The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hashimhuda29, 2021-10-22 11:53:15

buku program pibg SKTP 3 2021 TERBARU

buku program pibg SKTP 3 2021 TERBARU

KALI KE-17

SESI 2021/2022

23 OKT 2021 8.00 PAGI KEDIAMAN
SABTU MASING-MASING

Dirasmikan oleh :

ENCIK KAMARUZAMAN BIN ABDULLAH

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Prasekolah & Rendah
(Pengurusan Sekolah)

BIL ISI KANDUNGAN M/S

1 SEKAPUR SIREH DARIPADA GURU BESAR 3
4
2 KATA ALU-ALUAN YDP PIBG SESI 2020/2021 5
3 CARTA ORGANISASI PIIBG SESI 2020/2021 6
7
4 JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 8
5 TENTATIF MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 9-14
6 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 15
7 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE –16 16-17
8 LAPORAN AKTIVITI PIBG 18
9 PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG
19
10 PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN 2020 20-21
(BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020)
22
11 CARTA ORGANISASI BAHARU PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 23
(PIBG) SESI 2021/2022

12 USUL

12 PENGHARGAAN

13 CATATAN

2

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

SEKAPUR SIREH

DARIPADA GURU BESAR

Dan salam sejahtera. depan murid-murid.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Terima kasih juga saya ucapkan kepada
dengan limpah izin dan kurniaNya kita dapat semua Ahli Jawatankuasa pengelola pada hari ini
berkumpul Sekali lagi sempena Mesyuarat Agung kerana mampu melaksanakan tugas dengan baik
PIBG SK Taman Perling 3, kali ke-17 tahun 2021 ini. berkat kerjasama padu dari semua pihak. Pihak
Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi sekolah sentiasa berbesar hati dan sentiasa mengalu
penghargaan kepada semua AJK PIBG, guru-guru -alukan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam
serta ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh
komitmen yang baik kepada pihak sekolah sepanjang pihak sekolah. Segala kolaborasi antara ibu bapa dan
tahun ini. guru samaada dalam bentuk saluran dana, cetusan
idea, tenaga dan keringat dalam menjayakan pro-
PIBG adalah badan yang ditubuhkan demi gram-program peningkatan kecemerlangan akade-
untuk menyokong dan memantapkan program- mik, sahsiah, kokurikulum, keceriaan kelas serta
program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk pembangunan sekolah sentiasa kami kenang dan
kecemerlangan murid-murid dalam pelbagai aspek disanjung tinggi.
sama ada dari bidang akademik, kokurikulum,
sahsiah, disiplin diri, rohani dan sebagainya. Bermula Akhir kata, selaras dengan moto TS25
pada tahun ini, SK Taman Perling 3 telah terpilih “Together We Create Excellence” marilah kita sama-
bagi mengikuti Program Transformasi Sekolah 2025 sama berganding bahu, merapatkan ukhuwah,
(TS25) Kohort 6 di mana kemenjadian murid dan memperteguh keazaman dalam merealisasikan
sekolah berkualiti adalah fokus utama kami. Justeru hasrat sekolah untuk sentiasa berada di kelompok
itu, kami memerlukan sokongan dan kerjasama sekolah yang terbaik di Daerah Johor Bahru. Semoga
daripada pihak ibu bapa bagi merealisasikan hasrat segala usaha dan amal kita sentiasa diberikan
murni pihak sekolah. Saya yakin dan percaya petunjuk, hidayah dan inayah oleh Allah s.w.t.
bahawa kemajuan sesebuah sekolah adalah terletak
di atas kekuatan dan peranan PIBG. Sokongan padu BERDISIPLIN, BERILMU DAN BERAWASAN”
PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap “TOGETHER WE CREATE EXCELLENCE”
program sekolah. Gandingan PIBG dan pihak sekolah
diharapkan dapat memberikan kesan yang positif .......................................................
dan kecemerlangan dari pelbagai sudut demi masa (ROZANA BINTI RABANI)
Guru Besar,
SK Taman Perling 3

3

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG
2020/2021

Dan salam sejahtera. semua ibu bapa dan penjaga yang menyumbang

tenaga, memberi kerjasama dan komitmen bagi

memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini.

