The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadrecoverymail, 2021-12-15 08:44:07

E-Majalah

Majalah untuk Etika

E-MAJALAH

PEMANTAPAN KESEPADUAN
NASIONAL MALAYSIA

PERAYAAN DI MALAYSIA

SIDANG REDAKSI

ENCIK BORHANNUDIN BIN YA
PENASIHAT

AHMAD NASIHIN BIN SHAHARUDIN
18DDS21F1044
KETUA EDITOR

MUHAMMAD HAREENI A/P NUR ATIKAH BINTI
AFDHAL BIN AHMAD MEGANATHAN ROSLAN
18DDS21F1042
18DDS21F1030 18DDS21F1008
PENOLONG EDITOR JURUARTIKEL JURUBAHASA

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 4
PENGENALAN 5
JENIS-JENIS PERAYAAN 6
PERAYAAN CINA 7-9
PERAYAAN MELAYU 10-15
PERAYAAN INDIA 16-21
KESIMPULAN 22
PENUTUP 23
SUMBER RUJUKAN 24-25

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah, bersyukur terhadap ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dan kumpulan saya untuk4 kami
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya mengikut masa
yang telah di tetapkan oleh pensyarah kami.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada pensyarah yang sangat kami hargai
iaitu, USTAZ BORHANNUDIN BIN YA kerana dengan bimbingan

serta tunjuk ajar daripadanya membuka ruang dan
memudahkan untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan

sukses dan jayanya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada kedua ibu bapa kami yang telah memberi

kami pemudahcara untuk menyiapkan E-MAJALAH ini.
Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya

menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan
pasukan kami iaitu Ahmad Nasihin Bin Shaharudin,

Muhammad Afdhal Bin Ahmad, Hareeni A/P Meganathan
dan Nur Atikah Binti Roslan yang banyak memberi peringatan

terhadap setiap apa yang kami telah terleka atau terlupa.
Pasukan ini menyumbangkan masa dan tenaga yang begitu

banyak dalam pembikinan E-MAJALAH ini.

Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam
pembikinan E-MAJALAH ini.Terima kasih.

5

PENGENALAAN

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada
sesebuah masyarakat, seperti Malaysia. Setiap komuniti
misalnya mempunyai akar etika dan peradaban yang
berbeza dan terjelma dalam pemikiran dan praktis
kehidupan masing-masing.Namun,kesemuanya perlu
hidup dalam sebuah masyarakat Malaysia,
berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan
ketika terjadi perbezaan.

Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan
mediasi telah membawa keamanan, kestabilan dan
keharmonian di
Malaysia semenjak Merdeka. Inilah kesepaduan
nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus
menerus dimantapkan.

Ia dilaksana melalui tiga rangkai proses yang bergerak
serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan
yang diidamkan, kesepaduan
yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan.
Tindakan membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas
2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau
pemantapan kesepaduan nasional.

JENIS-JENIS PER AYAAN
DI MALAYSIA

Melayu

Hari Raya Aidiladha
Hari Raya Aidilfitri

Maulidur Rasul

Cina

Tahun Baru Cina
Pesta Kuih Bulan
Pesta Tanglung

India

Hari Deepavali
Hari Thaipusam
Hari Thaiponggal

6

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié)
merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib
dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh
akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang
tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,
bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,
daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula
akan melawat golongan tua dan menerima wang angpau dalam sampul
merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang
berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian
naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bun7yi
gendang.

Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarahi ahli
keluarga, saudara-mara dan sahabat serta penggunaan warna
merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang
muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah
yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti China, Hong Kong,
Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,Taiwan, dan
Thailand.Tahun Baru Cina disambut juga oleh kaum lain walaupun
bukan daripada budaya mereka.Melayu dan India menyambut
Tahun Baru Cina dengan tangan terbuka Di Malaysia.Negara
seperti Thailand dan Filipina juga mempunyai Kaum-kaum
berbeza yang menyambut Tahun Baru Cina Bersama-sama.

MITOS 8

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián
(年) ialah seekor raksasa pemakan manusia
dari pergunungan yang muncul setiap 11
tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu
manusia. Orang ramai kemudiannya percaya
bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi
bising dan warna merah, maka mereka
mengusirnya dengan letupan, bunga api dan
penggunaan warna merah secara meluas.
Adat-adat inilah yang membawa kepada
perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián
(Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年),
yang bermaksud "menyambut tahun baru",
membawa erti harfiah "meredah raksasa
Nian".

