The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program Anugerah PERSAMA 2019

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ISM-VII, 2021-06-20 08:12:02

Anugerah PERSAMA 2019

Buku Program Anugerah PERSAMA 2019

Keywords: Anugerah PERSMA

ANUGERAH PERSAMA 2019

Anjuran Bersama
Persatuan Sains Matematik Malaysia

(PERSAMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

&
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Bertempat di
Hotel Tenera, Bangi

Anugerah PERSAMA 2019

KANDUNGAN 1
2
Aturcara Majlis 4
Senarai Ahli Jawatankuasa Anugerah PERSAMA 2019 5
Setitis Tinta Dekan Fakulti Sains, UPM 6
Seulas Pinang Pengerusi SKSM27 7
Seuntai Madah Presiden PERSAMA 8
Secebis Kata Penyelaras Anugerah PERSAMA 2019 10
Latar Belakang Anugerah PERSAMA
Felo PERSAMA 2019 12
Senarai Pemenang Anugerah PERSAMA 2019 14
14
Kategori Buku (Karya Asli) 17
Kategori Buku (Karya Terjemahan) 17
Kategori Tesis Doktor Falsafah 22
Kategori Tesis Sarjana 25
Kategori Makalah Ilmiah 28
Kategori Reka Cipta Matematik
Kategori Rencana Popular
Garis Panduan Anugerah PERSAMA

Anugerah PERSAMA 2019

ATURCARA

MAJLIS PERASMIAN SKSM27
MAKAN MALAM DAN ANUGERAH PERSAMA 2019

7.40 malam : Ketibaan peserta SKSM27
7.45 malam : Ketibaan Tetamu Jemputan
7.50 malam : Ketibaan VIP dan VVIP
8.00 malam : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku dan Putra Gemilang
: Bacaan Doa
: Ucapan oleh Pengerusi SKSM27
Ucapan oleh Presiden PERSAMA
Ucapan dan perasmian oleh
Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM
: Penyampaian Cenderahati
8.30 malam : Jamuan makan malam
9.00 malam : Penyampaian Anugerah PERSAMA 2019
: Sesi bergambar
10.30 malam : Majlis bersurai

Anugerah PERSAMA 2019 || 1

AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH PERSAMA 2019

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat
Prof. Dr. Maslina Darus (UKM)
Prof. Dr. Norihan Md Arifin (UPM)

Ahli Jawatankuasa
Dr. Humaida Banu Samsudin (UKM) - Penyelaras
Prof. Emeritus Dr. Shaharir Mohamad Zain (Felo PERSAMA)
Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Razak Salleh (Felo PERSAMA)

Prof. Dr. Arsmah Hj. Ibrahim (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Abu Osman Md Tap (Felo PERSAMA)
Prof. Emeritus Dr. Abdul Razak Hamdan (Felo PERSAMA)
Prof. Madya Dr. Maheran Mohd Jaffar (UiTM)
Prof. Madya Dr. Saiful Hafizah Jaaman (UKM)
Prof. Madya Dr. Nor Muhainiah Mohd Ali (UTM)

Dr. Mohd Almie Alias (UKM)

Anugerah PERSAMA 2019 || 2

AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH PERSAMA 2019

JAWATANKUASA PELAKSANA
Dr. Mohd Almie Alias

Dr. Sakhinah Abu Bakar
Pn. Nur Jumaadzan Zaleha Mamat
Pn. Sharifah Farah Syed Yusoff Alhabshi

Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor

Anugerah PERSAMA 2019 || 3

SETITIS TINTA

NAIB CANSELOR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S. W. T. di atas limpah kurnia dan keizinan-
Nya, penganjuran Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-27 (SKSM27) dapat direalisasikan. Ingin se-
kali lagi saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi tahniah kepada Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti
Putra Malaysia dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) atas kejayaan penganjuran pada tahun ini.

