Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
BAB 4: TANGGUNGJAWAB MUSLIM DALAM
PENGURUSAN JENAZAH
_________________________________
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
Setelah mempelajari topik ini, pelajar sepatutnya dapat:
1. Menyebutkan 3 adab mengiringi jenazah ke kuburan.
2. Menghuraikan secara ringkas langkah mandian dan pengkafanan jenazah.
3. Mempraktikkan solat jenazah dengan sempurna dari takbir hingga salam.
_____________
4.1 TUNTUTAN DAN ADAB MENZIARAHI PESAKIT
Islam mengajarkan umatnya supaya sentiasa mengikat hubungan ukhuwwah Islam, antaranya
dengan menziarahi saudara kita yang sedang mengalami ujian sakit:
• Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam.
• Nabi s.a.w. mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud: “Hak Muslim ke atas
Muslim: …menziarahi saudaranya yang sakit…” (Riwayat Muslim)
• Ziarah-menziarahi digalakkan bukan sekadar pada masa sakit sahaja, bahkan
melengkapi semua keadaan, baik semasa sihat mahupun berdukacita, sama ada
terhadap sahabat handai, saudara mara, kaum keluarga, yang muda dan yang tua, bujang
ataupun sudah berkahwin.
• Hikmahnya sangat jelas, iaitu untuk menguatkan ikatan ukhuwwah Islam.
Ketika menziarahi pesakit, kita mesti mematuhi adab-adab yang digariskan oleh Islam supaya
kita memperoleh keberkatan dan pahala daripada Allah, antaranya ialah:
• Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama itu membawa kepada
jemu si pesakit itu.
• Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana ia merasakannya.
• Doakan untuknya seperti dikatakan: “Ya Tuhanku, afiatkan (sihatkan) sahabatku ini” atau
“Semoga Allah menyembuhkan saudaraku dengan segera.”
63 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
• Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan
ini sebagai dugaan semata-mata.
• Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang
disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.
4.1.1 Tindakan Ketika Nazak dan Sejurus Selepas Meninggal
Tindakan Ketika Nazak
1. Membaringkan pesakit di atas lambung kanan dan mukanya menghadap kiblat. Jika sukar
melakukan demikian, maka dibaringkan dengan terlentang dan mukanya diangkat sedikit
menghadap kiblat. Begitu juga kedua kakinya menghadap kiblat (untuk memudahkan
keluarnya roh).
2. Talkin (ajarkan) kalimah ِلَ إلهَ إِلَ اللdi telinga pesakit tanpa mengulang-ulang seolah
memaksanya untuk menyebut kalimah tauhid ini. (Mafhum hadis riwayat Muslim)
3. Sunat dibacakan surah Yasin di sisi pesakit yang hampir mati. Jika bacaan Yasin ini
mengganggu ajaran الَل ِلَإلهَإِلke telinga jenazah, lebih baik ditinggalkan.
4. Pesakit hendaklah bersangka baik kepada Allah. Ini berdasarkan hadis “Aku (Allah)
berada di sisi sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku). Disunatkan juga ia menggambarkan
bahawa ia akan pergi menghadap Allah s.w.t. yang Maha Pengampun.
Tindakan Selepas Kematian
1. Mendoakan untuk si mati.
2. Pejamkan mata jenazah dan ikat rahang agar mulut tidak terbuka.
3. Lembutkan tulang sendi-sendinya.
4. Letakkan sesuatu atas perut agar perut tidak kembung.
5. Tanggalkan pakaian, dan ditukar pakaian yang lain. Boleh guntingkan pakaian tersebut
jika perlu (izin waris) kerana sukar untuk membukanya. Tutup seluruh tubuhnya dengan
kain yang sesuai.
6. Ditempatkan di tempat yang lebih tinggi seperti katil. Tidak baik jika dibiarkan di lantai.
7. Menyegerakan pengurusan jenazah, tidak ditangguhkan tanpa keperluan.
8. Hutang si mati hendaklah dilunaskan secepat mungkin oleh waris si mati, selepas
kematian.
64 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
4.1.2 Adab dan Bid’ah Mengiringi Jenazah
Adab ketika Mengiringi Jenazah
1. Sunat bagi golongan lelaki mengikuti jenazah dan mengiringinya hingga ke kuburnya.
Disunatkan menunggu sehingga mayat selesai dikebumikan.17 Kaum perempuan tidak
disunatkan untuk mengiringi jenazah.18
2. Mengiringi jenazah dengan berjalan kaki dan boleh menaiki kenderaan.
3. Sunat membawa peti jenazah (keranda), terutamanya jika mayat tersebut adalah perempuan
sebagai meraikan kemuliaan yang Allah kurniakan kepada manusia.
4. Makruh membuat bising ketika mengiringi jenazah bahkan disunatkan tidak meninggikan
suara dengan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lainnya. Hendaklah menggantikan
(perbuatan bising itu) dengan bertafakur mengenai kematian dan memerhatikan
kesudahannya.19
5. Yang lebih afdhal bagi orang yang mengiringi jenazah ialah berjalan di bahagian depan
berdekatan dengan jenazah, kerana mereka semua adalah pemberi syafaat kepada jenazah
di sisi Allah s.w.t.
6. Seseorang Muslim tidak dilarang untuk mengiringi jenazah kaum kerabatnya yang kafir.
Bahkan tindakan itu tidak dihukum makruh.
