The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rennygrece, 2022-01-03 22:21:46

NSAN 2053

NOTES 1.1 - 1.7

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

Malnutrisi
Leukemia
Umur yang terlalu muda atau terlalu tua.
Penyakit kronik :-
Paru–paru
Diabetes
Kegagalan hepar dan ginjal
Kardiovaskular
Kehamilan
Keadaan–keadaan kompromi keimunan

b. Faktor–faktor yang berkaitan dengan rawatan
Sesetengah rawatan yang diberi kepada pesakit menyebabkan beliau lebih mudah mendapat
infeksi. Contoh rawatan itu adalah seperti:-
i. Prosedur invasif seperti kemasukan kateter, infusi intravena, infusi vena central dan
prosedur lain yang mencerobohi kaviti–kaviti steril tubuh.
ii. Dadah yang digunakan seperti imunosupresif cytotoxic dan antibiotik.
iii. Pembedahan yang dilakukan ke atas pesakit, contoh pada luka yang ada infeksi.
iv. Bantuan pernafasan seperti tiub endotrakeal, tiub trakeotomi.
v. Imobiliti.

Patofisiologi
● Kemasukan bakteria ke dalam tubuh boleh dibahagikan kepada 4 fasa. Septisemia adalah fasa

yang terakhir.
Fasa I.
● Kehadiran bakteria gram –ve di kawasan setempat dan membiak di situ.
● Bakteria ini mungkin menyerupai sebahagian flora normal badan atau mengembang di
sesuatu bahagian tubuh yang biasanya mereka tiada.
● Contohnya di orofarink, disebabkan oleh kurang pengaliran air liur, di kulit dan trek urinari.
Fasa II.
● Fasa ini infeksi setempat berlaku di mana badan kehilangan rintangan kepada serangan
bakteria. Contoh:-

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

Trek gastrousus - ulser, kemoterapi atau pembedahan

Trek urinari - catether in–situ

Refleks gag & batuk - tiub endotrakeal

Integriti kulit - luka, ulser

Fasa III.

Infeksi berterusan menyebabkan bakteria tersebar dalam peredaran darah. 2 faktor
yang mempengaruhi kadar penyebaran iaitu faktor bakteria dan faktor hos.

Faktor bakteria contohnya bakteria yang mempunyai rintangan terhadap fagositosis,
rintangan serum iaitu kebolehan sesetengah bakteria menentang aktiviti–aktivit pemusnahan
non spesifik.

Faktor hos menghadkan keupayaan mengawal infeksi setempat adalah seperti
dysfunction neutrofi, neutropenia, agamaglobulinemia (kekurangan protein plasma)

Fasa IV.

● Fasa terakhir ini menyerupai kejayaan infeksi disebar ke peredaran darah. Sindrom
septisemia akan berlaku sekiranya mikroorganisma dapat menetap di sistem peredaran dalam
jangka masa cukup dengan jumlah yang agak banyak.

● Apabila mikroorganisma gram –ve menyerang sistem peredaran, bakteria ini akan
membebaskan endotoksin.

● Endotoksin bakteria ini boleh mengaktifkan faktor Hageman (faktor XII) sistem koagulasi
intrinsik yang kemudian akan mengakibatkan koagulasi intravaskular, fibrinolisis dan
renjatan septik. Keadaan–keadaan ini berlaku kerana endotoksin ini boleh menyebabkan
kecederaan sel, pembebasan extracellular enzime lisosomal dari leukosit, perubahan interaksi
antara sistem koagulasi dan fibrinolisis dan kecederaan metabolik yang disebabkan oleh
anoksia tisu.

● Renjatan septik menimbulkan spasma vena dan arteri, diikuti dengan ketakungan darah di
pulmonari, spleen, renal dan tisu periferi mengakibatkan tisu anoksia dan
asidosis.Vasokonstriksi yang teruk meningkatkan rintangan periferi, mengurangkan keluaran
kardiak dan menyusutkan pengaliran darah ke organ–organ major.

Manifestasi klinikal

● Masa mulanya sepsis mungkin tiba-tiba. Simtom–simtom awal seperti rigor, seram
sejuk disertai dengan kenaikan suhu yang cepat. Kenaikan suhu mungkin tidak dialami
oleh bayi dan pesakit tua. Kulit panas dan kering. Pesakit kelihatan malaise, letih lesu
dan keliru.

● Kadar pernafasan meningkat kerana anoksia dan peningkatan asid laktik. Dengan
kemerosotan tekanan darah, hypoperfusion di tisu dan organ.

● Apabila renjatan septik berlaku, pesakit mengalami tachypnoe , tachycardia,
hypotension, sejuk di extremiteis, kelembapan mental dan oliguria.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

● Beberapa keabnormalan koagulasi intravaskular sering dijumpai contohnya petechiae,
ecchymosis dan kecenderungan perdarahan.

● Berbagai lesi kulit mungkin dijumpai. Contohnya Pustul (nanah dalam kulit), Vesikel
(serum dalam kulit), Bullae (lepuh besar dalam kulit)

Penyiasatan / Penyelidikan
a. Sejarah melalui temubual
Latar belakang dari manifestasi klinikal
demam suhu lebih 38 0C
tachycardia
tachypnoea
letih lesu
rigor
keliru

b. Pemeriksan fizikal
Dilakukan untuk mengesan punca sepsis (abdomen, pulmonari dan kulit).
Tanda–tanda infeksi setempat adalah seperti pustul, vesikel atau bula.

c. Pemeriksaan makmal
Untuk mengesan infeksi
Penyiasatan darah C&S dan urinalisis, pus C&S

TWBC - meningkat

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

Rawatan Septisemia

Terdiri daripada rawatan sokongan dan rawatan infeksi.

a. Rawatan sokongan.

Rawatan sokongan terdiri daripada rawatan untuk mengekalkan fungsi sistem
peredaran, sistem pernafasan dan sistem pembekuan.

Cecair intravena adalah penting untuk mengekalkan isipadu intravaskular.

Jumlah cecair intravena yang diberi berpandukan tekanan vena sentral (CVP). Dengan
cara ini dapat mengelakkan cecair berlebihan yang boleh meningkatkan risiko pulmonari
edema kerana pesakit cenderung mendapat sindrom distress pernafasan dewasa (respiratory
distress syndrom)

Jika infusi vena gagal memulihkan hipotensi, vasopressor contohnya dopamin diberi
untuk mengekalkan perfusi renal.

