PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 1 BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Nama 2. Tafsiran BAHAGIAN II PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 3. Pengurusan Dan Pentadbiran 4. Kaedah Pemilihan, Pelantikan dan Tanggungjawab BAHAGIAN III KAEDAH PEMILIHAN DAN PELANTIKAN 5. PPRPD Pusat 6. PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi 7. PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit BAHAGIAN IV FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB 8. PPRPD Pusat 9. PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi 10. PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit BAHAGIAN V PROTOKOL MESYUARAT 11. Prinsip Susun Atur 12. Susunan Tempat Duduk 13. Kriteria Penentuan
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 2 BAHAGIAN VI PROTOKOL MESYUARAT 14. Tatasusila Semasa Menghadiri Persidangan dan Mesyuarat BAHAGIAN VII AM Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973 perenggan 30(5) memberi kuasa kepada Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat mengenai mesyuarat-mesyuarat selain yang diadakan di bawah kaedah-kaedah ini hendaklah ditetapkan oleh Exco Persatuan Pegawai Rendah Polis Pusat bagi membuat peraturan-peraturan yang berikut :- BAHAGIAN 1 PERMULAAN 1. NAMA Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pengurusan Persatuan Pegawai Rendah Polis dan kemudiannnya dikenali sebagai PPRPD. 2. TAFSIRAN ‘Ahli’ ertinya ahli persatuan ini yang terdiri dari Pegawai Rendah Polis dan Konstabel termasuk Sokongan dan Orang Asli. ‘Pegawai Rendah Polis’ ertinya sama seperti dalam Seksyen 2 Akta Polis 1967 dan bagi maksud kaedah ini termasuk Sokongan dan Orang Asli.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 3 ‘Konstabel’ ertinya sama seperti dalam Seksyen 2 Akta Polis 1967 dan bagi maksud kaedah ini termasuk Lans Koperal, Konstabel Sokongan dan Orang Asli. ‘Yuran’ ertinya yuran tahunan yang dibayar oleh ahli ini seperti di dalam kaedah 32(1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. ‘Persidangan Agung’ ertinya persidangan yang diadakan mengikut kaedah 27(1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. ‘Mesyuarat Agung’ ertinya mesyuarat yang diadakan mengikut Kaedah 22(1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. ‘Ahli Exco’ (Executive Committee) ertinya ahli yang dipilih atau dilantik menganggotai Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat. ‘Daerah’ ertinya Daerah, Bahagian, Batalion dan Unit bagi maksud PPRPD Daerah mengikut Seksyen 6(b) Akta Polis 1967. ‘Cawangan A’ ertinya terdiri daripada ahli berpangkat Sarjan hingga Sub Inspektor termasuk Sokongan dan Orang Asli. ‘Cawangan B’ ertinya terdiri daripada ahli berpangkat Konstabel hingga Koperal termasuk Sokongan dan Orang Asli. ‘Perwakilan’ ertinya ahli kedua-dua cawangan yang dipilih untuk mewakili Kontinjen atau Briged atau Formasi atau Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit ke Persidangan Perwakilan Pusat atau Mesyuarat Agung.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 4 BAHAGIAN II PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 3. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Peraturan ini sebagai garis panduan terhadap semua perkara berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran serta menetapkan tugas dan tanggungjawab kepada penyandang jawatan-jawatan di semua peringkat. 3.1. Struktur Organisasi PPRPD Pusat Pengurusan PPRPD Pusat di bawah kawalan Jawatankuasa Bersama Wakil Pusat yang dianggotai oleh mereka yang dipilih dan dilantik untuk memegang jawatan-jawatan yang diperuntukan seperti berikut :- 3.1.1. Presiden 3.1.2. Timbalan Presiden 3.1.3. Naib Presiden 3.1.4. Setiausaha 3.1.5. Penolong Setiausaha 3.1.6. Bendahari 3.1.7. Penolong Bendahari 3.1.8. Ahli-Ahli Exco 3.1.9. Juruaudit Dalaman 3.2. Struktur Organisasi PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 5 Pengurusan PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi di bawah kawalan Jawatankuasa Bersama PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi yang dianggotai oleh mereka yang dipilih dan dilantik untuk memegang jawatanjawatan yang diperuntukkan seperti berikut :- 3.2.1. Pengerusi 3.2.2. Naib Pengerusi 3.2.3. Setiausaha 3.2.4. Penolong Setiausaha (jika perlu) 3.2.5. Bendahari 3.2.6. Ahli-Ahli Jawatankuasa (pelantikan selaras dengan pusat) 3.3. Struktur Organisasi PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit Pengurusan PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit di bawah kawalan Jawatankuasa Bersama PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit yang mengandungi mereka yang dipilih dan dilantik untuk memegang jawatan-jawatan yang diperuntukkan seperti berikut :- 3.3.1. Pengerusi 3.3.2. Setiausaha 3.3.3. Enam (6) orang Ahli Jawatankuasa
