menyatakan bahawa pernikahan memerlukan
empat orang saksi, jika tidak cukup memadai dua orang
sahaja. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi
saksi.

Samb.

• Ekonomi
i. Peraturan yang jelas berkaitan urus niaga untuk

mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku
sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran
Islam.
ii. Fasal 30, amalan riba diharamkan dan orang yang
menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman
dan perlu melafazkan niat jual beli.

Undang-undang Laut Melaka

• Terdiri daripada peranan nakhoda, pelayaran, jenayah
dan percukaian.

• Peranan nakhoda ialah:

i. berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam
pelayaran.

ii. Fasal 13.1, nakhoda perlu diberikan keutamaan berniaga
selama empat hari.

iii. Fasal 13. 3, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua
orang di dalam kapal sekiranya ingin singgah di mana-
mana kawasan yang tidak ada dalam senarai
persinggahan.

Samb.

• Dalam Undang-undang Laut Melaka, dijelaskan peranan jurumudi, malim
dan jurubatu.

• Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran. Malim akan
dihukum bunuh sekiranya cuai sehingga melakukan pelanggaran dan
kerosakan.

• Perbuatan jenayah di atas kapal seperti mencuri, membunuh dan
memberontak akan dikenakan hukuman mati seperti yang terdapat pada
Fasal 5.

• Percukaian yang sistematik dan adil dinyatakan dalam undang-undang ini.
• Fasal 6.3, nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap

penumpang iaitu 1/10 daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin
turun sebelum sampai janjinya.

Peranan Pemerintah dan Rakyat

• Masyarakat KMM terbahagi kepada dua iaitu:
i. Golongan pemerintah
ii. Golongan diperintah
• Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar,

kerabat raja dan ulama.
• Golongan diperintah terdiri daripada pelbagai golongan

seperti peniaga, petani, tukang dan nelayan. Hamba
terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba
biasa.

Peranan Sultan

• Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri
baginda.

• mewujudkan perpaduan rakyat
• Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta

kestabilan kerajaan.
• memperkenalkan undang-undang untuk mengawal

rakyat.

Peranan Pembesar

• Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan
pegangan

• Perantara antara sultan dengan rakyat
• Kutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan

tenaga tentera melalui sistem kerah.

Peranan Rakyat

• Taat setia kepada pemerintah
• Patuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan

menderhaka kerana takut ditimpa tulah
• menjadi tentera
• menghadiri majlis umum seperti gotong-royong.
• menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti

membina istana atau jalan.

BAB 2

KEBANGKITAN NASIONALISME

oleh :
Guru Sejarah SMK Wallace Bay Tawau, Sabah

MAKSUD NASIONALISME

• Perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan
negara.

• Perjuangan menentang penjajah
• Pembelaan terhadap bangsa dan negara
• Gerakan untuk kebebasan politik, ekonomi dan sosial

daripada penguasaan orang asing.

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Keagungan
(1688)

• Keinginan menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat
• Raja James II membelakangkan parlimen ketika menggubal undang-undang.
• Ahli parlimen menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak dengan

sokongan Mary II dan suaminya, Raja William of Orange.
• Peralihan kuasa berlaku secara aman tanpa pertumpahan darah
• Bill of Rights digubal untuk memberi keutamaan kepada parlimen untuk

menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Amerika (1776)

• Reaksi orang Amerika menentang penjajahan British (tindakan British tidak
melindungi hak penduduk Amerika yang merupakan sebahagian dari
empayar British)

• Penentangan Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh.
• Penduduk tanah jajahan di Amerika melaungkan slogan “tiada cukai tanpa

perwakilan” kerana tiada wakil Amerika dalam Parlimen British.
• kongres ditubuhkan oleh George Washington dan isytiharkan perang

terhadap British.
• Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang memberi hak

kepada mereka untuk tubuhkan kerajaan baharu.
• 1783, British akui kemerdekaan Amerika dan 13 buah tanah jajahan

bergabung membentuk Amerika Syarikat.

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

Revolusi Perancis (1789)

• Tercetus apabila idea nasionalisme yang memperjuangkan kebebasan,
persamaan, dan persaudaraan oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean
Jacques Rousssseau dan Voltaire.

• Rousseau menulis The Social Contract yang mengemukakan keunggulan
suara rakyat (hasrat umum) yang lebih penting daripada institusi raja.

• Penentangan terhadap Raja Louis XVI dan golongan bangsawan yang
menindas rakyat dengan pelbagai cukai.

• Golongan revolusi menggempur penjara Bastile, membebaskan tahanan
politik dan menggulingkan Raja Louis XVI.

