The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengorbanan pejuang – pejuang patriotik terdahulu banyak yang telah dilupakan sehinggakan wujud anasir-anasir dalaman negara cuba untuk membawa kuasa luar yang sebelum ini pernah menjajah negara kita untuk masuk semula menguasai negara Malaysia. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengatasi keadaan ini berlaku?

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liewbritney1023, 2022-05-23 20:12:07

Group 6 - Tugasan Berasaskan Masalah

Pengorbanan pejuang – pejuang patriotik terdahulu banyak yang telah dilupakan sehinggakan wujud anasir-anasir dalaman negara cuba untuk membawa kuasa luar yang sebelum ini pernah menjajah negara kita untuk masuk semula menguasai negara Malaysia. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengatasi keadaan ini berlaku?

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

PENYELESAIAN MASALAH:
Pengorbanan pejuang – pejuang patriotik terdahulu banyak yang telah dilupakan
sehinggakan wujud anasir-anasir dalaman negara cuba untuk membawa kuasa luar
yang sebelum ini pernah menjajah negara kita untuk masuk semula menguasai
negara Malaysia. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh kita sebagai
rakyat Malaysia untuk mengatasi keadaan ini berlaku?

AHLI KUMPULAN:- JEGATHISWARY A/P SARAVANAN (07DAT21F1010)
BRITNEY LIEW YUK THENG (07DAT21F1038)
ANNELY MODISIN (07DAT21F1040)
ZAINIKA BINTI HAMPPARY (07DAT21F1057)

PENSYARAH : PUAN CHRISTABEL POISOL

PENGHARGAAN

Saya Jegathiswary A/P Saravanan dan ahli kumpulan saya Britney Liew Yuk Theng , Annely Modisin dan Zainika
binti Hamppary dari kelas DAT2A ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Nilai Masyarakat
Malaysia kita, Puan Christabel Poisol kerana membimbing kita dan tunjuk ajar kita untk membuat e-folio Nilai
Masyarakat Malaysia kita. Beliau juga memberi panduan dan bantuan sepanjang kepada kita. Selain itu, maklumat
yang telah beliau diberi membantu kita untuk menyiapkan e-folio kita pada masa yang tepat.Kita juga akan
mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli ahli kumpulan yang telah
berusaha keras dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk menyiapkan e-folio antara kita .Saya dan ahli
kumpulan saya ingin berterima kasih kepada ahli keluarga kita kerana mereka telah memberi sokongan , dorongan ,
semangat yang kukuh dan galakan sepanjang untuk membuat kajian e-folio Nilai Masyarakat Malaysia kita.Kita juga
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan senior- senior yang telah banyak membantu kita
untuk menyiapkan kajian Nilai Masyarakat Malaysia kita. Mereka juga menjawab dan mengajar sehingga kita faham
dengan sabra dan memberi nota -nota yang mencukupi.Akhir sekali, kita ingin mengucapkan terima kasih kepada
semua pihak yang sedia menolong saya dalam kajian e-folio. Kita amat menghargai bantuan yang telah diberikan
kepada kita. Penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menghasilkan e-folio Nilai Masyarakat
Malaysia.

Sekian terima kasih.

2

OBJEKTIF

➢ Memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
➢ Dapat mengetahui usaha-usaha untuk memperkukuhkan semangat cinta akan negara

dalam diri setiap masyarakat.
➢ Mengenalpasti punca – punca semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang

semakin luntur.
➢ Mengetahui kesan – kesan sekiranya rakyat Malaysia memperjuangkan semangat

patriotik.

3

PENGENALAN

Patriotisme mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi empat 2007 menyatakan bahawa
perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Seseorang individu yang patriotik sentiasa bersifat
patriot dan sanggup mempertahankan kedaulatan dan membela negaranya. Patriotisme juga
meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak
memelihara ciri-ciri bangsa serta dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam
bangsa. Selain itu, patriotisme juga dikait rapat dengan nasionalisme dimana ia bermaksud
semangat kebangsaan yang menjurus kepada perjuangan menentang penjajah untuk membela
bangsa dan negara serta membebaskan politik, ekonomi dan sosial dari kuasa asing.

4

PERNYATAAN
MASALAH

5

➢ Merosakkan Perpaduan Kaum
Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum dan budaya.

Apabila wujudnya anasir-anasir dalaman negara yang cuba untuk membawa kuasa luar yang
sebelumnya pernah menjajah negara kita, penjajah tersebut mungkin akan memperkenalkan
dasar pecah perkauman dan perintah sebagaimana kita lihat peristiwa British yang pernah
menjajah negara kita dahulu. Dasar pecah perintah British semasa penjajahan dahulu telah
membentuk kawasan penempatan yang berasingan antara ketiga-tiga kaum iaitu kaum
melayu, kaum cina dan kaum india. Sebahagian besar masyarakat melayu kekal sebagai
petani dan nelayan, masyarakat cina tertumpu di kawasan bandar sebagai perniaga dan
perlombong. Manakala, masyarakat india pula menetap di ladang getah sebagai penoreh. Hal
ini memberi kesan yang mendalam terhadap jurang pendapatan dan ketidakseimbangan
pendapatan dalam kalangan masyarakat kita. Seterusnya, ia akan menimbulkan pergaduhan
antara kaum dimana dapat merosakkan keamanan dan perpaduan berbilang kaum.

