INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)
NAMA DISEDIAKAN OLEH :
NURUL HIDAYAH BINTI MOHD AZMI @
MOHD NAZRI
ANGKA GILIRAN 2020192340031
NO. KAD PENGENALAN 010407-06-0064
KUMPULAN F2
KOD DAN NAMA KURSUS EDUP3073
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK
NAMA PENSYARAH AKADEMIK PUAN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID
TARIKH HANTAR 12 MEI 2022
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARI PENSYARAH
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BIL PERKARA 1
PENGHARGAAN 2
2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH
3.0 LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH 5
6
MESRA BUDAYA
4.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum, Puan Sharizan.
Saya sangat bersyukur kehadrat Allah SWT kerana akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna dan jayanya dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Pertama sekali, saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah matapelajaran, iaitu Puan Sharizan binti Abdul Hamid (Ummi) yang sentiasa
memberi nasihat, pertolongan, dorongan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih diucapkan juga atas kesabaran dan
kesungguhan beliau dalam memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-
rakan yang lain dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat saya yang telah banyak membantu dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Berbanyak-banyak terima kasih diucapkan terutama kepada
rakan sekelas yang banyak membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Kerjasama dan
komitmen yang ditunjukkan mereka kepada saya dengan memberikan idea-idea yang
bernas dan info-info terkini turut membantu saya menyelesaikan tugasan yang telah
diberikan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat
samaada secara tersurat mahupun tersirat kerana telah banyak membantu saya dalam
menyelesaikan tugasan dan amanah yang telah diberikan kepada saya ini. Terima kasih
atassegala budi yang telah dicurahkan kepada saya, sesungguhnya tanpa bantuan dan
pertolongan yang telah diberikan ini tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan sempurna dan jayanya.
1
1.0 PENGENALAN
Bilik darjah merupakan persekitaran yang berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran murid di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan utama perjuangan
kerjaya seorang guru ( Leornard & Karen, 1996). Guru bertindak sebagai pengurus bilik
darjah dalam memastikan bilik darjah tersebut kondusif dan mesra budaya bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kondusif dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat (2016) membawa maksud sesuai dan baik. Guru menghasilkan persekitaran
pembelajaran yang sesuai dan baik serta mampu melibatkan murid secara aktif,
menumpukan perhatian kepada PdP serta mencapai objektif pembelajaran yang
dirancang. Pengurusan bilik darjah ialah proses mengatur dan melaksana segala urusan
bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan
sempurna (Ackerman & Moore, 2001). Di dalam bilik darjah, guru memainkan pelbagai
peranan iaitu sebagai seorang pengurus bilik darjah, penyelaras, pembimbing atau
fasilitator. Sekiranya bilik darjah dapat diurus dengan baik serta persekitaran bilik darjah
yang kondusif, maka pengajaran dan pembelajaran akan berlaku secara efektif (Akhiar &
Shamsina, 2012). Guru seharusnya bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang aktif, menyeronokkan, memudahkan komunikasi dan interaksi
pelbagai hala, berperaturan tanpa menimbulkan suasana tegang, gelisah atau tertekan
dalam kalangan murid. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan
peluang pembelajaran (Evertson, Emmet & Worsham, 2007; Evertson & Weinstein, 2006;
Larivee, 2005; Weinstein & Mignano, 2007).
2.0 FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengursan bilik darjah terutamanya dalam
membentuk bilik darjah mesra budaya. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan
bilik darjah ialah faktor fizikal iaitu susun atur persekitaran bilik darjah. Susun atur
kedudukan murid di dalam bilik darjah akan menentukan corak interaksi murid dengan
guru. Suasana persekitaran fizikal yang baik menyebabkan murid peka dengan orientasi
tugas yang diberikan. Kesannya akan dapat menghalang pelbagai bentuk masalah disiplin
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Choong, 2009). Faktor psikososial pula
merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran
sosialnya. Di sini, guru perlu memastikan terdapat ruang eksplorasi intelektual yang
optimum untuk murid-murid. Ini membuktikan bahawa bilik darjah merupakan satu tempat
yang memperlihatkan suasana yang penuh dengan aktiviti yang dapat merangsang
pelbagai deria murid. Kekurangan sokongan akan menghalang murid daripada
memperolehi pencapaian akademik yang tinggi dan selayaknya serta kestabilan psikologi
(Fredericks, Blumenfeld & Paris, 2004).
