Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
BAB 3: SOLAT DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
_______________________________
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Setelah mempelajari topik ini, pelajar sepatutnya dapat:
1. Menyebutkan kepentingan solat dalam kehidupan.
2. Menghuraikan perkara membatalkan wudhuk dengan lengkap.
3. Mempraktikkan amalan solat pesakit dengan tepat pada 3 posisi solat.
_____________
3.1 KEPENTINGAN SOLAT
(a) Solat Tiang Agama
Solat merupakan amalan soleh yang termasuk dalam Rukun Islam. Ia termasuk dalam tiang
agama di mana terdapat athar yang menyebutkan solat adalah tiang agama, seiapa menjaganya
makai a telah menegakkan agama. Sesiapa yang meninggalkannya, makai a telah meruntuhkan
agama.
(b) Solat Tempat Minta Tolong
Dalam kehidupan kita, sudah tentu akan mengalami kesukaran dan cabaran hidup. Dengan siapa
kita akan mengadu dan meminta pertolongan. Sudah tentu dengan Allah. Bagaimana hendak
meminta tolong dengan Allah. Solatlah! Sesuai dengan firman-Nya:
َوٱ ۡستَعِينُواْ بِٱل مص ِۡۡب َوٱل مصلََٰوهةِ َوإِنمهَا لَ َكبِْيَةٌ إِملا عَلَى ٱلٰۡخََ ِشعِيَن
Maksudnya: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. Surah al-Baqarah (2): 45
(c) Solat Amalan Pertama Dihisab
Di padang mahsyar nanti, semua amalan kita akan dihisab dan diteliti oleh Allah. Maka, solat
adalah amalan pertama yang akan dihisab. Jika baik solat fardhu yang telah diwajibkan sehari
37 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
semalam, maka insya-Allah semua amalan yang lain menjadi hisab yang mudah. Nabi s.a.w.
bersabda:
(d) Solat adalah Komunikasi Harian dengan Allah
Apakah Allah itu Kekasih Awal dan Akhir kita? Jika ya, bagaimana kita buktikan Dia adalah
kekasih kita. Maka, selalulah berkomunikasi dengan-Nya di setiap siang dan malam. Itu adalah
tanda kita sayang dan cinta akan Allah. Apabila ikatan hati sentiasa wujud dengan Allah, amalan
anggota badan juga menjadi patuh dan taat kepada-Nya sesuai dengan kehendak hati (raja
dalam badan manusia).
(e) Solat Menghapuskan Dosa
Apabila seseorang itu solat setiap kali masuk waktu, ia akan menghapuskan dosa seseorang
muslim itu selama ia tidak mengerjakan dosa besar. Ini merupakan janji Allah yang sebutkan oleh
Nabi s.a.w. dalam sebuah hadisnya:
َ . ُم َكِفَرا ٌت ما بْينَ ُه من إِذَا ا ْجتَنَ َب ال َكبَائَِر، َوَرَم َضا ُن إَل َرَم َضا َن، َوالْجُْمَعةُ إَل الجُْمعَِة،ال مصلََوا ُت الخَْم ُس
Maksudnya: Solat ke waktu solat seterusnya, Jumaat ke Jumaat seterusnya,
Ramadhan ke Ramadhan seterusnya; adalah penghapus dosa yang berlaku
antara keduanya selagi dijauhkan dosa-dosa besar. Riwayat Muslim, status hadis
adalah sahih.
(f) Solat Mencegah Perbuatan Keji & Mungkar
Solat fardhu mempunyai keistimewaan tersendiri, antaranya ialah mencegah seseorang dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Hati yang selalu terikat dengan Allah di setiap waktu
solat insya-Allah akan terdidik dengan perasaan takut kepada Allah (dengan azab Allah) serta
malu dengan dosa yang selalu diulangi di antara waktu selang antara solat. Akhirnya akan terdidik
akhlak mulia hasil istiqamah solat fardhu. Hal ini disebutkan oleh Allah dalam al-Quran:
َوأَقِِم ٱل مصلََٰوةَ إِ من ٱل مصلََٰوةَ تَۡن َه َٰى عَ ِن ٱۡلَف ۡح َشٰٓاَِء َوٱۡل ُمن َك ِِۗر َولَ ِذ ۡكُر ٱَّمللِ أَ ۡكَِۡۗبُ َوٱَّمللُ يَ ۡعلَُم َما تَ ۡصنَعُو َن
Maksudnya: Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya);
dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Surah al-‘Ankabut
(29): 45
38 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
(g) Solat Amalan yang Rasulullah dijemput naik ke Sidaratul Muntaha
Amalan fardhu yang lain diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril, manakala amalan solat
lima waktu ini diterima Nabi s.a.w. di langit. Ini menunjukan kewajipan solat bukan sesuatu yang
boleh dibuat main-main, hinggakan Allah memanggil sendiri Nabi s.a.w. naik ke langit. Justeru,
janganlah kita memandang ringan akan kefardhuan solat ini. Tunaikanlah sebaik dan
sesempurna mungkin supaya mendapat balasan berganda di akhirat nanti.
3.2 KAEDAH SOLAT
Seseorang yang ingin solat hendaklah memerhatikan diri sendiri pada sudut zahir dan batinnya.
Ia menjadi pengukur kepada solat yang sah di sisi Syarak dan mendapat pahala sempurna dari
Allah. Marilah bersama memahami kembali syarat wajib, syarat sah dan rukun solat.
3.2.1 Syarat Wajib, Syarat Sah dan Rukun Solat
Dalam sub-topik ini, anda akan mempelajari syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat.
Perdalamkan ilmu fiqh solat agar anda layak menjadi seorang imam yang berilmu.
(a) Syarat Wajib Solat
Jika dipenuhi perkara di bawah ini, maka seseorang itu wajib menunaikan solat fardhu, iaitu:
• Islam; tidak wajib kepada orang kafir.
• Berakal; tidak wajib kepada orang gila.
• Baligh; tidak wajib kepada kanak-kanak yang belum baligh (mimpi basah). Tetapi
digalakkan mengajarnya untuk didikan awal.
Sebahagian ulama menambah tiga perkara lagi: (1) Suci daripada haid & nifas; (2) Sihat
semua pancaindera; dan (3) Sampai seruan tentang kewajipan solat.
Berkenaan hal ini, Baginda s.a.w. bersabda:
. َوَع ِن الْ َم ْجنُوِن َحَمّت يَ ْعِق َل، َوَع ِن ال مصِبِي َحَمّت َيْتَلَِم، عَ ِن النمائِِم َحَمّت يَ ْستَيِْق َظ:ُرفِ َع الَْقلَُم عَ ْن ثَلَاثٍَة
Maksudnya: Diangkat kalam (tidak dicatat sebagai berdosa) bagi tiga golongan:
Orang yang tidur sehingga ia terjaga, kanak-kanak sehingga ia bermimpi basah
(baligh), dan orang gila sehingga ia berakal. Riwayat Abu Daud; status hadis adalah
hasan.
39 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
(b) Syarat Sah Solat
Sebelum menunaikan solat, seseorang hendaklah memenuhi 5 syarat sah solat ini. Ia mesti
berkekalan sehingga solat itu tamat. Jika selepas selesai solat, ia sedar bahawa salah satu
daripadanya tidak disempurnakan, maka solat dianggap batal dan wajib mengulanginya semula.
Syarat sah solat sesuai dalam mazhab Syafi’i adalah:
1. Bersuci: Suci anggota badan daripada hadas, iaitu dengan berwudhuk dan mandi wajib
(jika hadas besar).
2. Suci daripada najis:
▪ Badan
▪ Pakaian
▪ Tempat Solat
3. Masuk Waktu Solat: Mengetahui masuk waktu solat dengan yakin. Tidak sah solat jika
tiada keyakinan walaupun tepat pada waktunya. Jika ternyata solat seseorang berlaku
sebelum masuk waktu, solatnya dianggap batal dan wajib mengulanginya.
