KERTAS KONSEP KARNIVAL PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2023 (PROGRAM SECARA DALAM TALIAN) ANJURAN: JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG PENGELOLA: PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN TARIKH 30 SEPTEMBER 2023
KARNIVAL PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2023 1. Pendahuluan: Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang di semua peringkat dengan menerapkan nilai-nilai murni, jatidiri, khidmat masyarakat, keusahawanan dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan potensi dan pembentukan karakter murid. Karnival Pasukan Badan Beruniform PBB) Sekolah Rendah (SR) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan penerapan elemen disiplin, pembentukan akhlak dan sahsiah, Kepimpinan serta jati diri melalui kurikulum pasukan badan beruniform seperti kawad kaki, banrtu mula, simpulan dan ikatan, istiadat dan lain-lain. Karnival Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan dengan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) secara dalam talian untuk pasukan badan beruniform sekolah-sekolah KPM. Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk mengasah bakat dan berkongsi kemahiran walaupun pelaksanaan aktiviti secara berpusat iaitu bersemuka tidak dapat dilaksanakan.
2. Objektif aktiviti 2.1. Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli pasukan badan beruniform; 2.2. Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada jurulatih dan guru; 2.3. Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21; 2.4. Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan menguruskan kepelbagaian bagi membina konsep Malaysia Madani yang bersatu padu; dan 2.5. Melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global melalui konsep ABC. 3. Pelaksanaan aktiviti 3.1. Karnival Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan. Pelaksanaan di peringkat negeri akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) manakala program Peringkat Kebangsaan akan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Bagi peringkat daerah bergantung kepada pengurusan JPN masing-masing. Karnival ini dipertandingkan secara atas talian sepenuhnya. 3.2. Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut: a . a. Peringkat Daerah – 11 hingga 27 September 2023 b b. Peringkat Negeri- 28 September Hingga 4 Oktober 2023 i. FASA 1: 11 September 2023 (hebahan Negeri) ii. FASA 2: 15 September 2023 (Penerimaan Nama Hakim)
iii. FASA 3: 30 September 2023 (Penghantaran Video) iv. FASA 4: 1 hingga 3 Oktober 2023 (Penjurian Video Pengujian) v. FASA 5: 4 Oktober (Semakan teknikal) vi. FASA 6: 5 Oktober (Penghantaran video ke peringkat kebangsaan) vii. FASA 7: 7 Oktober 2023 (Pengumuman Rasmi Keputusan) 3.3. Pertandingan ini terbuka kepada kepada semua ahli Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah, kecuali pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). 3.4. Pertandingan ini melibatkan acara berkumpulan. Acara Kategori Penyertaan Ikatan Dan Simpulan 5 Orang Sepasukan (Lelaki) 1 Pasukan Setiap Daerah Ikatan Dan Simpulan 5 Orang Sepasukan (Perempuan) 1 Pasukan Setiap Daerah Bantu Mula 5 Orang Sepasukan (Lelaki) 1 Pasukan Setiap Daerah Bantu Mula 5 Orang Sepasukan (Perempuan) 1 Pasukan Setiap Daerah Gajet 5 Orang Sepasukan (Lelaki) 1 Pasukan Setiap Daerah Gajet 5 Orang Sepasukan (Perempuan) 1 Pasukan Setiap Daerah Ikhtiar Hidup Pondok Sementara 5 Orang Sepasukan (Lelaki) 1 Pasukan Setiap Daerah Ikhtiar Hidup Pondok Sementara 5 Orang Sepasukan (Perempuan) 1 Pasukan Setiap Daerah
3.5. Setiap peserta pertandingan hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu (1) daripada acara berikut: 3.5.1. Acara 1 - Pertandingan Ikatan dan Simpulan 3.5.1.1. Peserta dikehendaki menunjuk cara, memberi penerangan secara lisan dan menerangkan fungsi empat (4) jenis ikatan berikut : i. i.Ikatan Buku Sila (Reef Knot) ii. ii.Ikatan Simpul Manok (Clove Hitch) iii. iii.Simpulan Pengail (Fisherman Knot) iv. iv.Ikatan Tindih kasih (Bowline) 3.5.1.2. Paparan video diambil dari paras pusat hingga ke atas dan boleh disunting (edit) kecuali ketika sedang menunjuk cara sesuatu ikatan/simpulan. 3.5.1.3. Peserta dikehendaki memakai separa uniform pasukan. 3.5.1.4. Setiap ikatan hendaklah diwakili oleh seorang peserta yang berbeza. 3.5.1.5. Durasi masa – tidak melebihi 4 minit. 3.5.2. Acara 2 - Pertandingan Bantu Mula 3.5.2.1. Peserta dikehendaki menunjuk cara, memberi penerangan secara lisan satu daripada elemen berikut: i. Patah di bahagian antara pergelangan tangan dan siku. ii. Patah di bahagian antara lutut dan pergelangan kaki. 3.5.2.2. Paparan video boleh disunting (kecuali ketika sedang menunjuk cara Bantu Mula. 3.5.2.3. Peserta hendaklah menggunakan rakan dalam ahli kumpulan sebagai mangsa. 3.5.2.4. Peserta dikehendaki memakai separa uniform pasukan. 3.5.2.5. Durasi masa – tidak melebihi 4 minit 3.5.3. Acara 3 - Pertandingan Gajet