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme di India

• Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British.
• Dahagi India 1857, kebangkitan rakyat yang menjadi titik tolak

perkembangan nasionalisme di India.
• Nasionalisme awal lebih kepada sosioagama.
• Barahmo Samaj dan Arya Samaj pertubuhan yang menggiatkan rasa cinta

terhadap budaya tempatan.
• Awal abad ke-19, perkembangan pendidikan Barat mewujudkan gerakan

nasionalisme yang lebih tersusun seperti Kongres Kebangsaan India (INC)
dan Liga Muslim
• Awal abad 20, bersifat lebih radikal yang diketuai oleh Bal Gangadhar Tilak
dan Bipin Chandra Pal.

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

• Lahir daripada kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan
Islam dan agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat

• Kesedaran ini mencetuskan gerakan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
• Gerakan Islah:
i. Gerakan pemulihan Islam
ii. Dipelopori oelh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Syeikh Muhammad

Abduh
iii. Menyeru umat Islam yang sebenar berpandukan al-quran dan Hadis serta

memperbaik kehidupan masyarakat untuk melepaskan diri daripada
penjajahan.

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

• Gerakan Pan-Islamisme:
i. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan yang diberikan n al-

Urwah al-Wutqha (ikatan yang kuat).
ii. Untuk memperkuat persaudaraan dan membawa kepada kemajuan.
iii. Terbitkan akhbar al-Urwah al-Wutqha untuk sebarkan Pan-Islamisme iaitu

penyatuan persaudaraan umat Islamdi seluruh dunia untuk bangkit
menghalang peluasan kuasa barat.
iv. Mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam bangkit menentang penajajahan
bersama empayar Uthmaniyah.

2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia

Nasionalisme di Jepun

• Digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran mencapai
kemajuan untuk mengelakkan ancaman imperialisme.

• Maharaja Mikado Meiji melancarkan gerakan pemulihan Jepun dengan
menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun dihormati
oleh Barat.

• Mengamalkan prinsip dan semangat Bushido.
• Jepun muncul sebagai sebuah negara perindustrian dan kuasa tentera yang

kuat di Asia awal abad ke-20.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Filipina

• Tokoh nasionalis yang penting ialah Jose Rizal, Andres Bonifacio dan Emilio
Aguinaldo.

• Peringkat awal berbentuk propaganda yang dipimpin oleh Jose Rizal.
i. Menuntut Filipina dijadikan sebahagian wilayah Sepanyol yang mempunyai

hak yang sama seperti bangsa Sepanyol.
ii. Tubuhkan Liga Filipina pada 1892 untuk mendesak Sepanyol melaksanakan

perubahan politik, ekonomi dan sosial di Filipina.
• Seterusnya, idea nasionalisme yang lebih radikal oleh Bonifacio:
i. Tubuhkan Katipunan untuk memperoleh kemerdekaan melalui revolusi
ii. Menggunakan akhbar Kalayan untuk menyebarkan idea revolusi kepada

rakyat Filipina.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Filipina

• Aguinaldo kemudiannya bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya
mengusir Sepanyol.

• Namun, perisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo tidak diiktiraf oleh
Amerika sebaliknya Filipina diletakkan di bawah penguasaan Amerika
Syarikat.

• Filipina mengubah strategi perjuangan denganmenggunakan saluran
diplomasi melalui parti politik sederhana.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Burma (Myanmar)
• Manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha, Thakin dan

golongan petani menentang imperialisme British.
• Digerakkan oleh oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat

berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.
• Tubuhkan Persatuan Belia Buddha untuk mengekalkan tradisi Buddha,

pendidikan dan kebudayaan Burma
• Menggunakan isu kasut
• U Ba Pe yang lebih radikal memimpin Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma

yang memperjuangkan bangsa Burma.
• Revolusi pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka.
• Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi dan

mencetuskan pemberontakan yang diketuai oleh Saya san.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Burma (Myanmar)
• Manifestasi perjuangan golongan kelas menengah, sami Buddha, Thakin dan

golongan petani menentang imperialisme British.
• Digerakkan oleh oleh golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat

berikutan pengaruh British yang mengancam kedudukan agama Buddha.
• Tubuhkan Persatuan Belia Buddha untuk mengekalkan tradisi Buddha,

pendidikan dan kebudayaan Burma
• Menggunakan isu kasut
• U Ba Pe yang lebih radikal memimpin Majlis Persatuan Am Kesatuan Burma

yang memperjuangkan bangsa Burma.
• Revolusi pelajar menuntut penubuhan universiti untuk mereka.
• Golongan sami Buddha menubuhkan Majlis Am Sangha Samagyi dan

mencetuskan pemberontakan yang diketuai oleh Saya san.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Vietnam

• Nasionalisme di Vietnam muncul akibat perubahan sosiopolitik dan
sosioekonomi selepas kedatangan Perancis.

• Dipelopori oleh golongan bangsawan dan Mandarin
• Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.
• Disalurkan melalui akhbar seperti Tribune Indige dan Cloche Felee yang

mengkritik penindasan Perancis dan menuntuk rakyat Vietnam.
• Didukung oleh dua aliran ideologi iaitu nasionalisme dan komunisme
• Parti aliran nasionalisme ialah Viet Nam Quoc Dang-Dang (VNQDD)

manakala komunis pula diterajui oleh Parti Komunis Vietnam (PKV) pimpinan
Ho Chi Minh.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Indonesia

• Pada awalnya berkisar kan isu pendidikan untuk mengubah nasib rakyat
aibat dasar penjajahan Belanda.