PERAYAAN KUIH BULAN

Mid-Autumn Festival atau Perayaan Kuih Bulan
disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 pada kalendar
Cina, iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan
September.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan
terpenting bagi masyarakat Cina selain Tahun Baru Cina.
Kedua-dua perayaan ini membawa makna “perjumpaan
semula” atau “reunion” kepada masyarakat Cina.

Pada malam perayaan, ahli-ahli keluarga akan berkumpul bersama-
sama di bawah bulan mengambang, sambil menikmati kuih bulan
dengan diterangi tanglung-tanglung dan lilin-lilin, tidak kurang juga
perarakan tanglung sambil menceritakan mitos perayaan ini bersama
anak-anak.

9

-Masa: Pada hari ke 15 di kalendar lunar pertama, 14 hari selepas Tahun
Baru Cina (sekitar penghujung Januari dan awal Februari
-Sebab: Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun
Baru Cina.
-Nama lain: Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie.

Terdapat pelbagai jenis cerita rakyat dan sejarah yang dikaitkan dengan perayaan
tanglung. Antaranya ialah mula diraikan sejak pemerintahan Dinasti Han (206 SM -

221 Selepas Masihi). Dipercayai juga festival ini berasal dari ajaran Taoisme.
Tradisinya, mereka akan menyediakan makanan tradisional sebagai tanda

menyambut perayaan Tanglung.

Selain itu, Pesta Tanglung dikenali juga sebagai Hari Valentine Cina. Pada zaman
dahulu, wanita dan lelaki tidak berpeluang untuk berjumpa antara satu sama lain

dengan bebas. Mereka menjadikan festival Tanglung peluang untuk mencari
pasangan hidup. Mereka bermain permainan Tanglung untuk mencari pasangan

yang paling sesuai dengan mereka.

Pesta Tanglung juga mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua beberapa ribu
tahun lampau ialah sebagai tanda arah kepada tetamu dan roh-roh datuk dan
nenek moyang mereka yang telah pergi lebih awal, ia menunjuk mereka arah ke
pesta yang diadakan. Selepas tamat jamuan lima belas hari itu, roh-roh tersebut
akan ditunjuk arah pulang ke dunia mereka melalui lampu-lampu tanglung yang

digantung disetiap rumah atau jalan.

Pada malam Perayaan Tanglung, orang ramai akan keluar ke jalanan untuk bermain
Tanglung di bawah sinaran bulan, menyaksikan tarian singa, bermain mercun dan

bunga api, meneka tulisan yang tertulis di tanglung serta permainan lain.

10

Maulidur Rasul

- Maulidur Rasul ialah merupakan perayaan yang disambut
oleh Umat Islam bagi memperingati hari Keputeraan Nabi
Muhammad. Hari ini dijatuhkan pada 12 Rabiulawal Tahun
Gajah yang bersamaan dengan 20 April 571. Nabi
Muhammad merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT.

- Setiap tahun pada hari itu, umat islam akan mengadakan
majlis yang memperingati keputeraan Nabi Muhammad
SAW dengan mengadakan acaran perarakan , ceramah
dan sebagainya bagi memeriahkan lagi perayaan ini.
Malahan perayaan ini mempunyai kelebihan dan
keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT bagi
sesiapa yang mengadakan dan menghadiri majlis ini.

- Sudah terang lagi nyata bahawa perayaan Maulidur Rasul
membawa keberkatan kepada umat Islam yang
menghayati dan menghormati majlis yang penting sepert1i1
ini.

HARI RAYA

AIDILFITRI

-Hari raya aidilfitri yang diterjemahkan daripada perkataan arab iaitu
‫عيد الفطر‬bermaksud hari raya berpuasa. Malahan, perayaan ini juga
dikenali sebagai Hari Lebaran dan Hari Raya Fitrah. Perayaan disambut
pada 1 Syawal selepas umat islam selesai menunaikan ibadat puasa
selama sebulan pada bulan Ramadhan. Di samping itu, Hari Raya
Aidilfitri juga merupakan perayaan umat Islam yang kedua terbesar
selepas Hari Raya Korban yang disambut.

Hari Raya Aidilfitri dapar dilihat melalui dua cara iaitu:
- Melalui Rukyah (melalui anak bulan)
- Secara Hisab (Kiraan hari)

Pemakaian:

- Bagi pemakaian untuk perayaan ini, kaum lelaki akan memakai baju

melayu yang dilengkapi dengan lilitan kain songket beserta songkok.