Penganjuran SKSM saban tahun merupakan satu usaha berterusan untuk menghimpunkan pakar matematik seluruh negara
bagi menggalakkan kerjasama dan jaringan serta perkongsian ilmu Sains Matematik sesama mereka. Walau bagaimanapun,
atas sifat Sains Matematik yang universal dan mempunyai aplikasi yang meluas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan,
SKSM juga sebenarnya boleh dijadikan platform pertemuan antara ahli matematik dengan pakar dalam bidang-bidang yang
lain, khususnya yang ingin bekerjasama dalam membina model matematik bagi hasil kajian mereka ataupun yang ingin
menggunakan pendekatan matematik dalam menyelesaikan masalah penyelidikan. Ini adalah selaras dengan usaha negara
untuk mencapai sekurang-kurangnya taraf negara industri 4.0 dan bertepatan dengan tema SKSM pada kali ini iaitu “Sains
Matematik Peneraju Kelestarian Industri dan Peradaban Manusia”.

Saya berharap agar SKSM27 bukan sahaja akan dapat mencetuskan penjanaan ilmu dan inovasi yang berimpak tinggi dalam
pengajaran dan penyelidikan dalam Sains Matematik tetapi turut berfungsi sebagai pemangkin dan peneraju perkembangan
pesat dalam bidang sains, teknologi dan ilmu kemanusiaan yang lain di negara kita. Sebelum saya akhiri kata alu-aluan ini,
ingin saya rakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada para peserta dan semua yang terlibat
dalam menjayakan penganjuran SKSM27. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada
para pemenang Anugerah PERSAMA pada tahun ini. Semoga SKSM27 akan mencapai matlamatnya yang menjurus ke arah
pembinaan negara yang cemerlang menerusi warganya yang berilmu, terdidik, berakhlak dan bermotivasi.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PROFESOR DATIN PADUKA DATO' DR. AINI IDERIS
Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia

Anugerah PERSAMA 2019 || 4

SEULAS PINANG

PENGERUSI SKSM27

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S. W. T. yang telah melimpahkan segala nikmat dan kurnia, serta
yang telah mempermudahkan penganjuran Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-27 (SKSM27),
bertempat di Hotel Tenera Bangi, Selangor Darul Ehsan. Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia sangat
berbesar hati untuk menjadi penganjur utama simposium pada kali ini dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) atas kepercayaan yang diberikan.

SKSM adalah acara tahunan terpenting PERSAMA kerana ia adalah wadah bagi seluruh ahli matematik negara berhimpun
untuk berkongsi ilmu dan penyelidikan terbaru dalam kalangan mereka. SKSM27 turut menekankan Sains Matematik sebagai
bidang yang sangat diperlukan untuk meningkatkan inovasi dan tahap kecanggihan dalam bidang-bidang yang lain
terutama dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan. Ini selaras dengan tema SKSM kali ini iaitu “Sains Matematik Peneraju
Kelestarian Industri dan Peradaban Manusia”. Diharapkan simposium tahun ini akan lebih membuka jalan kepada kepentingan
matematik dalam memacu kelestarian dalam industri dan peradaban di negara kita.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pengucaptama, penceramah jemputan dan semua pembentang serta peserta yang
telah memberi sokongan kepada SKSM27. Tidak dilupakan kepada para penaja yang sudi untuk menyokong SKSM27 melalui
penajaan. Semoga segala aktiviti keilmuan dan perkongsian di dalam simposium ini akan memberi manfaat yang besar
kepada diri kita, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada semua ahli
jawatankuasa dan individu yang terlibat dalam penganjuran SKSM kali ini dan tidak dilupakan, setinggi tahniah diucapkan
kepada para pemenang Anugerah PERSAMA pada tahun ini. Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada kami semua.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PROFESOR MADYA DR. NORAFIFAH BACHOK@LATI
Pengerusi Simposium Kebangsaan Matematik ke-27 (SKSM27)

Anugerah PERSAMA 2019 || 5

SEUNTAI MADAH

PRESIDEN PERSAMA 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S. W. T. kerana dengan limpah kurnia-Nya maka PERSAMA sekali lagi dapat
mengadakan Anugerah PERSAMA bagi tahun 2019. Anugerah ini merupakan sebuah penghargaan dan penghormatan
kepada rakan-rakan kita yang telah berjaya meraih pelbagai hadiah tahunan PERSAMA. Saya bagi pihak PERSAMA
ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada penerima Anugerah PERSAMA 2019.

