The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEJAUHMANA PENGHAYATANNYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Elisha Andrew, 2022-06-07 07:48:58

BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEJAUHMANA PENGHAYATANNYA

BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEJAUHMANA PENGHAYATANNYA

JABATAN KEJURUTERAAN PETROKIMIA
DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
TAJUK PERBINCANGAN : BERBANGGA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

SEJAUHMANA PENGHARGAAN

NAMA AHLI KUMPULAN :
ELISHA A/L KEASAVAN – 33DCE21F1077
THARESHINY A/P GUNASEGARAN – 33DCE21F1024
SIVANESH A/L SANMUGAM – 33DCE21F1009
JOEH FAISTINNA A/P FRANCIS DRAKE – 33DCE21F1074

1

ISI KANDUNGAN Pg 3
Pg 4
OBJEKTIF Pg 5
PENDAHULUAN Pg 6
KEUNIKAN MUZIK MALAYSIA Pg 7
PERMAINAN TRADISIONAL Pg 8-9
KEMAJUAN NEGARA Pg 10
MASYARAKAT BERBILANG KAUM Pg 11-12
KEUNIKKAN MAKANAN TRADISIONAL Pg 13
SIKAP MASYARAKAT MALAYSIA TERHADAP ALAM Pg 14-15
Pg 16
SEKITAR Pg 17
ECO PELANCONGAN
KEDUDUKAN STRATEGIK

LAMPIRAN
KESIMPULAN

2

OBJEKTIF

1. Untuk memberi kesedaran kepada setiap individu masyarakat Malaysia tentang
kelebihan dan kebaikan negara ini terhadap kita dari aspek sosial ekonomi budaya
tanpa mengira bangsa dan agama.

2. Untuk mengenal pasti kelebihan negara ini.
3. Untuk menyedarkan setiap individu bahawa kita harus bangga terhadap negara kita.
4. Untuk bersyukur kepada Tuhan kerana kita dapat lahir di negara ini.
5. Untuk mengukuhkan perpaduan terhadap setiap masyarakat Malaysia demi negara

ini.
6. Untuk mengetahui keindahan yang terdapat di dalam negara ini.
7. Untuk meluaskan pengetahuan tentang negara kita.

3

PENDAHULUAN

Pejam celik kita dah 65 tahun merdeka bermula tanggal 31 Ogos 1957. Sejak era
pemerintahan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, rakyat Malaysia hidup dalam
satu negara yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, peribumi Sabah &
Sarawak dengan bahagia walaupun ada sikit pergaduhan dan kekurangan. Kita tidak pernah
lupa untuk saling hormat satu sama lain walaupun berbeza latar belakang budaya, agama,
adat resam dan kefahaman kerana mereka juga penduduk yang berbangga menjadi
warganegara Malaysia. Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik,
namun rakyat Malaysia masih hidup dengan aman damai dan harmoni. Malaysia mengambil
peranan sebagai rumah kepada pelbagai jenis asal dan etnik kebangsaan. Negara Malaysia
mempunyai pelbagai kaum. Walaupun dilanda pelbagai masalah sejak kebelakangan ini, kita
tidak harus lupa akan faktor-faktor yang menjadikan Malaysia unik di mata dunia. Kita tetap
bangga untuk lahir dan menetap di bumi bertuah ini! Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
hendaklah sentiasa bangga terhadap negara kita. Skop kajian ini adalah untuk memberi
kesedaran kepada setiap individu masyarakat Malaysia tentang kelebihan dan kebaikan
negara ini terhadap kita dari aspek sosial ekonomi budaya tanpa mengira bangsa dan
agama.

