ANUGERAH PERSAMA 2022
Anjuran bersama
Persatuan Sains Matematik Malaysia
(PERSAMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM)
&
Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM)
KANDUNGAN 1
2
Aturcara Majlis 4
Senarai Ahli Jawatankuasa Anugerah PERSAMA 2022 5
Setitis Tinta Dekan Fakulti Sains & Teknologi, USIM 6
Seulas Pinang Pengerusi SKSM29 7
Seuntai Madah Presiden PERSAMA 8
Secebis Kata Penyelaras Anugerah PERSAMA 2022 11
Latar Belakang Anugerah PERSAMA
Felo PERSAMA 2022 15
Senarai Pemenang Anugerah PERSAMA 2022 20
21
Kategori Buku (Karya Asli) 24
Kategori Buku (Karya Terjemahan)
Kategori Tesis Doktor Falsafah
Kategori Tesis Sarjana
KANDUNGAN 25
31
Kategori Makalah Ilmiah 37
Kategori Reka Cipta Matematik 41
Kategori Rencana Popular
Garis Panduan Anugerah PERSAMA
ATURCARA
ANUGERAH PERSAMA 2022
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SKSM29
14:30 : Ketibaan Peserta SKSM29
14:45
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku dan USIM Terus Maju
Bacaan Doa
Ucapan Presiden PERSAMA
Tayangan Montaj PERSAMA
Ucapan Perasmian oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam
Malaysia
Tayangan Montaj SKSM 29
15:30 : Penyampaian Anugerah Felo PERSAMA
Penyampaian Anugerah PERSAMA
Penyampaian Makalah Dan Video Terbaik SKSM 29
16:15 : Ucapan Penutup oleh Pengerusi SKSM 29
16:30 : Penyerahan Watikah Penganjuran SKSM 30
16:45 : Bersurai
1
AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH PERSAMA 2022
Jawatankuasa Induk
Penasihat
Prof. Dr. Maslina Darus (UKM)
Prof. Dr. Norihan Md Arifin (UPM)
Ahli Jawatankuasa 2022
Dr. Humaida Banu Samsudin (UKM) - Penyelaras
Prof. Emeritus Dr. Abdul Razak Hamdan (Felo PERSAMA)
Prof. Emeritus Dr. Bachok M Taib (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Kurunathan Ratnavelu (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Siti Aishah Hashim Ali (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Arsmah Ibrahim (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Tahir Ahmad (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Mohd Salmi Md. Noorani (UKM)
Prof. Dr. Suzeini Abdul Halim (UM)
Prof. Dr. Norsarahaida Saidina Amin (UTM)
2
AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH PERSAMA 2022
Jawatankuasa Pelaksana
Dr. Mohd Almie Alias
Dr. Sakhinah Abu Bakar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor
3
SETITIS TINTA DEKAN FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI, USIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, penganjuran Simposium Kebangsaan
Sains Matematik Ke-29 (SKSM 29) ini dapat dilaksanakan sekali lagi pada tahun ini di mana pelaksanaannya
masih dilakukan secara dalam talian sebagai satu norma baharu bagi menyahut seruan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) ke arah pemerkasaan pendigitalan pendidikan tinggi di Malaysia.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Program Matematik Kewangan, Fakulti Sains & Teknologi (FST),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) atas kejayaan penganjuran bersama
SKSM 29 pada tahun ini.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mensasarkan untuk
mencapai nisbah 60:40 pelajar aliran sains tulen berbanding sains sosial atau sastera pada peringkat sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). Laporan pada tahun 2021 yang menunjukkan hanya 19 peratus pelajar menjejakkan kaki ke Tingkatan Empat memilih aliran Sains
merupakan satu isu yang agak lama dibincangkan di negara ini. Keadaan ini dilihat tidak seiring dengan ledakan Revolusi Industri 4.0,
malahan ia juga merupakan cabaran dalam matlamat Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025.
Justeru, penganjuran SKSM yang telah bermula sejak 26 tahun lalu merupakan satu usaha mapan yang menjadi wahana ahli Matematik di
negara ini untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu Sains Matematik bagi menggalakkan kolaborasi antara ahli Matematik dan juga
pakar dalam bidang-bidang yang lain. Ianya dilihat mampu untuk mencetus inovasi dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan yang
amat penting kepada pembangunan modal insan di negara dan sejagat, bertepatan dengan tema SKSM 29 pada kali ini iaitu ‘Sains
Matematik Wahana Pembentukan Ilmuan Cemerlang Demi Kesejahteraan Sejagat’.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengucaptama, penceramah jemputan dan semua pembentang serta peserta
yang telah memberi sokongan kepada SKSM 29. Setinggi penghargaan dan syabas diberikan kepada semua ahli jawatankuasa dan
individu yang terlibat dalam pengajuran SKSM kali ini.