Bagi kaum Wanita pula, mereka akan memakai baju kurung atau baju

kebaya yang mempunyai pelbagai gaya dan corak. 12

Amalan:

-Amalan ziarah-menziarahi merupakan amalan yang lazim dilakukan
pada Hari Raya Aidilfitri kerana ia bertepatan dengan ajaran agama
Islam. Bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga atau saudara-mara,
mereka akan sejurus mengunjuri pusara mereka untuk memberikan
Al-Fatihah atau bacaan Surah Yasin. Selepas itu, mereka akan
mengunjungi ke rumah ahli keliarga dan rakan-rakan untuk
menyambut perayaan secara Bersama-sama.

- Amalan bermaaf-maafan juga bagi melupakan perkara salah silam
yang sudah berlepas bagi mengeratkan hubungan antara dua
pihak.

- Amalan memberi wang atau duit raya kepada kana-kanak juga
merupakan amalan terkenal di Malaysia pada Hari Raya.
Kebiasaanya, duit raya akan diberikan di dalam sampul duit
berwarna hijau atau kuning yang diadaptasikan oleh kaum cina
iaitu ‘Ang Pau’. Walaubagaimanapun, ada sesetengah yang
menggantikan duit raya dengan pemberiaan hadiah-hadiah.

-Rumah-rumah terbuka akan sentiasa dibuka pada bulan syawal

sehinggalah kemeriahan itu berlalu apabila ramai pulang ke bandar

selepas berakhirnya cuti umum bagi Hari Raya Aidilfitri. 13

HARI RAYA
AIDILADHA

• Hari Raya Aidiladha yang diterjemahkan daripada perkataan arab, ‫عيد‬
‫الأضحى‬juga dikenali sebagai Hari Raya Korban dan Hari Raya Haji.
Perayaan ini disambut bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim
untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail bagi mengikut perintah
Allah sebelum diganti dengan kambing biri-biri. Akibat daripada
peristiwa tersebut, perayaan in disambut secara Bersama-sama oleh
umat Islam.

• Hari Raya ini disambut pada Takwim Hijrah pada hari ke-10 Zulhijjah
dan berlangsung selama 4 hari iaitu pada 10,11,12,13 yang juga
dikenali sebagai hari Tasyrik. Zulhijjah setiap tahun. Perayaan inii
bermula pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh, diikuti solat sunat
Aidiladha berserta khutbah di pagi 10 Zulhijjah dan akhirnya,
sambutan in diikuti dengan ibadah korban yang berlangsung pada
11,12,13 Zulhijjah.

• Semasa Aidiladha berlangsung, mengedarkan daging kepada
orang,melafazkan takbir yang kuat sebelum solat sunat Aidiladha
pada hari raya pertama dan selepas sepanjang empat hari lebaran
dianggap sesuatu perkara penting. Lelaki dan Wanita disunatkan
untuk memakai pakaian yang terbaik bagi melalukan solat sunat
dikawasan Jemaah besar di wakaf. Orang-orang Islam yang kaya yang
mampu, mengorbankan haiwan ternakan mereka yang halal sebagia
satu simbol kesanggupan Nabi Ibrahim untuk anak lelakinya Na1b4i
Ismail.

Korban:

- Hari Raya ini disambut pada Takwim Hijrah pada hari ke-10 Zulhijjah
dan berlangsung selama 4 hari iaitu pada 10,11,12,13 yang juga
dikenali sebagai hari Tasyrik. Zulhijjah setiap tahun. Perayaan inii
bermula pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh, diikuti solat sunat
Aidiladha berserta khutbah di pagi 10 Zulhijjah dan akhirnya,
sambutan in diikuti dengan ibadah korban yang berlangsung pada
11,12,13 Zulhijjah.

- Tradisi penyembelihan binatang dan pembahagian daging sama
untuk ahli keluarga, saudara-mara dan orang miskin. Tujuannya
adalah untuk memastikan setiap orang islam dapat menikmati
hidangan daging yang disembelih secara Bersama-sama. Malaha,
tujuan penyembelihan ini juga adalah untuk menunjukkan mesej
yang jelas tentang pengabdian, kebaikan dan keserataan.

