The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuralaihizzati1211, 2022-11-22 08:11:52

AL-UMUR BI MAQASIDIHA (KONSEP ASAS & APLIKASINYA)

MPU23052 EFOLIO

MPU23052 – SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI: 1 2022/2023

NAMA PENSYARAH:
PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD

TAJUK: AL-UMUR BI MAQASIDIHA (KONSEP ASAS & APLIKASINYA)

AHLI KUMPULAN: NO MATRIK KELAS
33DTM20F1019 DTM5A
BIL NAMA PELAJAR 33DTM20F1033 DTM5A
1 NUR A’LIAH IZZATI BINTI SHAIFFUL ANNUAR 33DTM20F1044 DTM5B
2 NUR YUSRINA ALYA BINTI MOHD HASAN 33DTM20F1030 DTM5B
3 MUHAMMAD SUHAILI BIN RONNIE IZAM
4 AZIM BIN MOHD SHUIB

NO ISI KANDUNGAN PAGE
1. PENGENALAN 3
2. KONSEP ASAS 4-5

3. APLIKASI 6

4. PEMBAHAGIAN KAEDAH AL-UMUR BI 7
MAQASIDIHA
8
5. KESIMPULAN

PENGENALAN

Salah satu prosedur yang paling penting dalam fiqh ialah al-Umur bi Maqasidiha. Ia melibatkan hujah
yang berpanjangan yang diteliti oleh para ulama. Di sini, penulis cuba menjelaskan secara ringkas
berdasarkan hujah yang dikemukakan oleh ulama al-Shafie. Mudah-mudahan, ia akan membantu
dalam memahaminya dalam beberapa cara. Pengertian Al Umur ialah pernyataan umum yang
merangkumi segala perbuatan manusia sama ada dilakukan atau tidak. Ia juga termasuk perbuatan,
perkataan, dan niat. Akibatnya, semua yang dilakukan atau dikatakan oleh manusia berkaitan dengan
cara ia akan diberi ganjaran atau balasan. Teknik ini berdasarkan hadis Sahih yang terkenal, yang
diriwayatkan oleh Imam keenam, Imam hadis, serta perawi lain dengan pelbagai lafaz. Pendirian dan
faedah hadis berkaitan niat telah dilaporkan secara mutawatir oleh ulama sebagaimana yang
diriwayatkan oleh imam, dan termasuk:

• Tidak ada hadis yang diriwayatkan dari Nabi Allah yang lebih teliti, tebal, atau bermanfaat
daripada yang ini, menurut Abu Ubaidah.

• Hadis ini merangkumi satu pertiga ilmu, menurut Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal,
Ibnu Mahdi, Ibnu Madini, Abu Daud, Darakutni, dan lain-lain. Ulama juga mengatakan bahawa hadis
ini mengandungi satu perempat daripada semua ilmu. Imam Baihaqi menjelaskan konsep ilmu yang
ketiga dengan menyatakan bahawa perbuatan hamba itu datang dari tiga sumber iaitu hati, lidah, dan
anggota badan. Salah satu daripada tiga komponen dan mungkin yang paling penting adalah niat.

• Hadis ini merangkumi 70 bab fiqh, menurut Imam al-Shafie.

Imam al-Suyuti telah menjelaskan apa yang dikatakan oleh Imam al-Shafie tentang 70 bab, yang
termasuk dalam satu perempat ibadah dan termasuk perbuatan seperti wuduk, (sama ada wajib atau
pilihan sunat), menyapu khuf, tayamum, solat, qasar, jamak, imam, makmum, sujud tilawah, sujud
syukur, membayar zakat dengan perhiasan atau menyimpan. Masalah kontrak termasuk jual beli dan
hibah kinayat, wakaf, pinjaman, hiwalah, ikrar wakalah, wasiat, cerai, khuluk, rujuk, ilak, zihar,
sumpah, dan qazaf. Dalam masalah qisas untuk membezakan antara sengaja dan hampir sengaja dan
salah, ambil barang orang yang berhutang dan ambil alat muzik. Semua yang dinyatskan akan dinilai
menggunakan niat orang yang mengatakannya.