6

➢ Penguasaan Ekonomi
Negara Malaysia kaya dengan sumber bahan mentah dimana ia dapat menarik perhatian
daripada orang luar yang mengunjungi negara kita. Apabila anasir-anasir dalaman membawa
kuasa luar untuk menjajah negara kita, mereka pasti akan menguasai ekonomi dan bahan-
bahan mentah yang ada di negara kita. Hal ini dapat dilihat dari peristiwa British menguasai
ekonomi negeri-negeri melayu semasa zaman penjajahan. Walaupun ekonomi tanah melayu
berkembang pesat pada masa itu, British terus menbiarkan masyarakat melayu kekal dalam
kegiatan pertanian bercorak tradisional tanpa diberi peluang untuk diserap dalam kegiatan
ekonomi moden. Peristiwa rancangan Jepun dalam mewujudkan “kawasan kemakmuran
Bersama Timur Raya” gagal kerana Jepun lebih tertumpu kepada peperangan. Oleh itu,
ekonomi Tanah Melayu merosot dimana gaji pegawai kerajaan dikurang disamping kadar
penganguran yang tinggi. Mata wang Jepun pada masa itu juga dicetak tanpa kawalan yang
menyebabkan inflasi dan bekalan seperti makanan, pakaian dan ubat-ubatan sukar
diperolehi. Apabila negara kita dijajah oleh kuasa luar, negara kita mungkin akan mengalami
peristiwa yang sama seperti peristiwa zaman penjajahan.

7

➢ Campur Tangan Kuasa Luar Dalam Adat Resam
Negara Malaysia yang mempunyai berbilang kaum ini pasti mempunyai adat resam tersendiri.
Apabila kuasa luar yang akan memerintah negara kita, ia mewujudkan campur tangan dan
menguasai dalam adat resam perkauman. Hal ini dapat dilihat dalam Peristiwa Dol said yang
menentang British yang campur tangan dalam adat resam Naning. Hal ini kerana British telah
memperkenalkan membayar cukai hasil tahunan terhadap Naning dan melaksanakan undang-
undang British pada zaman itu. Peraturan tersebut melarang Penghulu (Dol Said) untuk
membicarakan kes jenayah dan digugutkan akan dilucut jawatan sekiranya tidak mematuhi
arahan British. Namun, pejuang negara kita tetap mempertahankan Naning sebagai
kedaulatan Naning. Sekiranya, masyarakat negara kita membawa kuasa luar untuk menjajah
negara kita, pasti wujud campur tangan terhadap adat resam kita sehingga mewujudkan
peraturan baru yang bertentangan dengan adat resam yang sudah dianuti turun-temurun
oleh setiap kaum.

8

PUNCA SEMANGAT PATRIOTISME SEMAKIN LUNTUR

➢ Mementingkan diri sendiri
▪ Mereka lebih suka dan mengetahui tentang budaya-budaya barat
▪ Kurang mengambil tahu tentang tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan.
▪ Mereka lebih mementingkan kerjaya dan perihal masing-masing tanpa meluangkan masa
mereka untuk berkunjung di tempat bersejarah atau muzium dimana dapat mengenali
pejuang-pejuang kemerdekaan.

➢ Tidak mempunyai perasaan cinta akan negara lagu
▪ Tidak mempunyai sikap menghormati dan menghayati ketika menyanyikan
“Negaraku”.
▪ Tidak mempunyai sikap semangat patriotisme ketika menyambut Hari Kemerdekaan.
▪ Mereka kurang menghayati tentang pejuang-pejuang tokoh kemerdekaan.

9

PUNCA SEMANGAT PATRIOTISME SEMAKIN LUNTUR

➢ Terpengaruh dengan budaya barat
▪ Mereka tertarik dengan gaya berpakaian, pergaulan bebas dan pelbagai aktiviti barat yang
mendorong kepada gejala sosial yang serius.
▪ Lebih tertarik mengagungkan budaya luar berbanding cinta akan budaya sendiri
➢ Kurang menghayati perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan/tempatan
▪ Masyarakat kurang mengenang jasa tokoh-tokoh dahulu
▪ Pemuda hari ini tidak merasai kepayahan dan pengorbanan terhadap para pejuang
terdahulu
▪ Kurang meluangkan masa untuk membaca dan mengetahui tentang perjuangan tokoh-
tokoh kemerdekaan sama ada media massa atau media sosial.
➢Leka dengan lambakan hiburan
▪ Terbabit dengan kecanggihan teknologi
▪ Golongan remaja terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat sehingga meruntuhkan
akhlak diri
▪ Kurang minat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti kemerdekaan seperti kuiz kenegaraan,
syarahan atau syair kenegaraan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pihak sekolah.