4. Menutup aurat: Aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut. Pusat dan lutut tidak
termasuk dalam aurat menurut pendapat yang sahih dalam mazhab Syafi’i. Namun,
sebagai kesempurnaan solat, sebaiknya ditutup keduanya (pusat dan lutut). Manakala
aurat perempuan adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan pergelangan tangan.
5. Menghadap kiblat: Jika seseorang uzur atau sakit, dibolehkan berada pada tahap yang
termampu baginya. Menghadap kiblat yang dimaksudkan adalah dengan dada sahaja.
(c) Rukun Solat
Rukun merupakan intipati kepada amalan itu sendiri di mana jika ditinggalkan dengan sengaja
atau tidak, rukun tertinggal itu mesti dilakukan semula dan kemudiannya sujud sahwi di akhir
solat. Tidak memadai ia ditampung dengan sujud sahwi semata (seperti sunat ab’adh). Rukun
Solat yang sesuai dengan mazhab Syafi’i ada 13, iaitu:
1. Berdiri tegak (dada mestilah mengadap kiblat).
2. Niat dalam hati ketika takbiratul ihram.
3. Takbiratul ihram (menyebut Allahu Akbar).
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Rukuk dengan tamakninah.
40 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
6. Iktidal dengan tamakninah.
7. Sujud dua kali dengan tamakninah.
8. Duduk antara dua sujud dengan tamakninah.
9. Duduk bagi tahiyat akhir.
10. Membaca tahiyat akhir hingga
11. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. “”اللهمَصلَعلىَمحمد
12. Memberi salam seringkas “”السلامَعليكم
13. Tertib (mendahulukan yang dahulu, kemudiankan yang kemudian).
3.2.2 Perkara Membatalkan Solat
1. Berkata-kata dengan sengaja, iaitu bacaan selain al-Quran, zikir dan doa. Percakapan
yang dikira membatalkan solat ialah percakapan yang terdiri daripada dua huruf atau lebih
sekalipun tidak difahami maknanya, dan juga perkataan dari satu huruf yang difahami
maknanya.
2. Melakukan perbuatan yang berlawanan dengan perbuatan solat, yang melibatkan
pergerakan (anggota badan besar seperti tangan dan kaki) yang banyak dan berturut-
turut sebanyak 3 kali.
3. Terkena najis pada pakaian atau badan. Jika dibuang segera, maka solat tidak batal.
4. Terbuka aurat dengan sengaja walaupun sedikit. Jika tidak sengaja, maka tidak batal jika
ditutup segera apabila sedar.
5. Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit. Jika tidak sengaja, sedikit tidak
membatalkan solat, tetapi jika banyak, ia membatalkannya.
6. Berhadas sebelum salam yang pertama.
7. Berdehem, tertawa, menangis dan mengerang; jika terkeluar dengan jelas bunyi dua huruf
dari tiap-tiap perbuatan tersebut. Senyum tidak membatalkan solat.
8. Berubah niat. Orang yang berazam untuk berhenti solat, atau ia mengaitkan dengan
kehadiran seseorang; contohnya ia berkata: “Kalau si fulan datang, aku akan batalkan
solat ini.” Maka, bila datang si fulan, batal solatnya.
9. Membelakangi kiblat dengan sengaja. Jika tidak sengaja seperti ia dilanggar, ia mesti
kembali mengadap ke kiblat dengan segera.
41 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
3.2.3 Konsep Solat Berjemaah
Solat berjemaah adalah solat yang didirikan secara beramai-ramai, di mana minimumnya adalah
seorang imam dan seorang makmum, sama ada ia didirikan di rumah atau di masjid. Namun solat
di masjid adalah lebih utama berbanding di rumah; dan juga mempunyai banyak kelebihan
berbanding solat secara sendirian.
Antaranya hadis di bawah yang menunjukkan seseorang yang sentiasa menunaikan solat
berjemaah di masjid mempunyai kekuatan bagi melawan godaan dan hasutan syaitan,
berbanding mereka yang selalu solat sendirian di rumah:
ياأْ ُُ ُك فا ِانّمـاا ِبل ْـ اج اماعا ِة فا اعلا ْي اك ،ْي اطا ُن ال ذش عالا ْي ِه ُم ا ْس ات ْح او اذ قا ِد ِاَلذ ال ذص اَل ُة ِفي ِه ِم تُ اقا ُم اَل با ْد ٍو او اَل قا ْريا ٍة ثا اَلثا ٍة ِِف اما ِم ْن
.القاا ِص اية اَِّّلئْ ُب
Maksudnya: Tiga orang yang berada di dalam satu kampung atau pedalaman dan
tidak melakukan solat berjemaah dalam kalangan mereka, syaitan akan menguasai
mereka. Oleh itu, kamu hendaklah sentiasa bersama jemaah kerana serigala hanya
memakan kambing yang bersendirian. Riwayat Abu Daud, status hadis adalah hasan.
Solat Fardhu secara berjemaah ditunaikan di masjid adalah sebaik-baik tempat kerana ia
adalah rumah Allah. Kalimah azan yang dikumandangkan mempunyai signifikan besar supaya
setiap lelaki muslim yang fizikal dan pancainderanya bersiap sedia untuk ke masjid. Jika sekadar
memberitahu waktu solat sudah masuk, memadai pergerakan matahari menjadi petandanya.
Apalagi di zaman ini jam, takwim solat dan aplikasi waktu solat sudah banyak ada. Justeru, suatu
syiar yang besar dalam agama ini adalah menunaikan solat fardhu berjemaah bagi mereka
(lelaki) yang tiada keuzuran.
Bagi kaum wanita pula, rumah mereka adalah sebaik-baik tempat untuk mereka solat.
Islam telah menyediakan tempat yang lebih sesuai dengan fitrah mereka yang kurang terdedah
kepada umum. Jika terdapat pengajian agama bersifat fardhu ain seperti pengajian akidah, fekah
dan ilmu akhlak, maka menjadi kewajipan juga kaum wanita untuk hadir ke masjid demi menuntut
ilmu. Syarat wanita ke masjid pula perlu dipenuhi seperti berpakaian yang sempurna penutupan
auratnya, suasana yang tidak mendatangkan fitnah kepada diri dan agama, mendapat izin
walinya (sama ada ayah atau suaminya) dan tidak memakai bauan yang boleh menarik
pandangan lelaki terhadapnya.
Namun begitu, mazhab Syafi’i menetapkan hukum solat berjemaah bagi lelaki yang sihat
dan sempurna serta tiada keuzuran, adalah sunat muakkad. Ini adalah pandangan majoriti
mazhab, selain mazhab Hanbali yang mengatakan ianya fardhu ain. Namun, dari sudut
42 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
pengamalan umat Islam secara umumnya, hukum solat berjemaah di masjid adalah fardhu
kifayah. Justeru, diwajibkan ada di setiap masa masjid diserukan dengan azan dan ditegakkan
solat fardhu padanya. Bayangkan, kita yang mengimarahkan masjid telah menjadi perisai kepada
orang lain dari terkena bahang api neraka (kerana dosa).
Berikut adalah kelebihan solat berjemaah di masjid seperti disebutkan oleh Baginda s.a.w.
di dalam banyak hadisnya:
• Dianggap sebagai orang mukmin (benar-benar beriman).
• Mendapat pahala 27 kali darjat berbanding solat sendirian.
• Solat Isyak berjemaah ibarat pahala solat sunat separuh malam.
• Solat Subuh berjemaah ibarat pahala solat sunat sepanjang malam.
• Bergelap untuk ke masjid akan diberi cahaya terang di hari kiamat.
