The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KERJA BOLA TAMPAR MSSD 2024-EDITED

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-72259794, 2024-05-20 04:04:49

KERTAS KERJA BOLA TAMPAR MSSD 2024-EDITED

KERTAS KERJA BOLA TAMPAR MSSD 2024-EDITED

1 KERTAS KONSEP KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH RANAU TAHUN 2024 (KATEGORI LELAKI & PEREMPUAN) Pengelola; SMK AGAMA MOHAMAD ALI, RANAU


2 1. PENGENALAN “KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD 2024” ini diadakan bagi menyahut seruan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Sabah untuk mengembangkan lagi potensi dan bakat murid khususnya dalam sukan permainan. Program ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk atlit daerah memantapkan kemahiran dalam permainan Bola Tampar. 2.0 MATLAMAT Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh. Membentuk dan mempunyai pasukan yang berjaya. Membantu mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan remaja. Disamping itu, diharapkan agar kejohanan ini sebagai satu inisiatif dalam membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta memupuk budaya bersukan. Selain itu, murid berpeluang untuk memenangi mana-mana kejohanan yang disertai melalui kecerdasan danketepatan melakukan kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar serta menanam minat pelajar terhadap permainan ini. 3.0 OBJEKTIF 1.1 Memberi ruang kepada semua murid meraih markah PAJSK dengan menyertai program pembangunan dan pertandingan berkaitan dengan sukan bola tampar. 1.2 Membentuk gaya hidup sihat melalui sukan bola tampar. 1.3 Mempertingkatkan kemahiran asas murid-murid dalam sukan bola tampar. 1.4 Memilih pemain yang berpotensi tinggi dan kompeten untuk diketengahkan ke peringkat negeri mahupun pringkat kebangsaan 1.5 Mengembangkan potensi diri disamping mengukuhkan daya saing serta ketahanan diri murid (self-resilient)


3 4.0 KUMPULAN SASARAN Perempuan dan lelaki bawah 18 Tahun 5.0 TARIKH 04 Jun 2024 hingga 05 Jun 2024 6.0 TEMPAT Kompleks Sukan Ranau 7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PENASIHAT : Pn. Barizah Binti Mohd Kahar Pegawai Pendidikan Daerah Ranau PENGERUSI : Ustazah Hajah Nuridah Binti Amit Pengetua SMK Agama Mohamad Ali TIMBALAN PENGERUSI I : Pn. Windralela Wainin Pen. Kanan Kokurikulum SMK Agama Mohamad Ali PENYELARAS KEJOHANAN : En Ladius Machi Penyelia Sukan PPD Ranau, Unit Sukan PENGURUSI TEKNIK PEMBANGUNAN BOLA TAMPAR DAERAH (SEKOLAH MENENGAH) : Pn Farah Damia Abdullah SETIAUSAHA : En. Muhamad Azidi Bakar TIMBALAN SETIAUSAHA : Cik Allerye Arryeka BENDAHARI : Pn. Maya Natasha Md. Nasir PENDAFTARAN : Cik Ima Idayu Mat Harun PUBLISITI/BANNER : En. Samsul Juwait SIJIL : 1.Pn. Suseyltah Osman 2.Pn Azzriena Jimis PENGURUS HADIAH : Cik Sarah Faiznur Jenuil CENDERAHATI : Pn. Juhara Juhimin @ Jahumin JAMUAN : Cik Halimah Tulhana Jahumin PERALATAN DAN TEKNIKAL : En. Ahmad Fikri Soinin JURUACARA : Pn. Rosyati Atika Wasin PA SYSTEM : En. Mohammad Nawawi Tajudin TUGAS-TUGAS KHAS : Pn. Rosyati Atika Wasin BACAAN DOA : En. Muhamad Azidi Bakar DISIPLIN : Pengurus-Pengurus Pasukan JURUGAMBAR : En. Mohammad Nawawi Tajudin JAWATANKUASA PEMILIHAN : Pn Farah Damia Abdullah (K) Ketua Jurulatih Pasukan