7. Apabila sampai di kubur, atau ketika menziarahi kubur, disunatkan memberi salam kepada
ahli-ahli kubur seperti yang diajar oleh Baginda s.a.w., iaitu:
َونَ ْسأَُل اللهَ لَناَ َولَ ُك ُم الَْعافِيَة، َوإِنام إِ ْن َشاءَ اللهُ بِ ُك ْم لاَ ِحُقون،ال مسلاَُم َعلَيْ ُكم أَْه َل ال ِدياَِر ِم َن الْ ُمْؤِمنِيَن َوالْ ُم ْسلِ ِميَن
Maksudnya: Salam sejahtera ke atas sekalian ahli kubur dari kalangan orang
mukmin dan muslim, sesungguhnya kami kelak akan mengikuti kamu, dan kami
meminta Allah mengafiatkan kami dan kamu semua. (Riwayat Muslim)
17 Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan: “Sesiapa yang menyaksikan jenazah sehingga
menyembahyangkannya baginya satu qirat. Sesiapa yang menyaksikannya hingga dikebumikannya, maka baginya
dua qirat. Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu? Jawab Rasulullah: Seperti dua buah bukit yang besar.”
18 Ummu ‘Atiyyah berkata: Kami dilarang daripada mengiringi jenazah. Walau bagaimana pun, ia (larangan tersebut)
tidak terlalu tegas (tidak sampai tahap haram). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
19 Dalam hal ini, Imam al-Nawawi menyebut: “Ketahuilah! Bahawa menurut cara yang benar dan terpilih yang dilakukan
oleh para al-Salaf al-Soleh adalah diam (tidak berbicara) ketika mengiringi jenazah, tidak menyaringkan suara dengan
bacaan al-Quran, zikir-zikir dan lain-lain. Hikmahnya adalah nyata, iaitu agar hati lebih tenang dan fikiran lebih tertumpu
kepada hal ehwal jenazah dan kematian. Inilah yang dituntut ketika itu dan inilah cara yang benar. Janganlah sesekali
tertipu dengan kebanyakkan orang yang tidak mengikut tuntutan ini.” Lihat: Al-Azkar, karya Imam al-Nawawi.
65 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
8. Sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati dalam masa 3 hari daripada tarikh
kematian. Makruh mengucapkan takziah selepas 3 hari kerana ia boleh mengembalikan
kesedihan dan ingatan keluarga si mati kepada kematian.
Contoh lafaz takziah: Semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepadamu, meningkatkan
kesabaranmu, mengampuni jenazah si mati, menggantikan musibah ini dengan sesuatu yang
lebih baik.
Perkara Bid’ah20 Ketika Mengiringi Jenazah
1. Semua perkara yang menyalahi adab-adab mengiringi jenazah yang telah kita sebutkan
adalah bid’ah yang seharusnya dijauhi.
2. Membawa bunga-bungaan/jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah. Ia adalah
perkara bid’ah yang diharamkan kerana mengikut adat-adat orang kafir dalam upacara
jenazah mereka.
3. Kubur-kubur yang digali dan dibuat, lain dari cara yang telah kita sebutkan dari segi ukuran
dalam dan luasnya, serta keutamaan membuat lahad kemudian lubang syaq.21
4. Makruh membina kubur (sama ada bahagian dalam atau luar) dengan setiap benda yang
diproses menggunakan api, seperti simen, kapur, dan seumpamanya. Manakala hukum
haram kubur dibina menggunakan marmar dan seumpamanya, kerana terdapat pembaziran
yang dilarang syarak dan sifat bermegah dan menunjuk-nunjuk yang amat dimurkai syarak.
5. Meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya adalah dihukum makruh tahrim,
sebagaimana yang banyak dilakukan oleh orang ramai pada hari ini. Mengikut Sunnah, kubur
hendaklah hanya ditinggalkan sejengkal tingginya supaya dapat dikenali sebagai kubur.
6. Meratapi pemergian si mati, seperti berkata: “wahai harapanku!!”, “wahai tempat
penggantunganku!!” termasuk juga perbuatan dan perkataan yang mengandungi makna yang
menzahirkan kedukacitaan seperti memukul dada, mengoyak pakaian dan seumpamanya.
Semua perbuatan ini haram kerana larangan Nabi Muhammad s.a.w. amat tegas. Menangis
20 Bid’ah ialah perkara yang tiada sumber dalam agama, ia amalan agama yang dianggap melampau dan berlawanan
dengan sunnah Nabi s.a.w. Walaupun berniat baik untuk pahala, namun ianya tidak diterima kerana tidak sesuai
dengan sifat kesederhanaan Islam.
21 Syaq ialah lubang yang dibuat di tengah-tengah bahagian kubur dengan kadar boleh dimuatkan mayat di
dalamnya.
66 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
keluar air mata itu tidak mengapa kerana Baginda s.a.w. pernah menangis ketika kematian
anaknya Ibrahim. Itu hanya naluri fitrah kemanusiaan yang mempunyai emosi sedih.
7. Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan dan menjemput orang ramai menikmatinya
sebagaimana yang biasa berlaku zaman sekarang. Ianya bid’ah dan bertentangan dengan
sunnah yang mana Nabi s.a.w. menyuruh jiran tetangga yang menyediakan makanan kepada
keluarga si mati untuk menggembirakan mereka. Perbuatan ini dihukum bid’ah yang makruh
berdasarkan kepada hadis, Jarir r.a. berkata: “Kami mengira perkumpulan di rumah keluarga
si mati dan memberi makanan (kepada hadirin) selepas pengkebumian termasuk dalam
meratapi kematian.” (HR Ahmad dan Ibn Majah)
8. Di antara bentuk bid’ah juga ialah membaca al-Quran di majlis-majlis rasmi sebagai takziah
(kepada keluarga si mati) sebagaimana yang berlaku pada hari ini. Sesungguhnya ucapan
takziah yang disunatkan untuk keluarga si mati ialah dalam tempoh 3 hari dari tarikh kematian
sebagaimana kesepakatan para ulama.
4.2 PENGURUSAN JENAZAH
Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa hukum menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah ke
atas semua orang Islam jika ada kematian di kawasan mereka. Jika tiada siapa melakukannya,
seluruh kampung atau daerah berdosa. Umat Islam bertanggungjawab untuk melakukan empat
perkara kepada si mati yang beragama Islam, iaitu; memandikan, mengkafankan,
menyembahyangkan, dan mengebumikannya:
4.2.1 Pemandian Jenazah
Waris atau pihak pengurusan jenazah yang diupah akan menyediakan alatan pengurusan
jenazah. Antara peralatan pengurusan jenazah adalah:
• Kain putih yang besar, kapas dan putik kapas.
• Air mawar, minyak atar dan sabun.
• Kapur barus dan serbuk cendana.
• Bekas menjirus air seperti gayung dan baldi.
• Apron plastik dan sarung tangan.
Pemandi Jenazah akan memakai pakaian sesuai seperti apron dan sarung tangan. Pemandi
afdhal mereka yang mahram dengan jenazah. Jika tidak mampu, atau keadaan terpaksa,
diharuskan mengupah orang yang mahir dan amanah.
67 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
1. Jenazah diletakkan di tempat yang tinggi yang
mudah air mengalir, aurat jenazah ditutup dengan
baik.
2. Air disiram dengan perlahan dari kepala ke
kakinya.
3. Tekan dengan perlahan perutnya untuk
mengeluarkan sisa najis, seterusnya
bersihkannya. Bersihkan sisa kotoran di celah
anggota seperti di mulut, telinga, hidung, celah-
celah kuku dan sebagainya. Gunakan juga air sabun.
4. Kemudiannya berniat untuk mandikan mayat: Aku mandikan jenazah ini kerana Allah.
5. Siram jenazah dengan air hingga sempurna satu
badan. Mula bahagian kanan badannya. Basuh
dengan ulangan 3 kali.
6. Balikkan ke kanan dan ke kiri agar air meratai
bahagian belakang badan.
7. Mandian ke-3 digunakan air bercampur kapur
barus untuk mewangikan mayat. (Jika mayat
meninggal ketika ihram haji, kapur barus tidak
digunakan). Wudhukkan jenazah.
8. Lapkan jenazah dengan tuala bersih. Jenazah dibawa ke tempat kain kafan dibentangkan,
dengan aurat tertutup.
Mayat lelaki wajib dimandikan oleh orang lelaki dan mayat perempuan wajib dimandikan oleh
orang perempuan. Suami boleh mandikan isterinya dan begitulah sebaliknya. Sekiranya tidak
terdapat orang yang memandikan mayat perempuan kecuali lelaki ajnabi atau sebaliknya, maka
gugur kewajipan memandikannya dan digantikannya dengan tayammum.
Ringkasan Mandian:
1. Persediaan pada sudut keperluan.
2. Proses pembersihan ke atas mayat.
3. Mandian serta wudhuk ke atas mayat.
68 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
4.2.2 Pengkafanan Jenazah
1. Kain kafan sebaiknya telah dibentangkan
sebelum pemandian jenazah. Dihamparkan 3
lapisan bertindih antara satu sama lain.
2. Minimum ketika mengkafankan jenazah ialah
menutup aurat walaupun kain hanya selapis.
Disunatkan 3 lapis kain bagi jenazah lelaki dan 5
lapis kain bagi jenazah perempuan.
3. Kain kafan berwarna putih, makruh menggunakan kain selain warna putih.
4. Serbuk cendana diratakan di atas kapas,
kapas diletakkan di bawah jenazah. Air mawar
direnjiskan di atas kain kafan.
5. Letakkan mayat di atas hamparan kain kafan.
6. Jika ia jenazah perempuan: [1] kain sebagai
baju; [2] kain tutup pusat hingga kaki; [3] kain
sebagai tudung kepala; [4] lapisan terakhir
untuk balutan 1 badan.
7. Kapas digunakan juga untuk menutup
bahagian berlubang (seperti hidung) dan di
anggota sujud jenazah.
8. Kain dilipat menutup jenazah satu-persatu.
9. Ikat jenazah dengan 5 ikatan tali kain. Tali
akan dibuka kembali apabila jenazah
diletakkan dalam liang lahad.
10. Sapukan minyak wangi ke bahagian badan dan
kain kafan jenazah.
11. Ruangan masa untuk waris si mati mencium
jenazah. Mereka yang mahram jenazah sahaja
dibenarkan menciumnya.