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 6 BAHAGIAN III KAEDAH PEMILIHAN DAN PELANTIKAN 4. KAEDAH PEMILIHAN, PELANTIKAN DAN TANGGUNGJAWAB Pada dasarnya kaedah pemilihan jawatan di semua peringkat adalah mengikut Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. Persidangan Perwakilan Pusat Tahunan ke 84 Perwakilan PPRPD Pusat telah memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik ahliahli untuk menganggotai Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat bagi mengikut budibicaranya. 5. PPRPD PUSAT Pemilihan Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat hendaklah diadakan di dalam persidangan tahunan perwakilan pusat mengikut Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973 seperti berikut :- 5.1. Presiden Jawatan Presiden hendaklah dipilih di dalam Persidangan Perwakilan Pusat yang diadakan dwi tahunan dari kalangan perwakilan yang hadir di mana telah mendapat undi tertinggi melalui undian secara sulit mengikut kaedah 26 (1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. 5.2. Timbalan Presiden Jawatan Timbalan Presiden hendaklah dipilih di dalam Persidangan
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 7 Perwakilan Pusat yang diadakan dwi tahunan dari kalangan perwakilan hadir yang mendapat undi kedua tertinggi melalui undian secara sulit mengikut kaedah 26(1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. 5.3. Naib Presiden Presiden boleh melantik dari kalangan perwakilan yang dipilih semasa Persidangan Agung seorang atau tidak lebih dari dua (2) orang untuk menyandang jawatan sebagai Naib Presiden jika perlu mengikut budibicaranya bagi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. Pengerusi Cawangan B adalah secara automatik dilantik ke jawatan ini. 5.4. Setiausaha Setiausaha hendaklah dipilih dari kalangan perwakilan yang hadir mengikut fasal 26 (2) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. 5.5. Penolong Setiausaha Presiden boleh melantik seorang atau lebih dari kalangan perwakilan untuk menyandang jawatan sebagai Penolong Setiausaha jika perlu mengikut budibicaranya bagi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. 5.6. Bendahari Bendahari hendaklah dipilih dari kalangan perwakilan atau Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipilih mengikut fasal 26 (2) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973 5.7. Penolong Bendahari Presiden boleh melantik seorang atau lebih dari kalangan perwakilan untuk menyandang jawatan sebagai Penolong Bendahari jika perlu mengikut budibicaranya bagi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 8 5.8. Ahli Exco 5.8.1. Ahli Jawatankuasa dari Cawangan ‘A’ dan ‘B’ yang dipilih dalam Persidangan Perwakilan Pusat mengikut Kaedah 26(1) KaedahKaedah Persatuan Polis 1973 dengan sendirinya adalah menjadi Ahli Jawatankuasa Bersama Wakil Pusat; dan 5.8.2. Presiden boleh melantik tidak lebih dari dua belas (12) orang dari kalangan perwakilan untuk menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Bersama Wakil Pusat jika perlu mengikut budibicaranya bagi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. 6. PPRPD KONTINJEN ATAU BRIGED ATAU FORMASI Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bersama PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi hendaklah diadakan di dalam Mesyuarat Agung dwi tahunan mengikut KaedahKaedah Persatuan Polis 1973 dan Pengerusi PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi diberi kuasa mengikut budibicaranya untuk melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Bersama seperti di bawah ini :- 6.1. Pengerusi Jawatan Pengerusi hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung dwi tahunan dari perwakilan yang hadir melalui undian secara sulit mengikut Kaedah 26(1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. 6.2. Naib Pengerusi Pengerusi hendaklah melantik seorang Naib Pengerusi dari kalangan Ahli Jawatankuasa Bersama yang telah dipilih oleh Perwakilan melalui undian secara sulit mengikut Kaedah 26(1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973. 6.3. Setiausaha
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 9 Setiausaha hendaklah dipilih dari kalangan perwakilan yang hadir. 6.4. Bendahari Bendahari hendaklah dipilih dari kalangan perwakilan yang hadir. 6.5. Ahli Jawatankuasa 6.5.1. Ahli Jawatankuasa setiap Cawangan PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi yang dipilih mengikut Kaedah 26(1) Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973 dengan sendirinya adalah menjadi Ahli Jawatankuasa Bersama PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi; dan 6.5.2. Pengerusi boleh melantik tidak lebih dari lapan (8) orang dari kalangan ahli untuk menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Bersama PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi jika perlu mengikut budibicaranya bagi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. 7. PPRPD DAERAH ATAU BAHAGIAN ATAU BATALION ATAU UNIT Pemilihan Ahli Jawatankuasa Bersama PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit hendaklah diadakan di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan mengikut Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973 dan Pengerusi PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit diberi kuasa mengikut budibicaranya untuk melantik Ahli-ahli Jawatankuasa seperti di bawah ini. 7.1. Pengerusi Jawatan Pengerusi hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan perwakilan yang hadir melalui undian secara sulit mengikut Kaedah 26(1)
