مجليس سمارق كاسيه، سانجوڠن بودي چيقݢو خديجه بنت ماهت MAJLIS SEMARAK KASIH, SANJUNGAN BUDI CIKGU KHADIJAH BINTI MAHAT تاريخ : ١٠ اوڬوس ٢٠٢٣﴿ خميس﴾ ماس : ٠٠.١٠ ڤاڬي - ٠٥.١ تڠه هاري تمڤت : ديوان سري مالواتي Tarikh : 10 Ogos 2023 (Khamis) Masa : 10.00 pagi - 1.05 tengah hari Tempat : Dewan Seri Melawati SILA IMBAS KOD
اتورچارا ATUR CARA 10.00 pagi - Ketibaan tetamu dan jamuan (Pentadbir, YDP PIBG, Pengerusi Alumni, Pegawai Perhubungan Sekolah bersama Cikgu Khadijah binti Mahat dan keluarga). 11.00 pagi - Guru dan murid masuk ke dalam dewan 11.15 pagi - Perarakan masuk Cikgu Khadijah binti Mahat,barisan pentadbir, tetamu jemputan dan ahli keluarga terdekat. 11.20 pagi - • Bacaan doa • Ucapan Ketua Murid • Ucapan YDP PIBG • Ucapan Pengetua • Ucapan Cikgu Khadijah binti Mahat • Bacaan biodata dan tayangan video persaraan • Persembahan 1 (Murid) • Penyampaian hadiah • Persembahan 2 (Guru) • Acara Potong Pulut Kuning dan Kek • Sesi bergambar • Lambaian kasih 1.05 tgh - • Majlis Bersurai
Tarikh Lahir Lahir : 10 Ogos 1967 Tempat : Kg Masjid Baru, Nyalas, Jasin Melaka Maklumat Keluarga Nama bapa : Haji Mahat bin Lahir Nama ibu : Siah binti Kaji Anak bongsu daripada 7 adik-beradik Nama suami : Fadzli bin Kamso Berkahwin : 5 Februari 1994 - mendapat 6 orang anak (2 lelaki, 4 perempuan) چيقݢو خديجه بنت ماهت CIKGU KHADIJAH BINTI MAHAT
Pengalaman / Tempat bertugas *Wartawan – Majalah Ummi *Wartawan – Bernama *Guru Pelatih – SMK Taman Melawati - 1993 *Guru - SMK Taman Melawati (Mei 1994 – 9 Ogos 2023) Pendidikan *Sekolah Rendah Masjid Baru, Jasin Melaka (1974-1979) *Sekolah Tinggi Perempuan Melaka (1980-1984) *Sekolah Tinggi Melaka (Tingkatan 6 (1985-1986)) *UITM Shah Alam -1987 *Universiti Islam Antarabangsa(UIA)
Anugerah *Anugerah Cemerlang – 2000 *Anugerah Khas Pengetua - 2015 *Anugerah Cemerlang -2016 Jawatan / Sumbangan *Guru Bahasa Melayu *Ketua Panitia Bahasa Melayu *Pemeriksaan SPM – Bahasa Melayu * Penceramah Teknik Menjawab Bahasa Melayu
Dia yang bernama KHADIJAH Susah benar kali ini rasanya Menyusun aksara untuk dia Menyingkap tabir di sebalik dia Untuk dirungkai segala cerita Masa begitu pantas berlalu Lidah masih jua kelu Kisah yang mana harus dimulai dulu Agar generasi baharu bisa tahu Siapa dia suatu masa dulu Tudung labuh yang memayungi diri Lambang utuhnya jiwa seorang muslimah sejati Memegang syariat mengendong generasi Berpantang ajal sebelum bersemadi Masih terbayang bekalan yang selalu dia bawa Di kantin sekolah jua tempat dia menjamu selera Walaupun bekalnya hanya sekadar nasi tanpa lauknya Atau lauk tanpa nasinya Bukan kerana tiada wangnya Bukan pula kerana jimat berbelanja Kerana dia punya cara Kerana dia manusia istimewa Jiwanya sentiasa bahagia Menawan godaan dunia
Kini aku mengerti Bekalan itu punya rahsia yang tersembunyi Cara dia mengajar diri Untuk membawa bekalan sendiri Untuk dibawa ke negeri abadi Agar tidak kosong atau kelaparan di sana nanti Jiwanya gundah setiap kali mendengar musibah Terus diterjah siapa saja yang susah Tanpa membina jurang pemisah Mantap sekali dia membina ukhwah Baginya semua orang bersaudara walau bukan sedarah Namanya seindah isteri kesayangan Rasulullah Wanita syurga yang dijanjikan Allah Suri teladan buat ummah Menjadi tongkat penunjuk arah Kini Kuasa masa memaksa dia untuk berlalu pergi Dari taman dia menabur budi Biarpun jasadnya tiada di sini Suatu masa nanti Budinya kan terus bercambah menghiasi bumi Dialah KHADIJAH yang bakal dirindui Lindungilah dia Ya Allah Sepanjang perjalanannya nanti Nukilan Ctno Taman Melawati 7 Ogos 2023 6.06 p.m
Selamat Bersara Cikgu Khadijah binti Mahat