BAB 8: CABARAN IDEOLOGI
8.1 SEKULARISME
8.1.1 Definisi
Definisi sekularisme dari segi bahasa: Faham (doktrin atau pendirian) yang menolak nilai-nilai
keagamaan dalam kehidupan sosial manusia. Diterjemahkan di dalam bahasa arabnya dipanggil
“al-‘Ilmaniyyah” diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa arab = ‘ain, lam dan mim). Sebenarnya
kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah “al-Ladiniyyah” yakni tanpa agama atau “al-
La’aqidah” yakni tanpa akidah.
Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan
keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan
pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama
dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas
menurut fahaman sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan
dengan soal agama atau gereja.
Sekularisme bukan hanya sekadar berpandangan “politik suku agama suku” tetapi dengan
menyempitkan ruang lingkup agama, itu juga termasuk dalam sekularisme seperti beramal dengan
Islam secara separuh. Apa yang memberi keuntungan dan kemudahan diterima pakai manakala yang
mendatangkan kesusahan ditolak tepi. Sebab itulah perbuatan ini ditempelak oleh Allah melalui
firman-Nya surah al-Baqarah ayat 85, maksudnya: “adakah kamu percaya (beriman) kepada
sebahagian kandungan Kitab (al-Quran) dan ingkar akan sebahagiannya? Sebaliknya Allah
memerintahkan agar menerima Islam secara keseluruhannya melalui firman-Nya surah al-Baqarah
ayat 208 yang bermaksud, “wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam
keseluruhannya.”
8.1.2 Cara-cara Penyebaran Sekularisme
Semenjak penjajah barat meletakkan kaki mereka ke bumi umat Islam, mereka berusaha sedaya
upaya untuk menyebarkan fahaman sekularisme ini melalui pelbagai cara. Dengan keupayaan ilmu
dan teknologi yang dimiliki serta pengalaman, mereka berjaya melaksanakannya. Cara-cara
penyebaran fahaman sekularisme ini dilaksanakanan melalui bidang pendidikan, media massa dan
undang-undang. Tujuannya hanyalah untuk menjauhkan umat Islam dari agamanya.
80
Penyebaran Sekularisme Melalui Pendidikan
1. Menyekat pengajian agama Islam secara material dan moral: iaitu melalui dua cara;
sekatan secara material dan kedua sekatan secara moral. Huraian seperti di bawah:
Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada
pengajian yang kosong dari roh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan
agama). Pengajian ilmu moden akan dibantu dan dibangunkan serta diberi kemudahan
dari segi material. Adapun pengajian agama Islam disempitkan bantuan kewangan
ataupun tidak dibantu langsung.
Sekatan secara moral ialah dengan memperlekehkan golongan penuntut agama dan
tuan-tuan guru mereka. Membeza-bezakan antara guru-guru agama dan guru-guru
subjek lain dalam setiap keadaan memang satu perkara yang disengajakan. Begitu juga
membeza-bezakan antara lepasan bidang agama dan lepasan bidang-bidang lain. Dari
segi jawatan pula, lepasan bidang agama tidak banyak mendapat peluang di samping
ganjaran dan status yang dipandang rendah tetapi bagi lepasan bidang-bidang lain agak
mudah mendapat peluang dengan habuan dan status yang lumayan. Mereka ini akan
tenggelam dalam “ketidaksedaran” dan akan menyebabkan orang ramai tidak kira tua
muda akan lari dari agama dengan terpahat satu sikap dalam minda mereka iaitu “jika
kita memilih bidang agama ianya tidak akan ke mana dan tidak akan menjamin hidup”,
maka dengan itu mereka lebih cenderung kepada pengajian bidang di bidang akademik.20
2. Menghantar pelajar Islam ke negara-negara bukan Islam untuk belajar. Misi
penghantaran ini akan membuahkan hasilnya yang memang dinanti-nantikan iaitu pelajar itu
bertambah jahil dengan agama, nilai serta adat yang baik dan akan menyebabkan pelajar itu
tertarik dengan budaya barat. Di samping itu, akan tertanam dalam diri pelajar itu tabiat
(kelakuan) yang menyeleweng dari ajaran Islam. Dengan berlalunya masa, tabiat menyeleweng
ini akan menjadi sebati dengan diri pelajar itu dan dia akan mempraktikkannya dalam
kehidupannya sehinggakan dalam bab makan minum, pakaian, cara pergaulan dan lain-lain tabiat
yang buruk. Dia akan menjadi lebih barat daripada orang-orang barat sendiri.
3. Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik. Presiden
Britain di Mesir Lord Krumer semasa penjajahan Britain ke atas Mesir telah melaung-laungkan
slogan pembaharuan dalam Universiti al-Azhar dengan memasukkan subjek sivil dalam sukatan
pengajiannya. Percampuran ini menyebabkan pelajar lemah dalam menguasai ilmu agama.
Beberapa sukatan pelajaran juga telah dibuang atau dikurangkan seperti subjek yang berkaitan
20 Bidang akademik yang dimaksudkan adalah kedoktoran, ketenteraan, arkitek, kejuruteraan dan seumpamanya.
Pada asasnya ia tetap ilmu yang diutamakan dalam Islam. Ia termasuk dalam kategori fardhu kifayah.
81
jihad menyebabkan roh jihad telah hilang dalam diri pelajar Islam. Pelonggaran sukatan pengajian
agama berlaku di seluruh negara Islam dengan tujuan untuk melemahkan pelajar-pelajar Islam.
4. Bercambahnya institusi pengajian asing di negara Islam bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Tujuannya ialah untuk mengeluarkan umat Islam dari agama mereka atau sekurang-
kurangnya menyelewengkan akidah mereka. Paling kurang kesannya ialah menghina bahasa Arab
(bahasa umat Islam) dan mengagungkan bahasa asing. Penghinaan bahasa arab sebenarnya
menghinakan agama Islam itu sendiri. Ini berlaku di negara-negara Arab.
5. Paling bahaya cara yang digunakan ialah percampuran lelaki dan perempuan ketika
pengajian. Mereka (golongan sekular) memulakannya di negara-negara Islam dengan
mendakwa ianya kemajuan dan kemodenan tetapi ia sebenarnya menyalakan lagi obor nafsu
manusia. Mereka juga mendakwa percampuran itu dapat mematangkan pemikiran tetapi mereka
telah tersilap kerana ia antara punca tercetusnya masalah sosial yang kronik akibat percampuran
yang tidak dikawal.
Pelajar-pelajar sekalian, cuba ringkaskan isi utama bagaimana penyebaran sekularisme
melalui sistem pendidikan berlaku:
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
Penyebaran Sekularisme Melalui Media Massa
Jikalau sekularisasi dalam pengajian hanya melibatkan ribuan pelajar, tetapi sekularisasi dalam media
massa meliputi jutaan orang yang menonton, mendengar dan membacanya melalui program-program
yang disediakan. Setiap perkataan atau tulisan yang baik akan menghasilkan natijah yang baik
dengan izin Allah. Manakala perkataan atau tulisan yang jahat pula akan menghasilkan natijah yang
jahat juga. Oleh itu, media massa boleh berperanan untuk mengangkat martabat, peribadi, maruah
dan minda seseorang atau ia juga boleh berperanan untuk menjatuhkan martabat, peribadi, maruah
dan minda seseorang.
Realiti yang dapat dilihat melalui televisyen, radio, wayang gambar, teater, akhbar, majalah
dan lain-lain media massa tidak banyak yang membantu perkembangan nilai-nilai murni. Ia juga tidak
membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam. Jikalau adapun, ia hanya
82
seperti tangkap muat dan pemanis mulut, tidak lebih dari itu. Rancangan-rancangan televisyen yang
menyiarkan gambar separuh bogel atau “tidak sempat memakai baju dan seluar” banyak disiarkan
untuk meruntuhkan akhlak umat Islam terutamanya golongan muda-mudi. Sepatutnya media massa
itu menjadi “mimbar dakwah” yang menyeru kepada kebaikan dan menyampaikan kebenaran,
bukannya suara maksiat, medan fitnah dan kilang kerosakan sosial masyarakat. Itulah kerja
sekularisme yang berusaha menjauhkan umat Islam dari agamanya.
Penyebaran Sekularisme Melalui Undang-undang
Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari “kuasa” pemerintahan.
Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk walau dalam apahal sekalipun
sehinggakan Islam kelihatan tinggal rangkanya sahaja. Ia terjadi di kebanyakan negara Islam. Di
Turki contohnya, untuk menjauhkan manusia dari Islam, mereka berusaha mensekularkan undang-
undang sedikit demi sedikit hingga akhirnya undang-undang Turki menjadi sekular dan terlerainya
undang-undang khilafah Islam. Di Mesir “pengsekularan” undang-undang dilakukan ketika penjajahan
Inggeris dengan mewajibkan merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dan undang-
undang Perancis secara khususnya.
Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kahwin (Ahwal Syakhsiah) atau
yang berkait dengan adat kerana ia tidak menggugat kedudukan penjajah. Umat Islam boleh
mengamalkan undang-undang ini dalam kalangan mereka tetapi untuk mengamalkan undang-undang
yang bersangkut paut dengan pemerintahan negara, jenayah dan lain-lain tidak diizinkan oleh
penjajah. Ini adalah perancangan jahat golongan sekular. Mana-mana negara Islam yang ingin
melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh pasti akan menerima tekanan hebat dari
pihak barat atau dari golongan sekular dalam negara itu sendiri.
Islam dan sekularisme tidak akan dapat disatu dan disebatikan kerana kedua-duanya adalah
berbeza. Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya’rawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir
sempat berkata: “sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi
pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil.” Maka umat Islam perlulah mengikut yang
hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Untuk mengetahui yang hak dan yang batil menurut pandangan syarak, maka tugas itu biarlah
dilakukan oleh ulama-ulama yang pakar lagi ikhlas. Tidak ada jalan selamat di akhirat melainkan
menerima seratus peratus ajaran Islam yang sebenarnya mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah
s.a.w.21
21 Artikel Sekularisme ini dipetik dan diubah suai dari buku “Mauqif al-Islam Min al-Tayyarat Wa al-Mazahib al-
Mu’asharah” karangan Prof. Dr. Taha Abd al-Salam Khudhair dan Prof. Dr. Hasan Muharram al-Sayyid al-Huwaini,
pensyarah jabatan akidah dan falsafah, kuliah Usuluddin Universiti al-Azhar Mesir.
83
Pelajar-pelajar sekalian, cuba ringkaskan isi utama bagaimana penyebaran sekularisme
melalui sistem undang-undang berlaku:
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
8.2 LIBERALISME & PLURALISME
8.2.1 Definisi
Liberalisme ialah aliran pemikiran yang bertujuan untuk meningkat kebebasan yang diberi kepada
individu. Dari segi tafsirnya tidak bertentangan dengan pandangan Islam jika terbatas dalam
lingkungan syariat Islam tetapi istilah yang digunakan oleh Barat ini difahamkan tidak terbatas dengan
syariat Islam.
Pluralisme agama ialah Pemikiran yang meletakkan kebenaran adalah milik bersama semua agama
(menyamakan semua agama).
8.2.2 Ciri-ciri penyelewengan liberalisme adalah seperti berikut:22
Berpegang kepada Konsep Pluralisme:
Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme
agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang
tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya
merujuk kepada Realiti Yang Agung.
Akal Manusia Adalah Wahyu:
Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang
tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak
bertulis adalah akal manusia dan akal yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran
berdasarkan tujuan serta konteks suasana zaman.
22 Ciri ini berdasarkan kepada kertas kerja yang dibentangkan oleh Mufti Selangor.
84
Meragui Ketulenan Al-Quran:
Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab
menjadi bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa
risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut
tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab.
Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Quran Dan Al-Hadith:
Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau metodologi pentafsiran al-Quran yang diguna
pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran
ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh
berbeza dengan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Menggesa Tafsiran Baru al-Quran Dalam Konsep Ibadat:
Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai
alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh
proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
Mempertikaikan Kriteria dan Akhlak Kenabian:
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah
S.A.W dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang
manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat
nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat
seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan
(exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang
tidak terjadi di alam realiti.
Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam:
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa la-Ta’dil dan
sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam disiplin ilmu, telah dikritik
oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan
hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan
konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.
8.2.3 Aliran-aliran Liberalisme
Liberalisme politik adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan
masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam
masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada
85
sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Liberalisme politik menekankan perjanjian
sosial yang mana rakyat merangka undang-undang and bersetuju untuk mematuhi undang-
undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk dirinya. Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat
tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan
kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.
Liberalisme budaya menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan
perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman
dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi. Liberalisme
budaya secara umumnya menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan,
seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, pengguguran kandungan, arak, ganja dan barang-
barang kawalan yang lain. Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh atau semua
peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi
liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia.
Liberalisme ekonomik yang juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme
Manchester adalah satu ideologi yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan
kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang mahu
membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang
diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya
sedikit atau tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Liberalisme ekonomik
menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang
sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Liberalisme ekonomi menerima
ketidak samarataan sebagai hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak melibatkan
ugutan yang mengecam hak-hak peribadi.
Liberalisme sosial atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neoliberalisme)
mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia
dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill.
Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan
seperti pelajaran, peluang ekonomi dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak
ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan Mortimer Adler pada akhir
abad ke-19 dan awal abad ke-20. Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu
dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni
hendaklah dibiayai dengan hasil cukai.