Alhamdulillah, pertama-tamanya saya Jangan bersikap sambil lewa, menyerahkan
dahulukan dengan setinggi-tinggi kesyukuran bulat-bulat kepada pihak guru semata-mata. Kita juga
kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat saya memainkan peranan mendidik anak-anak. Pastikan
mencurahkan sepatah dua kata di ruangan ini sebagai mereka belajar di rumah supaya ilmu yang dituntut di
perkongsian bersama dalam mendokong misi dan visi sekolah dapat di mantap dan diperkukuhkan. Sebagai
gemilang sekolah. ibu bapa kita perlu mengambil tahu pergerakan anak-

Sebagaimana kita semua maklum, objektif anak kita. Jangan biarkan anak-anak kita terjebak

utama PIBG adalah membantu dan bekerjasama dalam kancah najis dadah, gengsterisme atau gejala

dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian sosial yang lain. “Sesal dahulu pendapatan, sesal

yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum kemudian tidak berguna lagi”.

dan sebagainya. Di samping itu, menjadi medium Akhir bicara, sekali lagi saya mengucapkan
untuk bersama-sama mengatasi sebarang masalah jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau secara langsung atau tidak langsung dalam
luaran. Oleh yang demikian, PIBG akan berusaha lebih menjayakan majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-17
keras, berganding bahu untuk memastikan ini. Saya dan barisan AJK PIBG Sesi 2020/2021
pencapaian cemerlang sekolah dilonjakkan menjadi mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima
sekolah gemilang. kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang telah

Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan diberikan sepanjang tempoh kami menjalankan

dan kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli amat dialu amanah tuan-tuan dan puan-puan. Mudah-mudahan

-alukan bagi menjayakan segala program yang pengorbanan dan niat murni kita semua untuk

dirancang. Saya amat berharap ibu bapa dapat membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang

menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana akan dimakbulkan oleh Allah. Amin.

itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini.

Semua daripada kita mempunyai peranan masing-

masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi “BERSAMA BERBAKTI”
selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan

oleh KPM.

Saya selaku Yang DiPertua PIBG sekolah ini …………………………………
sangat-sangat berterima kasih atas segala kerjasama, (Tuan Hj Abdul Rahman Bin Ahmad Unni)
sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh Yang Dipertua
pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan kakitangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2020/2021
yang sentiasa sama-sama senang, sama-sama susah SK Taman Perling 3
dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh
PIBG. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada

4

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

CARTA ORGANISASI

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 2020/2021
SK TAMAN PERLING 3, JOHOR BAHRU

Penasihat:
Puan Rozana binti Rabani

(Guru Besar)

Yang Dipertua:
Tn. Hj Abd. Rahman bin Ahmad Unni

Naib Yang Dipertua:
En. Aziz Sadikin bin Mohd Mandak

Setiausaha:
Puan Nor Hayati binti Jamaludin

Penolong Setiausaha:
Puan Lina Farhana binti Rosli

Bendahari:
Cik Nabilah Huda binti Hashim

Penolong Bendahari: AJK Guru:
Cik Baanu Sri a/p Kavari Encik Juhairi bin Aziz
Encik Tarmizi bin Ahmad
AJK Ibu Bapa: Puan Raidah binti Abdul Hamid
Encik Khairuddin bin Shamsuddin Puan Noor Aini binti Sidek
Puan Anantha Jothi a/p Tangaveloo

Puan Kamariah binti Yamin
Encik Sahar bin Ahmad

Puan Rahimah binti Yusuf

Pemeriksa Kira-kira: Pemegang Amanah:
En. Murugeiyah a/l Subramaniam Encik Aniq Valentine Abdullah

Puan Nurul Izzah binti Bachok Puan Sarah Bibi binti Musa

5

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERLING 3

JOHOR BAHRU, KALI KE 17/2021

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat / Ex-Officio : Pn. Rozana binti Rabani
(Guru Besar SKTP 3)
Pengerusi : En. Abd Rahman bin Ahmad Unni
(Yang DiPertua PIBG 2020/2021)
Naib Pengerusi : En. Aziz Sadikin bin Mohd Mandak
(Naib Yang DiPertua PIBG)
Setiausaha : Pn. Nor Hayati binti Jamaludin
Penolong Setiausaha : Pn. Lina Farhana binti Rosli
Bendahari : Cik Nabilah Huda binti Hashim
Naib Bendahari : Cik Baanu Sri a/p Kavari