Semoga perlaksanaan SKSM 29 mampu menyumbang kepada perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) selari dengan perkembangan dan kecanggihan teknologi pada masa kini dan seterusnya mampu melahirkan lebih ramai generasi
muda yang berminat dan mahir dalam bidang Sains dan Matematik khususnya.
Sekian. Terima kasih.
PROFESSOR DR. ROSALINA ABDUL SALAM 4
Dekan Fakulti Sains & Teknologi, USIM
SEULAS PINANG PENGERUSI SKSM29
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Sejahtera.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran
terhadap Allah SWT kerana dengan kudrat dan kekuasaanNya, penganjuran Simposium Kebangsaan Sains
Matematik ke-29 (SKSM 29) berjaya diteruskan lagi pada tahun ini secara norma baharu iaitu melalui
kaedah secara dalam talian. Fakulti Sains & Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
sangat menghargai peluang yang diberikan untuk menjadi penganjur utama simposium pada kali ini dan sukacita saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Sains Matematik Malaysia
(PERSAMA) atas kepercayaan yang diberikan.
SKSM merupakan satu usaha mapan yang menjadi wahana ilmu matematik khususnya di Malaysia untuk menyampai dan berkongsi
ilmu Sains Matematik. Dengan bertemakan ‘Sains Matematik Wahana Pembentukan Ilmuan Cemerlang Demi Kesejahteraan
Sejagat’, simposium pada kali ini dilihat mampu untuk menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Lonjakan 3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015 – 2025 (PPPMPT 2015 – 2025) yang berfokus kepada
‘Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat’. Melalui Matlamat Pembangunan Mampan atau juga dikenali sebagai Sustainable
Development Goals (SDG) yang diperkenalkan oleh UNESCO, matlamat inisiatif ke-4 telah menyasarkan Pendidikan Berkualiti
(Quality Education). Justeru, simposium ini dilihat menjadi wadah dalam memupuk pembudayaan ilmu di kalangan penyelidik dan
masyarakat yang seterusnya mampu mencetus inovasi dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang amat penting kepada
pembangunan modal insan yang cemerlang.
Saya berharap agar SKSM terus relevan dan kekal menjadi medium dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
inovasi yang dapat memberikan impak positif kepada pengembangan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan khususnya dalam
bidang Sains Matematik. Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa dan semua
warga FST, USIM yang telah bertungkus lumus memerah keringat dalam menyumbang idea, masa serta tenaga bagi menjayakan
SKSM 29 pada kali ini. Semoga segala usaha murni mereka mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sekian, terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
PROF. MADYA DR. NURFADHLINA BINTI ABDUL HALIM 5
Pengerusi SKSM 29
SEUNTAI MADAH PRESIDEN PERSAMA
Assalamu'alaikum wbkt & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, kita melafazkan rasa kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana atas
segala limpah kurnia-Nya, maka PERSAMA dapat mengadakan Anugerah PERSAMA 2022 pada
tahun ini.
Anugerah PERSAMA ini adalah acara tahunan PERSAMA, yang merupakan suatu wadah untuk PERSAMA menghargai dan
memberi penghormatan kepada sahabat-sahabat kita di tanah air ini yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelbagai
aspek berkaitan Sains Matematik. Sesungguhnya, kecemerlangan yang terserlah ini tidak datang dengan mudah. Pelbagai
kesusahan yang telah dihadapi, dan pelbagai pengorbanan yang telah dilakukan.
Sebagai mewakili PERSAMA, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pemenang Anugerah
PERSAMA 2022. Semoga dengan penganugerahan ini dapat memberikan motivasi kepada anda semua untuk meneruskan
kecemerlangan masing-masing serta mendalami dan menyebarkan lagi ilmu matematik kepada masyarakat. Diharapkan juga,
anugerah ini dapat menyemarakkan lagi semangat rakan-rakan yang lain untuk turut sama mencapai kecemerlangan pada masa
akan datang. Untuk rakan-rakan yang tidak terpilih sebagai pemenang, jangan berputus asa! Kami akan menunggu penyertaan
anda dalam Anugerah PERSAMA tahun hadapan.
