KUMPULAN PAHAT :
1. Ainun Syafiah Binti Abdul Fatah (D20182086633)
2. Nur Irlna Izmin Binti Aziddin (D20182086383)
3. Noor Halizah Binti Zali (D20182085212)
4. Khair Anwar Bin Mohamad Yussuf (D20182086385)
5. Muhammad Ashraff Bin Mohd Asri (D20182086388)
6. Muhammad Amir Bin Mat Yusof (D20182086371)
1.0 PENGENALAN Senarai Kandungan 5.0 LANGKAH
1.1 Pengenalan Pahat PENJAGAAN
1.1.1 Sudut Mata Pahat 3.0 PENGGUNAAN PERALATAN PERALATAN
1.1.2 Jenis-jenis Pahat PERABOT
1.2 Pengenalan Spirit Level 6.0 LANGKAH
1.3 Pengenalan Tukul 3.1 Cara penggunaan Pahat KESELAMATAN
1.4 Pengenalan Pemutar 3.2 Cara penggunaan Spirit Level PENGGUNAAN
Skru Rata 3.3 Cara penggunaan Tukul Kuku PERALATAN
2.0 FUNGSI Kambing 7.0 KESIMPULAN
PERALATAN PERABOT 3.4 Cara penggunaan Pemutar Skru Rata 8.0 LAMPIRAN
9.0 RUJUKAN
2.1 Fungsi Pahat 4.0 KAEDAH PENYIMPANAN
2.2 Fungsi Spirit Level PERALATAN
2.3 Fungsi Tukul
2.4 Fungsi Pemutar Skru 4.1 Kaedah penyimpanan Pahat
4.2 Kaedah penyimpanan Spirit Level
Mata Rata 4.3 Kaedah penyimpanan Tukul
4.4 Kaedah penyimpanan Pemutar Skru
Rata
1.0 Pengenalan
1.1 Pengenalan Pahat
• Pahat merupakan alat besi yang berbentuk bilah bersegi
dengan mata yang tajam dihujungnya. Kegunaan utamanya
adalah bersama tukul/penukul untuk menebuk lubang dan
memperkemaskan takuk tanggam serta mengukir kayu.
• Ia juga digunakan untuk mengukir atau memotong bahan keras
dengan tangan seperti kayu, batu, atau logam dengan tempaan
tukul atau kuasa mekanikal.
• Perbuatan memahat adalah perbuatan mengenakan kuasa yang
kuat ke atas pahat dan mengena kepada bahan untuk
memotong bahan tersebut, dengan menggunakan tangan atau
tukul.
1.1.1 Sudut Mata Pahat
• Apabila hendak memahat sesuatu bahan, sudut-sudut
yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja
tersebut dapat dilakukan dengan berkesan.
• Sudut pahat dipegang antara 35% hingga 40%. Jika
keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan
yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat
bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak
dipotong.
1.1.2 Jenis-jenis Pahat
Terdapat lima jenis pahat yang biasa digunakan di dalam
bengkel kejuruteraan iaitu:
• Pahat kuku
• Pahat mata rata
• Pahat mata lintang
• Pahat mata bulat
• Pahat mata bentuk intan
1.2 PENGENALAN SPIRIT LEVEL
• Spirit level direka untuk menunjukkan sama ada
permukaan mendatar atau menegak.
• Ia juga digunakan untuk menilai kerataan
permukaan.
1.3 PENGENALAN TUKUL
• Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam
bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh
dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut
• Tukul besi digunakan untuk kerja-kerja menggegas dan
menanda.
• Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja
dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan
mengembang apabila ditukul.
• Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut.
• Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted
gum.
• Berat tukul besi ialah antara 25kg. hingga 1.5kg. Untuk
kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1kg digunakan.
1.4 PENGENALAN PEMUTAR SKRU RATA
• Merupakan sejenis alatan tangan yang digunakan untuk
melonggarkan dan mengetatkan skru.
• Digunakan dengan cara memutar pemegangnya pada arah
lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk
mengetatkan skru.
• Mempunyai bahagian hujung yang dibentuk mengikut
alur skru bagi memudahkan skru dapat dilonggarkan dan
diketatkan.
2.0 Fungsi Peralatan Perabot
2.1 Fungsi Pahat
Memotong
Mengupas
Pembuatan lubang terhadap suatu benda seperti kayu
2.0 Fungsi Peralatan Perabot
2.2 Fungsi Spirit Level
Mengukur atau menentukan sebuah benda atau garis dalam
posisi rata baik pengukuran secara Vertikal, Horizontal dan
Bersudut 45 darjah.
