The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alia Shafiqah, 2024-05-04 09:52:53

RUMAH WARISAN PN AMINAH (1)

RUMAH WARISAN PN AMINAH (1)

NO 4/69 KG PANTAI, BESERAH, KUANTAN, PAHANGRUMAH WARISAN PN. HJH. AMINAH SIDEK


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dengan Rahmat-Nya. Setiap pelajar semester 5, Program Diploma Seni Bina perlu mengambil kursus Subjek Lukisan Terukur yang merupakan subjek yang berkaitan dengan sejarah bangunan lama. Pada setiap semester, subjek kerja lukisan terukur ini mendedahkan pelajar pada bangunan-bangunan yang mempunyai nilai-nilai sejarah bertujuan untuk memberi pengetahuan yang lebih meluas kepada setiap pelajar yang mengambil subjek ini tentang bangunan-bangunan lama dan nilai sejarah bangunan. Bagi projek semester 2 2023/2024, projek lukisan terukur telah dijalankan ke atas rumah warisan tiang 12 Hjh Aminah yang terletak di Kampung Pantai, Beserah, Pahang. Kajian ini telah dilaksanakan oleh 11 orang pelajar seni bina yang terdiri daripada 7 orang pelajar lelaki dan 4 orang pelajar perempuan. Rumah Warisan Hjh Aminah yang terletak di Kampung Pantai, Beserah, Kuantan,Pahang telah diukur mengikut kehendak yang di perlukan untuk menyediakan lukisan kerja MUKADIMAH


Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan keizinanNya kami dapat menyelesaikan projek Lukisan Terukur ini dengan jayanya. Pertama sekali kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan kepada kedua ibubapa dan pensyarah kami yang telah banyak memberi tunjuk ajar bimbingan daripadanya yang telah membuka ruang untuk kami menjayakan tugasan ini. Selain itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah, Pn. Aminah Binti Sidek (pemilik sekarang) yang sudi memberi kerjasama dan peluang untuk kami mengukur Rumah Tradisional Tiang 12 ini sebagai bangunan kajian kami.Seterusnya kami merakamkan jutaan penghargaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua keluarga Pn Aminah serta jurubahasa, Pn Arifah (anak kepada Hjh Aminah) yang memberi kerjasama kepada kami semasa kerja-kerja pengukuran yang berlangsung di Rumah Tradisional Tiang 12 ini. Akhir kata, terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu kami menjalani kerja-kerja lukisan terukur dan mendokumentasikan projek ini melalui poster, laporan, videografi, model rumah dan lukisan terukur. PENGHARGAAN


Rumah Warisan Pn Hjh Aminah merupakan kediaman rumah Pn. Aminah , iaitu keturunan yang ketiga dalam keluarga Haji Osman di No 4/69, Kg Pantai 26100 Beserah, Kuantan, Pahang. Rumah ini telah berusia lebih dari 70 tahun dimana ia telah dibina sekitar tahun 1948-an. Rumah ini dipilih menerusi pensyarah untuk dijadikan sebagai kajian lukisan terukur kerana keunikan dan elemen warisan sejarah yang terdapat pada rumah ini masih dikekalkan pada rumah tersebut. Keunikkan seni bina rumah tersebut menjadi satu tarikan yang sangat menarik yang harus dipelihara untuk generasi pada masa akan datang. Skop kajian ini dijalankan pada seluruh ruang yang terdapat didalam rumah tersebut. Kepelbagaian ruang yang terdapat didalam rumah tersebut serta keunikan hasil reka bentuk ruang dalaman rumah tersebut dan juga susun atur ruang di dalam rumah tersebut. Metodologi kajian yang dilaksanakan pada setiap bahagian rumah termasuklah kaedah pengukuran fizikal, menangkap gambar dan merakam video serta menemu bual dengan tuan rumah ABSTRAK


AHLI KUMPULAN 1. MOHAMAD ASMA HAMKA BIN MOHAMAD RAZALI 2. AHMAD FARIS AZIZI BIN JAMALUDIN 3.MUHAMMAD ALIF FARIHIN BIN AMRAN 4.AFNAN MUHTADI BIN DERIS 5.AHMAD WAQIUDDIN BIN MOHD NASIR 6.MUHAMMAD ALIEF HAIQAL BIN JAMRI 7.MUHAMMAD ALIF SHAZWAN BIN AHMAD ZAKINUDIN 8.INTAN NUR SYAHIDA BINTI SABRI 9.NUR ALIA SHAFIQAH BINTI AZMAN 10.TUAN NOOR BALQIS SHAHZANANI BINTI TUAN AZHAR 11.NUR AISYA BINTI MUHAMMAD IMRAN WONG 02DSB21F2021 02DSB21F2026 02DSB21F2004 02DSB21F2013 02DSB21F2024 02DSB21F2011 02DSB21F1050 02DSB21F2017 02DSB21F2020 02DSB21F2010 02DSB21F2008