AHLI JAWATANKUASA KERJA

BACAAN DOA JAMUAN

En Mohamad Tarmizi bin Ahmad Pn Rahimah binti Yusof
BUKU PROGRAM Pn Anantha Jothi a/p Tangaveloo

Cik Nabilah Huda binti Hashim CENDERAHATI
Pn Noor Aini binti Sidek

PENCATAT MINIT Pn Lina Farhana binti Rosli

Pn Lina Farhana binti Rosli PENDAFTARAN
Cik Banuu Sri Pn Nor Hayati binti Jamaludin

PERSIAPAN TEMPAT TEKNIKAL
En Aziz Bin Abas En Muhammad Juhairi bin Abd Aziz

En Khairuddin bin Shamsuddin En Mohamad Tarmizi bin Ahmad
En Sahar bin Ahmad En Aziz Bin Abas

JURUFOTO En Aniq Valentine Abdullah

Pn Nurul Izzah binti Bachok JURUACARA
Pn Raidah binti Abdul HAmid
SIJIL
Pn Raidah binti Abdul Hamid

6

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

TENTATIF MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8.00 pagi : Pautan dibuka untuk persediaan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17.
9.00 pagi : Bacaan doa.

: Nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan lagu sekolah.
: Ucapan YDP PIBG - Tn Hj Abdul Rahman bin Ahmad Unni.
: Ucapan Guru Besar - Pn Rozana binti Rabani.
: Ucapan Perasmi - En Kamaruzaman Bin Abdullah.
: Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 bermula.
: Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan

PIBG kali ke-16.
: Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG.
: Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
: Pemilihan Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
: Pembentangan dan pembahasan usul.
: Ucapan Penangguhan.
: Penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK.

7

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

AGENDA
MESYUARAT AGUNG PIBG
SK TAMAN PERLING 3 KALI KE-17
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Bacaan doa
2. Nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan lagu Sekolah
3. Ucapan YDP PIBG SK Taman Perling 3 - Tn Haji Abdul Rahman Bin Ahmad Unni
4. Ucapan Guru Besar SK Taman Perling 3 - Pn Rozana Binti Rabani
5. Ucapan Perasmi - En Kamaruzaman Bin Abdullah, Pegawai PPD Johor Bahru
6. Membentang dan menerima minit mesyuarat agung PIBG kali ke-16
7. Membentang, menerima dan meluluskan laporan kewangan PIBG 2020
8. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021
9. Pelantikan dan pemilihan AJK PIBG SKTP3, sesi 2021/2022
10. Membahaskan usul
11. Hal-hal lain
12. Ucapan penangguhan

8

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

MINIT MESYUARAT
AGUNG PIBG

KALI KE-16

9

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16
Tarikh : 08 Mac 2020 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Khaldun, Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
Kehadiran : 235 orang

AGENDA

1.0 Perutusan YDP - Tn. Hj Abd. Rahman bin Ahmad Unni
1.1 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa pada hari ini. Beliau berharap agar
majlis ini akan berjalan dengan lancar. Yang DiPertua menyatakan bahawa semua aktiviti yang telah
dilaksanakan oleh PIBG sepanjang tahun 2019 akan di bentangkan dalam mesyuarat.
1.2 Yang Dipertua mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang sanggup menunggu sehingga
mesyuarat ini dilaksanakan. Terima kasih kepada semua AJK PIBG 2019/2020 atas segala kerjasama
yang telah dicurahkan dalam membangunkan program dan aktiviti sekolah.
1.3 Mesyuarat PIBG telah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan bagi membincangkan
program, aktiviti dan masalah yang berlaku di sekolah.
1.4 YDP juga mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan samada secara langsung atau pun tidak
dalam kalangan ibubapa yang membangunkan program sekolah. Tahniah atas kecemerlangan
kokurikulum dan akademik yang telah berjaya diperolehi oleh sekolah sepanjang tahun 2019.
1.5 Lantikan baharu pada tahun ini akan dilaksanakan dalam meningkatkan peranan PIBG 2019/2020.
1.6 YDP turut mengalu-alukan ibu bapa untuk sama-sama memajukan sekolah samada dari segi
sumbangan wang ringgit mahupun tenaga.

