The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Intervensi YZC_Spiritual dan Optimis

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuriatcare, 2022-06-26 22:53:25

Modul Intervensi YZC_Spiritual dan Optimis

Modul Intervensi YZC_Spiritual dan Optimis

MODUL 2 8

SIK AP
OPTIM IS

9

TAJUK: MEMUPUK SIKAP OPTIMIS
MASA : 2 jam 30 minit

Pengenalan

Setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan dapat memberikan kesan yang
baik atau buruk kepada diri sendiri. Kehidupan akan menjadi masalah jika
peristiwa membawa kemudaratan kepada diri sendiri. Ini termasuklah kesan yang
membuatkan kita marah, sedih, risau, murung, putus asa atau lebih teruk lagi,
merasakan diri tidak berharga serta kehidupan yang tidak bermakna. Walau pun
kita tidak dapat mengubah perkara yang telah berlaku, akan tetapi kita masih
boleh mengawal fikiran, perasaan dan tingkah laku serta membuat perancangan
pada masa akan datang. Salah satu cara untuk mengawal keadaan diri kita
adalah dengan memahami, kesan akibat dan cara meningkatkan sikap optimis
dalam diri sewaktu kita menghadapi suatu masalah yang sangat besar dan
bertemu dengan jalan buntu.

Objektif

1. Memahami definisi sikap optimis.
2. Mengetahui kesan sikap optimis terhadap diri.
3. Memupuk sikap optimis secara positif.

Perincian Kandungan (20 minit)

A. Definisi Sikap Optimis
1. Adakah anda optimis hari ini?

10

2. Sikap optimis adalah apabila
seseorang dapat berfikir dengan
positif di saat mereka menghadapi
masalah yang besar dan menemui
jalan yang buntu. Sikap optimis
adalah jangkaan positif untuk masa
depan yang lebih baik.

3. Jangkaan positif adalah apabila
seseorang mempunyai pengharapan
yang baik terhadap perkara yang
akan berlaku di masa hadapan
walau pun sedang berada dalam
kesulitan.

4. Lawan optimis adalah putus asa.
Putus asa adalah apabila
seseorang merasakan emosinya
terganggu, tidak boleh berfikir
dengan tenang dan menghadapi
kesukaran memikirkan jalan
keluar daripada masalah.

5. Sikap optimis ini dicirikan dengan
keyakinan diri yang tinggi, tidak
berputus asa, boleh menyelesaikan
masalah dan merasakan diri boleh
melakukan sesuatu dengan baik.

B. Kesan Sikap Optimis

Kesan sikap optimis adalah:-
1. Mengelakkan kita daripada terus

putus asa dan mengabaikan serta
merosakkan diri sendiri.

11

2. Membenarkan kita terus bingkas bangun dan bertabah menghadapi
segala masalah walaupun kita menemui jalan buntu.

3. Membolehkan kita mengubah cara penjagaan diri yang positif iaitu
melalui pemikiran, perasaan, dan tingkah laku untuk mencapai
kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan.

C. Cara Memupuk Sikap Optimis

1. Menerima segala masalah yang
wujud sebagai satu peluang
mengubah diri kepada yang lebih
baik

2. Mengenal pasti emosi, fikiran dan
tingkah laku yang negatif dan
merosakkan diri sendiri.

3. Perlu latih diri sendiri untuk
mengelak daripada pemikiran yang
negatif.

4. Sabar tidak bermaksud diam dan
membenarkan perasaan negatif
seperti marah atau sedih untuk
bertambah dalam diri. Sabar adalah
mengenal pasti masalah yang
dihadapi dan meluahkannya supaya
dapat diatasi.

5. Kebolehan untuk bertenang adalah

suatu kekuatan. Kita tidak perlu

menunjukkan reaksi yang negatif

apabila berhadapan dengan

masalah. Sebaliknya, kita ambil

jalan untuk bertenang. Bertenang

adalah bagus di mana ia akan

membuatan diri kita fokus untuk

membantu diri sendiri

menyelesaikan masalah yang kita

hadapi. Kita perlu sentiasa ambil

berat tentang perubahan badan

kita. Sebagai contoh, badan kita

berasa tegang, jantung berasa

berdegup lebih kencang,

12

pengaliran darah ke kepala, sakit
tengkuk dan berasa pening akibat
memikirkan masalah. Ambil jalan
segera untuk membuat latihan
relaksasi.
6. Disiplin perlu sentiasa ada dalam mengawal pemikiran negatif yang wujud
dalam pemikiran kita. Fikiran kita adalah seumpama rumah kita. Pemikiran
kita adalah seperti rumah kita. Pemikiran negatif adalah seperti perompak
yang akan sentiasa berusaha masuk ke dalam rumah kita. Jika kita tidak
kunci pintu atau buka pintu rumah, kita seolah-olah membenarkan
perompak masuk mengambil segala harta benda yang bernilai bagi kita.
Seperti juga pemikiran negatif, ia akan merampas harga diri kita dan
kekuatan diri kita termasuk pemikiran positif iaitu sikap optimis.
7. Membuat refleksi tentang diri sendiri.
8. Menyenaraikan kejayaan, kekuatan dan sumber yang ada
9. Mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah yang dihadapi.
10. Sentiasa aktif berusaha mencari jalan penyelesaian.
11. Percaya kepada diri sendiri.
12. Berada bersama dengan orang–orang yang positif.