Saya berharap anugerah ini dapat menjadi pemangkin kepada semua penerima untuk terus mendalami dan
mengembangkan ilmu matematik, yang kemudiannya disampaikan kepada pelbagai golongan masyarakat melalui
penghasilkan karya–karya berteraskan matematik yang bermutu tinggi dan pelbagai usaha yang lain. Di samping itu,
anugerah ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat rakan-rakan lain untuk turut sama mencapai kecemerlangan
pada masa akan datang.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Humaida Banu
Samsudin, Penyelaras Anugerah PERSAMA 2019 serta barisan urusetia dan semua penilai yang terlibat di atas usaha
mereka untuk menilai dan memuktamadkan pemenang-pemenang bagi anugerah ini.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PROF. DR. MASLINA DARUS
Presiden PERSAMA

Anugerah PERSAMA 2019 || 6

SECEBIS KATA

PENYELARAS ANUGERAH PERSAMA 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-
Nya kita dapat mengadakan Majlis Anugerah PERSAMA 2019. Anugerah PERSAMA untuk tahun ini telah menerima
sebanyak 84 penyertaan yang terdiri daripada universiti dan institut penyelidikan, penerbit, serta sekolah dan kolej.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah
PERSAMA 2019. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penganjur Simposium Kebangsaan
Sains Matematik ke-27 (SKSM27), Universiti Putra Malaysia yang telah memberi ruang dan kerjasama bagi mengadakan
Majlis Anugerah PERSAMA 2019 serentak dengan Majlis Perasmian SKSM27.

Ucapan terima kasih yang tidak terpermanai kepada para penilai atas komitmen dan kerjasama semasa proses penilaian
diadakan. Seterusnya, saya juga amat berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dari Universiti Kebangsaan
Malaysia serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberikan komitmen
yang tinggi dalam usaha menjayakan malam anugerah ini. Sesungguhnya PERSAMA amat menghargai usaha murni dan
sumbangan semua pihak dalam menjayakan program ini.

Saya juga berharap agar segala kerjasama daripada semua pihak berkekalan dan akan diteruskan pada masa hadapan.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DR. HUMAIDA BANU SAMSUDIN
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2019

Anugerah PERSAMA 2019 || 7

LATAR BELAKANG ANUGERAH PERSAMA

Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) telah ditubuhkan pada tahun 1970. Penubuhannya bertujuan untuk
meningkatkan kegiatan kesarjanaan ahli Sains Matematik Malaysia dan mengukuhkan pendidikan matematik di
Malaysia. Kini ahli PERSAMA berjumlah lebih daripada 1000 orang, yang merupakan ahli Sains Matematik dan
guru-guru matematik di sekolah. PERSAMA juga mempunyai lebih daripada 600 ahli institusi yang terdiri daripada sekolah
serta kolej awam dan swasta.

Satu daripada objektif utama PERSAMA ialah untuk menggandakan kewujudannya dengan memperhebatkan lagi
segala kegiatan dan perkhidmatannya untuk mempromosikan dan memajukan Sains Matematik di Malaysia dalam
pelbagai aspek penyelidikan, Pendidikan dan penerapannya, di samping memupuk kesedaran dan kepenghargaan
terhadapnya di kalangan massa, serta menampilkan lagi kehubungannya atau kerelevannya dengan pelbagai disiplin
ilmu dan ragam kegiatan manusia bertamadun tinggi supaya tertingkatnya lagi martabat dan citra ilmu dan ilmuwan
Sains Matematik di Malaysia. Sehubungan itu, satu daripada usaha PERSAMA untuk merealisasikan objektif tersebut ialah
dengan mengadakan Anugerah Tahunan PERSAMA. Antara objektif utama Anugerah PERSAMA diadakan adalah untuk
menggalakkan serta memacu pembangunan ilmiah di Malaysia, khususnya dalam bidang Sains Matematik.