69 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
4.2.3 Solat Jenazah
1. Solat untuk jenazah LELAKI, imam disunatkan berdiri di bahagian kepala mayat.
2. Solat untuk jenazah PEREMPUAN, imam disunatkan berdiri di tengah mayat
perempuan.
3. Saf makmum disusun minimum 3 saf dengan rapat. Jika ramai, lebihkan safnya.
4. Niat di hati dan digalakkan lafaz niat: Aku bersolat ke atas jenazah lelaki ini 4 takbir sebagai
makmum kerana Allah Taala.
5. Berdiri dan bertakbir dengan tabiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke atas
mayat. (Niat adalah rukun solat)
6. Membaca surah al-Fatihah – (Rukun solat).
7. Bertakbir dan mengangkat tangan separa bahu dan telinga.
8. Bacaan selawat ke atas Nabi s.a.w. (selawat Ibrahimiyah)
• Selawat paling minima (dikira rukun) ialah bacaan: [ ] اللهمَصلَعلىَمحمد
9. Bertakbir dan mengangkat tangan separa bahu
dan telinga.
10. Berdoa untuk si mati – (Rukun solat)
[Lihat doa di sebelah kanan]
11. Bertakbir dan mengangkat tangan separa bahu
dan telinga.
12. Berdoa untuk si mati – (Doa ini sunat).
اللهم لا تحرمنا أجره ولا تفتنا بعده واغفرلنا وله
Maksudnya: Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah
timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya, serta ampunilah kami dan dia.
9. Salam seperti solat biasa – (Salam Pertama rukun).
70 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
4.2.4 Pemakaman Jenazah
1. Makruh jenazah disembahyangkan dan ditanam pada 3 waktu: waktu malam, ketika waktu
matahari tegak di atas kepala, dan ketika terbit dan terbenamnya matahari; kecuali jika
dalam keadaan terpaksa (terdesak seperti mayat sudah berbau).
2. Ditanam dalam kubur yang dalam. Ukurannya ialah setinggi seorang lelaki yang sederhana
ditambah dengan panjang kedua tangannya yang diangkat ke atas. Luasnya pula ialah
sekadar satu hasta sejengkal. Mungkin juga diukur berdasarkan adat setempat dan fizikal
mayat.
3. Wajib diletakkan mayat di atas bahagian
kanannya dengan menghadap kiblat dan
pipinya sunat dikenakan pada tanah. Jika
mayat tidak menghadap kiblat dan tanah telah
pun ditimbus, maka wajib digali semula untuk
dihadapkan ke arah kiblat.
4. Jika tanah dalam keadaan keras, maka sunat dibuat lahad dalam kubur tersebut. Ini
berdasarkan hadis riwayat Muslim dari Sa’ad bin Abi Waqqas r.a.: “Buatkan untuk aku
lahad dan tegakkan dinding batu-bata untukku seperti dibuat untuk Rasulullah s.a.w.”
71 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
5. Disunatkan agar mayat ditarik daripada bahagian kepalanya setelah ia diletakkan
berhampiran dengan kubur untuk dikebumikan, kemudian dihulurkan dengan perlahan
ke dalam liang kubur. Disunatkan lelaki paling akrab dengan mayat supaya turun ke
dalam kubur untuk meratakan tanah di dalamnya. Disunatkan bagi orang yang
meletakkannya ke lubang lahad membaca: [ ] بسمَاللَعلىَملةَرسولَالل
Apabila selesai jenazah ditanam, kebiasaanya masyarakat Islam di Malaysia (berdasarkan
pendapat mazhab Syafie yang mengatakan galakan membaca talkin) akan membacakan talkin
kepada si mayat. Namun, adalah lebih baik talkin tersebut dibacakan kepada para hadirin supaya
sentiasa sedar dan peka dengan kehidupan dunia yang sementara. Sunnahnya sebelum beredar
dari tanah perkuburan adalah istighfar dan doa keteguhan kepada si mati seperti sabda Nabi
yang bermaksud: “Istighfar untuk saudaramu, doakan kepadanya agar diberikan keteguhan
kerana sekarang dia tengah disoal (malaikat).”
4.3 ISU SEMASA PENGURUSAN JENAZAH
4.3.1 Jenazah Pesakit Covid-19
Kajian saintifik dan laporan forensik hasil “post mortem” telah membuktikan bahawa jenazah
pesakit COVID-19 misalnya bendalir yang keluar dari jenazah mempunyai potensi
kebolehjangkitan. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan tatacara
tertentu bagi pengendalian jenazah pesakit COVID-19 untuk membendung penularan pandemik
ini.
Bagi orang Islam, tatacara pengendalian jenazah telah dibincangkan bersama pakar
Forensik KKM dan muzakarah bersama pihak JAKIM, manakala bagi orang bukan Islam,
perbincangan telah diadakan bersama persatuan agama masing-masing. Hasil daripada
perbincangan tersebut, KKM telah membangunkan garis panduan pengendalian jenazah pesakit
COVID-19:
1. Ahli keluarga tidak dibenarkan untuk mengurus jenazah di rumah atau tempat lain
sebaliknya jenazah akan diuruskan sepenuhnya di hospital.
2. Hanya seorang ahli keluarga dibenarkan untuk mengenal pasti (identify) jenazah dengan
penjarakan 1 meter dan memakai kelengkapan alat pelindung diri (PPE) dan tidak
dibenarkan sama sekali mencium dan menyentuh jenazah.
