Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
BAB 6: TELADAN RASULULLAH DALAM
KEHIDUPAN MUSLIM
______________
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Setelah mempelajari topik ini, pelajar sepatutnya dapat:
1. Menyebutkan definisi adab dan akhlak dengan tepat.
2. Menghuraikan adab sebagai pelajar ketika berinteraksi dengan media sosial.
3. Menjelaskan adab sebagai pekerja muslim dalam suatu bidang kerja.
____________
6.1 KONSEP ADAB DAN AKHLAK
Adab berasal daripada perkataan Arab iaitu أدبyang memberi maksud perilaku dan perbuatan
kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan. Sementara tafsiran
skop dan perincian ‘adab’ mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang
terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya
terhadap beberapa konteks. Justeru seseorang itu menunjukkan adab dengan mempamerkan
kelakuan dan kepandaian membuat pilihan yang betul.
Manakala, perkataan akhlak berasal daripada perkataan أَ ْخلاَقiaitu kata jamak (plural)
daripada perkataan َ ُخلُقbererti tabiat, kelakuan, perangai, dan tingkahlaku, adat kebiasaan,
malah ia juga bererti agama itu sendiri. Antara definasi akhlak menurut istilah ialah sifat yang
tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah
tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Boleh dikatakan bahawa akhlak sebagai beberapa nilai
atau sifat yang sebati dalam diri dan menjadi neraca atau kayu ukur bagi manusia melihat baik
atau buruk sesuatu perbuatan seterusnya menentukan sama ada mahu melakukannya atau
sebaliknya.
Terkadang adab dan akhlak boleh di sudut pandang yang lain, ia mempunyai persamaan.
Bila dikatakan akhlak seseorang ketika bekerja, boleh dikatakan juga adab seseorang ketika
bekerja. Ini kerana adab dan akhlak juga terdiri daripada amalan hati dan amalan fizikal seperti
sangka baik, niat yang ikhlas, bersabar, bertawakkal kepada Allah, berinteraksi dengan saudara
dengan baik, dan lain-lain lagi.
92 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Akhlak merupakan merupakan sifat yang boleh diperbaiki daripada buruk kepada yang
lebih baik dengan ilmu, proses pemulihan berulang dan doa kepada Allah agar dikurniakan akhlak
yang baik. Terkadang ia terhasil dengan kebiasaan amal soleh seperti solat, puasa dan lain-lain
lagi. Bahkan ada sahabat Nabi s.a.w. yang diiktiraf oleh Nabi s.a.w. sebagai ahli syurga
disebabkan akhlak hatinya, walaupun amalan zahir adalah sama seperti orang lain.
Antara perkataan ulama salaf tentang kepentingan adab ialah:
• Ibn Sirin berkata: “Para Ulama Salaf mempelajari adab sebagaimana mereka mereka
mempelajari ilmu.”
• Ibn al-Mubarak pernah berkata: “Aku mempelajari adab selama 30 tahun dan aku
mempelajari ilmu selama 20 tahun. Para Salaf mempelajari adab dahulu, kemudian
barulah mempelajari ilmu.”
6.2 AKHLAK NABI TELADAN UMAT
Rasulullah s.a.w. merupakan figura yang menjadi junjungan dan teladan bagi umat Islam hingga
akhir zaman. Peribadi, tingkah laku dan akhlak Nabi s.a.w. menjadi sumber inspirasi, ikutan
(uswatun hasanah) dan pedoman segenap lapisan umat Islam. Ini menambah lagi tahap ingatan
dan kecintaan umat kepada Rasulullah s.a.w. Kecintaan ini dizahirkan dalam bentuk mencontohi
dan mengikuti segala akhlak Baginda s.a.w. sama ada akhlak zahir mahupun akhlak batin.
Akhlak yang zahir adalah cara berpakaian, perhiasan, rupa paras, dandanan, tingkah
laku, diam, dan segala bentuk interaksi sesama manusia. Sementara akhlak yang batin adalah
seperti berkasih sayang, rasa simpati, empati, dan sebagainya. Kesemua ini terpancar dari ‘insan
kamil’ yang memiliki akhlak dan peribadi yang terpuji bersumberkan wahyu Allah semata-mata.
Allah berfirman dalam al-Quran:
٢١ لِ َمن ََك َن يَ ۡر ُجواْ ٱل هل َه َوٱَّۡلَ ۡو َم ٱٓأۡل ِخ َر َو َذ َك َر ٱل هل َه َكثِۡ ٗياٞله َق ۡد ََك َن َل ُك ۡم ِِف َر ُسو ِل ٱل هلهِ أُ ۡس َو ٌة َح َس َنة
Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat
dan dia banyak menyebut Allah. Surah al-Ahzab (33): 21
Setiap akhlak Nabi s.a.w. ini boleh dipraktikkan dalam semua situasi kehidupan. Ia
disebutkan sebagai adab. Adab dalam setiap bidang kehidupan menjelaskan akhlak Nabi s.a.w.
yang boleh diamalkan meskipun bidang tersebut adalah bidang baharu seperti adab berinteraksi
93 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
dengan media sosial, adab bersukan dan lain-lain lagi. Pelajaran adab terpilih untuk dipelajari
bahagian topik ini hanya meliputi enam bidang sahaja, iaitu:
▪ Adab Pergaulan
▪ Adab Bersukan
▪ Adab dalam Pekerjaan
▪ Adab Interaksi dengan Media Sosial
▪ Adab dalam Perniagaan
▪ Adab Berdakwah
6.3 ADAB PERGAULAN
Dalam hidup seharian, Islam menganjurkan umatnya agar bercampur dengan masyarakat kerana
di sana akan ada hubungan ukhuwah terwujud dan pelbagai jenis kebaikan sesama mereka
dapat dipraktikkan. Contohnya, senyuman, bertegur sapa, beramah mesra, tolong-menolong,
amar makruf nahi mungkar dan laini-lain lagi. Bahkan, jika masyarakat itu banyak masalah
sekalipun, percampuran itu lebih baik daripada membiarkan mereka dalam keadaan bermasalah,
jika kita termasuk dalam kalangan yang mampu membuat islah (pembaikan). Berikut adalah
antara adab yang boleh diamalkan apabila bergaul dalam ahli masyarakat:
i. Memberi salam dan bersalaman
Memberi salam adalah sunnah Nabi s.a.w. yang besar pahalanya. Meskipun ia hanya hukum
sunat, namun amalan itu lebih baik daripada menjawab salam yang hukumnya wajib. Nabi s.a.w.
menganjurkan memberi salam ini kepada semua golongan manusia termasuklah kepada
golongan kanak-kanak dan orang tua. Penekanan kepada pemberian salam ini disebutkan oleh
hadis:
ولا تُؤِمنُوا حتى تَحاُبّوا أَولا أ ُدُلّ ُك ْم على َشيٍء إذا فَ َعْلتُ ُموهُ تَ َحابَْبتُ ْم؟،لا تَْد ُخلُوا ال َجنمةَ حتى تُؤِمنُوا
افْ ُشوا السلاَم بَْينَ ُك ْم
Maksudnya: Mereka tidak akan masuk syurga sehingga mereka beriman dan tidak
beriman mereka itu sehingga mereka berkasih sayang. Adakah kalian mahu aku
tunjukkan sesuatu yang mana apabila kalian mengerjakannya nescaya kalian
akan saling menyayangi sesama kalian? Sebarkanlah salam sesama
kalian. Riwayat Muslim
Dalam beberapa hadis, dapat disimpulkan beberapa kaedah dan panduan dalam
memberi salam, iaitu:
94 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
• Memberi salam kepada golongan kanak-kanak dan golongan tua adalah
digalakkan dan ia adalah sunnah Nabi s.a.w.