4

KEUNIKAN MUZIK MALAYSIA

Muzik Malaysia adalah istilah generik untuk muzik yang telah dicipta dalam pelbagai genre
di Malaysia. Pelbagai jenis genre dalam muzik Malaysia mencerminkan kumpulan budaya
tertentu dalam masyarakat Malaysia berbilang etnik: Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan-
Dusun, Bajau, Orang Asli, Melanau, Kristian dan lain-lain.
Secara umumnya, muzik Malaysia boleh dikategorikan sebagai muzik klasik, rakyat,
sinkretik (atau muzik akulturasi), muzik seni popular dan kontemporari. Muzik klasik dan
rakyat muncul pada zaman pra-kolonial dan wujud dalam bentuk vokal, tarian dan muzik
teater seperti Nobat, Mak Yong, Mak Inang, Dikir barat, Ulek mayang dan Menora. Muzik
sinkronik berkembang pada zaman pasca-Portugis (abad ke-16) dan mengandungi unsur-
unsur daripada kedua-dua muzik tempatan dan unsur-unsur asing dari sumber muzik dan
teater Arab, Parsi, India, Cina dan Barat. Antara genre muzik ini ialah Zapin, Ghazal,
Dondang Sayang, Mata-kantiga, Joget, Jikey, Boria dan Bangsawan.
Kedua-dua muzik popular Malaysia dan muzik seni kontemporari pada asasnya adalah muzik
berasaskan Barat yang digabungkan dengan beberapa elemen tempatan. Pada tahun 1950-an,
pemuzik P. Ramlee membantu dalam mencipta muzik Malaysia yang menggabungkan lagu
rakyat dengan irama tarian Barat dan muzik Asia Barat

5

PERMAINAN TRADISIONAL

1. TINGTING
Sebagaimana yang kita semua tahu, tingting merupakan permainan tradisional yang
sememangnya popular sejak zaman dahulu lagi.
Bermain tingting dapat meningkatkan kemahiran motor kasar anak sekaligus menguatkan lagi
otot mereka kerana mereka perlu mengawal dan menyeimbangkan badan mereka untuk
melompat ke dalam kotak-kotak tingting tanpa terjatuh.

2. LOMPAT TIKUS
Permainan lompat tikus ini memerlukan pergerakan berlari, melompat dan juga merangkak
bagi melepasi halangan tangan serta kaki dua orang rakan sepermainan.
Melalui pergerakan-pergerakan dalam permainan ini, ianya secara tidak langsung dapat
meningkatkan kemahiran motor kasar anak.

3. LOMPAT GETAH
Lompatan melintasi rantaian gelang getah pada tahap yang rendah sememangnya melegakan.
Tetapi apabila ketinggian ditingkatkan, kita pasti memikirkan teknik terbaik untuk melakukan
lompatan di atas rantaian gelang getah tersebut. Kadang kala kita perlu berlari dari jauh untuk
mendapatkan impak lompatan yang tinggi bagi melepasi gelang getah.
Pasti seronok jika kita dapat bermain permainan lompat getah ini bersama anak. Pergerakan
dalam permainan ini dapat melatih kemahiran motor kasar anak dan membantu anak untuk
membina otot yang lebih mantap.
Jika dahulu kita menggunakan rantaian gelang getah untuk bermain lompat getah, kini anak-
anak boleh bermain lompat getah dengan menggunakan ‘skipping rope’.

6

KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA

Walaupun Wawasan 2020 tidak mencapai sepenuhnya seperti dirancang, namun Malaysia
mencapai banyak kemajuan dan perubahan berbanding ketika wawasan itu dilancarkan pada
1991. Walaupun kita tidak capai sepenuhnya tetapi sedikit sebanyak kita capai Wawasan
2020. Kalau dibandingkan Malaysia hari ini dan Malaysia di waktu kita melancarkan
wawasan ini pada 1991, kita akan lihat perbezaannya. Rakyat lebih makmur, negara lebih
makmur dan pembangunan sudah terlihat jelas di seluruh negara, infrastruktur yang lebih
baik. Hakikatnya banyak daripada Wawasan 2020 ini sudah dicapai. Malaysia belum sampai
ke tahap yang boleh dikatakan sebagai negara maju kerana ada bidang-bidang tertentu yang
kita masih ketinggalan. Malaysia sedang sebuah negara maju, dengan mengatasi sembilan
cabaran. Iaitu masyarakat berjiwa bebas, masyarakat demokratik, masyarakat bermoral dan
beretika, masyarakat liberal, masyarakat progresif dan saintifik, masyarakat penyayang,
masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi serta masyarakat makmur. Tujuan ini sedang
dicapai dan ditanam dalam setiap anak-anak sekarang.

7

MASYARAKAT BERBILANG KAUM

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada
berbilang kaum dan agama. Seperti, Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain
dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati antara satu
sama lain.

Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang menjadi cabaran
kepada negara kita, khususnya dalam mengurus kemajmukan sosial itu.Sebagai negara
moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri sebagai
negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti
perlu ditangani sebaik mungkin. Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
penganut agama dan mengamalkan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta toleransi
mengekalkan keharmonian dan keamanan negara.Bukan mudah menyatukan rakyat berbeza
kaum, agama, latar belakang, fahaman dan cara hidup namun Malaysia boleh berbangga
kerana masyarakatnya hidup dalam keadaan aman,

8

stabil dan boleh bersatu dalam pelbagai perkara.Negara Malaysia sering dijadikan sebagai
negara contoh oleh negara lain untuk mendidik kepada remaja cara hidup bersatu padu
walaupun terdapat pelbagai kaum.Kepelbagaian rakyat dengan jelas menjadi perkara yang
membanggakan masyarakat Malaysia.Bukan itu sahaja,pengunaan bahasa juga tidak
menyukarkan kerana mereka mengunakan bahasa rasmi, bahasa melayu. Ia juga tidak
menjadi halangan untuk mereka bersatu dan bertoleransi dalam kehidupan seharian, yang
jelas memberi manfaat besar kepada negara.

9

MAKANAN TRADISIONAL

Antara aspek yang menyumbang pada keunikan masyarakat Malaysia ialah kepelbagaian
makanan yang dijadikan sebagai salah satu warisan etnik-etniknya. Aspek ini memberikan
ruang pada pembentukan kesepaduan sosial yang secara tidak langsung mencerminkan latar
belakang kehidupan masyarakat Malaysia. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis
makanan yang beraneka jenis, warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang
menarik untuk diketahui dan dipelajari bersama. Sebagai contoh, makanan etnik melayu
seperti nasi lemak ,nasi hujan panas, ketupat, satay dan juga nasi dagang yang begitu terkenal
di negeri Kelantan dan Terengganu merupakan salah satu makanan utama yang tersenarai
sebagai makanan warisan kebangsaan. Dalam kalangan etnik Cina, kuih bulan antara
makanan yang terkenal. Kuih bulan ialah sejenis kuih yang manis dan mengandungi pelbagai
inti seperti kacang merah, bukan itu sahaja kuey teow goreng juga banyak terkenal. Dalam
kalangan etnik India, makanan tradisional yang kering dan berbentuk gelung, dipanggil Vadai
menjadi makanan kegemaran kebanyakan etnik lain di Malaysia.Selain itu, thosai, idli dan
juga nasi berdaun pisang merupakan antara makanan yang popular di kedai makanan.
Natijahnya, kita dapat lihat betapa makanan merupakan satu aspek yang masyrakat Malysia
berasa bangga yang turut mengukuhkan jalinan sosial antara etnik di Malaysia. Kesepaduan
sosial yang terbina daripada aspek ini dapat membuktikan kepada dunia bahawa negara
Malaysia boleh dijadikan sebagai sebuah negara contoh, iaitu walaupun masyarakatnya
terdiri daripada pelbagai etnik, ras dan agama, namun masih dapat bersatu dan saling hormat
menghormati.

10

SIKAP MALAYSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Setiap inisiatif ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar telah disokong dan
disertai oleh individu di negara Malaysia demi pemuliharaan dan pemeliharaan sumber asli
kerana tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Peribahasa
tersebut jelas menunjukkan jika kita beriltizam untuk melakukan sesuatu, pasti ada cara yang
terbaik untuk kita merealisasikannya dengan berjaya. Pelbagai cara telah dibuat oleh kerajaan
untuk mengekalkan keistimewaan alam sekitar. Sebagi contoh, gotong royong, kempen
menjaga kebersihaan alam sekitar. Melalui kempen dan juga aktiviti gotong royong mereka
mendapat kesedaran betapa pentingnya anugerah Tuhan kepada manusia. Cuba kita fikirkan,
adakah kita mampu untuk hidup tanpa alam sekitar seperti pokok, sengai dan lautan? Pastinya
tidak kerana hidup kita bergantung kepada fungsi-fungsi alam sekitar ini.Tambahan pula,
pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora
dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya
memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu
sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam seemula
jadi.Sebagai contoh, pokok Rafflesia dan juga harimau malaya yang mungkin pupus tidak
lama lagi masih berada di hutan Malaysia. Ini juga merupakan pemuliharaan yang amat baik.
. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan
kepupusan.Tambahan pula, hutan simpan di Malaysia. Terdapat kawasan hutan perlindungan,
yang telah dikategorikan khususnya untuk usaha perlindungan. Ini bermaksud hutan
perlindungan ini perlulah dilindungi sepenuhnya daripada aktiviti manusia yang bisa
memusnahkan.Seperti, Hutan Lipur, Hutan tadahan air, Hutan perlindungan haiwan liar,
hutan kawalan banjir dan banyak lagi. Selain dari itu, Kerajaan juga mengimplimentasikan
amalan kitar semula 3R seperti recycle,reduce dan reuse untuk mengekalan ekosistem yang
sihat, serta pengunaan plastik dengan minima dan turut pengunaan straw
plastik.Kesimpulannya, alam sekitar yang baik berperanan sebagai sumber kecantikan,
keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Masyarakat Malaysia mengamalkan
sikap bertanggungjawab dengan memikul tugasan diatas bahu dan berkerja bersama kerajaan.

