ANUGERAH PERSAMA
2020 - 2021
Anjuran bersama
Persatuan Sains Matematik Malaysia
(PERSAMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM)
&
Universiti Malaysia Pahang
(UMP)
KANDUNGAN 1
2
Aturcara Majlis 4
Senarai Ahli Jawatankuasa Anugerah PERSAMA 2020-2021 5
Setitis Tinta Naib Canselor UMP 6
Seulas Pinang Pengerusi SKSM28 7
Seuntai Madah Presiden PERSAMA 8
Secebis Kata Penyelaras Anugerah PERSAMA 2020-2021 11
Latar Belakang Anugerah PERSAMA
Felo PERSAMA 2021 15
Senarai Pemenang Anugerah PERSAMA 2020 20
21
Kategori Buku (Karya Asli) 24
Kategori Buku (Karya Terjemahan)
Kategori Tesis Doktor Falsafah
Kategori Tesis Sarjana
KANDUNGAN 25
31
Kategori Makalah Ilmiah 37
Kategori Reka Cipta Matematik
Kategori Rencana Popular 39
Senarai Pemenang Anugerah PERSAMA 2021 43
Kategori Buku (Karya Asli) 44
Kategori Buku (Karya Terjemahan) 46
Kategori Tesis Doktor Falsafah 47
Kategori Tesis Sarjana 53
Kategori Makalah Ilmiah 55
Kategori Reka Cipta Matematik 58
Kategori Rencana Popular
Garis Panduan Anugerah PERSAMA
ATURCARA
ANUGERAH PERSAMA 2020-2021
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SKSM28
13:45 : Ketibaan Peserta SKSM28
14:00
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
14:30 Nyanyian Lagu Negaraku dan Maju Gemilang
15:30 Bacaan Doa
15:45 Ucapan Presiden PERSAMA
Tayangan Montaj PERSAMA
Ucapan Perasmian oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang
Tayangan Montaj SKSM 28
: Penyampaian Anugerah Felo PERSAMA
: Penyampaian Anugerah PERSAMA
: Penyampaian Makalah Dan Video Terbaik SKSM 28
16:00 : Ucapan Penutup oleh Pengerusi SKSM 28
16:15 : Penyerahan Watikah Penganjuran SKSM 29
16:30 : Bersurai
1
AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH PERSAMA 2020-2021
Jawatankuasa Induk
Penasihat
Prof. Dr. Maslina Darus (UKM)
Prof. Dr. Norihan Md Arifin (UPM)
Ahli Jawatankuasa 2020
Dr. Humaida Banu Samsudin (UKM) - Penyelaras
Prof. Emeritus Dr. Abdul Razak Hamdan (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Siti Aishah Hashim Ali (Felo PERSAMA)
Prof Dr. Suzeini Abd Halim (UM)
Prof Dr Norsarahaida S Amin (UTM)
Prof Dr Roslinda Mohd Nazar (UKM)
Prof. Dr Mohd Salmi Md Noorani (UKM)
2
AHLI JAWATANKUASA ANUGERAH PERSAMA 2020-2021
Ahli Jawatankuasa 2021
Dr. Humaida Banu Samsudin (UKM) - Penyelaras
Prof Dr. Kurunathan Ratnavelu (Felo PERSAMA)
Prof. Dr Arsmah Ibrahim (Felo PERSAMA)
Prof Emeritus Dato’ Dr Kamel Ariffin (Felo PERSAMA)
Prof. Dr. Siti Aishah Hashim Ali (Felo PERSAMA)
Prof Dr. Bachok M Taib (Felo PERSAMA)
Prof Dr Rahni Mat Piah (Felo PERSAMA)
Prof Dr. Suzeini Abd Halim (UM)
Jawatankuasa Pelaksana
Dr. Mohd Almie Alias
Dr. Sakhinah Abu Bakar
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor
3
SETITIS TINTA NAIB CANSELOR, UMP
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Syukur alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan keizinan-Nya, penganjuran Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-28 (SKSM28) ini
dapat direalisasikan walaupun dalam menghadapi cabaran situasi pandemik COVID-19 yang melanda
dunia ketika ini. Dikesempatan ini, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Pusat Sains Matematik,
Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) atas kejayaan penganjuran bersama
pada tahun ini.