13. Fokus kepada perkara yang dapat membina sikap optimis dalam diri.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1- 20 minit
Latihan relaksasi bagi meningkatkan fokus

1. Malapkan cahaya dalam bilik dan turunkan langsir untuk mencipta
suasana pencahayaan yang malap dan menenangkan.

2. Kemudian, pilih bauan aromaterapi yang mampu memberikan efek yang
menenangkan seperti bauan lavender.

13

3. Pasangkan bunyi alam semula jadi yang menenangkan, contoh bunyi air
berserta instrumental (3 HOURS Relaxing Music with Water Sounds
Meditation https://youtu.be/luRkeDCoxZ4)

4. Kemudian, cari sudut dalam bilik yang selesa dan duduk di atas lantai
secara bersila.

5. Letakkan tapak tangan di atas lutut dengan tenang. Lepaskan gengaman
dan biarkan fikiran kosong.

6. Pejamkan mata dan bayangkan anda berada dalam suasana yang
tenang atas rumput yang hijau dan di hadapan anda terdapat
pemandangan semula jadi yang indah dengan air sungai mengalir
dengan tenang, bunga yang indah berwarna warni, rama-rama cantik
yang sedang berterbangan dan pokok-pokok yang berdaun hijau segar.

7. Kemudian, lakukan teknik pernafasan yang teratur. Mulakan dengan
duduk bersila dengan tegak. Tarik nafas perlahan-lahan sambil
membuncitkan perut pada waktu yang sama. Kemudian, lepaskan nafas
perlahan-lahan sambil mengempiskan perut secara maksimum. Proses
pernafasan ini dilakukan berulang kali secara teratur dan perlahan.

8. Pasangkan telinga, dengar bunyi yang ada ketika itu, dapatkan rasa
udara yang masuk ke dalam paru-baru dan oksigen kemudian masuk ke
dalam darah untuk dipindahkan ke bahagian badan yang lain. Rasa
jantung berdegup berirama dengan tenang.

9. Anda perlu lakukan proses pernafasan ini sehingga mencapai satu
keadaan di mana anda rasa kembali tenang dan keadaan sedar tentang
keadaan diri anda waktu tersebut.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 2 - 45 minit

“Perjalanan Hidupku Matiku yang Cemerlang bermula dengan Mindaku
yang Positif”

1. Aktiviti ini merupakan sambungan daripada aktiviti Lakaran Kehidupan
(sila rujuk Modul 1-Kesedaran Kendiri).

2. Sekarang ambil sehelai lagi kertas A4.
3. Lukiskan garisan melintang (horizontal).
4. Kali ini, tandakan tarikh sekarang contohnya 24 Ogos 2020 sehingga

hari tua nanti (30 tahun akan datang) contohnya 24 Ogos 2050).
5. Di garisan melintang (horizontal) ini, tandakan peristiwa yang dijangka

menggembirakan/ mengujakan dengan warna pensil contohnya hijau
dan tandakan perisitiwa yang dijangka menyedihkan/ merisaukan/
menakutkan (jika ada) dengan warna pensil oren.
6. Ambil masa untuk berfikir secara mendalam menggunakan imaginasi
anda menyiapkan tugasan ini.
7. Kemudian dengan stapler atau gam, sambungkan kedua-dua kertas A4
dimulakan dengan Lakaran Kehidupan di belah kiri dan disambung
dengan kertas tugasan ini.

14

8. Setelah itu, senaraikan perisitiwa yang menggembirakan/ mengujakan
dan juga perisitiwa yang menyedihkan/ menakutkan dan merisaukan di
sepanjang garisan melintang tersebut mengikut tema berikut:-

Tema menggembirakan/ mengujakan (dari lahir
A. Perisitiwa yang
sehingga sekarang)
1. ******
2. ******
3. ******

B. Perisitiwa yang menyedihkan/ menakutkan dan merisaukan (dari
lahir sehingga sekarang)
1. *****
2. *****
3. ******

C. Perisitiwa yang menggembirakan/ mengujakan (dari sekarang
sehingga kematian)
1. ******
2. ******
3. ******

D. Perisitiwa yang menyedihkan/ menakutkan dan merisaukan (dari
sekarang sehingga kematian)
4. *****
5. *****
6. ******

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 3 - 45 minit

“Kegemilangan Hidupku Bermula Sekarang”

1. Daripada aktiviti “Perjalanan Hidupku Matiku yang Cemerlang bermula
dengan Mindaku yang Positif”, senaraikan balik ke semua ciri-ciri
kekuatan dalam satu kertas A4.