Selain daripada pengawasan hemodinamik, penyelidikan dan pemerhatian rapi
dilakukan untuk mengawasi output kencing, status asid–bes, konsentrasi oksigen arterial,
hematokrit, elektrolit, fungsi renal dan juga kajian pembekuan darah. Konsentrasi oksigen
arterial (ABG) dan paras sel darah merah dikekalkan untuk mengelakkan hipoksia tisu.

Jika ada tanda perdarahan, pemberian vitamin k, fresh frozen plasma dan platelet akan
memulihkan keabnormalan koagulasi.

b. Rawatan infeksi

i. Rawatan punca infeksi

Sebelum dapat mengawal infeksi, punca–punca infeksi perlu dikenalpasti dan dirawat.
Contohnya jika ada abses – I&D perlu dilakukan, pembedahan jika ada kesekatan dan
keabnormalan anatomi, penindasan sistem imuniti memerlukan pemberhentian perubatan
steroid dan saitotoksik.

ii. Terapi antibiotik

Terapi antibiotik adalah penting dalam perawatan infeksi. Kombinasi dua antibiotik
dipilih untuk menentang infeksi berpotensi gram–ve. Kelebihan kombinasi antibiotik adalah
ia memberi spektrum perlindungan yang lebih luas, mempunyai kesan sinergis dan dapat
mengurangkan kemungkinan organisma mempunyai atau menghasilkan rintangan kedua-dua
antibiotik.

Biasanya, cephalosporin generasi pertama dan satu aminoglikosid diberi. Walau
bagaimanapun regim ini tidak memberi perlindungan optimal dari stafilokokal rintangan
methicillin, enterokkokal, H. influenza B. fragilis, atau pseudomonas aeruginosa. Kepada
pesakit tenat, neutropenik atau berisiko infeksi pseudomonas, aminoglikosid diganti dengan
penicillin antipseudomonal atau cephalosporin generasi ke 3. Kepada pesakit yang tenat,
cephalosporin generasi ke 3 mungkin sudah mencukupi. Perlindungan dari anaerobik dengan

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

metronidazole, clidamycin, imipenem, chloramphenicol harus diberi sekiranya infeksi berasal
dari trek gastrousus atau trek genital.

Kadang–kala gamaglobulin diberi kepada pesakit yang mengalami hipo atau
agamaglobulinemia.

Pesakit yang menghidapi diabetis melitus, perlu mengawal paras gula dalam darah
200 mikro gm/dl untuk meningkatkan fungsi neutrofil.
Komplikasi Septisemia.

Respiratory distress syndrome
Renjatan septik
Perdarahan teruk
Kegagalan fungsi ginjal
Ulser di gastrousus
DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation)
Kegagalan jantung
Kematian
Bakteremia
Definisi
● Bakteremia ialah kehadiran bakteria di dalam darah.
● Bakteremia boleh terjadi melalui luka atau infeksi, luka pembedahan atau suntikan.
● Disebabkan oleh Staphylococcus, Streptococcus, Pseudomonas, Haemophilus, E. coli,
dental procedures, herpes (termasuk herpetic whitlow), jangkitan salur kencing,
peritonitis, Clostridium difficile colitis, intravenous drug use, dan kolorektal kanser.
● Bakteremia kebiasaannya tidak menunjukkan simtom / gejala, tetapi kemungkinan
boleh menyebabkan mild fever.

TOKSEMIA

Definisi
Keracunan darah disebabkan oleh toksin yang terhasil oleh bakteria yang berpunca dari
satu jangkitan setempat.
Etiologi
● Berlaku apabila bakteria masuk ke dalam aliran darah. Ia boleh terjadi melalui luka, infeksi

atau melalui prosedur pembedahan.
● Bakteria tersebut ialah Staphylococcus, Streptococcus, Pseudomonas.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

Patofisiologi
Infeksi yang berterusan dan penyebaran bakteria di kawasan yang terlibat

menyebabkan bakteria berkebolehan untuk melawan fagositosis.
Hos menjadi kurang upaya untuk melawan infeksi. Bakteria ini juga akan

mengeluarkan enzim dan ia akan mengurangkan jumlah neutrophils dan macrophages.
Toksin akan dikeluarkan oleh bakteria, dan toksin ini akan mengganggu atau

memusnahkan fungsi yang normal sel perumah tersebut. Ia akan menggalakkan colonization,
proliferation dan serangan oleh patogen.

Manifestasi klinikal
Hipotensi
Pesakit akan mengalami demam yang tinggi.
Kulit panas dan sejuk. Pesakit rigor. Di mana ia menggigil, suhu naik dengan tinggi

dan berapa jam kemudian pesakit akan berpeluh.
Pernafasan cepat.
Nadi cepat.
Terdapat banyak ruam (rashes).
Kulit akan mengelupas terutama di tapak kaki dan tapak tangan 1 – 2 hari selepas

kejadian onset berlaku.
Gangguan sistem gastrosusus. Pada permulaan onset, pesakit akan muntah dan diarea.
Gangguan sistem renal dan urinari. Pengeluaran urin adalah sedikit dan pyuria.
Gangguan pada sistem hematologik paras platlet adalah rendah dari paras biasa.
Gangguan pada sistem saraf pusat. Pesakit menjadi keliru dan meracau.

Penyiasatan
a) Blood C&S menunjukkan positif.
b) Total White different count (TWDC)- Jumlah sel darah putih adalah tinggi.

Perawatan toksemia
Objektif perawatan ialah:
untuk memusnahkan bakteria dan toksin.
untuk meningkatkan daya tahanan badan pesakit.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

Menggalakkan pengeluaran toksin melalui kidney dan bowel.
1. Rawatan infeksi
a. Rawat punca infeksi.

Jika terdapat abses lakukan insisi dan drainage
Jika terdapat kesekatan atau keabnormalan anatomi lakukan pembedahan untuk
membetulkan fungsi bahagian tersebut.
b. Pengubatan
Beri ubatan antibiotik
Tujuan untuk menghalang perkembangan bakteria. Ubatan yang diberi adalah mengikut jenis
mikroorganisma yang menjangkiti. Ia boleh diberi secara oral, suntikan, intramuscular atau
intravena.
Vitamin.
Tujuannya adalah untuk mencegah penyakit.
Corticosteroid.
Untuk merawat keadaan kulit yang ruam.

