The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haszirah1108, 2021-05-22 12:37:24

PROSES PENYATUPADUAN

KUMPULAN 3

PROSES MPU21032
PENYATUPADUAN PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KUMPULAN 3

[Course title]

PROSES PENYATUPADUAN

KUMPULAN 3

NAMA KELAS NO.PENDAFTARAN

JONG SHI RU DAT1B 05DAT20F2024
SIA CHIN PHAE DAT1B 05DAT20F2025
DANILE ROSEBETH DAT1B 05DAT20F2034
NURUL HAZIRAH DAT1B 05DAT20F2028

NAMA PENSYARAH : PUAN NURSHAKHUZAIMAH BINTI
SAHMAT

1

IS KANDUNGAN 1

Objektif 2
Pengenalan 3-9
Proses penyatupaduan yang diusahakan
Peranan kerjaan dalam konteks hubungan etnik 10
11
Alat penyatupaduan
kesimpulan

2

OBJEKTIF

➢ UNTUK MENGHURAIKAN PROSES PENYATUPADUAN
I. ETNIK
II. ALAT PENYATUPADUAN

PENGENALAN

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh
kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari Sembilan cabaran
untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi “Mewujudkan
bangsa Malaysia yang Bersatu padu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan
antara kkaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”

PENYATUPADUAN

Proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat semua
lapisan masyarakat untuk menyelesaikan deficit social berwahanakan
tapak integrasi berprinsipkan tawar menawar, perundingan dan mediasi.

3

PROSES PENYATUPADUAN YANG DIUSAHANKAN

Malaysia disasari oleh penduduk yang berbilang bangsa. Masyarakat
plurality ini membawa maksud perbezaan kehendak dan kemahuan
sekaligus mahu menjaga kepentingan kaum mereka sendiri. Bagi sesebuah
negara yang dihuni oleh berbilang kaum, agama dan budaya, perpaduan
adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian negara. Perpaduan
merupakan intipati yang sering dilaungkan oleh pemimpin dalam menjamin
kelangsungan keamanan negara. Rentetan itu banyak medium yang
digunakan bagi mewujudkan dan mengutuhkan perpaduan khususnya di
Malaysia sebagai Langkah memastikan negara tidak kucar-kacir akibat
opengsengketan antara kaum. Antaranya adalah menggunakan Bahasa
Melayu sebagai pengantaraan kepada perpaduan kaum.

4

PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

✓ PENGWUJUDAN JABATAN PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI
MAGERAN ditubuhkan selapas peristiwa 13 MEI 1969. Pada 1 JULAI 1969,
dibawah seliaan MAGERAN, Jabatan perpaduan Negara telah diwujudkan
untuk menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan
masyarakat di negara kita.
Selapas MAGERAN dibubarkan, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah
ditubuhkan pada 23 FEBRUARI 1971. Ia bertanggungjawab bagi memupuk
dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di
bawah pengawasan Jabatan Perpaduan Negara.

✓ Strategi Politik – Persefahaman
Melalui perlembagaan Malaysia persetujuaan termaktub dalam bentuk
lambang-lambang negara, hak setiap kaum, kuasa kerajaan negeri &
persekutuan. Ia sebagai wahanbagi segala pemupukan identity nasional,
perpaduan antara kaum dan keturunan serta integrasi antara wilayah.
Apabila kesedaran wujud, bangsa Malaysia semakin mantap dan
semangat perkauman dan kewilayahan menjadi cair, dengan sendirinya
pertubuhan kebangsaan yang mempunyai keahlian merantasi kaum akan
muncul.

