The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INFOGRAFIK
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Erma Mat, 2023-02-07 22:36:31

Manual Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan MARA

INFOGRAFIK
MAJLIS AMANAH RAKYAT
Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA

Keywords: INFOGRAFIK MAJLIS AMANAH RAKYAT Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA

MAJLIS AMANAH RAKYAT Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan INFOGRAFIK Pekerjaan MARA


1 BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO DAN INSPEKTORAT MARA Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA No. 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-261 32552/ 03-261 32562 Faks: 03-2698 6140 Emel: [email protected] INFOGRAFIK PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MARA


2 Diterbitkan oleh: MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) No. 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-261 32552/ 261 32562 Faks: 03-26986140 Website: http://www.mara.gov.my @ MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa mendapat izin bertulis daripada MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Cetakan Pertama 2018 INFOGRAFIK PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MARA Dicetak oleh: AZ INDAH BINA ENTERPRISE (0025220309-H) No. 108, Jalan Sultan Abdul Samad, Off Jalan Tun Sambanthan 50470 Kuala Lumpur


3 Kandungan Muka Surat Kata Aluan Ketua Pengarah MARA 5 Bab 1 Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan MARA 7 Bab 2 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA 11 Bab 3 Rujukan Utama Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di MARA 15 Bab 4 Elemen-elemen Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 19 Bab 5 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di MARA 23 Bab 6 Pendaftaran Mesin dan Sijil Perakuan Kelayakan DOSH 31 Bab 7 Pelaksanaan HIRARC Di Tempat Kerja 45 Bab 8 Pemberitahuan Dan Pelaporan Kemalangan 55 Bab 9 Kesiapsiagaan dan Tindakan Kecemasan 63 Bab 10 Audit Pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 95 Bab 11 Pemilihan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) 99 Bab 12 Pengurusan Kontraktor Bercirikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 117 Bab 13 Pendaftaran Loji Rawatan Kumbahan (LRK) 123 Bab 14 Pemeriksaan Sistem Pendawaian Elektrik 129 Bab 15 Penggunaan Papan Tanda Keselamatan dan Kesihatan 137


4


5 KATA ALUAN KETUA PENGARAH MARA Keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan budaya yang perlu diamalkan oleh semua warga kerja MARA, pelajar Institusi Pendidikan MARA, pelanggan dan semua pihak yang berada dalam kawasan premis MARA. Justeru, buku ini ditampilkan sebagai panduan dan tatacara yang perlu diamalkan di premis MARA bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berterusan dapat dilaksanakan. Panduan ini diterjemahkan dalam bentuk infografik yang lebih mudah, menarik dan sangat menyeluruh untuk memudahkan semua pihak merujuk butiran dan mengamalkannya. Justeru, berpandukan garis panduan ini sebarang bentuk amalan yang tidak selamat dan tidak sihat dapat dielakkan dengan mengambil kira prosedur dan tatacara yang ditetapkan. Harapan saya agar semua warga kerja MARA dapat menghayati dan menjadikan panduan ini sebagai rujukan utama dalam memastikan persekitaran pekerjaan yang kondusif dan selamat. Teruskan usaha di setiap peringkat untuk memastikan MARA sebagai sebuah organisasi yang sentiasa peka dan perihatin kepada aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selamat Maju Jaya. Dato’ Azhar bin Abdul Manaf Ketua Pengarah MARA


6


9 Pengenalan Dokumen ini disediakan untuk diguna pakai oleh warga kerja MARA, pelajar IPMa dan orang awam yang berurusan dengan Pusat Pentadbiran MARA. i Perakuan Dokumen ini adalah betul semasa tarikh ianya disediakan. Sebarang perubahan, pindaan atau tambah baik daripada Pihak Berkuasa akan dikemas kini mengikut keperluan. ! Penyediaan & Pengedaran Dokumen ini diedarkan kepada Pusat Pentadbiran MARA. Dokumen ini hendaklah dibaca bersama-sama Manual Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA di laman sesawang https://maranet.sharepoint.com/