Anugerah PERSAMA yang pertama telah diadakan pada 5 Mei 1998 di Renaissance Palm Garden, Putrajaya dengan
tajaan Sime Darby. Sime Darby meneruskan penajaan Anugerah PERSAMA 1998 dan 1999 yang telah diadakan di Hotel
Equatorial, Bangi pada 28 Jun 2000. lni diikuti dengan Anugerah PERSAMA Kali Ke-4 yang juga telah diadakan di Hotel
Equatorial, Bangi pada 31 Mei 2001. Anugerah PERSAMA Kali Ke-5 dan Ke-6 ditaja bersama oleh Syarikat TELEKOM Malaysia
dan masing-masing telah diadakan pada 23 Disember 2002 di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru semasa Simposium
Kebangsaan Sains Matematik Ke-10 (SKSM10), dan pada 12 Disember 2003 di Hotel Renaissance Palm Garden, Putrajaya.
Bagi tahun 2004 hingga 2006 pula, majlis telah diadakan di Dewan Annex, UiTM Shah Alam pada 5 Jun 2007 bersempena
dengan SKSM15. Manakala, pada tahun 2007, majlis Anugerah telah diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan
pada 4 Jun 2008 semasa SKSM16.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Nationwide Express telah menaja Anugerah PERSAMA bagi tahun 2009
hingga 2011 semasa Majlis Perasmian SKSM17 (Mahkota Hotel, Melaka), SKSM18 (Zon Regency Hotel, Johor Bahru) dan
SKSM19 (Sunway Hotel, Pulau Pinang). Nationwide Express sekali lagi telah bermurah hati untuk memberi penajaan kepada

Anugerah PERSAMA 2019 || 8

Anugerah PERSAMA 2012 yang telah diadakan di Palm Garden Hotel Putrajaya bersempena Majlis Perasmian SKSM20
yang diadakan pada 18 Disember 2012. Sehingga kini, majlis Anugerah biasanya diadakan serentak dengan SKSM. Majlis
Anugerah PERSAMA 2013 telah diadakan pada 6 November 2013 di The Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Pinang
bersempena SKSM21. Manakala, untuk Majlis Anugerah PERSAMA 2014 telah diadakan serentak dengan SKSM22 pada 24
November 2014 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam dan Majlis Anugerah PERSAMA 2015 juga telah diadakan serentak
dengan Majlis Perasmian SKSM23 pada 24 November 2015 di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Bagi tahun 2016 dan 2017,
majlis Anugerah masing-masing telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu pada 27 September 2016
bersama-sama dengan perasmian SKSM24 dan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan pada 28 Ogos 2017 semasa Majlis
Perasmian SKSM25. Pada tahun lepas, Majlis Anugerah PERSAMA telah diadakan di Hotel TH Kota Kinabalu, Sabah semasa
Majlis Perasmian SKSM26.

Anugerah PERSAMA terdiri daripada beberapa kategori iaitu:

1. Anugerah Felo PERSAMA
2. Anugerah Buku (Karya Asli)
3. Anugerah Buku (Karya Terjemahan)
4. Anugerah Tesis Doktor Falsafah
5. Anugerah Tesis Sarjana
6. Anugerah Makalah llmiah
7. Anugerah Reka Cipta Matematik
8. Anugerah Rencana Popular

Bilangan penyertaan adalah amat menggalakkan untuk setiap tahun bagi setiap kategori. Pada tahun 2017, PERSAMA
telah menerima 74 penyertaan daripada 14 buah universiti dan institut penyelidikan, lapan penerbit, serta empat buah
sekolah dan kolej. Manakala Anugerah PERSAMA 2018, sebanyak 96 penyertaan daripada 13 buah universiti dan institut
penyelidikan, sepuluh penerbit, serta empat buah sekolah dan kolej. Pada tahun ini, PERSAMA telah menerima sebanyak
84 penyertaan yang terdiri daripada universiti, institut penyelidikan, penerbit serta sekolah.

Anugerah PERSAMA 2019 || 9

ANUGERAH FELO PERSAMA 2019

PROF DR. SITI AISHAH HASHIM ALI

Prof. Dr. Siti Aishah Hashim Ali dilahirkan di Taiping, Perak dan telah memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah
Convent Butterworth dan kemudiannya di Sek. Ren. Father Barre’s Convent, Sungai Petani setelah bapanya bersara.
Beliau kemudian meneruskan persekolahan di Sek. Men. Sains Kedah, Sungai Petani. Setelah tamat SPM, beliau
ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Old Dominion University, Norfolk, Virginia dalam bidang matematik
gunaan dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat sarjana di Universiti of Miami, Florida.