• Didoakan oleh malaikat untuk mendapat keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
• Hati yang terikat dengan masjid akan berada di bawah naungan Allah di hari kiamat.
• Berjalan ke masjid, selangkah diampunkan satu dosa, mendapat satu pahala, diangkat
satu darjat.
Hendaklah seseorang muslim itu berusaha dan bertekad menjadikan masjid itu tempat
solat yang dicintainya. Namun, sebagai manusia, terkadang ada sahaja halangan-halangan atau
keuzuran tertentu daripada pergi ke masjid. Mazhab Syafi’i membahagikan kepada dua iaitu
keuzuran umum dan keuzuran khusus. Antara contoh keuzuran umum adalah udara yang
sangat sejuk, rasa takut yang amat, hujan dan jalannya berlumpur, bimbang ditinggal rombongan
musafir dan lain-lain lagi. Antara contoh keuzuran khusus adalah sakit, cacat seperti buta,
terpaksa menunaikan hajat (buang air kecil atau besar), tersangat dahaga dan lapar di samping
makanan telah dihidangkan, dan lain-lain lagi.
43 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
3.2.4 Syarat dan Jenis Makmum
(a) Syarat Sah Makmum Mengikut Imam
▪ Syarat-syarat yang mesti dipenuhi supaya sah solat jemaah ialah:
▪ Hendaklah makmum mengikut imam dalam setiap perbuatannya (rukun fi’li).10
▪ Persamaan sifat solat antara imam dan makmum.11
▪ Makmum di belakang imam, tidak boleh di hadapannya. Jika selari, solat masih sah dan
ia makruh. Ukuran yang diambil kira sama ada dia berada di depan atau belakang ialah
tumit.
▪ Mengetahui gerak-geri perbuatan imam dari suaranya atau pergerakan makmum di saf
hadapan.
▪ Imam dan makmum berhimpun di suatu tempat, dan tiada bangunan yang
menghalangnya.
▪ Tidak boleh ia mengikut imam yang sudah diketahui batalnya seperti imam menanggung
najis, atau dia tidak meyakini ijtihad imamnya.12
(b) Jenis Makmum: Masbuq dan Muwafiq
Para ulama membahagikan jenis makmum kepada dua iaitu masbuq dan muwafiq:
Makmum Masbuq
Masbuq ialah makmum yang ketinggalan. Iaitu makmum yang tidak mendapat masa yang cukup
untuk membaca al-Fatihah bersama imam. Ini disebabkan semasa ia masuk berjemaah, imam
sedang rukuk atau hampir akan rukuk. Orang yang berkeadaan begini sekiranya ia dapati imam
sedang rukuk, maka hendaklah ia terus bertakbir (bersama niat) dan setelah berdiri sebentar
(sekadar bacaan subhanallah), teruskanlah rukuk bersama imam.
10 Jika makmum terlewat daripada mengikut imam dengan satu rukun, hukumnya makruh. Jika terlewat dengan dua
rukun yang panjang seperti imam sudah melakukan rukuk, iktidal kemudian sujud dan bangkit daripadanya, sedangkan
makmum masih berdiri tanpa apa-apa keuzuran, maka batal solatnya. Jika kelewatan itu disebabkan keuzuran seperti
bacaannya lambat, maka dia boleh tertinggal daripada mengikut imam dengan 3 rukun yang panjang.
11 Apa yang dimaksudkan persamaan solat adalah persamaan dari segi sifat solatnya, contohnya jika makmum solat
Zohor mengikut imam yang solat jenazah, maka ianya tidak boleh kerana solat jenazah tidak rukuk dan sujud. Jika
makmum solat fardhu Zohor, mengikut imam yang solat sunat ba’diyah Zohor, maka ia boleh kerana sifat solatnya
sama (mempunyai rukuk, sujud dan seumpamanya). Inilah pendapat mazhab al-Syafi’i.
12 Dia tidak meyakininya: contoh yang mudah adalah dua orang yang berijtihad dalam menentukan arah kiblat yang
berbeza. Oleh itu, mereka tidak boleh menjadi imam dan makmum sesama mereka kerana mereka saling tidak
meyakini arah kiblat.
44 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Sekiranya dapat berhenti bersama imam semasa rukuk, maka itu dikira sempat satu
rakaat walaupun tidak membaca al-Fatihah kerana makmum masbuq, bacaan al-Fatihahnya
ditanggung oleh imam. Sekiranya ia berkesempatan berdiri bersama imam dalam masa yang
singkat, maka hendaklah ia membaca al-Fatihah sekadar mana yang dapat dan teruskan
mengikut imam dalam rukuk (dengan syarat dapat berhenti bersama imam dalam rukuk itu).
Makmum Muwafiq
Muwafiq ialah makmum yang mempunyai masa yang cukup bersama imam untuk membaca al-
Fatihah (dengan bacaan sederhana). Jika sekiranya ia (muwafiq) masih belum selesai membaca
al-Fatihah sedangkan imam telah rukuk, maka hendaklah ia menghabiskan al-Fatihah itu
sehingga sebelum imam selesai sujud dan bangun daripada sujud yang kedua.
Sekiranya makmum masih tidak selesai juga sedangkan imam sudah pun bangun berdiri
ataupun duduk tahiyyat akhir, maka hendaklah makmum itu memilih sama ada berpisah dengan
imam (mufaraqah), ataupun terus mengikut perbuatan imam dan rakaat itu tidak diambil kira. Jika
tidak berbuat salah satu antara kedua hal tersebut, maka batallah solatnya.
3.3 Amalan Sunat: Dhuha, Hajat dan Zikir Pagi Petang
Amalan sunat ini terlalu banyak. Seseorang itu boleh memilih amalan mana yang boleh sebati
dan sesuai dengan kekuatan diri. Kata ulama’: Jika kami tidak mampu lakukan semua, jangan
tinggalkan semua. Maka, di sini kita akan pelajari perihal solat dhuha dan solat hajat sehaja.
Kemudiannya disusuli dengan amalan zikir yang sunat dilakukan pada waktu pagi (selepas
Subuh) dan petang (selepas Asar atau Maghrib).
3.3.1 Solat Tahajjud
(a) Definisi Solat Tahajjud
Tahajjud ialah solat sunat yang dilakukan selepas bangun daripada tidur di malam hari walaupun
hanya tidur sebentar.
(b) Dalil Solat Tahajjud
Menurut hadis daripada Abu Hurairah RA, Baginda s.a.w. bersabda:
Maksudnya: Allah s.w.t. turun ke langit dunia pada setiap malam, ketika tersisa 1/3
malam yang terakhir, lalu berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan
kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, akan Aku tunaikan permintaannya.
45 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Siapa yang memohon ampun, Aku akan ampunkannya. (Riwayat al-Bukhari).
Dalam hadis riwayat Muslim, terdapat tambahan: “…hingga terbit fajar.”
Nabi s.a.w. bersabda dalam hadis lain:
Maksudnya: Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan ialah bulan Allah Muharram.
Sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada waktu malam. (Riwayat
Muslim)
(c) Waktu
Pada awal, tengah ataupun akhir malam. Namun, digalakkan supaya dilakukan pada sepertiga
(1/3) terakhir malam.
(d) Bilangan Rakaat:
Minimumnya adalah 2 rakaat dan tiada had maksimum. Baginda s.a.w. biasa melakukan solat
malam dengan 11 rakaat yang panjang, termasuk witir.
(e) Niat Solat Tahajjud: أصلي سنة الَاتجد ركعتي لله تعا ال
Aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
(f) Solat Sendirian/Jemaah:
Majoriti fuqaha’ berpendapat harus melakukan solat sunat secara berjemaah dan bersendirian,
kerana Nabi s.a.w. pernah melakukan dengan kedua-dua cara. Afdhalnya dilakukan di rumah,
kecuali solat tarawih.