2. Transfusi darah
Jika jumlah platelet adalah rendah.

3. Pemeliharaan status nutrisi dan hidrasi
Masukkan cecair intravena untuk kekalkan imbangan elektrolit semasa pesakit tidak

berdaya makan dan minum disebabkan muntah.
Galakkan pesakit minum air yang banyak 2–3 litre. Apabila pesakit sudah boleh

makan dan minum.Tujuan adalah mengeluarkan toksin melalui kidney. Juga untuk
menggantikan cecair yang hilang melalui muntah dan diarea. Dengan ini dapat mengekalkan
imbangan airan dan elektrolit.

Beri makanan yang kaya dengan vitamin dan protein untuk membantu proses
penyembuhan penyakit.

Komplikasi
Jika toksemia tidak dirawat akan mengakibatkan septicemia. Iaitu kehadiran mikroorganisma
patogenik yang membiak dan merebak dalam sistem sirkulasi dan mengeluarkan toksin. Ini
akan menyebabkan kemusnahan tisu secara meluas.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

5. GANGRENE

Definisi
● Gangren gas ialah satu infeksi teruk otot skeletal yang disebabkan oleh
clostridium gram positif. Organisma ini menghasilkan eksotoksin yang boleh
memusnahkan tisu.

Organisma-organisma terlibat
☞ Clostridium Welcii
☞ Clostridium Septikum
☞ Clostridium Novyi
▪ Organisma-organisma ini biasa terdapat di trek usus manusia dan tanah. Oleh
kerana organisma ini adalah anaerobes, perebakan utamanya di luka dalam, luka
yang ada bahan asing atau tisu nekrosis di mana pembekalan oksigen kurang.

Klien Berisiko
▪ Klien yang mempunyai luka di peha dan disertai dengan inkontinen kerana basilus gas
terdapat di trek usus manusia.
▪ Klien yang mengidapi penyakit arteial kronik atau diabetes melitus kerana terdapat
anoksia tisu setempat, sesuai untuk perkembangan gangren gas.

Manifestasi Klinikal
a. Sakit
▪ Sakit yang teruk di luka, datangnya tiba-tiba.
▪ Biasanya berlaku dalam 1- 4 hari selepas kecederaan.
▪ Luka itu tender, sakit disebabkan oleh edema dan gas yang terdapat dalam tisu.
b. Perubahan tisu setempat
▪ Pada mulanya, kulit sekelilingnya menjadi putih dan tegang, kemudian menukar
warna gangsa, perang atau hitam.
▪ Vesikel dibentuk, berisi dengan cecair merah yang dihasil oleh gas, cecair ini berbuih
dan berbau busuk, akan dirembes keluar dari luka.
▪ Krepitus boleh dirasai di tisu.
▪ Otot yang terlibat menjadi hitam dan nektrotik kerana gas dan cecair meningkatkan
tekanan tempatan, mengganggukan pembekalan darah.
c. Infeksi Sistemik
▪ Infeksi mungkin merebak dengan cepat lalu mengakibatkan toksisiti sistemik dan
toksemia.
▪ Klien kelihatan pucat, letih lesu, nadi dan pernafasannya cepat tetapi suhunya
jarang melebihi 38.3 0C.
▪ Anoreksia, cirit-birit dan renjatan mungkin berlaku.

Rawatan
a. Eksisi dan insisi
▪ Eksisi dan insisi dilakukan untuk mencegah atau merawat gangren gas.
▪ Eksisi dan debridemen tisu nekrosis dan tisu berjangkit. Ini dapat mengelakkan
pembiakan Clostridium, organisma anaerobik.
b. Ubat-ubatan
▪ Antibiotik juga diberi untuk mengawal infeksi.
c. Oksigen
▪ Oksigen diberi untuk meningkatkan paras oksigen dalam sistem arterial.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

c. Rawatan Sokongan/simtomatik
FIGURE 5: GANGRENE

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

1.6. NORMAL WOUND HEALING

LO1: Discuss the process of wound healing.

Definisi luka

● Luka adalah apabila sesuatu struktur organ atau tisu tercedera atau terpotong atau
melecur akibat kebakaran dan boleh menyebabkan perdarahan.

● Jenis-jenis luka:
● a. Luka tertutup
● b. Luka terbuka

. LUKA TERTUTUP
☞ Luka yang berlaku pada tisu dalam tetapi tiada pecahan pada permukaan kulit.
☞ Ada 4 jenis luka tertutup iaitu :
i. Luka Kontusi ( contusion )
ii. Luka melecet ( abrasion )
ii. Luka berdarah dalam ( haematoma )
iii. Terseliuh ( sprain )

i. Luka memar (contusion)
▪ Luka memar terjadi disebabkan oleh pukulan benda yang tumpul atau jatuh terhempas
di tempat yang keras menyebabkan berlaku perdarahan kapilari di bawah kulit akibat
kecederaan tisu. Ia kelihatan bengkak, lebam dan kebiruan tetapi kulit tidak terkoyak.
▪ Contusion yang teruk akan menyebabkan kerosakan dan keretakan dalaman.

ii. Luka melecet (abrasion)
▪ Luka melecet mengakibatkan permukaan kulit atau membran mukosa melecet /
terkupas. Ia terjadi apabila permukaan kulit tercakar oleh benda tumpul.
▪ Luka jenis ini amat sakit kerana melibatkan hujung –hujung saraf.

iii. Luka berdarah dalam (haematoma)
▪ Perdarahan dalam rongga-rongga badan mungkin diikuti dengan kecederaan seperti
keretakan / luka yang tertembus.
▪ Boleh terjadi secara spontan seperti perdarahan ulcer perut.
▪ Perdarahan dalaman adalah serius walaupun tidak mengalir keluar dari badan tetapi
sistem peredaran darah kehilangan darah, jika terlalu banyak boleh mengakibatkan
renjatan.
▪ Keadaan kulit kelihatan bengkak dan warna kebiru-biruan / lebam disebabkan oleh
perdarahan yang berkumpul di bawah kulit .
▪ Contohnya :-
✔subkutaneus hematoma ( kumpulan darah di bawah kulit)
✔subperiosteal hematoma (perdarahan antara tulang dan periosteum)
✔subdural dan ekstradural hematoma (perdarahan dalam ruang kranial)
▪ Ia amat merbahaya kerana boleh menyebabkan tekanan pada otak. Keadaan hematoma
lama-kelamaan akan mengalami proses perubahan. Antaranya adalah:-
⮚ Penyerapan
Di mana darah yang terkumpul akan serap dengan sendirinya. Untuk itu demahan
panas dapat membantu proses penyerapan.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

⮚ Septik
Terjadi apabila kemasukan mikroorganisma berlaku. Keadaan ini memerlukan
aspiration atau I & D.

