The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FR, 2022-04-27 10:16:43

MANUAL PENGURUSAN SKPS

2022/2023

PENGURUSAN SK PANJANG SARI 2022/23

JAWATANKUASA BILIK PENGURUSAN SUKAN SEKOLAH
SK PANJANG SARI, PAGOH, MUAR
TAHUN 2022/23

PENASIHAT
TUAN HAJI KAMARUDIN BIN OTHMAN

(GURU BESAR)

PENGERUSI
ENCIK NOOR AZMI BIN ABU

(GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA (S/U KOKURIKULUM)
ENCIK AZIZAN BIN IBRAHIM

NAIB SETIAUSAHA (S/U SUKAN)
ENCIK MOHD FAIZAL BIN ABD RAZAK

BENDAHARI
PUAN ROHAIDA BT TUMIRAN

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU MATA PELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

SEMUA GURU PENASIHAT
KELAB SUKAN & PERMAINAN

SEMUA GURU PENASIHAT
RUMAH SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI P a g e 101 | 106

PENGURUSAN SK PANJANG SARI 2022/23

PERTANDINGAN PERMAINAN MSSD & MSSJ
TAHUN 2022/23

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI P a g e 102 | 106

PENGURUSAN SK PANJANG SARI 2022/23

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI P a g e 103 | 106

PENGURUSAN SK PANJANG SARI 2022/23

A. TUGASAN KOKURIKULUM :

1. Kegiatan aktiviti kokurikulum adalah wajib bagi semua guru. Tugasan dalam bidang ini adalah
tugasan rasmi. Setiap guru adalah dikehendaki mematuhi jadual yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.

2. Setiap guru diperuntukkan masa kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.
Kedatangan guru hendaklah menepati masa dan kehadiran dicatat di dalam Buku Kedatangan Guru.

3. Sebarang pindaan masa yang ditetapkan di dalam jadual adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan
kesulitan murid dan ibu bapa.

4. Guru hendaklah menyusun rancangan bagi Persatuan & Kelab, Sukan & Permainan dan Unit Badan
Beruniform masing-masing dan rancangan itu hendaklah melibatkan murid tahun 3, 4, 5 dan 6.

5. Guru hendaklah memberi penerangan kepada murid-murid dalam bidang tanggungjawab, taat setia
kepada sekolah, hormat-menghormati dan sebagainya. Guru seharusnya menggunakan
kebijaksanaan dan inisiatif masing-masing bagi menggalakkan penyertaan dan minat murid-murid
dalam bidang-bidang seperti ceramah, bahasa, kuiz, lawatan dan sebagainya.

6. Laporan kegiatan mestilah dicatat oleh guru yang mengendalikan aktiviti dalam Buku Laporan
Aktiviti yang telah disediakan dan semua rekod-rekod aktiviti disimpan dengan baik dan dikemaskini.

7. Kawalan disiplin dan keselamatan murid-murid yang menghadiri sesuatu aktiviti kokurikulum itu
adalah menjadi tanggungjawab guru-guru yang bertugas mengendalikan aktiviti yang berkenaan.

PANDUAN MENGURUS DAN MENGELOLAKAN
AKTIVITI KOKURIKULUM

1. SETIAUSAHA SUKAN

1.1 Merancang kegiatan sukan untuk 2 tahun akan datang.
1.2 Berhubung dengan pengerusi (GB) untuk memanggil mesyuarat Majlis Sukan, guru-guru rumah,

guru-guru permainan dan lain-lain yang terlibat.
1.3 Penyediaan anggaran tahunan untuk perbelanjaan sukan.
1.4 Menyediakan jadual latihan untuk semua permainan dan olahraga.
1.5 Menyelaras semua acara untuk kejohanan olahraga sekolah sebelum dan sehingga hari kejohanan.
1.6 Menguruskan tempat-tempat dan pertandingan supaya dalam keadaan yang sesuai mengikut

peraturan.
1.7 Bertanggungjawab menyimpan semua alatan sukan, membaiki dan memperbaharui mana-mana alat

yang perlu serta menyelencikggara stok dengan sempurna dan kemaskini.
1.8 Menyelaras semua permainan dan olahraga antara rumah-rumah, sekolah-sekolah dan MSSD.
1.9 Menyimpan rekod yang lengkap semua jenis perlawanan yang disertai oleh murid-murid di semua

peringkat dan menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI P a g e 104 | 106

PENGURUSAN SK PANJANG SARI 2022/23

2. PENYELARAS UNIT

2.1 Membantu GPK Kokurikulum :
2.2 Mematuhi dasar pelaksanaan kokurikulum KPM dan sekolah serta pekeliling-pekeliling yang

berkaitan dengan kokurikulum.
2.3 Mengatur dan menyelia perjalanan Badan Beruniform/ Persatuan serta sukan dan permainan.
2.4 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
2.5 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
2.6 Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai Badan

Beruniform/ Persatuan serta sukan dan permainan.
2.7 Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
2.8 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang

ditetapkan.
2.9 Menguruskan dan mengagihkan Buku Laporan Kokurikulum kepada guru penasihat.
2.10 Menguruskan dan mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum daripada guru

penasihat untuk tujuan semakan oleh Guru Besar.
2.11 Mengumpulkan semula Buku Laporan Kokurikulum pada akhir tahun untuk simpanan dan

rekod bilik kokurikulum.
2.12 Menguruskan dan menyediakan borang-borang yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum

dan sukan.
2.13 Mengumpulkan rancangan tahunan daripada guru penasihat untuk edaran, rujukan dan

rekod.
2.14 Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum

sekolah.
2.15 Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
2.16 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan GPK Kokurikulum dari

semasa ke semasa.

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI P a g e 105 | 106

PENGURUSAN SK PANJANG SARI 2022/23

3. GURU PERMAINAN

3.1 Memajukan kemahiran murid-murid dalam permainan yang dikendalikannya dengan
melatih mereka mengikut jadual yang ditetapkan atau pada waktu-waktu lain dengan
persetujuan setiausaha sukan dan menyusun seberapa banyak perlawanan persahabatan
dengan pasukan-pasukan lain.

3.2 Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umuruntuk pertandingan MSSD.
3.3 Menyediakan pengadil-pengadil bagi sesuatu perlawanan persahabatan.
3.4 Mengadakan perlawanan antara rumah-rumah dan menyampaikan keputusan

pertandingan kepada Setiausaha Sukan.
3.5 Menguruskan pengangkutan untuk pasukannya bagi perlawanan perlawanan di luar

sekolah.
3.6 Mengiringi dan menjaga disiplin murid-murid di dalam sesuatu perlawanan.
3.7 Bertanggungjawab atas kehadiran pemain-pemain padamasa latihan dan perlawanan.
3.8 Menguruskan surat-surat kebenaran dari ibu bapa dan penjaga murid.
3.9 Mengurus tentang pakaian/ jersi dan alatan permainan pasukannya dan

bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang tersebut.
3.10 Menyimpan rekod-rekod perlawanan yang kemaskini.
3.11 Mengesyorkan alatan baru yang perlu dibeli kepada Setiausaha Sukan.

SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI P a g e 106 | 106


Click to View FlipBook Version