Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Dalam Sains,
Teknologi dan Kejuruteraan
NAMA-NAMA AHLI
NAMA: MUHAMMAD ZUHAIRI SYAHMI BIN M.SUHAIMI
NO MATRIK: 33DPC20F1027
NAMA: MUHAMMAD AFIQ SYAZANI BIN ESHAMUDDIN
NO MATRIK: 33DPC20F1029
NAMA: MUHAMMAD IZZAT IQBAL BIN MOHD SAKRI
NO MATRIK: 33DPC20F1025
NAMA: AHMAD ADHAM BIN ABDUL MALEK
NO MATRIK: 33DPC20F1031
KURSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
SESI: DIS 2020
NAMA PENSYARAH: USTAZAH FARHA
JABATAN: JKPK
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, kami berjaya menyiapkan tugasan e-
folio ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Encik
Fadhili bin Muhammad, pensyarah Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam(DUA2012), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini berlaku.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kumpulan kerana komitmen yang hebat dalam
menjayakan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil
dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Kami juga telah banyak menimba ilmu semasa
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Tidak lupa juga buat ibu dan bapa kami yang banyak memberi dorongan dan nasihat untuk menyiapkan
tugasan ini. Mereka tidak pernah putus asa dalam memberi motivasi agar kami terus cemerlang dalam apa
jua bidang yang diceburi.
Akhir kata, kami berharap tugasan ini mampu membina semangat cintakan Negara dan mampu membina
minda agar lebih kognitif, kompetitif dan rasional. Semoga semua pihak yang terlibat dirahmati dan
diberkati oleh Nya. Terima kasih.
PENGENALAN
Sains, teknologi dan kejuruteraan merupakan cabang ilmu dalam kehidupan seharian manusia
sejagat.
Ilmu ini juga merupakan antara ilmu yang diturunkan Allah SWT melalui Al-Quran. Secara
ringkas, Al-quran dapat didefinasikan sebagai Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi
mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir
dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang
membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan
akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. Al-Quran
merupakan sumber intelektual dan spiritual teragung bagi umat Islam. Selain itu, Al-Quran juga
menjadi sumber rujukan dan juga pandangan utama Muslim sepanjang zaman. Hal ini dapat
membuktikan peranan Al-Quran dalam sains, teknologi dan kejuruteraan adalah amat penting.
DEFINISI AL-QURAN
Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآنal-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut
ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan
Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi
Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya
Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur‟an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-
Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini
berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan
menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan
bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah
Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah
Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.
KECELARUAN SAINS
MODEN
Kejayaan sains Barat dalam memajukan ilmu pengetahuan, ternyata tidak setanding dengan
manfaat yang diperoleh manusia secara keseluruhan. Apa yang telah dilakukan saintis Barat,
sesungguhnya bukan sekadar membina kemajuan teknologi yang dibanggakan. Lebih dari pada
itu, para saintis Barat telah mengantarkan kehidupan manusia pada gerbang kehancuran, kerana
dari pencapaian tersebut kehidupan manusia semakin mengalami malapetaka yang tidak boleh
dinafikan.
Pada tataran yang lebih luas, sebahagian saintis sudah ada yang mula terbongkar
epistemologinya. Sebagai sebuah contoh dapat kita lihat dari tokoh semisal Richard Tarnas dan
Thomas S. Khun. Richard Tarnas menyatakan bahawa sains Barat saat ini sedang
memasuki "krisis global" sebuah krisis yang multidimensional yang mengakibatkan kehidupan
manusia semakin terpuruk. Sains memang telah berjaya membantu manusia dalam
mensejahterakan hidup, akan tetapi akibat yang ditimbulkan jauh lebih teruk berbanding dengan
kemajuannya.Menurut konsep kaedah fiqh Islam:
"Mencegah kerosakan dari sesuatu harus lebih didahulukan dari pada menarik manfaat dari
sesuatu tersebut".
Melihat keadaan demikian, saintis Islam tidak perlu mencontohi apa yang telah diraih oleh santis
Barat.Mengingat paradigma yang dibina dalam sains Barat tidak berasaskan kepada nilai dan
etika.
