The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR ASIRA BINTI NORDIN Moe, 2020-05-01 23:33:27

SINOPSIS - NOVEL SEJAMBAK BAKTI

SINOPSIS - NOVEL SEJAMBAK BAKTI

Sinopsis

“SEJAMBAK BAKTI”

REJAB F.I

BAB 1

• Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan
telah ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu,
terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga
pengarah sedang sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar
dan baik. Sebagai ahli lembaga pengarah yang bertugas sebagai
jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki yang cuba mencuri
sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan memberitahu
ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat lembaga
pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai
pembantu kedai juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.

BAB 2

• Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan,
mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid dan
empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat
orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi
Pengerusi Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan
Koperasi turut hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada
Razali kerana dipilih sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua,
penubuhan koperasi sekolah bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat
cermat dan menolong diri sendiri dan antara ahli. Beliau menyeru supaya
semua ahli lembaga pengarah dapat menjalankan tugas dengan penuh
amanah.

• Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang lalu, iaitu
pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua, koperasi
akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis,
pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah
bilik bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan
sebulat suara

BAB 3

• Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong
setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia merungut
kepada kawannya Leong dan Silvam. Sebagai ahli lembaga
pengarah, mereka berasa tidak puas hati atas kemenangan Razali
dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak Ramlah
sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat,
Munir cemburu dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.

BAB 4

• Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga pengarah
sibuk melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa
Munir, Silvam dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai
koperasi itu. Swee Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa
menggantikan tugas mereka. Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap
Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan barangan yang hendak
dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan bilik
bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong
telah memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas
barangan yang akan dijual di koperasi itu. Mereka juga mendapat
bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke kedai buku dengan
potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.

BAB 5

• Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton
tayangan gambar. Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya
menolak ajakan itu. Munir berasa marah dan menganggap bahawa
Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia ingin
mengajar Razali.

• Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang
menyusun rak buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk
surat kepadanya. Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada
Razali. Razali menegur Munir. Munir, Leong dan Silvam
meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga memberitahukan hal
itu kepada Cikgu Zulkifli.

BAB 6

• Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan beberapa orang ahli
lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam . Sebaliknya
Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk mengemaskan
bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi
Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah telah
memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca
itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola
di padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau
keluar dari padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati
Munir agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah. Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga
memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah
lagi. Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.

BAB 7

• Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi ,
Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik
baca. Beliau memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua
ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu. Dalam ucapan, beliau
berharap agar koperasi sekolah dapat menyemaikan minat
berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan
generasi muda.

BAB 8

• Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan
telah membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli
perniagaan, tetapi Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya
Cikgu Saiful menahan Munir di dalam kelas untuk menyalin semua
catat sebelum pulang. Ramlah, Swee Lan, Saridevi, dan Rozita
hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang kaji tentang prinsip
akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak Ramlah dan
kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang
masam.

BAB 9

• Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan kawan-
kawannya disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra.
Mak Sopiah menjemput mereka masuk ke dalam rumah.
Bagaimanapun Razali mengajak mereka mengulang kaji di pondok
yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ sungguh nyaman
dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman dan pisang
goreng untuk mereka di pondok itu.

BAB 10

• Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu Muniam
selaku guru kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta
Munir memberikan penjelasan tentang sikapnya yang suka
mengganggu pelajar lain di dalam kelas dan selalu ponteng ketika
menjalankan tugas di kedai koperasi. Munir tidak mengakui
tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak akan
berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan
sedar akan kesalahannya.

BAB 11

• Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal
lalu singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali.
Mereka menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali,
mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan
mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu,
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah
mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu
kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat demikian kerana
takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.

BAB 12

• Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat
keadaan anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir
terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang.
Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan
Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh
dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya.
Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang
terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali
terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya.
Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang
ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.

BAB 13

• Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik pengetua
kerana terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali.
Setelah disoal siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk
merotan Munir, Leong dan Silvam di dalam bilik pengetua.

BAB 14

• Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk
menyertai kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah
koperasi sekolah yang lain telah memberikan ucapan tahniah
kepada Razali. Pada suatu petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah,
Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di stesen bas untuk
menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.

BAB 15

• Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi
sekolah Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama,
Petaling Jaya selama satu minggu. Penceramah itu telah
menyatakan bahawa generasi muda harus menyedari peranan
koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di
negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke
Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan
tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur. Razali berasa amat
terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia
kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.

BAB 16

• Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula. Dalam
mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan
ringkas tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu.
Cikgu Syamsudin juga mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka
akan menyertai pertandingan untuk memilih koperasi yang maju,
berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan oleh Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan
cadangan supaya mereka masuk pertandingan itu. Akhirnya semua
ahli lembaga pengarah bersetuju atas cadangan itu. Cikgu Hassan
mengharapkan semua ahli lembaga pengarah berusaha dan
menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi mereka pada
tahun itu.