72 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
3. Semua jenazah pesakit COVID-19 akan dibalut dengan sehelai linen putih dan dua (2)
lapisan beg mayat. Lapisan paling luar beg mayat akan disanitasi dengan 0.5% sodium
hypochlorite.
4. Ahli keluarga dilarang untuk membuka beg mayat atau keranda yang telah ditutup (sealed
coffin).
5. Bagi jenazah Islam, jenazah perlu diuruskan dengan hanya melakukan tayammum di atas
permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan.
6. Pengendali jenazah diwajibkan memakai kelengkapan alat pelindung diri (PPE) dan
mencuci tangan selepas melakukan tayammum untuk mengelakkan sebarang risiko
jangkitan.
7. Bilangan individu yang menunaikan solat jenazah perlu dihadkan dengan penjarakan
fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.
8. Pengebumian perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia.
9. Ahli keluarga terdekat sahaja dinasihatkan hadir untuk pengebumian dan dikehendaki
segera meninggalkan tanah perkuburan sebaik sahaja urusan pengebumian selesai.
4.3.2 Jenazah Pesakit HIV
HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus yang berkebolehan untuk mengurangkan
ketahanan semula jadi badan untuk menentang organisma asing. Hal ini menjadikan badan
seseorang yang dijangkiti virus ini terdedah kepada banyak jenis jangkitan. AIDS pula
bermaksud Acquired Immunodeficiency Syndrome. AIDS merupakan peringkat terakhir bagi
seseorang yang telah dijangkiti oleh virus HIV. Dalam peringkat ini, sistem pertahanan tubuh
pesakit iaitu sel darah putih akan diserang dan dimusnahkan oleh virus HIV, akibatnya segala
virus, bakteria dan mikro organisme lain akan mudah menjangkiti pesakit.
HIV boleh menjangkiti seseorang melalui darah dan cecair badan seseorang yang
dijangkiti HIV. Darah dan cecair badan yang mengandungi HIV boleh memasuki badan seseorang
melalui pecahan atau luka pada permukaan kulit, lapisan mata, mulut, saluran pernafasan dan
saluran pemakanan. Jenazah HIV juga berkemungkinan boleh mengancam kesihatan pengendali
jenazah sekiranya cecair badannya berjaya memasuki badan pengendali jenazah. Langkah-
langkah pencegahan yang sewajarnya perlu diambil bagi menghalang diri mereka dijangkiti.
73 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Pengurusan jenazah adalah menjadi tanggungjawab serta kewajipan ke atas orang-orang
yang hidup. Bagi pengurusan jenazah orang Islam adalah merupakan fardhu kifayah
menyelenggarakan empat perkara berikut iaitu:
1. Memandikan
2. Mengkafankan
3. Menyembahyangkan
4. Mengkebumikan
Pengurusan jenazah orang Islam yang mengidap penyakit berjangkit termasuk pembawa
virus HIV dan AIDS wajib merangkumi empat perkara di atas dan ianya menjadi tanggungjawab
bersama keluarga jenazah, Hospital/ Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Agama Islam
Negeri/ Daerah.
Pemberitahuan Kematian Pembawa HIV Atau Pesakit AIDS
Kematian di hospital
Setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di hospital haruslah diberitahu
dengan SEGERA melalui telefon kepada:
1. Notifikasi kematian kepada Pejabat Kesihatan Daerah.
2. Keluarga si mati – Sekiranya keluarga si mati gagal dihubungi melalui telefon, bantuan
pihak polis boleh diminta tetapi status HIV si mati haruslah DIRAHSIAKAN.
Kematian di rumah
Bagi setiap kematian pembawa HIV dan pesakit AIDS yang berlaku di rumah, adalah menjadi
kewajipan ahli keluarga si mati untuk memberitahu Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
dengan SEGERA melalui telefon bagi tujuan penyeliaan pengurusan jenazah serta tindakan lain
yang perlu diambil.
Penyeliaan Jenazah
Setelah notifikasi/pemberitahuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah tentang kematian pembawa
HIV dan pesakit AIDS dijalankan, penyeliaan berhubung pengurusan jenazah seperti memandi,
mengkafan, menyembahyang dan mengebumikan serta pemindahan jenazah
dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kesihatan berikut:
74 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
1. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) lelaki ke atas jenazah lelaki
2. PPKP perempuan / Jururawat Kesihatan ke atas jenazah perempuan
Pemilihan Pengendali Jenazah Di Rumah
Bagi pengendalian jenazah di rumah, perlu mengambil kira faktor-faktor berikut:
1. Pengendali jenazah dihadkan kepada tidak melebihi 4 orang.
2. Pengendali jenazah dari kalangan keluarga atau mahramnya si mati dan petugas/pegawai
masjid yang terlatih dalam mengendalikan jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS.
3. Memastikan setiap pengendali jenazah tidak mengalami sebarang luka atau kudis di
permukaan tubuh terutama di bahagian tangan.
Pengendali Peralatan Pengedalian Jenazah Di Hospital Atau Di Rumah
Peralatan
1. Apron plastik, sarung tangan getah, kasut but getah dan “mask” disediakan berdasarkan
jumlah pengendali jenazah yang terlibat.
