P E M B U A N G B AY I LECTURE MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA PUAN FARAH HANAN BINTI ABU BAKAR
OUR TEAM DASHIELL D’KAYA DESMAND 20DKA22F2801 HOSETAR ANAK KAYU 20DKA22F2024 KELLY FUNG SIEW ZHEN 20DKA22F2001 CAERSWIELLA ROANE RICHARD 20DKA22F2003
PENGHARGAAN Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek E folio saya ini. Pertama sekali kepada Puan Farah Hanan binti Abu Bakar selaku pensyarah MPU23042 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada kami. Sekalung penghargaan kepada rakanrakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek ini. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek e folio amat di hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan Akhir sekali terima kasih kepada pihakpihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek ini dijalankan
ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 05 PUNCA- PUNCA PEMBUNGAN BAYI LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH PEMBUNGAN BAYI KESIMPULAN PENGENALAN KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI
06 07 08 RUJUKAN AKTIVITI PENGUKUHAN SINOPSIS
Pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan. Kemelut yang semakin serius ini bagaikan bangkai gajah yang tidak dapat ditutupi dengan nyiru lagi apabila akhbar-akhbar perdana negara sering memaparkan kejadian sebegini dalam akhbar mereka dengan begitu meluas tanpa segansilu. Hal ini bukan sahaja menyusahkan pelbagai pihak malah imej negara kita akan tercalar. Jadi, sebelum mencari jalan penyelesaiannya, kita perlulah mengenal pasti sebab musabab yang menjadi akar umbinya sebelum kemelut in menjadi barah kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. PENGENALAN
PDRM terkumpul sekurang-kurangnya purata 10 kes buang bayi dilaporkan dalam tempoh sebulan sejak empat tahun lalu bermula 2018 hingga 2021 berdasarkan statistic terkumpul oleh. Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Siti Kamsiah Hassan berkata. Siti Kamsiah berkata, kes buang bayi di seluruh negara pada 2018 mencatatkan 128 kes diikuti 125 kes (2019), 104 kes (2020) dan 86 kes pada tahun lalu. Jumlah keseluruhan kes buang bayi bagi tempoh empat tahun itu adalah sebanyak 443 kes. Berdasarkan bahan bukti tersebut, memang jelaslah bahawa kes pembuangan bayi ini semakain berleluasa segingga kini dan perlu dihentikan dengan serta merta juga. Apakah yang harus dilakukan? Menggapa kes ini semakin meningkat? Apakah kesan buruk yang akan berlaku kepada mereka yang terlibat dalam kes pembuangan bayi? Semua ini mungkin akan terjawab sebentar nanti.
Apabila seseorang remaja Perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya Masyarakat setempat menghina dan memandang serong kepadanya. Secara tidak langsung, remaja Perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah keluarganya. Hal ini akan menyebabkan remaja Perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik dan hina oleh Masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakatuntuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. ikap Masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi ini berlaku. S LARANA MAGAZINE 6 PUNCA-PUNCA PEMBUNGAN BAYI Sifat ingin tahu remaja Faktor seterusnya adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikir bahawa mereka berfikir menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui buruk dan baiknya serta akibat yang mereka bakal terima. Sebagai remaja yang matang,mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Pengaruh rakan sebaya Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayidalam kalangan remaja berlaku. Rakan-rakan negatif tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara diluar Batasan agama dan norma Masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan haram, menghisap dadah, melepak dan melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan Perempuan dan sebagainya.remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negative tersebut, tanpa segan silu melakukan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.