BAB 17

• Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua ahli
lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal
ternakan ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru
penasihat mahupun pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk
mengemaskan kedai koperasi mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan
Silvam ada di padang untuk bermain bola tanpa menjalankan tugas
mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam balik ke kedai
koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat anak kunci
terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu. Setelah itu,
mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali menjadi
tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat
sesuatu terhadap Razali lagi.

BAB 18

• Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan
menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali
membuka pintu kedai koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-
kawannya terkejut kerana semua barangan jualan mereka
bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga dicuri orang.
Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu
Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu
kepada pengetua dan pihak polis.

BAB 19

• Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi sekolah
untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak
ada kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali
dan pengetua memiliki kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu
Zulkifli telah dibawa ke balai polis untuk membuat siasatan lanjut.
Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak percaya bahawa
Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah
membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. Cikgu
Zulkifli, Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan
pengetua tentang kes itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka
cuba merangkap pencuri itu. Mereka bimbang bahawa kes itu akan
mengganggu persiapan mereka untuk masuk pertandingan.

BAB 20

• Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan Leong
menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak
Zakaria bahawa Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi
sekolah sehingga disiasat oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah
akan peristiwa . Apabila ternampak kepulangan Razali, Pak Zakaria
yang berada di beranda terus memarahi Razali sebagai pencuri
yang memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari
rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia
percaya kata-kata Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali
dihalau, dia akan mengikut Razali keluar dari rumah itu juga.
Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu
menunggangnya dengan tergesa-gesa.

BAB 21

• Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari
ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang
malang. Dia tidak tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung
tenang fitnah yang dilemparkan terhadapnya. Mak Sopiah cuba
menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali meminta ibunya
supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan
merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap
enggan memberitahu Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu
membangkit peristiwa pahit pada masa dahulu. Razali memeluk
ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati ibunya
lagi.

BAB 22

• Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu oleh SweeLan
danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu
Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan
untuk memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu
Hassan berjaya mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu,
iaitu Munir. Dari beg sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang
sama dengan nombor kunci kedai koperasi mereka dan sehelai wang
kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ seperti yang ditulis oleh Cikgu
Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan Munir. Ketika ditanya
oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah menceroboh
kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang
sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk
menghukum Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-
guru disiplin untuk menentukan hukuman yang sepatutnya.

BAB 23

• Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir
akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua
ibu bapa Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran
dengan harapan disiplin Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah
mengumumkan kesalahan yang dilakukan oleh Munir. Munir akan
dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung persekolahannya
selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir
menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali
mengangguk-angguk lalu memeluk tubuh Munir. Mereka
berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua warga sekolah
terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya
peristiwa itu sebagai pengajaran.

BAB 24

• Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah
Razali. Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan
Mak Sopiah. Dia mengakui kesalahannya dan membuat fitnah
sehingga menjejaskan nama baik keluarga Razali. Pak Zakaria
memaafkan Munir yang telah insaf akan kesalahannya. Selain itu,
Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh
mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin
menjelang. Razali tidak keberatan untuk membantu Munir dalam
pelajaran. Munir terharu atas budi Razali dan merasai dirinya
menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat
seorang sahabat baharu.

BAB 25

• Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari
ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun dan sebagainya di
kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan ayam telur dan bilik
bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.

• Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berbaris
dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri hadir bersama,
termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas. Jabatan Pembangunan
Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan seterusnya menyampaikan hadiah.
Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan berjaya menjadi johan dalam Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada
tahun itu. Razali dipilih untuk menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan
pelajar bertepuk tangan dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli
lembaga pengarah dan diarak mengelilingi perhimpunan itu.

• Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria ternampak seorang lelaki
tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka bersalaman. Cikgu Syamsudin
berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu. Beliau segera menjemput mereka ke
bilik pejabatnya, termasuk pengarah.

BAB 26

• Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli , dia tinggal di
Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang polis di
kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya. Kira-kira 16
tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan meninggalkan anak lelaki .
Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas itu, Pak Zakaria telah mengambil
Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak
Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik
ke Melaka dan berkahwin dengan seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini,
Pak Ramli tidak tahu tempat Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan
bahawa dia tidak mahu memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut
Razali akan meninggalkannya.

• Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali diberitahu bahawa ayah
yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang berada di bilik itu. Setelah
mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera menerpa dan mencium tangan Pak
Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah saudaranya. Mereka tersenyum riang
melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri
mengatakan bahawa sungguh besar jasa koperasi sekolah kerana dapat
mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya bersempena dengan kejayaan
koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang dicari-carinya selama ini.
Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.


Click to View FlipBook Version