SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A
TTOOKOH KKEEMMEERRDDEEKKAAAANNNENGEAGRAARA
NAMA: MUHAMMAD WAFIY HAMIZAN BIN NORAZAM
KELAS: 6 JUJUR
NAMA GURU: NORIDAYU BINTI ABDUL JAABAR
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. PENGHARGAAN
3
2. PENDAHULUAN
4
3. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ 5-13
14-18
4. TUN DR ISMAIL DATO HAJI ABDUL
RAHMAN 19 -24
25-26
5. TUN SIR HENRY LEE HAU-SHIK
27-30
6. TUN VEERASAMY THIRUNYANA
SAMBANTHAN 32
33
7. ABDUL RAHMAN BIN TUANKU IMAM
NUH
8. KESIMPULAN
9. RUJUKAN
2
`
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Melalui peluang keemasan ini, saya Muhammad Wafiy Hamizan bin Norazam
ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu
bapa saya dan guru sejarah saya iaitu Noridayu binti Abdul Jaabar kerana telah
banyak memberikan saya tunjuk ajar sehingga siapnya buku skrap sejarah ini.
Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditunjukkan pada ahli keluarga saya
yang banyak membantu saya menyiapkan buku skrap ini. Buku skrap ini juga telah
menjadi salah satu daripada proses mengulangkaji bagi saya. Saya berharap
pencapaian saya dalam matapelajaran ini akan bertambah baik.Semoga kerja
khusus seperti ini akan terus dijalankan untuk masa akan datang untuk
memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan sejarah pelajar-pelajar.
Akhir kata sekali lagi ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan buku skrap
ini.Saya juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya terdapat
sebarang kesalahan yang tidak disengajakan di dalam buku skrap ini.
Sekian, terima kasih.
3
PENDAHULUAN
Tokoh kemerdekaan merupakan individu yang perlu kita sanjungi
kerana mereka adalah pejuang negara di dalam mencapai kemerdekaan. Tanpa
mereka, belum tentu kita dapat hidup aman damai seperti sekarang.
Antara tokoh kemerdekaan yang perlu dikenang adalah Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj, Tun Dr Ismail Dato Haji Abdul Rahman, Tun Sir Henry Lee
Hau-shik, Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan dan Abdul Rahman bin Tuanku
Imam Nuh. Mereka merupakan individu penting di dalam mencapai kemerdekaan
negara dan memastikan negara kita berada di dalam keadaan aman damai.
Negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke – 64. Justeru itu,
sebagai generasi muda, kita seharusnya mengambil contoh dan iktibar daripada
tokoh-tokoh tersebut. Kita perlu mengetahui latarbelakang, pendidikan, kerjaya
politik dan sumbangan tokoh berkenaan terhadap negara.
Dengan mengetahui latarbelakang dan sumbangan tokoh
kemerdekaan, akan dapat menyemai semangat cintakan negara. Seterusnya kita
akan merasa bersyukur terhadap nikmat kemerdekaan yang dikecapi sekarang.
4
HASIL KAJIAN
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
TUNKU ABDUL RAHMAN
• Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada
tahun 1957sehingga 1970.
• Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada
pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang
sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
5
KEHIDUPAN PERIBADI
• Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh
kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24.
• Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah
gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai
daerah Thailand.
• Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul
Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
• Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-
beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk
pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta
bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.
PENDIDIKAN
• Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan
Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di
sekolah itu
• Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku
kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini
dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang
dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
• Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk
menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar
di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan
meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR
Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau
menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
• Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah
untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau
merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah
tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St
Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah
kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu
terpaksa meminta maaf.
• Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang
di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya
yang lalu.
• Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada
tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di
6
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai
Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya.
• Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk
menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir.
Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita
bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan
Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah
• Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak
antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun
berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola
Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.
KELUARGA
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan
Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau
dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku
Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi
penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
• Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid.
Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang
juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun
1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya
di Kedah.
• Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil
tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini
seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua
orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku
Mastura.
KERJAYA POLITIK
• Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja
di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan
selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
• Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan
kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain.
• Datuk Onn Jaafarmengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk
menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya.
Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan
7
jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau
memegang jawatan itu selama 20 tahun.
KEGIATAN ISLAM
• Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku
mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk
membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau
memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
• Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan
daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang
pertama di Kedah pada tahun 1951.
• Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian
menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam
OIC.
• Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan
Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
MENINGGAL DUNIA
• Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau
Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal
dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.
• Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam
Diraja Langgar, Alor Star.
GARIS MASA
• 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin.
8
• 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku
Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar
di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
• 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
• 1919 (umur 16): Belajar di England.
• 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan
bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
• 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di
Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang
lalu.
• 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner
Temple.
• 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya
sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
• 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
• 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak
tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan
dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama
Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
• 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
• 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton.
Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
• 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga
bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan
Sungai Petani.
• 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran
dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik
semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
• 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di
Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah
Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar
Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
• 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan
Kawalan Am Selatan Kedah.
• 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
9
• 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian
* 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
• 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke
pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk
bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya
dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
• 1946: Menyertai UMNO.
• 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn
Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat
negeri yang pertama di Kedah.
• 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi
menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
• 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan
Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua
Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
• 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada
Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini
buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
• 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan
bolasepak antarabangsa.
• 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation
(AFC) (1958 – 1976).
• 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah
pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai
Muslim.
• 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA)
yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah
Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
• 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah
Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
• 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang
lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
• 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
10
• 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden
Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
• 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan
Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
• 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja
Langgar di Alor Star.
11
12
13
TUN DR ISMAIL DATO HAJI ABDUL RAHMAN
ISMAIL ABDUL RAHMAN
Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman[1] (4 November 1915 – 2 Ogos
1973) merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri
Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Beliau juga mempunyai abang yang
bernama Dato' Suleiman Abdul Rahman.
14
KEHIDUPAN AWAL
Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di Johor Bahru, Johor. Beliau berasal dari
keluarga yang berstatus elit. Bapanya, Dato’ Abdul Rahman Mohamed Yassin pernah
bekerja sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri.[2] Bapa
beliau juga merupakan Speaker Dewan Negara yang pertama. Bapanya juga
berperanan untuk menubuhkan Persatuan Melayu Johor yang fungsinya adalah untuk
menentang Malayan Union. Sebagai ketua Orang Tujuh, mereka menuntut Sultan
Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani persetujuan
penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor 1895.
PENDIDIKAN
Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Zaharah dan
kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Bahru.
Setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, beliau
melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine, Singapura dari tahun 1936
hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di
Queen's College, The University of Melbourne, Australia sehingga memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1945. Beliau mendapat
penghargaan dan menjadi kebanggaan negara kerana menjadi anak melayu pertama
lulus Ijazah Perubatan dari Universiti tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau menyertai
Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya
sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Bahru.
JAWATAN SEMASA HAYAT
15
Beliau terdorong untuk menceburi politik selepas perletakan jawatan Dato' Onn
Jaafar sebagai Presiden UMNO dan digantikan oleh Tunku Abdul Rahman. Beliau
menceburkan arena politik setelah dilantik sebagai Timbalan Presiden UMNO pada
1951.
Beliau merupakan duta pertama dari Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun 1957.
Beliau juga diberikan pentauliahan untuk menjadi duta negara ke Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Jawatan ini dipegang oleh beliau sehingga tahun 1959.
Beliau pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 1 September 1960
sehingga 21 Mei 1967, apabila beliau meninggalkan kabinet atas sebab-sebab
kesihatan. Kekosongan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah diisi
oleh Tun Abdul Razak.