Pada tahun 1988, Prof. Dr. Siti Aishah memulakan kerjaya sebagai Pembantu Pengajar di Jabatan Matematik,
University of Miami. Beliau kemudian pulang ke tanah air dan memulakan kerjaya sebagai Pensyarah di Universiti Malaya.
Setelah bersara dari Universiti Malaya, beliau telah menyambung khidmat di Open University Malaysia pada tahun 2011.
Sepanjang perkhidmatan beliau telah memegang beberapa jawatan seperti Pengetua Kolej Za’ba (Kolej 7) UM, Tim-
balan Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UM, Penolong Pengarah Pejabat Komunikasi Antarabangsa dan Korporat
(ICRO) UM, Timbalan Pengarah Institut Peningkatan Pengajaran dan Pembelajaran (ITLA) OUM, Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) International Open College, Ketua Kluster Sains Gunaan OUM dan Timbalan Naib Presiden (Penyelidikan) OUM.

Prof. Dr. Siti Aishah bukanlah asing dalam komuniti akademik Matematik di Malaysia memandangkan beliau telah
berkhidmat lebih 30 tahun di institusi pengajian tinggi. Pengalaman hidup beliau yang bermula sebagai anak seorang

Anugerah PERSAMA 2019 || 10

pesara polis pada usia 10 tahun dan penglibatan dalam program di sekolah, komuniti dan universiti telah mengajar beliau
tentang pentingnya pendidikan, terutamanya di peringkat persekolahan, untuk mengubah nasib seseorang individu.

Oleh itu, beliau sering terlibat dengan program motivasi diri dan kem kecemerlangan pelajar di seluruh negara,
terutamanya untuk kanak-kanak sekolah di luar bandar. Di samping jadual sibuknya, Prof. Dr. Siti Aishah meluangkan
masa untuk menyumbang kepada masyarakat melalui beberapa pertubuhan seperti Persatuan Sains Matematik
Malaysia (PERSAMA), Persatuan Alumni Sek. Men. Sains Sultan Mohamad Jiwa (ASSAK), Persatuan Alumni Persahabatan
Abad ke-21 Malaysia-Jepun (PAMAJA) dan Sahabat Jariah (NGO). Beliau banyak menghabiskan hujung minggu dengan
memberi ceramah motivasi dan mengendalikan bengkel/kem matematik dan aktiviti bertemakan ‘Pembelajaran itu
menyeronokkan’ (Learning is fun) kepada kanak-kanak sekolah, di samping membantu pelajar membangunkan bakat
mereka dalam memilih laluan kerjaya yang sesuai selepas SPM atau STPM melalui ceramah hala tuju dan kerjaya. Beliau
juga terlibat dengan program untuk membantu penghuni jalanan (Feed the homeless) dan anak-anak yatim/terbiar.
Malah di awal penglibatan beliau, Prof. Dr. Siti Aishah merupakan pelatih untuk program-program semangat sepasukan
dan latihan minda altet Malaysia yang bertanding dalam Sukan Komanwel 1998 dan Sukan Asia (1997, 1999) di bawah
anjuran Majlis Sukan Negara. Atas segala sumbangan khidmat masyarakat, beliau telah dianugerahkan Darjah Paduka
Mahkota Perak (P.M.P.) pada tahun 1999 oleh D.Y.M.M. Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Negeri Perak Darul
Ridzuan.