2. Semua pengendali jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS perlu memakai dua lapisan
sarung tangan.
3. Bancuhan Sodium Hypoclorite – NaCIO : 1 botol NaCIO dengan ukuran 1 liter dibancuh
dengan 9 liter air biasa untuk menjadikan larutan NaCIO dengan 1 : 10 (1 bahagian NaCIO
dibancuh dengan 9 bahagian air)
Kegunaan Baldi Dan Besen
Baldi 3 buah:
• 1 buah untuk merendam baju / pakaian simati yang telah dipakai
• 1 buah untuk bancuhan NaCIO (1 : 10) bagi memandikan jenazah
• 1 buah untuk merendam perkakas / kapas yang telah digunakan
Besen 1 buah
• Untuk merendam kapas yang belum digunakan ke dalam bancuhan NaCIO 1 : 10
75 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Mandi Jenazah Pembawa HIV Atau Pesakit AIDS
Bagi kematian pembawa HIV atau pesakit AIDS yang berlaku di hospital, pengurusan jenazah
iaitu memandi dan mengkafankan sebaik-baiknya dilakukan di hospital sebelum dituntut oleh
waris si mati. Sekiranya waris si mati memohon untuk menguruskan jenazah di rumah,
pemindahan jenazah dari bilik mayat hospital ke rumah haruslah diawasi oleh kakitangan
kesihatan terlatih dari Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. Bagi menguruskan jenazah di
rumah perkara-perkara perlu diambil perhatian.
Persediaan Tempat Pembuangan Air Mandian Jenazah
Bagi menguruskan jenazah di rumah, waris si mati perlu menggali parit atau lubang untuk tujuan
pembuangan air mandian sekiranya rumah tersebut tidak terdapat longkang atau parit bersimen.
PPKP/Jururawat Kesihatan bertanggungjawab akan menyelia penyediaan tempat pembuangan
tersebut.
Persediaan Tempat Mandi Jenazah
Tempat khas (takungan mandian mayat) digunakan untuk memandikan jenazah. Sekiranya tiada
takungan mandian mayat, pelapik plastik tebal boleh digunakan tetapi ianya hendaklah dibentuk
supaya air mandian dapat mengalir ke tempat buangan (parit / longkang / lubang).
Cara-cara Memandikan Jenazah
Memandikan jenazah orang Islam perlulah mengikut cara-cara pengurusan jenazah yang biasa
dilakukan dan diikhtirafkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. Namun demikian terdapat
beberapa perubahan dalam pemandian jenazah pembawa HIV dan pesakit AIDS bagi mencegah
pengendali jenazah dari dijangkiti virus AIDS.
Cara-cara pemandian jenazah orang Islam pembawa HIV dan pesakit AIDS adalah seperti
berikut:
1. Pengendali jenazah perlu melindungi diri dengan memakai
o Apron plastik
o 2 lapisan sarung tangan getah
o Pelindung mulut dan hidung (mask)
o Kasut but getah
2. Bancuhan NaCIO dengan larutan 1 : 10 disediakan di dalam 3 buah baldi dan 1 buah
besen.
76 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
3. Kapas yang belum digunakan direndam dalam besen berisi larutan NaCIO (1 : 10).
4. Pakaian jenazah ditanggal dan direndam dalam baldi bancuhan NaCIO (1 : 10) selama
sekurang- kurangnya 30 minit.
5. Jenazah diletakkan ke dalam tempat khas takungan mayat. Sekiranya tiada terdapat
tempat khas,mayat diletakkan ke atas alas plastik tebal yang telah direndam dengan
larutan NaCIO 1 : 10.
6. Rongga mulut, telinga, hidung, serta faraj dibersih dan disumbat dengan kapas yang telah
direndam dengan NaCIO dengan menggunakan peralatan iaitu forcep yang telah
disediakan (langkah ini perlu dilakukan terlebih dahulu sekiranya terdapat darah atau
cecair yang sentiasa terkeluar dari rongga-rongga tersebut setiap kali jenazah dialih
posisinya untuk dimandikan).
7. Jenazah kemudian dicuci dan dimandikan dengan larutan NaCIO 1 : 10.
8. Semasa memandikan jenazah dengan air larutan NaCIO bersihkan dubur dengan kapas
yang telah direndam dengan larutan NaCIO (1 : 10) dan dubur kemudian disumbat dengan
kapas yang telah direndam dengan larutan NaCIO.
9. Jenazah kemudian dimandikan dengan air biasa / bersih menurut ajaran agama Islam.
10. Sekiranya rongga-rongga seperti mulut, telinga, hidung atau faraj ingin dibersihkan
semula ianya boleh dilakukan dengan kapas yang telah direndam dengan larutan NaCIO
menggunakan forcep dan rongga-rongga tersebut kemudiannya disumbat dengan kapas
yang direndam dengan larutan NaCIO.
11. Jenazah kemudiannya boleh disiram dengan air daun bidara, air kapur barus atau air kayu
cendana.
12. Jenazah dibilas dengan air larutan NaCIO (1:100 pada bilasan terakhir).
Mengkafankan Jenazah
Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Plastik tebal dialaskan ditempatkan mengkafankan jenazah supaya cecair, bendalir atau
darah terkumpul tanpa mencemarkan kawasan persekitaran bagi mencegah jangkitan
kepada orang lain
77 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
2. Kain kafan dibalut sebagai lapisan pertama. Kain kafan tidak perlu direndam dengan larut
NaCIO 1:10 sekiranya tidak terdapat cecair, bendalir atau darah yang terkeluar dari
jenazah atau tidak terdapat luka kudis di permukaan tubuh jenazah.