5

✓ Strategi Ekonomi
Objektif utama kea rah pencapaian perpaduan adalah membimbangi
kedudukan dan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah serta
mengurangkan pengenalan kaum dalam satu-satu sector ekonomi.
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam strategi ekonomi :-

I. Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah
II. Program pembasmian kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira

kaum
III. Sector swasta digalakan memainkan peranan lebih aktif dalam

usaha mengimbangi kedudukan sosioekonomi

✓ Strategi Pendidikan
Peranan system Pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran
serta kemudahan sosialisasi di kalangan sebilangan rakyat Malaysia.
Dalam mencapai usaha tersebut beberapa aspek perlu diberi perhatian :-

I. Menggalakkan wujud system satu persekolahan dari peringkat pra
hingga universiti

II. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaraan Bahasa
kaum-kaum untama di negara ini

III. Sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang untuk berinteraksi
dengan pelajar dan guru sekolah kebangsaan

IV. Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi tumpuan dalam
aspek pembinaan negara bangsa dan sejarah negara

6

✓ Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Penggunaan satu bahasa merupakan satu strategi uang amat
berkesan bagi memupuk rasa harmoni dan perpaduan antara berbilang
kaum. Ia dapat membantu semua kaum dapat berkomunikasi dengan baik
tanpa sebarang prasangka. Perlembagaan memperuntukan bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan & akan terus dilaksanakan bagi
melambangkan kemajuan dan penggunaannya dalam semua bidang.

✓ Strategi Agama
Semua rakyat bebas menganut agama masing-masing walaupun Islam
dijadikan agama rasmi. Ia selaras dengan peruntukan yang termaktub
dalam perlembagaan dan rukun negara.

✓ Strategi Kebudayaan
Lahirnya kebudayaan nasional akan membangkitkan kebudayaan yang
menjadi hak milik bersama rakyat tanpa mengira kaum, agama dan
wilayah. Ia menjadi asas kepada pembinaan jati diri nasional dan
perpaduan negara.

✓ Strategi Integrasi Wilayah
Kedudukan geografi secara nilai sejarah yang sama melahirkan
integrasi yang kukuh antara negeri dan rakyat (semenanjung Malaysia &
Sabah Sarawak)

7

✓ Strategi Keselamatan
Pencegahan dan pemulihan melibatkan usaha mencegah daripada

berlakunya ancaman keselamatan negara. Aspek pencegahan
mempengaruhi penguatkuasaan sekatan-sekatan di sisi undang-undang.
Melibatkan anggota tentera, polis, Ikatan Relawan Rakyat (RELA), rukun
tetangga dan pengishtiharan darurat.
✓ Strategi Pembangunan Kawasan

Pemajmukan penduduk di sesuatu kawasan kediaman. Penubuhan
Jawatankuasa Penduduk seperti Rukun Tetangga dan penganjuran
aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan
agama.

8

ALAT PENYATUPADUAN

✓Tawar menawar
✓Perundingan
✓Penghantaraan

Maksud alat penyatupaduan ialah satu usaha berterusan pada
peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit
sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar menawar
perundingan dan mediasi.

I. Kesepaduan dari atas ke bawah – Kawasan (rukun tetangga
(KRT) yanhg bersifat kelompok dan strategik)

II. Bawah ke atas (Peranan NGO sebagai pengagih habuan
pembangunan)

III. Inisiatif akar umbi (inisiatif kelompok akar umbi paling
berkesan tanpa penglibatan langsung pemerintahan

9

KESIMPULAN

Setiap komuniti mempunyai etika dan peradaban yang berbeza dan
ia ditunjukkan dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-
masing Kesepaduan nasional yang telah wujud perlu didukung dan
mesti terus dimantapkan. Seperti yang kita tahu,Malaysia terdiri
daripada masyarakat majmuk. Agama mengajar kita untuk beradab
dan beretika bagi membina sebuah tamadun dan negara bangsa.
Kita perlu menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam
masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia bagi mengukuhkan
kesepaduan nasional di negara kita. Konsep etika dan peradaban
menjadi kekuatan kepada pembentukan negara berdasarkan susur
masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca
kolonial. Kefahaman tentang pembentukkan etika dan peradaban
dalam masyarakat kepelbagaian penting bagi meningkatkan
penghayatan etika dan peradaban ke arah pemantapan kesepaduan
nasional dan bangsa Malaysia.Pembinaan kesepaduan amat
dipengaruhi nasional oleh globalisasi dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi yang kompleks. Oleh itu, penghayatan
etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial
dan digerakkan pada peringkat individu, keluarga, komuniti,
masyarakat dan negara.

10

-23 MAY 2021-

11


Click to View FlipBook Version