• Memberi salam kepada kaum perempuan, jika aman dari fitnah seperti perempuan
itu ramai-ramai dalam kuliah, maka diharuskan. Jika boleh terdedah kepada fitnah,
maka majoriti ulama’ memakruhkannya.
• Orang berkenderaan memberi salam kepada pejalan kaki dan pejalan kaki
memberi salam kepada mereka yang duduk.
• Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang ramai.
• Memberi salam dengan penuh sehingga “...wabarakatuh” adalah lebih baik.
Menjawab salam dengan lebih sempurna adalah lebih baik jika pemberi salam
memberi salam dengan lafaz yang ringkas.
Manakala amalan berjabat tangan disebutkan melalui hadis berikut:
إِملا غُِفَر َِلَُما قَبْ َل أَ ْن يَتََفمرقَا، فَيَتَ َصافَ َحا ِن،َما ِم ْن ُم ْسلِ َمْيِن يَلْتَِقيَا ِن
Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu
bersalaman, melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka
berpisah. Riwayat Ahmad
ii. Menjaga lisan daripada berkata kotor
Seseorang yang mempunyai lidah sepatutnya menjaganya dengan baik kerana lidah adalah
amanah yang Allah berikan dan akan dipertanggungjawabkan di depan Allah kelak. Lidah adalah
penyebab seseorang memasuki syurga atau membawa ke neraka. Seseorang yang biasa
bercakap kotor, lucah dan keji bukanlah seorang muslim yang sempurna. Nabi s.a.w. pernah
memberi amaran bahawa:
ليس المؤمن بالطعان ولا اللعان ولا الفاحش ولا البذيء
Maksudnya: Bukanlah termasuk mukmin sempurna mereka yang suka mencela,
melaknat, bercakap keji (lucah), dan bercakap kotor. Riwayat al-Bukhari
iii. Tidak bergaul bebas dan bertepuk tampar dengan berbeza jantina
Islam meletakkan garis panduan dalam bergaul. Lelaki dan perempuan sepatutnya tidak bergaul
bebas sehinggakan tiada beza masyarakat Islam dengan bukan Islam. Pergaulan lelaki-
perempuan hanya dibenarkan dalam perkara terdesak dan berkeperluan sahaja, bukan perkara
95 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
bersuka-suka. Malah, lebih dari itu betapa ramai umat Islam bertepuk tampar tanpa segan silu
dengan silang jantina. Nabi s.a.w. pernah mengingatkan bahawa:
ُلأَ ْن يُطَْع َن ِف َرأْ ِس أَ َح ِدُك ْم ِِبِ ْخيَ ِط ِم ْن َح ِدي ٍد َخْيٌ لَهُ ِم ْن أَ ْن َيَ مس اْمَرأةً َلا تَِح ُّل لَه
Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan
jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh
seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram). Riwayat al-Tabrani, status
hadis adalah hasan.
Dalam hadis yang lain pula, Nabi s.a.w. ingatkan:
يَْزَح َم َولأَ ْن ُه َما.َُإَِملْنامكَِدَبَخ اَِلْمَارأَلٍةمشلْياَطَاتَِحُنُّلبَلْيَنه بِاْمَرأٍَة َما َخلاَ َر ُج ٌل ُنََْْحْفأٍَِةس ْيَخْْبِييٌَ ِدلَهِه َوالم ِذ ْي.بِالنِ َساِء ََوالْخَْلَوة إيما َك
َُمْنكِبُه ِم ْن أَ ْن يَْز َح َم ُمتَلَ ِط ٌخ بِ ِطْيٍن أَْو ِخْن ِزيٌْر َر ُج ًل
Maksudnya: Berhati-hatilah, jangan sampai kalian berkhalwat dengan wanita,
demi diriku yang berada di tangan-Nya, tidaklah berduaan seorang lelaki dan
wanita melainkan masuk syaitan di antara keduanya. Bahawa sesungguhnya
adalah lebih baik seorang lelaki untuk bergeseran dengan khinzir yang berlumuran
dengan tanah atau lumpur daripada dia menggeserkan bahunya dengan bahu
seorang wanita yang tidak halal baginya. Riwayat al-Tabrani, status hadis adalah
hasan.
Hadis di atas menunjukkan kejelekan dan kekejian bersentuhan dengan silang jantina dan
ini semua merupakan jalan-jalan menuju zina yang diharamkan Islam. Kaedah para ulama’ usul
fiqh antaranya ialah ‘apa yang membawa kepada haram, maka ia adalah haram.’ Apa yang
membawa kepada perbuatan zina, maka perbuatan itu adalah haram, seperti berdua-duaan,
bersentuhan, berciuman dan meraba-raba, maka ini semua diharamkan Syarak.
iv. Tidak bergurau melampau (prank)
Sesuatu perbuatan yang menyebabkan orang lain sakit hati atas tindakan, maka perbuatan
tersebut Islam tidak benarkan. Apalagi perbuatan bergurau yang melampau yang kini menjadi
kegilaan sebahagian orang sebagai konten media sosial. Ini semua tidak termasuk dalam ajaran
Islam. Nabi s.a.w. pernah bersabda:
لا ََيْ ُخ َذ من أح ُدكم متا َع أَ ِخيِه جاًّدا ولا لاعبًا وإذا أخذ أح ُدكم عصا أَ ِخيِه فلَْْيُمدها عليه
Maksudnya: Janganlah seseorang kamu mengambil barang kepunyaan rakannya
sama ada main-main atau serius. Jika dia telah mengambilnya, maka ia telah
berbuat kejahatan, kembalikan barang tersebut kepadanya. Riwayat Abu Daud,
status hadis adalah hasan.
96 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
v. Sentiasa senyum
Berwatak senyum merupakan sunnah Nabi s.a.w. Biarpun tidak bercakap apa-apa, menunjukkan
riyak wajah yang ceria dan santun merupakan suatu kebaikan yang tidak patut diremehkan. Nabi
s.a.w. pernah bersabda:
تب ُّسمك ِف وجه أخيك لك صدقة
Maksudnya: Senyumanmu kepada wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu
(iaitu seperti pahala sedekah). Riwayat al-Tirmizi, status hadis hasan gharib.