- Orang-orang Islam yang kaya yang mampu, mengorbankan haiwan
ternakan mereka yang halal sebagia satu simbol kesanggupan Nabi
Ibrahim untuk anak lelakinya Nabi Ismail. Daging haiwan yang
dikorbankan akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

-1/3 bahagian kepada ahli keluarga dan pihak yang berkorban

-1/3 bahagian kepada saudara-mara, rakan-rakan dan jiran

15

-1/3 bahagian kepada fakir miskin

Solat Sunat:

-Penganut Islam akan
melakukan solat sunat
Aidiladha di masjid yang
dilakukan setelah terbitnya
matahari sebelum masuk
solat Zohor pada 10
Zulhijjah. Sekiranya berlaku
bencana alam, solat sunat
ini ditangguh pada hari
seterusnya iaitu pada 11
Zulhijjah atau 12 Zulhijjah.
Solat sunat ini diadakan
secara berjemaah dan bagi
kaum Wanita yang ingin
mengikuti adalah berbeza
dari satu komuniti ke
komuniti.

-Solat ini terdiri daripada dua rakaat yang diikuti dengan tujuh takbir
pada rakaat pertama dan lima takbir pada rakaat kedua. Pada akhir
doa dan khutbah umat islam akan bersalaman dan berpelukan bagi
mengratkan hubungan sillaturahim. Dalam pada itu, ada dikalangan
mereka juga akan memberikan hadiah-hadiah sebagai satu tanda
kesyukuran

16

PERAYAAN
DEEPAVALI

Perayaan Deepavali atau Diwali bermaksud suatu perayaan yang
berlaku dikalangan penganut agama Hindu menandakan
kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan,
secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi
kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif
dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan
mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan
rohani.
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas
kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara
sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat
restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil.
Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan
yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumah
anak-saudara dan rakan-rakan.
Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga ap17i
serta mercun memeriahkan lagi sambutan.

PAKAIAN
TRADISIONAL
WAKTU DEEPAVALI

PUNJABI DHOTI SARI

THAIPUSAM

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh
mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi
menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga
dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh
dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh

melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan
menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa
yang telah dilakukan selama ini.Nazar ialah memohon
sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan
dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai

tanda kesyukuran.

19

TUJUAN

Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih
kerana susu itu dianggap paling suci .

Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam
belanga aluminium.

Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak ,
warna , daun dan benang.

Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil.

• Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari
tersebut dan menyapukan campuran serbuk cendana dan air di
atas kepala. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada
disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. Ia merupakan
satu bentuk melepaskan atau membayar nazar.

• kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu
atau di atas kepala.

• Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi
atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa
Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk.

• Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung
merak dan bunga-bungaan. Pembawa kavadi ini
terdiri daripada lelaki , perempuan, tua, muda
dan kanak-kanak.

• Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada
kemampuan seseorang.

• Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh
beberapa orang pembantu khas dari tempat
masing-masing.

• Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik ,
mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain.

• Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan
berehat di tangga-tangga tertentu , berehat dan
diberi minum.

PONGGAL

• Diraikan pada pertengahan bulan Januari bagi merakamkan
Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Diraikan
selama empat hari berturut-turut, Ponggal termasuk Bhogi
merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan
Thaipusam.

Bhogi

Pada hari pertama perayaan ini, Bhogi yang membawa
maksud yang cukup signifikan menandakan permulaan
penting dalam kehidupan masyarakat India.
Seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh
dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir
buruk. Bhogi juga secara tidak langsung memberi
penghormatan kepada Dewa Indra atau Dewa Langit
dan Hujan yang menyuburkan tanah selepas hampir
setahun bercucuk tanam.

Surya Ponggal

Pada hari kedua, Surya Ponggal disambut dengan
meriah di rumah masing-masing. Surya Ponggal
memberi penghormatan kepada tenaga matahari
dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam
kalendar Tamil. Seawal pukul 5 pagi, penganut-
penganut agama Hindu di Malaysia, India dan di
serata dunia membuat persiapan untuk memasak
Ponggal dalam periuk tanah liat. Pintu rumah diikat
dengan tebu dan periuk tanah liat dihias dengan
daun mangga, daun kunyit dan pewarna ‘kum kum’
bagi menceriakan lagi suasana.
Amalan ini amat simbolik terutamanya kepada
golongan petani.

Mattu Ponggal
• Pada hari ketiga sambutan Ponggal iaitu atau Ponggal lembu, lembu-

lembu dimandikan, dibubuh kunyit pada tanduknya dan badan serta
dikalungkan dengan bunga. Ponggal yang dimasak juga disuapkan
kepada lembu dan haiwan-haiwan ternakan lain seperti yang
disaksikan di Kuil Sri Srinivasa Perumal.
• Lembu dianggap sebagai haiwan yang berjasa dan suci oleh para
petani kerana membantu membajak tanah dan memberi susu yang
berkhasiat, jelas Balakrishnan lagi.
• Pada hari ini juga, haiwan-haiwan itu dibiarkan berehat.