Sebagai penutup, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Penyelaras
Anugerah PERSAMA 2022, Dr. Humaida Banu Samsudin, serta barisan urusetia dan semua penilai yang terlibat di atas usaha
mereka untuk menilai dan memuktamadkan pemenang-pemenang bagi anugerah ini. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala
memberi ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka. Akhir sekali, semoga kita dapat bertemu lagi dalam Anugerah
PERSAMA 2023.
Sekian. Terima kasih dan Wassalam.
PROF. DR. MASLINA DARUS 6 6
Presiden PERSAMA
SECEBIS KATA PENYELARAS ANUGERAH PERSAMA
2022
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan- Nya kita dapat mengadakan Majlis Anugerah PERSAMA 2022. Anugerah PERSAMA untuk
tahun ini telah menerima sebanyak 146 penyertaan bagi tahun 2022 yang terdiri daripada universiti dan institut penyelidikan,
penerbit, serta sekolah dan kolej.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah PERSAMA
2022. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penganjur Simposium Kebangsaan Sains Matematik
ke-29 (SKSM29), Universiti Sains Islam Malaysia yang telah memberi ruang dan kerjasama bagi mengadakan Majlis
Anugerah PERSAMA 2022 serentak dengan Majlis Perasmian Penutup SKSM29.
Ucapan terima kasih yang tidak terpermanai kepada para penilai atas komitmen dan kerjasama semasa proses penilaian
diadakan. Seterusnya, saya juga amat berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dari Universiti Kebangsaan
Malaysia serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberikan komitmen yang tinggi
dalam usaha menjayakan malam anugerah ini. Sesungguhnya PERSAMA amat menghargai usaha murni dan sumbangan
semua pihak dalam menjayakan program ini.
Saya juga berharap agar segala kerjasama daripada semua pihak berkekalan dan akan diteruskan pada masa hadapan.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
DR. HUMAIDA BANU SAMSUDIN
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2022
7 7
LATAR BELAKANG ANUGERAH PERSAMA
P ersatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) telah ditubuhkan pada tahun 1970. Penubuhannya bertujuan
untuk meningkatkan kegiatan kesarjanaan ahli Sains Matematik Malaysia dan mengukuhkan pendidikan matematik
di Malaysia. Kini ahli PERSAMA berjumlah lebih daripada 1000 orang, yang merupakan ahli Sains Matematik dan
guru-guru matematik di sekolah. PERSAMA juga mempunyai lebih daripada 600 ahli institusi yang terdiri daripada
sekolah serta kolej awam dan swasta.
Satu daripada objektif utama PERSAMA ialah untuk menggandakan kewujudannya dengan memperhebatkan lagi segala
kegiatan dan perkhidmatannya untuk mempromosikan dan memajukan Sains Matematik di Malaysia dalam pelbagai aspek
penyelidikan, Pendidikan dan penerapannya, di samping memupuk kesedaran dan kepenghargaan terhadapnya di kalangan
massa, serta menampilkan lagi kehubungannya atau kerelevannya dengan pelbagai disiplin ilmu dan ragam kegiatan
manusia bertamadun tinggi supaya tertingkatnya lagi martabat dan citra ilmu dan ilmuwan Sains Matematik di Malaysia.
Sehubungan itu, satu daripada usaha PERSAMA untuk merealisasikan objektif tersebut ialah dengan mengadakan
Anugerah Tahunan PERSAMA. Antara objektif utama Anugerah PERSAMA diadakan adalah untuk menggalakkan serta
memacu pembangunan ilmiah di Malaysia, khususnya dalam bidang Sains Matematik.