10 Singkatan Maksud Singkatan DOSH Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia IKM Institut Kemahiran MARA IPMa Institut Pendidikan MARA JBPM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JKKP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKKPIP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ibu Pejabat JKKPP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pusat JKKPN Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri KPLB Kementerian Pembangunan Luar Bandar KKP Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA KM Kolej MARA KP MARA Ketua Pengarah MARA KPM Kolej Profesional MARA MARA Majlis Amanah Rakyat MJII Malaysian-Japan Industrial Institute MRSM Maktab Rendah Sains MARA PBT Pihak Berkuasa Tempatan PDRM Polis DiRaja Malaysia PM Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance) PMP Pegawai Mengawal Program; Pegawai Mengawal Pusat SDS Helaian Data Keselamatan (Safety Data Sheet) SPAN Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara ST Suruhanjaya Tenaga TNB Tenaga Nasional Berhad BPIN Bahagian Pengurusan Risiko dan Inspektorat SOP Prosedur Operasi Piawai (Standard Operating Prosedure) PPE Kelengkapan perlindungan diri


13


14 Keperluan Penyediaan Dasar KKP Peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Bahagian IV seksyen 16; dan Kewajipan majikan untuk membentuk Dasar KKP sekiranya mengambil pekerja minimum 5 orang dan lebih. i Kriteria Dasar KKP Pernyataan bertulis dasar berkenaan KKP; Ia menyatakan niat, iltizam, objektif dan arah tuju pengurusan berkenaan KKP; Ia menetapkan standard dan tindakan-tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai standard tersebut; Ia mengenalpasti peranan dan tanggungjawab organisasi serta perkiraan yang perlu dirancang; Dikomunikasikan kepada semua warga kerja; dan Dipamerkan di tempat yang strategik. Tempat Strategik merupakan lokasi yang menjadi tumpuan umum ketika berada di sesuatu tempat. Tempat strategik untuk mempamerkan Dasar KKP MARA adalah: 1. Lobi utama; 2. Pejabat Pentadbiran, Bilik Guru dan Bilik Pensyarah; 3. Bilik mesyuarat, bilik bincang dan bilik rehat; 4. Kaunter khidmat pelanggan; 5. Laluan utama di asrama; 6. Laluan utama di bangunan akademik; 7. Makmal dan bengkel; 8. Dewan Selera IPMa dan kafeteria IPMa; 9. Pusat Sumber dan perpustakaan; 10. Surau dan masjid; dan 11. Tempat-tempat yang difikirkan perlu.


17 Rujukan Utama Akta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan PeraturanPeraturannya Dibaca bersama Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Peraturan-Peraturannya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturannya Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturannya Akta Bekalan Gas 1993 dan PeraturanPeraturannya Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan Peraturan-Peraturannya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan Peraturan-Peraturannya Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan PeraturanPeraturannya Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Peraturan-Peraturannya Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 Akta dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan


18 Falsafah Dan Prinsip Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Peraturan Kendiri Perundingan Majikan – Warga Kerja Kerjasama Majikan – Warga Kerja 1. Perundingan Majikan-Warga Kerja melibatkan perbincangan agenda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) melalui mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); 2. Kerjasama Majikan—Warga Kerja terjalin semasa mengendalikan program KKP, penyiasatan kemalangan dan sebarang bentuk program yang melibatkan perhubungan dua-hala; 3. Peraturan Kendiri melibatkan pelaksanaan program KKP yang praktikal, menjimatkan kos dan sepraktik yang mungkin mengurangkan tahap pendedahan dan risiko kepada warga kerja MARA, pelajar IPMa, pelanggan dan orang yang berkepentingan di MARA.


21 01 Dasar Dasar KKP MARA Peranan Pengerusi JKKP Tanggungjawab Majikan Tanggungjawab Warga Kerja Komunikasi 02 Organisasi Jawatankuasa KKP Setiausaha / Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Sistem pengurusan KKP 03 Perancangan Prosedur Operasi Piawai (SOP) Latihan 04 Penilaian Pemantauan dan Prestasi Penilaian sistem pengurusan Audit 05 Penambahbaikan Tindakan pencegahan dan penambahbaikan Peningkatan berterusan


