........................................................................................................................................................... ............
Ruj Kami : SKPB 100-8/1/13(76)
Tarikh : 26 September 2021
Semua Ibu Bapa dan Waris,
Semua Guru dan Kakitangan,
SK Paya Besar.
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 44.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Paya Besar akan diadakan secara
atas talian dengan menggunakan platform Google Meet seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 14 OKTOBER 2021 (KHAMIS)
Masa : 7.45 MALAM
Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING
(Pautan akan diberikan 30 minit sebelum mesyuarat bermula)
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung
tersebut.
4. Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam menjayakan mesyuarat ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
“ PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG ”
Yang menjalankan tugas,
......................................
(HASNAH BINTI HUSSAIN)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Paya Besar,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman.
1
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-44, TAHUN 2021
7.45 MALAM : BACAAN YASIN
8.15 MALAM : ALUAN PENGERUSI MAJLIS
8.20 MALAM : UCAPAN PENASIHAT( GURU BESAR)
8.40 MALAM : UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG
9.00 MALAM : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU
9.05 MALAM : PERKARA BERBANGKIT
9.20 MALAM : MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
9.30 MALAM : HAL-HAL LAIN
9.40 MALAM : UCAPAN PENANGGUHAN
2
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK PAYA BESAR SESI 2019/2021
PENASIHAT : EN. ABU HASSAN BIN MAD DOM (GURU BESAR)
YDP : EN. YAAFAT BIN ISHAK
NYDP : EN. NASIR BIN YAAKOB
SETIAUSAHA : PN. HASNAH BINTI HUSSAIN
BENDAHARI : PN. ROBIA’TOLADAWIYAH BT. AB. RAHIM
AJK WARIS
: EN. NOOR RASDI BIN ZAINUDIN
AJK GURU : EN. MOH SHAFEE BIN ABD HAMID
: PN. SARINA BT. GHAZALI
PEMERIKSA KIRA-KIRA : PN. NORLIZA BT AWANG
: PN. YUSSAFIZA BT. MOHD. ROHANI
: PN. NORSHAHIDA BT. HASSIM
: EN. MOHD SANI BIN OTHMAN
: PN. SALMAH BT. KASIM
: PN. FARIDAH BT. MOHAMED
: PN. NURFIRDAUS BT. ISMAIL
: PN. ZURINA BINTI ARSHAD (Guru)
: PN. FAUZIAH BT. ABD RASHID (Waris)
3
JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 44, TAHUN 2021
SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
JAWATANKUASA INDUK PERSIAPAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 44, TAHUN 2021 :
Penasihat : En. Abu Hassan bin Mad Dom - Guru Besar
Pengerusi
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Faisol bin Othman - GPK Kurikulum
Naib Pengerusi 2
Setiausaha : En. Abdullah bin Abdul Rahman - GPK HEM
Bendahari
: En. Azahar bin Md Rodizh - GPK Ko kurikulum
: Pn. Hasnah binti Hussain
: Pn. Robia’toladawiyah bt. Ab. Rahim
JAWATANKUASA KERJA PERSIAPAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-44, TAHUN 2021
PENGERUSI MAJLIS : 1. En. Mhd. Sani bin Othman
2. Pn. Nur Firdaus bt. Ismail
BACAAN DOA : 1.Tn. Hj.Daud bin Che On
PENDAFTARAN : 1. Pn. Kalaiarasi a/p Ponnosamy
2. Pn. Nor Hazimah bt. Osman
ADMIN GOOGLE : 1. En. Andisyam bin Ahmad
2. En. Mohamad. Fazrah bin Mokhtar
DOKUMENTASI : 1. Pn. Salmah binti Kasim
BANNER 2. Pn. A’dzmiah bt Mohd Dahalan
: 1.Pn. Marita bt. Mohamad
2. Pn. Norshahida bt. Hassim
PENCATAT MINIT : 1. Pn. Normala bt. Ya’acop
BUKU PROGRAM 2. Pn. Husniza bt. Hussin
3. Pn. Faridah bt. Mohamed
: 1.En. Hasri bin Ishak
2. Pn. Zurina bt. Arshad
4
LAPORAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-43, 2020
TARIKH : 16 FEBRUARI 2020 (AHAD)
MASA : 2:30 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK. PAYA BESAR
I. UCAPAN PENGACARA MAJLIS
1. Majlis Mesyuarat Agung Kali ke 43 dipengerusikan oleh Pn. Norhazimah bt. Osman
2. Beliau mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan En. Ahmad Nazlan bin Md Isa, AJK PIBG dan
ibu bapa yang hadir pada hari ini.
3. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kerana telah memberikan
komitmen yang baik dengan pihak sekolah.
II. BACAAN DOA
4. Bacaan doa dipimpin oleh ustaz Daud bin Che On.
III. UCAPAN YDP PIBG (EN. YAAFAT BIN ISHAK)
5. En. Yaafat bin Ishak mengucapkan rasa syukur kerana diberi kesempatan oleh Allah dapat
menghadirkan diri pada mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 ini.
6. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran En. Ahmad Nazlan bin Md Isa yang sudi hadir dan ucapan
terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk datang ke mesyuarat
agung PIBG kali ke 43.
7. En. Yaafat bin Ishak berharap agar semua ibu bapa dapat sama-sama duduk berbincang dan
tunggu sehingga selesai mesyuarat.
8. Cabaran mutakhir ini ibu bapa perlu mengawasi anak-anak kerana mereka senang terpengaruh
dengan pengaruh luar tanpa pengawasan kerana ibu bapa bekerja.
9. Ibu bapa perlu memberi didikan agama dari awal untuk mengekang atau mengelakkan maksiat
dan memastikan anak-anak lebih terjamin masa depan mereka.
10. Di harapkan ibu bapa dapat memanfaatkan mesyuarat pada hari ini, dan sekiranya ada apa-apa
masalah boleh dikemukan dalam mesyuarat nanti supaya dapat diselesaikan sebaik mungkin.
IV. UCAPAN GURU BESAR (EN. SALLEHUDDIN BIN ABDUL WAHAB)
11. En. Sallehuddin bin Abdul Wahab mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran En.
Ahmad Nazlan bin Md Isa, mantan Guru Besar SKPB, semua AJK PIBG, semua guru, staff dan ibu
bapa ke mesyuarat PIBG kali ke 43 ini.
12. Beliau memaklumkan bahawa ini adalah mesyuarat PIBG yang terakhir bagi beliau sebelum
bersara.
5
13. Bersyukur diberi kesempatan dan berharap mesyuarat berjalan lancar.
14. Kehadiran yang memberangsangkan menunjukkan komitmen yang baik daripada ibu bapa.
15. Jumlah murid SKPB semakin bertambah. Pihak sekolah telah memohon pertambahan bilik
darjah. Hanya menunggu kelulusan dari JPN.
16. Ibu bapa perlu mengawal pergerakan anak-anak di rumah. Sentiasa pastikan kerja rumah anak-
anak. Didikan di rumah sangat penting. Di sekolah guru-guru bersedia sedaya upaya untuk
mengajar. Kesinambungannya adalah di rumah. Sekiranya ada masalah , sama-sama kita atasi,
datang ke sekolah untuk berbincang.
17. Bilangan guru, staf dan pekerja di SK Paya Besar adalah seramai 31 orang. 20 orang guru, 4
orang staf, 3 orang pekerja swasta dan 4 orang pengawal keselamatan.
18. Pihak sekolah sentiasa ingin membawa SKPB menuju kearah kecemerlangan.
19. Guru-guru SKPB adalah guru yang terlatih. Mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan
pencapaian kurikulum dan kokurikulum serta sahsiah diri murid.
20. Bilik darjah juga dalam keadaan kondusif, selamat dan ceria.
21. Keputusan UPSR 2019 memperolehi keputusan yang cemerlang. Calon seramai 27 orang.
Peratus lulus 55.56%. 2 orang mendapat 6A, manakala seorang mendapat 5A 1B dan seorang
mendapat 4A 2B.
22. Bagi tahun ini 2020, calon UPSR adalah seramai 36 orang. Sasaran lulus semua mata pelajaran
adalah seramai 24 orang iaitu 66.6%
23. Program-program telah disusun untuk memastikan kecemerlangan murid dalam UPSR.
antaranya ialah :
Perjumpaan waris
Penetapan target
Dialog prestasi akan di buat sebaik sahaja selesai ujian kali pertama
Bengkel dan teknik menjawab soalan.
24. Antara program yang telah dilaksanakan dalam bidang Hal Ehwal Murid ialah watikah
perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua kelas, kem kepimpinan dan
ziarah cakna.
25. Sasaran kehadiran tahun 2020 adalah 95%. Murid yang tidak hadir perlu memberi surat dari
waris ataupun doktor. Murid yang ponteng akan mendapat surat amaran dari pihak sekolah.