LARANA MAGAZINE 6 PUNCA-PUNCA PEMBUNGAN BAYI Kurangnya Pendidikan Seksual dan Reproduksi: Pendidikan seksual yang kurang atau tidak memadai dapat menyebabkan kurangnya pemahaman tentang konsekuensi dari tindakan seksual dan kurangnya pengetahuan tentang kontrasepsi. Kurangnya pengetahuan dalam hal ini bisa mengakibatkan berbagai risiko kesehatan, seperti penyebaran penyakit menular seksual (PMS), kehamilan remaja yang tidak direncanakan, dan masalah kesehatan reproduksi lainnya. Pendidikan seksual yang komprehensif membantu orang-orang memahami pentingnya kesehatan reproduksi, mempromosikan perilaku yang aman dan sehat dalam hubungan, serta memberikan pengetahuan tentang kontrasepsi dan perlindungan dari PMS. Banyak negara masih menghadapi tantangan dalam menyediakan pendidikan seksual yang tepat dan menyeluruh di sekolah dan masyarakat. Ada upaya untuk meningkatkan hal ini dengan mengintegrasikan pendidikan seksual ke dalam kurikulum sekolah dan menyediakan sumber daya yang tepat kepada orang-orang untuk mendapatkan informasi yang akurat dan relevan. Kurang didikan agama Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kekurangan didikan agama merupakan punca utama dalam masalah pembuangan bayi ini. Biasanya golongan remaja yang kurang didikan agama merupakan golongan yang paling banyak menyumbang kepada masalah ini.Tambahan pula,remaja yang kurang didikan agama akan menyebabkan mereka tiada mempunyai perasaan tentang sikap bertanggungjawab dan akhirnya sanggup mengorbankan anak yang baru dilahirkan. Selain itu,didikan agama dalam sahsiah remaja amat penting kerana dapat mengawal sebarang tingkah laku mereka.Dengan adanya didikan agama, maka remaja akan bertindak secara rasional sebelum melakukan sesuatu malah mereka akan dapat membezakan sama ada perbuatan itu adalah baik atau buruk. Oleh itu, semua pihak perlulah bersikap menjaga tepi kain orang di sekeliling dan mengambil berat tentang isu ini supaya negara kita tidak dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi agama.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semasa melancarkan kempen pencegahan pembuangan bayi pada Ogos tahun lepas, menyatakan bahawa 1,010 kes dicatat sejak 2010 sehingga Mei 2019 dan bayi ditemui tidak bernyawa dalam 64% kes tersebut. Ini bermakna, setiap tiga sehingga empat hari, seorang bayi dibuang dan mungkin mati. Masalah pembuangan bayi sangat berkait rapat dengan pelbagai isu lain berkaitan remaja contohnya kehamilan remaja, pornografi, permulaan seksual yang awal dan aktiviti seksual yang meningkat dalam kalangan remaja. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia 2014 (MPFS-5) menunjukkan peningkatan daripada 2.2% (2004) kepada 4.8% (2014) dalam peratusan remaja yang terlibat dalam hubungan seksual, dan 35.3% pula terdedah kepada pornografi. Malaysia merekodkan sebanyak 256 kes pembuangan bayi sepanjang 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keprihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). ISU-ISU
5 LARANA MAGAZINE Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya sedaya upaya melaksanakan pelbagai inisiatif advokasi dan kesedaran bagi memupuk keperihatinan dalam kalangan masyarakat terhadap kesihatan reproduktif melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). “Usaha ini adalah untuk membantu orang awam khususnya remaja, untuk mengelakkan diri mereka daripada terjerumus ke kancah masalah sosial seperti mengandung di luar nikah dan sebagainya,” katanya di Dewan Negara hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Amir Md Ghazali yang mahu tahu berapa bilangan kes buang bayi direkodkan sepanjang tahun 2020 hingga 2022 dan apakah rancangan kementerian untuk mengatasi isu pergaulan bebas. Sementara itu Nancy berkata, LPPKN telah melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, atau PEKERTI telah dibangunkan sejak tahun 2009 dan telah dikemaskini pada tahun 2022. “Dasar PEKERTI ini bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran semuapihakberkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab, dan resilien atau ketahanan serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sejahtera,” ujarnya.
KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI Kesan terhadap ibu bayi Kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Majoritinya,mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri,dan juga masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi undang-undang, agama, dan negara. PA G E F O U R| J O U R N E Y
KESAN-KESAN PEMBUANGAN BAYI Kesan terhadap institusi kekeluargaan Berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Kesan terhadap masyarakat: Kes pembuangan bayi yangberlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini.“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat terpaksa menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung keskes seperti ini daripada berlaku. PA G E F IVE | J O U R N E Y
ISU KESAN PEMBUANGAN BAYI Data menunjukkan insiden golongan remaja merupakan kelompok majoriti yang sering terlibat dalam masalah pembuangan bayi, berpunca daripada kehamilan luar nikah. Masyarakat sering melihat dan menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Naratifnya golongan wanita atau remaja perempuan sering kali dilabelkan sebagai pesalah kepada masalah yang berlaku. Pada hakikatnya masalah ini berpunca daripada kedua-dua pihak pelaku. Antara kesan yang sering berlaku ialah kemurungan, hilang keyakinan diri, emosi yang tidak stabil dan tidak lagi mampu memberi fokus kepada kehidupan seharian mereka. Kajian juga mengesahkan masalah pembuangan bayi ini mendatangkan kesan teruk kepada pelaku dan juga keluarga pelaku. Secara psikologi dan sokongan sosial mereka ini boleh dikatakan hilang kesemuanya. Ada di antara mereka diberhentikan sekolah, disisihkan oleh rakan dan keluarga yang tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/buang-bayi-perlu-undangundang-lebih-berat-pendidikan-seks-komprehensif-347190 PA G E T H RE E | J O U R N E Y
Berdasarkan rekod siasatan PDRM, kes buang bayi ini terjadi kerana faktor pertama kehamilan luar nikah bermakna mangsa atau suspek yang mengandung dan membuang bayi ini, kebanyakan mereka terjebak dengan seks di luar perkahwinan yang menyebabkan mengandung, tidak bersedia serta tanpa pengetahuan keluarga. Jadi untuk mengelak daripada keluarga tahu serta panik semasa sudah hampir bersalin, itu yang dia mahu lupuskan buktinya. Mereka mahu lupus bukti kerana takut diketahui orang ramai terutama ahli keluarga sehingga tergamak membuang bayi itu. Mengambil tindakan secara tanpa berfikir panjang pada masa itu ditambah dengan situasi panik, beranak dan sebagainya. Selaij itu,jika dilihat pada lokasi pembuangan bayi, kebiasaannya si pelaku akan mencari lokasi yang betul-betul orang tidak nampak seperti tempat pembuangan sampah, kumbahan, tepi longkang serta tempat yang tiada rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV) agar bukti dapat dilupuskan terus. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/923248/jenayah-buangbayi-masih-berleluasa ISU KESAN PEMBUANGAN BAYI PA G E T H RE E | J O U R N E Y
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAHKAN PEMBUANGAN BAYI MENINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG AKIBAT NEGATIF PEMBUANGAN BAYI Melalui penggunaan media sosial, pengajaran di sekolah, dan kempen kesedaran awam Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang bahaya dan akibat negatif pembuangan bayi, termasuk risiko kesehatan dan dampak emosional yang dialami oleh ibu dan bayi tersebut.Hal ini boleh mencegahkan Agar masyarakat mengambil peran aktif dalam mencegah pembuangan bayi dengan melaporkan kasus-kasus kejadian dan memberikan sokongan kepada ibu muda yang memerlukan. Dengan ini, Kita dapat menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram untuk mempromosikan kampanye kesedaran tentang pembuangan bayi dengan menggunakan imej grafik, fakta menarik, dan cerita yang menggugah emosi. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL UNTUK WANITA YANG HAMIL DI LUAR NIKAH ATAU MEMILIKI KRISIS KEHAMILAN. Dengan ini, pihak Kerajaan dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang bahaya dan akibat negatif pembuangan bayi, termasuk risiko kesehatan dan dampak emosional yang dialami oleh ibu dan bayi tersebut. Sebagai contoh, pihak Kerajaan boleh menganjurkan Kempen kesedaran awam. Kempen tersebut dilakukan melalui di media massa, billboard, dan poster di tempat-tempat strategis.Selain itu, Kerajaan juga boleh mengadakan acara seperti forum, seminar, atau bengkel bagi masyarakat umum untuk membincangkan isu pembuangan bayi. PA G E S EVE N | J O U R N E Y
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAHKAN PEMBUANGAN BAYI MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG YANG KETAT DAN MEMBERIKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PELAKU PEMBUANGAN BAYI. Undang-undang yang ketat dan hukuman berat dapat menjadi bentuk perlindungan bagi nyawa bayi yang tidak bersalah. Mereka merupakan langkah penting dalam memastikan bahwa bayi-bayi yang terbuang memiliki hak untuk hidup dan mendapatkan perlindungan hukum yang layak.Pihak Kerajaan harus meningkatkan pemantauan dan penegakan hukum terhadap kasus-kasus pembuangan bayi. Hal ini dapat dilakukan melalui kerjasama antara lembaga penegak hukum, seperti polisi dan pengadilan, serta pemberian sumber daya yang diperlukan bagi mereka dalam mendapatkan bukti dan memastikan bahwa pelaku diadili dengan tegas. PA G E S IX | J O U R N E Y MENAWARKAN TEMPAT PERLINDUNGAN DAN BANTUAN SEPERTI RUMAH PERLINDUNGAN AMAL DAN PUSAT KEBAJIKAN UNTUK IBU MUDA TERLANTAR. Pihak tempatan menawarkan tempat perlindungan dan bantuan seperti Rumah Perlindungan Amal dan pusat kebajikan untuk ibu muda terlantar kerana mereka prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan ibu muda tersebut. Tujuannya adalah untuk menyediakan lingkungan yang selamat dan sokongan yang diperlukan bagi mereka agar mereka dapat mendapatkan bantuan dalam aspek kehidupan harian dan pemululihan. Mereka membina dan menguruskan Rumah Perlindungan Amal yang menyediakan tempat tinggal sementara, makanan, dan keperluan asas. Pusat kebajikan pula menyediakan sokongan emosi, bimbingan, latihan kemahiran, dan bantuan dalam mencari pekerjaan. Semua ini bertujuan untuk memberi perlindungan, sokongan, dan peluang pemulihan kepada ibu muda terlantar.