3. Bagi jenazah yang mengeluarkan cecair, bendalir, darah atau terdapat luka/kudis pada
permukan tubuh, jenazah perlu dimasukkan ke dalam beg plastic (body bag) atau dibalut
dengan plastik yang telah digunakan untuk mengalas tempat mengkafankan jenazah.
Jenazah tidak perlu dibalut dengan plastic atau dimasukkan ke dalam beg plastik
sekiranya tiada tumpahan cecair, bendalir, darah ata tiada luka/kudis di permukaan tubuh
jenazah tetapi tiada halangan sekiranya lapisan plastik dibalutkan.
4. Seterusnya jenazah dikafankan dengan menggunakan dua lapisan kain kafan sebagai
lapisan terakhir. Perhatian lapisan terakhir merupakan kain kafan dan bukannya lapisan
plastik.
Disinfeksi Peralatan Dan Air Mandian Jenazah
Disinfeksi peralatan dan air mandian jenazah adalah seperti berikut:
1. Peralatan yang telah digunakan untuk memandikan jenazah perlu direndam ke dalam air
larutan NaCIO (1:10) selama sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dicuci.
2. Air mandian jenazah di lantai tempat pemandian jenazah perlu dimopkan dengan NaCIO
tanpa dicampur dengan air.
3. Air mandian jenazah yang ditakung di dalam lubang perlu ditabur dengan kapur klorida
(chloride of lime) dan ditimbus.
Sembahyang Mayat
Cara jenazah disembahyangkan adalah serupa dengan jenazah orang Islam yang lain.
Pengkebumian Jenazah
Pengkebumian jenazah pembawa HIV atau pesakit AIDS adalah sama seperti pengkebumian
jenazah orang Islam lain.
Kesimpulan
Semua pengendali jenazah harus sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi
mencegah dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti HIV semasa mengendalikan setiap kematian.
Langkah-langkah pencegahan ini perlu kerana adakalanya status HIV jenazah yang dikendalikan
78 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
tidak diketahui atau kemungkinan notifikasi kematian pembawa HIV atau AIDS tidak dikemukakan
kepada Pejabat Kesihatan Daerah oleh waris si mati. Kakitangan Kesihatan yang menyelia
jenazah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam dan menggunakan kenderaan kerajaan
bagi menjaga reputasi si mati serta kaum keluarganya.
4.3.3 Jenazah Terbakar
Hukum asal atau hak bagi jenazah adalah wajib dimandikan, sama ada ianya terbakar ataupun
tidak. Sekiranya terdapat keuzuran seperti tahap kebakaran yang amat parah iaitu tahap ketiga
(deep burn), tidak diperlukan air kerana dikhuatiri kulit yang melepuh akan tertanggal dan
menyukarkan lagi keadaan. Maka, digantikan dengan tayammum. Ini adalah pandangan dalam
mazhab Syafie. Dalil bagi para fuqaha’ adalah qias kepada keadaan orang yang hidup. Sekiranya
seseorang yang sihat berubah daripada wudhu’ dengan air kepada tayammum disebabkan
keuzuran tertentu, begitu juga bolehnya ditayammumkan jenazah kerana keuzuran pada jenazah
itu sendiri.
Imam al-Nawawi menyebutkan dalam al-Majmu’ apabila menjelaskan hal ini
berkata: Apabila terdapatnya keuzuran untuk memandikan mayat disebabkan ketiadaan air,
atau jenazah terbakar, yang mana apabila ia dimandikan akan menyebabkan daging
terpisah, maka ia tidak dimandikan bahkan ia cuma ditayammum. Dan tayammum ini wajib
kerana ia adalah proses penyucian yang tidak berkaitan dengan menghilangkan najis, maka wajib
untuk beralih kepadanya (tayammum) ketika tidak mampu menggunakan air sama seperti mandi
junub.
Berkenaan menguburkan jenazah terbakar dalam satu lubang lahad, pada asalnya tidak
dibolehkan menguburkan mayat dalam satu liang lahad. Diharamkan mengubur dua jenazah
dalam satu kubur. Namun, dikecualikan apabila hal tersebut dilakukan kerana dalam keadaan
darurat seperti disebabkan banyaknya orang yang meninggal, dan sulit mengubur satu orang
pada tiap satu kuburan, maka diperbolehkan mengubur lebih dari satu orang dalam satu kuburan.
Alasan larangan tersebut adalah bahawa Nabi s.a.w. tidak pernah mengubur lebih dari satu orang
dalam satu kuburan kecuali dalam keadaan darurat, seperti yang beliau kerjakan setelah perang
Uhud, sebagaimana diterangkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA:
أَ من النمِبمي َصلمى اللهُ عَلَيِْه َو َسلمَم َكا َن َيْ َم ُع بَْيَن المر ُجلَْيِن ِم ْن قَتْلَى أُ ُح ٍد
Maksudnya: Bahawasanya Nabi s.a.w. menghimpunkan antara dua orang
diantara orang-orang yang terbunuh dalam satu liang pada masa perang Uhud.