Dari segi sumbangannya kepada pendidikan formal, Prof. Dr. Siti Aishah adalah penyelidik dalam bidang pemodelan
matematik gelombang tak-linear, dimensi fraktal dan pemodelan sumber kuasa elektrokimia dan sistem bateri. Beliau
telah menerbitkan lebih daripada 60 kertas jurnal dan dibentangkan dalam pelbagai persidangan serta memenangi
beberapa anugerah dalam pameran sains, di dalam dan di luar negara. Beliau juga memegang paten untuk hasil
penyelidikannya dalam pemodelan dimensi fraktal. Setelah melalui hampir 30 tahun pengalaman dalam pendidikan,
motivasi dan pentadbiran, Prof. Dr. Siti Aishah kini memperluaskan pengalamannya dengan memberi tumpuan kepada
pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) dan pembelajaran sepanjang hayat (LLL). Beliau banyak terlibat dalam
pembentukan program dan teknik pembelajaran pelbagai mod yang menjurus kepada warga kerja/dewasa, termasuk
penyelidikan yang berkaitan dengan Pembelajaran-e dan ODL. Beliau kini menjadi jurulatih dan memberi motivasi
kepada pelajar-pelajar dewasa tentang kepentingan meneruskan pengajian mereka dan bagaimana untuk mencapai
kejayaan.

Anugerah PERSAMA 2019 || 11

PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH PERSAMA 2019

KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
PEMENANG UTAMA

WAN ZAWIAH WAN ZIN, ABDUL AZIZ JEMAIN, SAYANG MOHD DENI &
SHARIFFAH SUHAILA SYED JAMALUDIN

Tajuk: Model Statistik Taburan Hujan di Semenanjung Malaysia
Penerbit: Penerbit UKM Bangi

Anugerah PERSAMA 2019 || 12

KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

LAW SIONG HOOK
Tajuk: Applied Panel Data Analysis: Short Panels

Penerbit: Penerbit UPM

Anugerah PERSAMA 2019 || 13

KATEGORI BUKU (KARYA TERJEMAHAN)
-TIADA PENYERTAAN-

KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
PEMENANG UTAMA

AHMAD QUSHAIRI MOHAMAD
Tajuk: Mixed Convection Flow of Viscous and Second Grade Fluids Due

to Non-Coaxial Rotation
Institusi: Universiti Teknologi Malaysia

Anugerah PERSAMA 2019 || 14

KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

SUZELAWATI ZENIAN
Tajuk: Sequence of Image Enhancement of Flat Electroencephalography

Using Intuitionistic Fuzzy Set
Institusi: Universiti Teknologi Malaysia

Anugerah PERSAMA 2019 || 15

KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

NORAIHAN AFIQAH RAWI
Tajuk: g-Jitter Induced Mixed Convection Flow of Newtonian and Non-

newtonian Nanofluid Past an Inclined Stretching Sheet.
Institusi: Universiti Teknologi Malaysia

Anugerah PERSAMA 2019 || 16

KATEGORI TESIS SARJANA
-TIADA PEMENANG-

KATEGORI MAKALAH ILMIAH
PEMENANG UTAMA

SITI ROHANI MOHD NOR, FADHILAH YUSOF & ARIFAH BAHAR
"Multi-population Mortality Model: A Practical Approach"

Sains Malaysiana

Anugerah PERSAMA 2019 || 17

KATEGORI MAKALAH ILMIAH
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

AHMAD QUSHAIRI MOHAMAD, LIM YEOU JIANN, SHARIDAN SHAFIE, ZAITON MAT
ISA & ZULKHIBRI ISMAIL

"Double Convection of Unsteady MHD Non- coaxial Rotation Viscous Fluid in a
Porous Medium"

Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society

Anugerah PERSAMA 2019 || 18

KATEGORI MAKALAH ILMIAH
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

SITI MARIAM NORRULASHIKIN & FADHILAH YUSOF
"Meteorological Multivariable Approximation and Prediction with Classical VAR-

DCC Approach"
Sains Malaysiana

ZANARIAH ABDUL MAJID
"One Step Block Method for Solving Third Order Ordinary Differential Equations Directly"

Menemui Matematik

Anugerah PERSAMA 2019 || 19

KATEGORI MAKALAH ILMIAH
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

AIMI ATHIRAH AHMAD, JANNATUL AIN JAMALUDDIN, FADHILAH YUSOF, SUHANA
SAFARI & ROZITA MOHD YUSOF

"Maximising The Benefit of Domestic and Export Markets Scenario: Predicting
Model for Durian Production"