3.5.3.1. Peserta dikehendaki memaparkan video membina sebuah (1) gajet rak kasut yang bersesuaian didirikan di tapak perkhemahan. 3.5.3.2. Rakaman video hendaklah disertakan dengan penerangan yang lengkap samada secara lisan ataupun tulisan. 3.5.3.3. Paparan video boleh disunting (edit). 3.5.3.4. Peserta dikehendaki memakai separa uniform pasukan. 3.5.3.5. Durasi masa – tidak melebihi 4 minit 3.5.4. Acara 4 - Ikhtiar Hidup (Pondok Sementara) 3.5.4.1. Peserta dikehendaki membina pondok perlindungan sementara yang dapat memuatkan dua (2) orang. 3.5.4.2. Peserta dikehendaki menunjuk cara dan memberi penerangan secara lisan ketika pembinaan pondok tersebut. 3.5.4.3. Peserta dikehendaki memakai separa uniform pasukan. 3.5.4.4. Paparan video boleh disunting (edit) kecuali ketika sedang menunjuk cara. 3.5.4.5. Durasi masa – tidak melebihi 5 minit 3.6 Penghantaran bahan pertandingan 3.6.1 Pertandingan Peringkat Daerah Peserta dikehendaki memuat naik bahan penyertaan ke YOUTUBE dengan keadaan UNLISTED dan menghantar pautan (link) ke aplikasi google form yang disediakan oleh PPD Rompin sebelum atau pada 28 September 2023. 3.6.2 Pertandingan Peringkat Negeri Peserta yang terpilih di peringkat negeri layak untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Peserta yang terpilih tersebut akan menghantar pautan (link) google form berkenaan melalui PPD masing-masing ke alamat yang disediakan oleh pengelola pada 5 Oktober 2023. Youtube dalam keadaan Unlisted.
4. Bilangan penyertaan ke pertandingan Peringkat Kebangsaan bagi setiap negeri adalah seperti berikut: 4.1. Acara 1 – Ikatan dan Simpulan (Individu) i. Lelaki - 5 penyertaan bagi setiap negeri ii. Perempuan - 5 penyertaan bagi setiap negeri 4.2. Acara 2 – Bantu Mula (Individu) Lelaki - 5 penyertaan bagi setiap negeri Perempuan - 5 penyertaan bagi setiap negeri 4.3. Acara 3 – Gajet (Individu) Lelaki- 5 penyertaan bagi setiap negeri Perempuan - 5 penyertaan bagi setiap negeri 4.4. Acara 4 - Ikhtiar Hidup (Pondok Sementara) Lelaki - 5 penyertaan bagi setiap negeri Perempuan - 5 penyertaan bagi setiap negeri 5. Aspek penilaian 5.1. Acara 1 – Ikatan dan Simpulan Bil Item / Perkara Markah a. Tunjuk cara dan penerangan 50 markah b. Kekemasan 10 markah c. Kualiti audio visual 10 markah d. Kreativiti 20 markah e. Kerjasama 10 markah Jumlah 100 markah
5.2. Acara 2 – Bantu Mula Bil Item / Perkara Markah a. Tunjuk cara dan penerangan 60 markah b. Kekemasan ikatan dan balutan 20 markah c. Kualiti audio visual 10 markah d. Kreativiti 10 markah Jumlah 100 markah 5.3. Acara 3 – Gajet Bil Item / Perkara Markah a. Tunjuk cara dan penerangan 60 markah b. Kekemasan 10 markah c. Kualiti audio visual 20 markah d. Kreativiti 10 markah Jumlah 100 markah 5.4. Acara 4 - Ikhtiar Hidup (Pondok Sementara) Bil Item / Perkara Markah a Kekemasan pondok 30 markah b. Penerangan 30 markah c. Kreativiti 20 markah d. Keluasan (Dua Orang) 10 markah e. Kualiti audio visual 10 markah Jumlah 100 markah
6. Panel penilai. Panel penilai pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Pemenang. Sijil Penyertaan dan Pencapaian Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan oleh pihak Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. 8. Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi: Urusetia Peringkat Negeri Cik Nurul Faliana binti Mustafa Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Rompin 06-4146105 Encik Wan Asma Izam bin Wan Mohd Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum) Sektor Pembangunan Murid JPNP 019-3381906 9. Penutup Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli Pasukan Badan Sekolah Sekolah Rendah untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video). Penyertaan murid dalam pertandingan ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada pada mereka.