vi. Tidak berbual (berbisik) dengan seorang rakan dan biarkan seorang lagi
Apabila berada di suatu majlis seramai tiga orang, yang berbual hanya dua orang sahaja hingga
membiarkan seorang lagi tanpa sapaan, ini sebenarnya dilarang agama. Ini kerana, tindakan
berbual dan berbisik berdua tanpa penglibatan orang ketiga itu menyebabkan hati atau perasaan
dia terguris, bahkan dia akan tertanya-tanya mengapa aku tidak disapa sedangkan keluar
bersama-sama. Ini disebutkan oleh hadis Nabi s.a.w.:
ُ أ ْج َل أ ْن َُْيِزنَه، فلا يَتَنا َجى َر ُجلا ِن ُدوَن الآ َخِر حَمّت َتْتَلِطُوا بالنما ِس،ًإذا ُكنْتُْم ثَلاثَة
Maksudnya: Apabila kamu bertiga, janganlah dua orang berbisik-bisik tanpa orang
ketiga sehinggalah kamu bergaul dengan manusia lain, kerana perbuatan itu boleh
membuatkan orang ketiga merasa sedih dan kecewa. Riwayat al-Bukhari
6.4 ADAB BERSUKAN
Amalan bersukan adalah sesuatu yang diharuskan. Ia termasuk dalam kenikmatan duniawi yang
boleh diambil dengan sekadar perlu dan tidak melampaui batas. Untuk menjadikan amalan
bersukan mendapat ibadah di sisi Allah, beberapa adab perlu dipatuhi sesuai dengan tunjuk ajar
agama, iaitu:
i. Bersukan dengan niat kerana Allah
Antara perkara yang penting dalam setiap urusan hidup kita adalah niat. Niat adalah tekad dalam
hati tujuan sesuatu amal itu dilaksanakan. Sesuai dengan hadis Nabi s.a.w.:
وإنمما لِ ُك ِل امر ٍئ ما نَوى،إنمما الأعما ُل بالنِيمِة
97 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Maksudnya: Sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada niat. Dan
seseorang itu akan diganjari hanya berdasarkan niatnya. Riwayat al-Bukhari &
Muslim, status hadis pastinya sahih.
Bagaimana niat kerana Allah apabila bersukan? Kita sudah tentu akan lebih sihat apabila
bersenam dan bersukan. Amatlah rugi hidup ini sekiranya sepanjang hari kita bersukan tanpa
ada niat yang baik tulus kerana Allah. Antara niat yang boleh kita sematkan dalam diri apabila
bersukan kerana Allah ini adalah niat untuk mengeratkan tapi persaudaraan (ukhuwah) antara
rakan-rakan, untuk berasa lebih sihat untuk lebih mudah beribadat kepada Allah, untuk mencari
nafkah agar tidak meminta-minta, mengisi masa lapang agar tidak berbuat dosa lain, dan lain-
lain lagi.
ii. Menutup aurat
Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap mukallaf. Ini adalah perkara Ma’lum mina al-Din bi al-
Darurah (semua sudah maklum akan kewajipannya dengan pengajian asas agama). Apabila
seseorang itu membuka aurat, dia telah berbuat satu dosa. Dia pula menyebabkan orang lain
menumpukan mata kepadanya, maka dia akan mendapat satu lagi dosa. Aurat lelaki adalah
antara pusat dan lutut, dan menurut mazhab Syafi’i, lutut dan pusat tidak termasuk dalam kategori
aurat. Namun, ia tetap digalakkan tutup kerana ia akan menyelamatkan aurat terbuka contohnya
apabila seseorang itu terjatuh lalu boleh terdedah auratnya dengan mudah. Aurat perempuan
pula seluruh badan kecuali muka dan kedua pergelangan tangannya.
Selain aurat, seseorang muslim itu diwajibkan juga menjaga surat dari segi penampakan
ketat-longgarnya pakaian itu. Pakaian yang ketat sudah tentu menarik mata berlainan jantina ke
arah badan yang berpakaian ketat itu. Maka, hal ini jelas dilarang oleh agama demi menjaga
maruah dan keturunan (yang dijaga dalam maqasid al-Syariah). Daripada pandangan mata itulah
akan jatuh ke hati. Nabi s.a.w. pernah ingatkan bahawa (mafhum) pandangan mata itu adalah
zina mata, tunggulah sahaja kemaluannya akan berzina atau sebaliknya.
Dalam surah al-Nur, ayat 30 disebutkan hubungan antara mata dan kemaluan. Allah
menyuruh setiap muslim dan muslimah menundukkan pandangan dan menjaga mata dari melihat
sesuatu yang haram seperti pendedahan aurat. Kata Al-marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat dalam kuliahnya berkenaan ayat 30 surah al-Nur, apabila mata meliar, maka kemaluannya
juga akan meliar. Jika matanya dijaga, maka kemaluannya juga akan terjaga. Sebab itulah Allah
meletakkan secara berangkai “mata” dan “kemaluan”. Cubalah semak dan tadabbur ayat
tersebut. Moga Allah jauhi kita dan keturunan kita daripada dosa mata dan dosa zina.
98 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
iii. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan
Sebahagian orang tersilap faham bahawa yang perlu dijaga hanyalah aurat. Mereka lupa satu
lagi kewajipan adalah penjagaan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pergaulan tanpa
batasan ini akan membuka ruang ke arah berlakunya maksiat dan penzinaan. Menurut kaedah
para ulama’, asal hukum dalam pergaulan lelaki dan perempuan adalah haram melainkan
terdapat hal mustahak sahaja seperti kerjasama dalam urusan kerja, urusan mahkamah,
muamalat, urusan program amar makruf nahi mungkar dan seumpama dengannya sahaja. Nabi
s.a.w. pernah mengingatkan bahawa:
ُلأَ ْن يُطَْع َن ِف َرأْ ِس أَ َح ِدُك ْم ِِبِ ْخيَ ِط ِم ْن َح ِدي ٍد َخْيٌ لَهُ ِم ْن أَ ْن َيَ مس اْمَرأةً َلا تَِح ُّل لَه
Maksudnya: Sekiranya dicucuk kepala salah seorang daripada kamu dengan
jarum daripada besi, nescaya itu lebih baik buatnya berbanding dia menyentuh
seorang wanita yang tidak halal baginya (bukan mahram). Riwayat al-Tabrani, status
hadis adalah hasan.
Oleh yang demikian, bersukan bergaul lelaki dan perempuan hendaklah dielakkan
meskipun tiada unsur sentuhan. Ini kerana pergaulan seperti itu nampak jelas kebebasan
pergaulan dan ada potensi besar berlakunya perlanggaran. Suasana tersebut akan lebih galak
dengan adanya suara perempuan yang boleh menggetarkan jantung lelaki yang sukar menjaga
imannya pada ketika ini. Ini semua boleh dikatakan termasuk dalam hal syubhah iaitu meragukan.
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
يُوِش ُك ،اْلِ َمى َح ْوَل يَْرعَى َكَراٍع :ال ُّشبُ َها ِت ِف وقَ َع وَمن ،وِعْر ِضِه لِ ِدينِِه َا ْستَْۡبَأ الم َشبم َها ِت فََم ِن اتمَقى
ُأ ْن يَُواقَِعه
Maksudnya: Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah, sesungguhnya dia
telah menjaga agama dan maruahnya. Sesiapa yang menjerumuskan diri dalam
perkara syubhah, sesungguhnya dia menjerumuskan dalam perkara haram,
seperti pengembala kambing membiarkan kambingnya memakan rumput
berhampiran kawasan larangan, hampir sahaja kambing itu memakan kawasan
larangan (kerana sukar dikawal). Riwayat al-Bukhari & Muslim, status hadis adalah
sahih.
iv. Tidak ada unsur judi
Kebiasaan yang berlaku adalah situasi apabila bermain sejenis sukan, pihak yang kalah akan
membayar kos sewa gelanggang. Terkadang juga terdapat pertandingan yang dianjurkan dengan
99 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
membuat kutipan yuran daripada peserta, kemudian yuran peserta tadi dibuat hadiah pemenang.
Tahukah anda, itu semua termasuk dalam unsur judi yang diharamkan Syarak?
Para ulama’ kontemporari dalam persidangan fekah Antarabangsa memberikan takrifan
judi dengan dua unsur utama, iaitu:
• Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.
• Mengambil harta orang lain dalam situasi mukhatarah atau risiko sama ada akan dapat
atau tidak dapat.