2. Ambil sehelai kertas A4. Lipatkan kertas A4 kepada 4 bahagian yang
sama.

3. Masukkan senarai perisitwa menggembirakan/ mengujakan dan juga
perisitiwa yang menyedihkan/ menakutkan dan merisaukan. Di dalam
kolum yang kiri. Bermula kolum kiri bahagian atas perisitwa
menggembirakan/ mengujakan dan kolum kiri.

4. Bahagian bawah perisitiwa yang menyedihkan/ menakutkan dan
merisaukan.

5. Kemudian, di bahagian kolum kanan bahagian atas, anda keluarkan
ciri-ciri kekuatan diri.

15

6. Selepas itu, ulang perkara yang sama bagi kolum kanan bahagian
bawah, anda keluarkan ciri-ciri kekuatan diri.

7. Seterusnya, ulang perkara yang sama langkah 4 dan 5 bagi kertas A4
kedua.

8. Baca semula dan hayati apa yang telah dituliskan dalam kedua-dua
kertas A4 tersebut.

Kertas A4 (pertama) Ciri-ciri kekuatan diri.
Bahagian A

A. Perisitiwa yang
menggembirakan/ mengujakan
(dari lahir sehingga sekarang)
1. ******
2. ******
3. ******

Bahagian B Ciri-ciri kelemahan diri

B. Perisitiwa yang menyedihkan/
menakutkan dan merisaukan
(dari lahir sehingga sekarang)
1. *****
2. *****
3. ******

Kertas A4 (kedua) Ciri-ciri kekuatan diri.
Bahagian C

C. Perisitiwa yang
menggembirakan/ mengujakan
(dari sekarang sehingga
kematian)
1. ******
2. ******
3. ******

16

Bahagian D Ciri-ciri kelemahan diri
D. Perisitiwa yang menyedihkan/
menakutkan dan merisaukan
(dari sekarang sehingga
kematian)
1. *****
2. *****
3. ******

9. Ulang perkara yang sama untuk kesemua ciri-ciri kelemahan diri dalam
satu kertas A4.

10. Setelah itu, hiaskan secantik-cantiknya untuk kertas A4 yang
mengandungi ciri-ciri kekuatan diri. Hiaskan dan kemudian digantung di
tepat yang akan dilihat setiap hari seperti di cermin.

11. Bagi kertas A4 yang mempunyai ciri-ciri kelemahan diri, renyukkan,
koyakkan atau musnahkannya dan lempar ia jauh dari anda.

Penilaian - 10 minit

Arahan: Sila baca dengan teliti dan BULATKAN respon/jawapan yang paling
tepat berkaitan dengan diri anda. Anda diminta menjawab semua soalan
mengikut skala seperti berikut:

Bil Pernyataan Sangat
tidak
setuju
Tidak
setuju
Setuju
Sangat
setuju

1. Saya dapat melakukan sesuatu dengan 1 234
baik. 1 234

2. Saya boleh memikirkan pelbagai cara 1 234
untuk memperolehi apa yang penting 1 234
dalam hidup saya.
1 234
3. Saya buat sebaik rakan sebaya yang lain. 1 234

4. Apabila mempunyai masalah, saya mampu
memikirkan beberapa cara untuk
menanganinya.

5. Apa yang saya buat pada masa lalu
membantu saya pada masa hadapan.

6. Walaupun orang lain ingin mengalah, saya
tahu saya boleh mencari jalan untuk
menyelesaikan masalah.

17

Refleksi Diri – 10 minit

Dalam tempoh masa 7 minit, sila pejamkan
mata dan bayangkan anda sedang melihat imej
diri anda di dalam sebuah cermin. Ukirkan
senyuman pada diri anda, sebut nama anda
dan katakan bahawa anda amat menyayangi
diri anda. Ucapkan kata-kata penghargaan
pada diri anda dan nyatakan bahawa anda
telah memaafkan diri anda atas segala
kekhilafan yang telah anda lakukan selama ini
dan anda juga telah memaafkan setiap orang
yang pernah menyakiti anda selama ini. Selain
itu, ucapkan juga satu persatu sifat-sifat positif yang anda ingin wujudkan
dalam diri anda. Kemudian, buka mata. Ulangi aktiviti ini setiap kali anda
memandang wajah anda di dalam cermin pada setiap hari.

SYOR

1. LDK 1 disyorkan untuk diaplikasikan ke dalam rumah perlindungan bagi
membantu penghuni untuk mendapatkan senaman relaksasi dan kemudian
membantu membina fokus dalam menghadapi kehidupan seharian.

2. Selain itu, LDK 1 juga boleh diguna pakai oleh penyelia di pusat
perlindungan bagi membantu membuat persediaan diri dalam membantu
menangani cabaran harian membantu pelatih pulihkan diri.

3. Selain membantu mencapai relaksasi, LDK 2 dan LDK3 dapat dijalankan
lebih kerap seperti sekali dalam 2 minggu atau sebulan sekali untuk
membantu penghuni mengawasi progres pemikiran negatif dalam kalangan
penghuni yang mungkin menjadi tanda awal kepada tahap kesihatan
penghuni. Pergerakan pemikiran positif juga dapat diawasi dengan cara
sebegini dan memberikan idea kepada pihak pentadbir di pusat
perlindungan untuk menambah baik dan menyusun atur aktiviti yang wujud
di rumah perlindungan.