⮚ Granulasi
Proses granulasi berlaku mengakibatkan bahagian yang terlibat akan menjadi
ketulan yang keras.

iv. Terseliuh ( sprain )
Kekoyakan pada ligamen / bahagian sendi dan mempunyai kerosakan pada tisu yang
berdekatan.

B. LUKA TERBUKA
▪ Luka di mana terdapat pecahan pada kulit dan mendedahkan tisu-tisu yang di
bawahnya.
▪ Terbahagi kepada 9 jenis luka.

i. Luka terhiris
▪ Luka yang lurus disebabkan oleh peralatan tajam seperti pisau dan kaca.
▪ Terdapat aliran darah pada tepi luka yang terpotong.
▪ Perdarahan bergantung kepada kedalaman luka.
▪ Perdarahan adalah banyak jika melibatkan salur nadi.
▪ Bibir luka adalah sama. Oleh itu boleh dicantum dengan mudah.

ii. Luka terkoyak
▪ Bibir luka tidak sama rata.
▪ Disebabkan oleh pelbagai alat seperti dawai berduri, kuku binatang, mesin dan
termasuklah alat tajam / tumpul.
▪ Luka jenis ini tidak banyak berdarah tetapi sering mengumpul kotoran dan mudah
mendapat infeksi.
▪ Tempoh penyembuhan memakan masa.

iii. Luka tembus
▪ Disebabkan oleh benda tajam misalnya paku, jarum, pin dan peluru.
▪ Mempunyai lubang terusan kecil yang dalam dan ini boleh menyebabkan jangkitan
pada tisu bahagian dalam mengakibatkan perdarahan yang banyak.

iv. Luka tembakan
▪ Luka masuk adalah kecil dan luka keluar adalah besar.
▪ Kerosakan pada tisu / organ mungkin teruk dan boleh mengancam nyawa.
▪ Ia disebabkan oleh senjata api.

v. Luka tikaman
▪ Luka tembus yang sangat dalam sehingga menembusi organ tisu dalam
disebabkan oleh alat tajam hujungnya yang mana boleh mengakibatkan
lubang dalam tetapi kecil. Contoh tikaman oleh pisau.

vi. Luka sengatan / gigitan
NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

▪ Disebabkan gigitan / sengatan serangga. Contoh gigitan anjing, patukan ular
▪ Ini membenarkan kemasukan racun / bisa ke tisu tubuh.
▪ Reaksi setempat berlaku seperti bengkak, gatal dan sakit.

vii. Luka lesion
▪ Luka kecederaan atau perubahan struktur organ akibat keadaan luar biasa atau
penyakit.
▪ Istilah umumnya digunakan untuk menyebut sesuatu keadaan penyakit setempat.

viii. Luka sinus
▪ Sesuatu rongga sinus yang gagal sembuh yang bermula dari permukaan kulit
menyalur ke dalam sesuatu abses / lesi.

ix. Luka terbakar / melecur
▪ Disebabkan oleh kebakaran atau terkena air panas.
▪ Luka ini terdedah dan akan menggalakkan kemasukan mikroorganisma yang
menyebabkan infeksi.

Discuss the process of wound healing / Normal wound healing

PROSES PENYEMBUHAN LUKA

Peringkat Pertama
▪ Berlaku secara berterusan.
▪ Biasanya berlaku pada luka bersih/ surgikal (pembedahan)
▪ Proses ini berlaku dalam 4 peringkat: (fisiologi penyembuhan luka)
i. Fasa Hemostasis / vascular
ii.Fasa inflamasi
iii. Fasa proliferative (fibroblastic / tisu connective)
iv.Fasa kematangan (remodeling / plateau )

i. Fasa Hemostasis / vascular

● berlaku vasoconstriction dan fibrin clot terbentuk di kawasan luka untuk
menghentikan pendarahan

ii. Peringkat inflamasi (3 – 5 hari)
▪ Bermula pada masa trauma / kematian sel.
▪ Tindakbalas adalah segera di mana konstriksi salur darah dan pembekuan darah berlaku.
▪ Selepas 5-10 minit, vasodilatasi bermula, kapilari dilate menjadikan dinding salur darah
tertentu menjadi lebih telap, lalu plasma yang mengandungi fibrinogen / neutrofil (sel
darah putih) akan keluar dari kapilari dan mengalir ke kawasan trauma dan fagositosis
berlaku (penelanan bakteria / tisu yang mati oleh fagosit) supaya luka menjadi bersih
dan cepat sembuh.
▪ Akibat pengumpulan cecair plasma di tisu, aliran limfatika tersekat menyebabkan tisu
menjadi tegang, tambahan tekanan ke saraf sensori menyebabkan sakit dan luka
kelihatan bengkak, merah dan rasa panas.
▪ Aliran limfatika tersekat menyebabkan inflamasi yang mengambil masa 3-5 hari.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

▪ Jika infeksi berlaku, fasa ini akan mengambil masa yang lebih panjang sebab tindakan
fagositosis.

iii. Peringkat proliferative (fibroblas / pembaik pulih tisu–tisu fiber)
▪ Merupakan fasa mulanya proses penyembuhan luka / memperbaiki semula luka.
▪ Terdapat sel fibroblas yang berpindah ke dalam luka (fibroblas adalah sel-sel yang
tersebar luas dalam tisu perantaraan yang bertanggungjawab menghasilkan kalogen
iaitu struktur asas pembentukan struktur protein seperti kulit, facia dan keloid) yang
menggantikan tisu yang rosak. Kalogen mula terdapat pada hari ke 2 kecederaan dan
meningkat ke paras yang tinggi pada hari ke 5 – 7.
▪ Vit. C diperlukan oleh fibroblas untuk menghasilkan kalogen.
▪ Bekalan darah akan bertambah di kawasan radangan, aktiviti sel dan tindakbalas kimia
sekeliling menggalakkan tumbuhnya tisu granulasi.
▪ Keadaan radangan yang luas menyebabkan tisu granulasi dan tisu keloid bertambah.
▪ Tisu ini lebih matang dan berwarna merah serta tidak sama rata ( tisu granulasi dan
keloid). Keadaan tisu adalah delicate (fragile / senang rosak) bila digerak – gerakkan.
Misalnya mencuci luka dengan kasar.

iv. Peringkat kematangan (remodeling / plateau )
▪ Berlaku kesusutan tisu parut yang vaskular, kekecutan fibroblas. Tisu vaskular pada
fasa ini menjadikan tisu vaskular yang berwarna pucat putih.
▪ Kekuatan tisu pada fasa ini bertambah dan mencapai 50% dari normal pada hari ke 6
– 21.
▪ Ketegangan dalam luka mempengaruhi pertambahan jumlah fibre, kalogen dalam tisu
yang sembuh, proses ini mengambil masa yang panjang. Selepas itu kalogen menjadi
semakin berkurangan (dalam beberapa bulan). Lama –kelamaan luka akan bertukar
menjadi parut tua secara perlahan-lahan dan terasa keras dan unelastic bila dipalpate.