22


25 Isu mengenai KKP perlu dibincangkan di peringkat JKKP masingmasing. Isu dan masalah tersebut tidak dapat diselesaikan hendaklah dikemukakan di dalam JKKP yang lebih tinggi. Rujukan: Surat Pekeliling Keselamatan MARA Bil. 2 Tahun 2017—Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Nama Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Penubuhan Di Peringkat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Pusat (JKKPP) IPMa Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negeri (JKKPN) PMN Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Ibu Pejabat (JKKPIP) Ibu Pejabat Aliran Pelaporan Antara JKKP Di MARA


26 Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pusat (JKKPP) Pengerusi Pengetua / Pengarah Pengerusi Silih Ganti Timb Pengetua / Timb Pengarah Setiausaha Pegawai Gred 29 dan ke atas Wakil Majikan Ketua Jabatan Ketua Program/ Ketua Kursus Ketua Unit Wakil Pekerja Wakil KEKAM Wakil KPPM Wakil Pelajar, jika berkaitan Wakil Kontraktor, jika berkaitan Korum Pengerusi Setiausaha ½ Wakil Majikan Seorang bagi setiap kategori perwakilan pekerja Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri (JKKPN) Pengerusi Pengarah MARA Negeri Pengerusi Silih Ganti Pengarah KKTM/ IKM/ MJII Setiausaha Pegawai Gred 41 dan ke atas Wakil Majikan Pengarah/ Timb Pengarah IPMa (IKM, KKTM, MJII, KM & KPM) Pengetua/ Timb Pengetua MRSM PMD Wakil Pekerja Wakil KEKAM di PMN & IPMa Wakil KPPM di PMN & IPMa Korum Pengerusi Setiausaha ½ Wakil Majikan 1 Wakil KEKAM 1 Wakil KPPM


27 Pengerusi TKP (K) Setiausaha BPIN Wakil Majikan Pengarah Bahagian di Ibu Pejabat Ketua Unit di Ibu Pejabat Pengarah MARA Negeri (isu berbangkit) Wakil Pekerja Presiden/ Wakil KEKAM Presiden/ Wakil KPPM Korum Pengerusi Setiausaha ½ Wakil Majikan 2 Wakil KEKAM 2 Wakil KPPM Kekerapan mesyuarat Minimum sekali dalam tempoh tiga (3) bulan; i Minimum empat (4) kali setahun Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ibu Pejabat (JKKPIP) Tanggungjawab Di Dalam Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA Tanggungjawab Pengurusan MARA Tanggungjawab Pegawai Mengawal Pusat (PMP) Tanggungjawab Warga Kerja MARA Tanggungjawab Pelajar IPMa Tanggungjawab Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal


28 Tanggungjawab Pengurusan MARA Mewujud dan meluluskan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MARA; Memastikan semua warga kerja MARA dan pelajar IPMa memahami dan menghayati kepentingan KKP; Mengadakan kajian semula pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi penambahbaikan secara berterusan; Memastikan sumber-sumber yang diperlukan adalah mencukupi; Tanggungjawab Pegawai Mengawal Pusat (PMP) Membantu pihak pengurusan MARA dalam menyelia dan memastikan persekitaran tempat kerja selamat dan sihat; Memastikan pelaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah tanggungjawabnya; Menyediakan maklumat yang diperlukan bagi membantu melaksanakan langkah-langkah pencegahan kemalangan seperti merangka program KKP, kempen, seminar dan sebagainya; Menyedia, menyelia dan menyelenggara PPE yang sesuai untuk kegunaan warga kerja dan pelajar IPMa; Memastikan segala peralatan dalam keadaan yang selamat digunakan serta mengikut Prosedur Kerja Selamat; Memastikan segala peralatan dalam keadaan yang selamat digunakan serta mengikut Prosedur Kerja Selamat;


29 Tanggungjawab Warga Kerja MARA dan Pelajar IPMa Memberi perhatian yang munasabah kepada keadaan di sekelilingnya bagi mengelakkan kecederaan kepada dirinya atau orang lain semasa menjalankan tugas; Memahami dan memenuhi peruntukan undang-undang dalam melaksanakan tugasan; Menggunakan PPE yang telah disediakan oleh pihak Pusat Pentadbiran MARA mengikut kesesuaian semasa melaksanakan tugasan; Melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak selamat di tempat kerja; Mematuhi prosedur dan arahan KKP yang disediakan; Mengambil bahagian di dalam aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan; Tanggungjawab Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal Mematuhi arahan dan garis panduan KKP berdasarkan jenis kerja yang akan dilaksanakan di Pusat Pentadbiran MARA; Melaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkaitan kemalangan, insiden dan perbuatan tidak selamat di tempat kerja;