2
3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA
Guru memegang tanggungjawab besar dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya dalam kepelbagaian sosiobudaya murid. Oleh itu, terdapat beberapa langkah
yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru bagi mewujudkan pengurusan bilik darjah yang
mesra budaya.
3.1 FIZIKAL
Pengurusan bilik darjah dari aspek fizikan merupakan satu aspek yang penting
untuk menghasilkan bilik darjah yang mesra budaya. Persekitaran fizikal
merupakan perkara yang dialami secara langsung oleh murid-murid semasa
proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung. Menurut Woolfolk
(2001) dalam Noriati A.Rashid et.al (2017), pengurusan bilik darjah adalah perlu
untuk mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif. Hal ini
demikian kerana suasana dan persekitaran pembelajaran akan memberikan impak
kepada situasi seseorang murid sama ada dari sudut positif ataupun sebaliknya.
Sebagai contohnya, sekiranya persekitaran pembelajaran suram dan kurang
pencahayaan, potensi murid untuk mengelamun dan tidur adalah tinggi. Justeru,
guru perlu bijaksana dalam menyusun atur pelan kelas, pencahayaan dan
pengudaraan yang secukupnya untuk murid seterusnya penggunaan hiasan
seperti warna dinding atau kertas dinding dan keceriaan sudut bacaan.
Penggunaan bahan-bahan ini secara tidak langsung dapat menambahkan
semangat, keceriaan dan motivasi kepada murid-murid untuk belajar.
3.2 EMOSI
Dari segi aspek emosi, guru haruslah menunjukkan sikap atau emosi yang boleh
mendorong murid ke arah tujuan yang ingin dicapai oleh guru di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru bersikap adil dalam memberi galakan, hukuman dan peluang
kepada murid tanpa berlakunya diskriminasi iaitu tanpa mengira agama, budaya
dan bangsa. Sikap adil yang ditunjukkan oleh guru akan diperhatikan, difahami dan
seterusnya ditiru oleh murid-murid ketika berinteraksi dengan rakan sekelas yang
lain. Mereka akan bersikap adil kepada rakan sekelas sama ada ketika memberi
pujian, menjatuhkan hukuman atau memberi peluang tanpa mengira budaya,
agama dan bangsa. Maka persekitaran emosi yang mesra budaya dapat
diwujudkan.
3
3.3 SOSIAL
Dari segi aspek sosial, guru boleh mengambil langkah untuk membantu murid
yang pelbagai budaya, bangsa dan agama di dalam sebuah bilik darjah untuk
saling berkenalan dan menjalinkan hubungan yang seterusnya akan mewujudkan
bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail
& Noranizah Yusuf (2012), perkembangan sosial setiap individu bermula daripada
alam kanak-kanak dan situasi ini akan mempengaruhi kehidupan manusia itu
seterusnya. Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang diterima oleh masyarakat dan
budayanya. Semasa seseorang kanak-kanak mengalami perkembangan sosial,
mereka cuba menguasai kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan
kendiri untuk mula menghargai dan mengawal diri sendiri. Perkembangan sosial
yang sihat mendorong ke arah pembinaan hubungan yang positif dengan keluarga,
kawan, guru dan masyarakat. Semasa mengalami proses kematangan, seseorang
kanak-kanak belajar mengurus perasaan serta kehendaknya dan mampu
menyesuaikan kehendaknya dengan perasaan dan kehendak orang sekeliling.
Selain itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti pembelajaran yang mendedahkan
murid untuk bekerjasama seperti pembelajaran koperatif. Pengalaman bekerja
dalam satu pasukan akan memberikan pengalaman kepada murid untuk
memahami orang lain dan cuba bertingkah laku agar disenangi dan diterima oleh
kumpulannya (Len, 2013). Pengalaman ini amat penting kepada setiap murid
berbeza etnik memupuk sikap tolak ansur, saling menghormati dan saling
memahami supaya hubungan antara mereka berjalan lancar dan seterusnya
berjaya membina masyarakat yang harmoni.