Sains Islam sebagaimana dibuktikan dari sejarahnya, jelas berusaha untuk menjunjung dan
mengembangkan nilai-nilai dari pandangan dunianya dan tamadun Islam, tidak seperti sains barat
yang berusaha mengetepikan semua masalah yang berkaitan dengan nilai-nilai.Ciri yang unik dari
sains Islam berasal dari penekanan akan kesatuan agama dengan sains, pengetahuan dengan nilai-
nilai, fizik dengan metafisika.Penekanannya pada kepelbagaian kaedah dan penggunaan cara-cara
yang betul untuk meraih cita-cita yang benar itulah yang memberikan gaya yang khas pada sains
Islam, dan keharmonian menjadi ciri utamanya.
PERANAN AL-QURAN DALAM SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
BIL Al-Quran Sumber Huraian
1 Bidang Sains Teknologi
Ø Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi‟i.
& Kejuruteraan Ø Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk
Garis panduan kepada berfikir.
saintis dalam
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :-
melaksanakan sesuatu
ujikaji
1) Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah : 17-20
Maksudnya:
“Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka
memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit
bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang
bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?”
(20)
(Surah Al-Ghasiah :17-20)
2) Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut :19
Maksudnya :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-
makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula
sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
3) Firman Allah dalam Surah Ar-Ra‟d : 3 – 4
Maksudnya :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-
tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi
siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya
gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-
tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi
siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
2 Kitab yang Ø Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada
menjadi sumber pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam
Islam.
pelbagai cabang sains /
teknologi. Ø Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-
1) Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-
Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit
kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi
orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)
2) Firman Allah dalam surah An-Nahl : 11
“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan
pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis
buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang
membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.
3) Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit
lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi
kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal
untuk belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai
untuk kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari
dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang
menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
3 Menggalakkan Ø Memberi galakan dalam membina teknologi.
pembangunan teknologi.
Ø Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
Ø Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1) Firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat :
“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh
kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya
sedangkan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan
Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan
dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)
2) Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya‟ ayat 80:
Maksud ayat :
“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk
menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah
kamu sentiasa bersyukur?”
3) Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat :
“Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta
kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya);
kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air
memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka
masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan
betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah
ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya);
dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu,
kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati
lemas.”
4 Panduan dalam Ø Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi bagi
membangunkan alam.
penggunaan teknologi &
Menjadikan sains Ø Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan
teknologi dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak manusia.
kejuruteraan mencapai
fakta dan bukti ke arah 1) Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41
kebenaran
Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan
di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya
yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)”.
Ø Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah
berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan Islam.
Ø Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran
sesuatu perkara dan kejadian.
Ø Dapat mengaitkan sains, teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta
sains hari ini.
Ø Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada
„teori keadaan yang tidak berubah‟ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti
purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata
Allah sendiri.
Ø Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat 82:
Terjemahan :
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu,
hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia
terus menjadi.”
CONTOH PENEMUAN
SAINS,TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN BERDASARKAN AL-
QURAN
BIDANG SAINS
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG
KEMAJUAN DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG SAINS,
ANTARANYA
Penemuan khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis daripada
Abdullah Bin Umar yang menyebut bahawa rasullah S.W.T “bersabda makanlah
kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak
zaitun dibuat daripada pohon yang pernuh berkat.”Selain itu minyak zaiton
berperanan menambah zat makanan , mencuci dan membaik pulih perut ,
membantu sedikit sebanyak pesakit gestrik dan mereka yang mengalami masalah
buat pinggan.
Selain itu, kelebihan susu ibu yang disebut oleh Allah S.W.T dalam surah Luqman
ayat 14 “antara kelebihan susu ibu ialah mengandungi zat makanan. dalam nisbah
yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan
menyusu ibu nya sahaja.
Dalam kajian sains juga buah anggur mempunyai keajaiban rasa dan khasiat yang
dirakam oleh Allah S.W.T.dalam surah ar-ra”du ayat 4 serta surah an”am ayat 99
dan surah abasa ayat 28. Buah anggur mempunyai kandungan vitamin, mineral dan
bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah diuji. Anggur
juga merupakan sumber antioksida yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk
melambatkan proses penuaan. Kandungan antioksida dalam anggur juga
mempunyai kandungan antioksida yang mempunyai khasiat sebagai pelindung sel
daripada penyakit jantung, kanser dan beberapa penyakit ia juga dipercayai boleh
mencegah dan membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti
influenza.
