011-65735399/Email:[email protected]
_____________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB KALI PERTAMA 2022
Tarikh : 18 April 2022
Hari : Isnin
Masa : 1.15 Tengah hari
Tempat : Pusat Sumber
Pengerusi : Hasnah bt. Hussain (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
Kehadiran Mesyuarat:
1. Pn. Hasnah bt. Hussain
2. Pn. Rabia’toladawiyah bt Ab Rahim
3. Pn. A’dzmiah bt. Mohd Dahalan
4. En. Mohamad Fazrah bin Mokhtar
5. Pn. Nurshahida bt. Hassim
6. En. Daud bin Che On
Turut Hadir
1. En Abdullah bin Abdul Rahman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
I PERUTUSAN PENGERUSI
1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam
dan Bahasa Arab kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat Panitia Pendidikan
Islam kali pertama bagi tahun 2022
2. Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Ummul kitab al-fatihah.
3. Pengerusi berharap semua guru bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti panitia pendidikan
islam.
4. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru panitia kerana telah
melaksanakan tugasan yang telah diberikan sebaik mungkin.
Tindakan : Semua GPI
II UCAPAN PENOLONG KANAN HEM
5. En. Abdullah Bin Abdul Rahman selaku Guru Pendidikan Islam juga, mengucapkan terima kasih
kerana menjemput beliau ke Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kali pertama
pada hari ini.
6. Beliau berharap semua ahli panitia dapat memberikan kerjasama dalam usaha menjayakan
sebarang aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2022 supaya program atau aktiviti dapat
berjalan dengan lancar.
7. Beliau juga berharap agar guru-guru pendidikan Islam dapat bekerja dalam satu pasukan supaya
dapat meningkatkan kecemerlangan murid-murid .
III MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
8. Pn. Hasnah bt. Hussain membentangkan minit mesyuarat yang lalu
9. Pn. Rabia’toladawiyah bt Ab Rahim mencadangkan minit mesyuarat ini disahkan dan disokong
oleh Pn. A’dzmiah bt. Mohd Dahalan
IV PERKARA BERBANGKIT
10. Tiada.
V PERLANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
11. Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Tahun 2022 :
Ketua Panitia/ Setiausaha : Pn. Hasnah bt. Hussain
AJK : En. Abdullah bin Abdul Rahman
Pn. Rabia’toladawiyah bt Ab Rahim
Pn. A’dzmiah bt. Mohd Dahalan
En. Mohamad Fazrah bin Mokhtar
Pn. Nurshahida bt. Hassim
En. Daud bin Che On
Tindakan : Semua GPI
VI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN IQRA’
12. Laporan iqra’ dari tahun 2 hingga 6, yang masih belum menguasai iqra’ 1 hingga 4
TAHUN JUMLAH JUMLAH MURID
MURID IQRA’ 1-4
2 ARIF 42 32
3 ARIF 37 32
4 ARIF 31 11
5 ARIF 21 10
5 BESTARI 23 9
6 ARIF 26 0
6 BESTARI 25 9
Tindakan : Semua GPI
VII INTERVENSI UNTUK PENINGKATAN IQRA’
13. Pemulihan Iqrak untuk murid iqra’ 1 hingga 4 waktu Pdpc Tilawah Al-Quran.
14. Buat kumpulan mengikut tahap iqra’ 1 hingga 4
15. Latih tubi waktu pagi 7.15 hingga 7.45
16. Program ‘ pra tahfiz’- sebelum pdpc Pendidikan Islam dan Bahasa Arab murid-murid baca surah
dari juzuk amma.
VIII PROGRAM PENINGKATAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Perancangan aktiviti Panitia Pendidikan Islam
BIL AKTIVITI BULAN TINDAKAN SASARAN
1 Mesyuarat AJK panitia April, HASNAH BT. HUSSAIN Guru-guru Pendidikan Islam
September,
Pendidikan Islam Disember Semua GPI Murid-murid terpilih
Ikut takwim Semua GPI Semua Murid
2 ADNI PPD dan JPN
Setiap Hari
3 Pra Tahfiz
4 Kem Cemerlang Jawi (KCJ) Julai, RABIA’TOLADAWIYAH Murid terpilih
5 Israk Mikraj Disember DAUD BIN CHE ON Semua guru dan murid
6 Ihya’ Ramadhan APRIL HASNAH BT HUSSAIN Semua guru dan murid
7 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Mei MOHAMAD FAZRAH BIN Semua guru dan murid
MOKHTAR Semua guru dan murid
8 Bacaan Yasin setiap hari Setiap hari DAUD BIN CHE ON Semua GPI dan murid
khamis Khamis MOHAMAD FAZRAH Semua GPI dan murid tahun 6
Jun, A’DZMIAH BT MOHD Semua GPI dan murid tahun 6
9 Kem Bestari Solat Disember DAHALAN
November MOHAMAD FAZRAH BIN
10 Kem akil baligh MOKHTAR
NURSHAHIDA BT. HASSIM
11 Kem celik akidah November
12 Kem pintar jawi November RABIA’TOLADAWIYAH Semua GPI dan murid tahun 6
13 Kem celik jawi November NURSHAHIDA BT. HASSIM Semua GPI dan murid tahun 6
14. Khatam Al-Quran Disember A’DZMIAH BT MOHD Semua GPI dan murid tahun 6
DAHALAN
Penyelarasan buku kerja murid
17. Murid tahap 1, mereka menggunakan buku teks dan buku aktiviti yang telah disediakan oleh
KPM dan hanya satu buku tulis sahaja akan ditambah sebagai buku latihan alquran, jawi dan
ulum.