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 10 Kaedah-Kadah Persatuan Polis 1973. 7.2. Setiausaha Setiausaha hendaklah dipilih dari kalangan perwakilan yang hadir. 7.3. Ahli Jawatankuasa 7.3.1. Ahli Jawatankuasa setiap Cawangan PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit yang dipilih mengikut Kaedah 26(1) KaedahKaedah Persatuan Polis 1973 dengan sendirinya adalah menjadi Ahli Jawatankuasa Bersama PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit; dan 7.3.2. Pengerusi boleh melantik tidak lebih dari empat (4) orang dari kalangan ahli untuk menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Bersama PPRPD Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit jika perlu mengikut budibicaranya bagi menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan. BAHAGIAN IV FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB 8. PPRPD PUSAT 8.1. Presiden 8.1.1. Bertanggungjawab terhadap dasar pengurusan dan pentadbiran PPRPD Pusat, Kontinjen atau Briged atau Formasi dan Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit; 8.1.2. Mempengerusi semua persidangan agung dan semua mesyuarat diperingkat PPRPD Pusat; 8.1.3. Merancang, membincang dan melaksanakan semua aktiviti tahunan; 8.1.4. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 11 yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya; 8.1.5. Menjalinkan hubungan dan kesefahaman dengan pucuk pimpinan PDRM, pegawai-pegawai atasan yang berkaitan serta Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP); 8.1.6. Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa kecil (jika perlu); 8.1.7. Mengawal dan menentukan perbelanjaan kewangan PPRPD Pusat digunakan untuk kepentingan aktiviti PPRPD dan kebajikan ahli-ahli; 8.1.8. Memantau perbelanjaan kewangan Persatuan; 8.1.9. Mewakili Persatuan di dalam apa jua urusan yang selaras dengan objektif Persatuan dan tidak bertentangan dengan Seksyen 93 dan 95 Akta Polis; 8.1.10. Presiden mempunyai kuasa undi penentu; 8.1.11. Presiden boleh bersama Bendahari menandatangani cek bagi pihak Persatuan; 8.1.12. Membuat keputusan demi kepentingan warga PPRPD keseluruhan tanpa kepentingan individu tertentu; dan 8.1.13. Tugas-tugas lain yang berkaitan dan ditetapkan dari masa ke semasa. 8.2. Timbalan Presiden 8.2.1. Bertanggungjawab kepada Presiden; 8.2.2. Membantu Presiden mentadbir, merancang dan melaksanakan aktiviti; 8.2.3. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Presiden; dan 8.2.4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.3. Naib Presiden 8.3.1. Bertanggungjawab kepada Presiden dan Timbalan Presiden; 8.3.2. Membantu Presiden dan Timbalan Presiden mentadbir; merancang dan melaksanakan aktiviti;
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 12 8.3.3. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden; dan 8.3.4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden. 8.4. Setiausaha 8.4.1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran PPRPD; 8.4.2. Bertanggungjawab menyimpan rekod dan minit semua mesyuarat Exco, mesyuarat Pengerusi Kontinjen dan mesyuarat yang berkaitan PPRPD; 8.4.3. Menyediakan laporan aktiviti PPRPD. 8.4.4. Memanggil mesyuarat, mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat; 8.4.5. Merekod dan mengurus surat menyurat serta fail-fail; 8.4.6. Mengemaskini maklumat yang diperolehi dari jabatan dan agensi lain yang berkaitan; 8.4.7. Mengurus dan menjaga aset PPRPD supaya sentiasa berada dalam keadaan baik; 8.4.8. Menandatangani cek semasa ketiadaan Presiden dengan kebenaran Presiden; dan 8.4.9. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.5. Penolong Setiausaha 8.5.1. Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas; dan 8.5.2. Menggantikan Setiausaha sepanjang ketiadaannya. 8.6. Bendahari 8.6.1. Bertanggungjawab kepada urusan kewangan PPRPD; 8.6.2. Menyimpan dan merekod hal-hal berkaitan kewangan;
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 13 8.6.3. Membentang laporan kewangan setiap kali mesyuarat Exco; 8.6.4. Bertanggungjawab keatas semua transaksi kewangan dengan resit atau nota perbelanjaaan dengan disahkan oleh Presiden atau exco atau ahli yang diarahkan oleh Presiden; 8.6.5. Menyediakan penyata akaun akhir tahun semasa untuk mesyuarat agung berakhir tahun semasa; 8.6.6. Penyata akaun hendaklah diserahkan kepada juruaudit yang dilantik atau dipilih mengikut kaedah untuk diaudit; 8.6.7. Menandatangani semua cek Persatuan bersama Presiden atau Setiausaha; dan 8.6.8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.7. Ahli-Ahli Exco 8.7.1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Presiden; 8.7.2. Membantu urusan pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti; 8.7.3. Menghadiri mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa; 8.7.4. Mengetuai atau menganggotai Jawatankuasa kecil atau biro sekiranya dilantik; dan 8.7.5. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.8. Juruaudit 8.8.1. Membuat pengauditan akaun PPRPD Pusat dan Kontinjen; 8.8.2. Memeriksa pengauditan secara terperinci kewangan PPRPD Pusat serta mengesahkannya sebelum Persidangan Perwakilan Pusat; 8.8.3. Membuat laporan bertulis dan melaporkan kepada Presiden dan dibentangkan semasa mesyuarat Exco PPRPD Pusat; 8.8.4. Bukan Ahli tetap Exco PPRPD Pusat, kehadiran semasa Mesyuarat Exco adalah mengikut arahan semasa; dan 8.8.5. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 14 9. PPRPD KONTINJEN ATAU BRIGED ATAU FORMASI 9.1. Pengerusi 9.1.1. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi; 9.1.2. Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi; 9.1.3. Merancang, membincang dan melaksanakan semua aktiviti tahunan; 9.1.4. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang difikirkan perlu dan diambil tindakan sewajarnya; 9.1.5. Menjalinkan hubungan dan kesefahaman dengan pucuk pimpinan PDRM peringkat Kontinjen atau Briged atau Formasi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP); 9.1.6. Bertanggungjawab menubuhkan Jawatankuasa Kecil (jika perlu); 9.1.7. Menentukan perbelanjaan kewangan PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi digunakan untuk kepentingan aktiviti PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi dan kebajikan ahli-ahli (jika perlu); 9.1.8. Mewakili Persatuan di dalam apa jua urusan yang selaras dengan objektif PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi yang tidak bertentangan dengan Seksyen 93 dan 95 Akta Polis; 9.1.9. Mempunyai kuasa undi penentu selain sebagai undi jawatankuasa; 8.1.10. Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari Kontinjen atau Briged atau Formasi boleh menentukan perjalanan kewangan Persatuan Kontinjen atau Briged atau Formasi; 8.1.11. Membuat keputusan demi kepentingan warga PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi keseluruhan tanpa kepentingan individu tertentu; dan 8.1.12. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 9.2. Naib Pengerusi
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 15 9.2.1. Membantu Pengerusi dalam urusan mentadbir, merancang dan melaksanakan aktiviti; 9.2.2. Bertanggungjawab kepada arahan pengerusi; 9.2.3. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi; dan 9.2.4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi. 9.3. Setiausaha 9.3.1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi; 9.3.2. Bertanggungjawab menyimpan rekod dan minit semua mesyuarat Kontinjen dan surat atau dokumen berkaitan; 9.3.3. Menyediakan laporan aktiviti PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi; 9.3.4. Memanggil mesyuarat, mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat; 9.3.5. Menghantar Minit Mesyuarat Agung kepada Setiausaha PPRPD Pusat; 9.3.6. Mengemaskini maklumat yang diperolehi dari jabatan dan agensi lain yang berkaitan; 9.3.7. Mengurus dan menjaga aset PPRPD supaya sentiasa berada dalam keadaan baik; dan 9.3.8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi. 9.4. Penolong Setiausaha (Jika Ada) 9.4.1. Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas; 9.4.2. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Naib Pengerusi; dan 9.4.3. Menggantikan tugas-tugas Setiausaha sepanjang ketiadaannya. 9.5. Bendahari
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 16 9.5.1. Bertanggungjawab kepada semua urusan kewangan PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi; 9.5.2. Menyimpan dan merekod hal-hal berkaitan kewangan; 9.5.3. Membentang laporan kewangan setiap kali Mesyuarat Jawatankuasa Kontinjen atau Briged atau Formasi; 9.5.4. Bertanggungjawab ke atas semua transaksi kewangan dengan resit atau nota perbelanjaan dengan disahkan oleh Pengerusi; 9.5.5. Menyediakan penyata akaun akhir tahun semasa untuk Mesyuarat Agung berakhir tahun semasa; 9.5.6. Penyata akaun hendaklah diserahkan kepada juruaudit PPRPD Pusat untuk diaudit; dan 9.5.7. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi Kontinjen atau Briged atau Formasi. 9.6. Ahli Jawatankuasa (Biro) 9.6.1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi; 9.6.2. Membantu urusan pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti; 9.6.3. Menghadiri mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa; 9.6.4. Mengetuai atau menganggotai Jawatankuasa Kecil sekiranya dilantik; dan 9.6.5. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi. 10. PPRPD DAERAH ATAU BAHAGIAN ATAU BATALION ATAU UNIT 10.1. Pengerusi 10.1.1. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan PPRPD Daerah; 10.1.2. Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPRPD Daerah; 10.1.3. Merancang, membincang dan melaksanakan semua aktiviti tahunan; 10.1.4. Menjalinkan hubungan dan kesefahaman dengan pegawai
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 17 pemerintah; 10.1.5. Semua tindakan yang diambil hendaklah mematuhi objektif PPRPD dan tidak bertentangan dengan Seksyen 93 dan 95 Akta Polis; 10.1.6. Tugas lain yang berkaitan; dan 10.1.7. Mematuhi arahan Pengerusi Kontinjen. 10.2. Setiausaha 10.2.1. Bertanggungjawab menyimpan rekod dan minit mesyuarat PPRPD Daerah; 10.2.2. Memanggil mesyuarat, mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat; 10.2.3. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi Daerah; dan 10.2.4. Memastikan perjalanan kewangan digunakan untuk kepentingan PPRPD Daerah atau ahli sahaja (jika ada). 10.3. Ahli Jawatankuasa 10.3.1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi; 10.3.2. Membantu urusan pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti; 10.3.3. Menghadiri mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa; dan 10.3.4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi. BAHAGIAN V PROTOKOL MESYUARAT 11. PRINSIP SUSUN ATUR 11.1. Susunan keutamaan ahli – Pengerusi orang yang utama memimpin mesyuarat; dan