Justeru, semua lapisan masyarakat berbangga dapat mengekalkan suasana alam sekitar yang
sentiasa menarik.

11

Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa dan sebagai anak Malaysia semua
individu seharusya bangga atas keindahan yang terdapat di negara kita secara semulajadi dan
juga buatan manusia. Tidak dinafikan bahawa eco pelancongan yang terdapat di negara kita
menjadikan Malaysia antara to negara yang paling ramai dikunjungi oleh pelancong saban
tahun.

12

EKO PELANCONGAN

1. Taman Negara Bako
Yang letaknya 37 km dari Kuching. Walaupun taman ini kecil tetapi merupakan taman
negara yang tertun, lanya dibuka pada tahun 1957 dan meliputi kawasan seluas 27 km persegi
Terdapat banyak flora dan fauna dapat daihat disini. Hampir semua jenis tumbuhan yang
terdapat di Benno boleh ditemui di Bakd Terdapat hample 275 monve proboscia yang jurang
ditem dan hanya terdapat di Borneo

2. Cameron Highland
Cameron highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan
khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1.829 meter dari aras
laut. Selain menjadi sebuah pusat peranginan. Cameron Highland juga terkenal dengan
pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-buahan yang
bermutu tinggi. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan sugar amat sesuai untuk tanaman-
tanaman.

3. Gua Niah
Merupakan sebuah gua yang terbesar dan tertua di dunia. Ia diwartakan sebagai tapak
bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang.
Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan pintu dibelakangnya. Ia
dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang dan Lubang Hangus.

4.Petronas Twin Towers atau Menara Kembar
Petronas terletak di pusat Kota Kuala Lumpur yang pernah menjadi struktur yang tertinggi di
dunia. Menara di bagian atas jika diputar 45 derajat. Menara PETRONAS adalah dua buah
pencakar langit kembar di Kuala Lumpur, Malaysia yang sempat menjadi gedung tertinggi di
dunia dilihat dari tinggi pintu masuk utama ke bagian struktur paling tinggi. Menara
Berkembar Petronas mempunyai 32.000 tingkap. sebuah galeri seni, dewan konsert 840
tempat duduk, dan tempat letak kereta bawah tanah.

5.Tasik kenyir , Terrenganu

Merupakan tasik yang terbesar di Asia Tenggara. Di sini ia merupakan kawasan eco-
pelancongan yang dipercayai mempunyai lebih 8000 spesies bunga, 2500 spesies tumbuh-
tumbuhan, beberapa ratus spesies burung dan juga spesies ikan air tawar.
Terdapat beberapa kemudahan terdapat disini untuk pengunjung malah pelbagai aktiviti boleh
dilakukan seperti berperahu, memancing, berkayak dan berkhemah.

13

KEDUDUKAN STRATEGIK

Pernahkah anda teringin mengapakah negara kita sering mempunyai gempa bumi, taufan atau
gunung berapi sedangkan jiran-jiran kita mempunyai bencana alam tersebut. Cuba kita lihat
jiran kita di sebelah timur iaitu Filipina, mereka mempunyai gunung berapi dan ribut taufan
yang kerap. Indonesia yang berada di barat kita juga mempunyai jaringan gunung berapi yang
aktif dan kerap berlakunya gempa bumi. Boleh dikatakan kiri dan kanan negara Malaysia
dikelilingi oleh negara yang mempunyai bencana alam.