2.0 Perutusan Guru Besar – Encik Zainal Abidin bin Johari

2.1 Encik Zainal Abidin mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin, juga mengucapkan tahniah

diatas kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa.

2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada PIBG kerana telah dapat mengadakan mesyuarat buat kali

yang ke-15. Beliau memaklumkan sarana PIBG adalah penglibatan ibu bapa untuk kemajuan sekolah

dalam semua perkara terutama dalam program akademik anak-anak.

2.3 Beliau mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi 2019/2020 kerana telah berjaya

melaksanakan mesyuarat pada hari ini. Barisan PIBG pada tahun ini sangat aktif membantu sekolah

samada dari segi kewangan, mahupun tenaga demi kejayaan dan keselesaan anak-anak disekolah.

2.4 Sumbangan dana bagi tahun 2019 telah digunakan sepenuhnya untuk kecemerlangan akademik

sekolah. Pihak sekolah juga berjaya mendapatkan sumbangan luar bagi menampung perbelanjaan

program tahun lepas.

2.5 Encik Zainal Abidin bin Johari berharap agar AJK PIBG 2020/2021 yang akan dilantik akan

melaksanakan tugasan dengan baik. 10

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

3.0 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 sesi 2019/2020
3.1 Puan Noraishah binti Idris selaku setiausaha PIBG melaporkan kehadiran ahli yang hadir pada
Mesyuarat Agung Kali ke-15 iaitu seramai 235 orang. Hadirin merujuk buku program m/s 9-13.
3.2 Setiausaha melaporkan bahawa mesyuarat AJK PIBG 2019/2020 telah diadakan sebanyak 5 kali bagi
sesi ini.
3.3 Encik Bani telah mencadangkan agar minit mesyuarat diterima dan disahkan. Puan Norliana
menyokong agar minit mesyuarat diterima dan disahkan.

4.0 Membentang dan mengesahkan laporan kewangan PIBG 2019/2020
4.1 Pn Nurhafiza binti A.Aziz selaku bendahari membentangkan laporan kewangan.
4.2 Hadirin merujuk lampiran penyata kewangan yang disertakan pada buku program ms 16.
4.3 Bendahari menyatakan bahawa jumlah besar pendapatan adalah sebanyak RM 16,876.80. Manakala
baki keseluruhan akaun PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019 adalah sebanyak RM 5, 098.83,
baki tunai sebanyak RM 626.00 dan baki di bank sebanyak RM 4,472.03.
4.4 Puan Umi Zulkifli telah mencadangkan agar penyata kewangan 2019/2020 diterima dan disahkan
dan telah disokong oleh Encik Hisham.

5.0 Perkara berbangkit
5.1 Pengerusi menyatakan bahawa tiada isu besar yang berlaku sepanjang 2019/2020. Peringatan telah
diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan keselamatan anak-anak terjaga adalah memaklumkan
kepada pegawai keselamatan untuk memastikan anak-anak yang ibu bapa lewat ambil dari sekolah,
boleh la menunggu di pondok keselamatan.
5.2 Dana sebanyak RM 50 sekeluarga yang dikutip telah digunakan untuk program sekolah dan RM 10
telah digunakan untuk membeli kertas A4 bagi kegunaan ujian dan peperiksaan. Sumbangan ini
merupakan antara sumbangan yang paling rendah nilainya berbanding dengan sekolah-sekolah yang
lain. Maka, YDP menyeru agar ibu bapa dapat menyelesaikan sumbangan dengan segera agar boleh
melaksanakan pelbagai aktiviti dalam membantu membangunkan akademik dan kokurikulum murid-
murid.
5.3 Dana RM50 mungkin akan dinaikan dan akan disambung di lain-lain perkara.
5.4 Pendaftaran tahun 1 berjalan dengan lancar dan tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku sepanjang
program dilaksanakan.
5.5 Masalah longkang, pihak PIBG telah membuat permohonan dan masih menunggu peruntukan.
5.6 Minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 dipersetujui ramai.