(g) Kaifiyat Solat Tahajjud
• Sunat ia berniat (azam) sebelum tidur untuk bangun qiamullail.
• Sunat ia tidur dalam keadaan berwudhuk.
• Apabila terjaga daripada tidurnya, sunat ia menyapu mukanya dan melihat langit sambil
membaca 10 ayat terakhir surah Ali ‘Imran.
• Kemudian sunat ia bersiwak lalu mengambil wudhuk.
• Sunat ia membuka qiamullail atau tahajjudnya dengan dua rakaat yang ringkas.
• Sunat baginya melakukan tahajjud di rumahnya, dan mengejut keluarganya untuk
bersamanya dalam solat tahajjud.
• Sunat baginya juga memanjangkan bacaannya dan qiamnya. Dia juga boleh membaca
satu juzuk al-Quran atau lebih.
46 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
• Harus ia membaca dengan nyaring dan kadang-kadang membaca dengan perlahan.
• Akhiri solat tahajjud atau qiamullailnya dengan solat witir.
(h) Kelebihan Solat Tahajjud
• Solat penghapus dosa
• Solat paling baik selepas solat fardhu
• Waktu solat tahajjud ialah paling mustajab doa
• Solat yang mampu menyembuh penyakit berbahaya
• Solat yang mencegah diri daripada perbuatan dosa
3.3.2 Solat Dhuha
(a) Definisi Solat Dhuha
Solat dhuha ialah solat yang ditunaikan pada waktu matahari baru muncul atau terbit. Ia sebagai
tanda kesyukuran di atas nikmat berpagi pada hari itu. Allah suka hamba-Nya solat pada ketika
orang lain sibuk bekerja, sebagaimana Allah suka kepada hamba-Nya yang solat malam di kala
orang lain nyenyak tidur.
(b) Dalil Solat Dhuha
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Setiap anggota sendi kamu adalah sedekah, setiap tasbih adalah sedekah, setiap
tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah
sedekah, amar makruf merupakan sedekah, nahi mungkar merupakan sedekah.
Semua ini dapat diperoleh dengan dua rakaat solat dhuha. Riwayat Muslim, status
hadis adalah sahih.
(c) Waktu
Waktu ditunaikan solat dhuha bermula dari keluarnya matahari dengan sempurna kadar setinggi
lembing (lebih kurang 20 minit selepas terbit matahari), hingga sebelum tergelincir matahari
(masuknya waktu Zohor) atau matahari betul-betul di atas kepala. Waktu yang terbaik ialah ketika
anak unta mula merasai kepanasan matahari iaitu ¼ waktu siang, antara jam 10.00 hingga 11.00
pagi.
47 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
(d) Bilangan Rakaat
Bilangan rakaat adalah 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Minimum solat dhuha ialah 2
rakaat dan maksimum 8 rakaat.
(e) Niat Solat Dhuha
أصلي سنة الضحى ركعتين لله تعاَل
Aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.
(f) Solat Sendirian/ Jemaah
Solat ini afdhal ditunaikan sendirian. Berjemaah tidak digalakkan. Namun, sekali sekala boleh
dilaksanakan jika bertujuan memberi semangat, tetapi jangan sampai menjadi kebiasaan.
(g) Kaifiyat Solat Dhuha
Solat seperti biasa tanpa ada surah khusus ditentukan dalam sunnah. Walau bagaimana pun,
sebahagian ulama mencadangkan untuk membaca surah al-Syams (rakaat pertama) dan al-
Dhuha (rakaat kedua), dan ada yang mencadangkan surah al-Kafirun dan al-Ikhlas.
(h) Kelebihan Solat Dhuha
• Diperkenankan doa selepas solat dhuha.
• Orang yang melakukan solat dhuha akan dimurahkan rezeki.
• Orang yang melakukan solat dhuha akan dipelihara oleh Allah.
• Orang yang melakukan solat dhuha akan dihapuskan dosanya dan diberikan pahala yang
banyak.
• Solat dhuha dianggap sebagai sedekah bagi segala anggotanya, iaitu sebanyak 360 sendi
manusia.
3.3.2 Solat Hajat
(a) Definisi Solat Hajat
Solat hajat ditunaikan untuk memohon keperluan manusia dipermudahkan dan dimakbulkan
Allah s.w.t. Jika kita berdoa, itu sudah memadai. Tetapi jika kita solat sebelum memohon kepada
Allah, ia seolah lebih bersungguh untuk mendapatkan keperluan tersebut.
48 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
(b) Dalil Solat Hajat
Sabda Nabi s.a.w. berkenaan solat hajat, yang bermaksud:
Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah, atau kepada seseorang daripada
kalangan anak Adam, maka ambillah wudhuk dan perelokkan wudhuknya.
Kemudian kerjakanlah solat dua rakaat, kemudian pujilah Allah, dan berselawat
ke atas Nabi s.a.w. serta berdoa:
.اْلَْم ُد َِّملِل َر ِب الْعَالَِميَن أََلاْسأإَِللَُهََكإِملاُم اولِلجهُبَااِْْلَتلِيَرُمْْحاَلتِْ َكَكِريمَُوعََُسزاْبئَِمَحاَمَنْغِفالَرلتِهِ ََكر َِبوالْاغَلْنِعَيْرَمةَِشِمالْْنعَ ِظُكيِِلم
.بٍِر َوال مسلَاَمةَ ِم ْن ُك ِل إٍُِْث
أَْر َح َم يَا قَ َضْيتَ َها إِملا ِر ًضا لَ َك ِه َي ًَحا َجة َوَلا ُفَمر ْجتَه إِملا ًََهّا َوَلا َُغَفْرتَه إِملا ذَنْبًا ِل تََد ْع أَ ْسأَلُ َك أَملا
.المراِِْحين
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Pengasih dan Maha Mulia.
Maha Suci Allah, Tuhan yang memiliki singgahsana yang agung. Segala puji bagi
Allah, Tuhan sekalian alam.
Aku memohon segala amalan yang membuka pintu rahmat dan keampunan-Mu.
Aku memohon perlindungan daripada dosa, kaya dengan segala kebajikan dan
selamat daripada dosa.
Janganlah Engkau biarkan padaku walau satu dosa kecuali Engkau maafkan ia,
walau satu masalah kecuali Engkau selesaikan ia, walau satu hajat yang Engkau
redhai kecuali Engkau tunaikan ia, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
Riwayat al-Tirmizi, katanya gharib, pada sanadnya ada maqal,
Faid bin Abdul Rahman dhaif dalam hadis.
(c) Waktu
Solat hajat boleh ditunaikan pada bila-bila masa yang diperlukan. Namun, jika ditunaikan pada
waktu mustajab seperti di hujung malam, itu lebih baik.
(d) Bilangan rakaat
Dua rakaat, namun tiada batasan maksimum daripada sunnah. Tiada surah khusus daripada
sunnah, bebas dibaca mana-mana surah yang dihafaz.
(e) Niat Solat Hajat
أصلي سنة اْلاجة ركعتين لله تعاَل
Aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah.
49 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
(f) Solat Sendirian/Jemaah
Solat hajat boleh afdhal ditunaikan sendirian, namun harus ditunaikan secara berjemaah, sama
ada di rumah atau di masjid.
3.3.3 Zikir Pagi dan Petang
Nabi s.a.w. mengajarkan umatnya agar berzikir di waktu pagi dan petang. Waktu pagi bermula
selepas solat Subuh hingga terbit matahari, manakala waktu petang bermula selepas solat Asar
hingga terbenam matahari. Jika terlajak masa, tidak menjadi masalah. Allah berfirman:
َواذُْكِر ا ْس َم َربِ َك بُ ْكَرةً َوأَ ِصيلًا
Maksudnya: Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di
dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang. Surah al-Insan [76]: 25
Di sini, kita akan pelajari hanya beberapa zikir yang diajar Nabi s.a.w. dalam hadisnya. Antaranya
ialah:
a) Ayat Kursi: Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah
dari pelbagai gangguan) hingga ke pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia
akan dilindungi Allah hingga petang. Riwayat al-Hakim, sahih.