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 18 11.2. Mereka yang berjawatan lebih kanan mendahului mereka yang rendah jawatannya. 12. SUSUNAN TEMPAT DUDUK 12.1. Susunan keutamaan; 12.2. Susunan kekananan Jawatan; dan 12.3. Fungsi ahli. 13. KRITERIA PENENTUAN 13.1. Ahli yang tertinggi statusnya duduk paling hampir dengan Pengerusi di sebelah kanan (bersetentangan); 13.2. Kedudukan lain-lain ahli hendaklah diselang-selikan, berasaskan keutamaan dan kekananan mereka; 13.3. Pengerusi mempunyai kuasa untuk merombak/ mengubah kedudukan; dan 13.4. Setiausaha lazimnya ditempatkan di sebelah kiri Pengerusi. BAHAGIAN VI PERATURAN PERSIDANGAN DAN MESYUARAT 14. TATASUSILA SEMASA MENGHADIRI PERSIDANGAN DAN MESYUARAT 14.1. Hadir sebelum mesyuarat bermula; 14.2. Elakkan gangguan telefon bimbit; 14.3. Dilarang meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran; 14.4. Elakkan duduk yang menunjukkan kurang minat; 14.5. Mendengar secara aktif dan berminat terhadap sumbangan ahli;
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN MESYUARAT) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 19 14.6. Memberi fokus atau tumpuan sewajarnya supaya objektif mesyuarat dicapai; 14.7. Menjadi seorang ahli yang aktif dan bersikap positif; dan 14.8. Mematuhi arahan Pengerusi mesyuarat. BAHAGIAN VII AM 15. Semua perwakilan yang hadir mempunyai hak mengundi dan diundi; 16. Mesyuarat Agung PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi hendaklah dihadiri oleh wakil Jawatankuasa Bersama Wakil Pusat atau disebaliknya yang diputuskan oleh Presiden; 17. Jemputan pemerhati semasa Mesyuarat Agung dan juga lain-lain Mesyuarat PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi dari PPRPD Kontinjen atau Briged atau Formasi yang lain adalah kuasa Presiden atau Pengerusi Kontinjen atau Briged atau Formasi; dan 18. Perwakilan yang hadir sebagai pengganti layak mengundi tetapi tidak layak diundi. TARIKH : 08 OGOS 2022
PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 1 PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA Bagi menjalankan kuasa yang diberikan melalui Kaedah-Kaedah Persatuan Polis 1973 perenggan 30(5) memberi kuasa kepada jawatankuasa bersama persidangan wakil pusat mengenai mesyuarat-mesyuarat selain yang diadakan di bawah kaedahkaedah ini hendaklah ditetapkan oleh Exco Persatuan Pegawai Rendah Polis DiRaja (PPRPD) Pusat bagi membuat peraturan-peraturan yang berikut :- BAHAGIAN I PERMULAAN 1. NAMA Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pengurusan Kewangan Persatuan Pegawai Rendah Polis dan kemudiannya dikenali sebagai PPRPD. 2. TAFSIRAN Dalam peraturan-peraturan ini:- ‘Ahli’ ertinya ahli persatuan PPRPD yang terdiri dari Pegawai Rendah Polis dan Konstabel termasuk Sokongan dan Orang Asli. ‘Presiden’ bermaksud jawatan yang telah dilantik melalui Persidangan Agung Tahunan PPRPD ataupun sesiapa yang telah diberi kuasa memegang jawatan tersebut secara sah mengikut peraturan. ‘Timbalan Presiden’ adalah seorang yang diberi kuasa menjalankan tugastugas Presiden.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 2 ‘Bendahari’ adalah seorang yang dipilih atau dilantik melalui Persidangan Agung atau lantikan memegang jawatan tersebut secara sah mengikut peraturan. ‘Setiausaha’ adalah seorang yang dipilih atau dilantik melalui mana-mana Persidangan Agung atau lantikan yang sah mengikut peraturan. ‘Jawatankuasa Kewangan’ adalah satu jawatankuasa khusus bagi kewangan PPRPD yang ditubuhkan dianggotai beberapa orang dari kalangan Ahli Exco ataupun mana-mana ahli yang dilantik. ‘Ahli Exco’ adalah mana-mana yang dilantik memegang jawatan Exco Pusat dalam tempoh seseorang Presiden itu diberi mandat. ‘Ahli Jawatankuasa’ ertinya ahli yang dipilih atau dilantik menganggotai mana-mana Jawatankuasa yang dibentuk. ‘Juruaudit Dalaman’ adalah mana-mana ahli yang dilantik melalui manamana Persidangan atau Mesyuarat Jawatankuasa. ‘Juruaudit Luar’ bererti seseorang atau organisasi yang dilantik bukan di kalangan pegawai Polis. ‘Mesyuarat Jawatankuasa’ adalah mana-mana mesyuarat diperingkat Exco ataupun bersama pengerusi Kontinjen, Briged dan Formasi. ‘Dana Tabung’ bermaksud kewangan yang terdapat dalam akaun PPRPD yang diterima dari potongan yuran ahli ataupun sumbangan dari pasukan.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 3 BAHAGIAN II KAEDAH PENGURUSAN KEWANGAN 3. Punca pendapatan utama Dana Tabung adalah dari yuran ahli. Potongan yuran ahli hendaklah dibuat pada bulan Februari setiap tahun apabila mendapat kelulusan dari Jabatan. PPRPD Pusat hendaklah membuat hebahan awal di mana-mana media Jabatan seperti e-siar sebelum potongan yuran dibuat. 4. PPRPD Pusat hendaklah mewujudkan satu akaun khas (akaun semasa) bank tempatan. Kuasa menandatangani cek hendaklah dinamakan tiga orang, iaitu Presiden, Bendahari dan Setiausaha atau mana-mana Jawatankuasa yang dipersetujui. 5. Sekiranya hilang kelayakan bagi penyandang yang berkuasa menandatangani cek seperti bersara, dibuang kerja dan lain-lain, maka Jawatankuasa Kewangan hendaklah menukar penandatangan cek dalam tempoh 2 minggu (14 hari) selepas ketetapan dibuat di dalam mana-mana mesyuarat atau persidangan. 6. Potongan Yuran Ahli yang diterima PPRPD Pusat akan dibuat kiraan pembahagian oleh Jawatankuasa Kewangan dan akan dibentang ke mesyuarat Jawatankuasa untuk kelulusan sebelum diagihkan ke semua PPRPD Kontinjen, Briged dan Formasi. Setiap agihan kepada Kontingen, Briged dan Formasi hendaklah disalurkan terus ke akaun persatuan PPRPD Kontinjen Briged dan Formasi. 7. Sebarang permohonan perbelanjaan dari Exco, Pengerusi ataupun Ahli hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Kewangan dalam bentuk surat rasmi atau Kertas Kerja. Jawatankuasa Kewangan akan menilai permohonan