Penganjuran SKSM yang telah bermula sejak 25 tahun lalu merupakan satu usaha mapan yang menjadi wahana ahli Matematik di
negara kita untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu Sains Matematik. Inisiatif ini mampu mengeratkan hubungan dan
menggalakkan kerjasama antara ahli Matematik dan juga pakar dalam bidang-bidang yang lain. Kolaborasi yang terjalin hasil
daripada platform persidangan ini juga mampu untuk mencetus inovasi dalam bidang Sains, Teknologi dan Kejuruteraan yang
amat penting kepada pembangunan modal insan di negara dan sejagat. Ini amat bertepatan dengan tema SKSM28 pada kali ini
iaitu ‘Sains Matematik Wahana Pencetus Inovasi Sejagat’.
Saya berharap agar SKSM28 terus kekal menjadi medium dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan inovasi yang
dapat memberikan impak positif kepada pengembangan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan khususnya dalam bidang
Sains Matematik.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peserta dan semua yang terlibat
dalam menjayakan penganjuran SKSM28 pada kali ini. Tahniah juga saya ucapkan kepada para pemenang Anugerah PERSAMA
pada tahun 2020 dan 2021. Semoga SKSM28 akan mencapai objektifnya dan sentiasa dijadikan inspirasi kepada penyelesaian
masalah dan isu-isu sejagat.
Sekian terima kasih dan salam hormat.
PROFESOR IR. DR. WAN AZHAR BIN WAN YUSOFF
Naib Canselor UMP
4
SEULAS PINANG PENGERUSI SKSM28
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan kudrat dan
kekuasaanNya, penganjuran Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-28 (SKSM28) dapat
direalisasikan meskipun kita semua berada dalam keadaan yang sangat mencabar bagi mengharungi situasi
pandemik COVID-19 yang dialami oleh seluruh masyarakat dunia pada masa ini.
Pusat Sains Matematik, Universiti Malaysia Pahang sangat berbesar hati untuk menjadi penganjur utama simposium pada kali ini
dan sukacita saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan
Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) atas kepercayaan yang diberikan.
Penganjuran SKSM28 yang buat julung kalinya diadakan secara maya merupakan langkah pengadaptasian norma baharu.
Simposium ini merupakan platfom bagi para ilmuwan matematik dalam mencapai objektif yang disasarkan menerusi tema yang
ingin diketengahkan iaitu “Sains Matematik Wahana Pencetus Inovasi Sejagat”. SKSM sendiri merupakan satu usaha mapan yang
menjadi wahana ilmu matematik khusunya di Malaysia untuk menyampai dan berkongsi ilmu Sains Matematik. Inisiatif ini mampu
untuk mencetus inovasi dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang amat penting kepada pembangunan modal insan.
Dalam merealisasikan standard kebangsaan industri 4.0, adalah sangat penting untuk memperkasakan lagi bidang Sains Matematik
yang berperanan dalam memimpin pembangunan industri dan peradaban yang mampan menjadi semakin jelas. Khususnya,
keperluan untuk menguasai teknologi digital yang semakin menjadi nadi utama pelbagai cabang industri dan gaya hidup manusia.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengucaptama, penceramah jemputan dan semua pembentang serta
peserta yang telah memberi sokongan kepada SKSM28. Setinggi penghargaan dan syabas diberikan kepada semua ahli
jawatankuasa dan individu yang terlibat dalam pengajuran SKSM kali ini. Semoga segala usaha murni dalam perlaksanaan
SKSM28 dapat memartabatkan Sains Matematik khususnya mendapat keberkatanNya dan mencapai matlamat dengan jayanya.
