The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Refleksi subjek makro & mikro

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ruhaizah1102, 2024-01-15 19:32:19

REFLEKSI MAKRO MIKRO

Refleksi subjek makro & mikro

Keywords: Refleksi makro mikro

GGGE 5042 PENGAJARAN MAKRO DAN MIKRO TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI INDIVIDU DISEDIAKAN UNTUK: DR. AIDA HANIM ABD HAMID DISEDIAKAN OLEH: RUHAIZAH BT MOHD NOR P130941


Assalamualaikum,bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan demonstrasi (15 minit) individu dan berkumpulan (30 minit ) dengan jayanya . Demonstrasi individu yang saya lakukan adalah bagi subjek Sains Tingkatan 2 iaitu dalam topik Sistem Pencernaan Manusia.Manakala untuk demonstrasi mengajar berkumpulan (30 minit) ahli kumpulan kami lakukan adalah subjek Sains Tingkatan 3 iaitu dalam topik Kesihatan Sistem Respirasi Manusia. Setelah selesai tugasan ini saya telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya ini. 1.0 Refleksi terhadap Kekuatan Pada awal demonstrasi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi kedua-dua makro dan mikro iaitu set induksi dapat saya kesan beberapa kekuatan yang dapat memberi impak kepada diri saya serta sesi pengajaran makro dan mikro ini. Antara kekuatan yang saya kenalpasti adalah penggunaan dua jenis gambar yang berbeza dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan membuat andaian. Secara tidak langsung kaedah ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis.Pemikiran kritis ini adalah salah satu yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke -21. Menurut Khan (2021) pemikiran kritis merupakan salah satu elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain iut,kekuatan yang dilihat pada bahan bantu mengajar menggunakan kaedah aplikasi canva ini dapat menarik minat pelajar yang mana bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar oleh guru.Selain daripada itu, kekuatan yang dapat saya kenalpasti daripada kedua-dua demonstrasi ini adalah tentang penampilan guru iaitu diri saya sendiri yang sesuai termasuklah pakaian sopan,tampil dengan yakin dan bersemangat,suara yang jelas dan lantang dapat menarik perhatian murid dan meningkatkan fokus murid terhadap sesi pembelajaran.Saya juga merupakan seorang guru yang prihatin kerana memberi perhatian kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.Kelebihan yang ada pada saya adalah penyampaian yang spontan di mana penceritaan yang saya sampaikan turut juga disertai dengan elemen merentas kurikulum dan saya rasakan pengisian ini dapat membantu pelajar mengimbas kembali pengalaman yang pernah murid lalui sebelum ini. Ini secara tidak langsung dapat menguatkan daya ingatan murid terhadap isi kandungan subjek yang disampaikan oleh saya. Selain itu juga,bahan bantu mengajar yang saya gunakan dalam set perkembangan menjadi satu kekuatan bagi saya kerana kaedah tayangan video yang menarik mampu meningkatkan lagi


mutu pengajaran saya. Selepas tayangan video,saya juga telah memberi penerangan melalui lukisan di papan putih(whiteboard) kepada murid-murid tentang isi kandungan dalam pelajaran yang diajar. Masa yang diambil untuk penerangan sama mengikut perancangan yang dibuat dalam rancangan pembelajaran harian.Manakala untuk demonstrasi berkumpulan saya menggunakan slide untuk memberi penerangan kepad murid-murid.Dalam set pengukuhan saya juga telah jalankan sesi penilaian kepada murid-murid menggunakan kaedah teknologi di mana latihan secara online dalam aplikasi wordwall yang mana murid-murid diminta menjawap soalan yang diberi. Penggunaan kuiz secara maya membuatkan sesi pengajaran menjadi lebih interaktif.Sebagai seorang pendidik semestinya saya akan menambah baik lagi pengajaran saya.Oleh yang demikian, teknik membuat peta buih yang saya jalankan juga dapat meningkatkan tahap berfikir secara kreatif terhadap murid-murid. Kaedah ini saya rasakan dapat membentuk nilai murni kerjasama setiap murid di dalam kumpulan mereka. Di akhir penutup sesi pembelajaran,saya juga menunjukkan satu contoh gambar yang boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan dan keburukan terhadap apa yang kita lakukan dalam kehidupan. Ini boleh dianggap sebagai elemen merentas kurikulum bagi isi kandungan sesi pembelajaran yang dijalankan.Bagi demonstrasi berkumpulan saya menayangkan satu video pengajaran yang boleh diambik ikhtibar kepada pelajar berkenaan topik pembelajaran ini. Bagi saya kaedah tayangan video ini boleh meningkatkan tahap pemahaman murid terhadap topik yang diajar oleh saya. Dalam ke dua-dua demonstrasi murid juga memberi kerjasama yang sepenuhnya semasa sesi pengajaran yang dijalankan oleh saya. Dalam masa yang sama juga saya perhatikan muridmurid menjawap setiap soalan yang dikemukakan dengan baik dan jelas.Saya juga dapat melihat penglibatan murid yang aktif dan membantu guru melancarkan sesi pembelajaran tersebut. Secara keseluruhan pengurusan kelas adalah teratur dan dapat dilaksanakan mengikut perancangan. 2.0 Refleksi terhadap kelemahan Terdapat juga kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro dan mikro ini.Antara kelemahan yang saya dapat kesan adalah menggunaan capaian internet yang agak terganggu sehingga menyukar saya dalam menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran.Bagi kedua-dua demonstrasi pengajaran individu dan berkumpulan memerlukan capaian internet yang bagus kerana saya menggunakan tayangan video daripada youtube . Selain itu juga,permasalahan kepada sistem pembesar suara yang tidak mengeluarkan bunyi yang jelas menyebabkan tayangan