6.0 Pembubaran AJK PIBG kali ke-15 sesi 2019/2020

6.1 Tn. Hj Abdul Rahman b. Ahmad Unni selaku YDP dengan rasminya membubarkan Ahli Jawatankuasa

Kerja PIBG 2019/2020. YDP mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2019/2020 yang telah

menjalankan tugas yang cemerlang dan telah membantu menjayakan sebarang aktiviti yang

dirancang oleh pihak sekolah. 11

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

6.2 Beliau berharap agar AJK PIBG yang baru agar lebih mantap dan membantu pihak sekolah dalam
sebarang aktiviti yang dirancang.

7.0 Lantikan pengerusi sementara
7.1 Guru Besar selaku CEO melantik Tn Hj Abdul Rahman bin Ahmad Unni selaku YDP sementara.
Mesyuarat telah sebulat suara melantik Tn. Hj Abdul Rahman bin Ahmad Unni sebagai pengerusi
sementara bagi urusan mesyuarat sesi 2019/2020.

8.0 Pemilihan dan perlantikan AJK PIBG kali ke- 16 sesi 2020/2021.
8.1 Guru Besar menyatakan pemilihan dan perlantikan AJK PIBG 2020/2021 boleh dikekalkan atau
lantikan baru.

Yang Dipertua : Tn Hj Abd. Rahman bin Ahmad Unni
Naib Yang Dipertua : Encik Aziz Sadikin bin Mohd Mandak
Setiausaha : Puan Nor Hayati binti Jamaludin
Penolong Setiausaha : Puan Lina Farhana binti Rosli
Bendahari : Cik Nabilah Huda binti Hashim
Penolong Bendahari : Cik Baanu Sri a/p Kavari
AJK Ibu bapa : Encik Khairuddin bin Shamsuddin

AJK Guru Puan Anantha Jothi a/p Tangaveloo
Puan Kamariah binti Yamin
Pemeriksa Kira-kira Encik Sahar bin Ahmad
Pemegang Amanah Puan Rahimah binti Yusuf
: Encik Juhairi bin Aziz
Encik Tarmizi bin Ahmad
Puan Raidah binti Abdul Hamid
Puan Noor Aini binti Sidek
: Encik S. Murgeiyah a/l Subramaniam
Puan Nurul Izzah binti Bachok
: Encik Aniq Valentine Abdullah
Puan Sarah Bibi binti Musa

9.0 Pembentangan usul

9.1 Pencadang Usul : Muhamad Faizullah ( Delisha Qiana - 5 Intan)
a) Mewujudkan pasukan bola sepak bawah 10, 11 dan 12 tahun kerana keadaan padang
sekolah yang amat baik dan sesuai untuk membuat latihan
b) Menyewakan padang sekolah untuk aktiviti-aktiviti tertentu kepada orang luar

- YDP menyatakan pasukan bola ini telah diwujudkan tetapi tidak aktif, Guru Besar menyatakan juga bahawa
sekolah juga mempunyai kelab bola sepak sendiri. Guru Besar juga menyatakan bahawa semua harta
sekolah adalah hak kerajaan. Sewa yang masuk bukan dimasukkan kedalam tabung sekolah tetapi masuk ke
tabung kerajaan.

12

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

9.2 Pencadang Usul : Puan Gaiyethre a/p Mariapan ( Neeviya Darshini - 5 Intan )
a) Membaiki dan menyelenggara tandas sekolah
b) Membaiki telefon awam untuk memudahkan murid menghubungi ibu bapa
c) Pengawal keselamatan perlu mempunyai lebih banyak pengalaman

-Tandas sekolah selalu dibaiki dan diselenggara dan sering dikenalpasti kerosakan yang didapati. Selain itu juga,
AJK Tandas juga telah pihak sekolah sediakan. Peranan cleaner juga adalah penting. Mereka mempunyai
masa dan jadual dalam proses selenggara.

-Untuk makluman, sebarang kecemasan, murid boleh terus pergi ke pejabat untuk membuat panggilan.
- Pengawal keselamatan yang disediakan adalah cukup berpengalaman dan ia adalah dibawah pihak swasta.

9.3 Pencadang Usul : . Puan Khadijah binti Abd Rahman ( Qaseh Nurqaisya - 4 Berlian )

a) Mohon kerjasaman pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya atas kenderaan berat lori yang
meletakkan kenderaan di hadapan parkir sekolah yang menyebabkan masalah lalu lintas pada
waktu pagi.

b) Meletakkan papan tanda agar tidak dibenarkan meletakkan kenderaan berat di parkir jalan.