Malaysia adalah negara yang sangat unik dan bernasib baik kerana selamat daripada bencana
alam yang berbahaya Sejak dahulu lagi, negara kita menjadi tempat persinggahan pedagang-
pedagang dari Tanah Arab, China dan India kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan laut
antara timur dengan barat Di samping itu, negara kita juga terletak di luar Lingkaran Api
Pasifik dan laluan angin taufan menyebabkannya bebas daripada gempa bumi. letusan
gunung berapi, dan tiupan angin taufan.

Cuaca di Malaysia pula adalah panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan segala aktiviti
dapat dijalankan tanpa perlu risau akan cuaca. Anda boleh berbasikal bermain bola, bersenam
dan bermacam-macam lagi aktiviti jika dibandingkan dengan negara negara Eropah yang
terpaksa tinggal di rumah jika cuaca terlalu sejuk. Masa malam dan siang yang hampir sama
panjang sepanjang tahun juga membolehkan rakyat Malaysia membahagikan masa dengan
senang Rakyat Malaysia juga boleh melepak' di kedai mamak yang dibuka sehingga 24 jam
sehari.
Bersyukurlah kita sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia. Negara yang sangat bertuah dan
ramai yang mencemburuinya. Kita selalu mengagung agungkan negara luar sedangkan "hujan
emas di negeri orang. hujan batu Di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri". Negara
Malaysia sememangnya layak digelar Malaysia Truly Asia.

14

Laman web Internasional Living telah menyenaraikan Malaysia diantara 10 buah Negara
Terbaik Untuk Bersara bagi warga asing pada tahun 2019. Menunjukkan betapa rakyat di luar
sana sangat mengagumi segala aspek yang ada di negara Malaysia. Sudah tentulah, kita juga
mempunyai kelopongan dan kekurangan di sana sini bak dari segi politik, kebersihan dan
ekonomi, tetapi kita dianugerahkan dengan tanah yang bertuah dinamakan Malaysia dan
harus berbangga dengannya.

15

LAMPIRAN

16

KESIMPULAN

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita mestilah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik
negara kita . Kita juga hendaklah sentiasa berterima kasih dan menghargai jasa-jasa panglima
yang telah bertarung untuk membebaskan tanah kelahiran kita daripada taklukan kuasa asing
walaupun mereka tiada lagi seperti “gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati
meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama”. Tanpa ikhtiar dan
pengorbanan mereka pasti kita akan berada di bawah pimpinan orang asing dan ibu pertiwi
kita sudah di jajahan oleh British selama lamanya. Oleh itu, rakyat haruslah memainkan
peranan masing-masing untuk mengekalkan kedamaian dan kemakmuran negara dengan
melahirkan masyarakat yang harmoni dan bertanggungjawab. Hal ini adalah dapat
menghindarkan kes gejala sosial dan jenayah daripada berlangsung . Selain itu, kita haruslah
mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, teknologi, dan
lain-lain yang boleh memajukan imej negara kita. Di sebalik itu , Malaysia juga merupakan
tempat pelancongan yang kaya dengan berbagai-bagai kaum dan tradisinya yang tersendiri
serta kedudukannya yang strategik dalam peta dunia disebabkan ini kita sebagai rakyat
haruslah mempunyai kasih sayang terhadap negara kita yang unik ini.

Secara keseluruhan, kita merupakan manusia yang amat bertuah untuk lahir di Malaysia dan
seharusnya berbangga untuk menjadi seorang warganegara kepada tanah yang tercinta ini.
Oleh disebabkan itu, marilah kita bersama-sama menyuntikkan perasaan cinta akan negara
dan semangat perpaduan dalam diri seperti “bersekutu bertambah mutu” serta dalam
kalangan generasi muda ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

17

RUJUKAN

1.Internet

 https://en.wikipedia.org/wiki/Music_of_Malaysia
 https://www.ajumohit.com/2021/05/10-makanan-tradisional-yang-popular-di-

malaysia.html
 https://siraplimau.com/permainan-tradisi-rakyat-malaysia/
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kategori:Hutan_simpan_di_Malaysia

18

SEKIAN TERIMA KASIH…

19


Click to View FlipBook Version