Riwayat al-Bukhari
79 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
Begitu juga dalam satu hadis lain, Hisham bin Amir telah mengadu kepada Rasulullah
s.a.w. pada ketika Perang Uhud dengan berkata: “Wahai Rasulullah, ia satu kesukaran bagi kami
untuk menggali kubur bagi setiap seorang.” Maka sabda Rasulullah s.a.w.:
ا ْحِفُروا َوأَ ْع ِمُقوا َوأَ ْح ِسنُوا َوا ْدفِنُوا الِاثْنَْيِن َوالثملاَثَةَ ِف قٍَْۡب َوا ِح ٍد
Maksudnya:“Galilah kubur, perdalamkannya dan perelokkanlah. Kuburkanlah dua
jenazah dan tiga jenazah dalam satu kubur. Riwayat al-Nasaie
Kesimpulannya, menguburkan lebih dari satu jenazah dalam satu kuburan hukumnya haram
kecuali dengan sebab darurat sahaja.
4.3.4 Jenazah Mati Lemas
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 5/2018-1439H yang bersidang pada 26
Julai 2018 bersamaan 13 Zu-al-Qa’dah 1439H telah 2014 telah membincangkan Mayat
Terdampar Menurut Perspektif Islam. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1. Mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya termasuk kanak-kanak terdampar boleh
dianggap penduduk negara mayat itu dijumpai.
2. Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara orang Islam, tanpa bantuan pengenalan diri
dan dokumen berkaitan, maka mayat itu dianggap Islam dan sekiranya mayat itu dijumpai
di negara bukan Islam dan tidak ada dokumen atau tanda-tanda yang mayat itu seorang
Islam, maka ia dianggap bukan Islam.
3. Mayat yang bercampur aduk antara orang Islam dan bukan Islam dan tidak dapat
dibezakan maka hendaklah dimandi, dikafan dan disembahyangkan dengan niat kepada
jenazah orang Islam sahaja. Mayat tersebut pula tidak boleh dikebumikan di tanah
perkuburan bukan Islam. Sebaliknya mayat itu hendaklah dikebumikan di suatu kawasan
berasingan atau di bahagian yang berasingan di tanah perkuburan orang Islam.
Jika mayat dapat dikenalpasti dan dapat dilakukan pengecaman, maka ia diuruskan seperti biasa.
Mengenai kaedah bersuci (mandi mayat), maka ia dimandikan seperti biasa melainkan jika kulit
atau daging mayat sudah hancur, maka ia perlu ditayammum sahaja. Pengurusan jenazah yang
lain dilakukan dengan kadar termampu sahaja.
80 | 1 1 5
Edisi 1: Sesi 2 2021/2022
4.3.5 Jenazah Transgender
Jenazah akan diuruskan mengikut fitrah kelahirannya. Jika lahir ke dunia sebagai lelaki, maka ia
akan diuruskan mengikut cara pengurusan jenazah lelaki, walaupun badannya telah dilakukan
perubahan melalui pembedahan.
1. Dalam situasi seperti ini, adalah lebih afdhal jenazah diuruskan oleh ahli keluarga sendiri
kerana aibnya akan disimpan oleh mereka.
2. Jika menggunakan khidmat luar seperti AJK masjid untuk menguruskannya, maka aibnya
perlu disimpan rapi dan perlu diuruskan mengikut jantina asalnya (AJK lelaki
menguruskan jenazah lelaki walaupun ia pondan).
3. Proses mandian ditutup dengan kain seperti biasa, namun di bahagian kepada terkadang
perlu ditutup agar jenazah tersebut tidak dikenali ramai (untuk tutup aib).
4. Begitu juga dengan kaedah kafan, mengikut jantina asalnya. Solat dan pengebumian
jenazah juga seperti biasa dan menurut asal jantina. Aibnya mesti dipelihara sebaik
mungkin oleh pihak pengurusan jenazah dan ahli keluarganya.
5. Apa yang telah diubah, maka itu adalah urusan dia dengan Allah. Kita hanya
menguruskannya sekadar apa termampu dan disuruh oleh agama.
4.4 KESIMPULAN
Pengurusan jenazah adalah kewajipan kepada sekumpulan umat Islam untuk menguruskannya.
Ia mesti diuruskan oleh seorang yang amanah dan berkemahiran dalam pengurusannya. Setiap
muslim sepatutnya mempelajari ilmu pengurusan jenazah supaya mengetahui cara terbaik
menguruskan jenazah ahli keluarga sendiri. Dalam menguruskan jenazah, ia mestilah berusaha
mengikut kaedah yang telah digariskan oleh para ulama’ dan meninggalkan upacara-upacara
yang telah menjadi tradisi nenek moyang. Ini akan menjamin pengurusan jenazah akan terhindar
daripada bid’ah yang dibenci agama. Sekiranya berlaku masalah di luar jangkaan seperti
berlakunya penyakit covid-19 ke atas mayat, penyakit HIV, mayat mati lemas dan terbakar, maka
pengurusannya mengikut kaedah dan hukum darurat. Pengurus jenazah mesti mengetahui mana
kewajipan utama dan mana urusan pelengkap (sunat). Walau bagaimanapun, rujuklah kepada
fatwa ulama’ agar dapat melaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan tertib agama.
81 | 1 1 5