Kanni Ponggal
Ponggal terakhir pada hari keempat ialah Kanni Ponggal. Kanni
bermaksud anak dara dan seperti namanya, mereka yang sudah
mencapai akil baligh digalakkan untuk memasak Ponggal sama ada di
rumah atau beramai-ramai di kuil. Kanni Ponggal juga secara tidak
langsung menarik perhatian ibu bapa untuk mencari jodoh untuk anak-

anak lelaki mereka.

23

KESIMPULAN

Perayaan di Malaysia ini mempunyai pelbagai jenis kerana
terdapatnya bilangan kaum yang berbeza sejak dari

zaman tanah melayu di jajah lagi. Hal ini membolehkan
rakyat Malaysia menyambut pelbagai jenis perayaan

dalam setahun. Pada harini sesuatu perayaan diraikan oleh
semua kaum kerana kesepaduan yang telah kita capai.
Sambutan perayaan ini juga adalah sebuah satu jalan
Malaysia menuju kearah kesepaduan yang lebih akhrab.
Apabila sesebuah perayaan itu di sambut, semua
masyarakat akan berkumpul tanpa mengira agama dan
bangsa untuk meraikan perayaan tersebut. Hal ini
membolehkan sesuatu hubungan lebih terjalin antara satu
sama lain dan dapat mesyelesaikan masalah yang ada.
Hal ini demikian kerana apabila satu kaum memahami
corak kehidupan kaum yang lain memudahkan
masyarakat di Malaysia ini untuk memantapkan
kesepaduan nasional di antara mereka.

Selain itu, perayaan adalah sesuatu yang yang sangat
berharga bagi sesuatu kaum, jadi sesetengah kaum

perlulah menghormati adat dan budaya sesuatu kaum
apabila ingin meraikannya tanpa menyinggung perasaan

kaum tersebut. Sebagai contoh kaum India yang yang
ingin menziarah kaum Melayu yang menyambut hari raya

mestilah mengikut adat yang telah di tetapkan. Hal ini
menunjukkan perayaan adalah sesuatu yang amat

penting dalam memupuk kesepaduan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia perlulah Bersatu dalam semua benda
yang dilakukan termasuklah dalam menyambut perayaan

sekalipun.

PENUTUP 24

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Malaysia mempunyai
pelbagai perayaan yang disambut oleh rakyatnya.
Malahan, melalui perayaan juga, kita juga dapat

mengenali serba sedikit tentang setiap kebudayaan dan
amalan setiap etnik Malaysia yang berbilang kaum. Di
samping itu juga, melalui perayaan yang pelbagai di
Malaysia kita dapat menghargai dan bangga dengan

keunikan perayaan di Malaysia yang tiada pada negara
lain.

Seterusnya, kami berharap agar generasi muda yang akan
datang dapat mengenali juga tentang pelbagai etnik dan
kaum di Malaysia tanpa mengira budaya dan bangsa. Hal

ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya
ketegangan antara kaum dari kecil lagi. Malahan, mereka

juga dapat mengeratkan tali sillaturahim antara rakyat
dengan lebih erat. Oleh itu, ibu bapa serta pihak berkuasa

haruslah mengambil langkah inisiatif untuk membantu
generasi muda untuk memberikan Pendidikan awal
tentang setiap kaum di Malaysia.

Seperti yang kita tahu, hubungan yang baik antara rakyat
dapat mengekalkan lagi keamanan negara dan juga

membangunkan nama negara sehingga ke pusara dunia.
Menerusi E-Majalah ini, kami berharap agar setiap perkara
dan perbincangan yang dapat dikongsikan akan menarik
minat dan sejurusnya membantu setiap pembaca untuk
mengenali dengan lebih mendalam tentang setiap kaum

di Malaysia.

SUMBER
RUJUKAN

https://ms.wikipedia.or
g/wiki/Hari_Deepavali

https://ms.wikipedia.org
/wiki/Hari_Thaiponggal

https://ms.wikipedia.or
g/wiki/Hari_Thaipusam

https://ms.wikipedia.org
/wiki/Tahun_Baru_Cina

http://perayaancina.blo
gspot.com/2009/03/pest
a-tanglung.html?m=1

25

https://news.uthm.edu.my/m
s/2021/10/perayaan-kuih-
bulan-dan-sejarahnya/
https://ms.wikipedia.org/wiki
/Maulidur_Rasul
https://ms.wikipedia.org/wiki
/Hari_Raya_Aidiladha

26


Click to View FlipBook Version