Sekian. Terima kasih
DR. ZULKHIBRI BIN ISMAIL @ MUSTOFA 5
Pengerusi SKSM28
SEUNTAI MADAH PRESIDEN PERSAMA
Assalamu'alaikum wbkt & Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S. W. T. kerana dengan limpah kurnia-Nya maka
PERSAMA dapat mengadakan Anugerah PERSAMA 2020 dan Anugerah PERSAMA 2021 secara
serentak. Sesungguhnya, penganjuran ini telah menempa sejarah kerana buat julung kalinya Anugerah
ini diadakan secara dalam talian dan menggabungkan penganugerahan untuk dua tahun.
Walaupun COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak dalam pelbagai aspek, namun usaha penyebaran
ilmu dan penerbitan ilmiah tidak terhenti. Oleh yang demikian, PERSAMA mengambil keputusan untuk terus menganjurkan
majlis ini, yang merupakan sebuah penghargaan dan penghormatan kepada rakan-rakan kita yang telah berjaya meraih pelbagai
hadiah tahunan PERSAMA.
Saya bagi pihak PERSAMA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada penerima Anugerah PERSAMA 2020
dan Anugerah PERSAMA 2021. Saya berharap anugerah ini dapat menjadi galakan kepada semua penerima untuk terus
mendalami dan mengembangkan ilmu matematik, yang kemudiannya disampaikan kepada pelbagai golongan masyarakat melalui
penghasilkan karya–karya berteraskan matematik yang bermutu tinggi, bengkel-bengkel dan pelbagai usaha yang lain. Di
samping itu, anugerah ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat rakan-rakan lain untuk turut sama mencapai kecemerlangan
pada masa akan datang.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelaras Anugerah
PERSAMA, Dr. Humaida Banu Samsudin, serta barisan urusetia dan semua penilai yang terlibat di atas usaha mereka untuk
menilai dan memuktamadkan pemenang-pemenang bagi anugerah ini. Semoga Allah S.W.T memberi ganjaran yang sebaik-
baiknya kepada mereka atas segala usaha dan pahit jerih dalam menyesuaikan acara ini dengan situasi norma baru disebabkan
pandemik COVID-19.
Sekian. Terima kasih dan Wassalam.
PROF. DR. MASLINA DARUS 6
Presiden PERSAMA
SECEBIS KATA PENYELARAS ANUGERAH PERSAMA
2020-2021
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan
keizinan- Nya kita dapat mengadakan Majlis Anugerah PERSAMA 2020-2021. Anugerah Anugerah
PERSAMA untuk tahun ini telah menerima sebanyak 189 penyertaan bagi tahun 2020 dan 2021 yang terdiri daripada
universiti dan institut penyelidikan, penerbit, serta sekolah dan kolej.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah PERSAMA
2020-2021. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penganjur Simposium Kebangsaan Sains
Matematik ke-28 (SKSM28), Universiti Malaysia Pahang yang telah memberi ruang dan kerjasama bagi mengadakan Majlis
Anugerah PERSAMA 2020-2021 serentak dengan Majlis Perasmian Penutup SKSM28.
Ucapan terima kasih yang tidak terpermanai kepada para penilai atas komitmen dan kerjasama semasa proses penilaian
diadakan. Seterusnya, saya juga amat berterima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana dari Universiti Kebangsaan
Malaysia serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana telah memberikan komitmen yang tinggi
dalam usaha menjayakan malam anugerah ini. Sesungguhnya PERSAMA amat menghargai usaha murni dan sumbangan
semua pihak dalam menjayakan program ini.
Saya juga berharap agar segala kerjasama daripada semua pihak berkekalan dan akan diteruskan pada masa hadapan.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
DR. HUMAIDA BANU SAMSUDIN
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2020-2021
7
LATAR BELAKANG ANUGERAH PERSAMA
P ersatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) telah ditubuhkan pada tahun 1970. Penubuhannya bertujuan
untuk meningkatkan kegiatan kesarjanaan ahli Sains Matematik Malaysia dan mengukuhkan pendidikan matematik
di Malaysia. Kini ahli PERSAMA berjumlah lebih daripada 1000 orang, yang merupakan ahli Sains Matematik dan
guru-guru matematik di sekolah. PERSAMA juga mempunyai lebih daripada 600 ahli institusi yang terdiri daripada
sekolah serta kolej awam dan swasta.
