Siri Nilai Insani
Ayam Jantan Kehilangan
Jarum Ajaib
Cerita:
Nurul Huda Mohd Sofe
Ilustrasi:
Mohd Lutfi Mohd Sofe
Cetakan 2021
© Nurul Huda Mohd Sofe (Cerita) dan Mohd Lutfi Mohd Sofe (Ilustrasi)
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
daripada terbitan ini dalam apa-apa juga bentuk dengan apa-apa cara juga sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada WSJ Resources.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Nurul Huda Mohd Sofe, 1988-
Ayam Jantan Kehilangan Jarum Ajaib / Cerita : Nurul Huda Mohd Sofe ;
Ilustrasi: Mohd Lutfi Mohd Sofe.
(Siri Nilai Insani)
ISBN 978-967-19485-6-9 (set)
ISBN 978-967-19485-1-4
1. Children’s stories, Malay. 2. Malay fiction. 3. Animals--Fiction.
4. Didactic fiction, Malay.
I. Mohd Lutfi Mohd Sofe, 1992- II. Judul. III. Siri.
899.2333
Penasihat Akademik: Diterbitkan oleh:
Zainiah Mohamed Isa WSJ Resources,
No. 27A, Kg. Matang Kong, Batu 9,
Timbalan Penasihat Akademik: Jalan Gunung, 06570 Alor Setar, Kedah.
Hasrina Baharom E-mel: [email protected]
Editor, susun letak dan reka bentuk kulit: Percetakan diuruskan oleh:
Hamidi Md. Yudin Hamidi Md. Yudin,
11, Kg. Sentang, Kechau,
27200 Kuala Lipis, Pahang.
E-mel: [email protected]
Ayam Jantan berkokok dengan nyaring
sekali. Semua haiwan di hutan itu akan bangun
tidur apabila mendengar kokokan Ayam
Jantan.
Sang Gajah suka berkawan dengan Ayam
Jantan yang selalu mengejutkannya bangun
pada awal pagi.
23
Pada suatu hari, Ayam Jantan ternampak Pak
Helang terbang tinggi di angkasa. Ayam Jantan
berasa kagum akan kebolehan Pak Helang yang
terbang tinggi.
“Saya mahu terbang tinggi seperti Pak
Helang!” jerit Ayam Jantan.
Jeritan Ayam Jantan didengar oleh Pak
Helang. Lantas Pak Helang terbang ke arah
Ayam Jantan. Ayam Jantan berasa gembira
dan berkokok berkali-kali menyambut Pak
Helang.
Ayam Jantan menyatakan hasratnya mahu
terbang tinggi kepada Pak Helang.
45
“Saya boleh mengajar awak terbang, tetapi
ada syaratnya. Awak mestilah mempunyai
kepak yang besar dan kuat untuk terbang
tinggi,” kata Pak Helang.
“Bagaimanakah kepak saya boleh menjadi
besar seperti kepak awak?” Ayam Jantan
bertanya.
“Saya ada jarum ajaib. Jarum ini boleh
digunakan untuk menjahit kepak awak supaya
menjadi kuat dan besar,” beritahu Pak Helang.
Ayam Jantan sudah tidak sabar untuk
menjahit kepaknya.
Pada keesokan harinya, Pak Helang
meminjamkan jarum ajaibnya kepada Ayam
Jantan. Pak Helang memberi amaran supaya
menjaga jarum ajaib itu dengan baik. Jika
jarum ajaib itu hilang, Ayam Jantan akan
dihukum.
67
Ayam Jantan berjanji akan menjaga jarum
ajaib itu dengan baik.
“Simpan elok-elok jarum ajaib itu, jika awak
tidak mahu kehilangannya,” pesan Sang Gajah.
Ayam Jantan mula menjahit kepaknya sambil
bernyanyi riang. Sedang asyik dia menjahit, tiba-
tiba kedengaran bunyi guruh yang sangat kuat.
Hujan pun turun dengan lebatnya. Ayam
Jantan terkejut. Dia pantas berlari ke tempat
teduh tanpa memikirkan jarum ajaib tersebut.
Nasib Ayam Jantan tidak baik. Jarum ajaib
kepunyaan Pak Helang telah hilang.
89
Setelah hujan berhenti, barulah Ayam Jantan “Mengapakah suara awak berkokok
teringat akan jarum ajaib itu. Puas Ayam Jantan mendayu-dayu, Ayam Jantan?” tanya Sang
mencari, tetapi dia tidak mememui jarum ajaib Gajah.
tersebut. Ayam Jantan berkokok kuat dan
mendayu-dayu. Ayam Jantan menceritakan nasibnya. Sang
Gajah berasa kasihan. Dia turut membantu Ayam
Sang Gajah yang lalu di tepi pokok berasa Jantan mencari jarum ajaib tersebut.
hairan mendengar kokokan Ayam Jantan.
10 11
Pada hari yang dijanjikan, Pak Helang
datang berjumpa Ayam Jantan. Tujuannya
adalah untuk mengambil semula jarum
ajaibnya. Pak Helang juga mahu mengajar
Ayam Jantan terbang.
“Pak Helang, bolehkah awak berjumpa saya
setelah kepak ini siap dijahit?” pinta Ayam
Jantan memberikan alasan.
Pak Helang bersetuju. Dia terus terbang ke
angkasa. Ayam Jantan terus berusaha mencari
jarum ajaib yang hilang itu. Ayam Jantan
mengais tanah di sana sini dengan harapan
dapat menjumpai jarum ajaib tersebut.
12 13
“Saya akan cari awak sampai dapat, Ayam
Jantan!” marah Pak Helang.
Sejak itu, Ayam Jantan terus mengais tanah
untuk mencari jarum ajaib yang hilang. Dia
terpaksa bertanggungjawab atas kesilapannnya
itu.
Pada hari esoknya, Pak Helang mahu 15
berjumpa lagi dengan Ayam Jantan. Ayam
Jantan pantas menyorok di dalam semak. Dia
tidak berani bersemuka dengan Pak Helang.
Pak Helang berasa sangat marah. Dia
menyangka Ayam Jantan mahu menipunya.
14
Moral:
Kita mestilah ber-
tanggungjawab atas
amanah yang diberikan.
Jagalah barang pinjaman
dengan elok.
16