Peringkat Kedua
Proses ini melibatkan penyembuhan bagi kerosakan tisu yang luas dan ia berlaku melalui
cara kontraksi dan epitelialisasi.

i. Kontraksi (pengecutan)
▪ Luka yang terdedah luas atau infected, sembuh dengan pantas tanpa meninggalkan parut
yang besar. Contoh luka yang telah dijahit.
▪ Luka–luka ini sembuh dengan pertumbuhan sel-sel di pinggir luka hingga meninggalkan
parut kecil tanpa memerlukan jahitan atau skin graf. Biasanya dalam masa 3 minggu,
pinggir–pinggir luka bertemu menyebabkan penyembuhan luka berlaku.
▪ Ia dibantu oleh miofibroblas. Ia merupakan sel yang membantu mengecilkan luas luka
melalui proses biokimia kesembuhan

ii.Epitelialisasi
▪ Berlaku di atas permukaan tisu yang hidup dan basah.
▪ Sel-sel epitelial membiak, meleper dan bergerak dari pinggir ke kawasan luka
menggantikan sel-sel yang berkurangan.
▪ Sel baru akan bertambah di bawah lapisan tisu yang rosak atau bekuan darah.
▪ Kain pembebat / keruping akan melindungi luka dari kecederaan habuk dan kekeringan
dan membenarkan sel delicate menjadi matang.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

▪ Pertumbuhan sel yang aktif menyebabkan pinggir luka menjadi tebal dan perlahan-
lahan hilang apabila proses epitelialisasi berakhir. Maka terjadilah parut epitelial yang
tebal dan rata.

Intensi penyembuhan luka

Terdapat 3 cara penyembuhan luka iaitu:-
i) Penyembuhan intensi primer (10 intension)

▪ Luka di mana bibirnya senang disatukan / dicantum kembali.
▪ Biasanya pinggi–pinggir dibawa bersama di bawah aseptik teknik (jahit / T& S) dan

tisu granulasi bermula, maka berlakulah proses penyembuhan.
▪ Luka bersih dan tiada komplikasi.
▪ Sedikit tisu hilang sahaja.
▪ Pembentukan scar adalah sedikit.
ii) Penyembuhan intensi secondary (2o Intension)
▪ Berlaku pada luka infected (abscess), pressure ulcer
▪ Biasanya luka ini meliputi tisu yang luas dan sering mendapat eksudat purulent /

bernanah.
▪ Granulasi tisu berlaku untuk ganti tisu-tisu yang mati.
▪ Penyembuhan ini memerlukan masa yang lebih panjang. Ini adalah kerana proses

granulasi tisu mengambil masa yang lama.
▪ Pembentukan scar lebih banyak.
iii) Penyembuhan intensi tertiary (3o intension) – delayed 10 intension
▪ Bila didapati luka terbuka luas dan exudate bertambah. Ia tidak dapat dijahit tetapi

perlukan masa supaya granulasi secukupnya berlaku supaya bibir luka boleh bercantum
atau exudate berkurangan.
▪ Luka lebih dalam dan scar lebih luas.
▪ Contoh luka dalam sama ada belum dijahit / jahitan terbuka dan akan jahit semula
kemudian.
▪ Luka tidak dijahit dan biar buka 3 – 5 hari untuk merawat edema dan infeksi .

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

∙ Gangguan dalam proses Penyembuhan luka /Disorders of wound healing
1. Infeksi
- Boleh berlaku pada luka - pembentukan nanah.
- Klien mengadu sakit.
- Suhu dan nadi meningkat.
- Luka merah, bengkak dan tender
2. Pendarahan
- Pendarahan primer - berlaku semasa kecederaan / pembedahan.
- Pendarahan Sekunder - Berlaku selepas 24 jam di antara 3-10 hari akibat infeksi.
- Pembentukan hematoma.
3. Kegagalan sembuh
- Mungkin berlaku di mana kulit terbuka sedikit atau keseluruhan lapisan luka gagal
- Bercantum mengakibatkan Burst abdomen.
- Sebab luka gagal sembuh:-
a. Infeksi, hematoma, tekanan pada luka contohnya bila batuk yang kuat.
b. Diabetes, kurang zat makanan, anemia, steriods, carticinoma, orang tua.
4. Sloughing atau tisu mati
Tisu yang sudah mati, seperti kulit, yang tanggal dari tisu sihat setelah inflamasi
atau infeksi.
5. Pembentukkan Sinus atau fistula
▪ Sinus – Saluran dari tisu ke pembukaan yang kecil ke atas kulit
▪ Fistula – Perhubungan antara 2 permukaan epitelium. Contohnya dari usus ke
kulit.
6. Kontraktur
▪ Parut yang besar akan mengakibat kecacatan.
▪ Contohnya: Luka terbakar di sendi akan menyebabakan kecacatan.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

7. Pembentukan keloid
▪ Adalah keadaan di mana pembentukan tisu parut yang tebal.

Contoh: Parut BCG.