Amaran 1, 3 hari tidak hadir, amaran 2, 7 hari tidak hadir, manakala amaran 3, 7 hari selepas
surat amaran ke 2.
26. Aktiviti kokurikulum juga telah dilaksanakan iaitu merentas desa peringkat sekolah dan daerah.
Jika ada latihan pastikan anak-anak hadir.
27. SKPB akan lebih cemerlang jika ibu bapa memainkan peranan yang sepatutnya.
28. Hadirlah ke sekolah untuk berbincang dengan guru untuk meningkatkan pencapaian anak-anak.
29. Akhir sekali beliau mengucapkan terima kasih kepada En. Ahmad Nazlan bin Md Isa kerana sudi
hadir merasmikan mesyuarat Agung kali ke 43. Terima kasih kepada En. Yaafat bin Ishak kerana
setia menabur jasa sebagai YDP PIBG. Terima kasih kepada para ibu bapa yan sudi hadir. Terima
kasih kepada guru dan staff yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat Agung kali ke 43.
6
30. Beliau menutup ucapannya dengan pepatah :
Wang boleh beli rumah tetapi tidak boleh beli tempat tinggal
Wang boleh beli jam tetapi tidak boleh beli waktu
Wang boleh beli katil tetapi tidak boleh beli tidur
Wang boleh beli buku tetapi tidak boleh beli ilmu
V. UCAPAN PERASMI ( EN. AHMAD NAZLAN BIN MD ISA )
31. Memulakan dengan ucapan terima kasih kepada pengerusi majlis, pembaca doa Ustaz Daud bin
Che On. Terima kasih kepada Guru Besar kerana menjemput beliau merasmikan mesyuarat.
32. Banyak perubahan yang berlaku di SKPB terutamanya dari segi prasarana sekolah.
33. 10 tahun beliau menjadi Guru Besar di SKPB, 5 tahun di SK Kuala Merah dan seterusnya ke SK
Batu Pekaka sehingga bersara pada tahun ini. Pengalaman 20 tahun menjadi Guru Besar.
34. Komitmen ibu bapa di SKPB sangat baik dan amat membanggakan. Beliau akan
menyumbangkan wang kepada PIBG sebanyak mana kutipan tabung bergerak PIBG pada hari
ini.
35. Banyak perubahan dalam system pendidikan. Dahulu penekanan kepada pencapaian ‘A’, tetapi
sekarang fokus kepada meminimumkan tahap tidak menguasai murid. Kemenjadian murid
diperkasakan.
36. Sekolah mampu memainkan peranan melahirkan murid berkualiti kerana :
Mempunyai guru yang terlatih dan berpengalaman serta berkualiti
Kepimpinan Guru Besar dan pihak pentadbiran yang baik
Sokongan daripada ibu bapa. Sumbangan wang, tenaga dan masa.
37. Banyak sumbangan PIBG kepada sekolah sepanjang beliau berkhidmat di SKPB
38. Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana menjemput beliau merasmikan mesyuarat
pada hari ini.
39. Akhir sekali beliau merasmikan mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
7
_____________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 43
TARIKH : 16 MAC 2020 (AHAD)
MASA : 2:00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SK. PAYA BESAR
Kehadiran : 135 ORANG
Agenda Mesyuarat :
I. ALUAN PENGERUSI MESYUARAT
1. Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP PIBG SK Paya Besar, En. Yaafat bin Ishak.
2. Beliau menjemput semua AJK mengambil tempat dihadapan bagi menjalankan mesyuarat pada
kali ini.
3. Beliau berterima kasih dan mengalu-alukan kehadiran para waris ke mesyuarat Agung PIBG kali
ke 43 ini.
4. Beliau berharap supaya semua ibu bapa menunggu sehingga selesai mesyuarat kerana ada
cabutan bertuah.
II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU
5. Setiausaha PIBG , Pn. Hasnah bt. Hussain membentang minit mesyuarat yang lalu untuk
dibahaskan dan disahkan
6. Cadangan pengesahan minit mesyuarat Agung oleh Pn. Farahwahida bt. Abdul Rahman dan
disokong oleh Pn. Satariah bt. Ibrahim.
Tindakan : Setiausaha
III. PERKARA BERBANGKIT
7. Agenda ke 6, perkara 14 , En. Abdullah bin Abdul Rahman selaku PK HEM menjelaskan bayaran
RM 10.00 untuk tabung UPSR 2019 tidak dijalankan kerana tidak dipersetujui dalam mesyuarat
AJK PIBG.