2.0 Fungsi Peralatan Perabot
2.3 Fungsi Tukul
Digunakan untuk mengetuk paku
Digunakan untuk mencabut paku
Untuk membentuk kepingan logam nipis
2.0 Fungsi Peralatan Perabot
2.4 Fungsi Pemutar Skru Mata Rata
Merupakan sejenis alatan tangan yang digunakan untuk
melonggarkan dan mengetatkan skru.
Digunakan dengan cara memutar pemegangnya pada arah
lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk
mengetatkan skru.
Mempunyai bahagian hujung yang dibentuk mengikut alur
skru bagi memudahkan skru dapat dilonggarkan dan
diketatkan.
3.0 Penggunaan Alatan Perabot
3.1 Cara penggunaan Spirit Level
1. Cara mengukur kerataan kayu secara Vertikal (Sudut 90
darjah).
3.0 Penggunaan Alatan Perabot
3.1 Cara penggunaan Spirit Level
2. Cara mengukur kerataan kayu secara Horizontol.
3.0 Penggunaan Alatan Perabot
3.1 Cara penggunaan Spirit Level
3. Cara mengukur kerataan kayu secara Bersudut 45 darjah.
3.0 Penggunaan Alatan Perabot
3.2 Cara penggunaan Pahat
1. Pahat Tepi Serong
Mata pahat berbentuk serong dan dibuat daripada besi yang
keras.
Hulu pahat dibuat daripada kayu.
Digunakan untuk meraut dan memotong lebihan kayu.
Pahat tepi serong ini perlu diketuk dengan gandin kayu.
Pahat tepi serong juga boleh digunakan tanpa gandin kayu untuk
membuat kerja meraut kayu.
Pahat ini biasa digunakan untuk membuat tanggam.
3.0 Penggunaan Alatan Perabot
3.2 Cara penggunaan Pahat
2. (i) Pahat Kuku Serong Dalam
• Pahat kuku serong dalam ini bersaiz antara 3mm hingga
40mm.
• Digunakan untuk membuat permukaan melengkung pada
kayu.
(ii)Pahat Kuku Serong Luar
• Pahat kuku serong luar ini bersaiz antara 3mm hingga 40mm.
• Digunakan untuk membuat lurah pada kayu.
• Digunakan untuk kerja mengukir kayu.
3.0 Penggunaan Alatan Perabot
3.2 Cara penggunaan Pahat
3. Proses memahat.
Tandakan ukuran terlebih dahulu pada kayu sebelum memahat. Kayu yang hendak dipahat
mestilah diikat dengan Apit F supaya kayu tidak bergerak ketika proses memahat. Gunakan
tukul untuk mengetuk pahat. Proses memahat ini adalah untuk membuat ukiran pada kayu
dan memotong bahagian lebihan pada kayu.
Cara penggunaan Pahat
3.0 Penggunaan Alatan Perabot
3.3 Cara penggunakan Tukul
• Digunakan bagi kerja-kerja pembinaan
• Kerja-kerja kayu
• Untuk kegunaan am
• Digunakan untuk mengetuk dan mencabut
paku
Cara penggunaan tukul kuku kambing
3.4 Pemutar Skru Rata
• Pemutar skru kepala rata adalah pemutar skru dengan hujung rata berbentuk
baji, digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan skru yang mempunyai
kedudukan lurus, lurus di kepala mereka.
• Skru diperbuat daripada keluli lembut, kuprum, atau
Loyang.
• Skru digunakan untuk mengikat bahan kayu dan
logam serta memasang engsel.
Jenis Skru dan Cara
Pengendalian yang Betul
4.0 Kaedah Penyimpanan Alatan
4.1 Kaedah Penyimpanan Spirit Level
Spirit level yang tidak digunakan haruslah disimpan di tempat
yang selamat dan betul. Contoh tempat spirit level ini disimpan
ialah dengan cara menggantungkan spirit level di paras yang
mudah dicapai dan jauhi daripada kanak-kanak. Selain itu, spirit
level ini boleh disimpan di dalam kotak peralatan.
4.0 Kaedah Penyimpanan Alatan
4.2 Kaedah Penyimpanan Pahat
Pahat yang tidak digunakan haruslah disarung dengan
penutup pada mata pahat. Hal ini untuk mengelakkan
daripada terkena pada anggota badan dan menyebabkan
luka. Selain itu, alat pahat ini tidak boleh disimpan didalam
poket seluar kerana amat berbahaya dan tajam. Pahat
haruslah disimpan dalam kotak alatan besi dan disimpan
rapi.
