SAINS TINGKATAN 2 KSSM NOTA DIGITAL
OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM
BAB 10 GELOMBANG BUNYI
10.1 CIRI GELOMBANG BUNYI
CIRI-CIRI GELOMBANG BUNYI
o Merambat dengan kelajuan
berbeza di dalam medium yang
berbeza
o Boleh dipantulkan
o Memerlukan medium
perambatan
o Diserap oleh permukaan yang
berbeza
BUNYI MEMERLUKAN MEDIUM
UNTUK PERAMBATAN
o Gelombang bunyi merupakan
GELOMBANG MEMBUJUR yang tidak
nampak
o Gelombang bunyi dapat merambat
melalui medium seperti udara,
cecair dan pepejal tetapi tidak boleh
merambat melalui vakum
o Tanpa medium, gelombang bunyi tidak
boleh merambat
CONTOH PERAMBATAN
o 2 orang angkasawan tidak dapat
mendengar sesama sendiri
sebab bunyi tidak dapat
merambat melalui vakum
o Ikan lumba-lumba mengeluarkan
bunyi yang bergerak dengan
cepat melalui air
KooEDYLpGDmAAeAMeaepNLrJloEUedMiApGjMmiAaMaEuldbP,DNBmcaaUMEIenU3BRNcEpgEaMBDmeYbiRrEpAueIBUZdnedIEyaAjiMuaZinmlbA,gesairensgdie,egrraehklaondmaendbgaaalannmgkecbleaujcunaayirni berbeza dalam tiga medium
bergerak paling cepat dalam
dan paling lambat dalam gas
o Bunyi dirambatkan dengan cara pemindahan getaran bunyi dari satu zarah ke
zarah yang lain yang bersebelahan. Susunan zarah pepejal lebih rapat
berbanding cecair dan gas membolehkan getaran bunyi dapat
dipindahkan dengan lebih cepat
BUNYI BOLEH
DIPANTULKAN
oBunyi dapat dipantul
apabila bunyi terkena
pada permukaan
objek yang keras
seperti permukaan
dinding batu, simen atau
kaca
BUNYI BOLEH DISERAP
o Gelombang bunyi boleh diserap
oleh permukaan yang lembut dan
kasar
o Langsir mempunyai permukaan lembut
untuk menyerap bunyi di pentas
o Dinding bilik rakaman muzik ditutup
dengan bahan yang lembut untuk
menyerap bunyi