Anugerah PERSAMA yang pertama telah diadakan pada 5 Mei 1998 di Renaissance Palm Garden, Putrajaya dengan tajaan
Sime Darby. Sime Darby meneruskan penajaan Anugerah PERSAMA 1998 dan 1999 yang telah diadakan di Hotel
Equatorial, Bangi pada 28 Jun 2000. lni diikuti dengan Anugerah PERSAMA Kali Ke-4 yang juga telah diadakan di Hotel
Equatorial, Bangi pada 31 Mei 2001. Anugerah PERSAMA Kali Ke-5 dan Ke-6 ditaja bersama oleh Syarikat TELEKOM
Malaysia dan masing-masing telah diadakan pada 23 Disember 2002 di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru semasa
Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-10 (SKSM10), dan pada 12 Disember 2003 di Hotel Renaissance Palm
Garden, Putrajaya. Bagi tahun 2004 hingga 2006 pula, majlis telah diadakan di Dewan Annex, UiTM Shah Alam pada 5
Jun 2007 bersempena dengan SKSM15. Manakala, pada tahun 2007, majlis Anugerah telah diadakan di Hotel Renaissance,
Kota Bharu, Kelantan pada 4 Jun 2008 semasa SKSM16.
8
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Nationwide Express telah menaja Anugerah PERSAMA bagi tahun 2009
hingga 2011 semasa Majlis Perasmian SKSM17 (Mahkota Hotel, Melaka), SKSM18 (Zon Regency Hotel, Johor Bahru)
dan SKSM19 (Sunway Hotel, Pulau Pinang). Nationwide Express sekali lagi telah bermurah hati untuk memberi penajaan
kepada Anugerah PERSAMA 2012 yang telah diadakan di Palm Garden Hotel Putrajaya bersempena Majlis Perasmian
SKSM20 yang diadakan pada 18 Disember 2012.
Sehingga kini, majlis Anugerah biasanya diadakan serentak dengan SKSM. Majlis Anugerah PERSAMA 2013 telah
diadakan pada 6 November 2013 di The Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Pinang bersempena SKSM21.
Manakala, untuk Majlis Anugerah PERSAMA 2014 telah diadakan serentak dengan SKSM22 pada 24 November 2014 di
Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam dan Majlis Anugerah PERSAMA 2015 juga telah diadakan serentak dengan Majlis
Perasmian SKSM23 pada 24 November 2015 di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Bagi tahun 2016 dan 2017, majlis
Anugerah masing-masing telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu pada 27 September 2016 bersama-
sama dengan perasmian SKSM24 dan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan pada 28 Ogos 2017 semasa Majlis
Perasmian SKSM25. Pada tahun 2018, Majlis Anugerah PERSAMA telah diadakan di Hotel TH Kota Kinabalu, Sabah
semasa Majlis Perasmian SKSM26. Manakala, pada tahun 2019, Majlis Anugerah PERSAMA telah berlangsung dengan
jayanya di Hotel Tenera, Bangi. Pada tahun 2020, Anugerah PERSAMA terpaksa ditunda disebabkan pendamik Covid-19.
Walau bagaimanapun, anugerah tersebut telah disampaikan semasa Majlis Anugerah PERSAMA 2020 – 2021 yang
diadakan secara dalam talian sepenuhnya pada 29 Julai 2021.
Anugerah PERSAMA terdiri daripada beberapa kategori iaitu:
• Anugerah Felo PERSAMA
• Anugerah Buku (Karya Asli)
• Anugerah Buku (Karya Terjemahan)
• Anugerah Tesis Doktor Falsafah
• Anugerah Tesis Sarjana
• Anugerah Makalah llmiah
• Anugerah Reka Cipta Matematik
• Anugerah Rencana Popular
9
Bilangan penyertaan adalah amat menggalakkan untuk setiap tahun bagi setiap kategori. Pada tahun 2019, PERSAMA
telah menerima 84 penyertaan daripada 15 buah universiti dan institut penyelidikan, sepuluh penerbit, serta empat buah
sekolah dan kolej. Manakala Anugerah PERSAMA 2020 dan 2021, masing-masing mendapat 97 dan 92 penyertaan.
Pada kali ini, PERSAMA telah menerima sebanyak 146 penyertaan yang terdiri daripada pelbagai universiti, institut
penyelidikan, penerbit serta sekolah.