30 Memberi latihan hands-on yang bersesuaian kepada warga kerja MARA yang terlibat; Tanggungjawab Perekabentuk, Pengilang dan Pembekal Memberi latihan pematuhan KKP kepada pekerja yang terlibat di dalam kontrak perolehan; Membekal dan memastikan warga kerja dan pekerja kontraktor memakai kelengkapan perlindungan diri yang sesuai;


33 Objektif prosedur ini adalah untuk memastikan semua jentera seperti Pengandung Tekanan Tak Berapi, Mesin Angkat dan Dandang telah lulus dalam pemeriksaan dan i memperolehi Sijil Perakuan Kelayakan daripada DOSH. Peringatan: Pendaftaran mesin ini hendaklah dilaksanakan melalui web http://mykkp.dosh.gov.my/ Keperluan Asas Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin (CF) Daripada DOSH Keperluan Asas Kategori Jentera Kelulusan Rekabentuk 1. Dandang stim 2. Pengandung tekanan tak berapi 3. Mesin angkat Kebenaran Memasang 1. Jentera am Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin 1. Dandang stim 2. Pengandung tekanan tak berapi 3. Mesin angkat 4. Lif penumpang 5. Eskalator


34 Jenis-Jenis Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Perakuan Mesin Dandang Pendaftaran WAJIB bagi semua jenis dandang (boiler) dan pengandung tekanan berapi. Jenis-jenis mesin yang memerlukan memiliki sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah adalah: PMD Alat penyucihama (autoclave) Dandang stim elektrik (electrical steam boiler) Dandang stim tiub air (water tube steam boiler) Dandang stim tiub api (fire tube steam boiler) Heat Recovery Steam Generator (HRSG) Dandang air panas (hot water boiler) Thermal oil heater Perakuan Mesin Angkat Pendaftaran WAJIB bagi semua jenis mesin angkat, kecuali mesin angkat manual. Setiap mesin angkat (hoisting machine) yang menggunakan kuasa power driven seperti elektrik, diesel, pneumatik dan sebagainya perlu memiliki sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah untuk digunakan. PMA Mesin angkat (hoisting machine) Lif penumpang (elevator) Eskalator (escalator) Lif barang (goods elevator) Gondola Kren kontena Mast climbing working platform Amusement park ride


35 Perakuan Mesin Tekanan Pendaftaran WAJIB bagi semua pengandung tekanan tak berapi atau bejana tekanan tak berapi. Jenis-jenis mesin yang memerlukan memiliki sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah adalah: PMT Penyucihama (sterilizer) Bekas udara (air container) Penukar haba (heat exchanger) Pengandung tekanan (pressure vessel) Tangki simpanan LPG (LPG storage tank) Penyucihama (Sterilizer) Tangki Simpanan LPG Contoh Mesin Yang Memerlukan Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan Floor Lift Suspended Platform


36 Bekas Udara (Air Receiver) Pengandung Tekanan (Air Compressor) Crane Over Head Crane Elevator Escalator


37 Scissor Work Platform Waste Heat Recovery Boiler Contoh Perakuan Kelayakan MESIN ANGKAT Contoh Perakuan Kelayakan PENGANDUNG TEKANAN TAK BERAPI


38


39 Senarai Jenis Jentera Yang Diberikan Pengecualian Perakuan Kelayakan Bagi PMT 2 atau lebih kebuk yang mempunyai tekanan rekabentuk dalaman atau luaran <15 lb/in2 bagi setiap kebuk <15 lb/in2 perbezaan tekanan antara setiap kebuk Diameter dalaman, lebar, tinggi atau pepenjuru keratan rentas < 6 in Rekabentuk dalaman atau luaran <15 lb/in2 Suhu rekabentuk < 99°C Tekanan rekabentuk < 300 lb/in2 Komponen suatu pakej pendingin bagi suatu bangunan Penukar haba plat atau penukar haba pilin Komponen paip atau aksesori yang berfungsi untuk mencampurkan, mengasingkan, menusuk, mengagihkan atau mengawal aliran medium dalam komponen paip atau aksesori Komponen suatu peranti mekanikal berputar atau bersalingan yang fungsinya adalah untuk menyokong operasi peranti mekanikal Rujukan: Perintah Kilang dan Jentera (Pengecualian Perakuan Kelayakan Bagi Bejana Tekanan Tak Berapi) 2017