• Raden Adjeng Kartini mempelopori perjuangan untuk memajukan pendidikan
kepada wanita.

• Antara karya beliau ialah Hilang Gelap Terbitlah Terang yang mendedahkan
dasar diskriminasi dan menindas bangsa Indonesia.

• Muhammadiyah merupakan pertubuhan untuk mempertahankan agama
Islam daripada ancaman sekularisme Barat.

• Gerakan yang lebih radikal juga telah wujud ketika itu seperti Sarekat Islam,
Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Thailand

• Tidak bersifat penjajah tapi bersifat anti raja.

• Dipelopori oleh Raja Thailand melalui usaha diplomasi dan pemodenan Raja Mongkut
dan Raja Chulalongkorn.

• Membawa Birokrasi Barat dalam pemerintahan di Thailand.
• Nasionalisme dalam kalangan rakyat muncul semasa pemerintahan Raja Vajiravudh

yang lemah.
• ini menimbulkan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja
• Nai Pridi Phanomyong dan Field Marsh Phibulsongkram menubuhkan Parti Rakyat dan

melancarkan Revolusi Thai pada 1932.
• Revolusi Thai telah menamatkan pemerintahan raja berkuasa mutlak dan digantikan

dengan raja berperlembagaan.
• Nasionalisme seterusnya ialah ketidakpuasan hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi

oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

Peranan Penulisan
Agama Kreatif

Media Cetak Sistem
Pendidikan

Golongan Pengaruh
Intelektual Luar dan
Serantau

2.7 Perkembangan Nasionalisme

Peranan Golongan Intelektual

• Terbahagi kepada intelektual berpendidikan agama, Inggeris dan Melayu
• Intelektual berpendidikan agama terdiri daripada Sheikh Muhammad Tahir

Jalaluddin, Syed Syeikh al-Hadi dan Hj. Abbas Mohd Taha. mereka digelar
sebagai Kaum Muda.
• Intelektual berpendidikan Inggeris terdiri daripada Raja Chulan, Mohammad
Eunos Abdullah dan Raja Uda Muhammad yang merupakan lepasan dari
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
• Intelektual berpendidikan Melayu merupakan lepasan Maktab Perguruan
Sultan Idris (SITC) seperti OT Dussek, Abd Hadi Hassan, Abd Hadi Abd
Manan dan Harun Aminurrashid

2.7 Perkembangan Nasionalisme

Perjuangan Melalui Tulisan

Akhbar dan Majalah Akhbar Cina dan India Karya Kreatif

• Mengetengahkan isu hak dan • Merangsang pemikiran • Bertemakan semangat cinta
masa depan bangsa, isu masayarakat cina untuk akan negaradan mebela nasib
pentadbiran, ekonomi dan mengekalkan identiti, bangsa.
sosial. perjuangkan nasib wanita dan
perasaan cinta pada asal usul. • Contohnya, Mari Kita
• Contohnya, Utusan Melayu, Berjuang, Angan-angan
Lembaga Melayu, Warta • Akhbar india lebih kepada dengan Gurindam,
Malaya, Fajar Saraawak, perjuangkan kepentingan Semenanjung, Rumah besar
Majlis, Majalah Guru politik dan sosial India di TM. Tiang Sebatang dan Cerita
Awang Putat.
• Contohnya, Lat Pau, Modern
Daily News, Tamil Nesan, The
Indian

Perjuangan Melalui Persatuan

Kesatuan Melayu Singapura
Persaudaraan Sahabat Pena
Kesatuan Melayu Muda
Persatuan Masyarakat Cina dan India

2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme

Politik Ekonomi Sosial

• Tingkatkan peluang pekerjaan • Membangkitkan semangat • Mendapat peluang pendidikan
• Dasar Desentralisasi berniaga dalam kalangan yang disuarakan melalui
• Memberi perhatian terhadap Melayu. akhbar, majalah dan
persatuan.
pendidikan Cina • Akhbar BI mengasaskan dana
• Tokoh nasionalisme seperti untuk membiayai pendidkan • Peningkatan lepasan SITC
orang Melayu ke luar negara. yang berkhidmat sebagai guru
Ibrahim Hj Yaakob, Ishak Hj membantu meningkatkan
Mohammad dan ahmad taraf pendidikan masyarakat
Boestamam ditangkap dan
dipenjarakan. • Penubuhan persatuan untuk
menjaga kebajikan India dan
Ceylon

SEKIAN & TERIMA KASIH

Disediakan oleh :
Guru Sejarah SMK Wallace Bay Tawau, Sabah


Click to View FlipBook Version