MODUL 3 18

SPIRITUAL

19

TAJUK: TIPS PENGURUSAN ROHANI

MASA : 2 jam 30 minit

Pengenalan

Remaja hamil luar nikah di pusat perlindungan di dapati mempunyai
penghayatan agama yang berbeza. Kajian mendapati, majoriti responden
yang dikaji mempunyai tahap spiritual yang sederhana (54%), hampir satu
pertiga mempunyai tahap penghayatan spiritual yang tinggi (30%), dan
bakinya (16%) mempunyai tahap penghayatan spiritual yang rendah. Semasa
berada di rumah perlindungan, remaja dapat mengawal diri daripada berzina
kerana faktor persekitaran di rumah perlindungan dan kesibukan mengikuti
program-program yang telah diaturkan oleh rumah perlindungan.
Bagaimanapun, terdapat remaja yang ditemu ramah menyatakan, mereka
akan kembali melakukan persetubuhan haram setelah keluar daripada rumah
perlindungan. Hal ini menunjukkan, remaja di rumah perlindungan masih
mengalami krisis spiritual yang memerlukan penambah baikan berterusan.
Secara umumnya, jiwa gadis remaja cenderung kepada kebaikan dan
keburukan. Krisis tingkah laku dan pergolakan jiwa terjadi apabila jiwa gadis
remaja berada pada aras jiwa amarah (anger spirit) dan jiwa merana (wilt
spirit). Pada tahap ini, gadis remaja berisiko tinggi untuk terlibat dengan salah
laku seksual, pembuangan bayi atau kesalahan jenayah yang lain.
Sehubungan itu, dalam konteks rohani, jiwa gadis remaja perlu dihijrahkan
kepada jiwa damai agar dapat menikmati kesejahteraan spiritual dan lokus
kawalan dalaman yang tinggi semasa berada di rumah perlindungan dan
selepas keluar daripada rumah perlindungan.

Objektif

1. Memahami secara ringkas tentang sifat jiwa amarah (anger spirit), jiwa
merana (wilt spirit) dan jiwa damai (peaceful spirit).

2. Mengetahui keadaan jiwa pada masa kini.

3. Mengetahui kaedah penghijrahan jiwa untuk mengatasi kesalahan tingkah
laku seksual.

Perincian Kandungan – 30 minit

1. Apakah yang dimaksudkan dengan jiwa (spirit)?

20

2. Jiwa adalah keadaan hati manusia yang cenderung kepada kebaikan atau
keburukan (kejahatan). Ia dicerminkan oleh pandangan hidup (worldview),
sikap, perasaan dan tingkah laku manusia dalam kehidupan seharian.

3. Jiwa manusia terbahagi kepada 3, iaitu:
a. Jiwa Amarah (Anger Spirit): Jiwa yang cenderung kepada
kejahatan.
b. Jiwa Merana (Wilt Spirit): Jiwa yang sentiasa diliputi kekesalan.
c. Jiwa Damai (Peaceful Spirit): Jiwa yang tenang, tetap dalam
kebaikan.

4. Cara Mengetahui Keadaan Jiwa

a. Jiwa Amarah
● Suka melakukan kejahatan
● Bangga dengan kejahatan yang dilakukan
● Sombong

b. Jiwa Merana
● Selalu gelisah
● Rasa bersalah apabila melakukan dosa
● Tidak dapat mengawal diri

c. Jiwa Damai
● Sentiasa fikir untuk berbuat kebaikan
● Sentiasa berbuat kebaikan
● Sentiasa berasa tenang

5. Implikasi Jiwa Amarah:

Jiwa amarah meletakkan manusia dalam situasi seekor binatang buas yang
mengganas. Jiwa dikuasai oleh fikiran, sikap dan tingkah laku kehaiwanan.
Pada tahap ini, manusia tidak berasa bersalah, bahkan berbangga dengan
kesalahan. Oleh itu, individu yang dikuasai oleh jiwa amarah lazimnya bersifat
agresif, suka melanggar peraturan dan norma hidup yang tidak baik dan

21

berisiko tinggi untuk terlibat dalam kesalahan jenayah dan tingkah laku.

6. Implikasi Jiwa Merana:

Jiwa Merana meletakkan manusia dalam konflik kejiwaan yang parah. Individu
yang dikuasai jiwa merana umpama tahanan perang yang dipaksa membunuh
keluarganya sendiri. Mereka dihantui oleh kekesalan yang tinggi namun tidak
berupaya untuk membebaskan diri daripada hawa nafsunya sendiri. Tanpa
sokongan yang kuat, mereka berisiko untuk terlibat dalam gejala sosial,
jenayah dan kesalahan tingkah laku namun segera menyesalinya. Mereka
juga mudah mengalami tekanan, kebimbangan (anxiety) dan kemurungan
(depression).