Satu daripada objektif utama PERSAMA ialah untuk menggandakan kewujudannya dengan memperhebatkan lagi segala
kegiatan dan perkhidmatannya untuk mempromosikan dan memajukan Sains Matematik di Malaysia dalam pelbagai aspek
penyelidikan, Pendidikan dan penerapannya, di samping memupuk kesedaran dan kepenghargaan terhadapnya di kalangan
massa, serta menampilkan lagi kehubungannya atau kerelevannya dengan pelbagai disiplin ilmu dan ragam kegiatan
manusia bertamadun tinggi supaya tertingkatnya lagi martabat dan citra ilmu dan ilmuwan Sains Matematik di Malaysia.
Sehubungan itu, satu daripada usaha PERSAMA untuk merealisasikan objektif tersebut ialah dengan mengadakan
Anugerah Tahunan PERSAMA. Antara objektif utama Anugerah PERSAMA diadakan adalah untuk menggalakkan serta
memacu pembangunan ilmiah di Malaysia, khususnya dalam bidang Sains Matematik.
Anugerah PERSAMA yang pertama telah diadakan pada 5 Mei 1998 di Renaissance Palm Garden, Putrajaya dengan tajaan
Sime Darby. Sime Darby meneruskan penajaan Anugerah PERSAMA 1998 dan 1999 yang telah diadakan di Hotel
Equatorial, Bangi pada 28 Jun 2000. lni diikuti dengan Anugerah PERSAMA Kali Ke-4 yang juga telah diadakan di Hotel
Equatorial, Bangi pada 31 Mei 2001. Anugerah PERSAMA Kali Ke-5 dan Ke-6 ditaja bersama oleh Syarikat TELEKOM
Malaysia dan masing-masing telah diadakan pada 23 Disember 2002 di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru semasa
Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-10 (SKSM10), dan pada 12 Disember 2003 di Hotel Renaissance Palm
Garden, Putrajaya. Bagi tahun 2004 hingga 2006 pula, majlis telah diadakan di Dewan Annex, UiTM Shah Alam pada 5
Jun 2007 bersempena dengan SKSM15. Manakala, pada tahun 2007, majlis Anugerah telah diadakan di Hotel Renaissance,
Kota Bharu, Kelantan pada 4 Jun 2008 semasa SKSM16.
8
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Nationwide Express telah menaja Anugerah PERSAMA bagi tahun 2009
hingga 2011 semasa Majlis Perasmian SKSM17 (Mahkota Hotel, Melaka), SKSM18 (Zon Regency Hotel, Johor Bahru)
dan SKSM19 (Sunway Hotel, Pulau Pinang). Nationwide Express sekali lagi telah bermurah hati untuk memberi penajaan
kepada Anugerah PERSAMA 2012 yang telah diadakan di Palm Garden Hotel Putrajaya bersempena Majlis Perasmian
SKSM20 yang diadakan pada 18 Disember 2012.
Sehingga kini, majlis Anugerah biasanya diadakan serentak dengan SKSM. Majlis Anugerah PERSAMA 2013 telah
diadakan pada 6 November 2013 di The Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Pinang bersempena SKSM21.
Manakala, untuk Majlis Anugerah PERSAMA 2014 telah diadakan serentak dengan SKSM22 pada 24 November 2014 di
Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam dan Majlis Anugerah PERSAMA 2015 juga telah diadakan serentak dengan Majlis
Perasmian SKSM23 pada 24 November 2015 di Pulai Springs Resort, Johor Bahru. Bagi tahun 2016 dan 2017, majlis
Anugerah masing-masing telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu pada 27 September 2016 bersama-
sama dengan perasmian SKSM24 dan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan pada 28 Ogos 2017 semasa Majlis
Perasmian SKSM25. Pada tahun 2018, Majlis Anugerah PERSAMA telah diadakan di Hotel TH Kota Kinabalu, Sabah
semasa Majlis Perasmian SKSM26. Manakala, pada tahun lepas, Majlis Anugerah PERSAMA telah berlangsung dengan
jayanya di Hotel Tenera, Bangi pada 26 November 2019.