ه َذا َمن َۡ ِِف َو َما ٱل هس َمَٰ َوَٰ ِت ِِف َما َهّ ُلۥ ُۚمٞ نَ ۡو َو ََل ِٞس َنة تَأۡ ُخ ُذهُۥ َ ُۚٱ ۡل َق ُّيو ُم ٱ ۡل ََ ُّح ُه َو ه إِ َلَٰ َه َٓ ٱل هل ُه
ٱل ِذي ٱۡلۡر ِ ِۗض َل إَِل َل
َُۚشآ َء بِ َما ه ِٓعلۡ ِمهِۦ ِم ۡن ب ِ َ ۡش ٖء ُُيِي ُطو َن َو ََل َۡۖخ ۡل َف ُه ۡم َو َما َأيۡ ِدي ِه ۡم بَ ۡۡ َي َما َي ۡعلَ ُم بِإِ ۡذنِهُِۚۦ ه ِعن َد ُه ٓۥ ي َ ۡش َف ُع
إَِل إَِل
َو ِس َع ُك ۡر ِس ُّي ُه ٱل هس َمَٰ َوَٰ ِت َوٱ ۡۡ َلۡر َ ۖضۡ َو ََل َ ُيو ُدهُۥ ِح ۡف ُظ ُه َماُۚ َو ُه َو ٱ ۡل َعِِ ُّل ٱ ۡل َع ِظي ُم
b) Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas: Kelebihannya, siapa yang mengucapkannya setiap
satu surah itu tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan
untuknya. Riwayat Abu Daud, sanad hadis ini hasan. •
•
قُ ْل ُه َو ال َل ُه أَ َح ٌد ال َل ُه ال َص َم ُد لَ ْم يَِِ ْل َولَ ْم يُو ََ ْل َولَ ْم يَ ُكن ََّ ُل ُك ُف ًوا أَ َح ٌد
قُ ْل أَ ُعو ُذ بِ َر ِب الْ َفلَ ِق ِمن َ ِش َما َخلَ َق َو ِمن َ ِش َ َغ ِس ٍق إِ َذا َوقَ َب َو ِمن َ ِش الَ َفاثَا ِت ِِف الْ ُع َق ِد َو ِمن
َ ِش َحا ِس ٍد إِ َذا َح َس َد
50 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
ُِص ُدور ِِف يُ َو ْسوِ ُس َ اْ ْ َل َنا ِس الْ َو ْس َوا ِس َ ِش ِمن الَا ِس َ الَا ِس َملِ ِك الَا ِس بِ َر ِب أَ ُعو ُذ ُق ْل •
ال ِذي ِإَِّل
الَا ِس ِم َن اْ ِْل َنةِ َو الَا ِس
c) Perlindungan: Kelebihannya ialah siapa membaca zikir ini 3 kali, maka tiada sesuatu pun
yang dapat memudaratkannya.
بسم الله الذي َل يضر مع اسمه شيء ِف اۡلرض وَل ِف السماء وهو السميع العليم
Maksudnya: Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan nama-
Nya sama ada di bumi mahupun di langit, dan Dialah Maha Mendengar lagi maha
Mengetahui. Riwayat al-Tirmizi, hasan sahih gharib.
d) Perlindungan: Kelebihannya ialah akan terhindar daripada sengatan dan kejahatan
binatang berbisa seperti kala jengking, ular, termasuklah kejahatan manusia dan makhluk.
أعوذ بكلمات الله التامات من ش ما خلق
Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada
segala kejahatan makhluk yang Dia ciptakan. Riwayat Muslim, sahih.
e) Penghulu segala Istighfar: Kelebihannya, siapa membaca zikir ini pada waktu siang (pagi)
dengan meyakininya, lalu dia mati pada hari berkenaan sebelum tiba waktu petang, maka
dia termasuk daripada penghuni syurga. Siapa membaca zikir ini pada waktu petang
dengan meyakininya, lalu dia mati pada hari berkenaan sebelum tiba waktu siang, maka
dia termasuk daripada penghuni syurga. Riwayat Al-Bukhari.
اَل َل ُه َم َأنْ َت َرِِ ْب َ َل إِ َلـ َه إَِ َل َأنْ َت َخ َل ْق َت ِِ ْن َو َأنَا َعبْ ُد َك َو َأنَا لَََع َع ْه ِد َك َو َو ْع ِد َك َما ا ْس َت َط ْع ُت أَ ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن
.َ ِش َما َص َن ْع ُت َأبُ ْو ُء لَ َك بِنِ ْع َمتِ َك لَََ َع َو َأبُ ْو ُء بِ َذنْ ِِ ْب فَا ْغ ِف ْر ِِ ْل َفإِنَ ُه َ َل َي ْغفِ ُر ال ُذنُ ْو َب إَِ َل َأنْ َت
3.4 KAEDAH SOLAT KETIKA KEUZURAN
Kewajipan menunaikan solat mesti dilakukan oleh umat Islam, baik lelaki mahupun perempuan,
tua mahupun muda, kanak-kanak yang telah baligh mahupun dewasa dan orang sihat mahupun
yang sakit, yang kuat mahupun yang lemah, yang berada di kampung halaman mahupun musafir,
yang berada dalam keadaan aman mahupun dalam suasana ketakutan dan orang yang berada
di lautan, daratan mahupun di udara, semuanya wajib solat selagi akal masih waras.
51 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Namun, jika sakit itu menyebabkan seseorang berada di luar paras kesedaran, barulah
kewajipan solat dikira gugur. Perkara ini dapat dilihat dari hadis yang diriwayatkan menerusi Ali
bin Abi Talib r.a.:
او اع ِن الْـ ام ْجنُو ِن احَذّت يُ ِفي اق، او اع ِن ال ذص ِغي ِر احَذّت يا ْك ُُ اب، اع ِن النذا ِِ ِئ احَذّت يا ْستا ْي ِقظا:ُرِف اع الْقاَاُل اع ْن ثا اَلثا ٍة
Maksudnya: Diangkat al-Qalam (tidak ditaklifkan) daripada tiga golongan manusia:
orang yang tidur sehingga ia bangun, kanak-kanak kecil sehingga baligh, dan
orang gila sehingga ia pulih. Riwayat Abu Daud, status hadis adalah hasan.
3.4.1 Solat Ketika Musafir
Solat etika musafir yang dimaksudkan adalah solat jamak dan qasar. Qasar dan jamak adalah
solat kebiasaan yang dilakukan oleh seorang musafir dalam perjalanannya. Ia merupakan
rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Allah sebagai sedekah kepada hamba-Nya yang
sentiasa bersifat lemah dan memerlukan bantuan. Orang yang bermusafir biasanya sentiasa
sibuk dan mengejar masa, maka Allah menyediakan masa yang lapang sebanyak mungkin untuk
umatnya yang bermusafir. Allah berfirman dalam al-Quran:
َوإِذَا َضَربْتُْم ِف اْلأَْر ِض فَلَيْ َس عَلَْي ُك ْم ُجنَا ٌح أَ ْن تَْق ُصُروا ِم َن ال مصلَاةِ إِ ْن ِخْفتُْم أَ ْن يَْفتِنَ ُك ُم الم ِذي َن َكَفُروا
Maksudnya: Apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa
memendekkan (qasar) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang
kafir... (Surah al-Nisa’: 101)
Ya’la bin Umayyah tertanya-tanya kepada Umar al-Khattab setelah membacakan
ayat ini: “Bagaimana pula ketika keadaan orang ramai telah pun aman?” kata
Umar: “Aku juga tertanya-tanya tentang perkara yang engkau tanyakan itu. Lalu
aku bertanya Rasulullah s.a.w. tentang perkara tersebut.” Baginda s.a.w.
bersabda: َُص َدقَةٌ تَ َص مد َق اللهُ بِهَا عَلَيْ ُك ْم فَاقْبَلُوا َص َدقَتَه
“Itulah pemberian Allah kepada kamu, maka terimalah pemberian-Nya.”