7. Mengapa perlu berhijrah kepada Jiwa Damai?

a. Menikmati ketenangan jiwa
b. Menikmati pemikiran yang jernih, kudus dan cemerlang
c. Menikmati sikap hidup yang positif
d. Menikmati akhlak yang terpuji
e. Dicintai Tuhan
f. Disayangi ramai
g. Menikmati kehidupan yang tenang, ceria, bahagia dan sejahtera

8. Tips membangun Jiwa Damai:

a. Tips 1: Matlamat/objektif (Goal): Menetapkan matlamat untuk
mencapai Jiwa Damai agar mendapat keredhaan Tuhan

b. Tips 2: Penilaian kendiri (Self-Knowledge/ Evaluation):
Menilai dan mengimbas kembali perjalanan hidup. Mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan diri.

c. Tips 3: Taubat (Repent): Menyesali segala kesalahan yang
telah dilakukan, tidak mengulangi kesilapan tersebut dan
memohon keampunan kepada Tuhan.

d. Tips 4: Membuang sifat tercela (Vices): Kenal pasti sifat
tercela dalam diri seperti iri hati, sombong, merendahkan orang
lain, panas baran, suka menyalahkan orang lain, tidak
bertanggungjawab, melihat pornografi, imaginasi seksual,
‘sexting’ dan salah laku seksual serta berusaha untuk
membuangnya.

22

e. Tips 5: Menghayati sifat-sifat yang terpuji (Moral Virtues).
Kenal pasti sifat-sifat yang terpuji seperti ikhlas,
bertanggungjawab, bersyukur, penyayang dan jujur serta jadikan
ia kukuh sebati dalam diri. Tetapkan tempoh masa untuk
menyerap satu persatu sifat-sifat mulia tersebut.

f. Tips 6: Memilih sahabat yang baik dan menjaga batas
pergaulan. Pilih sahabat yang baik sama ada dalam kehidupan
realiti atau dalam dunia maya. Putuskan hubungan dengan
sahabat yang jahat sehingga diri telah mempunyai jati diri yang
kuat untuk membimbing orang lain kepada kebaikan.

g. Tips 7: Membentuk persekitaran hidup positif (Positive
environment). Kelilingi diri dengan individu positif. Baca buku-
buku yang membina. Tinggal di kawasan yang baik. Pelajari
pelbagai perkara yang bermanfaat.

h. Tips 8: Konsisten pada perkara kebaikan (Kindness):
Berterusan melakukan perkara kebaikan seperti menghormati
ibu bapa, menghormati pandangan orang lain, bertoleransi, rajin,
baik hati, pemurah, penyayang, bertanggungjawab, menjaga
pandangan dan berpakaian sopan.

i. Tips 9: Penghayatan ibadah terutamanya ibadah solat dan
puasa (Religious). Bagi remaja Muslim, pelajari dan amalkan
solat yang sempurna, khusyuk dan konsisten kerana ia dapat
mencegah diri daripada melakukan kesalahan khususnya
persetubuhan haram. Puasa pula disarankan untuk
mengukuhkan ketaqwaan kepada Allah dan meningkatkan lokus
kawalan kendiri dalam mengendalikan dorongan seksual yang
tinggi.

j. Tips 10: Berkahwin (Marriage). Perkahwinan membolehkan
remaja menyalurkan tuntutan nafsu secara sah. Bagaimanapun,
remaja perlu memilih pasangan yang baik dan mempunyai
persiapan fizikal, emosi, rohani dan intektual sebelum berkahwin
untuk mengelakkan masalah yang lebih besar pada masa akan
datang.

k. Tips 11: Memperbanyakan derma dan perkongsian
(Generosity). Derma yang ikhlas dan daripada sumber yang
halal meningkatkan keberkatan hidup, menyucikan jiwa dan
meningkatkan keupayaan diri untuk melakukan ketaatan kepada
Tuhan serta meninggalkan perkara yang dilarang oleh Tuhan.

l. Tips 12: Mengingati mati (Remembrance of death). Banyak
mengingati mati dan membuat persiapan untuk menghadapinya.
Sentiasa dalam ‘mood’ kebaikan seolah-olah diri akan mati pada
keesokan harinya.

23

m. Tips 13: Mengisi waktu senggang dengan mengingati Tuhan
(Remembrance of God). Sentiasa menyebut nama Tuhan dan
melakukan apa jua kebaikan demi Tuhan.

n. Tips 14. Sentiasa berdoa (Prayer). Sentiasa berdoa agar
dikurniakan petunjuk, kekautan dan ketenangan jiwa serta mati
dalam kebaikan.

