The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nsumayyah1908, 2021-09-23 10:40:39

BUKU SKRAP MERDEKA MIQDAD SKTD 2

BUKU SKRAP MERDEKA MIQDAD SKTD 2

Disediakan oleh,
Muhammad Miqdad bin Hanafiah

PENDAHULUAN

Saya Muhammad Miqdad bin Hanafiah
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
guru-guru SK Taman Daya 2, ibu dan bapa dalam memberi
bimbingan dan idea menghasilkan Buku Skrap Digital Tokoh
Kebangsaan sempena Program Semarak Bulan Kebangsaan
Peringkat Negeri Johor pada tahun ini.

Dengan terhasilnya buku ini, saya dapat banyak
info dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang Tokoh
Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

BIODATA PELAJAR

• Nama : Muhammad Miqdad bin Hanafiah
• No. IC : 090521-05-0209
• Umur : 12 Tahun
• Tarikh lahir : 21 Mei 2009
• Tempat lahir : Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan
• Bilangan Adik Beradik : Anak kedua dari 3 orang adik beradik
• Sekolah : SK Taman Daya 2
• Kelas : 6 Cekal
• Alamat : No. 33, Jalan Setia 6/23, Taman Setia Indah,
81100 Johor Bahru, Johor.
• Hobi : Melukis
• Cita-cita : Pelukis

BIODATA TOKOH

• Nama penuh : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah
• Tarikh lahir
• Tempat lahir : 8 Februari 1903
• Tarikh meninggal
• Tempat meninggal : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar Kedah
• Tempat persemadian
• Sebab kematian : 6 Disember 1990 (Umur 87 tahun)
• Pendidikan Tertinggi
• Jawatan dan tempoh : Hospital Kuala Lumpur

• Nama pasangan : Makam Di Raja Langgar, Alor Setar Kedah

• Bilangan anak : Sakit tua
• Nama bonda
: Ijazah Undang-undang

: Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
1955-1956 (2 tahun)
Perdana Menteri Malaysia Pertama
1957-1970 (13 tahun)

: Mariam Chong, Violet Coulson, Sharifah Rodziah
Syed Alwi Barakbah

: 7 orang

: Cik Menyelara

RASIONAL PEMILIHAN TOKOH

Saya memilih Tunku Abdul Rahman sebagai tokoh
pilihan saya kerana beliau telah memberi sumbangan yang
amat besar kepada negara kita Malaysia. Beliau digelar
“Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia” kerana telah
memperjuangkan kemerdekaan negara Malaysia. Setiap
tahun kita rakyat Malaysia akan sentiasa mengingati jasa
beliau pada tarikh 31 Ogos 1957.

Selain itu, beliau telah memegang jawatan sebagai
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebelum
merdeka dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama
selepas merdeka. Ini menunjukkan beliau seorang
pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan dalam
mentadbir negara dan rakyat Malaysia. Jasa besar lain yang
paling diingati ialah Pembentukan Negara Malaysia pada
tahun 1963.

KELEBIHAN TOKOH

Tunku adalah salah seorang yang bertanggungjawab
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun
1957 dari pihak penjajah. Beliau mendapatkan kemerdekaan
Tanah Melayu dengan cara yang terbaik tanpa ada
permusuhan dan pertelingkahan dengan pihak British di
England.

Beliau menggunakan segala kebijaksanaan dan
kebolehan untuk mencapai kata sepakat dalam perundingan
dan berjaya membawa negara kita ke arah ambang
kemerdekaan. Inilah kelebihan dan jasa beliau tidak boleh
dilupakan sampai bila-bila.

BUKTI KREDIBILITI TOKOH

Tunku adalah seorang tokoh yang berjaya membawa
negara kita Malaysia ke arah kemerdekaan pada tanggal 31
Ogos 1957. Kredibiliti beliau amat terserlah dengan
menggunakan kebijaksanaan dan kebolehan dalam mencapai
kata sepakat ketika perundingan bersama pihak British di
England.

Dengan kemerdekaan ini jugalah rakyat Malaysia
boleh menikmati keamanan serta kemakmuran negara
walaupun hidup berbilang kaum sehingga kini. Selain itu
beliau memastikan rakyat berbilang kaum dan agama hidup
dalam kerukunan perpaduan, selain merapatkan jurang
ekonomi antara kaum.

JASA DAN SUMBANGAN TOKOH

Nama Tunku Abdul Rahman adalah tidak asing lagi di
kalangan rakyat Malaysia kerana telah membebaskan negara
kita dari penjajahan pihak British pada masa dahulu.
Sumbangan beliau dalam bidang ekonomi ialah mengetuai
kabinet yang telah membentuk strategi jangka panjang
Rancangan Pembangunan Negara selama 5 tahun dengan
Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.

Sumbangan beliau dalam bidang politik ialah
membentuk Gagasan Malaysia dengan negara yang berkaitan
ke arah menjamin pengukuhan politik, keselematan, ekonomi
dan sosial. Selain itu juga beliau mengadakan Rundingan
Baling bertemu dengan Chin Peng untuk menamatkan
ancaman komunis di Tanah Melayu pada tahun 1945.

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa
mengingati jasa dan bakti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita Malaysia.
Dengan kemerdekaan inilah kita sebagai rakyat Malaysia
masih hidup aman dan damai dengan berbilang kaum hingga
sekarang.

Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman ketika
perisytiharan kemerdekaan negara: "Mulai 31 Ogos 1957,
(kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik
untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip
kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan
kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya."


Click to View FlipBook Version