Anugerah PERSAMA terdiri daripada beberapa kategori iaitu:
• Anugerah Felo PERSAMA
• Anugerah Buku (Karya Asli)
• Anugerah Buku (Karya Terjemahan)
• Anugerah Tesis Doktor Falsafah
• Anugerah Tesis Sarjana
• Anugerah Makalah llmiah
• Anugerah Reka Cipta Matematik
• Anugerah Rencana Popular
9
Bilangan penyertaan adalah amat menggalakkan untuk setiap tahun bagi setiap kategori. Pada tahun 2018, PERSAMA
telah menerima 96 penyertaan daripada 13 buah universiti dan institut penyelidikan, sepuluh penerbit, serta empat buah
sekolah dan kolej. Manakala Anugerah PERSAMA 2019, sebanyak 84 penyertaan daripada 15 universiti dan institut
penyelidikan, sepuluh penerbit, serta empat buah sekolah dan kolej. Pada kali ini, PERSAMA telah menerima sebanyak
97 penyertaan bagi tahun 2020 dan 92 penyertaan nagi tahun 2021 yang terdiri daripada universiti, institut penyelidikan,
penerbit serta sekolah.
10
ANUGERAH FELO PERSAMA 2021
PROFESOR DR. TAHIR AHMAD
Jabatan Sains Matematik
Fakulti Sains
Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai, Johor
[email protected]
11
ANUGERAH FELO PERSAMA 2021
Professor Dr. Tahir Ahmad dilahirkan di kampung Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang pada tahun 1963. Beliau merupakan anak
kepada seorang pembuat bakul dan seorang suri rumah. Professor Dr. Tahir memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan St.
George, Balik Pulau dan kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Pengkalan Chepa, Kota
Bharu, Kelantan. Di MRSM inilah bakatnya dalam bidang Matematik mula diasah. Kemudian, Professor Dr. Tahir memperolehi
Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik Tulen dari California State University, Fresno, Amerika Syarikat.
Disertasi sarjana beliau berjudul "Reimann Surface S2”. Professor Dr. Tahir menerima ijazah PhD dari Department of Electrical
and Electronic Engineering, Sheffield Hallam University, United Kingdom melalui tesis beliau "Mathematical and Fuzzy Modeling
of Interconnections in Integrated Circuits" pada tahun 1998.
Professor Dr. Tahir memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tahun 1989. Beliau
merupakan mantan Pengerusi Program Matematik dan Timbalan Pengarah Institut Ibnu Sina, Fakulti Sains, UTM. Sumbangan
Professor Dr. Tahir kepada masyarakat termasuklah melalui Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA), Persatuan Epilepsi
Malaysia (PEM), Pengerusi Persatuan Ibubapa Sekolah Menengah Islam dan Pengerusi Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi
II, Johor Bahru.
Professor Dr. Tahir telah menjalankan penyelidikan dalam teori kabur serta penggunaanya dalam bidang kejuruteraan loji jana
kuasa, kejuruteraan loji pelupusan sampah, dan sains otak pesakit epilepsi melalui 3 model matematik yang diperkenalkannya;
Model Ruang Keadaan Kabur (Fuzzy State Space Model-FSSM), Model Set AutoPemangkin Kabur (Fuzzy Autocatalytic Set-FACS)
dan Model Pemetaan Topologi Topografi Kabur (Fuzzy Topographic Topological Mapping-FTTM). Melalui 3 model tersebutlah,
beliau telah berjaya meraih beberapa hadiah penyelidikan seperti pingat emas Industrial Art & Technology Exhibition 2001, pingat
emas Science and Technology Expo 2001, pingat gangsa di 30th International Exhibition of Inventions New Techniques and
Products, Geneva, Switzerland, 2002 dan "Most Promising Research" di BioMed 2002. Lanjutan daripada itu, pada Jun 2008 pula,
Professor Dr. Tahir telah diundang sebagai saintis pelawat oleh RIKEN Brain Science Institute, Wako-shi, Saitama, Japan.