Ini disebutkan oleh ulama’ silam dengan takrifan: “Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan
yang pasti akan kerugian atau untung.”
Disebutkan juga: “Jika hadiah pertandingan atau permainan itu datangnya daripada kumpulan
yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib (qimar), dan
kerana setiap peserta tidak sunyi daripada peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi.
Justeru, amat jelas ia daripada kategori memakan harta orang secara salah, membenihkan
permusuhan dan pertengkaran.”
Cuba pelajar mencari jawapan dalam internet situasi di bawah, apakah ia termasuk dalam unsur
judi atau tidak.
1. Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak sahaja meletakkan hadiah sebanyak
RM200, siapa menang, dia akan memiliki hadiah itu: ___________
2. Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai
hadiahnya: ____________
3. Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa kalah perlu membayar harga
sewaan gelanggang tenis itu: _____________
4. Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja
kumpulan yang menang: _______________
5. Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang
sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya, mereka menggunakan wang
terkumpul daripada yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah:
________________.
Kesimpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah:
• Hadiah disumbangkan pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan, manakala wang
yuran hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.
100 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
• Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan
untuk kegunaan pentadbiran pertandingan (iaitu, ada kumpulan mengambil bahagian
secara percuma dan disyaratkan mereka dalam 1/3 daripada jumlah semua kumpulan
dan mestilah ada unsur persaingan).
v. Menjaga waktu solat
Pemain muslim hendaklah menjaga solatnya. Sekiranya mereka mengabaikan solat hingga ke
akhir waktu, ia boleh dikira sebagai perkara makruh. Jika meninggalkan solat hingga luput waktu
solat demi permainan yang bersifat duniawi, maka ia telah termasuk dalam kalangan orang
berdosa dan wajib bertaubat. Firman Allah:
٥ ٱ هل ِذي َن ُه ۡم َعن َص َلتِ ِه ۡم َسا ُهو َن٤ ل لِلۡ ُم َصلِۡ َيٞ فَ َو ۡي
Maksudnya: Dan celaka besar bagi mereka yang solat, iaitu mereka yang lalai dari
menunaikannya (hingga luput waktunya). Surah al-Ma’un [107]: 4-5
vi. Tidak bermain permainan yang memudaratkan diri dan harta
Permainan yang mendatangkan kerosakan diri dan harta sepatutnya dihindari daripada
menyertainya. Firman Allah: Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.
Jika melibatkan diri dalam permainan yang membuang masa, maka ia lebih hampir kepada
makruh kerana mensia-siakan waktu dan nyawa kepada sesuatu yang merugikan hidup. Malah,
boleh jatuh kepada haram sekiranya menyebabkan hak Allah dan keluarga terabai, seperti
meninggalkan solat fardhu, malas bekerja hingga tidak boleh memberi nafkah keluarga,
menjadikan kerja tidak produktif akibat bermain hingga larut malam, dan lain-lain lagi.
vii. Tidak bermain kasar melanggari etika permainan
Sepatutnya setiap muslim peka dengan etika permainan. Jika sengaja memudaratkan pemain
lawan, maka hakikatnya ia telah berbuat kesalahan, dan kesalahan boleh dikira dosa di sisi Allah
jika sengaja untuk memudaratkan pihak lawan. Nabi s.a.w. pernah bersabda:
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya: Tiada boleh memberi mudarat dan tidak boleh membalas dengan
kemudaratan. Riwayat Ibn Majah; status hadis hasan.
101 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
6.5 ADAB DALAM PEKERJAAN
Setiap manusia memerlukan kepada pekerjaan untuk hidup. Bekerja adalah satu bentuk usaha
sama antara kelompok manusia bagi memenuhi segala keperluan dunia manusia. Umumnya
sesama manusia boleh melakukan segala kerja yang harus di sisi agama dan menjauhi sebarang
kerja yang haram. Kerjasama inilah dianggap memberi pahala kerana saling memenuhi
keperluan manusia untuk hidup, lalu dengan kehidupan itu agama akan tertegak di muka bumi
ini. Berikut ini akan dibincangkan beberapa adab dalam bekerja yang patut diamalkan oleh setiap
pekerja muslim dalam pelbagai lapangan kerja:
i. Berniat ikhlas kerana Allah
Bekerja dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan membuahkan hasil yang baik. Seseorang itu
bekerja demi mencari nafkah keluarga, menyenangkan orang sekeliling, membantu mengisi
keperluan orang, mengelakkan daripada meminta-minta, dan seumpamanya, maka ia dikira
berniat kerana Allah. Sesuai dengan hadis niat iaitu:
وإنمما لِ ُك ِل امر ٍئ ما نَوى،إنمما الأعما ُل بالنِيمِة
Maksudnya: Sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada niat. Dan
seseorang itu akan diganjari hanya berdasarkan niatnya. Riwayat al-Bukhari &
Muslim, status hadis pastinya sahih.
ii. Bekerja dengan bersungguh dan sempurna
Bekerja seperti ini disebut sebagai ihsan, iaitu usaha memperelokkan kerja dan membuatnya
sebaik yang termampu. Selari dengan hadis Nabi s.a.w. yang berikut:
إن الله َيب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Maksudnya: Allah suka kepada seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu
kerja, dia melakukan dengan tekun. Riwayat al-Tabrani: status hasan.
Ihsan juga berkait rapat dengan muraqabah iaitu merasakan diri sentiasa diawasi Allah. Setiap
jejak langkah kita semasa bekerja meskipun pengarah atau ketua tidak memantau gerak kerja
kita, tetapi kita tetap melakukan yang terbaik (ihsan). Maka, kita tidak akan membuat kerja secara
cincai, ponteng kerja, menipu dalam urusan kerja, rasuah dan sebagainya. Inilah yang dituntut
dalam setiap pekerjaan.
102 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
iii. Patuh kepada Akad Perjanjian Majikan-Pekerja
Kita perlu sedar bahawa kita (pekerja) dengan majikan adalah akad perjanjian melakukan
sesuatu yang diarahkan mengikut skop yang dipersetujui di awal pekerjaan. Justeru, sebagai
seorang muslim yang patuh kepada Allah, kerja yang dilakukan mestilah menurut segala yang
termaktub di dalam akad perjanjian tersebut, dan ia mesti diperhalusi sebaiknya oleh pekerja dan
melaksanakannya dengan sempurna. Allah berfirman:
ِيَٰٓ َأ ُّي َها ٱ هل ِذي َن َءا َم ُن ٓواْ أَ ۡو ُفواْ بِٱ ۡل ُع ُقود
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah
perjanjian-perjanjian.َSurah al-Ma’idah [5]: 1
iv. Bekerja adalah ibadat kepada Allah
Setiap muslim mesti merasakan bahawa hakikatnya ia sedang beribadat kepada Allah. Apakah
patut seorang hamba sedang beribadat kepada Tuhannya melakukan sesuatu yang diharamkan?
Sudah tentu tidak. Bayangkan orang yang bekerja setiap hari selama 8 jam jika dia berniat
menjadikan pekerjaan sebagai ibadat, maka dia telah menyembah Allah dalam masa yang cukup
lama secara berterusan serta konsisten setiap hari selama bertahun-tahun sehinggalah detik
pencen atau berhenti kerja. Allah berfirman:
١٧ َفٱ ۡب َت ُغواْ ِعن َد ٱل هلهِ ٱلرِ ۡز َق َوٱ ۡع ُب ُدو ُه َوٱ ۡش ُك ُرواْ ََّ ُلۖۡ ٓۥ إََِّ ۡلهِ تُ ۡر َج ُعو َن
Maksudnya: Oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta
bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan
dikembalikan. Surah al-‘Ankabut [29]: 17
v. Jadilah Pekerja Muslim yang Kuat (berkemahiran) dan Amanah
Dua kualiti pekerja muslim yang harus ada dalam diri pekerja muslim adalah kuat dan amanah.