KONSEP ASAS

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujud atau munculnya Qawa’id Fiqhiyyah antara faktor
uatama kemunculanya ialah: Terdapat nas- nas yang dapat ditafsirkan dengan berbagai-bagai.
Munculnya kaedah Fiqhiyyah lantaran dari dalil-dalil syarak yang telah diperselisihkan oleh para
fuqaha’. Terdadpat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu
generasi kepada satu generasi yang lain untuk disesuaikan dengan masalah furu’.

Nas-nas yang ditafsirkan dengan berbagai-bagai iaitu ada nas al-quran yang berbentuk umum yang
merangkumi berbagai masalah dan ada nas al-Quan yang melahirkan pendapat-pendapat untuk
mengikatnya atau memuqayyakannya. Manakala faktor yanf disebabkan dalil-dalil syarak yang
diperselisihkan oleh fukaha’ pula ialah seperti samaada dalil itu berbentuk Zanni atau Qat’i dan ianya
menjadi pegangan atau tidak.selain daripada kedua-dua actor ini faktor lain yang turut menjadi sebab
munculnya Qawa’id Fiqhiyyah ialah terdapat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam
perkembangan hidup manusia dari satu generasi kepada generagi yang lain yang mana ianya
memerlukan suatu hukum baru yang boleh disesuaikan dengan masalah-masalah furu’ pada zaman
tesebut.

Setiap zaman mempunyai masalah yang berlainan dengan zaman yang sebelumnya jadi ianya,
memerlukan sumber-sumber akal dalam mengeluarkan hukum yang fleksible bagi menagani cabaran
dan persoalan semasa yang sentiasa wujud dan akan sentiasa wujud dalam sesebuah masyarakat.

SUMBER-SUMBER PENGAMBILAN QAW’ID FIQHIYYAH

Dalam kaedah penganbialan Qawa’id Fiqhiyyah terdapat beberapa sumber yang utama yang menjadi
asas kepada kaedah ini, antara sumber-sumber pebgambilan Qawa’id Fiqhiyyah ialah:

1. Zaman Rasulullah s.a.w
2. Zaman Sahabat
3. Zaman Tabi’in dan Tabi’ tabi’in

Sumber pengambilan kaedah pada zaman Rasulullah dapat dilihat dari segala kenyataan dan fatwa
yang diputuskan oleh Rasulullah adalah berdasarkan wahyu dan ijtihad baginda dan kemudiannya jika
salah maka akan diperbutulkan oleh wahyu dari Allah. Jadi sember pengambilan kaedah dapatlah
dirumuskan kepada beberapa prinsip-prinsip umum dalam pembentukan perundangan dan hukum
yang mana ianya boleh dibahagikan kepada empat bahagian antaranya :

Penetapan perundangan dan hukum secara beransuar-ansur yang mengambil masa selama 22 tahun
dan beberapa bulan. Contohnya, hukum yan berkaitan dengan pengharaman arak yang mana ianya
diturunkan secara beperingkat-peringkat.

Mengurangkan undang-undang sedikit mungkin, dimana tidak ada perundangan terhadap pekara yang
belum pernah berlaku dan andaian hukum yang akan lahir iaitu menetapkan hukum sekadar keperluan
sahaja. Contohnya nabi tidak mendirikan semnahyang sunat terawih secara berjemaah, kerana
dibimbangi akan difardhukan.

Penetapanhukum yang bersifat memudahkan dan meringankan bebanan. Contohnya, ketika keadaan
sukar untuk menunaikan hukum ‘Azimah, seperti puasa, maka disyariatkan hukum Rukhsah iaitu
burbuka bagi orang yang sakit dan yang bermusafir.

Mensyariatkan hukum selari dengan kemaslahatan manusia. Contohnya, pada suatu ketika Nabi
melarang menziarahi kubur, kemudian membolehkannya.