40 Senarai Jenis Jentera PMT yang diberikan pengecualian sijil perakuan kelayakan melibatkan pengecualian peruntukan: 1. Seksyen 19, Akta Kilang dan Jentera 1967— Perakuan Kelayakan; 2. Peraturan-Peraturan (Dandang Stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi) Kilang dan Jentera 1970; 3. Senarai Peraturan yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 sebagaimana di bawah: a. Peraturan 10 Machinery requiring Certificate of Fitness; b. Peraturan 11 Sale or hire of machinery; c. Peraturan 12 Current certificate; d. Peraturan 17(b) In respect of any unfired pressure vessel, that the preparations as for steam boilers and contained in sub-paragraphs (i), (iv), (vi), (vii) and (viii) of paragraph 17 (a) of this regulation are complied with so far as is appropriate; e. Peraturan 19 Supplementary inspection—Steam boilers and unfired pressure vessel; f. Peraturan 25 Issue of certificate of fitness; g. Peraturan 28 Machinery operated without certificate; dan h. Peraturan 35 Fees—unfired pressure vessel.


41 Senarai Jenis Jentera Yang Diberikan Pengecualian Perakuan Kelayakan Bagi PMA Rig penggerek (boring rig) Rig gerudi (drilling rig); Win (winch) bagi kenderaan tunda Mesin cerucuk (piling machine) yang dipasang di atas roda berantai sahaja Perata dok (dock leveller) Manipulator (manipulator) Menara laluan (gangway tower) Penghantar tegak (vertical conveyor) Pengangkat hujung (tail lift) Sistem Simpanan dan Dapatan Semula Automatik—SSDSA (Automated Storage and Retrieval System—ASRS) Pengangkat kekera (monkey hoist) bagi beban angkat maksimum 80 kilogram dan ketinggian angkat maksimum 9 meter sahaja Pengangkat udara atau pnumatik (air or pneumatic hoist) bagi beban kerja selamat 500 kilogram sahaja Melibatkan pengecualian peruntukan: 1. Seksyen 19(1), Akta Kilang dan Jentera 1967 Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan supaya dikendalikan apa-apa jentera yang berkenaan dengannya suatu perakuan kelayakan ditetapkan melainkan jika ada berkuatkuasa berhubung dengan pengendalian jentera itu suatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini; 2. Peraturan 10, Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970— Machinery requiring Certificate of Fitness


42 Syarat Pengecualian: 1. Pemilik mesin angkat hendaklah mendapatkan kelulusan bertulis daripada DOSH sebelum memasang sebarang jenis mesin angkat. Mesin angkat jenis win (winch) di kenderaan tunda dan Pengangkat hujung (tail lift) adalah mendapat pengecualian sepenuhnya; 2. Tanggungjawab pemilik mesin angkat adalah: i. Menjalankan pengenalpastian hazad, pentaksiran risiko dan kawalan risiko bagi mesin angkat tersebut; ii. Memastikan prosedur kerja selamat bagi mesin angkat disediakan sebagai garis panduan kepada pekerja; iii. Menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan berulang ke atas mesin angkat itu mengikut arahan pengilang untuk memastikan bahawa mesin angkat tersebut adalah selamat untuk dikendalikan tanpa menyebabkan apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatan; iv. Memastikan setiap orang yang terlibat dalam pemasangan, pengendalian dan penyelenggaraan mesin angkat terlatih secukupnya; v. Menjalankan penyeliaan yang berkesan untuk memastikan semua pekerja mematuhi prosedur kerja selamat yang disediakan sebagaimana di subperenggan (ii); vi. Menyimpan dan menyenggara semua rekod berkaitan hubungan dengan subperenggan (i) hingga (v) untuk diperiksa oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan 3. Semua alat ganti mesin angkat hendaklah mematuhi spesifikasi pengilang.