- Kenderaan tersebut merupakan kenderaan yang diletakkan oleh penduduk Rawa. Pihak sekolah juga telah
membuat aduan dengan pihak MBJB. Pihak sekolah tidak boleh mengambil sebarang tindakan kepada
kenderaan itu melainkan membuat aduan kepada pihak Ahli Majlis. Pihak MBJB hanya akan memberikan
saman sahaja kepada kederaan tersebut.

9.4 Pencadang Usul : Encik Sahar bin Ahmad ( Noranissa - 2 Delima )
a) Larangan menjual slime kerana mudah melekat dan sukar dibersihkan.
b) Lori dan bas panjang meletakkan kenderaan di hadapan parkir sekolah dan menganggu lalu lintas
semasa datang dan balik sekolah

- Guru Besar menyatakan bahawa beliau akan memberitahu pihak kedai buku untuk memberhentikan
penjualan slime.

9.5 Pencadang Usul : Sarah Subekti ( Sumayyah binti Suffian Amir - 2 Delima )
a) Mewujudkan sistem pre order online untuk jualan buku dan baju sukan di kedai buku untuk
menjimatkan masa
b) Mengerakkan peluang untuk mencari dana-dana bantuan untuk tujuan keceriaan bangunan
sekolah dan membaiki kerosakan di sekitar sekolah

- Cadangan yang baik dan akan cuba menyampaikan kepada pihak kedai buku. Namun demikian, tidak semua
Ibu bapa mahir dengan penggunaan sistem atas talian ini selain daripada capaian internet yang tidak dan
kurang liputan.

9.6 Guru Besar sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang ingin mencari dana untuk membantu pihak sekolah .

13

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

10.0 Lain-lain Perkara
10.1 Guru Besar menyatakan persoalan Puan Khadijah tentang pembelian kertas A4 secara sendiri dan
diserahkan sendiri oleh pihak ibu bapa tanpa bayaran tunai RM10 adalah lebih sukar kerana dalam
RM10 yang disumbangkan oleh ibu bapa termasuk juga untuk pembelian soalan peperiksaan bagi
murid-murid.
10.2 Encik Mutharasan menyatakan awning di tempat menunggu telah karat dan perlu ditukar segera
supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. YDP menyatakan bahawa pertukaran Ahli Majlis
menyebabkan banyak peruntukan dibatalkan. Pihak PIBG akan cuba untuk melaksanakannya
semula dan sedaya upaya untuk menyokong.
10.3 Encik Nazreen menyatakan perlu buka kedua-dua pagar untuk memudahkan murid-murid untuk
masuk. Manakala kereta penduduk di belakang jalan Rawa menganggu dan menghalang laluan
kereta yang menggunakan laluan belakang. Guru Besar menyatakan bahawa pihak sekolah tiada
kuasa untuk menghalang penduduk. YDP menyatakan boleh membuat aduan dan telefon pihak
majlis MBJB.
10.4 Encik Firdaus menyatakan agar dilaksanakan satu program gaya hidup sihat dalam kalangan murid-
murid. Guru besar menyatakan ia perlu bergantung kepada MMI. Namun dalam 1M1S juga telah
berjaya diterapkan nilai gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid tetapi hanya dilaksanakan
seminggu sekali iaitu pada hari Selasa.
10.5 Guru Besar memaklumkan ibu bapa yang menghantar anak-anak hanya perlu hanatar dan pergi,
tidak perlu memberhentikan kenderaan dan berhenti menghantar anak-anak ke pintu pagar
kerana keadaan ini akan menganggu lalu lintas bagi ibu bapa yang lain. Sekiranya ibu bapa hendak
mengambil masa yang agak lama, perlu la meletakkan kenderaan di parkir tepi jalan.
10.6 Puan Nora menyatakan berapa lamakah jadual peperiksaan dikeluarkan? Dan perlu diberi 2
minggu awal sebelum peperiksaan dijalankan bagi memudahkan murid-murid untuk mengulang
kaji. Guru Besar memaklumkan bahawa jadual peperiksaan tidak diberi awal supaya tidak hilang
dan sekaliguskan maklumat tidak sampai ke ibu bapa dan penjaga.
10.7 Terdapat maklum balas ibu bapa mengenai keadaan tandas perempuan semua adalah tandas
cangkung, mohon untuk pihak sekolah menyediakan tandas duduk bagi kemudahan murid-murid.
guru besar menyatakan bahawa semua tandas termasuk tandas murid lelaki dan tandas guru tidak
mempunyai tandas duduk. Peruntukan juga adalah tinggi untuk menyediakan tandas duduk.
10.8 YDP menyatakan kepada seluruh ibu bapa sama ada sumbangan PIBG perlu dikekalkan ataupun
dinaikkan.
10.9 Encik Nazreen menyatakan cadangan agar sumbangan PIBG dinaikkan RM75, manakala YDP
menyatakan dinaikkan sebanyak RM80 termasuk dengan bayaran kertas A4. Bagi ibu bapa yang
sudah bayar dengan bayaran RM50 hanya perlu membuat tambahan RM30 kepada guru kelas.