BIDANG TEKNOLOGI
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG
KEMAJUAN DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG
TEKNOLOGI, ANTARANYA :
· Kemajuan di dalam bidang Teknologi Maklumat seperti adanya aplikasi
media sosial maya seperti “Whatsapp, Facebook, Twitter dan pelbagai lagi dapat
memudahkan memperolehi maklumat serta dapat berhubung dengan sesiapa sahaja
tanpa adanya sempadan .
· Melalui kemajuan di dalam teknologi pertahanan, manusia juga mampu
melindungi Negara dari serangan musuh dengan adanya kelengkapan perang serta
penciptaan senjata yang berteknologi tinggi seperti roket dan kapal selam .
· Penggunaan tenaga alternatif seperti penggunaan tenaga solar yang telah
dicipta dan berfungsi untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik serta untuk
mengelakkan pembaziran .
BIDANG KEJURUTERAAN
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG
KEMAJUAN DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG
KEJURUTERAAN, ANTARANYA :
· Proses pembentukan besi ada disebut di dalam firman Allah S.W.T “ Dan
Kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi
berbagai manfaat kepada manusia” ( Surah Al-Hadid : 25 ) , contoh manfaat besi
kepada manusia adalah dapat membangunkan bangunan dengan menggunakan besi
sebagai rangka bangunan, tiang bangunan, bilah kipas dan pelbagai lagi .
· Pembuatan IBS iaitu Industrial Building System ialah cara terbaru yang
menyediakan bahan bahan dan komponen-komponen rumah yang telah siap dan
hanya perlu dipasang dan dicantum oleh buruh- buruh binaan di tapak pembinaan .
· Pembuatan sistem longkang dan perparitan untuk melancarkan perjalanan air
rumah dan air di sekeliling rumah , dan berfungsi terutamanya dalam mengelakkan
takungan air yang boleh menyebabkan banjir yang lebih buruk .
KESIMPULAN
Islam menerima teknologi yang memberi manfaat dan menolak teknologi yang
membawa kerosakan. Berdasarkan etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama
kepentingan ibadah kepada Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Al-Quran
menjelaskan dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan
kewujudan tamadun manusia berdasarkan aspek sains, teknologi dan kejuruteraan
melalui peristiwa serta contoh umat yang terdahulu benar-benar berlaku dan perlu
dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Dianggarkan sebnanyak 1000 ayat
mengenai kisah-kisah Nabi terdahulu dan Rasul sebelum ini seperti menceritakan
hebatnya kerajaan Thamud, Kaum 'Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai
keingkaran Firaun laknatullah.
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah S.W.T. Umat manusia
sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-
Quran berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk mengesahkan
bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada
Nabi Muhammad S.A.W. Mendidik dan mengajak manusia berfikir. Kisah dan
peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah
untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk
dari Allah S.W.T. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan
bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T adalah perkara yang benar.
Akhir kata, berdasarkan daripada tajuk yang kami kaji, Al-Quran memainkan
peranan yang penting dalam merangsang akal manusia untuk berfikir tentang ayat-
ayatnya yang sarat dengan maklumat dan informasi yang berguna . Secara
langsung ataupun tidak, ilmu pengetahuan dan teknologi dapat tumbuh dan
berkembang cepat dan ini menunjukkan bahawa Al-Quran memainkan peranan
penting dalam kehidupan manusia sepanjang zaman . Maka dengan itu kita perlu
menyusun stratergi untuk mengejar ketinggalan dan teknologi dengan mengacu
pada posisi Al-Quran dalam bidang ilmu dan teknologi itu sendiri .
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran
http://cinderellamok.blogspot.my/2015/04/sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html
Google images
Siri Politeknik: Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Author: Mohd Azli
Adnan,Asnuurien Najma Ahmad,Azman Abdul Rahman. ISBN 13: 9789834714062.
Tahun Terbit: Mei 2015
LAMPIRAN