PENGENALAN PENGENALAN NEGERI PAHANG LATAR BELAKANG KUANTAN LATAR BELAKANG BESERAH


PENGENALAN NEGERI PAHANG Negeri Pahang merupakan neger terbesar di semenanjung Malaysia dan merupakan negeri ke-tiga yang terbesar di Malaysia. la terletak berhampiran dengan negeri Terengganu dan Johor Darul Takzim. Pahang terbahagi kepada sebelas daerah iaituKuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipts, CameronHighlandsdanBera. Negeri Pahang Darul Marmur lalah sebuah neger yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 39,515 kilometer - persegi. Kemashuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekellingnya. Manakala penduduk pula terdiri dari berbagaikaumdanbangsa.


BANDAR KUALA LIPIS, PAHANG


LATAR BELAKANG KUANTAN Esplanade, Kuantan, Pahang Tanjung Api, Taman Gelora, Kuantan, Pahang Menara 188, Kuantan


Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. KeneudanKuantanpadakurunke-19 adalah bermula sebagai petempatan. Hal kewujudanKuantan initelah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshipadatahun1851/2 Kuantan terletar berhampiran Sungal Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat pen-tadbiran Negeri PahangtelahberpindahkeKuantandan KualaLipissejakdantahenMT76. KuantanialahibunegeriPahangdanjugasebuah daerah, negeriterbesar di SemenanjungMalaysia dan ketiga terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 36,000 km2. Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina,10%orangIndiadan1%kaum-koumlain Abdullah Abdul Kadir Munshi Hotel Zanith, KuantanKUANTAN


SEJARAH SEJARAH BESERAH SEJARAH RUMAH WARISAN HJH AMINAH SIDEK


Beserah merupakan perkampungan nelayan yang terletak kira-kira sepuluh kilometer dari kampung nelayan 1. SEJARAH BESERAH2. Kira-kira seratus tahun dahulu,Haji senik Abdul Karim merupakan waris kepada syedabdul rahman yang telah ditugaskan untuk menghantar balik Rombongan syed Abdul Rahman pulang ke daik akan tetapi rombonganhaji senik telah diminta berpatah balik ke pattani setelah usai sampai dijohor. Didalamperjalanan rombongan beliau telah berhenti disebuahperkampungan disatu kawasan yang diberi nama 'Teruntum' yang kini menjadi ibunegeri pahang. 3. Kedatangan beliau disusuli olehnya iaitu TunFatimah yang dikenali sebagai ' Tun Fatimah DariPattani Tun Fatimah telah meninggal sebaik sahajatiba di teruntum. Beliau telah dikebumikan disitu.Haji Senik telah membat keputusan untuk mencarikawasan penempatan baharu kerana tanah disitugersang dan tidak sesuai untuk bercucuk tanam. 4. Setelah beberapa hari menyelusuri pantai mencari tempat baharu mereka menemukan sebatang anak sungai yang mempunyal kawasan tanah yang cukup subur. Terdapat banyak beruang dikawasan sungai itu.Mereka telah mengadukan hal itu kepada Haji senik.Mereka telah membina pagar untuk mengelak bagi beruang tersebut masuk ke kawasan kebun. "Kita berserah kepada Allah sahaja, agar segala yang kita buat itu berjaya." tegasnya 5. Perkataan 'berserah' acapkali disebut oleh beliau.Akhirnya anak buah beliau telah menamakan kawasan tersebut sebagai ' Beserah‘ Itula merupakan asal usul terwujudnya beserah.


PENGENALAN RUMAH WARISAN HJH AMINAH SIDEK Rumah Warisan Puan Aminah merupakan kediaman rumah milik Pn. Aminah , iaitu keturunan yang ketiga dalam keluargaHaji Osman di No 4/69, Kg Pantai 26100 Beserah,Kuantan, Pahang.Rumah initelah berusia lebih dari70 tahun dimana ia telah dibinasekitartahun1948-an. Susun atur pelan lantai Rumah Warisan Puan Aminah telah mengalami beberapa perubahanmengikutperederanmasa.Pada tahun 1948 Rumah Warisan Puan Aminah inimerupakanhanyalahrumahbujangiaitu bilik 3,rumah ibu dan serambi. Pada masa itu, Rumah Warisan Puan Aminah ini mempunyai10tiangpadaruangatasrumah tersebut yang berfungsi sebagai struktur untuk menyokong beban struktur bangunan.. Manakala pada tahun 1980an rumah tersebut telah diubah suai dengan membesarkan saiz rumah pada bahagian dapur


