MODUL ASAS TARANNUM
1.0 PENGENALAN TARANNUM Tarannum membawa maksud memperbaiki dan mengindahkan suara si pembaca melalui proses nada, rentak dan irama yang tertentu. Justeru itu, ia juga dikenali sebagai lagu ketika membaca al – Quran. Selain daripada membaca al – Quran dengan tajwid dan sebutan yang betul, umat Islam juga dialu-alukan untuk mengalunkan suara dengan bertarannum kerana ia dapat membuatkan si pembaca lebih menghayati dan mendalami keindahan ayat suci al – Quran. Seruan ini dapat dilihat melalui hadis Nabi SAW: آن ْ ر ُ ن ِِبلْق َّ َ غ َ ت َ ي ْ َّل َّ َن َّا م ن ِ م َ ْس لَي Yang bermaksud: “Bukanlah dari kalangan kami (umatku) yang tidak melagulagukan (bertarannum) dengan al-Quran.” 2.0 JENIS - JENIS TARANNUM 1. Bayati 2. Nahawand 3. Hijaz 4. Soba 5. Rast 6. Jiharkah 7. Sikah
3.0 TARANNUM DAN SUARA Dalam mempelajari ilmu Tarannum, suara adalah antara aspek yang penting dan ditekankan kerana ia saling berkaitan. Tanpa suara yang baik, pembaca tidak dapat mempersembahkan bacaan Al Quran dengan sempurna. Oleh sebab itu, adalah penting bagi qari mengenali seni suara untuk membentuk bacaan yang baik. Suara adalah suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang lain mengikut kehendaknya yang tertentu. 3.1 SIFAT-SIFAT SUARA PERTAMA: Suara terbaik yang mempunyai sifat- sifat tinggi, rendah, kasar, lembut, lemak manis, licin, terang dan lantang. KEDUA: Suara baik yang mempunyai sifat-sifat sederhana, rendah, kasar, lembut, lemak manis, licin, bersih, terang dan lantang. KETIGA: Suara kurang baik, iaitu yang mempunyai sifat tinggi, halus, lembut, lemak manis, licin, bersih, terang dan tajam. KEEMPAT: Suara yang tidak baik, iaitu yang mempunyai sifat-sifat rendah, tipis, lembab keras, sumbang, serak, terketar-ketar, lemah dan tersepit
3.2 TABAQOT SUARA (TINGKATAN SUARA) Qarar (Suara Dada) Nawa (Suara Tekak) Jawab (Suara Hidung) Jawabul Jawab (Suara Otak)
4.0 TARANNUM BAYATI Bayati berasal daripada perkataan (بيت (yang bermaksud rumah atau tempat kediaman. Tarannum ini dipopularkan oleh qari-qari Arab terutamanya di Mesir. Pendapat lain juga mengatakan Bayati berasal dari nama daerah di Iraq dan dibawa oleh orang Syria. 4.1 SIFAT TARANNUM BAYATI i. Mempunyai kelembutan disamping ketegasan ii. Mempunyai kesesuaian dengan tabaqot sederhana iii. Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan iv. Disesuaikan sebagai tarannum pembukaan dan penutup 4.2 PERANAN TARANNUM BAYATI i. Sebagai tarannum pembukaan dan penutup ii. Memantapkan persembahan bacaan iii. Menjadi ukuran kepada tarannum yang dipersembahkan sesudahnya iv. Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf Al Quran
ASAS BAYATI - SURAH AL-KAFIRUUN Harakat 1 Harakat 2 Harakat 3 Harakat 4
Harakat 5 Harakat 6
5.0 TARANNUM NAHAWAND Nahawand merupakan salah satu nama tempat di daerah Hamdan, Parsi atau dikenali sebagai Iran. Nahawand bermaksud nama khusus bagi sejenis taranum yang dipopularkan oleh Qari di daerah tersebut mengikut budaya tersendiri. 5.1 SIFAT TARANNUM NAHAWAND i. Mempunyai pergerakan yang lambat dan berkesan ii. Mempunyai penyesuaian tabaqot yang tinggi iii. Mempunyai unsur-unsur yang menyemarakkan iv. Mempunyai unsur-unsur ketegasan yang meyakinkan 5.2 PERANAN TARANNUM NAHAWAND i. Menghangatkan persembahan bacaan ii. Menyemarakkan jiwa pembaca dan pendengar iii. Menegaskan mesej daripada ayat yang dibaca iv. Memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf Al Quran
ASAS NAHAWAND - SURAH AL-FIIL Harakat 1 Harakat 2 Harakat 3 Harakat 4
Harakat 5
6.0 TARANNUM HIJAZ Hijaz ialah salah satu nama kawasan di negara Arab Saudi. Istilah Tarannum Hijaz merupakan alunan tarannum yang dipopularkan oleh para Qari Hijazi mengikut budaya di kawasan tersebut. Tarannum Hijaz berlahjah Mesir lebih lembut dan menarik dengan kelembutan bahasa al-Quran. 6.1 SIFAT TARANNUM HIJAZ i. Mempunyai gerak lambat tetapi berkesan. ii. Mempunyai ketegasan pendorong semangat. iii. Mempunyai kelincahan menghidupkan persembahan. iv. Mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tobaqat. v. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan perintah, tegah atau marah. 6.2 PERANAN TARANNUM HIJAZ i. Memberi semangat kepada persembahan bacaan. ii. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. iii. Memberi tenaga kepada tarannum yang akan dibaca. iv. Membawa ketegasan terhadap mesej al-Quran. v. Membawa kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran. vi. Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.