Sumbur kedua ialah pada zaman sahabat yang mana pada zaman ini merupakan zaman yang masih
lagi berpegang kuat kepada al-Quran dan al-Sunnah. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat hanya
berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam al-Quran dan al-Sunnah,oleh itu, pada zaman ini
digalakkan berijtihad dan menggunakan peranan akal dengan sebaiknya. Manakala pada zaman
tabi’in dan tabi’ tabi’in juga merupakan sumber yang diguna pakai dalam pengambilan kaedah
Fiqhiyyah, kerana pada zaman inilah bermulanya penulisan dan pembukuan ilmu usul fiqh yang
bermula pada adab ke 2 hingga ke 4 hijrah. Di mana pada zaman ini lahirnya aliran-aliran fiqh, dan
kegiatan-kegiatan ijtihad hanya tertumpu kepada ahli fiqh sahaja.

Disebabkan oleh masalah-masalah fekah dan furu’nya terlalu banyak, jadi ianya memerlukan kepada
penetapan kaedah-kaedah yang tertentu. Oleh kerana itu,ianya merupakan tugas kepada ahli fekah
untuk memahami kaedah Fiqhiyyah dan mengetahui dalil-dalilnya, kerana setiap permasalahan
bergantung kepada kaedah-kaedah yang tertentu.terdapat lima kaedah fiqh umum yang dibincangkan
dalan kaedah Fiqhiyyah antaranya:

1. ‫( بمقـاصدها الأمور‬setiap pekara dinilai berdasarkan niat dan matlamatnya).
2. ‫( بالشـك يزال لا اليقـين‬keyakinaan tidak hilang dengan keraguan).
3. ‫( الـتيسـير تجلب المشـقة‬kesukaran membawa kemudahan).
4. ‫( يزال الضرر‬bahaya mesti dihapuskan).
5. ‫( محـكمة العـادة‬dapat dijadikan hakim).

KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIH

Pengertian al-Umur Bi Maqasidiha

Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira
berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf bergantung kepada apa
yang diniatkannya.

Kaedah ini diambil brdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

‫نوى مـا لإمرىء إنمـا و بـالـنية الأعـمـال إنما‬، ‫ورسـوله ألله إلى فـهـجـرته ورسـوله ألله إلى هـجـرته كـانت فـمـن‬. ‫كـانت ومـن‬
‫إلـيـه هـاجـر مـا إلى فـهجـرته يـتـزوجـها إمـرأة او يـصـيـبـها لـدنـيا هـجـرته‬.

Yang bermaksud: sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya
bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka
hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin
diperolehinya, atau berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya. Maka hijrahnya itu berdasarkan
apa yang ia hijrahkannya. (riwayat Muslim)

Selain daripada ini terdapat banyak lagi hadith-hadith Rasulullah yang menyebut tentang amalan yang
dilakukan berdasarkan niat. Oleh sebab kerana itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu
perkara itu samaada diberi pahala atau pun dosa. Jadi amalan yang tidak disertakan dengan niat tidak
akn mendatangkan apa-apa kesan kepada perbuatan seseorang mukallaf. Kaedah ini lebih
menumpukan kepada niat seseorang mukallaf dalam melakukan sesutu perkara yang berkaitan dengan
hukum syarak.

APLIKASI

Didalam kaedah al-Umur Bi Maqasidiha ini, terdapat beberapa bidang dan skop dimana ianya boleh
juga dibahagikan kepada empat bahagian diantaranya adalah:

1. PERKARA IBADAH
Semua perkara yang melibatkan dengan perkara ibadah sebagai contoh sembahyang, puasa,
zakat dan sebagainya, contohnya seseorang yang berpuasa tidak akan sah puasanya sekiranya
seseorang tersebut tidak disertakan dengan niat ataupun dari sudut pandangan yang lain puasa
seseorang itu akan terbatal sekiranya niat tidak disertakan pada waktu yang telah ditetapkan
atau dibolehkan.