SEJARAH PEMILIKAN Pemilikanrumahadalahsentiasaberubah-ubahdarimasa ke semasa mengikut peredaran zaman dan kelahiran generasi-generasi baru. Padaasalnyatapak rumahtersebutmerupakan hakmilih arwahdatukHjhAminah sendiriiaituHjOsman.Kemudian rumahdantapakinidiserahkankepadabapaHjh Aminah iaitu Hj Sidek. Seterusnya , mengikut generasi Hj Sidek mempunyaiduaisteridandikurniakan11oranganak,maka peredaranbagipemilikantanahdanjugarumahkedua-dua nyatelahdipindahkankepadaanakanakHj Sidek. Untuk pemilikan tapak tanah telah dimiliki oleh Pn Zaleha dan untukrumahdimilikiolehPnHjhAminah. Atas dasar peningkatan umur dan kemudaratan kesihatan , rumah warisan tersebut tidak berpenghuni dan telah dijaga olehanakanakbeliauiaituPnArifahdan adik beradiknya Pn Hjh Aminah Sidek Pn Arifah


SENIBINA & REKA BENTUK KONSEP REKA BETUK PELAN LANTAI RUANG DALAMAN


KONSEP REKA BENTUK Kajianpadabangunanrumahtradisional warisanHjhAminahinididapatibahawa terdapat 40% ruang - ruang yang asal tidakdiubahsuai. Reka bentuk ruang pada rumah ini berbentuk segi empat iaitu lebihkepada rumahbujangtiang12 . Dandiinspirasi kan olehRumahsritiang12danjugareka bentuk bumbung diinspirasikan oleh rumahtradionalmelayuPattani Terdapat penambahan ruang pada bangunan rumah dengan menambah serambi,bilik1,bilik2,bilik4,danbahagian dapurdanjugabilikair.


PADANGAN HADAPAN PADANGAN SISI KANAN


PELAN LATAI SusunaturpelanlantairumahWarisanHjhAminahSidekmempunyaikeluasansebanyakkan 18349 m2.Rumahtersebutmempunyai10tiangpadasekitarruangdirumahtersebutyangberfungsi sebagaistrukturuntukmenyokongbebanstrukturbangunan.


Ruang utama ini dipanggil “ Rumah Ibu” kerana bersempena menghormati peranan ibu sebagai pengurus rumahdanpenyerikeluarga.Ibujugadianggapmempunyai kedudukanyangmuliadanharusdihormati.. Sesuai dengan nama dan fungsinya sebagai tempat ahli keluargaberistirehatdanbersantaibersama. RUMAH IBU INTERIOR RUANG RUMAH IBU 3D


Rumah Dapur pula berfungsi sebagai tempat untuk kaum perempuan memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan dibelakang lelakisesuaikedudukandapurselepasrumahibu.Ruanginijuga berperanansabagaitempatkhasuntukahlikeluargaberkumpul semasamakan. DAPUR KERING INTERIOR RUANG DAPUR KERING 3D


BILIK AIR 1 Ruang untuk bilik air pula merupakan kemudahan asas yang perlu ada. Ini dapat dilihat bahawa bilik air juga turut diterapkan elemen asal bangunan itu dan dikekalkan sehinggakini. INTERIOR RUANG BILIK AIR 1 3D


BILIK 5 Di bilik tengah & selang bilik, ia berfungsi sebagai yang unik lokasi untuk ahli keluarga untuk berkumpul untuk makan atau boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, seperti tempat di mana ibu bapa boleh berkongsi pendapat mereka dengan anak-anak mereka atau menawarkanbimbingan INTERIOR 3D RUANG BILIK


SERAMBI Ruang Serambi biasa digunakan oleh kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah seperti mengayam pukat, jaring dan sebagainya.Anjung adalah tempat untuk berehat dan berbincangbagikaumlelaki rumah masyarakat Melayu juga lazimnyamempunyairuang di salah satu bahagian sisi rumah sebagai tempat berkumpul atauberaktiviti. Ruangan ini berfungsi sebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakansesuatu majlis seperti kenduri, berpersatuandansebagainya.


BAHAN & PEMBINAAN ELEMEN BUMBUNG BAHAN YANG DIGUNAKAN BAHAN DAN PEMBINAAN KAYU


EXPLODE BUILDING


Selain senibina Melayu, atap singgora turut digunapakai pada senibina masyarakat Cina dan Siam di negeri Kelantan. ELEMEN BANGUNAN BUMBUNG Senibina tradisional negeri pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu amat sinonim penggunaan atapsinggorapadapenutupbumbung.Atapsinggoramempunyaijangkahayat yanglebihpanjangberbandingataporganikyangcepatmereputdanmudahterbakar.