10

CARA-CARA RAKYAT
MALAYSIA MENGATASI
PEJUANG PATRIOTISME

11

Menyertai Program-Program Patriotik

Rakyat malaysia boleh menyertai program-program patriotik
yang diajurkan oleh pihak berkuasa. Antara program yang
berkaitan dengan patriotik ialah kempen kesedaran,
pertandingan menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara, pertandingan menyanyi lagu partiotik,
menyaksikan video berkaitan pejuang negara dan sebagainya.
Secara tidak langsung , ia menjejaskan dan meruntuhkan
teras perjuangan masyarakat terdahulu yang ingin mencapai
kemerdekaan daripada penjajah.Hal ini juga membolehkan
kita meningkatkan semangat patriotik dan mengetahui banyak
pengetahuan tentang sejarah tanah air. Rakyat Malaysia yang
mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri
dengan perkara negatif seperti membawa kuasa luar. Rakyat
Malaysia juga akan berasa lebih bangga tentang pejuang
negara yang berani berkorban demi negara dan mencintai
tanah air.

12

Memperingati Peristiwa-Peristiwa Pejuang Patriotik

Rakyat Malaysia perlulah mengingati peristiwa-peristiwa
penting tentang pejuang-pejuang patriotik yang berkorban
mempertahankan negara untuk membebaskan negara
daripada ancaman luar. Contohnya, rakyat Malaysia boleh
pergi melawat tempat-tempat bersejarah seperti muzium
negara.Muzium negara mempunyai banyak senjata yang
digunakan oleh penjuang negara pada zaman dulu dan
mempunyai banyak maklumat tentang penjuang
negara.Lawatan ke muzium negara dan tempat-tempat
bersejarah seperti Tugu Negara dapat membantu rakyat
Malaysia memahami dan mempelajari sejarah terdahulu
supaya mereka tidak mengulangi kesilapan masyarakat
terdahulu apabila mereka menjadi pemimpin negara pada
masa hadapan. Rakyat Malaysia dapat mengenai peristiwa-
peristiwa tokoh-tokoh dan penjuang negara dan
menghargai segala usaha untuk mengharmonikan negara .

13

Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlulah
belajar subjek sejarah dengan bersungguh-sungguh supaya kita
boleh mengeathui latar belakang beserta isu-isu yag berlaku
pada zaman prasejarah. Malahan, kempelajari sejarah dapat
memberi kesedaran dan kefahaman supaya mereka menghargai
dan mengingati jasa-jasa pejuang tanah air yang pernah
menpertahankan negara. Sejarah juga membantu rakyat Malysia
memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Rakyat
Malaysia juga boleh mengetahui peristiwa-peristiwa sejarah yang
terdahulu. Rakyat Malaysia perlulah sentiasa bersyukur terhadap
pengorbanan pejuang tanah air terdahulu 。 Mata pelajaran
Sejarah membolehkan rakyat Malaysia menjadi lebih matang dan
berfikiran aras. Bukan itu sahaja, mata pelajaran sejarah banyak
mengajar kita tentang . Mereka akan mengambil ikhtibar dan
tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi. Semua tindakan
terdahulu akan menjadi panduan dan pengajaran supaya rakyat
Malaysia akan mengambil tindakan mulia dan menjauhi tindakan
yang pernah membawa kepada kehancuran.

14

KESIMPULAN

Kesimpulanya, kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara kita yang dijajah dan
memerlukan kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara kita tidak akan lagi berlaku.

Namun semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa pengorbanan pejuang-pejuang Negara terdahulu. Berapa
ramai di antara kita yang sanggup berkorban seperti mereka? Berapa ramai di antara kita yang sayangkan
Negara? Berapa ramai di antara kita yang ingin menyumbang dan berbakti kepada Negara? Marilah kita
menjadi salah seorang daripada golongan itu. Tidak perlu menjadi ahli politik ataupun menteri untuk
menyumbang jasa kepada Negara, banyak lagi alternatif yang boleh dipilih oleh kita.

Oleh itu , diharapkan agar semua warganegara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang , menjaga
maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak memperjuangkan bagi mencapai
kemerdekaan.

Tidak lupa juga untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan e-folio ini.
Semoga perisian yang disampaikan oleh kami bergun untuk semua. Kita juga perlu sentiasa ingat jika kita
tidak menjaga Negara kita , ‘Sejarah mungkin berulang’ dan juga “tanpa sejarah , siapalah kita!”

SUMBER RUJUKAN

❑ https://www.ipendidikan.my/kepentingan-menyambut-hari-kemerdekaan.html
❑ https://eliezercxt.blogspot.com/2022/03/karangan-kepentingan-semangat-

patriotik.html
❑ https://www.studocu.com/my/document/lincoln-university-college-

malaysia/operations-management/punca-semangat-patriotisme-semakin-
luntur/5940399
❑ https://www.scribd.com/doc/194766058/Langkah-Punca-Kepentingan-
SEMANGAT-PATRIOTISME
❑ https://www.permohonan.my/langkah-memupuk-semangat-patriotik/


Click to View FlipBook Version