The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirah2544, 2022-01-01 11:22:33

BSS3173 PROSA MELAYU (KUMPULAN A)

FLIPBOOK BSS3173 PROSA MELAYU

Keywords: BSS3173,HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA,PROSA MELAYU

BSS317 PROSA MELAYU
KUMPULAN A (K2)

AMIRAH NURUL ADLIANA BINTI AMERUDDIN BIN ATO
OTHMAN BAKRI (D20192090901) (D20192090905)

SUHAIDA BINTI SUPERI NUR SHAHIDATUL SHUHADA BINTI NURUL QAWIMAH AINI BT
(D20192090908) MOHD SHUKRI (D20192090927) MD AZLIM (D20211098514)

NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NORAZIMAH BT ZAKARIA

PENGENALAN

Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa Melayu
lama dengan laras bahasa dan stuktur yang tertentu, membawa cerita Ajaib yang berunsur
hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi pengarangnya.
Hikayat ialah karya sastera lama berbentuk prosa daripada bahasa Melayu yang mengandungi
cerita, hukum, dan salasilah rekaan, keagamaan, sejarah, biografi, atau gabungan ciri-ciri ini.
Hikayat berguna sebagai penglipur lara, penjana semangat juang, atau sekadar untuk
memeriahkan majlis.

BAB 1:
PENGENALAN HIKAYAT MERONG

MAHAWANGSA (HMM)

Hikayat ialah salah satu bidang kesusasteraan Melayu silam iaitu sastera hikayat. Cerita-cerita hikayat selalunya
berbentuk panjang yang menceritakan tentang seseorang atau kejadian yang penting. Plot ceritanya bersifat
kronologi iaitu mengikut urutan masa dari awal hingga akhir cerita. Hikayat Merong Mahawangsa menerangkan asal
usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda. Hampir setiap kerajaan Melayu pada zaman dahulu mempunyai
hasil sastera sejarahnya yang tersendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri dan perkembangan
sejarahnya dari awal hingga ke akhir. Hal ini berdasarkan kepada konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat
Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah
tentang hak dan kuasa raja ke atas negerinya. Karya Hikayat Merong Mahawangsa ini ditulis bagi memenuhi suruhan
sultannya iaitu Sultan Muadzam Syah yang dipercayai sebagai sultan Kedah kedua daripada jurai keturunannya yang
beragama Islam. Hikayat Merong Mahawangsa adalah penggemblengan unsur-unsur realiti dan mitos yang
digunakan untuk menegakkan kedaulatan raja-raja Kedah dan keturunannya. Kisah disebalik Hikayat Merong
Mahawangsa ini juga menunjukkan kewujudan agenda terancang untuk menutup cerita sebenar tentang agama di
negara ini.

BAB 2:
BURUNG GARUDA DENGAN NABI

ALLAH SULAIMAN

Terdapat sebuah pulau yang dinamakan sebagai Pulau Langkapuri. Pulau ini telah didiami oleh seekor burung iaitu
Burung Garuda selepas peperangan Seri Rama dan Anduman. Hikayat ini dimulakan dengan penceritaan Burung
Garuda yang telah membuat perjanjian dengan Nabi Allah Sulaiman. Kisah awalnya bermula apabila Raja China dan
Raja Rom hendak menjodohkan anak-anak mereka.
Namun, perancangan itu telah diketahui oleh Burung Garuda yang merupakan seekor burung sakti anak cucu
Maharaja Dewata yang tidak mahu kedua pasangan tersebut bersatu dan beranggapan bahawa mereka tidak
semestinya berjodoh disebabkan oleh jauhnya jarak kedua-dua kerajaan itu. Burung Garuda mahu menghalang
perkahwinan anak Raja China dengan anak Raja Rom tanpa persetujuan daripada Nabi Allah Sulaiman. Namun begitu,
Burung Garuda telah berjanji tidak akan berada di bawah langit dan atas bumi lagi sekiranya dia tidak berjaya.