Penyakit lemah fikiran perlu dibuang dalam diri setiap pekerja muslim. Nabi s.a.w. telah berpesan
kepada umatnya supaya menjadi muslim yang kuat dan sihat. Maka pekerja muslim wajar
memperteguhkan kerangka fikir mereka terlebih dahulu dan kemudian berusaha untuk kekal sihat
dan kuat fizikal. Nabi s.a.w. bersabda:
وا ْستَع ْن، ا ْحِر ْص على ما يَنفعُ َك.ٌالمؤم ُن القو ُّي خْيٌ وأح ُّب إَل اللِه ِم َن المؤم ِن ال مضعي ِف وِف ك ٍل خْي
باللِه ولا تَعجْز
103 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Maksudnya: Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding
mukmin yang lemah. Dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah
dalam mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan
kepada Allah serta jangan sesekali engkau berasa lemah. (Riwayat Muslim)
Hal yang sama juga disebutkan Allah saat menggambarkan kualiti yang dimiliki oleh Nabi Musa
saat dia ingin diambil bekerja oleh Nabi Syu’aib di Madyan. Perhatikanlah ucapan anak
perempuan Nabi Syu’aib yang membahas tentang kualiti seorang pekerja yang bagus:
Maksudnya: Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala
kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah
orang yang kuat, lagi amanah.
Surah al-Qasas [28]: 26
Setiap pekerja muslim juga perlu menjaga amanah masa dan amanah kerja yang diberikan oleh
majikan. Sesiapa yang khianat amanah, ia dikira berdosa. Nabi s.a.w. bersabda:
لا إيان لمن لا أمانة له
Maksudnya: Tiada iman (tidak sempurna) bagi siapa yang tiada amanah padanya.
Riwayat Ahmad
vi. Menghormati kedudukan rakan senior dan menyayangi rakan junior
Nabi s.a.w. dalam banyak hadisnya memberi isyarat akan kepentingan mengutamakan keperluan
orang yang lebih tua berbanding mereka yang lebih muda. Ini kerana orang tua (lebih berusia)
lebih banyak memberi jasa dan manfaat serta khidmat kepada orang lain. Mereka juga
mempunyai ilmu yang lebih luas, hikmah (kebijaksanaan) dan kematangan yang lebih mantap
berbanding orang muda. Antara hadis yang menyebut tentang keutamaan tersebut adalah:
ليس منا من َل يرحم صغْينا ويعرف شرفكبْينا
Maksudnya: Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi yang
lebih kecil (muda), dan tidak menghargai kehormatan yang tua dalam kalangan
kami. Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud
6.6 ADAB INTERAKSI DENGAN MEDIA SOSIAL
Media sosial ini merupakan medium pergaulan bentuk baharu di abad ini yang mampu
menghubungkan seseorang atau kumpulan yang berada jauh sudut dunia antara satu sama lain.
Kita tidak mengenali latar belakang seseorang sekalipun kita boleh berkomunikasi dengan
mereka. Akhir-akhir ini, aplikasi media sosial ini terlalu banyak sehingga ramai golongan remaja
104 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
terjebak dengannya. Berikut ini merupakan panduan Islam untuk umat Islam dalam berinteraksi
dengan media sosial yang kian rancak dewasa ini:
i. Berhati-hati dengan masa
Masalah adalah ciptaan Allah untuk kita menjaganya. Ini kerana masa ibarat nyawa, dan
nyawa kita inilah yang diperlukan untuk menyediakan bekalan hari akhirat nanti yang hidupnya
infiniti (tidak berpenghujung). Allah sendiri bersumpah dengan masa (dalam surah al-‘Asr)
menunjukkan bahawa manusia akan berada dalam kerugian besar sekiranya tidak
menguruskannya dengan baik. Penyesalan akan dirasai apabila kita telah memakan tanah kubur
(dikuburkan) di kemudian hari. Cukuplah memadai bermain dengan media sosial sekadar mengisi
masa. Jika leka dengan media sosial hingga menjejaskan kerja hakiki, peranan seorang ayah
dan ibu dalam sesebuah keluarga, leka daripada menunaikan solat dalam waktunya, maka ia
semua adalah dilarang dalam agama. Amalan bermain media sosial itu boleh dianggap sia-sia
dan berdosa. Sesiapa yang berjaya menjauhi amalan membuang masa ini dia telah
menyempurnakan Islam dalam dirinya, seperti sabda Nabi s.a.w.:
من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Maksudnya: Dari kesempurnaan Islam seseorang itu adalah meninggalkan
sesuatu yang tidak bermanfaat baginya. (Riwayat al-Tirmizi)
ii. Menyampaikan berita baik dan bermanfaat
Sepatutnya seseorang muslim mempunyai niat untuk menyampaikan dan menyebarkan kebaikan
sama ada kebaikan itu untuk keperluan dunia atau keperluan akhirat. Ia akan memberi manfaat
dan sudah tentu diberi pahala oleh Allah.
َم ْن َد َعا إََِل ُهد ًىكا َن لهُ ِم َن الأ ْجر ِمثلُ أُجوِر م ْن تَبِعهُ لاَ ينْ ُق ُص ذل َك ِم ْن أُ ُجوِرِهم َشيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang menunjukkan jalan kebaikan (ke arah hidayah), dia
mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutnya, tidak berkurang
walau sedikit. (Riwayat Muslim)
iii. Menyemak dan meneliti setiap berita sebelum meyakini dan menyebarkannya kepada
orang lain
Allah mengingatkan kita dalam al-Quran supaya tabayyun (meneliti) sebelum mendapat sesuatu
berita. Firman Allah:
105 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
َف َع ۡل ُت ۡم َما لَََ َٰع َْف ُت ۡصبِ ُحوا ِِٖ َب َهَٰ َلة قَ ۡو َمُۢا ْتُ ِصي ُبوا َ َْف َتبَ هي ُن ٓوا ٖبِ َن َبإ َفا ِس ُ ُۢق َجآ َء ُك ۡم إِن َْءا َم ُن ٓوا ٱ هل ِذي َن يَٰٓ َأ ُّي َها
أن
٦ َنَٰ ِد ِمۡ َي
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan. Surah al-Hujurat (49): 6
Dalam media sosial, kita tidak kenal siapa yang mula menulis dan menyebarkan sesuatu
berita. bahkan latar belakang mereka juga kita tidak tahu. Maka lebih patut untuk kita menyemak
suatu berita yang ditulis dan disampaikan. Jika ia pakar dalam bidang suatu bidang itu, dia
menulis sesuatu maklumat (ilmu) di bidang sendiri, maka ia boleh dipegang, dipercayai dan
disebarkan. Ini sesuai dengan firman Allah:
٤٣ َف ۡس َئ ُل ٓواْ أَ ۡه َل ٱل ِذ ۡك ِر إِن ُكن ُت ۡم ََل َت ۡع َل ُمو َن
Maksudnya: Tanyalah orang yang tahu sekiranya kamu tidak tahu.
