PERIBAHASA
ADAM IZZAQWAN BIN NOOR KHAMARUL RIEZA
4 MARIKH
ISI
KANDUNGAN
Penghargaan--------------------------------------------------------------1
Pengenalan----------------------------------------------------------------2
Peribahasa------------------------------------------------------------3-13
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu
Noraishah binti Othman kerana mendidik saya dan rakan -
rakan.
Terima kasih yang tidak terhingga buat ibubapa kerana
membantu saya menyiapkan e-buku skrap ini.
1
Peribahasa ialah ayat atau PENGENALAN
kelompok kata yang
mempunyai susunan yang
tetap dan mengandungi
pengertian tertentu.
Peribahasa terdiri daripada
simpulan bahasa,
perumpamaan, bandingan
semacam, bidalan,pepatah
dan kata-kata hikmat.
2
Ajak - ajak ayam
Maksud:
Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh
3
Mulut Tempayan
Maksud:
Orang yang tidak tahan menyimpan
rahsianya
4
Bagai aur dengan tebing
Maksud:
Hubungan yang rapat dan saling membantu
5
Masuk telinga kanan, keluar
telinga kiri
Maksud:
Langsung tidak mendengar nasihat
6
Di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan
Maksud:
Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan
menemui cara untuk mendapatkannya
7
Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih
Maksud:
Orang yang inginkan sesuatu, dia akan cuba segala upaya
manakala orang yang tidak mahu atau malas, dia akan
berikan pelbagai alasan
8
Hangat-hangat tahi ayam
Maksud:
Melakukan sesuatu dengan sungguh-sungguh hanya pada
permulaan. Lama kelamaan, ditinggalkan apabila sudah
mula bosan
9
Genggam bara api,
biar sampai jadi arang
Maksud:
Melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah
bersabar dan sempurnakan sehingga berjaya
10
Seperti kacang lupakan
kulit
Maksud:
Seorang yang lupa/menafikan asal-usulnya
11
Ada hati
Maksud:
Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk melakukan atau
memiliki sesuatu
12
Seperti langit
dengan bumi
Maksud:
Perbezaan yang sangat
ketara
13
Rujukan:
Buku rampaian
topikal Bahasa
Melayu -
Tatabahasa
Nota Powerpoint
Bahasa Melayu
Wikipedia
TERIMA
KASIH
14