86
Kesemua bentuk liberalisme mempunyai pendapat di mana terdapat keseimbangan di antara
tanggungjawab kerajaan dan peribadi, di mana kerajaan perlu menjalankan peranan yang mana
seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan sendiri melalui diri atau pihak swasta.
Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden yang akhirnya menyebabkan kerajaan-
kerajaan dunia moden ini sekurang-kurangnya bercakap (dan tidak semestinya bertindak) mengenai
kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.
Pelajar-pelajar sekalian, dengan menggunakan kefahaman sendiri, cuba jelaskan
Liberalisme bergerak dalam bidang kehidupan berikut:
Politik:
____________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Budaya:
_________________________________________________________________
________________________________________________________________
Ekonomi:
_________________________________________________________________
______________________________________________________________
Sosial:
_________________________________________________________________
______________________________________________________________
8.3 ORIENTALISME
ORIENTALISME (Al-Istisyraqiyah - Orientalism) ialah satu gerakan penyelidikan mengenai hal-
hal ketimuran khasnya mengenai agama Islam, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti
sejarahnya, agama-agama di Timur, bahasa-bahasanya, falsafahnya, sosio-ekonominya, adat-
istiadatnya dan keseniannya.
ORIENTALIS pula (Al-Mustasyriq - Orientalist) pula ialah seorang cendekiawan Barat (ataupun
hasil ciptaan Barat) yang menitik-beratkan penyelidikan-penyelidikan di atas, khasnya berkenaan
agama Islam dan penganut-penganutnya.
8.3.1 Faktor-faktor Kelahiran Orientalisme
a. Faktor Keagamaan - seperti untuk menyaingi perkembangan Islam, ataupun untuk
menyebarkan Islam yang telah diselewengkan oleh Barat, dan juga faktor kekalahan mereka
di dalam Perang Salib.
87
b. Faktor Penjajahan – Niat mereka untuk menjajah kawasan atau negara untuk mendapatkan
hasil negara, di samping menjadi kuasa terbesar dunia sebagai penjajah.
c. Faktor Ilmu - Kerana Barat pada waktu itu masih “kelam”, tidak kenal langsung akan ilmu
dan sains. Dengan mempelajari tamadun-tamadun ciptaan Muslimin khasnya di Sepanyol
ketika itu, mereka boleh membina ketamadunan Barat.
d. Faktor Ekonomi - Sumber makanan, rempah-ratus dan hasil bumi banyak di Timur.
Menguasai Timur bermakna menopoli kekuatan ekonomi dunia. Selain itu, mereka mahu
memecah-belahkan kekuatan ekonomi yang dibina oleh saudagar-saudagar Islam, khasnya
dari Tanah Arab.
e. Faktor Politik - Semakin banyak tempat yang dijajah, semakin gemilanglah nama negara
penjajah itu. Di samping hendak mencari nama dan pingat daripada penguasa negara.
f. Faktor Peribadi dan Sejarah - Kerana dendam kesumat dengan perkembangan Islam
semenjak zaman Saidina Rasulullah s.a.w, maka dengan gerakan ini, mereka akan belajar
segala yang berkaitan dengan umat Islam, lalu akan diserang kembali umat Islam dengan
ilmu-ilmu yang berasal daripada mereka. Seolah mereka berkata: “Bukankah sebatang pohon
kayu takkan berjaya dibelah dengan hanya menggunakan mata kapak, melainkan mestilah
juga diambil daripada pohon kayu itu sebagai ulu kapaknya?”
8.3.2 Tujuan Utama Kelahiran Orientalisme
1. Menyelewengkan Aqidah Islam yang sebenar, kerana kekuatan utama umat Islam ialah
Aqidah yang sahih.
2. Cuba meragukan umat Islam terhadap Al-Quran, As-Sunnah dan para ulama’ yang sebenar.
3. Cuba menghina ataupun merendah-rendahkan Rasulullah s.a.w dan tugasnya sebagai utusan
Allah Ta’ala.
4. Melahirkan keraguan-keraguan terhadap sumber-sumber rujukan umat Islam dan
ketamadunan yang ditempa oleh umat Islam zaman-berzaman.
5. Cuba menyerang umat Islam dengan “serangan pemikiran” atau “perang saraf” kerana ini
jauh berbahaya daripada perang dengan menggunakan senjata-senjata yang canggih lagi
sofistikated.
6. Sebagai khidmat dengan memeberikan laluan kepada Gerakan Kristianisasi (At-Tansir) dan
Zionisme Yahudi (As-Sohyuniyah) untuk menjajah umat Islam.