Economic and Technology Management Review

Anugerah PERSAMA 2019 || 20

KATEGORI MAKALAH ILMIAH
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

NUR ARINA BAZILAH KAMISAN, MUHAMMAD HISYAM LEE, ABDUL GHAPOR HUSSIN
& YONG ZULINA ZUBAIRI

"Load Forecasting using Combination Model of Multiple Linear Regression with
Neural Network for Malaysian City"
Sains Malaysiana

TEH WEN CHEAN & TEOH ZU YAO
"Heterogeneous Ramsay Algebras and Classification of Ramsey Vector Spaces"

Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society

Anugerah PERSAMA 2019 || 21

KATEGORI REKA CIPTA MATEMATIK
PEMENANG UTAMA

NOR AZMIDY ISMAIL
Tajuk: Penggunaan Kaedah Speedline dan Gamifikasi untuk Meningkatkan
Penguasaan Mengira Operasi Tambah dan Tolak bagi Murid Pendidikan Khas

hingga Angka Juta.
Institusi: Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Melaka

Anugerah PERSAMA 2019 || 22

KATEGORI REKA CIPTA MATEMATIK
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

TIONG SIEW JEN
Tajuk: TR Board
Institusi: Kolej Vokasional Sibu, Sarawak

ZANARIAH ABDUL MAJID, KATHIRESAN A/L GOPAL & NAZREEN WAELEH
Tajuk: Higher Order Ordinary Differential Equation Solver (HODE)
Institusi: Universiti Putra Malaysia & Universiti Teknikal Malaysia

Anugerah PERSAMA 2019 || 23

KATEGORI REKA CIPTA MATEMATIK
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

SULIADI FIRDAUS SUFAHANI, ZUHAIMY ISMAIL, ROZAINI ROSLAN, MOHD SAIFULLAH
RUSIMAN, MAHATHIR MOHAMAD, MUHAMAD GHAZALI KAMARDAN, NORZIHA CHE

HIM & KAMIL KHALID
Tajuk: Binary Programming Algorithm on Modeling Malaysian Secondary Boarding

School Menu Planning
Institusi: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Anugerah PERSAMA 2019 || 24

KATEGORI RENCANA POPULAR
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

MOHD. HELMY ABD. WAHAB & MOHAMAD FARHAN MOHAMAD MOHSIN
Tajuk: Pengkomputeran Kecerdasan Hasil Inspirasi Kehidupan Sebenar
Terbitan: Dewan Kosmik, Majalah Sains dan Teknologi, Dewan Bahasa dan

Pustaka (Bil. 11 2018), M/S 28-30

Anugerah PERSAMA 2019 || 25

KATEGORI RENCANA POPULAR
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

KASSIM BAHALI
Tajuk: Aplikasi Waktu Solat Bantu Penumpang Pesawat Penerbangan

Terbitan: Dewan Kosmik, Majalah Sains dan Teknologi,
Dewan Bahasa dan Pustaka (Bil. 12 2018), M/S 4-7

Anugerah PERSAMA 2019 || 26

KATEGORI RENCANA POPULAR
PEMENANG HADIAH SANJUNGAN

AUNI ASLAH MAT DAUD
Tajuk: Formula Matematik Ibadah Menyusun Strategi Bulan Ramadan

Terbitan: Majalah SOLUSI (115 2018),M/S 38- 39
Institusi: Universiti Malaysia Terengganu

Anugerah PERSAMA 2019 || 27

GARIS PANDUAN ANUGERAH PERSAMA

SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN

1. Calon adalah rakyat Malaysia.
2. Keutamaan diberi kepada ahli PERSAMA.
3. Karya tersebut mestilah diterbitkan dalam tahun 2018.
4. Karya tersebut tidak dihasilkan oleh Majlis Eksekutif PERSAMA/ahli jawatankuasa/panel hakim

pertandingan (sepenuhnya atau bersama).
5. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
6. Karya tersebut mestilah menyumbang kepada penemuan dalam bidang Sains Matematik.

KATEGORI BUKU KARYA ASLI

1. Mestilah diterbitkan oleh penerbit tempatan.

2. Buku-buku mestilah berunsurkan Sains Matematik, Sains Komputer, Statistik, Matematik Ekonomi dan
Kewangan, Matematik Kejuruteraan, Matematik Pendidikan, atau Sejarah dan Falsafah Matematik.