3.4 SOSIOLINGUISTIK
Dari segi aspek sosiolinguistik, guru hendaklah menekankan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam bilik darjah. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa bahasa Melayu sesungguhnya merupakan salah satu unsur
terpenting dari segi penyatuan bangsa dan budaya masyarakat berbilang
keturunan di Malaysia. Hal ini kerana bahasa Melayu memainkan peranan penting
bagi membentuk sikap baharu yang bertonggakkan persefahaman dan
persaudaraan senegera sehingga terbentuknya bangsa Malaysia model (Jeniri
Amir, 2013).
4
Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu dalam bilik darjah dilihat mampu
mencegah sikap etnisisme dalam kalangan murid yang berbilang bangsa dan
agama. Maka, guru perlulah menjadi model pertuturan kepada murid dengan
menggunakan bahasa Melayu dengan baik bagi membantu murid yang tidak
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di rumah untuk bertutur
bahasa kebangsaan tersebut dengan lancar. Hal ini kerana murid akan dapat
menguasai kemahiran bertutur daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang
dewasa di sekelilingnya (Indhumathy Munusamy, 2013). Kelancaran murid
menggunakan bahasa kebangsaan untuk berinteraksi dengan rakan sekelas
yang pelbagai budaya akan memastikan komunikasi antara murid pelbagai kaum
berkesan untuk memahami satu sama lain. Maka, persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya dapat diwujudkan.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang mesra budaya memerlukan pelbagai
kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru seperti merancang, mengelola, menilai dan
membuat refleksi agar proses PdP berjalan lancar dan memastikan tingkah laku murid
sentiasa dalam keadaan baik. Justeru, guru hendaklah mempersiapkan diri dengan
pelbagai pengetahuan dan kemahiran serta cakna dengan isu dan kemajuan dunia hari ini
agar mampu untuk mendepani isu-isu semasa berkaitan tingkah laku bermasalah di dalam
bilik darjah dengan baik. Guru yang berkualiti serta menjamin keberkesanan PdP di dalam
kelas adalah penting dalam pengurusan bilik darjah dan sekaligus dalam penghasilan
modal insan seperti yang digarapkan dalam sistem Kementerian Pelajar Malaysia yang
akhirnya akan membawa kepada kemajuan kepada sistem pendidikan negara.
5
RUJUKAN
Ackerman & Moore. (2001). Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah. Cyberjaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2012). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku.
Kuala Lumpur: Feemind Horizons.
Choong Lean Keow PhD. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Murid dan Alam Belajar. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Fredricks, JA, Blumenfeld, PB, Friedel, J, Paris. (2004). An increasing engagement in urban
settings: An analysis of the influence of the social and academic context on student
engagement. America: America Educational Research Association New Orleans.
Evertson, C.M., & Weinstein, C. S. (2006). Classroom management as a field of inquiry. In
C.M. Evertson and C. S. Weinstein (Eds.), Handbook classroom of management:
Research, practice and contemporary issues (pp. 3 – 15). Mahwah, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates.
Emmer, E. T., Evertson, C. M & Worsham, M. E. (2007). Classroom management for
elementary teachers (7thed.). Boston: Allyn & Bacon.
Indhumathy A/P Munusamy. (2013). Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar
Peralihan di Tiga Buah Sekolah di Daerah Skudai. Laporan Projek, Universiti
Teknologi Malaysia.
Jeniri Amir. (2013). Bahasa Melayu: Suara dari Bawah. Sarawak: Penerbit Universiti
Malaysia Sarawak.
Larrivee, B. (2005). Autentic classroom management: Creating a learning community and
building reflective practice. New York: Allyn & Bacon.
Len, S. T. (2013). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Freemind Horizons.
Weinstein, C. S. and Mignano, A. J. (2007). Elementary classroom management: Lessons
from research and practice 4th ed., McGraw-Hill, New York.
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Social Environment
Factors and Their Relation to Identity Formation. Jurnal Hadhari Special Edition,
155-172. Dicapai daripada http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-
172.pdf 6