11.0 Ucapan Penangguhan
11.1 Tn Hj Abd Rahman selaku Yang Dipertua PIBG 2020/2021 mengucapkan terima kasih kepada
semua yang terlibat dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan majlis. Beliau berharap
Ahli Jawatankuasa yang baru dapat bekerjasama untuk memantapkan lagi persatuan demi
kepentingan bersama.

Mesyuarat dengan rasminya ditangguhkan pada jam 10.20 pagi oleh Yang Dipertua PIBG 2020/2021.

Disediakan oleh: Disahkan oleh : 14

..……………………….…………………… ……………………………………………………..
(NORAISHAH BINTI IDRIS) (ABD RAHMAN BIN HJ AHMAD UNNI)
Setiausaha PIBG, Yang DiPertua PIBG,
SK Taman Perling 3, SK Taman Perling 3,
Johor Bahru. Johor Bahru.

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

LAPORAN AKTIVITI
PIBG SK TAMAN PERLING 3 SESI 2020/2021

MESYUARAT

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa telah diadakan sebanyak 5 kali pada bulan-bulan berikut :

MESYUARAT TARIKH NO RUJUKAN SURAT
1 22 JUN 2020
2 12 JULAI 2020 SKTP3/100-13/1/4(3)
3 11 APRIL 2021 SKTP3/100-13/1/4(4)
4 2 OKTOBER 2021 SKTP3/100-13/1/4(5)
5 17 OKTOBER 2021 SKTP3/100-13/1/4(6)
SKTP3/100-13/1/4(7)

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 sesi 2021/2022 akan diadakan pada 23 Oktober 2021 ( Sabtu )

15

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
DENGAN KERJASAMA PIBG SESI 2020/2021

Perbincangan pengoperasian sekolah Persediaan Mesyuarat Agung PIBG kali ke –17

Pemantauan daripada wakil PPD Johor Bahru Kerjasama AJK PIBG sewaktu pembukaan
sekolah pada Mac lalu.

16

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

Perasmian Bilik Cendawan SKTP3 Proses mengutip cendawan

Majlis Sumbangan Bakul Ramadhan Pemberian sumbangan bakul Ramadhan

Kerjasama AJK PIBG sewaktu menebang pokok di sekitar sekolah

17

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN 2020 BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
PIBG SK TAMAN PERLING 3

18

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

CARTA ORGANISASI BAHARU
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2021/2022

YANG DIPERTUA : ____________________________________________
NAIB YANG DIPERTUA : _____________________________________________
SETIAUSAHA : _____________________________________________
NAIB SETIAUSAHA : _____________________________________________
BENDAHARI : _____________________________________________
NAIB BENDAHARI : _____________________________________________
PEMERIKSA KIRA-KIRA : 1) _________________________________________

2) __________________________________________

PEMEGANG AMANAH : 1) __________________________________________
AHLI JAWATANKUASA 2) __________________________________________

IBU BAPA :

______________________________________

______________________________________

______________________________________

______________________________________

______________________________________

GURU :

______________________________________

______________________________________

______________________________________

______________________________________

______________________________________

19

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

USUL

Sebanyak 7 usul yang telah diterima dan disaring akan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 sesi
2021/2022.