Beliau sekali lagi dilantik oleh Tun Abdul Razak menjadi menteri Hal Ehwal Luar Negeri
pada 14 Mei 1969 berikutan peristiwa berdarah 13 Mei. Tun Abdul Razak
mempengerusikan MAGERAN dan meminta beliau untuk menjadi Timbalan Pengarah
MAGERAN (Mei 1969-Februari 1971). Beliau kembali menjawat jawatan Kabinet dan
kekal sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri sehingga 1 Ogos 1973.
Semasa hayat beliau, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri
Perdagangan dan Perusahaan, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Jawatan terakhir yang
dipegang oleh beliau adalah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau juga
merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kedua selepas Tun Abdul
Razak pada 1970.
Jasa yang paling besar dilakukan oleh beliau adalah mengembalikan keyakinan rakyat
Malaysia terhadap Kerajaan Malaysia. Berikut merupakan kata-kata yang dikeluarkan
oleh Tun Suffian mengenai jasa beliau.
MENINGGAL DUNIA
Pada 2 Ogos 1973, Tun Dr. Ismail meninggal dunia kerana serangan jantung dan
jenazahnya telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur dan
menjadi pemimpin pertama yang disemadikan di situ.
16
Makam Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman di Makam Pahlawan, Masjid
Negara, Kuala Lumpur.
UNGKAPAN TERKENAL
Jangan sapu ke bawah permaidani.
Ini adalah ungkapan popular beliau. Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan
ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja sehingga
akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
PENGHORMATAN
• Pidato Tun Dr. Ismail diadakan sekali setiap dua tahun oleh Akademi Perubatan
Malaysia untuk memperingati beliau. Pidato ulung itu telah diberikan oleh Yang Amat
Arif Tun Mohamed Suffian bin Mohamed Hashim, Ketua Hakim Negara pada bulan
Ogos 1974.
• Sebuah tempat di kawasan Segambut, Kuala Lumpur telah dinamakan Taman Tun
Dr. Ismail sebagai memperingati jasanya.
• Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) di UTM Skudai sempena memperingati jasa beliau
kepada negara.
• Kolej Tun Dr. Ismail di UPM, Serdang dinamakan untuk memperingati beliau. Salah
sebuah kolej yang ternama dan unggul dalam bidang sukan, kebudayaan dan
akademik. Beberapa tokoh terkenal negara sempat meluangkan masa bersama
warga kolej KTDI UPM.
• Kolej kediaman Tun Dr. Ismail di UTHM, Batu Pahat juga diberikan dengan
menggunakan nama beliau
• Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail di UKM, Cheras (PPUKM) mengambil nama beliau
sempena memperingati jasa beliau sebagai seorang doktor dan negarawan yang
banyak berjasa kepada tanah air ini.
17
TUN SIR HENRY H S LEE
H . S . LEE
Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (19 November
1900–22 Jun 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri
Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah
menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.
H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari
Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun.[1] Pada 1924, H. S.
Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat
menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.
Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam
menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara
kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.
18
KEHIDUPAN AWAL DAN PENDIDIKAN
Henry Lee Hau Shik dilahirkan pada 19 November 1900 di Hong Kong, anak sulung
pengusaha terkemuka dan kaya Lee Kwai-Lim dan Kam Kwok-Chun. Keluarganya
menjalankan sebuah syarikat perdagangan sutera, Kam Lun Tai, dan juga terlibat dalam
penghantaran dan perlombongan, dengan pejabat di Hong Kong dan Singapura.[3] Dia
mempunyai dua saudara lelaki dan dua adik perempuan.
Datuk saudaranya telah menjadi pegawai kanan semasa pemerintahan Empayar
Tongzhi dari dinasti Qing manakala datuknya adalah seorang ulama terkenal dan
dermawan di kampung halamannya Zhenlong, Xinyi di Guangdong.[nyatakan menurut siapa?]