Faktor-Faktor Mempengaruhi Proses Penyembuhan Luka
a. Agen penyebab inflamasi
i) Jenis agen
ii) Antigen
iii) Kekuatan agen penyebab
b. Jenis tisu yang tercedera.
▪ setengah tisu dapat membiak dan sembuh dengan lebih cepat dari yang lain.
c. Jenis luka
▪ luka superficial / permukaan kecil, ia senang sembuh.
▪ Luka yang lebih mendalam, luka terkoyak mengambil masa yang lama untuk sembuh.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

d. Pengaliran darah dan oksigen.
▪ kecederaan pada saluran darah akibat luka, edema, hypoxia menjejaskan bekalan
darah dan oksigen. Oleh sebab itu, penyembuhan luka menjadi lambat.
▪ hypovolaemia

e. Kehadiran mikroorganisma / patogenik
▪ menyebabkan infeksi kemudian berlaku supurasi. Ia merosakkan tisu dan
melambatkan pembentukkan tisu granulasi.
▪ Teknik dressing dilakukan secara aseptik untuk mengelakkan jangkitan silang.

f. Faktor mekanikal
▪ Kehadiran bendasing (pasir, habuk, duri) tisu necrotic /mati menjejaskan
penyembuhan tisu granulasi yang masih fragile.

g. Faktor sistemik
i. Pemakanan
▪ Protein dan vitamin perlu untuk membentuk tisu baru.
▪ Galakkan makanan berzat, tinggi dengan protein dan vitamin C untuk
menggalakkan penyembuhan dan elakkan risiko infeksi dan komplikasi.
▪ Protien dan vitamin C penting untuk pembentukkan kalogen dan fibroblas.

ii. Umur dan taraf kesihatan.
▪ Umur dan sihat, sembuh lebih cepat dari orang tua.
▪ Pesakit Diabetes, proses penyembuhan lambat kerana keadaan darahnya

merupakan medium pembiakkan mikroorganisma.
▪ Sistem peredaran darah kurang memuaskan kerana bekalan oksigen, plasma,

fibrinogen dan sel darah putih berkurangan.

iii. Ketidakseimbangan hormon
▪ Hormon kortikosteroid yang berlebihan dalam darah melambatkan proses

inflamasi dan penyembuhan.
▪ Ubatan steroid. Pesakit yang mendapat rawatan steroid proses penyembuhan luka

menjadi lambat kerana immune supress

iv.Pesakit obes
▪ Terdapat banyak tisu adipose, bekalan darah perlahan menjadikan proses

penyembuhan lambat.

▪ RAWATAN LUKA
Rawatan Kecemasan

● Jika terdapat pendarahan, bertindak segera untuk mengawal pendarahan. Kehilangan
darah yang banyak akan mengakibatkan renjatan dan untuk kes yang teruk, akan
membawa maut.

● Terdapat beberapa cara mengawal pendarahan seperti penekanan langsung pada
tempat luka jika tiada benda asing di luka. Bagi kes-kes di mana terdapat benda asing,
atau patah tulang, penekanan tidak langsung, iaitu menekan pada tempat-tempat
arteri tertentu boleh dilakukan.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

● Selepas kawalan pendarahan, sebarang luka hendaklah dicegah dari serangan mikro-
organisma dan pencemaran dengan membersih, membebat, menjahit dan membalut
luka dengan sewajarnya.

● Bagi kecederaan lebam, gunakan demahan sejuk untuk mengurangkan kesakitan
denyutan dan kebengkakkan.

● Demahan sejuk boleh disediakan secara secara kompres atau tungkuan ais.
● Sementara melakukan pertolongan cemas, jururawat harus memberi semangat dan

harapan kepada klien.

Rawatan Tertentu untuk Luka
Usaha penyembuhan luka boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti berikut:
a) Pembebatan (Dressing)
▪ Pencemaran oleh mikro-organisma hendaklah dicegah dan dititikberatkan dalam
prosedur ini. Tempat luka dan kawasan sekelilingnya mesti dicuci dengan antiseptik
kemudian letakkan pembebatan yang sesuai untuk jenis dan saiz luka.
▪ Pembebatan dengan "sufro-tulle" boleh digunakan pada luka yang besar yang mana
tisu-tisu itu tidak dikehendaki melekat pada pembebat yang terpaksa tukar tiap-tiap
hari seperti akibat kebakaran.

b. Debridmen (debridement)
● Jika dapati banyak tisu nekrosis di luka, ia perlu dibuang supaya proses
penyembuhan luka secara sekunder boleh berlaku.
● Cara membuang tisu nekrosi ini dikenali sebagai debridmen. Masa debridmen, luka
yang terdedah akan dibersih dengan cara membuang bahan-bahan asing dan tisu
mati supaya penyembuhan boleh berlaku tanpa gangguan.
● Tatacara ini boleh dilakukan di bilik rawatan di wad ataupun di bililk pembedahan
mengikut keperluan klien.
● Jika daya pertahanan badan klien tidak baik, contohnya klien yang menghidap
HIV. Beliau berpotensi tinggi menghadapi septisemia, maka debrimen perlu
dilakukan di dewan pembedahan.
● Jika luka tidak begitu besar dan keadaan klien adalah stabil, debridmen boleh
dilakukan dalam wad.
● Selepas debridmen, luka mesti dicuci bersih, pembebatan dilakukan seperti yang
diarah.

c. Graf Kulit (Skin Grafting)
● Luka yang terlalu besar dan dalam yang tidak boleh sembuh melalui
penyembuhan secara sekunder perlu rawatan graf kulit.
● Masa tatacara graf kulit, tisu kulit dari tempat lain, iaitu bahagian derma kulit
akan digunakan dalam transplantasi untuk menggantikan bahagian luka yang
belum sembuh.
● Tatacara ini mesti dilakukan di dewan pembedahan oleh pakar pembedahan.

d. Menjahit luka (Sutur)
▪ Untuk luka yang bersih di mana bibir luka senang disatukan kembali, rawatan yang

paling efektif ialah menjahit luka dengan sutur.
▪ Beberapa jenis sutur boleh dilakukan di bahagian kulit.
▪ Contoh jenis sutur adalah berikut:-

a. Sutur Selimut

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

b.Sutur Selanjar
c.Sutur Tilam Tegak
d.Sutur Berselang-selang

Ringkasan 4

Fasa Penyembuhan luka primer

i. Fasa Hemostasis / vascular

- berlaku vasoconstriction dan fibrin clot terbentuk di kawasan luka untuk menghentikan
pendarahan

ii. Fasa Inflamasi

- Histamin menyebabkan vasodilation dan peningkatan ketelapan kapilari – hyperemia,
edema, bengkak, panas, sakit

- Eksudat inflamasi mengandungi protein plasma, antibody, sel eritrosit, sel darah putih
(neutrophil dan monosit) ke tapak kecederaan.

