BAHASA
MELAYU
TINGKATAN 6
Topik:
Penggolongan dan Penghasilan Bunyi
Bahasa bagi Vokal Bahasa Melayu
DEFINISI VOKAL
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, vokal
bermaksud huruf hidup atau huruf saksi
(a,i,e,o,u).
Bunyi-bunyi vokal juga didefinisikan sebagai
bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga
mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan
atau geseran.
Bunyi vokal merupakan bunyi kardinal. Bunyi
kardinal ialah bunyi yang telah ditetapkandan
diumumkan,dan dapat difahami oleh semua
bangsa
Bunyi vokal terdiri daripada bunyi bersuara,
kerana semasa menyebutnya, pita suara dalam
keadaan bergetar.
Dalam bahasa Melayu, bunyi vokal terdiri
daripada dua situasi, iaitu vokal utama /baku iaitu
[a], [ i ], [ e ] (e taling), [ ǝ] (e pepet),[o ], dan [u]
dan vokal tidak baku iaitu [ ԑ] dan [ ͻ].
CCIIRRII BBUUNNYYII VVOOKKAALL
Bunyi vokal dapat membentuk suku kata–secara
bersendirian atau bersama dengan bunyi
konsonan.
Bunyi vokal dianggap sebagai bunyi terkemuka–
bunyinya lebih lantang berbanding dengan bunyi
konsonan.
Semua bunyi vokal merupakan bunyi bersuara.
Semasa menghasilkan bunyi vokal, udara
bergerak tanpa halangan dan keluar melalui
rongga mulut.
JJEENNIISS BBUUNNYYII VVOOKKAALL
Berdasarkan peranan bahagian lidah semasa
menghasilkannya, bunyi vokal terdiri daripada tiga
jenis:
- Vokal Hadapan (bahagian hadapan lidah) –terdiri
daripada [ i ], [ e ] (e taling), [ε],dan [ a ]
- Vokal Tengah (bahagian tengah lidah) – terdiri daripada
[ ǝ] (e pepet)
- Vokal Belakang (bahagian belakang lidah) – terdiri
daripada [ u ], [ o ] dan [ ͻ]
Semasa menghasilkan bunyi vokal, bahagian lidah
diiringi oleh keadaan bibir:
a) Vokal hadapan –bibir bundar
b) Vokal tengah –bibir biasa (neutral)
c) Vokal belakang –bibir bundar
Untuk mengeluarkan bunyi vokal bahasa Melayu,
lidah akan berada pada kedudukan yang berikut:
a) Sempit–lidah dinaikkan paling tinggi di dalam
rongga mulut tetapi tidak menyentuh lelangit
b) Separuh sempit–lidah diturunkan ⅓ daripada
sempit
c) Separuh luas–lidah diturunkan ⅓ daripada
kedudukan separuh sempit
d) Luas –lidah diturunkan serendah-rendahnya di
dalam rongga mulut
Konsep sempit, separuh sempit, separuh luas,
dan luas berkaitan dengan bukaan rongga
mulut dan berdasarkan kedudukan lidah.
Contohnya, apabila lidah berada pada
kedudukan paling tinggi di dalam rongga mulut,
ruang di antara lelangit dengan lidah adalah
dekat, maka dipanggil sempit.
CCAARRAA PPEENNGGHHAASSIILLAANN BBUUNNYYII
VVOOKKAALL
Semasa pengeluaran semua bunyi vokal, anak tekak
dan langit lembut dinaikkan rapat ke dinding tekak
atau ke belakang rongga tekak untuk menutup
rongga hidung. Hal ini menyebabkan udara tidak
memasuki rongga hidung.
Udara dari paru-paru yang melalui pita suara akan
menggetarkan pita suara itu, dan menghasilkan
bunyi bersuara.
Udara tidak mengalami sebarang gangguan dan
keluar melalui rongga mulut.
Vokal Depan
Pengeluaran bunyi
vokal depan
melibatkan peranan
bahagian depan
lidah, sama ada
dinaikkan atau
diturunkan.
Vokal Tengah
Pengeluaran bunyi
vokal tengah
melibatkan
peranan bahagian
puncak tengah
lidah
Vokal
Belakang
Pengeluaran
bunyi vokal
belakang
melibatkan
peranan bahagian
belakang lidah,
sama ada
dinaikkan atau
diturunkan
SSIIMMBBOOLL FFOONNEETTIIKK//BBUUNNYYII
VVOOKKAALL DDAALLAAMM BBAAHHAASSAA
MMEELLAAYYUU