Riwayat Muslim, status hadis adalah sahih.
Syarat Pengiktirafan sebagai Musafir
Pengiktiran sebagai ‘musafir’ ini membolehkan seseorang solat jamak dan qasar, iaitu:
1. Perjalanan yang jaraknya hingga 81 km dan lebih. Oleh itu, tidak diambil kira perjalanan
yang kurang daripada jarak tersebut.
52 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
2. Perjalanan yang ditentukan tempat tujuannya. Orang yang merayau tanpa tujuan ke
tempat tertentu tidak diharuskan qasar dan jamak solat.
3. Perjalanan tersebut tidak bertujuan maksiat (dosa).
4. Berniat menetap di suatu tempat selama kurang dari EMPAT hari, tidak termasuk hari
sampai dan hari hendak keluar (balik). [3 hari dan ke bawah masih dikira musafir]
INFO
Definisi Istilah:
Musafir: Berjalan ke tempat kurang daripada 4 hari & berniat untuk tidak terus menetap/tinggal di situ, akan
kembali ke tempat asal.
Mukim: Menetap di suatu tempat selama 4 hari & lebih, & berniat untuk pindah. Terbahagi kepada mukim
sementara dan mukim tetap.
Mastautin: Menetap di suatu tempat & tidak berniat untuk pindah.
_____________
Cara Solat Musafir
Seseorang yang bermusafir memperoleh rukhsah (keringanan) untuk solat jamak dan qasar. Ia
boleh memilih sama ada untuk solat qasar sahaja, jamak sahaja, atau menggabungkan antara
jamak dan qasar. Huraian definisi adalah seperti berikut:
• QASAR () َق َص َر: Mengurangkan empat rakaat solat menjadi dua rakaat seperti solat Zohor,
Asar dan Isyak. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan. Solat qasar
ini dilakukan dalam waktunya sendiri.
• JAMAK () َج َمع: Menghimpunkan dua solat dan dilakukan dalam mana-mana waktu solat;
sebagai contoh, menghimpunkan Zohor dan Asar, dilakukan dalam waktu Zohor atau
dalam waktu Asar. Subuh tidak boleh dijamakkan dengan mana-mana waktu solat. Tidak
melibatkan pengurangan rakaat, ia kekal sebagaimana asal.
• JAMAK DAN QASAR: Menghimpunkan dua solat dan ditunaikan dalam mana-mana
waktu, dan pada masa yang sama rakaat yang empat dikurangkan menjadi dua rakaat.
SOLAT QASAR
Qasar ialah melakukan solat yang empat rakaat, iaitu Zohor, Asar dan Isyak dengan dikurangkan
menjadi dua rakaat sahaja. Sebab yang mengharuskan qasar hanyalah musafir. Berbeza dengan
53 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
sebab yang mengharuskan jamak, iaitu musafir dan mukim. Ia akan dibincangkan di bahagian
belakang nanti.
Syarat Sah Solat Qasar
1. Ketika dalam Musafir: Solat fardhu (Isyak, Zohor dan Asar) dilakukan ketika sedang
bermusafir dan dalam waktunya. Tidak boleh dia melakukannya ketika masih di
kampungnya kerana ia masih bermukim dan belum bermusafir.
2. Melepasi Sempadan Kampung: Perjalanannya yang melebihi 2 marhalah itu telah keluar
melepasi sempadan qaryahnya (qaryah ialah kampung atau taman). Ini kerana Nabi
s.a.w. mula solat qasar apabila telah keluar dari Madinah.
3. Tidak berniat menetap selama empat (4) hari di tempat yang dituju. Tidak dikira hari mula
sampai dan hari yang akan keluar (pulang). Maksudnya, sekadar 3 hari dan ke bawah,
seseorang itu diharuskan jamak dan qasar.
Apabila berniat menetap selama 4 hari, jadilah tempat yang dituju itu seolah negerinya atau tempat
tinggalnya yang tetap. Oleh itu, dia tidak boleh lagi solat qasar di situ, dan haknya untuk solat qasar
kekal semasa dalam perjalanannya sahaja. Seseorang yang berniat tinggal di sesuatu tempat
kurang daripada 4 hari, maka ia boleh qasar solatnya. Sekiranya tugasnya belum selesai selepas
4 hari, dia boleh mengqasarkan solatnya sehingga 18 hari selain hari mula sampai dan hari keluar
meninggalkan tempat itu.
4. Tidak mengikut imam yang bermukim: Ini kerana imam mukim akan solat secara
tamam (sempurna) 4 rakaat, maka makmum yang musafir wajib mengikut sebagaimana
solat imam.13
SOLAT JAMAK
Jamak ialah menghimpunkan dua solat dan dilakukan dalam mana-mana waktu solat; sebagai
contoh, menghimpunkan Zohor dan Asar, lalu dilakukan dalam waktu Zohor atau Asar. Begitu
juga jika menghimpunkan solat Maghrib dan Isyak lalu ditunaikan dalam mana-mana waktu
Maghrib atau Isyak. Solat Subuh tidak boleh dijamakkan dengan mana-mana solat.
13 Jika orang musafir bertindak sebagai imam, ia boleh qasarkan solat, dan setelah selesai solat qasar, ia menyuruh
makmumnya yang mukim menyempurnakan solat empat rakaat. Ini sunnah Nabi s.a.w.
54 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Pembahagian Solat Jamak:
Pembahagian Solat Definisi dan Contoh
Jamak Solat Zohor dijamakkan dengan Asar, ditunaikan dalam waktu Zohor.
Solat Maghrib dijamakkan dengan Isyak, ditunaikan dalam waktu Maghrib.
Jamak Taqdim
()جمعَتقديم
Jamak Ta’khir Solat Zohor dijamakkan dengan Asar, ditunaikan dalam waktu Asar.
Solat Maghrib dijamakkan dengan Isyak, ditunaikan dalam waktu Isyak.
()جمعَتأخير
Syarat Jamak Taqdim
1. Kedua-dua solat dilakukan mengikut urutannya, iaitu dimulai dengan solat pertama yang
empunya waktu. Kemudian diikuti solat yang kedua tanpa ada ruang masa lama antara
dua solat itu.
2. Berniat untuk menjamak solat yang kedua dengan solat yang pertama sebelum selesai
solat yang pertama.
3. Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan (muwalat), tanpa dipisahkan dengan zikir
atau solat sunat.14 Jika dipisahkan dengan jarak yang lama mengikut ‘uruf, maka batallah
jamak tersebut, dan solat yang kedua itu wajib ditangguhkan sehingga waktunya tiba.
Syarat Jamak Ta’khir
1. Berniat (berhasrat) untuk menangguhkan (menghimpunkan) solat pertama ke dalam
solat yang kedua. Jika tidak diniatkan selepas tamat waktu pertama, solat pertama wajib
diqadha’ dan ia berdosa kerana melengah-lengahkannya.
2. Tertib antara kedua-dua solat tidak disyaratkan, malah boleh dimulakan dengan mana-
mana antara dua solat yang dikehendaki.
14 Apabila menunaikan solat jamak, disunatkan untuk melaungkan azan (sekali sahaja) sebelum solat pertama.
Kemudiannya iqamah selepas azan untuk solat pertama, dan iqamah sebelum solat kedua. Inilah sunnah Nabi s.a.w.