BAB 3:
ANGKATAN RAJA MERONG
MAHAWANGSA DIMUSNAHKAN

Burung garuda ingin menghancurkan perancangan tersebut dengan cara menculik Tuan Puteri iaitu anak kepada
Raja China yang ketika itu berada di taman untuk memetik bunga-bungaan dan buah-buahan. Burung Garuda juga
menculik Mak Inang Tuan Puteri dengan kundangnya seorang budak perempuan. Mereka yang telah diculik
disembunyikan di Pulau Langkapuri.
Burung garuda juga telah merosakkan rombongan kapal Raja Merong Mahawangsa iaitu raja paling sakti
dibandingkan dengan raja-raja yang lain yang hendak menghantar anak Raja Rom untuk dipertemukan kepada
Tuan Puteri iaitu anak kepada Raja China. Anak Raja Rom diserang hingga seluruh anak kapalnya jatuh ke laut.
Walaupun ramai yang telah terkorban, namun anak Raja Rom selamat dan terdampar di Pulau Langkapuri. Setelah
itu, dia telah diselamatkan oleh Tuan Puteri dan dirawatnya hingga sembuh.

Sementara itu, Burung Geroda diminta untuk membuktikan ucapannya kepada Nabi Sulaiman tentang khabar
kematian anak Raja Rom. Kemudian, Burung Garuda membawa peti yang di dalamnya terdapat Tuan Puteri dan dua
inangnya untuk dihadapkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah membuka peti tersebut, Burung Garuda tidak menyangka
bahawa anak Raja China juga turut masuk ke dalam peti tersebut. Bersabdalah Nabi Sulaiman: bahawa terdapat empat
perkara yang tidak dapat dielakkan oleh manusia iaitu yang pertama rezeki, kedua maut, ketiga jodoh dan keempat
ialah penceraian. Lalu, kedua-dua anak raja itu dihantar oleh Raja Jin yang bernama Harman Syah, salah satu pengikut
Nabi Sulaiman kepada Raja Benua China untuk dinikahkan.

BAB 4:
KERAJAAN LANGKASUKA

Raja Merong berhenti dan membuka negeri di Timur Pulau Seri yang
dinamakannya Langkasuka selepas tidak menemui anak Raja Rum.
Langkasuka didiami oleh kaum gergasi yang menyambut kedatangan Raja
Merong dengan baik.

BAB 5:
BURUNG GARUDA MENERIMA

HUKUMAN

Anak Raja Rum terdampar di Pulau Langkapuri dan buat pertama kalinya bertemu dengan anak Raja China. Anak Raja
China menyembunyikan anak Raja Rum daripada pengetahuan garuda. Anak Raja China menyuruh garuda yang
dipanggil “nenek” mengambil bajunya di Istana Raja China. Selepas arahan itu dilaksanakan, garuda(nenek) pergi
menghadap Nabi Sulaiman dengan sangkaan misinya akan berjaya.
Selepas garuda(nenek) mengetahui perkara sebenar, Nabi Sulaiman dikatakan berpesan kepada semua tentang empat
perkara yang tidak boleh ditentukan oleh jin dan manusia, iaitu:
i. Rezeki yang sedikit atau banyak dalam sehari semalam
ii. Penyebab putus ajal atau rezeki
iii. Jodoh pertemuan (garuda cuba mengubah hal ini)
iv. Penceraian
Nabi Sulaiman kemudian menghukum garuda keluar dari tanah yang diduduki manusia ke laut yang bernama Kalzum.
Anak Raja Rum dan anak Raja China dihantar ke Benua China di dalam peti yang dihantar oleh Raja Jin Harman Shah.
Mereka dikahwinkan mengikut kehendak Nabi Sulaiman.

BAB 6:
PERMULAAN NEGERI KEDAH

Selepas Raja Merong membuka Langkasuka, baginda mengutuskan menteri ke Pulau Percha, Acheh dan negeri Raja
Kelinggi/ Raja Burma untuk bertanya khabar bagi mengahwinkan putera baginda. Di negeri Kelinggi/ Burma.
Menterinya terjumpa menteri Rum dan membawanya pulang ke Langkasuka. Baginda mendapat khabar tentang
anak Raja Rum yang telah dinikahkan dengan anak Raja China.
Raja Merong menikahkan anaknya dengan seorang anak raja. Puteranya itu diberi gelaran Raja Merong
Mahapudisat dan dijadikan raja. Nama Langkasuka pula ditukar ke kedah Zamin Tauran. Baginda berpesan kepada
Raja Merong Mahadipusat supaya anak-anaknya dijadikan raja seorag di sebelah Utara, seorang di Selatan, dan
seorang di Timur kelak. Baginda kemudian pulang ke negeri Rum ketika di Pulau Lada sudah bertemu darat dan
menjadi Bukit Lada.