Penilaian - 10 minit

Arahan: Sila baca dengan teliti dan BULATKAN respon/jawapan yang paling
tepat berkaitan dengan diri anda. Anda diminta menjawab semua soalan
mengikut skala seperti berikut:

Bil Pernyataan Sangat
Tidak
1. Saya menyesali kesalahan saya Setuju
Tidak
2. Saya sukar mengawal keinginan seksual saya Setuju
Setuju
3. Saya suka menceritakan tentang hubungan Sangat
seksual saya dengan orang lain Setuju

4. Saya akan melakukan seks luar nikah jika 1 2 34
berpeluang 1 2 34
1 2 34
5. Saya rasa seronok melakukan ketaatan kepada
Tuhan 1 2 34

6. Saya benci hubungan seks luar nikah 1 2 34
1 2 34
7. Saya sering berasa gelisah. 1 2 34
1 2 34
8. Bagi saya, seks luar nikah yang dilakukan dengan 1 2 34
rela hati bukan satu kesalahan

9. Saya sentiasa berasa tenang

24

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - 80 minit

LDK 1: Diskusi Jiwa Damai (10 minit)

Bincangkan dalam kumpulan cabaran yang dihadapi untuk mencapai Jiwa
Damai dan kaedah untuk memperolehinya.

LDK 2: Fudhail Bin Iyad (30 minit)
Fudhail Bin Iyadh adalah nama seorang ketua perompak yang ditakuti oleh
para pedagang pada suatu masa dahulu. Mereka merompak para pedagang
yang melalui kawasan padang pasir. Walaupun Fudhail menjadi ketua
perompak, Fudhail sentiasa menunaikan solat lima waktu dan solat-solat
sunat. Fudhail juga berpuasa dan menunaikan zakat.
Fudhail meminati seorang gadis. Pada suatu hari, beliau cuba masuk ke
rumah gadis tersebut. Tiba-tiba, dia mendengar gadis itu membaca ayat ke-16
dalam Surah al-Hadid yang bermaksud:

Ayat itu menyentuh hati Fudhail. Fudhail berazam untuk bertaubat. Fudhail
bertekad, rompakan yang telah dirancang pada hari tersebut adalah
rompakannya yang terakhir.
Sekumpulan pedagang melalui kawasan padang pasir yang dikuasai oleh
Fudhail. Ketua pedagang itu telah melantik Muhammad untuk menjaga wang
mereka yang berjumlah 100,000 dinar. Muhammad adalah seorang pemuda
yang jujur. Beliau merupakan bapa kepada Imam Hambali. Selain
Muhammad, rombongan perdagangan tersebut turut disertai oleh seorang
pendeta Yahudi yang berpegang kepada kitab Taurat.

25

Muhammad berjalan jauh di belakang kumpulan pedagang. Mereka semua
memakai pakaian ihram supaya tidak kelihatan seperti kumpulan pedagang.
Mereka menyamar sebagai kumpulan yang hendak mengerjakan ibadat haji
supaya tidak dirompak oleh Fudhail. Namun, penyamaran mereka tidak
berjaya.

Fudhail mengarahkan ahli kumpulannya untuk menahan kumpulan pedagang
tersebut. Fudhail memerhatikan pergerakan ahli kumpulannya dari jauh.

Muhammad ternampak Fudhail. Muhammad menyangka Fudhail adalah
seorang lelaki yang budiman. Muhammad meminta bantuan Fudhail untuk
menyimpan wangnya agar tidak diambil oleh perompak. Setelah
menyerahkan wang tersebut kepada Fudhail, Muhammad turut ditahan oleh
ahli kumpulan Fudhail.

Setelah diperiksa, kumpulan pedagang itu dilepaskan semula. Muhammad
segera bertemu dengan Fudhail untuk mengambil kembali wang tunai
mereka. Alangkah terkejutnya Muhammad apabila mendapati bahawa Fudhail
sebenarnya adalah ketua kepada kumpulan perompak tersebut. Namun,
Muhammad tetap yakin bahawa Fudhail adalah seorang yang baik.
Muhammad juga turut mendoakan kesejahteraan Fudhail.

Peristiwa ini memberi kesedaran kepada Fuhail untuk bertaubat sepenuhnya.
Fudail meminta maaf kepada kesemua ahli kumpulan pedagang tersebut.
Bagaimanapun, Pendeta Yahudi yang menyertai ahli kumpulan pedagang itu
hanya mahu memaafkan Fudhail dengan dua syarat. Syarat tersebut ialah:

a. Memindahkan gunung pasir

b. Menukarkan seguni tanah liat kepada emas

Fudhail berazam untuk bertaubat. Fudhail bertawakal kepada Allah. Fudhail
berdoa untuk memohon bantuan Allah bagi memenuhi dua syarat tersebut.
Tiba-tiba angin kencang bertiup dan memindahkan bukit pasir yang berada di
hadapan mereka ke tempat lain. Tanah liat itu juga bertukar menjadi emas.

Semua orang terperanjat dan terpegun dengan kejadian tersebut. Pendeta
Yahudi itu berkata, yang maksudnya:

“Aku telah membaca kitab Taurat yang mengatakan seseorang yang benar-
benar bertaubat boleh mengarahkan gunung untuk bergerak dan menukarkan
tanah liat kepada emas. Oleh itu, aku menyuruh pemuda ini melakukan dua
perkara tersebut untuk menguji sama ada ia benar-benar bertaubat atau
sebaliknya. Kini, aku yakin bahawa pemuda ini telah bertaubat dan taubatnya
telah diterima Allah. Kini dia telah menjadi seorang yang baik dan mulia.”