BIL PENCADANG USUL USUL / CADANGAN

1 Pn Nadhirah binti Rosli Tandas lelaki dan perempuan dah upgrade ke belom?

Nama anak:
Muhammad Taufiq Faizin bin
Ahmad Shahir
(2 Berlian)

2 Pn Praymalata Waktu penghabisan sekolah disamakan.

Nama anak:
G Thaviyah

3 En Mohd Ezry bin Muhammad Kelas pdpr dilakukan secara google meet supaya ada interaksi dua

Rizal Tan hala di antara guru dan pelajar dan menyenangkan proses

pemahaman murid. Kerja sekolah dilakukan pada sesi kelas online

Nama anak: berjalan di antara murid dan guru dan murid hanya perlu submit kerja

Eryna Zaara binti Mohd Ezry sekolah setelah kelas online selesai. Ini bagi memudahkan seseorang

(2 Delima) murid bertanya soalan jika mereka tidak memahami sesuatu mata

pelajaran.

4 Pn Naharia binti Mohd Sayuti 1. Penekanan pada SOP Covid 19 keselamatan anak- anak serta
penerangan yang jelas kepada ibu bapa.
Nama anak:
Zara Nur Sumayyah 2. Diharap dapat dikekalkan waktu tamat pembelajaran pada
(1 Berlian) pukul 12.30 tengah hari untuk persedian sekolah agama.

20

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

BIL PENCADANG USUL USUL / CADANGAN

5 Pn Marlisa binti Sarmon Pembelian buku kerja/aktiviti/modul tambahan sewaktu sesi beli
buku sblm bermula sesi persekolahan. Masalah timbul apabila kedai
Nama anak: buku yang menetapkan wajib beli sedangkan guru tidak gunakan buku
Ulinnuha Asyfa binti Ashadi tersebut. Maka berlaku pembaziran terutama pada ibu bapa yang
(3 Berlian) kesempitan wang. Seringkali berlaku buku kerja tak habis guna atau
tak digunakan langsung. Masalah dari pihak guru pula, tidak dapat
bimbing sepenuhnya kerana ada murid yang beli dan ada yang tak
beli.

Cadangan:
1. Ibubapa tak perlu beli dahulu buku kerja/aktiviti/modul tambahan

sewaktu sesi beli buku akhir tahun. Kedai buku tidak boleh letakkan
*wajib pada senarai buku tersebut. Tukar kepada *cadangan kerana
ada ibu bapa yang memang nak cari buku latihn untuk latihan
kendiri di rumah.
2. Selepas naik sekolah, guru yang mengajar subjek tersebut perlu
maklumkan pada murid sama ada perlu beli atau tidak. Beri masa
sebulan untuk murid beli. Buku mesti digunakan dan dihabiskan
sepanjang sesi persekolahan tersebut. Jika tiada arahan pembelian
dari guru, bermakna tak perlu beli.

6 Pn Noriyati binti Sirat Mohon guru 4 Intan kerap mengadakan kelas google meet. Setakat ni
hanya subjek tertentu yang beberapa kali membuat kelas meet, cth
Nama anak: Sejarah, Matematik dan Bahasa Melayu ada buat kelas guna voice
Ainaa Nur Najihah binti tele, meet. Berbeza dengan kelas 1 Berlian cikgu-cikgu sering adakan
Muhammad Nur Fadhli kelas online(meet,telegram) dan update di group Whatsapp kelas
(4 Intan) setelah kelas. Jadi ibu bapa lebih mudah untuk menyemak kelas anak.
Terima kasih kepada guru-guru dan pihak sekolah.

7 En Arul Anthony a/l Rayappan 1. There are rusty staples on the table. It is not safe for the

children. My daughter got hurt and bruises due to this. Already

Nama anak: informed the class teacher last year to removed the staples

Sigourney a/p Arul Anthony from the table but no action was taken. I myself had to go to

(2 Intan) the school to remove the staples. Please remove it before

school starts.

2. The toilet doesn't have water. Please take action.

21

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

PENGHARGAAN

• Kementerian Pendidikan Malaysia
• Jabatan Pelajaran & Pejabat Pelajaran Daerah
• En Kamaruzaman Bin Abdullah, Pegawai PPDJohor Bahru
• Ibubapa murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
• Guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3

• Pengusaha kantin
Kepada semua penyumbang-penyumbang yang telah menjayakan majlis ini

22

MESYUARAT AGUNG PIBG SKTP3 KALI KE-17 2021

CATATAN

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

23


Click to View FlipBook Version