Melalui 3 model beliau itulah juga, Professor Dr. Tahir telah berjaya memperolehi geran-geran penyelidikan seperti Scientific
Advancement Grant Allocation (SAGA) Fund oleh Akademi Sains Malaysia yang berjumlah RM 308,000.00 pada tahun 2008.
Beliau telah menyelia lebih daripada 32 pelajar PhD dan 18 pelajar Sarjana setakat ini. Bersama-sama dengan pelajar-pelajarnya
itu, beliau kemudiannya telah menghasilkan lebih daripada 120 penerbitan berbentuk kertas kerja, makalah, buku, bab dalam buku
12
dan sebagainya. Buku penyelidikan karya beliau bersama rakan penyelidikannya yang berjudul “Epilepsy, Intelligence &
Employability” telah diterbitkan oleh Penerbit UTM pada tahun 2018 bertujuan khusus untuk menangkis stigma terhadap pesakit
epilepsi. Manakala makalah-makalah awal beliau pula diterbitkan oleh Matematika seawal tahun 1993, sebelum beliau mula
menembusi jurnal antarabangsa seperti Journal of Circuits, Systems, and Computers pada tahun 2004 dan Bulletin of Malaysian
Mathematical Sciences Society pada tahun 2005. Semenjak itu, beliau bersama-sama dengan rakan serta pelajar-pelajarnya
mengorak langkah untuk menerbitkan karya-karya penyelidikan mereka dalam jurna-jurnal seperti ScienceAsia, Journal of Applied
Mathematics, Journal of Mathematical Chemistry, Soft Computing, Mathematical Modelling and Analysis, Advances in Fuzzy
Systems, International Journal of Information Technology & Decision Making, Axioms, Journal of Mathematics, Mathematics,
Results in Physics, Scientific Reports dan banyak lagi.
Disebabkan sifat beliau yang menghargai dan cintakan ilmu, Professor Dr. Tahir terus meneroka ilmu sehingga menerbitkan
makalah bersama-sama rakan dan pelajarnya yang berjudul "A Simplified Novel Technique for Solving Fully Fuzzy Linear
Programming Problems". Bapa Teori Set Kabur, Lotfi Zadeh sendiri telah maklumkan untuk terbitkan makalah tersebut dalam
Journal of Optimization Theory and Applications pada tahun 2012. Selain daripada itu, makalah, “Chemical and Chemometrics
Methods for Halal Authentication of Gelatin: An Overview” yang diterbitkan dalam Journal of Food Science telah dianugerahkan
Top Downloaded Paper 2018-2019 oleh Wiley.
Professor Dr. Tahir bersama rakan dan pelajar-pelajarnya, secara konsisten, telah menghasilkan lebih daripada 12 hakcipta, di
antaranya "Fuzzy Topographic Topological Mapping" (2006), "Inverse Ability Test in Epilepsy (i-Atie)" (2013), “Huffaz
Intelligence Test” (2016), “Genetic Algorithms Based Program for Estimation of Von-Misess Fisher Concentration Parameter”
(2016), “Path of Brainstorm Visualitation” (2017), “Axiomatic System for Euclidean and non-Euclidean Geometries: A Booklet”
(2017), “Ranking Fuzzy Weak Autocatalytic Set’ (2018), “A Coding Program for Subtraction of Two Discrete Fuzzy Numbers”
(2020), “Multisystem Dynamic Identification of Gelatin Sources” (2020) dan sebuah paten "An Inverse Model of a Contactor
Column" (2021).
Slogan ‘Berfikir secara seorang ahli matematik, beroperasi secara seorang jurutera’ yang dipegang oleh beliau, sifat cintakan ilmu
dan semangat juang yang tinggi, sokongan daripada keluarga dan pelajar-pelajarnya serta bantuan dari Allah SWT adalah elemen-
elemen terpenting yang membolehkan beliau menelusuri kehidupannya, menjana modal insan dan khazanah ilmu matematik
sebelum ini, dan terus menyumbang di hari-hari yang mendatang, Insya-Allah.