43 Rujuk kepada myKKP dan Manual Pengurusan KKP MARA Kelulusan Pembelian Aset Oleh Perbendaharaan Malaysia Permohonan Kelulusan Mesin DOSH KELULUSAN REKABENTUK @ KELULUSAN BAIK PULIH KUMPULAN DOKUMEN 1 Surat Kelulusan DOSH Proses Perolehan Alatan Oleh MARA Permohonan Penetapan Tarikh Pemeriksaan Dan Ujian Mesin Oleh DOSH JKJ 105 @ JKJ 127 KUMPULAN DOKUMEN 2 Pendaftaran & Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Selesai Carta Alir Pendaftaran dan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) Mesin


44


47 Objektif prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkahlangkah pelaksanaan aktiviti Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Pentadbiran MARA. i Apakah Hazad (Hazard) Hazad bermaksud sesuatu punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi yang boleh mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesan kesihatan yang buruk kepada manusia, kerosakan harta, kerosakan alam sekitar atau gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut. Apakah HIRARC? Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control) Elemen Pertama: Pengenalpastian hazad (Hazard Identification) Elemen Kedua: Penaksiran Risiko (Risk Assessment) Elemen Ketiga: Kawalan Risiko (Risk Control)


48 Mengelaskan Aktiviti Dokumen berkaitan disediakan Pengenalan atau pengubahsuaian peralatan, prosedur baru atau proses baru Konsultasi Penilaian semua dokumen berkaitan Kerjasama di antara PMP dengan warga kerja MARA @ pelajar IPMa Mengenalpasti Hazad Melaksanakan lawatan pemeriksaan ke atas kawasan tempat kerja yang ditentukan Mengenalpasti hazad di tempat kerja Penaksiran Risiko Laporan dan statistik kemalangan terdahulu. Risiko dinilai berdasarkan kepada data kemalangan terdahulu Menyediakan Pelan Tindakan Setiap risiko dikawal dengan menggunakan Hierarki Kawalan Membangunkan Pelan Tindakan Kawalan & Borang HIRARC Pelaksanaan Pelan Tindakan Pelan Tindakan Kawalan dilaksanakan sehingga hazad BOLEH TERIMA Semakan terhadap tahap keberkesanan dilaksanakan Rujuk kepada Manual Pengurusan KKP MARA Risiko = Kemungkinan x Keterukan Carta Alir Pelaksanaan Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) di Tempat Kerja


49 Hazad kimia Memberikan kesan disebabkan sifat fizik dan kimia serta tindakbalas kimianya. Contoh: Asid bateri dan pelarut. Hazad mekanikal Melibatkan kuasa mekanikal yang terdapat pada mesin. Contoh: Operasi memotong, menggerusi dsb. Langkah Pertama: Pengenalpastian Hazad Jenis-jenis Hazad Hazad sinaran Sinaran mengion—mengakibatkan pengionan atom. Contoh: sinar-x, sinaran gamma Hazad biologi Melibatkan benda hidup. Contoh: bakteria, nyamuk, ular, kucing, burung dsb. Hazad fizikal Melibatkan konsep pengabadian tenaga. Contoh: objek yang jatuh, tergelincir, pelanggaran, tekanan objek Hazad elektrik Mengakibatkan renjatan elektrik dan kebakaran akibat lebihan bebanan serta percikan (arching) Contoh: Punca elektrik terdedah.


50 Langkah Kedua: Penaksiran Risiko Jadual Matriks Kemungkinan Kemungkinan Keterangan Kadar Paling Mungkin (Very Likely) Hazard/ Kejadian yang paling mungkin berlaku; Boleh berlaku dengan kerap 4 Mungkin (Likely) Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa Boleh berlaku kadang-kadang 3 Tidak Mungkin (Unlikely) Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun; Boleh berlaku tetapi jarang 2 Sangat Tidak Mungkin (Highly Unlikely) Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku; Boleh berlaku tetapi mungkin tidak akan berlaku 1 Jadual Matriks Keterukan Keterukan Keterangan Kadar Kematian Sekurang-kuranya satu (1) kematian, kerosakan harta benda sekiranya hazard berlaku; Kematian berlaku setelah lebih enam (6) bulan berlaku kemalangan. 4 Kecederaan Serius (Major Injuries) Kecederaan yang menyebabkan hilang upaya kekal; Diberikan Sijil Cuti Sakit selama empat (4) hari dan lebih. 3 Kecederaan Ringan (Minor Injuries) Kecederaan tanpa hilang upaya kekal dan bukan kecederaan kekal; Diberikan Sijil Cuti Sakit kurang daripada empat (4) hari 2 Sedikit Sahaja (First Aid) Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan jenis rawatan kecemasan 1