4 9.0 JAWATANKUASA KERJA PERTANDINGAN Pengerusi : Ustazah Nuridah Amit (Pengetua) Timbalan Pengerusi : Pn Windralela Wainin (PK Kokurikulum) Juri Rayuan : 1. Pengetua (K) 2. En Ladius Machi (PPD Ranau) Setiausaha : En. Muhamad Azidi Bakar Bendahari : Pn Maya Natasha Md. Nasir Pengurus Hadiah Cik Sarah Faiznur Jenuil Sijil Pn. Suseyltah Osman Jurugambar En Mohammad Nawawi Tajudin Jamuan Cik Halimah Tulhana Jahumin Pendaftaran Cik Ima Idayu Mat Harun AJK Peralatan & Teknikal En. Ahmad Fikri Soinin Publisiti/Banner En. Samsul Juwait Cenderahati Pn. Juhara Juhimin @ Jahumin Juruacara Pn. Rosyati Atika Wasin Bacaan Doa En. Muhamad Azidi Bakar PA System En. Mohammad Nawawi Tajudin AJK Tugas-Tugas Khas Pn. Rosyati Atika Wasin Disiplin Pengurus-Pengurus Pasukan Pengurus Teknik Pembangunan Bola Tampar Daerah (Sekolah Menengh) Pn Farah Damia Abdullah JAWATANKUASA PEMILIHAN KE PERINGKAT BAHAGIAN 1.Pn Farah Damia Abdullah (K) 2. Ketua Jurulatih Pasukan


5 10.0. Anggaran Perbelanjaan BIL Perkara Kuantiti Harga Jumlah 1 Hadiah pemenang tempat pertama [medal] *kategori lelaki & perempuan bawah 18 tahun 24 RM 5.00 RM 120.00 2 Hadiah pemenang tempat kedua [medal] *kategori lelaki & Perempuan bawah 18 tahun 24 RM 5.00 RM 120.00 3 Hadiah pemenang tempat ketiga [medal] *kategori lelaki & Perempuan bawah 18 tahun 24 RM 5.00 RM 120.00 4 Saguhati pengadil 8 RM 60.00 RM 480.00 5 Bola Molten (v5m3500) 2 RM 199.00 RM 398.00 6 Air mineral 230 ml 10 RM 12.00 RM 120.00 7 Sewa Kompleks Sukan Ranau 2 hari RM 600.00 RM 1200.00 8 Keperluan lain [dakwat pencetak, fail kertas, klip dan alat tulis] RM 200.00 RM 200.00 9 Makanan urusetia 2 hari RM 6.50 X 20 X 2 hari RM 260.00 JUMLAH KOS RM 3018.00 * Sijil Disediakan oleh pihak Unit Sukan PPD Ranau • YURAN PENYERTAAN RM 200.00 11.0 TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN • Sila rujuk lampiran 12.0 PERATURAN PERTANDINGAN 12.1 Peraturan Am Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan terbaru Peraturan FIVB 2021-2024 yang disesuaikan dengan Peraturan di bawah Jawatankuasa Kepengadilan Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA)