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 4 sebelum dibawa kelulusan Presiden ataupun Mesyuarat Jawatankuasa. 8. Setiap pembelian aset-aset boleh alih hendaklah didaftarkan sebagai aset PPRPD. Daftar aset hendaklah merangkumi tarikh pembelian, nilai aset dan maklumat pemegang. Maklumat aset dan nilai aset perlulah dibentang dalam buku Laporan Tahunan setiap tahun. 9. Setiap aset yang hendak dilupuskan hendaklah mengikut peraturan-peraturan pelupusan aset. 10. Setiap kelulusan bantuan dan sumbangan bagi ahli yang mendapat bencana/ malapetaka hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kewangan. Kadar peruntukan tidak melebihi RM500.00 serta bergantung kepada kewangan persatuan. 11. Setiap mesyuarat yang dihadiri oleh Pengerusi dan Exco, Presiden berkuasa menimbangkan kadar saguhati yang diterima oleh semua Pengerusi dan Exco yang hadir. BAHAGIAN III KUASA-KUASA JAWATANKUASA DAN JURUAUDIT 12. Presiden diberi kuasa meluluskan kewangan tidak lebih dari RM10,000.00. (Ringgit Malaysia sepuluh ribu sahaja) Setiap butir perbelanjaan hendaklah dicatat oleh Bendahari dan dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa. 13. Perbelanjaan yang melebihi dari RM10,000.00 hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa. 14. Pegangan semasa (tunai) Bendahari tidak lebih RM3,000.00.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 5 15. Bendahari hendaklah membentangkan laporan perjalanan kewangan setiap kali mesyuarat Presiden bersama Pengerusi Kontinjen, Briged dan Formasi. Setiap bulan daripada bulan ke bulan tidak termasuk tarikh mesyuarat atau difikirkan perlu oleh Presiden ataupun Jawatankuasa. 16. Bendahari hendaklah memastikan setiap perbelanjaan dibuat catatan, disediakan ‘voucher’ dan pengeluaran resit. 17. Juruaudit Dalaman boleh bila-bila masa memeriksa buku catatan akaun, buku cek atau apa-apa aset dan dokumen berkaitan kewangan. 18. Juruaudit Luar hendak mengaudit penyata tahunan PPRPD sebelum dibentangkan dalam Persidangan Agung Tahunan. 19. Pengerusi Kontinjen, Briged dan Formasi boleh mengemukakan penyata kewangan yang berakhir pada 30 Jun setiap tahun sekiranya diarahkan oleh Jawatankuasa Kewangan. BAHAGIAN IV PEMBUKAAN AKAUN SEMASA ATAU AKAUN TETAP 20. Jawatankuasa kewangan hendaklah memastikan pembukaan akaun semasa Bank tempatan mengikut aturan yang ditetapkan. Sebarang penambahan pembukaan akaun hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan dan dimaklumkan kepada Jabatan melalui Pegawai Turus Persatuan. 21. Sebarang bentuk pelaburan atau pembukaan akuan tetap (Fit Deposit), hendaklah dibentangkan dan diletakan paras siling anggaran belanjawan mengurus dengan mendapat kelulusan Persidangan / Mesyuarat Agung.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN 11/1/7/1 6 BAHAGIAN IV PENUTUPAN AKAUN 22. Sekiranya satu-satu akaun hendak ditutup setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan, baki semasa duit hendaklah ditempatkan di manamana akaun semasa sebagai kewangan tumpangan dengan disertakan dokumen rasmi yang jelas dan ditanda tangan kedua-dua pihak. TARIKH : 08 OGOS 2022
UNDANG-UNDANG KECIL PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 1 UNDANG-UNDANG KECIL PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PPRPD) Kuasa dan Kaedah Peraturan 1 : Nama Nama peraturan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 93 Akta Polis 1967 ini ialah Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia. Peraturan 2 : Tujuan 2.1. Memilih Ahli Jawatankuasa Bersama menurut Kaedah 23. 2.2. Membentang dan membincangkan laporan tujuan Jawatankuasa Bersama berkaitan kegiatan-kegiatan Persatuan Pusat. 2.3. Membincang dan meluluskan ketetapan-ketetapan, permohonan-permohonan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Persatuan Pegawai Rendah di semua peringkat dan merangkumi semua kaedah-kaedah persatuan. 2.4. Membincang dan meluluskan penggunaan kewangan yang tidak bercanggah dengan kaedah 33 (1). 2.5. Peraturan ini boleh diterima pakai bagi Jawatankuasa Pusat dan di semua peringkat. Peraturan 3 : Keahlian Semua Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia dari pangkat Konstabel ke Sub Inspektor, termasuk Sokongan dan Orang Asli secara amnya menjadi ahli Persatuan ini. Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia hendaklah terdiri daripada cawangan-cawangan berikut:- 3.1. Cawangan ‘A’ terdiri daripada pegawai-pegawai dari pangkat Sarjan hingga Sub Inspektor; dan