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAHKAN PEMBUANGAN BAYI MENINGKATKAN KERJASAMA DENGAN KELUARGA, KOMUNITI, DAN ORGANISASI BUKAN KERAJAAN UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA IBU MUDA DAN MEMBANTU MENCEGAH PEMBUANGAN BAYI Kerjasama ini dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh ibu muda dan kepentingan mencegah pembuangan bayi. Ini akan membantu mengurangkan stigma sosial dan menggalakkan pemahaman serta empati dalam masyarakat. Contohnya, Berkerjasama dengan organisasi bukan kerajaan yang terlibat dalam membantu ibu muda. Berkongsi sumber daya, seperti pengedar makanan bayi, pakaian bayi, dan peralatan ibu, dapat membantu meningkatkan sokongan kepada ibu muda yang memerlukan. Dengan meningkatkan kerjasama dengan keluarga, komuniti, dan organisasi bukan kerajaan, kita dapat memberikan sokongan yang holistik kepada ibu muda dan mencegah pembuangan bayi. PA G E S EVE N | J O U R N E Y
Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat pelbagai informasi berkenaan gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa yang patut menunding jari kepada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Menurut Hall (1904),usia remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan ,kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja, mereka patut membantu golongan remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan negatif. Sekiranya mengabaikan dan tidak peduli kepada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. KESIMPULAN
Sebagai contohnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa golongan yang menjadi fokus dan sasaran utama sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti adalah golongan remaja atau muda-mudi. Kita harus sedar dan yakin bahawa cara tindakan menyelesaikan masalah mengikut pendekatan agama lebih berkesan dan berterusan memberikan ketenangan kepada golongan remaja berbanding dengan cara tindakan umum atau tidak menggunakan pendekatan agama. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat juga perlu bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja. Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu-padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan kes pembuangan bayi semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah ini. KESIMPULAN
Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar untuk diubati, secara tidak langsung akan mencemarkan nama negara di mata dunia. Tambahan pula, akan menggaggu pembangunan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerana golongan remaja dan muda-mudi yang akan menentukan arah dan merialisasikan misi tersebut kerana mereka merupakan pewaris negara pada masa akan datang. KESIMPULAN
LatihanPengukuhan
https://nasihatdarihati.wordpress.com/ pembuangan-bayi/ https://www.scribd.com/doc/59183377/ kes-pembuangan-bayi https://www.slideshare.net/arranaim/pe mbuangan-bayi-14662250 https://www.kosmo.com.my/2023/06/2 7/dewan-negara-256-kes-buang-bayidirekodkan-sehingga2022/#:~:text=Nancy%20Shukri.,Polis%2 0Diraja%20Malaysia%20(PDRM) https://mypositiveparenting.org/ms/20 20/03/18/pembuangan-bayi-masalahsosial-serius/ Khoo Kay Kim dan Alias Mohammed. 1937. Masalah Sosial Dan Politik Di Malaysia. Kuala Lumpur: Gateway Kamus Dewan Edisi 4. 2005. Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nur Syahidah binti Abdul Jalil. 2015. Menangani Zina dan Pembuangan Bayi. Penerbit Kim. Link Buku Rujukan
E-Book ini menjelaskan salah satu isu terhangat di Malaysia iaitu isu pembungan bayi. Hal ini telah dibuktikan daripada peristiwa benar. Dalam proses penyatupaduan ini, masayarakat telah menghadapi cabaran-cabaran seperti perbezaan unsur agama. Salah satu usaha memebentuk kesepaduan termasuklah masyarakat haruslah menjaga dan mempertahankan agama masing-masing yang telah diwarisi. E-Book ini juga mengemukakan kejayaan Malaysia sebagai masyarakat majmuk SINOPSIS
terima kasih