6 12.2 Yuran Penyertaan Setiap pasukan dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM 100.00 bagi setiap kategori. Jika menghantar dua kategori, lelaki dan Perempuan, yuran dikenakan sebanyak RM 200.00. Bayaran yuran hendaklah dibayar kepada Bendahari seminggu sebelum kejohanan, tarikh tutup pada 28 Mei 2024. 12.3 Pendaftaran dan Dokumen Peserta 12.3.1 Dokumen peserta seperti Borang Maklumat Diri dan Borang Kebenaran Ibubapa hendaklah dihantar sehari sebelum pertandingan. 12.3.2 Penghantaran dokumen boleh dibuat semasa Taklimat Pengurus Pasukan pada 03 Jun 2024 di Bilik Gerakan SMKA Mohamad Ali, bermula jam 230 petang. 12.3.3 Kegagalan untuk menghantar dokumen peserta pada masa yang ditetapkan menyebabkan penyertaan pasukan ditolak oleh penganjur. 12.3.4 Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad dan tidak boleh diubah. 12.4 Sistem Pertandingan 12.4.1 Sistem pertandingan adalah Volleyton 31 mata bagi peringkat kumpulan. Manakala peringkat separuh akhir dan akhir akan menggunakan sistem “Best of Three” (BO3) 12.4.2 Kedudukan Johan dan Naib Johan peringkat Kumpulan ditentukan dengan Set Menang terbanyak. 12.4.3 Sekiranya masih terdapat persamaan kedudukan, maka formula berikut digunakan; A = Jumlah mata set yang menang [semua perlawanan dalam kumpulan] Jumlah mata set yang kalah [semua perlawanan dalam kumpulan] Pasukan yang memperolehi nisbah mata set yang lebih tinggi menduduki tempat teratas 12.4.4 Bagi sistem BO3, untuk memenangi satu set bagi set ke-3, setiap set dimenangi oleh pasukan yang mendapat 15 mata terdahulu dengan kelebihan 2 minima mata. Jika berlaku seri 14-14, permainan diteruskan sehingga pasukan menang mencapai maksimum 21 mata sahaja. 12.4.5 Pada peringkat ‘semifinal’ dan ‘final’ guna sistem BO3. 12.5 Pakaian Seragam 12.5.1 Semua pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu jersi dan seluar panjang [lelaki dan wanita] 12.5.2 Jersi hendaklah bernombor yang berukuran sekurang-kurangnya 15 sm tinggi di hadapan pada paras dada dan 20 sm di belakang. 12.5.3 Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.


7 12.6 Pembatalan 12.6.1 Setiap pasukan mestilah berada di gelanggang tiga puluh minit sebelum perlawanan dimulakan 12.6.2 Pasukan yang lewat lima minit daripada masa yang ditetapkan tanpa memberi alasan yang munasabah adalah dianggap memberi kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya. 12.7 Menarik Diri 12.7.1 Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya. 12.7.2 Maka, segala Keputusan pertandingan yang diperolehi pasukan tersebut akan dinilai sebagai pasukan yang kalah. 12.7.3 Yuran penyertaan pasukan tidak dikembalikan oleh penganjur (‘non-refundable’) 12.8 Bantahan 12.8.1 Bantahan hendaklah dikemukakan kepada pihak juri atau Pengerusi Kejohanan dan Penyelaras Kejohanan, PPD Ranau tidak lewat daripada 30 minit setelah perlawanan tamat. Pengurus Pasukan hendaklah mengemukakan surat bantahan dan bukti bersama wang RM100 tunai untuk penilaian pihak jawatankuasa. 12.8.2 Sekiranya kapten permainan pasukan ingin membuat bantahan dalam perlawanan mereka, maka kapten pasukan perlu menerima bantahanyya direkodkan dan pengadil pertama akan membenarkan bantahan dan ditulis dalam borang ‘scoresheet’ 12.8.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. Keputusan jawatankuasa juri rayuan adalah muktamad. 13.0 PENUTUP Pihak penganjur mengharapkan kerjasama semua pihak agar kejohanan ini dapat di jalankan dengan jayanya, seterusnya dapat mencapai matlamat serta objektif penganjuran Kejohanan Bola Tampar Daerah Ranau untuk tahun 2024. ………………………… (MUHAMAD AZIDI BAKAR) Setiausaha, Kejohanan Bola Tampar MSSD Ranau 2024.


8 LAMPIRAN 2 TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2024 TARIKH MASA PERKARA 06 JUN 2024 2.30 p.m Semua murid berkumpul di Dewan Kompleks Sukan Ranau Ketibaan guru-guru pengiring dan peserta 2.45 p.m Ketibaan Penyelaras Unit Sukan PPDR Nyanyian lagu ‘Negaraku’ Nyanyian lagu ‘Sabah Tanah Airku’ Bacaan Doa Ucapan Pengelola (Pengetua SMKA Mohamad Ali Ranau) Ucapan Perasmi Kejohanan (Penyelaras Unit Sukan PPDR) Persembahan Multimedia Penyampaian Hadiah Sesi bergambar 3.45 p.m Majlis dijangka selesai


Click to View FlipBook Version