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 2 3.2. Cawangan ‘B’ terdiri daripada pegawai-pegawai dari pangkat Konstabel dan Koperal. Peraturan 4 : Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat Persatuan Pegawai Rendah Polis Jawatankuasa ini terdiri daripada lapan belas (18) orang wakil Pusat Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia, selepas itu akan disebut dalam perkataan ringkas Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat (PPRPD Pusat) yang terdiri daripada :- 4.1. Presiden; 4.2. Timbalan Presiden; 4.3. Naib Presiden; 4.4. Setiausaha; 4.5. Penolong Setiausaha; 4.6. Bendahari; 4.7. Penolong Bendahari; 4.8. Sepuluh (10) orang Exco Pusat yang dipilih atau dilantik bagi tahun yang berkenaan; 4.9. Empat (4) orang Exco tetap akan dilantik dalam persidangan Agung Pusat terdiri daripada Pengerusi Kontinjen Sabah, Briged Sabah, Kontinjen Sarawak dan Briged Sarawak; 4.10. Empat (4) orang akan dilantik oleh Presiden di luar sidang perwakilan terdiri dari Ahli Jawatankuasa atau perwakilan bagi jawatan Penolong Setiausaha, Penolong Bendahari dan dua (2) Ahli Jawatankuasa kerja; 4.11. Dua (2) Ahli Perwakilan Pusat dan Kontinjen dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan PDRM; 4.12. Dua (2) orang dilantik sebagai juruaudit dalaman dikalangan ahli; dan 4.13. Presiden boleh melantik wakil PRP Sokongan dan Orang Asli.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 3 Peraturan 4: (1) Perkataan Pengerusi’ sebagaimana dalam Kaedah-Kaedah Persatuan Polis Tahun 1973 di tukar kepada Presiden oleh YDH Tan Sri Musa bin Hassan – Ketua Polis Negara semasa Persidangan Perwakilan Pusat di Sutera Beach Resort Setiu, Terengganu bertarikh 11 hingga 14 Julai 2007. Peraturan 5 : Hilang Kelayakan Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat, Kontinjen atau Briged atau Formasi dan Daerah akan hilang atau gugur kelayakan mereka apabila berlaku pelanggaran di dalam mana-mana keadaan berikut :- 5.1. Meninggal dunia; 5.2. Disabitkan kesalahan tatatertib dengan hukuman turun pangkat atau buang kerja; 5.3. Terlibat dalam siasatan tatatertib dan dikenakan tindakan gantung kerja atau tahan kerja; 5.4. Bertukar atau keluar dari Kontinjen atau Briged atau Formasi asal kepada Kontinjen atau Briged atau Formasi yang baru (kecuali Exco Pusat); 5.5. Gagal menghadiri mesyuarat selama tiga (3) kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah secara bertulis; 5.6. Mencemarkan imej PDRM atau Persatuan Polis; 5.7. Kenaikan pangkat yang boleh mengubah kedudukan jawatan; dan 5.8. Sakit yang berpanjangan selama enam (6) bulan atau lebih. Presiden atau Pengerusi Kontinjen atau Briged atau Formasi atau Daerah hendaklah mengeluarkan surat atau notis pemberitahuan memecat secara bertulis Peraturan 6 : Mesyuarat Jawatankuasa Jawatankuasa Bersama Persidangan Wakil Pusat Persatuan Pegawai Rendah Polis hendaklah diadakan empat (4) kali setahun iaitu sekali dalam tempoh tiga (3) bulan atau mengadakan mesyuarat bila-bila yang
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 4 difikirkan perlu. Peraturan 7 : Pindaan Kaedah-Kaedah Penukaran atau penambahan kepada Undang-undang kecil bagi Kaedah-Kaedah Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia boleh dilakukan dengan persetujuan Pegawai Turus Persatuan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Persidangan Wakil Pusat Cawangan ‘A’ dan ‘B’. Setiap penukaran dan penambahan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Turus Persatuan untuk disahkan. Peraturan 8 : Tugas dan Tanggungjawab 8.1. Presiden 8.1.1. Bertanggungjawab terhadap dasar pengurusan dan pentadbiran PPRPD Pusat, Kontinjen atau Briged atau Formasi dan Daerah atau Bahagian atau Batalion atau Unit; 8.1.2. Mempengerusi semua persidangan agung dan semua mesyuarat diperingkat PPRPD Pusat; 8.1.3. Merancang, membincang dan melaksanakan semua aktiviti tahunan; 8.1.4. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan diambil tindakan sewajarnya; 8.1.5. Menjalinkan hubungan dan kesefahaman dengan pucuk pimpinan PDRM, pegawai-pegawai atasan yang berkaitan serta Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP); 8.1.6. Bertanggungjawab menubuhkan jawatankuasa kecil (jika perlu); 8.1.7. Mengawal dan menentukan perbelanjaan kewangan PPRPD Pusat digunakan untuk kepentingan aktiviti
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 5 PPRPD dan kebajikan ahli-ahli; 8.1.8. Memantau perbelanjaan kewangan Persatuan; 8.1.9. Mewakili Persatuan di dalam apa jua urusan yang selaras dengan objektif Persatuan dan tidak bertentangan dengan Seksyen 93 dan 95 Akta Polis; 8.1.10. Presiden mempunyai kuasa undi penentu; 8.1.11. Presiden boleh bersama Bendahari menandatangani cek bagi pihak Persatuan; 8.1.12. Membuat keputusan demi kepentingan warga PPRPD keseluruhan tanpa kepentingan individu tertentu; dan 8.1.13. Tugas-tugas lain yang berkaitan dan ditetapkan dari masa ke semasa. 8.2. Timbalan Presiden 8.2.1. Bertanggungjawab kepada Presiden; 8.2.2. Membantu Presiden mentadbir, merancang dan melaksanakan aktiviti; 8.2.3. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Presiden; dan 8.2.4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.3. Naib Presiden 8.3.1. Bertanggungjawab kepada Presiden dan Timbalan Presiden; 8.3.2. Membantu Presiden dan Timbalan Presiden mentadbir; merancang dan melaksanakan aktiviti; 8.3.3. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden; dan 8.3.4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden dan Timbalan Presiden.