55 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Perkara yang Mengharuskan Jamak
1. Jamak solat ketika musafir, seperti sebab yang mengharuskan qasar solat.
2. Jamak solat ketika mukim:
a. Jamak taqdim ketika hujan terlalu lebat.15
b. Jamak solat bagi keperluan terdesak dan pesakit yang sukar solat secara biasa,
terutama bagi mereka yang tiada orang dapat membantunya untuk berwudhuk dan
solat.16
Perhatian!
Mazhab Syafi’i tidak mengharuskan jamak solat ketika sakit, akan tetapi mengharuskan dengan cara
melewatkan solat pertama hingga hampir masuk solat kedua, dan solat kedua ditunaikan di awal waktu.
Bagaimana Niat Solat Jamak dan Qasar?
Nabi s.a.w. bersabda:
إِنممَا اْلأَ ْع َما ُل بِالنِيما ِت
Maksudnya: Sesungguhnya setiap amalan bergantung kepada niat. Riwayat al-
Bukhari & Muslim, status hadis adalah sahih.
Kebiasaan masyarakat Melayu kita berlafaz niat dalam bahasa Arab. Ini menyukarkan
mereka untuk berniat, sedangkan kebanyakan mereka tidak mengetahui dan mempelajari
bahasa Arab. Lebih-lebih lagi bila niat jamak dan qasar lebih panjang daripada solat fardhu biasa.
Oleh itu, cukuplah mereka melafazkan niat dalam bahasa Melayu.
Jika sukar untuk berniat, kita boleh memilih untuk melafazkan niat sebelum takbiratul
ihram dengan mengikut (taqlid) pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali.
Contoh niat QASAR solat:
أُ َصلِي فَْر َض الَْع ْصِر َرْكَعتَْيِن قَ ْصًرا أََداءً لله تعاَل
Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dipendekkan (qasar) tunai kerana Allah Taala.
15 Syarat jamak hujan terlalu lebat: (i) Jarak: Solat jemaah dilakukan di masjid yang jauh dari tempat tinggalnya, dan
hujan yang turun boleh memudaratkannya atau hartanya. (ii) Tempoh: Hujan turun berterusan sepanjang waktu solat
pertama dan sehingga selesai takbiratul ihram solat kedua (sekurang-kurangnya). Lihat: Ensiklopedia Solat (hlm. 172)
16 Inilah pendapat Imam Malik, Imam Ahmad dan mazhabnya, dan pandangan dipilih Ibn Taimiyah. Mazhab Syafi’i
tidak mengharuskannya, namun terdapat beberapa ulama Syafi’iyyah membenarkannya seperti al-Qadhi Husain, al-
Khattabi, al-Mutawalli dan al-Nawawi (dalam Syarh Sahih Muslim). [Lihat: Isu Fiqh Halal & Haram Semasa, karya Dr.
Basri Ibrahim]
56 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Contoh niat JAMAK solat - Taqdim:
Solat Zohor: أُ َصلِي فَْر َض ال ُظّْهِر أَْربََع َرَكَعا ٍت َْم ُموًعا إِلَْيِه الَْع ْصِر أََداءً لله تعاَل
Aku solat fardhu Zohor 4 rakaat dihimpunkan (jamak) dengannya Asar, tunai kerana
Allah Taala.
Solat Asar: أُ َصلِي فَْر َض الَْع ْصِر أَْربََع َرَكَعا ٍت َْم ُموًعا إَِِل ال ُظّْهِر أََداءً لله تعاَل
Aku solat fardhu Asar 4 rakaat jamak (dihimpunkan) kepada zohor, tunai kerana
Allah Taala.
Contoh niat JAMAK dan QASAR - Taqdim:
Jamak Taqdim dan Qasar: Zohor – Asar:
أُ َصلِي فَْر َض ال ُظّْهِر َرْكَعتَْيِن قَ ْصًرا َْم ُموًعا إِلَْيِه الَْع ْصِر أََداءً لله تعاَل
Aku solat fardhu Zohor 2 rakaat dipendekkan dan dihimpunkan (jamak) kepadanya
Asar, kerana Allah Taala.
أُ َصلِي فَْر َض الَْع ْصِر َرْكَعتَْيِن قَ ْصًرا َْم ُموًعا إَِِل ال ُظّْهِر أََداءً لله تعاَل
Aku solat fardhu Asar 2 rakaat dipendekkan dan dihimpunkan (jamak) kepada zohor,
tunai kerana Allah Taala.
Contoh niat JAMAK dan QASAR – Ta’khir:
Jamak Ta’khir dan Qasar: Maghrib – Isyak:
Aku solat fardhuاَلIعsتyهaللkًء2أَ َداra ُبkِرaَْغaالمt َرْكَعتَْيِن قَ ْصًرا َْم ُموًعا إِلَْيِه أُ َصلِي فَْر َض العِ َشاِء kepadanya
dipendekkan dan dihimpunkan (jamak)
Maghrib, tunai kerana Allah taala.
Aku solat أََداءً لله تعاَل إَِِل العِ َشاِء اdًعiوhُمim َْمpٍتuاnَعkَرَكanا( َثjَلaَثmِبaِرkالم)َْغkَضepْرaَفdيaَِصلIsُأyak, tunai kerana
fardhu Maghrib 3 rakaat
Allah Taala.
3.4.2 Solat Ketika Sakit
Kewajipan menunaikan solat mesti dilakukan oleh umat Islam, baik lelaki mahupun perempuan,
tua mahupun muda, kanak-kanak yang telah baligh mahupun dewasa dan orang sihat mahupun
yang sakit, yang kuat mahupun yang lemah, yang berada di kampung halaman mahupun musafir,
yang berada dalam keadaan aman mahupun dalam suasana ketakutan dan orang yang berada
57 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
di lautan, daratan mahupun di udara, semuanya wajib solat selagi akal masih waras, kecuali jika
sakit itu menyebabkan seseorang berada di luar paras kesedaran, barulah kewajipan solat dikira
gugur.
Perkara ini dapat dilihat dari hadis yang diriwayatkan menerusi Ali bin Abi Talib r.a.:
َوَع ِن الْ َم ْجنُوِن َحَمّت يُِفي َق،َ َوَع ِن ال مصغِِْي َحَمّت يَ ْكُۡب، َع ِن النمائِِم َحَمّت يَ ْستَْيِق َظ:ُرفِ َع الَْقلَُم َع ْن ثَلَاثٍَة
Maksudnya: Diangkat al-Qalam (tidak ditaklifkan) daripada tiga golongan manusia:
orang yang tidur sehingga ia bangun, kanak-kanak kecil sehingga baligh, dan
orang gila sehingga ia pulih. Riwayat Abu Daud, status hadis hasan.
Menunaikan Solat Mengikut Kemampuan
Dalam sebuah hadis disebut:
عَ ِن وسلم عليه صلى الله النمبِ ُّي فَ َسأَلْ ُت م،ْبَفََواإِ ِْنسْلَي،ِط ْعَكافنَََقْاتِعًِداب:تَقَاْسَتَل الله عنه رضي عَ ْن ِع ْمَرا ِن بْ ِن ُح َصْين
.)َجنْ ٍب فَ َعلَى تَ ْستَ ِط ْع فَإِ ْن لَ ْم ،قَائًِما ( َص ِل: فََقا َل،ال مصلَاة
Maksudnya: Daripada ‘Imran bin Husoin; saya mengidap penyakit buasir. Saya
bertanya Nabi s.a.w. tentang kewajipan melaksanakan solat. Baginda s.a.w.
bersabda: Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah
dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu, hendaklah dilakukan di atas lambung
(mengiring). Riwayat al-Bukhari, status hadis sahih.