18. Murid tahap 2 akan menggunakan buku teks yang di bekalkan oleh KPM dan sebuah buku
latihan aktiviti yang dibeli menggunakan peruntukan wang zakat, serta dua buah buku tulis
untuk al-Quran, ulum / jawi.
19. Semua guru diminta membuat semakan terhadap buku latihan murid sekurang kurangnya
selepas dua hari latihan di beri.
20. Guru juga perlu memastikan murid membuat pembetulan bagi latihan yang salah.
21. Semua guru perlu menghantar buku latihan murid untuk semakan pentadbir, mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
Rancangan Pengajaran Harian Guru (RPH), RPT, DSKP
22. Penyelarasan penulisan RPH, perlu seragam dan mengikut format terkini. Guru perlu membuat
RPH setiap hari dan tidak tertangguh.
23. Guru perlu menerapkan elemen Pdpc abad 21 apabila membuat RPH.
24. Buku ringkasan perlu dihantar pada setiap hari Khamis untuk disemak oleh pentadbir.
25. Semua guru perlu mempunyai DSKP dan RPT yang sah dan terkini.
26. Perancangan Pdpc perlulah mematuhi sukatan pelajaran atau dokumen standard pembelajaran.
Tindakan : Semua GPI
PBS, PBD
27. Guru perlu merekodkan rekod perkembangan murid dalam borang transit PBD, dan hendaklah
melaksanakan dari semasa ke semasa , sepanjang tahun
28. Laporan hendaklah disimpan dalam fail RPH
29. Minimum murid akan mendapat TP 3.
30. Agihan mengikut kelas bagi mengisi rekod PBD dan PBS :
TAHUN PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB
NAMA GURU NAMA GURU
1 ARIF
2 ARIF Rabia’toladawiyah bt Ab Rahim A’dzmiah bt. Mohd Dahalan
3 ARIF Rabia’toladawiyah bt Ab Rahim A’dzmiah bt. Mohd Dahalan
4 ARIF Norshahida bt. Hassim A’dzmiah bt. Mohd Dahalan
5 ARIF Abdullah bin Abdul Rahman Mohd Fazrah bin Mokhtar
5 BESTARI Daud bin Che On Mohd Fazrah bin Mokhtar
6 ARIF Daud bin Che On Mohd Fazrah bin Mokhtar
6 Bestari Hasnah bt. Hussain Mohd Fazrah bin Mokhtar
Hasnah bt. Hussain Mohd Fazrah bin Mokhtar
IX KEWANGAN
31. Wang peruntukan untuk Panitia Pendidikan Islam adalah sebanyak RM 408.00 dan Bahasa Arab
sebanyak RM 739.00
32. Senarai bahan dan alatan yang diperlukan untuk melancarkan proses Pdpc adalah seperti
berikut:
BIL BAHAN / ALATAN JUMLAH AGGARAN HARGA
1 MANILA KAD 20 KEPING RM 100.00
2 MARKER PEN WHITEBOARD 1 DOZEN RM 100.00
3 BANNER KALIMAH JAWI 1 RM 100.00
4 BANNER DOA 1 RM 100.00
RM 400.00
JUMLAH
X MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)
33. Acara yang akan disertai oleh SK Paya Besar ke peringkat Daerah Baling secara dalam talian
ialah :
BIL ACARA NAMA GURU PEMBIMBING
1 e-Hafazan Al-Quran DAUD BIN CHE ON
2 e-Hafazan Al-Quran DAUD BIN CHE ON
3 Tarannum Siber HASNAH BT HUSSAIN
4 Tarannum Siber HASNAH BT HUSSAIN
5 Khat Siber A’DZMIAH BT MOHD DAHALAN
6 Khat Siber A’DZMIAH BT MOHD DAHALAN
7 e-Daie Cilik ROBIA’TOLADAWIYAH BT AB RAHIM
8 e-Daie Cilik ROBIA’TOLADAWIYAH BT AB RAHIM
9 e-Kalam ‘Arabiy MOHAMAD FAZRAH BT MOKHTAR
10 e-Pertandingan Nyayian Solo Lagu Kerohanian NORSHAHIDA BT HASSIM
11 e-Pertandingan Nyayian Solo Lagu Kerohanian NORSHAHIDA BT HASSIM
XI HAL-HAL LAIN
34. PK HEM mencadangkan supaya menempah banner berkaitan dengan pendidikan islam.
35. Guru-guru perlu memulakan latihan ADNI kepada murid yang terlibat mulai sekarang.
36. Tarikh pertandingan mahrajan al-Quran (Taranum, Hafazan ) pada 12 Jun 2022
37. Tarikh pertandingan Festival Kesenian Islam (Khat , syair, sajak dan Nyanyian solo ) pada 14 Julai
2022
38. Tarikh Ihtifal Lughowi SS( Kalam Araby , e-Daie Cilik) pada 26 Mei 2022
39. Surau perlu di kemaskini kerana ada Penarafan Surau Imarah 5 Bintang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
………………………………….
(HASNAH BT. HUSSAIN)
Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Paya Besar,
09300 Kuala Ketil,
Kedah.