Lee menerima pendidikan menengah di Guangzhou pada tahun 1914, sebelum
menghadiri Queen's College di Hong Kong. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang
Ekonomi dan Undang-undang di University of London dan St John's College,
Cambridge,[4] di mana beliau mengenali King George VI.[3]
Kerja pertama Lee adalah sebagai pegawai kerajaan di Hainan, yang dia berhenti
selepas tiga hari kerana bosnya hanya akan bermain mahjong sepanjang hari.[5] Beliau
kemudiannya bekerja di P&O Bank di Hong Kong.
KEHIDUPAN DI TANAH MELAYU
Lee datang ke Malaya bercuti pada tahun 1924 dan terus bertandang setelah
memperoleh lombong bijih timah di Kepong, kemudiannya mendirikan dirinya sebagai
pemilik tambang utama di Selangor dan Perak.
Di Malaya, Lee terlibat dalam persatuan Cina dan puak dan menjadi pemimpin yang
diiktiraf oleh masyarakat Guangdong dan Gaozhou. Beliau membantu membentuk
Persatuan Kwantung, Persatuan Perlombongan Cina dan Dewan Perdagangan
China.] Beliau juga pernah menjadi Presiden Persatuan Pelombong Negeri Sembilan,
Selangor dan Pahang dari tahun 1938 hingga 1955 dan Presiden Persatuan Pelombong
Timah Seluruh Malaya antara 1946 dan 1955.
Pada masa yang sama, beliau adalah presiden Persatuan Kwang Tung Selangor,
Persatuan Kwang Tung Kebangsaan, Persatuan Pan-Malayan Kochow, Persatuan
United Lees, Persekutuan Persatuan Palang Merah Malaya dan Kuen Cheng Girls
School.
Apabila Jepun menyerang China pada tahun 1937, Lee, yang dikenali dengan
persekutuannya dengan Parti Kuomintang China, mengetuai Dana Bantuan China
Selangor untuk menyokong China. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Angkatan
Pertahanan Pasif Kuala Lumpur pada tahun 1941. Berikutan usaha perang anti-Jepun,
Lee terpaksa melarikan diri dengan keluarganya ke Mumbai melalui Chongqing ketika
perang sampai Malaya pada tahun yang sama dan Jepun satu pemberian kepadanya.
Lee telah dijadikan kolonel dalam tentera Kuomintang, kemudian berpusat di Burma,
selepas bertemu Chiang Kai-shek di Chongqing. Kemudian, Lee juga dijadikan kolonel
19
Tentera British di India dan dihubungkan antara dua tentera Sekutu sepanjang
sempadan China-Burma untuk baki perang.
KERJA POLITIK
Selepas Perang Dunia II, Lee dilantik ke jawatankuasa yang ditugaskan untuk membina
semula ekonomi Malaya, yang telah menderita semasa pendudukan Jepun. Apabila
peraturan darurat telah dikenakan oleh British pada tahun 1948 sebagai tindak balas
kepada pemberontakan komunis, beliau telah dilantik ke Majlis Penasihat Malayan
Union, Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Eksekutif Persekutuan.