10
ANUGERAH FELO PERSAMA 2022
PROFESOR DR. SUZEINI ABD HALIM
Jabatan Matematik, Universiti Malaya
[email protected]
11
ANUGERAH FELO PERSAMA 2021
Dr. Suzeini Abd Halim mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assunta, Petaling Jaya dan kemudian melanjutkan ke
peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA, Kota Bharu, Kelantan dari 1975 hingga 1979. Pada awal 1980, Dr. Suzeini
Abd Halim telah mendapat biasiswa (separa) MARA untuk mengikuti pengajian peringkat matrikulasi (High School Certificate
NSW) di Mackellar Girls High School, Sydney Australia. Seterusnya, pada 1981, Dr Suzeini telah berjaya diterima memasuki
University of New South Wales untuk mengikuti pengajian dalam bidang Sains Komputer. Setelah tamat pengajian, beliau
memulakan kerjaya sebagai pendidik di Kolej Pengajian Persediaan ITM pada tahun 1985 dan pada tahun 1986 mula berkhidmat
dengan Jabatan Matematik, Universiti Malaya sebagai seorang pengajar. Pada tahun yang sama, Dr. Suzeini telah diberi biasiswa
SLAB (Skim Latihan Akademik Bumiputera) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di University of Wales, Swansea,
United Kingdom. Pada tahun 1990, beliau kembali ke tanah air setelah berjaya perolehi ijazah kedoktoran falsafah (Ph.D) dalam
bidang matematik tulen pengkhususan analisis kompleks. Tajuk tesis beliau “Bazilevic Functions with Logarithmic Growth and
Related Topics” telah melayakkan Dr. Suzeini diberi Rowland-Wilson prize dari University of Wales. Dalam tesis ini, penemuan
utama beliau adalah menggunakan konsep “dual space” dalam pembuktian untuk perolehi anggaran batas terbaik untuk terbitan
logaritma bagi fungsi Bazilevic. Pendekatan atau kaedah ini menjadi rujukan kepada penyelidik lain sehingga kini. Penyelidikan
dalam bidang Geometric Function Theory ini diteruskan sekembalinya beliau ke Universiti Malaya disamping berusaha
membudayakan penyelidikan berkualiti di kalangan ahli matematik tempatan. Ketika itu, bilangan ahli matematik tempatan dalam
bidang analisis tidak ramai dan antara usaha beliau adalah untuk mengenengahkan bidang ini di kalangan pelajar tempatan melalui
pembentangan di seminar dan persidangan kebangsaan.
Semasa dalam perkhidmatan di Universiti Malaya dari 1986 hingga 2020, beliau telah menghasilkan lebih dari 100 penerbitan
ilmiah dan akademik serta menyelia pelajar tahun akhir dan pelajar pasca ijazah (sarjana dan kedoktoran). Selain dari melaksanakan
pengajaran kursus, Dr. Suzeini juga terlibat dalam aktiviti mempromosi matematik. Penglibatan yang aktif dengan PERSAMA
(dahulunya Malaysian Mathematical Society-MMS) bermula sejak 1990. Dengan MMS, beliau terlibat dengan pertandingan
Olimpiad peringkat kebangsaan, penganjuran persidangan dan seminar dan Matemadesa. Projek Matemadesa menjelajah pelbagai
negeri dengan tujuan meningkatkan minat matematik pelajar sekolah di kawasan luar bandar.
12 12
AKADEMIK
Bachelor of Science (Computer Science) University of New South Wales, Sydney, Australia
PhD (Pure Mathematics) University of Wales, Swansea, United Kingdom
PENGALAMAN KERJAYA
1. Pensyarah : Kolej Pengajian Persediaan ITM (1985-September 1986)
2. Pengajar : Universiti Malaya (1986 – 1990)