Fudhail kemudiannya mengikuti kumpulan pedagang tersebut. Fudhail
mengembara untuk menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan. Fudhail
akhirnya menjadi seorang abid (ahli ibadah) dan ulama yang disegani. Fudhail
dikenali sebagai ‘abidul haramain’ iaitu ahli ibadah di dua tanah haram (Kota
Mekah dan Kota Madinah). Fudhail telah berubah sama sekali. Fudhail telah

26

bertukar daripada seorang penjenayah yang digeruni kepada seorang abid
dan juga seorang ulama yang disayangi ramai.

Pengajaran Daripada Kisah Fudhail Bin Iyadh:
1. ‘Move on’
2. Segera lakukan perubahan
3. Sangka baik dengan Tuhan
4. Konsisten tunaikan ibadah solat dan kewajipan lainnya
5. Sentiasa ada ruang untuk bertaubat dan melakukan penambah baikan
6. Berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan untuk menjadi cemerlang
7. Kuatkan pergantungan kepada Tuhan
8. Buktikan yang kita telah benar-benar berubah
9. Jangan mudah tersinggung dengan kata-kata orang lain terhadap kita –

lihat secara positif
10. Tuntut ilmu dan pelajari pengetahuan/kemahiran baru
11. Perbaiki hubungan dengan tuhan dan sesama manusia
12. Dampingi orang soleh
13. Bercakap perkara baik
14. Jadi aset masyarakat, bukan liabiliti masyarakat
15. Beri sumbangan kepada masyarakat

LDK 3: Ketabahan Maryam AS (20 minit)

Ceritakan kisah Maryam AS dan bincangkan pengajaran yang diperolehi oleh
pelatih daripada Kisah Maryam AS.

Maryam AS adalah seorang wanita yang suci. Sebelum beliau lahir, ibunya
telah bernazar bahawa kandungannya akan menjadi seorang hamba yang
mengabdikan diri kepada Allah. Allah telah menyucikan Maryam dan
memuliakan diri Maryam. Maryam dipelihara oleh bapa saudaranya, Nabi
Zakaria AS. Maryam telah dipilih oleh Allah untuk disucikan dan dimuliakan.
Maryam diperintahkan untuk mentaati Allah serta sujud dan rukuk bersama
orang-orang yang sujud dan rukuk. Setiap kali Nabi Zakaria masuk
menemuinya, baginda mendapati terdapat buah-buahan yang lazat di sisi
Maryam. Ketika ditanya dari mana buah-buah itu datang, Maryam

27

menjelaskan, Allah Maha Berkuasa untuk memberikan sesuatu kepada
hamba-Nya tanpa dikira.

Suatu hari, Maryam memencilkan diri di sebuah tempat yang jauh dari
keluarganya untuk beribadah kepada Allah. Maryam membina dinding supaya
tidak diganggu oleh sesiapa.

Tiba-tiba datang seorang malaikat mendatanginya dengan menyamar diri
sebagai seorang lelaki yang sempurna. Maryam berasa takut lalu meminta
lelaki itu menjauhkan diri. Lelaki itu menjelaskan, dia adalah malaikat yang
diutus Allah untuk membawa berita bahawa Maryam akan melahirkan
seorang bayi yang suci.

"Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang
mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan
kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-
Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan
dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

"Dan dia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa dia masih kecil
dalam buaian, dan semasa dia dewasa, dan dia adalah dari orang-orang yang
soleh."

Berita itu mengejutkan Maryam. Maryam bertegas bahwa dirinya adalah
seorang wanita yang tidak pernah disentuh lelaki dan bukan juga seorang
penzina.

Lelaki itu menjelaskan, perkara itu telah ditakdirkan dan ianya adalah
sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah serta rahmat Allah kepada
hamba-Nya.

Maryam kemudiannya mengandung dan memencilkan diri di suatu tempat
yang jauh. Ketika hendak bersalin, Maryam berasa kesakitan sehingga
menyebabkannya tersandar ke sebatang pokok kurma. Dia berkata, alangkah
baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadikan aku dilupakan orang atau
tidak dikenang-kenang.

Lalu Maryam diseru supaya tidak bersedih. Allah telah menciptakan sebatang
sungai mengalir di bawah kaki Maryam. Maryam juga diperintahkan untuk
menggegarkan pokok kurma supaya dia boleh memakan buah kurma masak
yang gugur daripada tangkainya.

Maryam diperintahkan supaya makan dan minum serta bertenang dan tidak
rungsing memikirkan nasibnya. Setelah melahirkan Nabi Isa, Maryam
mendukungnya untuk bertemu dengan masyarakat. Maryam dicemuh kerana
telah melakukan kesalahan yang besar sedangkan ibu bapanya adalah orang
yang terhormat.