- Neutrophil memusnahkan bakteria dan menyingkirkan debris.

iii. Fasa proliferasi & Konstruksi (proliferation & reconstruction)

- Pembaikan tisu bermula

- Dengan luka yang semakin cetek akibat diisi oleh tisu granulasi, kolagen yang bertambah
di bibir luka menjadikan tisu baru lebih cekang(tegang)

e. Fasa Kematangan (maturation)

- Kekuatan tisu semakin bertambah cepat dan mencapai kekuatan 50% dari hari ke 6 hingga
hari ke 21

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

- Proses ini mengambil masa yang lama iaitu sehingga beberapa bulan. Kolagen
kemudiannya beransur kurang dan lama-kelamaan bertukar menjadi parut secara beransur-
ansur.

1.7: Nursing interventions for patients with infections and inflammation
LO1. Prepare nursing intervention for the patient with infection and inflammation.

∙ Inspection
o Head to toe

Palpation
● Palpasi bahagian permukaan kulit di kawasan tekanan untuk mengetahui keadaan

suhu kulit (Panaskan tangan anda terlebih dahulu).
● Biasanya, suhu adalah sama dengan kulit di sekitarnya.
● Peningkatan suhu menunjukkan tanda abnormal dan mungkin disebabkan oleh
NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

inflamasi.
● Palpate di atas tulang yang prominent dan mana- mana bahagian sokongan

(dependent)untuk mengesan kehadiran edema yang terasa spongy atau kembung.

Contoh-contoh Pemeriksaan Palpasi

Lokasi yang diperiksa Kriteria Yang Di nilai Bahagian tangan yang
digunakan
kulit Temperature -bahagian Dorsum/ jari
Moisture Permukaan Palmar
Turgor and elasticity Grasping with fingertips
Tenderness Finger pads/palmar surface
of finger
Organ(e.g Thickness Permukaan Palmar
liver,instestine) Entire palmar surface of
Saiz, bentuk, Tenderness hand or palmar surface of
Absence of masses fingers
Pads of fingertips
Kelenjar(e.g Tiroid, Bengkak
linfa) Simetri, mobiliti Palmar surface/pads of
Pulse ,amplitude fingertips
Blood Vessels(Karotid, ,Elasticity Rate, Rhythm
arteri Femoral) Palmar surface
Toraks Excursion Finger pads/palmar
Tenderness surface of fingers
Palmar or ulnar surface of
Fremitus entire hand

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

Intervensi Kejururawatan untuk infeksi dan inflamasi:

▪ Fluid volume and nutritional deficit
▪ Pain
▪ Impaired tissue integrity
▪ Altered body temperature: hyperthermia
▪ Body image disturbances

Masalah Kejururawatan Matlamat Intervensi Kejururawatan Penilaian

1) Perubahan isipadu Pesakit A) Nilaikan status hidrasi pesakit dengan
cecair: kekurangan dapat membuat carta imbangan ‘intake’ dan
berkait dengan:- mengekalka ‘output’. Catat dengan tepat untuk
n status memastikan cecair yang diambil
a) nausea dan muntah hidrasi yang adalah seimbang dengan
b) kurang pengambilan air baik iaitu pengeluarannya dan mencukupi.
c) perpeluhan yang berlaku mukosa oral Laporkan jika pengambilan oral tidak
yang memuaskan.
akibat demam lembab dan
kulit yang B) Beri minuman berzat seperti Enercal,
tidak kering Milo dan lain-lain.
dalam masa
24 jam dan C) Rehatkan pesakit supaya aktiviti
sepanjang metabolisme pesakit dapat
hospitalisasi
dikurangkan.
D) Pastikan pesakit mendapat cecair yang

mencukupi iaitu 2500 – 3000 ml sehari
jika tiada kontraindikasi.
E) Beri sokongan emosi kepada pesakit.
F) Beri pendidikan kesihatan di mana
pengambilan cecair adalah penting
bagi keseimbangan dan mengawal
suhu badan.
G) Jika keadaan pesakit adalah teruk, beri
infusi intravena dengan arahan doktor.
H) Perhatikan tanda-tanda dehidrasi:
▪ kulit kering dan berkedut
▪ mulut dan bibir kering sebab

kurang pengambilan melalui oral.
I) Rancangkan langkah-langkah untuk

mengelakkan nausea dan muntah.
▪ Elakkan dari memberi makanan yang

berlemak kepada pesakit.
▪ Jauhkan pesakit dari bau busuk

seperti dari bau tandas, sampah dan
lain-lain.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

2) Perubahan dalam Pesakit A) Nilai dan monitor tahap pengambilan
pengambilan makanan:
kurang dari keperluan dapat makanan. Lapor jika pengambilan
badan berkait dengan
bekalan makanan tidak mencukupi.
a) proses penyakit
b) loya dan muntah nutrisi yang B) Rancangkan langkah-langkah untuk
c) kesakitan
d) anoreksia mencukupi mengelakkan nausea dan muntah.
e) keperluan kadar
serta Pastikan sekeliling bersih dan bebas
metabolisme
bertambah akibat dari seimbang dari bauan.
proses inflamasi /
infeksi iaitu pesakit C) Laksanakan tindakan untuk

3) Gangguan keselesaan: mengambil menambahkan selera makan pesakit:-.
bengkak dan sakit
berkaitan dengan semua ▪ hiaskan makanan
makanan ▪ bersihkan kawasan persekitaran

yang wad

disajikan ▪ galakkan keluarga pesakit
kepadanya membawa makanan dari rumah

dalam masa yang digemari oleh pesakit (jika

24 jam. tiada kontraindikasi)

▪ hidangkan makanan mengikut
kesesuaian – contohnya, makanan

seperti sup dihidangkan sewaktu

panas
▪ lakukan pencucian mulut dan

kebersihan diri pesakit
▪ menyuap pesakit yang tidak

berdaya
▪ rancangkan setiap tatacara yang

ingin dilakukan supaya tidak

mengganggu masa makan pesakit

D) Rancangkan langkah-langkah untuk

mengekalkan status nutrisi yang

mencukupi:-

▪ rekod carta I/O
▪ monitor berat badan

▪ pastikan makanan yang

dihidangkan adalah mencukupi
▪ tinggikan protein, kalori dan

vitamin untuk membekalkan tenaga

dan memperbaiki tisu-tisu rosak

E) Beri pendidikan kesihatan
▪ pengambilan vitamin supplemen

mengikut doktor
▪ makanan seimbang

▪ amalkan kebersihan diri dan

persekitaran

Pain score A) Nilaikan persepsi klien terhadap

berkurang sakitnya, jenis, lokasi, tahap, jangka

masa dan kekerapan. Nilaikan juga

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

proses inflamasi / ke 0 dalam untuk tanda-tanda kesakitan “non-
infeksi masa 8 jam. verbal” seperti mengerut dahi dan
gelisah.
B) Lakukan pemerhatian tanda-tanda
infeksi seperti kemerahan, bengkak
dan
sakit.
C) Dengar aduan pesakit tentang
kesakitan yang dialami.
D) Rancangkan langkah-langkah untuk
mengurangkan sakit dan bengkak:-
▪ semasa fasa akut – rehatkan