IV. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG
8. Pn. Robia’toladawiyah bt. Ab Rahim, bendahari PIBG SK Paya Besar membentangkan penyata
kewangan bermula 01.01.2019 dan berakhir pada 31.12.2019 untuk diterima dan disahkan.
8
9. Cadangan diterima oleh Pn. Rosnah bt. Saad dan disokong oleh Pn. Busyra bt. Abd Rahman.
10. PK Pentadbiran, En. Mohd Faisol bin Othman meminta supaya merujuk kepada penyata di muka
surat 15, nombor 6, iaitu bayaran sewa koperasi sekolah. Sebenarnya bayaran tersebut tidak
boleh dimasukkan dalam akaun PIBG , dan telah ditegur oleh audit kewangan. Ia perlu
dimasukkan ke dalam akaun SUWA Sekolah. Wang tersebut adalah kegunaan untuk aktiviti
murid-murid.
Tindakan : Bendahari
V. MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2019
11. Setiausaha PIBG membentangkan laporan tahunan 2019 dan mengucapkan terima kasih kepada
AJK PIBG yang telah menjayakan program yang telah dijalankan. Rujuk muka surat 16 dan 17
untuk laporan aktiviti.
12. Pengerusi mesyuarat selaku YDP PIBG juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua AJK
PIBG serta para waris dan berharap program yang seumpama itu dapat diteruskan lagi pada
tahun hadapan terutama keterlibatan para waris lebih baik pada tahun ini.
13. YDP memohon agar para waris memberikan cadangan-cadangan yang baik demi kebaikan
bersama. Semua aktiviti adalah untuk kebaikan anak-anak SKPB.
VI. MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL/CADANGAN
14. Merujuk kepada muka surat 15, terdapat 5 usul, pengerusi meminta pihak pentadbiran memberi
penjelasan.
15. Usul 1 dari En. Noor Rasdi bin Zainudin :
1. Mencadangkan menyediakan peti cadangan untuk diletakkan di hadapan pintu pagar
sekolah. PK Pentadbiran, En. Mohd Faisol bin Othman menjelaskan bahawa telah ada
peti cadangan di dalam kawasan sekolah dan waris boleh memasukkan cadangan di
dalam peti tersebut. Beliau juga mencadangkan supaya pihak PIBG sendiri yang
menyediakan peti cadangan dengan nama “ PETI CADANGAN PIBG”.
2. Mencadangkan diadakan gotong-royong dua kali setahun. En. Mohd Faisol bin Othman
memberitahu bahawa telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK PIBG yang lalu. Gotong-
royong untuk menebang pokok-pokok dan membuang tunggul di hadapan pagar
sekolah. En. Abdullah bin Abdul Rahman telah membuat surat permohonan. Semua
waris perlu hadir pada hari gotong-royong tersebut.
16. Usul 2 , 3 dan 4, Menyediakan tempat menyimpan buku teks dalam kelas. PK Pentadbiran
menjelaskan bahawa pihak sekolah tidak akan menyediakan kerana melibatkan kos. Beliau
mencadangkan supaya murid-murid membawa buku ikut jadual dan ikut jilid. Tidak perlu bawa
semua buku setiap hari kesekolah. Buku aktiviti boleh simpan di sekolah, guru akan mengutip
buku tersebut setiap kali siap aktiviti yang diberi.
17. Usul 5 dari Mohamad Hishamudin bin Dolah, meminta pihak sekolah memastikan makanan yang
dijual di kantin adalah makanan yang baik lagi berkhasiat. PK HEM, En. Abdullah bin Abdul
Rahman memaklumkan bahawa tahun 2020 adalah pengusaha kantin yang baru. Peraturan
9
memang makanan berkhasiat sahaja yang boleh dijual di kantin. Usul 5 diterima dan pihak
sekolah akan memastikan kantin mematuhi syarat yang ditetapkan. Pihak kesihatan akan datang
memantau dua kali setahun.
18. YDP PIBG memberitahu bahawa gotong-royong di buat setiap tahun. Pada tahun ini akan
diadakan gotong-royong di belakang kantin dan buang tunggul di hadapan sekolah. Mohon
kerjasama waris dari segi kewangan untuk membuat tempat menunggu 10 X 60 kaki di hadapan
sekolah kerana tabung PIBG kekurangan wang.