Maryam menudingkan jari ke arah anaknya. Dengan kehairanan, mereka lalu
mempersoalkan:

28

“Bagaimana kami dapat berkata-kata kepada seorang kanak-kanak dan masih
di dalam buaian?
Tiba-tiba, bayi itu berkata, yang maksudnya:
Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab
(Injil), dan Dia telah menjadikan aku seorang Nabi dan Dia menjadikan aku
seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan aku
mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. "Serta
(diperintahkan aku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Dia tidak
menjadikan aku seorang yang sombong takbur atau derhaka. Dan segala
keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku
diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup
semula (pada hari kiamat)".
Bayi itu, iaitu Nabi Isa AS kemudiannya membesar dan meneruskan legasi
kenabian Bani Israil. Allah mengurniakan Nabi Isa beberapa mukjizat seperti
menghidupkan burung dari tanah liat, menyembuhkan buta dan sopak dan
menghidupkan orang yang sudah mati. Nabi Isa AS telah diangkat ke langit
dan akan turun semula ke bumi untuk memerangi Dajjal bersama Imam Mahdi
pada akhir zaman. Kenabian Nabi Isa AS disaksikan oleh umat Islam dan
Kristian di seluruh dunia sehingga kini. Bahkan, kisah Maryam terus dikenang
dalam limpahan cinta dan kebaikan.

Rujukan:
Surah Maryam: 16-34
Surah Ali-Imran: 35-53

Pengajaran:
1. Pelihara kesucian diri
2. Sentiasa beribadah kepada Allah
3. Kuatkan keimanan dan pergantungan kepada Allah

4. Jangan bersedih semasa mengandung, tenangkan diri
5. Tingkatkan kesabaran
6. Rezeki Allah itu sangat luas dan Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha

Pemurah
7. Jaga pemakanan semasa mengandung
8. Berani menghadapi cemuhan orang lain
9. Berani menyelesaikan masalah

29

10. Lakukan aktiviti kecergasan yang sesuai semasa mengandung
11. Perkenalkan anak kepada komuniti
12. Tiada perkara yang mustahil dengan izin Allah

LDK 4: 10 minit

Tayangkan video kematian mengejut daripada You Tube. Contohnya daripada
talian berikut:

1. Kematian pemain bola dunia ketika perlawanan berlangsung.
https://www.youtube.com/watch?v=cOhxTFEagco&has_verified=1

ATAU

2. Last breath
https://www.youtube.com/watch?v=m1aXR7ejw2E

LDK 5: 10 minit

Tayangan video yang menunjukkan penyesalan manusia setelah mengalami
kematian. Contohnya video berikut:

1. Far East: Menanti Di Barzakh
https://www.youtube.com/watch?v=LZISJ1Mj4d8

ATAU

2. Siksaan Paling Ringan di Neraka
https://www.youtube.com/watch?v=_9czwRK4nus

30

Refleksi Diri – 10 minit

1. Tayangkan video yang perihal kehidupan yang berkat yang membakar
semangat untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan
meninggalkan keburukan sebelum detik kematian tiba. Contohnya
seperti link di bawah:

Penaklukan Konstantinopal 1453
(oleh Sultan Muhammad al-Fateh)
https://www.youtube.com/watch?v=bzDiBtlv678&t=218s

• Apakah pengajaran yang saya boleh diambil daripada kisah ini?

SYOR

• Rumah perlindungan khususnya pegawai agama disarankan untuk
mengadakan program penyucian jiwa secara berkala. Berikan ruang
kepada pelatih untuk membangun dan memperbaiki diri secara bertahap.
Berikan mereka kebebasan untuk menentukan matlamat tertentu dalam
perjalanan rohani mereka serta berusaha untuk mencapainya. Contohnya,
menetapkan masa dua minggu untuk melatih diri dengan sikap sabar
yang meliputi 4 situasi, iaitu:
➢ Tidak memotong giliran orang lain
➢ Tidak meninggikan suara ketika marah, menahan diri daripada
bercakap atau melakukan kekasaran fizikal sehingga
kemarahan itu reda.
➢ Tidak membalas semula kesalahan orang lain. Sebaliknya,
memaafkan dan mendoakan kesejahteraannya.
➢ Menahan diri daripada perkara yang dilarang oleh agama seperti
onani, sexting dan melihat unsur pornografi.

• Rumah perlindungan khususnya pegawai agama perlu memantau dan
membimbing aktiviti kerohanian pelatih. Berikan mereka kefahaman yang
sebenar terhadap agama dan menikmati keindahan hidup beragama.
Pegawai agama perlu bersikap terbuka, memahami pelatih dan
membimbing mereka dengan penuh kebijaksanaan. Oleh itu, pegawai
agama perlu dilengkapkan dengan kemahiran asas kaunseling,
komunikasi, dakwah dan kepimpinan serta kejurulatihan berkesan.

31

• Rumah perlindungan khususnya pegawai agama perlu mempersiapkan
pelatih untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri setelah keluar
daripada rumah perlindungan. Bimbing mereka untuk membina kehidupan
yang bermakna dengan keimanan yang teguh, ibadah yang sempurna,
persekitaran yang sejahtera dan jiwa yang damai. Persiapkan mereka
dengan jiwa damai agar mereka dapat menempuhi kehidupan di luar
rumah perlindungan dengan tenang, teguh dan cemerlang.


Click to View FlipBook Version