51 KETERUKAN KEMUNGKINAN 1 2 3 4 4 4 8 12 16 3 3 6 9 12 2 2 4 6 8 1 1 2 3 4 Jadual Matriks Risiko Risiko = Kemungkinan x Keterukan Rendah Sederhana Tinggi Nilai Risiko Perihalan Tindakan 9-12 Tinggi Memerlukan tindakan segera. Didokumenkan di dalam Laporan HIRARC beserta tarikh siap. 6-8 Sederhana Pendekatan terancang dan mengguna pakai langkah sementara jika perlu 1-4 Rendah Risko yang dikategorikan BOLEH TERIMA Risiko yang hadir bersama-sama hazard hendaklah dinilai dengan menggunakan matriks risiko . Nilai risiko relatif boleh digunakan untuk memberikan keutamaan kepada tindakan yang perlu diambil untuk menguruskan hazard di tempat kerja secara efektif. Rujuk Manual Pengurusan KKP MARA.


52 Hierarki Kawalan Pemilihan kawalan hendaklah dilaksanakan mengikut keutamaan bermula penyingkiran dan diakhiri dengan PPE. Pemantauan HIRARC Pemeriksaan Fizikal Pengujian sistem Penilaian pendedahan Laporan Insiden Laporan perubatan Aduan & maklum balas Langkah Ketiga: Kawalan Risiko Langkah Keempat: Kemaskini HIRARC Dokumentasi yang berkaitan dengan peralatan, prosedur atau proses yang telah ditaksirkan mesti dikemas kini untuk memasukkan: Kawalan yang dikenal pasti; dan Satu kaedah untuk mengekalkan kawalan. Penilaian Risiko KKP ini hendaklah diisi dalam Borang HIRARC . * PPE = Kelengkapan Perlindungan Diri / Personal Protective Equipment


53 Langkah Kelima: Kajian Penilaian Risiko Proses hendaklah dibangunkan untuk menilai keberkesanan kawalan dalam mencapai tahap yang boleh diterima risiko. Proses ini boleh ditentukan dengan kawasan yang menjalankan penilaian. Proses itu perlu dikaji semula secara berkala sehingga tahap risiko yang boleh diterima dicapai. Apabila tahap risiko yang boleh diterima dicapai, penilaian risiko hanya boleh dikaji semula apabila: Terdapat perubahan proses kerja yang ketara; Laporan risiko dan kejadian yang dihasilkan; atau Tempoh laporan terakhir telah tamat iaitu tiga tahun Penyimpanan Dokumen: Minimum tiga (3) tahun atau sehingga ia dikaji semula. Nota: Borang HIRARC boleh dirujuk di dalam Manual Pengurusan KKP MARA. Ditandakan sebagai Lampiran 22.


54


57 Diguna pakai semasa menyediakan laporan dan menjalankan penyiasatan insiden, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di Pusat Pentadbiran MARA. Tidak terpakai bagi pelaporan kematian, kecederaan atau keadaan seseorang warga kerja MARA atau pelajar IPMa yang berlaku semasa menjalani rawatan di hospital atau pembedahan yang dilaksanakan oleh doktor perubatan atau doktor gigi. Objektif prosedur ini adalah untuk menjelaskan langkahlangkah untuk memberitahu, menyiasat dan melaporkan insiden, kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja. i Kemalangan bermaksud suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut; Kecederaan maut bermaksud kecederaan yang membawa kepada kematian serta merta atau kematian dalam tempoh satu tahun dari tarikh kemalangan;


Click to View FlipBook Version