Tindakan : Ahli PIBG
VII. PERMOHONAN SUMBANGAN PIBG
19. PK Pentadbiran, En. Mohd Faisol bin Othman memohon bayaran PIBG bagi tahun 2020 adalah
sebanyak RM 40.00
RM 20.00 = Sumbangan PIBG ( Satu Keluarga )
RM 20.00 = PBS/ PBD/ Ujian ( Setiap Pelajar )
20. Pihak sekolah perlukan kelulusan semua ahli sebelum kutipan dibuat.
21. Pn. Farahwahida bt. Abd Rahman mencadangkan menerima permohonan sumbangan PIBG
sebanyak RM 40.00. RM 20.00 untuk satu keluarga dan RM 20.00 untuk setiap pelajar.
22. En. Ibrahim bin Mat Husin menyokong cadangan tersebut.
23. Ahli PIBG bersetuju sebulat suara.
Tindakan : Ahli PIBG
VIII. HAL-HAL LAIN
24. En. Yaafat bin Ishak mengucapkan terima kasih kepada semua waris dan perasmi kerana kutipan
tabung PIBG pada hari ini sebanyak RM 501.00 . En. Ahmad Nazlan bin Md Isa selaku perasmi
pada hari ini menambah RM 501.00 Ke dalam tabung tersebut. Semuanya berjumlah RM
1002.00
25. Pn. Busyra bt. Abd. Rahman meminta agar pihak sekolah memaklumkan lebih awal tiga atau
lima hari sebelum kejadian sekiranya ada aktiviti yang melibatkan waris kerana perlu memohon
cuti bekerja. Guru Besar berjanji akan memaklumkan awal segala aktiviti yang akan melibatkan
waris.
26. Pn. Sarina bt. Ghazali sebagai wakil dari ahli PIBG, memohon penjelasan berkaitan dengan
rumah sukan yang ditukar setiap tahun. Ini akan menyusahkan para waris untuk membeli baju
sukan yang baru. PK Pentadbiran berjanji bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi pada tahun
hadapan. Pihak waris juga inginkan penjelasan kenapa banyak prasarana sekolah menggunakan
wang PIBG.
27. PK Pentadbiran menjelaskan duit dari KPM keutamaan kepada kegunaan di dalam kelas dan
aktiviti PDPc. Bumbung bangunan pra sekolah dan tandas akan dibaiki dalam masa terdekat ini ,
pihak yang terlibat telah datang memantau dan membuat laporan kerosakan.
28. Tahun 2019, 2 buah penapis air dapat sumbangan tetapi untuk servis perlukan wang PIBG, Sekali
servis RM 700.00
10
IX. UCAPAN PENANGGUHAN
29. En. Mohd. Faisol bin Othman( PK Pentadbiran ) mengucapkan selamat berkenalan kepada waris.
Segala kerja buat guru adalah untuk kebaikan anak-anak. Sekiranya waris ada masalah datanglah
berbincang dengan pihak sekolah.
30. En. Yaafat bin Ishak (YDP PIBG )mengingatkan para waris supaya bantu sekolah dan berikan
kerjasama. Isu keselamatan anak-anak masa hantar dan balik sekolah. Awasi anak-anak agar
perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Harap para waris ambil perhatian. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada semua kerana beri kerjasama hingga akhir mesyuarat.
31. En. Sallehuddin bin Abdul Wahab (Guru Besar )memberitahu bahawa ini adalah ucapan terakhir
dalam mesyuarat Agung PIBG Sebelum beliau bersara. Melapor diri pada 01/12/2016. Suasana
di sini agak berbeza kerana komitmen dan kerjasama dari para waris sangat baik dan
membanggakan. Perjalanan mesyuarat hari ini pun berjalan dengan lancar. Terima kasih atas
kerjasama tersebut dan teruskan pada masa akan datang. Jangan biarkan anak-anak. Pantau
kegiatan anak-anak demi masa depan mereka. Jadikan murid-murid SKPB yang berjaya sebagai
idola mereka. Ceritakan kepada anak-anak. Perlukan pengorbanan ibu bapa untuk melihat anak-
anak berjaya.
32. Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua waris sanggup menunggu sehingga
selesai mesyuarat.
33. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.35 petang.
Dicatat oleh,
Pn. Salmah binti Kasim
Pn. Marita bt. Mohamad
11
12
Seluruh warga sk paya besar dan
ajk pibg merakamkan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak
yang telah menjayakan mesyuarat
agung tahunan pibg kali ke 44
secara atas talian, google meet
pada 14 oktober 2021
13