Surah al-Nahl (16): 43
Cerdik pandai ada menyebutkan: Siapa bercakap bukan di dalam bidangnya, maka kita akan
melihat perkara ajaib daripadanya.
Jika seseorang itu mengkritik orang lain, maka sebagai orang awam janganlah kita masuk
campur urusan sesama pakar. Terkadang mereka mengkritik kandungan yang ditulis dan
disampaikan, kita tersilap faham lalu menyampuk sehingga mengkritik dan menjatuhkan maruah
orang lain pula. Terkadang orang mengkritik itu seorang pakar ekonomi, dia mengkritik menteri-
menteri kerajaan, maka kita turut serta mengkritik, malah menghina menteri dan menganggap
menteri-menteri ini jahil. Sedangkan pengetahuan kita tentang urusan pentadbiran negara amat
cetek. Maka, berhati-hatilah dalam isu seperti ini. Biarlah mereka sesama pakar mengkritik secara
ilmiah, kita sebagai orang awam cukuplah sekadar membaca dan menyimpan. Gunalah kaedah:
‘Penyataan orang yang berseteru dilipat (disimpan), bukan diriwayatkan (diceritakan).’
iv. Elak daripada memfitnah dan menyebarkan berita fitnah
Terkadang, apabila asyik mengkritik orang lain, kita akan tersasul lalu melakukan fitnah
terhadap orang lain. Jika orang lain tidak pandai melakukan saman fitnah, selamatlah kita. Jika
sebaliknya, mendatangkan kemudaratan di pihak kita pula. Setiap fitnah yang dilakukan sudah
106 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
pasti akan berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Kita juga perlu berhati-hati
dengan status yang bersifat batu api yang boleh melaga-lagakan orang lain. Ini semua dilarang
keras dalam agama.
v. Menjaga tangan, lisan dan mata daripada dosa
Sepatutnya seorang muslim menulis dan bercakap dengan bahasa yang baik dan sopan
serta menjauhi caci maki, mencerca serta bercakap lucah. Seharusnya kita lebih bersabar dan
menjaga tutur kata dan tulisan kita. Sedarkah kita bahawa setiap perbuatan kita yang dilakukan
anggota badan kita ini akan dicatat oleh malaikat? Allah berfirman:
١٨ دٞ َعتِي َرقِي ٌب ََِ َليۡه ه قَ ۡو ٍل ِمن يَ ۡل ِف ُظ هما
إَِل
Maksudnya: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan
yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa
sedia (menerima dan menulisnya).َSurah Qaaf (50): 18
vi. Menjaga maruah diri sendiri dan orang lain
Keterbukaan semakin menjadi-jadi apabila media sosial semakin bersifat global. Semua orang
boleh mengetahui apa berlaku kepada diri dan keluarga kita disebabkan sikap suka
mendedahkan segalanya kepada umum. Hinggakan segala perbuatan dosa yang dilakukan
sudah tidak perlu ditutup lagi. Perasaan malu yang diajar sejak kecil seolah sudah tiada dalam
kamus hidup. Benarlah sabda Nabi s.a.w.:
إذا َل تست ْح ِي فاصنَ ْع ما شئ َت
Maksudnya: Jika engkau sudah tidak berasa malu, engkau lakukanlah apa sahaja
engkau suka. (Riwayat al-bukhari)
Dalam hadis lain Nabi s.a.w. mengingatkan kita akan dosa yang kita lakukan apabila
dilakukan secara rahsia, masih ada ruang mendapat pengampunan Allah. Namun, jika
didedahkan kepada umum seolah ia amalan yang normal, hal ini sebenarnya mendapat
kemurkaan Allah. Sabda Nabi s.a.w.:
ابَلامرَُجتلُيَ بِْسالتُلمرُْيهُِلَرُبّهَُع ََمويلًُاْصبُِثمُحيُيَْصْكبِ َِشح َوُفقَْد أَ ْن يَ ْع َم َل َُِكسسْتتَُّلََررهُأاَُاّمَملِّمِلتللُي َعَعْنُملَهَُعْياِهًًففَيَإُِقملاوَاللْ ُيمَاَجفُالَِهاِريُنَنَعَِومإِْلمن ُتِم اْلنْبَاالِْرُمَحةََجاَكَهََذراِة
َوَك َذا َوقَْد
107 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Maksudnya: Setiap daripada umatku diampunkan melainkan golongan mujahirin.
Antara perbuatan mujaharah ialah di mana seorang lelaki melakukan satu amalan
(dosa) pada waktu malam kemudian dia bangun pada waktu pagi dalam keadaan
Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada waktu malam. Lalu dia berkata:
Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan ini dan perbuatan itu.
Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan
lalu dia bangun pagi dan mendedahkan apa yang Allah tutup darinya. Riwayat al-
Bukhari
Begitu juga dengan maruah orang lain, lebih patut dijaga dan dirahsiakan. Tidak sepatutnya
rahsia orang lain didedahkan kepada umum di media sosial hingga boleh mendatangkan
perasaan malu yang amat kepada mangsa. Nabi s.a.w. telah mengingatkan kita bahawa:
ومن ستر مسلماً ستره الله ِف الدنيا والآخرة
Maksudnya: Sesiapa yang menutup aib seseorang muslim, Allah akan tutup
aibnya di dunia dan akhirat. Riwayat Muslim
vii. Menghormati pandangan orang lain
Manusia diciptakan dalam keadaan pelbagai latar. Kepelbagaian ini mengindahkan kehidupan
dunia jika ia pandai diatur. Justeru, setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dalam sesuatu
isu. Maka, hormatilah pandangan orang lain. Terkadang mereka adalah golongan tua yang lebih
patut untuk dihormati. Terkadang juga mereka adalah golongan yang berilmu seperti tuan guru.
Nabi s.a.w. pernah bersabda:
ليس منا من َل يرحم صغْينا ويعرف شرفكبْينا
Maksudnya: Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi yang
lebih kecil (muda), dan tidak menghargai kehormatan yang tua dalam kalangan
kami. Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud
108 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
6.7 ADAB DALAM PERNIAGAAN
i. Niat kerana Allah
Niat memainkan peranan penting untuk menjadikan amalan duniawi itu bernilai di sisi Allah s.w.t.
dan dibalas ganjaran besar di akhirat nanti. Nabi s.a.w pernah bersabda:
وإنمما لِ ُك ِل امر ٍئ ما نَوى،إنمما الأعما ُل بالنِيمِة
Maksudnya: Sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung kepada niat. Dan
seseorang itu akan diganjari hanya berdasarkan niatnya. Riwayat al-Bukhari &
Muslim, status hadis pastinya sahih.
Berniatlah berniaga untuk mencari rezeki halal untuk nafkah keluarga, mengelakkan dari
perbuatan meminta-minta dari orang lain, bekerja dengan ihsan dan lain-lain lagi, maka usaha
perniagaan anda akan diberkati dan mendapat pahala dari Allah s.w.t.
ii. Berniaga dengan ilmu
Ilmu perniagaan adalah bersifat fardhu kifayah dalam dunia Islam umumnya. Namun, jika
seseorang ingin berkecimpung dalam bidang perniagaan, maka menjadi kewajipan (fardhu ain)
ke atasnya untuk mempelajari fekah muamalat agar segala halal dan haram dititirberatkan oleh
umat Islam. Selari dengan nasihat Saidina Umar: Jangan sesiapa berniaga di pasar ini melainkan
setelah telah mendalami ilmu agama (terutama mengenai ilmu perniagaan). Riwayat al-Tirmizi.