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 6 8.4. Setiausaha 8.4.1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran PPRPD; 8.4.2. Bertanggungjawab menyimpan rekod dan minit semua mesyuarat Exco, mesyuarat Pengerusi Kontinjen dan mesyuarat yang berkaitan PPRPD; 8.4.3. Menyediakan laporan aktiviti PPRPD. 8.4.4. Memanggil mesyuarat, mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat; 8.4.5. Merekod dan mengurus surat menyurat serta fail-fail; 8.4.6. Mengemaskini maklumat yang diperolehi dari jabatan dan agensi lain yang berkaitan; 8.4.7. Mengurus dan menjaga aset PPRPD supaya sentiasa berada dalam keadaan baik; 8.4.8. Menandatangani cek semasa ketiadaan Presiden dengan kebenaran Presiden; dan 8.4.9. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.5. Penolong Setiausaha 8.5.1. Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas; dan 8.5.2. Menggantikan Setiausaha sepanjang ketiadaannya. 8.6. Bendahari 8.6.1. Bertanggungjawab kepada urusan kewangan PPRPD; 8.6.2. Menyimpan dan merekod hal-hal berkaitan kewangan; 8.6.3. Membentang laporan kewangan setiap kali mesyuarat Exco;
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 7 8.6.4. Bertanggungjawab keatas semua transaksi kewangan dengan resit atau nota perbelanjaaan dengan disahkan oleh Presiden atau exco atau ahli yang diarahkan oleh Presiden; 8.6.5. Menyediakan penyata akaun akhir tahun semasa untuk mesyuarat agung berakhir tahun semasa; 8.6.6. Penyata akaun hendaklah diserahkan kepada juruaudit yang dilantik atau dipilih mengikut kaedah untuk diaudit; 8.6.7. Menandatangani semua cek Persatuan bersama Presiden atau Setiausaha; dan 8.6.8. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.7. Ahli-Ahli Exco 8.7.1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Presiden; 8.7.2. Membantu urusan pentadbiran dan perlaksanaan aktiviti; 8.7.3. Menghadiri mesyuarat yang diadakan dari masa ke semasa; 8.7.4. Mengetuai atau menganggotai Jawatankuasa kecil atau biro sekiranya dilantik; dan 8.7.5. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. 8.8. Juruaudit 8.8.1. Membuat pengauditan akaun PPRPD Pusat dan Kontinjen; 8.8.2. Memeriksa pengauditan secara terperinci kewangan PPRPD Pusat serta mengesahkannya sebelum Persidangan Perwakilan Pusat;
PERSATUAN PEGAWAI RENDAH POLIS DIRAJA MALAYSIA (UNDANG-UNDANG KECIL - KUASA DAN KAEDAH) No. Keluaran : 01 No. Pindaan : - Tarikh : 08 OGOS 2022 RUJUKAN : KPN11/1/7/1 8 8.8.3. Membuat laporan bertulis dan melaporkan kepada Presiden dan dibentangkan semasa mesyuarat Exco PPRPD Pusat; 8.8.4. Bukan Ahli tetap Exco PPRPD Pusat, kehadiran semasa Mesyuarat Exco adalah mengikut arahan semasa; dan 8.8.5. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Presiden. NOTA : Juruaudit hendaklah bukan dari kalangan seorang Pegawai Polis dan diluluskan oleh Ketua Polis Negara untuk mengaudit akaun-akaun itu. Ketua Polis Negara boleh pada bila-bila masa meminta satu salinan penyata-penyata itu. Kaedah-Kaedah Persatuan Polis tahun 1973 Para 18 (2) dan (4) berkaitan. Peraturan 9 : Pembubaran Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia tidak boleh dibubarkan dengan sendirinya ataupun dengan desakkan. Tabung Kewangan Khas boleh dibubarkan dengan bersendirian atas 2/3 perwakilkan dari mesyuarat Jawatankuasa Persidangan Wakil Pusat Cawangan ‘A’ dan ‘B’. Sekiranya pembubaran Tabung Kewangan itu dilakukan mengikut syarat-syarat tersebut maka segala hutang dan lainlainnya yang berkaitan dengan tabung itu hendaklah dijelaskan terlebih dahulu dan bakinya akan dirujuk semasa mesyuarat Persidangan Wakil Pusat Cawangan ‘A’ dan ‘B’ untuk mendapatkan keputusan. TARIKH : 08 OGOS 2022