88
8.7 KESIMPULAN
Islam adalah agama yang sudah sempurna sejak zaman Baginda s.a.w. Ia adalah agama dan cara
hidup yang lengkap. Ia akan diganggu gugat oleh pelbagai aliran dalam Islam yang mendakwa
membawa panji-panji Islam. Oleh yang demikian, kita hendaklah menambah ilmu pengetahuan
tentang asas-asas agama agar dapat mengenali aliran-aliran sesat dan serangan pemikiran pihak
musuh Islam untuk melemahkan Islam dan umatnya.
Aktiviti / Tugasan
1. Pelajar mencari punca kelemahan umat Islam apabila cuba menentang ideologi dari barat ini.
Gunakan sumber internet.
2. Pelajar menyenaraikan apakah “jarum suntikan” yang digunakan barat menyerang remaja
muslim masa kini di Malaysia.
UJI MINDA
1. Apakah yang dimaksudkan dengan sekularisme?
A. hidup tanpa agama
B. menganggap semua agama adalah sama
C. memisahkan cara hidup daripada agama Islam
D. gerakan mengkaji agama Islam untuk mencari kelemahan Islam
2. Antara isme-isme yang wujud di zaman ini, manakah yang membawa metod baru dalam
pentafsiran al-Quran agar sesuai dengan peredaran zaman?
A. sekularisme C. komunisme
B. liberalisme D. orientasme
3. Manakah berikut faktor kemunculan orientalisme
I. menyebarkan agama Kristian
II. persaingan dengan agama Islam
III. niat untuk menjajah negara yang kaya dengan sumber alam
IV. menutup aib kekalahan mereka di dalam perang Salib dahulu
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
4. “Aliran ini mengkritik sinis sifat nubuwwah yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. dengan
mengatakan ia hanyalah sekadar leadership value.” Aliran yang dimaksudkan ialah
A. sekularisme C. komunisme
B. liberalisme D. orientalisme
89
5. Berikut adalah cara pendokong aliran sekular memomokkan jihad sebagai jahat kecuali
A. jihad menunjukkan tamadun lapuk
B. jihad mendorong manusia bertindak ganas terhadap bukan Islam
C. jihad dibuang daripada silibus kerana dianggap membawa idea keganasan
D. jihad menggalakkan pengeboman berani mati kerap berlaku di pelusuk dunia
6. Penyebaran sekularisme berlaku dalam pendidikan dengan cara berikut kecuali
A. menyekat bantuan kewangan kepada pelajar bidang agama
B. memomokkan dengan ‘tiada pekerjaan’ jika graduat daripada bidang agama
C. memasukkan subjek sivil dalam sukatan pengajian Islam lalu membuang subjek teras
D. melemahkan akal pelajar bidang agama dengan seruan kepada kebebasan beragama,
kebebasan peribadi, kebebasan mentafsirkan al-Quran dan Hadis dan meragui sumber agama
7. Liberalisme membawa prinsip utamanya iaitu konsep Pluralisme. Pluralisme ialah _____.
A. semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti yang Agung
B. semua orang mestilah hidup beragama kerana semua agama menyeru kepada kebaikan
C. penilaian semula ilmu-ilmu asas agama seperti ilmu Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh dan
sebagainya
D. agama Islam adalah agama utama dan agama lain boleh diamalkan dengan aman tanpa
pergaduhan
8. Tujuan utama aliran Liberalisme wujud adalah seperti berikut kecuali
A. mempermudahkan Islam
B. menggabungkan ilmu akademik dengan ilmu agama
C. memberi kebebasan dalam mengamalkan ajaran agama Islam
D. memberi tafsiran baru kepada Islam yang lebih segar mengikut zaman
9. Cara mudah untuk mengenali ciri Liberalisme dalam negara kita ini
A. menentang hukum Islam kerana menganggap ia jumud
B. menyokong LGBT sebagai mengiktiraf kebebasan sosial
C. berjuang di atas tiket parti untuk membebaskan politik daripada kezaliman
D. menggalakkan umat Islam tidak menutup aurat atas dasar kebebasan beragama
10. Berikut adalah contoh liberalisme dalam bidang ekonomi kecuali
A. perjuangkan kapitalisme laissez-faire
B. memberhentikan subsidi kerajaan kepada rakyat
C. ideologi menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda
D. menggalakkan peranan kerajaan dalam mengawal pasaran ekonomi
SEKIAN
TAMAT KURSUS PENGHAYATAN ISLAM
90