13
14
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
PEMENANG UTAMA
MUHAMMAD ROZI MALIM, FARIDAH ABDUL HALIM, NOOR
ASIAH RAMLI & RUZANITA MAT RANI
Tajuk:
Quantitative Analysis and Techniques for Engineers, Scientists
and Managers
Penerbit:
Penerbit UiTM Press
15
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
HADIAH SANJUNGAN
RUZANITA MAT RANI, WAN ROSMANIRA
ISMAIL & MOHD NIZAM AB RAHMAN
Tajuk:
Pengagihan Optimum Operator Syarikat Pembuatan Makanan
Perusahaan Kecil dan Sederhana
Penerbit:
Penerbit UKM Bangi
16
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
HADIAH SANJUNGAN
ISZAN HANA KAHARUDIN & ZULKEFLY ABDUL KARIM
Tajuk:
Dasar Fiskal dan Kesan Asakan Keluar Terhadap Perbelanjaan Swasta
Penerbit:
Penerbit UKM Bangi
17
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
HADIAH SANJUNGAN
ROSE IRNAWATY IBRAHIM
Tajuk:
SAINS AKTUARI: Aplikasi Dalam Bidang PENCEN
Penerbit:
Penerbit USIM Press
18
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
HADIAH SANJUNGAN
NURSURIATI JAMIL, KHALIL AWANG, ZAIDAH IBRAHIM, NURBAITY SABRI,
ROSNIZA ROSLAN, NUR NABILAH ABU MANGSHOR & RASEEDA HAMZAH
Tajuk:
Practical Digital Image Processing with MATLAB
Penerbit:
Penerbit UiTM Press
19
KATEGORI BUKU (KARYA TERJEMAHAN)
-TIADA PENYERTAAN-
20
KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
PEMENANG UTAMA
MOHD ANUAR BIN JAMALUDIN
Tajuk:
Beberapa Masalah Aliran Sempadan Olakan Campuran bagi
Nanobendalir: Penyelesaian Berangka dan Analisis Kestabilan
Institusi:
Universiti Kebangsaan Malaysia
21
KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
HADIAH SANJUNGAN
GHAJENDRAN A/L POOVANANDRAN
Tajuk:
Arrangement of Letters in Words Using Parikh Matrices
Institusi:
Universiti Sains Malaysia
22
KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
HADIAH SANJUNGAN
MUHAMMAD ASLAM MOHD SAFAR
Tajuk:
Pendekatan Semi Berparameter untuk Taburan Pendapatan di
Malaysia
Institusi:
Universiti Kebangsaan Malaysia
23
KATEGORI TESIS SARJANA
PEMENANG UTAMA
GOH RUI YING
Tajuk:
Hybrid Harmony Search-Artificial Intelligence Models
Institusi:
Universiti Putra Malaysia
24
KATEGORI MAKALAH ILMIAH
PEMENANG UTAMA
KASSIM BAHALI, ABDUL LATIF SAMIAN, NAZRI MUSLIM & NURUL
SHAZANA ABDUL HAMID
Tajuk:
Penilaian Semula Hitungan Waktu Subuh di Alam Melayu
Jurnal:
International Journal of the Malay World and Civilisation
25
KATEGORI MAKALAH ILMIAH
HADIAH SANJUNGAN
ZAMIRA HASANAH ZAMZURI, AKMALIA SHABADIN & SITI ZAHARAH
ISHAK
Tajuk:
Bayesian Network of Traffic Accidents in Malaysia
Jurnal:
Journal of Information and Communication Technology
26
KATEGORI MAKALAH ILMIAH
HADIAH SANJUNGAN
GOH RUI YING & LEE LAI SOON
Tajuk:
Hyperparameters Tuning of Random Forest with Harmony
Search in Credit Scoring
Jurnal:
ASM Science Journal
27
KATEGORI MAKALAH ILMIAH
HADIAH SANJUNGAN
NOR HAFIZAH MOSLIM, YONG ZULINA ZUBAIRI, ABDUL GHAPOR HUSSIN,
SITI FATIMAH HASSAN & NURKHAIRANY AMYRA MOKHTAR
Tajuk:
A Comparison of Asymptotic And Bootstrapping Approach in Constructing
Confidence Interval of the Concentration Parameter in Von Mises Distribution