3. Pensyarah : Universiti Malaya (1990 – 1995)
4. Profesor Madya
5. Profesor : Universiti Malaya (1995 - 2008)
: University Malaya (2008 - 2020)
Ahli Majlis : Malaysian Mathematical Society (PERSAMA)
Ahli Seumur Hidup : Malaysian Mathematical Society (PERSAMA)
13 13
PEMENANG-PEMENANG
ANUGERAH PERSAMA
2022
14
K PEMENANG UTAMA
A K SHAHARIR MOHAMAD ZAIN, BAHARUDIN ZAINAL, MAT ROFA ISMAIL &
T A MOHAMMAD ALINOR ABDUL KADIR
E R Tajuk:
G Y
O A Unsur Etnosains Matematik Malayonesia (Jilid 2 dan 3)
R Penerbit:
IA DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
B S 15
U L
K I
U
K HADIAH SANJUNGAN
A K
T A
E R
G Y
O A
R
IA SALIHIN RAMLI
B S Tajuk:
U L Derivatif Di Malaysia: Mengatasi Risiko Harga
K I
Penerbit:
U DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
16
K HADIAH SANJUNGAN
A K NURSURIATI JAMIL, KHALIL AWANG, ZAIDAH IBRAHIM, NURBAITY SABRI,
T A ROSNIZA ROSLAN, NUR NABILAH ABU MANGSHOR & RASEEDA HAMZAH
E R
G Y Tajuk:
O A Practical Digital Image Processing with MATLAB
R
Penerbit:
IA Penerbit UiTM
B S 17
U L
K I
U
K HADIAH SANJUNGAN
A K
T A
E R
G Y
O A
R
IA ANIZAH MD ALI
B S Tajuk:
U L Principles of Economics
K I
Penerbit:
U Penerbit Universiti Utara Malaysia (UUM Press)
18
K HADIAH SANJUNGAN
A K MOHD LAZIM ABDULLAH & HERRINI MOHD PAUZI
T A Tajuk:
E R
G Y Grey-interval Type-2 Fuzzy Logic System and Its Application in Forecasting
O A CO2 Emission
R Penerbit:
Penerbit UMT
IA
19
B S
U L
K I
U
KATEGORI BUKU
( KARYA TERJEMAHAN )
~ TIADA PENYERTAAN ~
20
K D PEMENANG UTAMA
A O
T K ISKANDAR BIN WAINI
E T Tajuk:
G O
O R Aliran Lapisan Sempadan dan Pemindahan Haba pada Permukaan Meregang/
Mengecut dalam Nanobendalir Hibrid
R F Institusi:
I A UKM
T L 21
E S
S A
I F
S A
H
K D HADIAH SANJUNGAN
A O
T K NUR AMIRAH BINTI AHMAD
E T Tajuk:
G O
O R Diagonally Implicit Two and Three Derivative Runge-Kutta Methods for Solving
First Order Oscillatory Ordinary and Delay Differential Equation
R F Institusi:
I A UPM
T L 22
E S
S A
I F
S A
H
K D HADIAH SANJUNGAN
A O
T K ARIF BIN MANDANGAN
E T Tajuk:
G O
O R Security and Key Generation Upgrades on the Goldreich-Goldwasser-Halevi
Lattice-based Encryption Scheme
R F Institusi:
I A USM
T L 23
E S
S A
I F
S A
H
KATEGORI TESIS
( SARJANA)
~ TIADA PEMENANG ~
24
M PEMENANG UTAMA
A
K ZANARIAH BINTI ABDUL MAJID, NUR TASNEM BINTI JAAFFAR &
KA NORAZAK SENU
AL Tajuk:
TA
EH Numerical Computation of Third Order Delay Differential Equations by Using
G Direct Multistep Method
OI Jurnal:
RL
IM Malaysian Journal of Mathematical Sciences
I
A 25
H
M HADIAH SANJUNGAN
A
K MUHAMMAD AFIQ AHMAD KHAIRUDDIN, UMMU ATIQAH MOHD
KA ROSLAN, HAMIZAH MOHD SAFUAN & MOHD UZAIR RUSLI
AL Tajuk:
TA
EH Mathematical Model of the Population Dynamics of Sea Turtles at Chagar Hutang
G Beach, Malaysia
OI Jurnal:
RL
IM Journal of Sustainability Science and Management
I
A 26
H
M HADIAH SANJUNGAN
A
K NURUL AINI JAAFAR, SITI NURULAIFA MOHD ZAINUL ABIDIN, ZUHAILA ISMAIL
KA & AHMAD QUSHAIRI MOHAMAD
AL Tajuk:
TA
EH Mathematical Analysis of Unsteady Solute Dispersion with Chemical Reaction
G Through a Stenosed Artery
OI Jurnal:
RL
IM Journal of Advanced Research in Fluid Mechanics and Thermal Sciences
I
A 27
H
M HADIAH SANJUNGAN
A
K NORAZAK SENU, NUR AMIRAH AHMAD, ZARINA BIBI IBRAHIM &