KARNIVAL PBB SEKOLAH RENDABIL ACARA SY1. Pertandingan Ikatan dan Simpulan i. Peserta dikehendaki menunjukfungsi-fungsi empat (4) jenis ii. Ikatan Buku Sila (Reefii. Simpul Manuk(Clove Hiii. Simpulan Pengail (Fishiv. Ikatan Tindih kasih (Boii Paparan video diambil dari parasedang menunjuk cara sesuatu Maklumat penerangan: i. Tali yang digunakan, tii. Ikatan/simpulan yang iii. Keadaan video semasiii. Peserta dikehendaki memakai siv. Setiap ikatan hanya diwakili olehv. Durasi masa – tidak melebihi 42. Pertandingan Bantu Mula i. Peserta dikehendaki menunjelemen berikut: i. Patah dibahagian anii. Patah dibahagian anii. Paparan video boleh disunting
Lampiran AH PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 YARAT DAN PERATURAN k cara, memberi penerangan secara lisan dan menerangkan ikatan berikut: f Knot) Hitch) herman Knot) owline) as pusat hingga ke atas dan boleh disunting (edit) kecuali ketika ikatan/simpulan dengan menggunakan alat bantu. tali yang tepat akan memberi kelebihan dalam pemarkahan. kemas dan teknik yang betul sa menunjuk cara perlu jelas ketika penerangan. separa uniform pasukan . h seorang peserta yang berbeza dan seorang jurucakap. 4 minit juk cara, memberi penerangan secara lisan satu daripada ntara pergelangan tangan dan siku ATAU ntara lutut dan pergelangan kaki. g (edit) kecuali ketika sedang menunjuk cara Bantu Mula.
iii. Peserta perlu menggunakan aiv. Peserta dikehendaki memakav. Perlu melibatkan semua pesevi. Durasi masa – tidak melebih3. Pertandingan Gajet i. Peserta dikehendaki memapaii. Rakaman video hendaklah disataupun tulisan. Maklumat penerangan: i. Bahan yang digunapemarkahan. ii. Ikatan yang digunakiii. Keadaan video semiii. Paparan video boleh disuntingiv. Peserta dikehendaki memakav. Perlu melibatkan semua pesevi. Durasi masa – tidak melebih
ahli kumpulan sebagai mangsa. i separa uniform pasukan. rta (5 orang). hi 4 minit arkan video membina sebuah gajet rak kasut. sertakan dengan penerangan yang lengkap samada secara lisan kan, bahan yang tepat akan memberi kelebihan dalam kan, kemas dan teknik yang betul. masa membina perlu jelas ketika penerangan. g (edit) kecuali ketika sedang menunjuk cara membina / mengikat. i separa uniform pasukan . rta (5 orang). hi 4 minit
4. Pertandingan Ikhtiar Hidup (Pondok Sementara) i. Peserta dikehendaki membindua (2) orang dengan mengii Peserta dikehendaki menunpembinaan pondok tersebutMaklumat penerangan: i. Bahan yang digunapemarkahan. ii. Ikatan yang digunakiii. Keadaan video semiii. Paparan video boleh disuntingiv. Perlu melibatkan semua pesepasukan. vi. Durasi masa – tidak melebih
na pondok perlindungan sementara yang dapat memuatkan gunakan bahan unsur alam semulajadi termasuk alas atap. njuk cara dan memberi penerangan secara lisan ketika t. kan, bahan yang tepat akan memberi kelebihan dalam kan, kemas dan teknik yang betul. masa membina perlu jelas ketika penerangan. g (edit) kecuali ketika sedang menunjuk cara membina . rta (5 orang) dan peserta dikehendaki memakai separa uniform hi 5 minit