Lee juga merupakan penasihat kepada Pengarah Operasi yang mewakili masyarakat
perlombongan dan pertanian, dan berjaya memujuk Pesuruhjaya Tinggi British untuk
Malaya Gerald Templer untuk menyusun semula Pengawal Rumah di Lembah Kinta
supaya mereka dapat mempertahankan lombong timah. Untuk penentangan aktifnya
terhadap komunis, dia dilabelkan sebagai "anjing yang menjalankan British" dan
sejumlah 60,000 dolar Malaya diletakkan di kepalanya.[7]
Pada masa yang sama, Lee merasakan perlu bagi masyarakat Cina untuk membezakan
dirinya daripada penyokong komunis etnik Cina dan membentuk Persatuan Cina Tanah
Melayu (MCA) Selangor, dengan sokongan Dewan Perdagangan dan Kesatuan Cina
Cina di negeri ini. Negeri-negeri lain akhirnya mengikutinya dan menubuhkan persatuan
mereka sendiri. Lee kekal ketua MCA Selangor sehingga 1955, apabila beliau
kehilangan jawatan itu kepada Ong Yoke Lin.[9]
Lee juga terlibat dalam penubuhan badan pusat MCA pada tahun 1949. Beliau membuat
peraturan dan peraturan parti bersama-sama dengan Yong Shook Lin dan Khoo Teik
Ee, dan memainkan peranan penting dalam mendapatkan Tan Cheng Lock menjadi
ketua jawatankuasa pemandu MCA dan presiden pertama
20
PARTI PERIKATAN
Lee memainkan peranan penting dalam memajukan susunan ad hoc
dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk bertanding dalam
pilihan raya tempatan 1952 yang kemudiannya akan berkembang menjadi Parti
Perikatan, pendahulu kepada gabungan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia
sejak kemerdekaan.[2]
Lee, dalam kapasitinya sebagai ketua MCA Selangor, dan Pengerusi UMNO Kuala
Lumpur Yahya Razak bersetuju untuk meletakkan calon tunggal di Kuala Lumpur untuk
menentang Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang dahsyat. IMP dipimpin oleh
pengasas UMNO Onn Jaafar dan mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin
MCA - termasuk presiden MCA, Tan Cheng Lock - kerana sikap bukan komuniti parti
itu.[2][5][10]
Lee telah menarik perhatian Yahya dengan manifesto pilihan raya yang beliau tulis
untuk MCA Selangor, yang mengisytiharkan bahawa "kepentingan ahli komuniti lain juga
harus diwakili" walaupun penduduk China yang besar di Kuala Lumpur. Yahya
kemudian menghubungi rakan sekolah bekas Victoria Institution Ong Yoke Lin, seorang
lagi pemimpin MCA, yang menetapkan mesyuarat perwakilan dari MCA dan UMNO.
Pada 7 Januari 1952, kedua-dua pihak bersetuju untuk bertanding bersama dalam
pilihan raya, membariskan 12 calon - lima orang Melayu, enam orang Cina dan satu
orang India.[10]
Pakatan pilihan raya tempatan pada mulanya ditentang dari dalam kedua-dua MCA dan
UMNO. Pemimpin MCA kanan Tan Siew Sin dan Khoo Teik Ee mengumumkan semasa
tempoh kempen bahawa jawatankuasa kerja pusat parti itu tidak meluluskan perikatan
itu dan meminta pengundi untuk menyokong IMP bukan kaum. Yahya dituduh menjual
orang Melayu dengan bekerja dengan orang Cina dan ketua bahagiannya Datin Putih
Mariah meletak jawatan beberapa hari sebelum pilihan raya sebagai protes.[10]
Akhirnya, tiket UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan di
Kuala Lumpur, gagal memenangi mana-mana kerusi di Bangsar. Dalam minggu-minggu
selepas pilihan raya Kuala Lumpur, Lee bersentuhan dengan presiden UMNO Tunku
Abdul Rahman, yang mengutuk pakatan aliansi kedua-dua parti. Walaupun beberapa
keengganan awal, Tan Cheng Lock, yang lebih suka bekerja dengan Onn, akhirnya
bersetuju untuk bertemu dengan Tunku bersama Lee pada 18 Mac 1952 untuk
membincangkan penggabungan itu. Selepas beberapa pusingan perbincangan dengan
pemimpin MCA yang lain, Parti Perikatan diinstitusikan.[2]
Lee telah berjaya membawa Tan ke sudut pandangannya dengan memberitahunya
kepada Laporan Jawatankuasa Pilihan Ordinan Imigresen 1950, di mana Onn adalah
penandatangan kepada Laporan Majoriti dengan cadangan yang tidak menguntungkan
orang Cina dan ditentang oleh ahli Cina Majlis Undangan. Ini menimbulkan keraguan
dalam minda Tan mengenai komitmen Onn terhadap keadilan pelbagai kaum.[10]
Perikatan akan terus menyapu pilihan raya tempatan yang diadakan di tempat lain pada
tahun itu dan secara tegas memenangi pilihan raya umum 1955 untuk membentuk
kerajaan pertama yang dipilih secara tempatan, dengan Tunku sebagai ketua menteri.