4.0 Kaedah Penyimpanan Alatan
4.3 Kaedah penyimpanan Tukul
◦ Alatan yang telah digunakan perlulah dibersihkan
◦ Simpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang telah
disediakan.
4.0 Kaedah Penyimpanan Alatan
4.4 Kaedah penyimpanan Pemutar Skru Rata
◦ Alatan yang telah digunakan perlulah dibersihkan
◦ Simpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang telah
disediakan.
5.0 Langkah Penjagaan Peralatan
Penjagaan sesuatu alatan tangan sebelum, semasa dan selepas
digunakan adalah sangat penting untuk mempastikan alatan
tangan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Diantara lankah-langkah yang perlu diikuti adalah:
1.Pastikan alatan tangan berkeadaan baik dan selamat sebelum
digunakan.
2.Pastikan alatan tangan yang hendak digunakan adalah
bersesuaian dengan kerjaa-kerja yang akan dilakukan.
3.Jangan gunakan alatan tangan sekiranya anda tidak
berpengetahuan mengenai teknik-teknik penggunaannya.
4.Rujuk SOP (Standard Operating Procedure) alat sebelum
peralatan digunakan.
5.Pastikan alatan tangan dikendalikan mengikut tatacara yang
ditentukan dan selamat.
6.Letakkan alatan tangan ditempat yang sesuai dan selamat
sepanjang penggunaannya.
7.Bersihkan alatan tangan daripada sebarang kotoran serta
habuk selepas digunakan.
6.0 Langkah Keselamatan Penggunaan
Peralatan Bengkel
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN PERATURAN KESELAMATAN DI BENGKEL
Amalan 4M dipraktikkan di dalam bengkel bagi
1. Memberikan perhatian pada kebersihan
memupuk semangat bekerjasama dan bengkel
bertanggungjawab di kalangan murid.
2. Memastikan lantai bengkel sentiasa kering dan
Amalan 4M tersebut ialah seperti yang berikut: tidak berminyak
Membersih
• Kebersihan dari segi fizikal dan mental 3. Memastikan terdapat alat pemadam api di
dalam bengkel
Menyusun atur
• Alatan dan bahan hendaklah disusun di tempat 4. Memastikan bengkel bersih dan kemas
yang telah ditetapkan 5. Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan
dan percahayaan yang mencukupi
Menilai
• Penilaian diri mengenai mutu kerja dan proses 6. Membekalkan bengkel dengan peti
pertolongan cemas
kerja
7.0 Kesimpulan
• Kesimpulannya, E-Book alatan tangan dapat memberikan banyak kebaikan
kepada individu yang menceburi dalam bidang ini sama ada secara teori
ataupun amali.
• Hal ini kerana, dengan adanya E-Book alatan-alatan tangan ini, ia dapat
memberikan pengetahuan tambahan kepada individu yang membacanya.
• Secara tak langsung, seseorang itu dapat mengetahui cara penggunaan yang
betul, langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan alatan tangan
dan cara penyimpanan yang betul.
• Dengan ini, seseoramg itu dapat mengelakkan diri daripada kecederaan
atau kemalangan semasa menggunakan alatan tangan.
8.0 Lampiran
Demonstrasi cara
menggunakan
Spirit Level.
8.0 Lampiran
Pahat
8.0 Lampiran
Demonstrasi cara menggunakan
Pahat
8.0 Lampiran
Jenis-jenis Tukul
9.0 Rujukan • https://image.slidesharecdn.com/reportkerjakayu-
160107111149/95/report-kerja-kayu-19-638.jpg?cb=1452165343
• https://ms.eferrit.com/ketahui-alat-anda-pemutar-skru-flat-head/
• https://pt.slideshare.net/yanabasri/membaca-manual-t4/6
• https://www.slideshare.net/cikguburung/rbt-2014
• https://khedanta.wordpress.com/20108/12/pahat/
• https://sites.google.com/site/khbmmi/home/upd1/ates/rbt/tukul-kuku-
kambing-2
Uji Minda Anda
Sila masuk ke link di bawah
dan jawab soalan berikut :
https://create.kahoot.it/share/quiz-pahat/3eded976-553d-4f2d-afe3-c3c49b0823ae
*Arahan : Sila salin semula link di atas
dan masukkan ke laman sesawang anda
untuk menjawab soalan.*
Selamat Mencuba!