Kenapa penting mengetahui halal dan haram dalam perniagaan ini? Terdapat beberapa
sebab antaranya ialah:
▪ Dari mana harta diambil dan ke mana ia dibelanjakan; ini akan disoal pada hari kiamat
nanti.
▪ Mengelakkan diri dari terdedah kepada perniagaan riba, gharar, dan lain-lain lagi bentuk
perniagaan haram. Banyak juga dosa besar dari perniagaan antaranya riba dan penipuan.
▪ Sumber yang haram akan menghalang makbulnya doa.
▪ Tidak makan harta orang lain dengan cara batil lalu menjadi darah daging yang bakal
dibakar oleh api neraka.
▪ Hilang keberkatan hidup apabila terlibat dengan dosa dan merosakkan hati nurani.
109 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
iii. Berniaga dengan jujur dan tidak menipu
Hasil daripada ilmu akidah, fekah dan akhlak yang dipelajari dan diamalkan oleh peniaga, maka
amalan menipu tidak akan menjadi kebiasaan dalam sesuatu perniagaan. Ini kerana, orang yang
belajar ilmu agama biasanya akan berasa takut akan Allah jika melakukan penipuan. Pernah
disebutkan dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. ketika berada di pasar, Nabi s.a.w. membelek buah-
buahan yang dipamerkan oleh si penjual, lalu Nabi s.a.w. masukkan tangan ke bahagian bawah
timbunan, ditemui buah-buah yang basah. Nabi s.a.w. menegur si penjual mengapa tidak
diletakkan buah yang basah itu di atas agar si pembeli boleh melihat dan membuat pilihan. Maka,
Nabi s.a.w. ingatkan selepas itu: “Siapa yang menipu, bukan dari kalangan kami.”
Penjual juga perlu berhati-hati dengan amalan menimbang barang jualan agar menepati
hak si pembeli. Sesiapa yang menipu, maka ia akan dicela Allah, seperti di awal surah al-
Mutaffifin, celaka besarlah bagi mereka yang mengurangkan timbangan!
iv. Bertoleransi bila perlu
Nabi s.a.w. memuji seseorang yang ada sifat pemaaf, selalu permudahkan, lemah lembut apabila
berjual beli. Penjual dan pembeli memahami hak dan keperluan masing-masing akan saling
berkasih sayang dan saling menghormati. Nabi s.a.w. bersabda:
رحم الله عبدا سحا إذا باع وإذا اشترى وإذا اقتضى
Maksudnya: Allah akan memasukkan dalam syurga orang yang mudah dalam
membeli, menjual, melunaskan hak dan ketika meminta haknya. (Riwayat Ahmad)
v. Tidak Monopoli Barang Keperluan
Seseorang penjual tidak boleh menyembunyikan sesuatu barangan keperluan kelompok
masyarakat tertentu, lalu permintaan menjadi tinggi, kemudiannya dijual kembali setelah disorok
dengan harga yang lebih tinggi dari kebiasaan. Amalan ini dianggap dosa dalam agama.
Kesannya, ia akan menzalimi hak pembeli hingga terpaksa membayar dengan harga tinggi
sedangkan si penjual mengaut untung berlipat kali ganda dengan cara tersebut. Nabi s.a.w.
bersabda:
لا َيتكر إلا خاطئ
Maksudnya: Tidak boleh menyorok barang, melainkan ia seorang
pendosa. (Riwayat Muslim)
110 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
vi. Merancang perbelanjaan dengan baik dan tersusun
Islam menekankan pentadbiran yang kemas dan tersusun. Ini disebutkan sebagai ihsan iaitu
penyempurnaan. Kenapa perlu sistem yang tersusun? Ia akan memudahkan banyak pihak.
Tambahan pula, jika melibatkan kewangan, sistem yang tersusun akan memudahkan semakan
dan audit dilakukan dengan lebih kemas. Ini membolehkan kiraan zakat perniagaan dibuat
selepas kiraan keluar masuk duit. Catatan yang tersusun kemas ini dirakamkan Allah dalam al-
Quran iaitu:
يَٰٓ َأ ُّي َها ٱ هل ِذي َن َءا َم ُن ٓواْ إِ َذا تَ َدايَن ُتم بِ َديۡ ٍن إِ َِ ٰٓل أَ َج ٖل ُّم َس ّٗم َفٱ ۡك ُت ُبو ُهُۚ َوَّۡلَ ۡك ُتب بهيۡ َن ُك ۡم ََكتِ ُ ُۢب بِٱ ۡل َع ۡد ِل
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu
urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).َSurah al-baqarah [2]: 282
vii. Membayar zakat perniagaan apabila sampai nisab
Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada
yang melibatkan barangan atau perkhidmatan. Zakat perniagaan merupakan suatu
tanggungjawab yang wajib ditunaikan ke atas mereka yang telah memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
ِفِيه َت َت َق هل ُب يَ ۡو ٗما ََ َيا ُفو َن ِٱل هز َك َٰوة ِإَوي َتآ ِء ِٱل هصلَ َٰوة ِإَوقَا ِم ِٱل هله ۡ َعن َب ۡي ٌع َو ََل ٞتِ َجَٰ َرة تُلۡ ِهي ِه ۡم ه لٞ رِ َجا
ِذِكر َل
٣٧ ٱ ۡل ُقلُو ُب َوٱ ۡۡلَبۡ َصَٰ ُر
Maksudnya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari
(kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Surah Al-Nur [24]: 37
Nabi s.a.w. juga pernah bersabda (bermaksud):
Anas RA meriwayatkan bahawa Abu Bakar RA menetapkan baginya apa yang
difardhukan oleh Rasulullah SAW: Dan jika sesuatu harta berkongsi bercampur
oleh dua orang, maka keduanya saling mengeluarkan zakat dengan adil (sesuai
dengan kadar atau bahagian masing-masing). (Riwayat al-Bukhari)
111 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Asas Umum Pengiraan Zakat Perniagaan
Daripada Maimun Ibn Mihran: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat
(cukup haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan
bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia dengan matawang, begitu juga
segala hutang pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah
diambilkira dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat
atas bakinya itu. (Riwayat Abu Ubayd al-Qasim Ibn Salam, Kitab Al-Amwal)
Perincian kaedah pengiraan boleh dilihat dalam laman web Pusat Pungutan Zakat Wilayah
Persekutuan. Terdapat 3 kaedah pengiraan iaitu kaedah 1 (modal kerja), kaedah 2 (modal
berkembang) dan kaedah 3 (untung rugi). Di sini ditunjukkan hanya satu kaedah iaitu:
Kaedah 1: Modal kerja
[Aset semasa – Liabiliti semasa] x % Pemilikan saham muslim x 2.5%
Syarat Wajib Zakat Perniagaan:
1. Muslim. Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan
Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang Islam sahaja yang dikenakan
zakat.
2. Sempurna Milik. Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi
pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa
penuh ke atas harta.
3. Cukup Nisab. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta
dikeluarkan zakat. Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa.
4. Cukup Haul. Genap setahun perniagaan. Penilaian harta perniagaan adalah dengan
mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
5. Niat Berniaga. Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu
dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan
ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara
berterusan.
6. Barang Perniagaan dan Perkhidmatan yang Halal. Perniagaan yang halal sahaja yang
diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya
seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan
zakat.