bahagian yang terlibat untuk
mengurangkan kesakitan
▪ tinggikan bahagian yang sakit,
untuk menggalakkan pengaliran
limfa dan mencegah kongesi vena
▪ lakukan demahan panas atau sejuk
jika diarahkan.
▪ lakukan terapi diversional
(menonton televisyen atau
membaca majalah)
▪ rancangkan tatacara supaya pesakit
dapat rehat dan tidak mengganggu
pesakit.
▪ berikan analgesik dan ubat anti-
inflamatori mengikut arahan doktor
▪ elakkan bahagian terlibat dari
trauma, tekanan yang berterusan
dan mobiliti yang berlebihan.
▪ lakukan senaman aktif.
▪ suruh pesakit berehat secukupnya.
D) Mengekalkan pengambilan cecair
sekurangnya 2500 – 3000 ml sehari
untuk menggantikan cecair yang
hilang melalui eksudasi.

4) Gangguan integriti Pesakit A) Nilaikan keadaan kulit pesakit untuk
kulit: kemerahan dan dapat mengenalpasti tanda-tanda infeksi
bengkak berkaitan memperole seperti:-
dengan hi semula i. kemerahan
integriti ii. kebengkakan
a) inflamasi/infeksi pada kulit dalam iii. kepanasan
kulit masa 2 iv. kehilangan fungsi
minggu.
b) tekanan/kecederaan B) Rancangkan langkah-langkah untuk
mengurangkan edema:-

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

▪ lakukan demahan sejuk dalam
tempoh 24 jam pertama,
kemudian lakukan demahan
panas untuk mengurangkan
kebengkakan

▪ rehatkan bahagian yang bengkak
untuk mengurangkan kesakitan

▪ tinggikan bahagian yang terlibat
untuk pengaliran limfa dan
mengurangkan bengkak

C) Berikan ubatan mengikut arahan
doktor,

contohnya antibiotik – untuk
membunuh

mikroorganisma.
D) Sapukan losyen pada bahagian yang

tertekan untuk mengelakkan kudis
tekanan.
E) Berikan makanan seimbang dan
tinggikan dengan protein dan vitamin.
Protein untuk membaiki tisu dan
vitamin
untuk pertahanan badan.
F) Elakkan kecederaan lain:
▪ lakukan tatacara dengan lemah

lembut.
▪ elakkan memakai barang-barang

kemas dan berkuku panjang semasa
melakukan tatacara.
G) Lakukan dressing dengan
teknikaseptik
jika terdapat infeksi.

5. Perubahan suhu badan Suhu badan A) Ambil tanda-tanda vital untuk Penilaian
hipertemia berkaitan akan mengekalkan suhu badan dan nadi semula
dengan: kembali
normal serta
a) Kehadiran infeksi dalam masa pernafasan setiap 2 jam atau 2 jam
b) Peningkatan 3 hari. sekali.
metabolisme * Mengenalpasti jenis demam dan
durasi
proses infeksi.

B) Monitor simtom tempatan yang lain
seperti sakit kepala, batuk dan
pembesaran nodus limfa.

C) Rancangkan langkah-langkah untuk
menurunkan suhu badan

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

6) Perubahan imej diri Pesakit ▪ Lakukan mandi berjelum jika suhu
berkaitan dengan menerima melebihi 38.5C.
kemerahan, bengkak perubahan
pada bahagian yang imej diri ▪ Berikan demahan sejuk jika suhu
terlibat dan melebihi 37C dan kurang 38C.
meluahkan
perasaan ▪ Berikan pesakit lebihan cecair 2500
yang – 3000 ml untuk menggantikan
positif. cecair yang hilang melalui
perpeluhan.

▪ Berikan ventilasi udara yang
sempurna seperti buka kipas,
tingkap dan pintu.

▪ Berikan ubatan mengikut arahan
doktor, seperti:
☞ antibiotik – membunuh
mikroorganisma
☞ antipiretik – mengurangkan
suhu

D) Rehatkan pesakit untuk mengurangkan
metabolisme badan.
Contoh:-
▪ rancangkan perawatan
▪ kurangkan aktiviti pesakit
▪ berikan pesakit persekitaran yang
berhawa dingin.

A) Nilai tahap persepsi pesaki terhadap
perubahan imej diri samada persepsi
positif atau negatif.

B) Galakkan pesakit meluahkan perasaan
tentang perubahan imej diri supaya
dapat mengenalpasti keraguan pesakit

C) Membantu dan menggalak pesakit
dalam penjagaan diri supaya memberi
pesakit perasaan berdikari dan
meningkat perasaan harga diri melalui
perawatan yang bersih dan kemas.

C) Aturkan jadual supaya pesakit dapat
berinteraksi dengan pesakit lain yang
mengalami masalah yang sama.

D) Rujuk pesakit kepada pakar psikologi
untuk kaunseling sekiranya pesakit
masih tidak menerima perubahan
imej diri.

NSAN 2053
RENNY

UNIT 1: PATIENT WITH INFECTIONS AND INFLAMMATIONS

References

Berman, A., Snyder, S., & Frandsen, G. (2016). Kozier & Erb’s fundamentals of nursing :
concepts, practice, and process (10 ed.). America: Pearson.

Betty J. Ackley, G. B. (2017). Nursing diagnosis handbook : an evidence-based guide to planning
care . St. Louis, Missouri 63043: Elsevier.

Farrell, D. M. (2017). Smeltzer & Bare's textbook of medical-surgical nursing. Philadelphia,:
Lippincott Williams & Wilkins Pty Ltd.

Patricia A. Potter, A. G. (2017). Fundamentals of Nursing. USA: Elsevier Inc.
Wilson, J. (2019). Preventing Wound Infection. Retrieved from ClinicalKey for Nursing:

https://www.clinicalkey.com/nursing/#!/content/book/3-s2.0-B9780702076961000087

NSAN 2053
RENNY


Click to View FlipBook Version