2. HUKUM BERKAITAN MUAMALAT
Perkara yang berkaitan dengan muamalat tersebut seperti jual-beli, hutang-piutang, sewaan
serta yang lain-lain juga, contoh yang paling selalu dibuat adalah semasa penjual dan pembeli
saling bertukar barang atau membeli barang, mereka hendaklah sertakan niat akad jual beli
berlangsung, jika tidak sertakan dengan niat, maka proses jual beli tersebut akan berlaku tidak
sah.

3. HUKUM BERKAITAN KELUARGA
Semua hukum yang melibatkan dengan keluarga seperti kes penceraian sama ada perkara
tersebut secara kinayah mahupun sindiran, rujuk,perkahwinan, waris dan yang lain-lain,
sebagai contohnya, jika suami yang telah melafazkan cerai kepada isterinya dengan melalui
lafaz kinayah, lafaz terserbut memerlukan niat, jika tidak sebaliknya lafaz talak tersebut tidak
akan berlaku.

4. HUKUM JENAYAH
Semua hukum jenayah seperti berzina, membunuh, mencuri dan sebagainya, contohnya
perbuatan membunuh seseorang tanpa niat, yang bermaksud pembunuh bukanlah berniat
untuk membunuh seseorang tersebut tetapi telah berlaku dalam keadaan yang tidak
disengajakan, maka pembunuh tersebut tidak akan dikenakan hukuman qisas iaitu bunuh
balas tetapi akan juga dikenakan diat.

Contoh situasi berdasarkan hukum:

1. Jika seseorang tersebut yang mengambil harta benda orang lain didalam bentuk benda yang
terlarang dengan niat untuk memusnahkannya, maka dia dianggap tidak mencuri dan tidak
berdosa. Tetapi jika dia mengambil barang tersebut dengan niat untuk mencuri, maka dia akan
disabitkan dengan dosa kerana dia telah melakukan perbuatan yang haram.

2. Jika seseorang tersebut solat zohor, tetapi niatnya yang dilafazkan adalah niat solat zohor,
maka secara amnya solat tersebut sah. Tetapi jika solat asar tapi niatnya solat zohor, maka
solatnya jadi tidak sah.

3. Seseorang apabila memberi wang kepada orang lain, dengan mengatakan bahawa wang ini
adalah sedekahnya (sunnah), tetapi sebenarnya dari lubuk hatinya dia berniat untuk
mengeluarkannya sebagai satu kewajipan persepuluhan. Jadi itu dihukum bahawa orang itu
telah mengeluarkan zakat itu.

4. Contoh lain ialah jika seseorang berkata: "Saya hadiahkan barang ini kepada anda selamanya,
tapi saya minta satu juta,” walaupun katanya itu hibah, tetapi dengan permintaan wang, maka
kontrak itu bukan hibah, tetapi kontrak jualan beli dengan segala akibatnya.

PEMBAHAGIAN KAEDAH AL- UMUR BI
MAQASIDIHA

1. ‫الأفـظ نـية عـلى الـلـفـظ مـقـاصـد‬

Ayat yang telah dinyatakan seperti diatas merupakan salah satu kaedah pembahagian al- umur
Bi Maqasidiha. Maksud kaedah diatas adalah yang dikira dan diiktibar didalam sesuatu akad
iailah tujuan dan matlamatnya, bukannya lafaz ataupun ucapan. Oleh itu, dalam urusan akad
mestilah menggunakan ucapan ataupun perkataan tertentu. Hal ini supaya niat tersebut akan
menjadi sah dalam syarak. Berdasarkan kaedah tersebut, maka terbentuklah larangan syarak
membuat akad dengan bertujuan yang bertentangan dengan ucapan dan sifat akad itu sendiri.
Sebagai contoh, akad yang berunsurkan atau dengan tujuan riba, atau sesuatu perkahwinan
dengan bertujuan untuk tahlil, semua perkara tersebut bukanlah bertujuan atas dasar
dikendaki oleh syarak malah adalah bertentangan dengan kehendak syarak, jadi akad tersebut
adalah merupakan salah dan haram disisi syarak

Berdasarkan firman Allah didalam suruh al-baqarah ayat 275:

Maksudnya: Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya
orang yang kemasukan setan karena gila. Yang demikian itu karena mereka berkata bahwa
jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yang telah
diperolehnya dahulu menjadi miliknya dan urusannya (terserah) kepada Allah. Barangsiapa
mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.