video di ulang beberapa kali dan mengambil masa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang ada pada diri saya adalah saya masih belum dapat menghafal dengan baik keseluruhan nama pelajar. Ini menyukarkan saya untuk memanggil mereka melakukan aktiviti di dalam kelas. Selain daripada itu,kelemahan yang saya kenalpasti adalah ketepatan mengikuti masa yang ditetapkan. Ketetapan masa penting dalam proses pembelajaran bagi memastikan setiap perancangan dapat disampaikan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman demonstrasi dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat ,saya dapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring.Hal ini disebabkan terdapat ngangguanngangguan dan hal-hal yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.Walaubagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.Di samping itu juga, saya mendapati kelemahan dan kekurangan yang ada pada saya adalah masalah pemantauan kelas. Saya hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap sudut kelas. Saya sebagai seorang guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid.Mungkin dengan cara ini dapat membantu murid dengan lebih dekat. 3.0 Langkah Mengatasi atau penambah baikan yang boleh dibuat dalam pelaksanaan pengajaran berkesan pada masa akan datang. Setelah mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan,bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di masa hadapan saya seharusnya membuat penambah baikan.Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam ke dua-dua tugasan makro dan mikro, penambahan baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan masa penggunaan masa menyampaikan isi kandungan pelajaran yang dirancang.Pengurusan masa sangat penting dalam memastikan masa yang ada digunakan sehabis baik dan berkesan oleh guru.Saya juga seharusnya membuat pemantauan keadaan murid di dalam kelas.Saya seharusnya bergerak dan berjalan setiap sudut bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika proses pembelajaran. Pendekatan ini sangat sesuai untuk guru lebih mendekati murid dalam masa yang sama mengawal murid di kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta.Kaedah ini sangat membantu guru kerana menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Selain itu,penambah baikan yang perlu saya lakukan adalah persediaan sebelum memulakan kelas dari segi kelengkapan alatan teknologi seharusnya diuji dahulu sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Persediaan yang rapi ini membantu saya untuk mengesan


di mana kelemahan dan kekurangan yang ada sebelum sesi pengajaran.Di samping itu juga,saya juga seharusnya mengambil langkah untuk mengingati nama-nama murid yang saya mengajar sewaktu pemulangan buku latihan kepada murid. Teknik memanggil nama setiap pelajar sewaktu menyerahkan buku latihan adalah membantu untuk menguatkan daya ingatan saya mengingati nama-nama murid. Dalam masa yang sama juga dapat memberi perhatian kepada setiap pelajar yang tampil ke hadapan.Saya juga seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang aktif di mana melibatkan semua murid berkolaborasi secara berkumpulan dan lebih kepada pengajaran berpusatkan murid.Manakala untuk pengajaran makro yang mengambil masa selama 30minit seharusnya dikendalikan dengan pengurusan masa yang bijak dan tersusun supaya setiap apa yang dirancang dapat mencapai objektifnya. PENUTUP Jika saya diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak teknik dan kaedah yang akan saya ubahsuaikan mengikut tahap penguasaan murid yang berbeza latarbelakang dan kepelbagaian murid yang berada di dalam bilik darjah dari segi pencapaian,pemahaman dan keupayaan.Saya berasa seronok kerana dalam menjalankan demostrasi makro dan mikro ini memberi banyak pengalaman kepada saya untuk dipraktikkan sewaktu latihan praktikum nanti. Terima kasih juga kepada pensyarah kerana banyak mengajar dan memberi panduan kepada saya dalam menjayakan tugasan ini.Namun apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah kekuatan dan kelemahan yang saya ada ini masih terlalu awal kerana saya masih lagi dalam pembelajaran peringkat awal. Diharap apa yang saya pelajari dalam subjek pengajaran makro dan mikro ini dapat diaplikasikan sewaktu latihan praktikum nanti. Rujukan: 1. Zainab nawab Khan. (2021). Pemikiran Kritis dalam pengajaran dan pembelajaran edited nov 2021. https://www.researchgate.net/publication/


Click to View FlipBook Version