112 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
6.8 ADAB BERDAKWAH
Dakwah adalah usaha menyeru seseorang atau kelompok manusia ke arah kebaikan sama ada
ke arah memperbaiki amal dan iman, atau menyeru manusia dari kekufuran kepada Islam.
Dakwah adalah kerja para Nabi dan Rasul. Apabila menjadi pendakwah, ia telah menjadi
jurucakap kepada Allah tentang syariat-Nya. Justeru, hendaklah setiap pendakwah mempunyai
bekal dan panduan yang cukup sebelum menceburkan diri ke dalam medan dakwah. Berikut
adalah antara adab yang boleh dipraktikkan sebagai seorang pendakwah (da’i):
i. Berniat ikhlas kerana Allah
Dakwah sangat memerlukan kepada niat yang ikhlas kerana Allah. Tanpanya, usaha tersebut
menjadi sia-sia, bahkan boleh jadi penyebab kita memasuki neraka Allah. Ingatlah hadis Nabi
s.a.w. yang mengisahkan seorang yang alim (qari’) dimasukkan ke neraka sebab sengaja
menunjukkan kealimannya (kepandaiannya membaca quran), riyak atas kurniaan ilmu Allah.
Begitu juga seorang yang berjihad di jalan Allah, disebabkan jihadnya itu mempunyai niat untuk
digelar sebagai pejuang dan pahlawan, maka Allah mengheretnya ke dalam neraka. Begitu juga
seorang dermawan yang memberikan harta kepada orang lain disebabkan mahukan gelaran
dermawan, maka diheretnya ke neraka. Ini semua disebabkan oleh niat yang tidak ikhlas ketika
menjalankan sesuatu amalan. Untuk berdakwah, ikhlaskan niat bertujuan untuk menyebarkan
kalam Allah dan kalam Nabi, ambil peranan para Rasul dan seumpamanya. Jangan ada niat
untuk mendapatkan pujian manusia dan harta dunia.
ii. Bercakap dengan perkataan yang baik
Dakwah tidak semestinya akan diterima langsung oleh sasaran dakwah (mad’u). Boleh jadi ia
akan memberi kesan selepas beberapa ketika, bahkan beberapa tahun. Justeru, cakaplah
dengan bahasa yang paling baik dalam usaha mengajak manusia ke arah kebaikan dan
mencegah sebarang kemungkaran. Apabila Allah mengarahkan Nabi Musa berjumpa firaun
untuk berdakwah, Allah mengingatkan Nabi Musa dan Nabi Harun:
٤٤ َف ُقو ََل ََّ ُلۥ َق ۡو َٗل َهّلِ ٗنا له َع هل ُهۥ َي َت َذ هك ُر أَ ۡو ََ ۡي َ َٰش٤٣ ٱ ۡذ َه َبآ إِ َِ َٰل فِ ۡر َع ۡو َن إِنه ُهۥ َط ََ َٰغ
Maksudnya: Pergilah kamu berdua kepada firaun, kemudian katakanlah
kepadanya dengan perkataan yang lembut, semoga dia (firaun) beringat atau
berasa takut. Surah Taha (20): 43-44
113 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Sama ada sasaran dakwah kita menerima dakwah kita atau tidak, itu bukanlah urusan
kita. Itu adalah urusan Allah. Allah berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dia kehendaki.
Tugas kita hanyalah menyampaikan. Seperti firman Allah apabila Nabi s.a.w. kecewa Abu Talib
tidak menerima seruan Nabi s.a.w. memeluk Islam:
٥٦ أَ ۡعلَ ُم بِٱلۡ ُم ۡه َت ِدي َن ٱل هل َه َي ۡه ِدي َمن ي َ َشآ ُءُۚ َو ُه َو َو َلَٰ ِك هن أَ ۡح َب ۡب َت َم ۡن َت ۡه ِدي َ إِنه َك
َل
Maksudnya: Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi
hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam),
tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang
lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat
hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). Surah al-Qasas (28): 56
iii. Usaha gigih dan Berdoa kepada Allah agar dakwah diterima
Berdoa kepada Allah dan bertawakkal (serahkan urusan itu kepada-Nya) selepas usaha dakwah.
Ini adalah sikap yang jarang (atau lupa) dilakukan oleh pendakwah. Berdoalah bersungguh-
sungguh dan dengan kerap agar sasaran dakwah menerima dakwah yang kita lakukan dan
berubah menjadi lebih baik. Selain berdoa, usaha dakwah mestilah diteruskan meskipun tiada
maklum balas atau perubahan daripada sasaran dakwah. Sikap putus asa sepatutnya tidak ada
dalam kamus seorang pendakwah. Mungkin saja takdir Allah perubahan itu berlaku setelah
berpuluh kali nasihat atau dakwah diberikan. Justeru, janganlah gopoh ingin melihat sasaran
dakwah berubah. Teruskan dakwah dan berdoa serta bersabar di atas segala cabaran dakwah.
Firman Allah: ٧ يَٰٓ َأ ُّي َها ٱ هل ِذي َن َءا َم ُن ٓواْ إِن تَن ُُ ُصواْ ٱل هل َه يَن ُُ ۡص ُك ۡم َويُ َثبِ ۡت أَ ۡق َدا َم ُك ۡم
Maksudnya: Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia
akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. Surah Muhammad [47]: 7
iv. Mempunyai teladan dalam diri untuk dicontohi
Seseorang pendakwah mestilah mempunyai akhlak yang baik. Meskipun pendakwah tidak
sempurna (atau maksum), namun cukuplah ia berusaha menjadi seorang yang lebih baik dan
boleh menjadi contoh kepada orang lain untuk diikuti. Berapa ramai pendakwah termasuklah Nabi
s.a.w. kita sendiri yang sasaran dakwah mereka terkesan dengan akhlak mulia yang dimiliki
pendakwah lalu menyebabkan sasaran dakwah terkesan dengan seruan pendakwah. Ingatlah
114 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
kaedah dalam dakwah yang utama iaitu: “al-Qudwah qabla al-Da’wah” yang bermaksud; “contoh
ikutan sebelum berdakwah.”
v. Mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang yang didakwah
Ilmu sangat penting untuk menjadi bekalan utama bagi seorang pendakwah. Tanpa ilmu,
seseorang itu tidak mengenali mana kemungkaran yang patut dicegah oleh orang awam, dan
mana kemungkaran patut dicegah oleh pihak berkuasa tempatan. Jika sesuatu keadaan
memerlukan kepada teguran, lihat juga kesan yang bakal menimpa kita jika kita melakukan
dakwah kerana terkadang ia menyebabkan mad’u lebih jauh dari Islam, terkadang juga berlaku
mudarat yang lebih besar ke atas kita dan agama.
6.9 KESIMPULAN
Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa baginda s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia (riwayat Ahmad). Adab-adab yang telah dibincangkan sebelum ini menyeru ke arah
penyempurnaan akhlak di setiap genap kehidupan muslim. Setiap muslim mestilah mematuhi
setiap adab yang bersifat wajib, menjauhi adab yang bersifat larangan, dan berusaha
menyempurnakan adab yang bersifat sunat dan galakan; agar setiap amalan seharian akan
dianggap sebagai pahala. Adab yang telah dipelajari seperti adab bersukan, adab dengan media
sosial, adab bekerja, adab berdakwah dan lain-lain adalah diharap sesuai dengan tahap pelajar
remaja yang masih boleh dilentur menjadi soleh dan musleh kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan, objektif kursus ini dapat
dicapai dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
115 | 1 1 5