KA MOHAMED OTHMAN
AL Tajuk:
TA
EH Numerical Study on Phase-Fitted and Amplification-Fitted Diagonally Implicit
G Two Derivative Runge-Kutta Method for Periodic IVPs
OI Jurnal:
RL SAINS MALAYSIANA
IM
I 28
A
H
M HADIAH SANJUNGAN
A
K WAN FAEZAH WAN AZMI, AHMAD QUSHAIRI MOHAMAD, YEAK SU HOE, ZAITON
KA MAT ISA & SHARIDAN SHAFIE
AL Tajuk:
TA
EH Effects of Magnetohydrodynamics and Heat Transfer in Casson Fluid Through a
G Channel
OI Jurnal:
RL
IM Malaysian Journal of Fundamental and Applied Sciences
I
A 29
H
M HADIAH SANJUNGAN
A
K FATIMAH ABDUL RAZAK
KA
AL Tajuk:
TA Modelling the Spread of COVID-19 on Malaysian Contact Networks
EH
G Jurnal:
OI SAINS MALAYSIANA
RL
IM
I
A
H
30
K
A PEMENANG UTAMA
T
E
G M
O A
R T
I E
R M NORHAYATI ROSLI, MUHAMMAD FAHMI AHMAD ZUBER &
E A NORYANTI MUHAMMAD
K T
A I Tajuk:
C K Pandemic Preparedness Simulation Tool
I Institusi:
UMP
P
T
A
31
K
A HADIAH SANJUNGAN
T
E
G M
O A
R T
I E
R M NORAZALIZA MOHD JAMIL & BALVINDER SINGH GILL
E A
K T Tajuk:
A I A GUI Simulation Tool for Pandemic Outbreaks
C K
Institusi:
I UMP
P
T
A
32
K
A HADIAH SANJUNGAN
T MUHAMAD HAFIZ MASRAN, WAN NOR MUNIRAH ARIFFIN, RAJA SUZANA RAJA KASIM,
NUR ARIF AZEZAN, MOHAMAD FADZLI RAMLI & MUHAMMAD SUHAIMI ANNUAR ZAINI
E
Tajuk:
G M AI-Based Route Planning for a Sustainable Healthcare Supply Chain
O A
R T Institusi:
I E UNIMAP, UMK & PiNC Technology Sdn. Bhd (PiNC)
R M 33
E A
K T
A I
C K
I
P
T
A
K
A HADIAH SANJUNGAN
T NOR AZMIDY ISMAIL, MUHAMMAD AL-FAQEH BIN MOHD AL-HAFIZ, JUNIZA BINTI ZAMRI
& FAJRUL NORMAN BIN RASHID
E Tajuk:
G M Speedline Math Adventure for Special Education
O A Institusi:
R T
I E Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Perlis &
Multimedia University Cyberjaya
R M
E A 34
K T
A I
C K
I
P
T
A
K
A HADIAH SANJUNGAN
T SERENE LOCK SOW MUN, IRENE LOCK SOW MEI & LIM LAM GHAI
Tajuk:
E
Simulation Based Laboratory to Enrich Process Control Distance Learning Amid
G M Covid-19 Pandemic
O A Institusi:
R T
I E Universiti Teknologi PETRONAS, Group Technical Solutions, PETRONAS & Monash
University Malaysia
R M
E A 35
K T
A I
C K
I
P
T
A
K
A HADIAH SANJUNGAN
T
E
G M
O A
R T
I E
R M NURAIN NAQUIAH BINTI RUSLAN
E A
K T Tajuk:
A I Garisan Hati
C K
Institusi:
I Sekolah Kebangsaan Batu Berendam Melaka
P
T
A
36
K PEMENANG UTAMA
A
T
E
G P
O O
R P
I U
R L FAEIZA SAMAT
E A
N R Tajuk:
Bijak Matematik atau Bijak Aritmetik
C
Terbitan:
A Majalah Sains
N
A
37
K HADIAH SANJUNGAN
A
T
E
G P
O O
R P
I U
R L FATIMAH ABDUL RAZAK
E A
N R Tajuk:
Melandaikan Lengkung Jangkitan Covid-19
C
Terbitan:
A Majalah Sains
N
A
38
K HADIAH SANJUNGAN
A KASSIM BAHALI
Tajuk:
T
Hubungan Matematik dengan Astronomi dalam Penentuan Waktu Solat
E Terbitan:
G P Dewan Kosmik
O O
R P 39
I U
R L
E A
N R
C
A
N
A
K HADIAH SANJUNGAN
A
T
E
G P
O O
R P
I U
R L TAHIR AHMAD
E A
N R Tajuk:
Mengangkasa Angka
C
Terbitan:
A Majalah Sains
N
A
40
GARIS PANDUAN
ANUGERAH PERSAMA
58
SYARAT-SYARAT UMUM PERTANDINGAN
1. Calon adalah rakyat Malaysia.
2. Keutamaan diberi kepada ahli PERSAMA.
3. Karya tersebut mestilah diterbitkan dalam tahun 2021.
4. Karya tersebut tidak dihasilkan oleh Majlis Eksekutif PERSAMA/ahli jawatankuasa/panel hakim
pertandingan (sepenuhnya atau bersama).
5. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
6. Karya tersebut mestilah menyumbang kepada penemuan dalam bidang Sains Matematik.
KATEGORI BUKU KARYA ASLI 42
1. Mestilah diterbitkan oleh penerbit tempatan.
2. Buku-buku mestilah berunsurkan Sains Matematik, Sains Komputer, Statistik, Matematik Ekonomi dan
Kewangan, Matematik Kejuruteraan, Matematik Pendidikan, atau Sejarah dan Falsafah Matematik.
3. Tahap ilmu universiti dalam Bahasa Melayu (atau Bahasa Inggeris). Buku yang ditulis dalam Bahasa
Melayu adalah diutamakan.
4. Kepribumian karya: Kefasihan bahasa, nahu, keretorikan, ketepatan istilah, kepercayaan kepada Bahasa
Melayu (atau Bahasa Inggeris) seperti terpancar menerusi ketiadaan istilah atau ungkapan yang dipetik
daripada bahasa/sumber lain; bahan yang tidak asing daripada bahan/budaya setempat, atau serantau.
5. Keaslian idea, bahan, pendekatan, pengolahan, dan penyusunan.
6. Keikhlasan, kebertanggungjawaban dan integriti yang terpancar menerusi kejelasan hujah dan sumber.
7. Ketelitian akademik.
8. Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.
59
KATEGORI BUKU KARYA TERJEMAHAN
1. Tahap ilmu universiti dalam Bahasa Melayu.
2. Keistimewaan buku aslinya daripada pelbagai aspek termasuk ketelitian akademiknya.
3. Sumbangan penterjemah kepada ilmu yang diterjemahkannya, seperti menerusi tafsirannya, dan
penjelasannya (bukan sekadar terjemahan harafiah).
4. Mutu bahasa terjemahannya sama dengan dalam kriteria 2 bagi kategori buku karya asli.
5. Mutu perbukuan: bentuk luarannya, rujukan, indeks dan sebagainya.
KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
Maklumat tesis yang dicalonkan hendaklah disertakan dengan:
1. Abstrak tesis.
2. Salinan laporan pemeriksa dalam dan luar tesis.
3. Salinan lembut dalam bentuk CD.
4. Senarai penerbitan yang terhasil daripada penulisan/penyelidikan tesis tersebut.
5. Senarai pembentangan kertas kerja yang berkaitan dengan hasil penyelidikan tesis.
Hanya tesis yang mencapai taraf cemerlang sahaja yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa atau panel
hakim anugerah ini.
60
43
KATEGORI TESIS SARJANA
Maklumat tesis yang dicalonkan hendaklah disertakan dengan:
1. Abstrak tesis.
2. Salinan laporan pemeriksa dalam dan luar tesis.
3. Salinan salinan lembut dalam bentuk CD.
4. Senarai penerbitan yang terhasil daripada penulisan/penyelidikan tesis tersebut.
5. Senarai pembentangan kertas kerja yang berkaitan dengan hasil penyelidikan tesis.
Hanya tesis yang mencapai taraf cemerlang sahaja yang akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa atau panel
hakim anugerah ini.
KATEGORI MAKALAH ILMIAH
1. Mestilah diterbitkan oleh jurnal-jurnal tempatan.
2. Ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
61
44
KATEGORI REKA CIPTA MATEMATIK
1. Mempunyai elemen matematik.
2. Reka cipta asli atau baru.
3. Hasil daripada penyelidikan.
4. Mempunyai nilai komersil.
5. Kepelbagaian gunaan.
6. Mesra pengguna.
7. Reka cipta yang telah memenangi anugerah daripada persatuan selain PERSAMA boleh
dipertimbangkan.
KATEGORI RENCANA POULAR
1. Penulisan telah diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan.
2. Penulisan telah diterbitkan dalam majalah dalaman dengan skop pembacanya yang lebih luas juga
akan dipertimbangkan (contohnya terbitan dalam Universiti).
3. Mempunyai elemen Sains Matematik.
4. Gaya bahasanya sesuai kepada mereka yang berkepakaran di luar bidang Sains Matematik.
5. Keutamaan diberikan kepada penulisan dalam Bahasa Melayu.
62
45