Kerangka bumbung dari dalam rumah Bumbung ialah komponen struktur bangunan yang paling atas di setiap struktur rumah ataubangunan.Bumbunginimenutupdanmelindungibangunandaripadakesancuacasepertihujandanpanas. KERANGKA BUMBUNG


Kayu Terdapat3jenisdinding padarumahini,iaitudindingkayu,yangberadapadaruangasalrumahini, untuk dinding playwood hanya terdapat pada bahagian tengah dan juga bagi dinding konkrit pulaterdapatpadabahagian bilikair1 Dindingkayuterdapat1susunaniaitususunanpapanlidahmenegak. Konkrit bahagian bilik air 1 DINDING


TANGGABahanyangdigunakanpadasetiaptanggarumahini adalahberbeza : Tangga yang dibina adalah untuk menghubungkan bahagian ruang ibu dan ruang dapur kering. Komponen dalam tangga antaranya anak tangga penaik, landing yang diperbuatdaripadakayu. Seterusnya tangga pada bahagian sisi iaitu bahagianluardapurdiperbuatdaripadakonkrit , danukurannya jugaberbeza Seterusnya tangga pada bahagian hadapan rumah juga diperbuat daripada kayu , dan ukurannyaberbeza


TANGGA 3D


Pintuialahsebuahobjekhalanganyangkerasdanratadapatmembukadanmenutupnyaagardapat pergikebilikatautempatlain.Setiappintudirumahinimempunyaiukuranyangberbeza-beza. PINTU HADAPAN PINTU DAPUR BELAKANG DAPUR KERING


PINTU PINTU BILIK AIR PINTU BELAKANG


TINGKATINGKAP RUANG RUMAH IBU PTINGKAP BILIK 4 TINGKAP SETIAP BILIK DAN DAPUR


PENGUMPULAN DATA & KERJA TAPAK


PENGUMPULAN DATA & KERJA TAPAK Maklumat tentang latar belakang bangunan Rumah Warisan Pn Aminah telah kami dapat sebelum ketapak kerja.Bangunan rumah kayu satu tingkattersebutialah sebuah rumah yang terletak di Kg Pantai , Beserah.PnAminah, iaitumerupakantuanrumah,telahmenjagarumahwarisantersebutdenganrapi Sebagai persedian kerja mengukur, kami bermula dengan membentuk kumpulan dan membuat pembahagian tugas, setiap orang akan mendapat tugasan masing-masing. Selain itu, kami meyediakanperalatan mengukur untuk kerja mengukur yang akan dilaksanakan selama seminggu di Beserah pada11Machingga15Mac2024.


KESIMPULAN


KESIMPULAN Menurut penyelidikan pelajar, Rumah Warisan Hjh Aminah Sidek, No. 4/69, Kg Pantai, 26100 Beserah, Kuantan, Pahang, adalah unik dan mempunyai nilai warisan yang tinggi. Nilai-nilai sejarah rumah ini perlu dijaga dan dipelihara dengan baik untuk memastikaniaaslidandapatdisimpanuntukgenerasiakandatang. Adalah diharapkan bahawa dokumentasi laporan ini akan membantu dalam proses mengekalkan dan mengekalkan keaslian Rumah Warisan Hjh Aminah Sidek. Ia juga akan menjadi sumberrujukan kepada masyarakat untuk mempelajari nilai sejarah dan warisan yang terdapat di Rumah Warisan Hjh Aminah Sidek, baik yang tersurat mahupuntersirat.


DCA 50233 - LUKISAN TERUKUR HAK CIPTA 2024 OLEH SEKUMPULAN PELAJAR YANG TERDIRI DARIPADA 11 ORANG, DIPLOMA SENI BINA. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH HAK CIPTA TERPELIHARA TIADA BAHAGIAN BUKU INI BOLEH DITERBITKAN SEMULA, DISIMPAN DALAM SISTEM PEROLEHAN SEMULA, ATAU DIHANTAR DALAM APA JUA BENTUK DENGAN CARA LAIN, ELEKTRONIK, MEKANIKAL, FOTOKOPI, RAKAMAN ATAU CARA LAIN, TANPA KEBENARAN BERTULIS DARIPADA PENERBIT. DICETAK 2024 DITERBITKAN DI MALAYSIA OLEH PELAJAR SENI BINA PADA SEMESTER5, DIPLOMA SENI BINA, POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN PAHANG


Click to View FlipBook Version