3. Tahap ilmu universiti dalam Bahasa Melayu (atau Bahasa Inggeris). Buku yang ditulis dalam Bahasa Melayu
adalah diutamakan.

4. Kepribumian karya: Kefasihan bahasa, nahu, keretorikan, ketepatan istilah, kepercayaan kepada Bahasa

Melayu (atau Bahasa Inggeris) seperti terpancar menerusi ketiadaan istilah atau ungkapan yang dipetik

daripada bahasa/sumber lain; bahan yang tidak asing daripada bahan/budaya setempat, atau

serantau.

5. Keaslian idea, bahan, pendekatan, pengolahan, dan penyusunan.

6. Keikhlasan, kebertanggungjawaban dan integriti yang terpancar menerusi kejelasan hujah dan sumber.

7. Ketelitian akademik.

8. Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.

Anugerah PERSAMA 2019 || 28

KATEGORI BUKU KARYA TERJEMAHAN

1. Tahap ilmu universiti dalam Bahasa Melayu.
2. Keistimewaan buku aslinya daripada pelbagai aspek termasuk ketelitian akademiknya.
3. Sumbangan penterjemah kepada ilmu yang diterjemahkannya, seperti menerusi tafsirannya, dan
penjelasannya (bukan sekadar terjemahan harafiah).
4. Mutu bahasa terjemahannya sama dengan dalam kriteria 2 bagi kategori buku karya asli.
5. Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.

KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH

Maklumat tesis yang dicalonkan hendaklah disertakan dengan:

1. Abstrak tesis.
2. Salinan laporan pemeriksa dalam dan luar tesis.
3. Salinan lembut dalam bentuk CD.
4. Senarai penerbitan yang terhasil daripada penulisan/penyelidikan tesis tersebut.
5. Senarai pembentangan kertas kerja yang berkaitan dengan hasil penyelidikan tesis.

Hanya tesis yang mencapai taraf cemerlang sahaja yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa atau
panel hakim anugerah ini.

Anugerah PERSAMA 2019 || 29

KATEGORI TESIS SARJANA

Maklumat tesis yang dicalonkan hendaklah disertakan dengan:
1. Abstrak tesis.
2. Salinan laporan pemeriksa dalam dan luar tesis.
3. Salinan salinan lembut dalam bentuk CD.
4. Senarai penerbitan yang terhasil daripada penulisan/penyelidikan tesis tersebut.
5. Senarai pembentangan kertas kerja yang berkaitan dengan hasil penyelidikan tesis.
Hanya tesis yang mencapai taraf cemerlang sahaja yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa atau panel
hakim anugerah ini.

KATEGORI MAKALAH ILMIAH

1. Mestilah diterbitkan oleh jurnal-jurnal tempatan.
2. Ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Anugerah PERSAMA 2019 || 30

KATEGORI REKA CIPTA MATEMATIK

1. Mempunyai elemen matematik.
2. Reka cipta asli atau baru.
3. Hasil daripada penyelidikan.
4. Mempunyai nilai komersil.
5. Kepelbagaian gunaan.
6. Mesra pengguna.
7. Reka cipta yang telah memenangi anugerah daripada persatuan selain PERSAMA boleh dipertimbangkan.

KATEGORI RENCANA POPULAR

1. Penulisan telah diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan.
2. Penulisan telah diterbitkan dalam majalah dalaman dengan skop pembacanya yang lebih luas juga akan
dipertimbangkan (contohnya terbitan dalam Universiti).
3. Mempunyai elemen Sains Matematik.
4. Gaya bahasanya sesuai kepada mereka yang berkepakaran di luar bidang Sains Matematik.
5. Keutamaan diberikan kepada penulisan dalam Bahasa Melayu.

Anugerah PERSAMA 2019 || 31

CATATAN

Anugerah PERSAMA 2019

CATATAN

Anugerah PERSAMA 2019

CATATAN

Anugerah PERSAMA 2019

CATATAN

Anugerah PERSAMA 2019

CATATAN

Anugerah PERSAMA 2019




Click to View FlipBook Version