ASAS HIJAZ – SURAH QURAISY Harakat 1 Harakat 2 Harakat 3 Harakat 4
7.0 TARANNUM SOBA Soba dari segi bahasa bermaksud rindu. Manakala dari segi istilah tarannum ialah salah satu jenis tarannum yang dipopularkan oleh para Qari Arab mengikut budaya mereka. Tarannum ini mempunyai alunan yang lembut mendayu dan sesuai dengan ayat yang menunjukkan permohonan, merayu dan merintih. Ianya juga mempunyai gerak ringan yang meresap jiwa serta sesuai dlam tabaqot yang sederhana. 7.1 SIFAT TARANNUM SOBA i. Gerak lagu yang ringan ii. Alunan lembut yang mendayu. iii. Sesuai dengan tabaqot sederhana. iv. Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya. 7.2 PERANAN TARANNUM SOBA i. Menenangkan persembahan. ii. Membawa kekhusyukan dan keinsafan. iii. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran. iv. Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
ASAS SOBA – SURAH AN-NAAS Harakat 1 Harakat 2 Harakat 3 Harakat 4
Harakat 5
8.0 TARANNUM RAST Tarannum Rast dikatakan berasal dari Parsi, Iran. Kemudian, ia diubahsuai oleh masyarakat Arab Mesir sehingga ia dikenali sebagai salah satu tarannum yang popular di Mesir. Tarannum Rast merupakan tarannum yang unik. Ia mempunyai alunan lagu yang mirip dengan tarannum Sikah dan Jiharkah. 8.1 SIFAT TARANNUM RAST i. Gerak lembut disamping ketegasan. ii. Kelembutan alunan. iii. Gerak lagu yang menyemarakkan. iv. Sesuai dengan mana-mana tobaqot. 8.2 PERANAN TARANNUM RAST i. Memberi semangat kepada persembahan. ii. Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya. iii. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar. iv. Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
ASAS RAST – SURAH AL-MAA’UN Harakat 1 Harakat 2 Harakat 3 Harakat 4
Harakat 5
9.0 TARANNUM JIHARKAH Tarannum Jiharkah berasal daripada dari negara Parsi dan diguna pakai oleh para Qari Hijazi dengan mengikut budaya mereka. Ia dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut budaya mereka yang lebih lembut dan hebat bersesuaian dengan kelembutan al-Quran. Tarannum ini berperanan sebagai tarannum yang menenangkan persembahan yang tegang. Selain itu, tarannum ini juga memberi kefasihan dan ketartilan dalam bacaan al-Quran. 9.1 SIFAT TARANNUM JIHARKAH i. Gerak ringan yang berkesan. ii. Lembut dan mendayu-dayu iii. Harmoni. iv. Sesuai dengan tobaqot sederhana. 9.2 PERANAN TARANNUM JIHARKAH i. Menenangkan ketegangan persembahan. ii. Melembutkan persembahan. iii. Menimbulkan kekhusyukan dan keinsafan. iv. Disesuaikan pada ayat Al Quran yang memberi maksud merayu, memohon dan meminta.
ASAS JIHARKAH – SURAH AN-NASR Harakat 1 Harakat 2 Harakat 3
Harakat 4
10.0 TARANNUM SIKAH Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang berasal dari negara Parsi yang telah digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Ia telah disesuaikan mengikut budaya mereka. Tarannum Sikah juga adalah sebuah tarannum yang unik. Gerak lagunya yang ringan dan bersahaja membuatkan ia berbeza dengan tarannum lain. Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan kisah Nabi atau kaum, kerohanian, hari kiamat dan sebagainya. 10.1 SIFAT TARANNUM SIKAH i. Mempunyai gerak yang lambat ii. Mempunyai kelembutan yang menusuk kalbu iii. Mempunyai ciri-ciri kesedihan dan kerintihan iv. Mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan memohon, merayu, merintih pujukan dan harapan 10.2 PERANAN TARANNUM SIKAH i. Melembutkan sesuatu bacaan ii. Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar iii. Mendatangkan rasa kekhusyukan dan keinsafan iv. Melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan
ASAS SIKAH – SURAH AT-TIIN Harakat 1 Harakat 2 Harakat 3
Harakat 4 Harakat 5
11.0 ISTILAH-ISTILAH ILMU TARANNUM BIL. ISTILAH DEFINISI 1 Harakat Gaya alunan lagu yang tersusun daripada beberapa qit'ah dengan mahatah yang tertentu. 2 Qit’ah Suatu rentak lagu yang paling pendek tanpa mahattah yang tertentu. 3 Tabaqot Tingkatan suara yang dibawa oleh lagulagu yang tertentu 4 Mahattah Tempat berhenti bagi setiap hujung harakat 5 Burdah Bunga-bunga lagu atau getaran suara yang menarik 6 Wuslah Al Mumasalah Suatu gaya harakat yang dicampur antara dua tarannum yang berlainan 7 Taqlid Meniru jalan lagu seseorang yang lain 8 Khitam Lagu penutup 9 Salalim Su’ud Tangga naik sesuatu lagu 10 Salalim Nuzul Tangga turun sesuatu lagu. 11 Ikhtilal Al Lahni Nada suara sumbang yang berlaku akibat disengajakan mengikut irama dan tabaqat sesuatu lagu.