Lee dilantik sebagai menteri pengangkutan, salah satu daripada tiga portfolio yang
dipegang oleh MCA dalam Kabinet Tunku.[11]
21
JALAN KE KEMERDEKAAN
Pada tahun 1956, Lee dan Tan Tong Hye dipilih untuk mewakili MCA sebagai
sebahagian daripada perwakilan Perikatan yang pergi ke London untuk menekan Britain
untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Lee adalah satu-satunya
penandatangan Cina kepada perjanjian kemerdekaan yang disimpulkan di London pada
tahun itu.[2][11] Dengan kemerdekaan pada tahun 1957, Tunku, sekarang perdana
menteri, telah melantik Lee sebagai menteri kewangan pertama Malaya. Tugas
utamanya termasuk mewujudkan dasar kewangan negara dan penciptaan Bank Negara
Malaya. Lee meletak jawatan dari jawatan itu dua tahun kemudian kerana sakit.[5]
Selepas bersara daripada politik pada tahun 1959, Lee mengambil alih jawatan
Pengerusi Kewangan untuk Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya sehingga 1961.
Pada tahun 1966, beliau menubuhkan Bank Pembangunan dan Perdagangan (Bank
D&C), yang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Beliau akan mengetuai bank itu
sehingga kematiannya pada tahun 1988.
PENCAPAIAN LAIN
Lee adalah seorang olahragawan yang berminat dan pemain golf yang gemar. Beliau
dilantik sebagai presiden Kelab Golf Senior serta Persatuan Golf Malaya pada tahun
1957. Antara 1957 dan 1959, beliau mengetuai Majlis Sukan Olimpik Persekutuan
Tanah Melayu. Di samping itu, beliau mengamalkan taijiquan atas sebab-sebab
kesihatan.[7]
Lee adalah presiden pertama Oxford dan Cambridge Society of Malaysia.[12]
Beliau juga mengasaskan China Press pada tahun 1946 untuk menentang pengaruh
komunis Min Sheng Pao, satu-satunya akhbar tempatan China pada masa itu.
22
KEHIDUPAN PERIBADI
Lee bertemu isteri pertamanya, Dawn Kathleen Glen, seorang pelajar Bahasa Inggeris,
ketika belajar di Cambridge. Mereka mempunyai dua anak lelaki, Douglas dan Vivien
Leslie, di Hong Kong. Glen kembali ke Britain dengan baik dengan Vivien selepas
terjatuh dari ibu Lee, yang tidak menyukai cita-cita menantu perempuan untuk merokok
dan kereta sukan. Lee berkahwin dengan isteri keduanya, Kwan Choi Lin, yang
mempunyai tujuh anak lagi. Beliau menamakan anak-anaknya sempena tempat-tempat
di mana mereka dilahirkan.[13]
Dua anaknya juga memasuki politik. Douglas Lee Kim Kiu berjaya bertanding pada
pilihan raya 1952 Kuala Lumpur manakala Alexander Lee Yu Lung secara ringkas di
MCA sebelum menyertai Gerakan dan menerima beberapa jawatan timbalan menteri
antara 1989 dan 1995.
PENGIKTIRAFAN
Lee telah dilantik sebagai Panglima Perintah Kerajaan British (CBE) pada tahun 1948
oleh Raja George VI dan Panglima Kesatria Perintah Kerajaan British (KBE) pada tahun
1957 oleh Ratu Elizabeth II sebagai pengiktirafan perkhidmatannya kepada kerajaan
penjajah British.[7]
Pada tahun 1959, Lee dianugerahi Seri Maharaja Mangku Negara, yang membawa
gelaran "Tun", atas sumbangannya yang signifikan terhadap perjuangan kemerdekaan
Tanah Melayu dan pembinaan negara. Beliau adalah penerima ke-10 anugerah itu.[7]
Jalan Bandar, yang pada asalnya dikenali sebagai High Street, telah dinamakan semula
Jalan Tun H.S. Lee di dalam penghormatannya pada November 1988.