Jurnal:
SAINS MALAYSIANA
28
KATEGORI MAKALAH ILMIAH
HADIAH SANJUNGAN
SITI ROHANI MOHD NOR, FADHILAH BINTI YUSOF & ARIFAH BAHAR
Tajuk:
Stochastic Mortality Model in a State-Space Framework
Jurnal:
Malaysian Journal of Mathematical Sciences
29
KATEGORI MAKALAH ILMIAH
HADIAH SANJUNGAN
RUZANNA AB RAZAK & NORISZURA ISMAIL
Tajuk:
Dependence Modeling and Portfolio Risk Estimation using Garch-Copula
Approach
Jurnal:
SAINS MALAYSIANA
30
KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK
PEMENANG UTAMA
WAN NOR MUNIRAH ARIFFIN, SHAZIRAWATI MOHD PUZI & FADHILAH
YUSOF
Tajuk:
T-Deck: Task Scheduler and Generator
Institusi:
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Teknologi Malaysia
31
KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK
HADIAH SANJUNGAN
FONG WAN HENG, NURUL IZZATY ISMAIL & NOR HANIZA SARMIN
Tajuk:
DNA Splicing Language Generator (DNASpliceGen)
Institusi:
Universiti Teknologi Malaysia
32
KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK
HADIAH SANJUNGAN
ISKANDAR SHAH MOHD ZAWAWI & NUR LINA ABDULLAH
Tajuk:
RIBIMOD
Institusi:
Universiti Teknologi MARA
33
KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK
HADIAH SANJUNGAN
LAU KOK KEONG, AZMI MOHD SHARIFF & SERENE LOCK SOW MUN
Tajuk:
HFMPP: Hollow Fiber Membrane Prediction Programme
Institusi:
Universiti Teknologi Petronas
34
KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK
HADIAH SANJUNGAN
AHMAD AFIF AHMAROFI & NORHASLINDA ZAINAL ABIDIN
Tajuk:
An Intelligent Simulator for a Systematic Semiautomatic Productive Line
Institusi:
Universiti Utara Malaysia
35
KATEGORI REKACIPTA MATEMATIK
HADIAH SANJUNGAN
NOR IZZATI BINTI JAINI
Tajuk:
A Trade-off Ranking Method: Fuzzy-based Multi-criteria Decision Making
Institusi:
Universiti Malaysia Pahang
36
KATEGORI RENCANA POPULAR
-TIADA PENYERTAAN-
37
38
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
PEMENANG UTAMA
YUSOF AHMAD
Tajuk:
Structural Analysis Using Matrix Method
Penerbit:
Penerbit UTM Press
39
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
HADIAH SANJUNGAN
MOHD LAZIM ABDULLAH & ASLINA NASIR
Tajuk:
Statistik Pentaabiran dan Analisis Data
Penerbit:
Penerbit UMT
40
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
HADIAH SANJUNGAN
MASELAN@MAZLAN ALI
Tajuk:
Mantik dan Sistem Nombor Nyata
Penerbit:
Dewan Bahasa dan Pustaka
41
KATEGORI BUKU (KARYA ASLI)
HADIAH SANJUNGAN
MOHD ANUAR BIN JAMALUDIN & ROSLINDA BINTI MOHD NAZAR
Tajuk:
Nanobendalir: Model Matematik & Penyelesaian
Penerbit:
Penerbit UKM Bangi
42
KATEGORI BUKU (KARYA TERJEMAHAN)
-TIADA PENYERTAAN-
43
KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
PEMENANG UTAMA
SITI NUR ALWANI SALLEH
Tajuk:
Convection Boundary Layer Flow Past a Moving Thin Needle
in a Nanofluid with Stability Analysis
Institusi:
Universiti Putra Malaysia
44
KATEGORI TESIS DOKTOR FALSAFAH
HADIAH SANJUNGAN
NADIRAH MOHD NASIR
Tajuk:
Multistep Block Method for Solving Second and Third Order Boundary
Value Problems with Robin and Mixed Type Boundary Conditions
Institusi:
Universiti Putra Malaysia
45