BAB 7:
KEDAH DI BAWAH PEMERINTAHAN

RAJA MERONG MAHADIPUSAT

Raja Merong Mahadipusat mempunyai tiga orang putera dan seorang puteri iaitu anak ketiganya. Ketiga tiga
puteranya diajar bermain senjata bertikam batang Teratai dan bermain panah sambil berkuda sejak kecil.
Raja Merong Mahadipusat telah menghantar putera sulung baginda atas tujuan membuka negeri Siam Lanchang
yang memakan masa 200 hari perjalanan ke utara menaiki gajah dan kuda dan baginda juga turut menghantar
putera kedua atas tujuan membuka Perak.
Putera ini pula menggunakan panah perak Indera Sakti untuk memilih tempat untuk dibuat negeri. Selain itu,
baginda menghantar puteri tunggalnya bersama dengan gajah Germala Johari untuk membuka Pattani. Puteri ini
diberi keris bernama Lesa Masani. Manakala, puteranya yang bongsu dibiar memerintah Kedah Zaman Tauran.

BAB 8:
HUBUNGAN KEDAH DENGAN

SIAM

Raja Langkasuka Ketika itu bergelar Raja Seri Mahawangsa supaya mudah menghantar surat dengan nama raja itu.
Kota berpindah ke Serukam kerana kota Langkasuka ‘jauh suda dari laut’. Baginda telah membuat bunga emas
sebagai hadiah kepada anak saudara barunya di Siam dengan harapan perbuatan ini dijadikan kebiasaan yang
mengeratkan raja – raja.
Puteri baginda sendiri dikahwinkan dengan cucu Nang Miri gergasi dan bergelar Raja Seri Mahawangsa. Kota Raja
Seri Maha Inderawangsa pula berpindah ke Sungai Emas.

BAB 9:
RAJA BERSIONG

Raja Ong Maha Perita Deria dikatakan gelaran bagi anak Raja Seri Maha Indera Wangsa. Baginda meminta bantuan
Acheh untuk membuat kota barunya yang dinamakan Kota Aur. Ketika itu, Pulau Seri sudah menjadi Gunung Jerai.
Pulau Jambul menjadi Bukit Jambul, Pulau Kering sudah menjadi Gunung Kering (Gunung Keriang) dan Pulau
Tanjung juga sudah menjadi daratan.
Gajah Gemala Johari datang dari Pattani tetapi tidak boleh berkata-kata kerana Nabi Muhammad S.A.W sudah ada
di dunia. Baginda tumbuh siong kerana suka makan hati darah manusia dan digelar Raja Bersiong. Permaisuri
berpakat dengan Menteri untuk mengusir Raja Bersiong dari istana. Baginda lari ke hutan telah bertemu dengan
sebuah keluarga. Baginda berkahwin dengan anak tuan rumah dan mempunyai seorang anak di sana.
Kedah tidak beraja dan berada dalam keadaan huru-hara. Ibu saudara Raja Bersiong datang dengan Gajah Gemala
Johari untuk menjejak waris Raja. Ibu saudaranya mengikut ke mana sahaja Gajah Gemala Johari berjalan. Gajah
tersebut berjalan sehingga ke tempat Raja Bersiong menumpang hidup.

BAB 10:
MENCARI RAJA BAHARU

Gajah Gemala Johari memilih anak Raja Bersiong menjadi raja di Kedah. Ibunya ikut ke
Kedah. Raja Bersiong dikejar sehingga masuk ke dalam Buluh Betong.

PENUTUP

Watak dalam Merong Mahawangsa adalah gabungan dua yang berbeza dunia, realiti dan fantasi. Sikap kesetiaan
dan kepimpinan yang digambarkan dalam Merong Mahawangsa perlu dititikberatkan untuk terus membangunkan
masyarakat yang lebih baik dalam kalangan orang Melayu seperti dari segi nilai, mentaliti yang mungkin melibatkan
kepimpinan dan kesetiaan.
Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah karya unggul yang menceritakan tentang asal usul keturunan di
Kedah. Karya ulung ini tidak ternilai sehingga diangkat menjadi karya agung dalam masyarakat Melayu. Prinsip
hidup yang meletakkan Tuhan yang paling berkuasa seperti yang dipegang oleh Nabi Sulaiman menunjukkan
ketaatan baginda kepada Allah S.W.T.


Click to View FlipBook Version