Berdasarkan potongan ayat diatas, jelas disini bahawa niat yang bertentangan dengan hukum
syarak adalah haram dilakukan. Hal ini, dengan niat tersebut akan membawa kemurkaan
Allah seperti mana sabda daripada Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh imam Abu Daud
yang membawa maksud: Allah melaknat muhallil dan muhallalnya. Oleh itu, wajarlah bagi
umat Islam menghindari setiap perkara yang telah dilarang oleh Allah dan Rasulnya.

2. ‫الـخـاص تـعـم لا و الـعـام الـلـفـظ تـخـصـص الـيمـين فـي الـنـية‬

kaedah yang kedua diamana ianya memfokuskan kepada niat seseorang yang dilakukan dalam
sumpah boleh mengkhususkan perkataan dan ucapannya yang mutlak, boleh dijelaskan
dengan lafaz dan perkataan yang mujammal. Sebagai contoh, secara amnya seseorang akan
bersumpah dengan berkata: “Demi Allah, aku tidak akan bercakap dengan sesiapa pun”.
Untuk sumpah tersebut adalah jenis yang boleh dikira sama ada secara am atau umumnya,
akan tetapi ianya juga dapat dikhususkan jika berniat tidak mahu bercakap dengan seseorang
yang tertentu bukan dengan semua orang.

Yang seterusnya adalah sumpah memuqayyadkan, lafaz yang mutlak seperti: “Demi Allah
aku tidak akan makan daging tersebut”. Sumpah tersebut boleh diikat jika berniat tidak akan
makan daging ataupun dalam bentuk sumpah mujammal yang berkaitan dengan sumpah:
“Demi Allah aku tidak akan memakai al-jun”. Maka sumpah tersebut bergantung dengan niat
seseorang tersebut mengikut penjelasaanya yang tertentu.

KESIMPULAN

Kaedah al -Umur Bi Magasidha merupakan salah satu kaedah Fighiyyah yang boleh digunakan oleh
ahi fugahai pada hai ini dalam menyelesalkan masalah ummah yang tidak terdapat didalam nas al-
Quran dan al-hadith, sama ada menggunakan kedah jtihad., qiyas dan sebagainya, ulamak pada hari
ini juga perlu bijak menggunakan fikiran mereka dalam mengeluarkan hukum, dimana hukum yang
dikeluarkan mestilah bersumberkan al-Quran, al-Hadith. Qiyas dan jmak Ulamak Kerana setiap
masalah yang berlaku berbeza mengikut peredaran zaman, dan agar hukum yang dikeluarkan
bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan zaman tersebut.Dapat disimpulkan juga disini, bahawa
setiap sesuatu perbuatan Mukallaf itu akan dikira , berdasarkan niatnya. jilka niatnya kearah
kebaikkan maka dia akan mendapat pahala, namun jika sebaliknya ia akan mendapat kemurkaan
daripada Allah swit. Niat juga merupakan salah satu alat pengukur bagi perbuatan seseorang mukallaf
sama ada dari segi badah , muamalat, muanakahat mahupun jenayah. Sesuatu ibadat itu akan
sempurna jika sesuatu perbuatan litu disertakan dengan niat.

REFERENCES

1. http://jannatunnaim.blogspot.com/2008/04/kaedah-al-umur-bi-maqasidiha.html?m=1
2. https://journal.inspirasi.or.id/nomicpedia/article/download/62/24


Click to View FlipBook Version