Ukuran ‘tidak mampu’ dalam hadis di atas ialah apabila timbul kesukaran, bimbang bertambah
melarat penyakit, lambat sembuh dan kepala pening. Berikut adalah keadaan dan pelbagai
bentuk solat orang sakit:
1. Pesakit yang tidak mampu berdiri
Pesakit yang tidak boleh berdiri seperti pesakit yang berbalut kaki, betis atau peha, atau
berbalut sebelah tangan dan sebelah kaki, dan seumpamanya, maka pesakit hendaklah:
• Menunaikan solat secara duduk, sama ada duduk iftirasy (tahiyat awal) atau duduk
di atas kerusi.
• Mengadap kiblat
• Melakukan semua rukun solat jika mampu
• Jika tidak mampu, hendaklah menggunakan isyarat ketika rukuk dan sujud. Sujud
hendaklah lebih rendah berbanding rukuk.
58 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
2. Pesakit yang tidak mampu duduk
Bagi pesakit yang tidak mampu menunaikan solat dalam keadaan duduk seperti pesakit
yang menghadapi serangan jantung, sakit atau patah tulang belakang, dan
seumpamanya, maka pesakit hendaklah:
• Menunaikan solat secara mengiring pada lambung kanan.
• Jika tidak mampu, hendaklah mengiring pada lambung kiri.
• Seluruh badan hendaklah mengadap kiblat, jika mampu. Jika tidak mampu, solat
sahaja mengikut keadaan termampu baginya.
• Melakukan rukun solat yang mampu.
• Menggunakan isyarat bagi rukun solat yang tidak mampu dilakukan dengan cara
biasa.
3. Pesakit yang tidak mampu mengiring
Bagi pesakit yang tidak boleh menunaikan solat dalam keadaan mengiring, sama ada
lambung kanan atau kiri, kerana mendatangkan kemudaratan atau tidak ada orang yang
sanggup mengalih kedudukannya, seperti pesakit yang berbalut seluruh badan kerana
kebakaran, lumpuh seluruh badan dan seumpamanya, hendaklah:
• Menunaikan solat dalam keadaan terlentang.
• Kedua kaki mengadap kiblat, jika mampu. Jika tidak mampu, ikut keadaan
termampu baginya.
• Kepala diangkat sedikit dengan cara meletakkan satu bantal di bawahnya.
• Melakukan rukun solat yang mampu dilaksanakan.
• Menggunakan isyarat pada rukun solat yang tidak mampu dilakukan dengan cara
biasa. [Lihat: Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa; Dr. Basri Ibrahim]
3.4.3 Solat Dalam Kenderaan
Solat diwajibkan dalam apa jua keadaan. Perbincangan solat di dalam kenderaan merangkumi:
• Solat dalam Kereta
• Solat dalam Keretapi
• Solat dalam Kapal Terbang
• Solat di atas Kapal atau Perahu
59 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Perbincangan solat dalam kenderaan ini hanya untuk kenderaan yang kita tiada upaya
untuk memberhentikannya. Jika kita sendiri mengawalnya (seperti kereta kita sendiri), maka
sepatutnya kita turun solat di atas tanah. Ini kerana Baginda s.a.w. solat di atas unta jika ia solat
sunat, dan turun dari unta apabila solat wajib. (Riwayat al-Bukhari).
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa:
اص ِّل قاائِ ًما ِا ذَل َأ ْن َا اتا اف الغا ارق: اك ْي اف ُأ اص ِّلي ِِف ال ذس ِفي ان ِة؟ قاا ال:)ُس ِئ ال النذ ِِ هب (ص
Maksudnya: Nabi s.a.w. telah ditanya: “Bagaimanakah cara untuk saya bersolat
dalam perahu?” Nabi s.a.w. menjawab: “Solatlah di dalamnya dengan berdiri
kecuali jika engkau takut tenggelam.” (Riwayat al-Daraqutni, al-Baihaqi dan al-
Hakim)
Hadis di atas menunjukkan keharusan solat di atas kenderaan. Seseorang hendaklah
berusaha sedaya mungkin untuk solat seperti biasa. Namun, jika ada halangan atau bahaya
seperti kapal mungkin karam, atau mungkin yang berdiri boleh terjatuh, maka ia diharuskan solat
sambil duduk.
Bagaimana menentukan arah kiblat dalam kenderaan
Jika seseorang mempunyai gajet atau kompas yang dapat mencari dengan lebih yakin arah
kiblat, maka ia wajib lakukannya. Dengan cara lain ialah melihat arah matahari. Memadai ketika
takbiratul ihram dada menghadap kiblat. Jika selepas itu kenderaan atau pesawat berpusing lari
dari arah kiblat tanpa pengetahuan kita, atau sukar untuk kita mengetahuinya, maka ia
dimaafkan.
Walau bagaimanapun, jika dia mengetahui akan hal pergerakan pesawat atau kapal laut
bergerak ke arah mana seperti kapten contohnya, maka ia wajib mengikut arah kiblat dengan
memalingkan dadanya. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Orang yang solat di atas kapal tetap menghadap kiblat setiap kali kapal itu
berpindah arah. (Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 6634)
Jika tiada petanda arah kiblat, seseorang hanya perlu berijtihad arah mana sahaja dan solat
dalam keadaan tersebut. Solatnya sah dan tidak perlu diulang.
60 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Panduan Bersuci dalam Kenderaan
Jika seseorang berada dalam kenderaan awam (bukan kawalannya), ia sepatutnya melakukan
hal berikut untuk solat:
• Berwudhuk seperti biasa.
• Jika tiada air, tayammum.
• Jika tiada keduanya (tiada air dan tanah) untuk bersuci, maka ia wajib solat tanpa kedua
alat bersuci (air dan tanah), dan ia disebut solat hormat waktu.
• Solat hormat waktu tersebut wajib diulang setelah keadaan kembali seperti biasa.
Kaifiyat Solat atas Pesawat dan Kenderaan lain
Kaedah menunaikan solat fardhu di atas pesawat terbang adalah sama dengan kaedah solat di
darat. Hanya apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan
selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi. Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat
orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain, iaitu:
1. Hendaklah berusaha sekuat mampu bagi mencari tempat untuk bersolat dengan
sempurna. Bertanyalah kepada anak kapal.
2. Jika sedang solat dan pesawat bergoyang sedikit, maka dibolehkan berpegang atau
bersandar sebentar kepada dinding atau kerusi bagi mengimbangkan diri.
3. Jika pesawat banyak bergoyang sehingga membimbangkan, maka dibolehkan solat
duduk, dengan rukuk dan sujudnya seperti biasa hingga ke lantai pesawat.
4. Jikalau tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri dan
solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk. Perintah menghadap kiblat
tetap hadir sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.
3.5 KESIMPULAN
Solat merupakan tiang agama. Justeru, mempelajarinya dan mendalaminya merupakan fardhu
ain supaya solat ditunaikan dengan sempurna. Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka banyak
timbul kerosakan berbanding kebaikan. Ketika musafir, seseorang perlu mengetahui rukhsah
solat mengenai solat jamak dan qasar supaya dapat beramal dengan rukhsah yang diberikan
Allah kepada hamba-Nya.
61 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Ketika sakit pula, Islam tetap mewajibkan umatnya solat sekadar mana termampu untuk
dilakukan. Fleksibelnya Islam terlihat jelas dengan pelbagai kemudahan diterapkan dalam solat
sambil duduk, baring serta telentang. Seseorang itu terkadang sanggup meninggalkan solat
kerana tidak tahu atau malas mengambil tahu akan kemudahan agama yang diberikan Allah.
Tambahan pula, jika melibatkan isu semasa seperti solat dalam kenderaan awam, maka pelajar
sepatutnya mengetahuinya dengan baik supaya dapat beramal dengan ilmu dan sampaikan
kepada orang lain seperti dipelajari.
62 | 1 1 5