23
TUN V T SAMBATHAN
Di dalam nama orang India, nama Sambanthan ialah nama bapa, bukannya nama
keluarga, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Veerasamy
Thirunyana.
Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 – 18 Mei 1979) ialah Presiden
kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh
dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.
Kehidupan awal
Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah
di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya
dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai
di India Utara. Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan
sekolah dan universiti.
24
Politik
Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India
Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.
Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti
campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina
Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama
di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri
Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.
Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang
merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya
berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu
mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).
Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan
salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan
dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik
menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh
Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri
kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan
dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam
menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.
Pilihan raya 1959
Sebagai ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia, beliau menang bertanding dalam Pilihan
Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Sungai Siput, negeri Perak (1958-1964).
Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana
Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas
merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana
diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika
itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen
bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan
pembangkang menang 30 kerusi.
Meninggal dunia
Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta
Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada
tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan
Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan sejak
1982. Serta, Monorel Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun
Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan.
25
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh
DATO BAHAMAN
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'
Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan,
kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.
26
Asal usul
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Kota Raja,
Acheh, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan.
Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah
menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan
itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman
Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British. Beberapa versi tentang
tempat kelahiran Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh. Terdapat juga
versi mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di Lanchang. Pada hari
ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk Bahaman di Lanchang.
Lanchang suatu ketika dahulu digelar sebagai Semantan, kerana itu Dato' Bahaman
mendapat jolokan Pahlawan Semantan.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan
menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan
Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.
Anugerah
Dato’ Bahaman telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dan
dianugerahkan dengan gelaran Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan kerana beliau
telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara
antara Sultan Ahmad dan adinda baginda Wan Mutahir serta memimpin pasukan
Pahang untuk membantu Tengku Kudin dalam perang Saudara di Klang, Selangor.
Selepas kematian Orang Kaya Indera Segara, Dato’ Bahaman telah dilantik oleh Sultan
Ahmad sebagai Orang Kaya Temerloh. Dengan pangkat tersebut, kedudukan Dato’
Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkali diajak
berunding oleh baginda Sultan Ahmad.
Perang Semantan
Rencana utama: Perang Semantan
. Punca utama Perang Semantan ialah ketidakpuasan hati Orang-orang Besar Pahang
terhadap campur tangan British ke atas kawasan mereka. Ketegangan itu bermula pada
bulan Disember 1890 ketika E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis di Lubuk
Terua yang terletak di kawasan Dato' Bahaman, tanpa sebarang perundingan
dengannya. Apabila Hugh Clifford, Pemangku Residen British Pahang, mengetahui hal
tersebut, beliau menasihatkan Sultan dan baginda kemudian menitahkan Dato'
Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat disiasat. Oleh sebab Dato'
Bahaman enggan ke Pekan, Sultan mengeluarkan surat perintah yang melucutkan
pangkat dan tarafnya sebagai Orang Kaya Semantan.
27
Tindakan itu menyakitkan hati Dato' Bahaman. Keadaan ini menyebabkan beliau dan
pengikut-pengikutnya menyerang hendap C.E.M Deaborough di Sungai Semantan
pada 15 Disember 1891 ketika beliau menyangka Desborough datang untuk
menangkapnya. Dalam serangan tiba-tiba itu, pihak Desborough telah kalah dan mereka
melarikan diri ke bandar Temerloh
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai British Pahang
menyediakan tentera untuk melawan pembangkang-pembangkang Melayu. Ekoran dari
itu pada 26 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku
Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato'
Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato'
Bahaman tetapi pihak British sekali lagi ditewaskan
Buruan Orang British
Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah menjadi orang yang paling kuat danmemaksa
Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu
pasukan yang dinamakan “Gerakan Tentera” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892
dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjata api yang
dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali
Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain
daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar,
jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang
memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan
tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir.
Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah
Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua.
Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak
Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal
oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan
gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa
berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah
menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada
14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman
bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral
Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman,
Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam
serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama
empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan.
Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
28
Sir Hugh Clifford, Residen Bristish di Pahang melancarkan serangan secara besar-
besaran yang menelan belanja yang banyak, memburu mereka hingga ke Terengganu
dan Kelantan.
Gerakan itu dihentikan pada bulan November 1895 apabila Datuk Bahaman, Pawang
Nong dan Mat Lela dikatakan menyerah diri kepada kerajaan Siam tetapi diberi tempoh
perlindungan dan ditempatkan di Chiengmai pada awal 1896, manakala Tok Gajah dan
Mat Kilau diberitakan meninggal di Terengganu.
Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak
Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak
7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.
Persetiaan sumpah
Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato’ Bahaman dan pengikutnya telah
mengambil keputusan pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan telah dilakukan di Kg.
Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah, dimana para pejuang bersumpah akan
menggunakan nama lain dan tidak akan mendedahkan siapa diri mereka sebenarnya.
Seramai 7 orang terlibat dalam sumpah persetiaan itu, iaitu Dato’ Bahaman (Panglima
Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (Kilat
Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).
Pada tahun 1911, Dato’ Bahaman telah kembali ke Kelantan manakala Mat Lela pergi
ke Indonesia, sementara 2 orang pejuang lagi telah meninggal dunia di Patani, Siam.
Pada tahun 1920, Dato’ Bahaman balik ke Kuantan dan tinggal di Kg. Paya Lalang
(Padang Lalang) dengan memakai nama Lebai Deraman. Pada tahun 1926, Dato’
Bahaman berpindah ke Kg. Peramu dan dikenali sebagai Tok Guru Peramu. Mat Kilau
pula dikatakan berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjung Medang, Kg. pasir Panjang, Kg.
Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang. Mamat Kelubi dan Panglima Hitam
tidak diketahui kisahnya. Dato’ Bahaman tinggal di Kg. Peramu sehingga kematiannya.
Tok Guru Peramu
Terdapat dakwaan dan laporan yang mengatakan bahawa seorang individu yang
bernama Tok Guru Peramu ialah Dato' Bahaman. Tok Guru Peramu meninggal dunia
pada 23 Julai 1977 tanpa mengakui identiti beliau yang sebenar.
29
KESIMPULAN
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana saya telah berjaya
menyiapkan buku skrap ini.Terima kasih diucapkan kepada semua
pihak yang memberi tunjuk ajar di dalam menyiapkan buku skrap ini
terutamanya kepada kedua ibu bapa saya, guru-guru dan rakan-rakan.
Ribuan terima kasih juga diucapkan khusus kepada guru mata pelajaran
sejarah saya iaitu Cikgu Noridayu Binti Abdul Jaabar yang sentiasa
memberi bimbingan.
Melalui buku skrap ini saya dapat mempelajari banyak perkara.
Di antaranya adalah mengenai pengorbanan dan jasa tokoh
kemerdekaan Negara di dalam mencapai kemerdekaan.
Oleh sebab itu, sebagai generasi muda, kita seharusnya
menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dan sentiasa bersyukur
kerana dapat menjadi rakyat Malaysia.
Harapan saya agar buku skrap ini akan dijadikan contoh tauladan
sepanjang zaman kepada semua pembaca khususnya dan rakyat
Malaysia semua umumnya. Semoga tokoh kemerdekaan ini akan
dijadikan iktibar merentasi sepadan dan zaman.
Sekian, terima kasih.
30
RUJUKAN :
1. Buku teks Sejarah Tahun 6
2. Buku “Tokoh Kemerdekaan”
3. Rujukan daripada laman web:
https://en.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
4. Rujukan Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=a-Mg5E09xe8
5. Temubual dengan ibu bapa
31
TAMAT
32