SAYANGI DIRI
SELF-LOVE
“MINDA SIHAT: EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA”
BICARA CIKGU ROA
TIPS SAYANGI DIRI
• UTAMAKAN DIRI SENDIRI
• MELAKUKAN DAN MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK DIRI
SENDIRI
• JANGAN BANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN
• MEMAAFKAN DIRI SENDIRI
• SELF– REWARD
• BERSYUKUR
A. UTAMAKAN DIRI SENDIRI
• Apabila anda mengutamakan diri sendiri, anda
dianggap sebagai mementingkan diri sendiri.
• Sebenarnya mendahulukan diri sendiri dan
mementingkan diri dua perkara yang berbeza.
• Ketahuilah apabila anda mengutamakan diri sendiri
kehidupan anda menjadi lebih BAHAGIA dan
MEMBERI MANFAAT kepada orang di sekeliling anda.
B. MELAKUKAN DAN MEMBERI
YANG TERBAIK UNTUK DIRI SENDIRI
• Sentiasalah melakukan yang terbaik dan memberikan
kasih sayang untuk diri sendiri.
• Sekali sekala, dapatkan sesuatu yang kita inginkan
tanpa terlalu berkira dengan menggunakan
wang ringgit.
• Kita akan menjadi lebih gembira jika melakukan yang
terbaik untuk diri sendiri.
C. JANGAN BANDINGKAN DIRI
KITA DENGAN ORANG LAIN
• Kenapa kita membuatkan diri sendiri tertekan
dengan perkara yang tidak perlu
• Sedangkan kita boleh terus menggilap bakat atau
kemahiran yang kita ada.
• Namun, jika ingin membuat perbandingan, biarlah
perbandingan itu memberikan semangat untuk kita
lebih sayangi diri sendiri.
D. MAAFKAN DIRI SENDIRI
• Setiap manusia tidak terlepas dari melakukan
kesalahan sama ada kesalahan besar atau kecil.
• Namun, kita tidak perlu meratapi kesalahan diri kita
sehingga enggan memaafkan diri sendiri.
• Rendahkan ego agar kita mengaku kesalahan dan
sentiasa memaafkan diri sendiri dan mengubah
kesalahan atau keadaan kita kepada sesuatu yang
lebih baik.
E. SEFT-REWARD
• Apabila anda berusaha melakukan sesuatu dan usaha
anda berjaya jangan berharap orang disekeliling anda
melihat usaha dan memberikan ganjaran
• Situasi ini adalah salah, anda tidak perlu mengharapkan
orang lain untuk melihat dan memberikan ganjaran
tersebut.
• Sebaliknya berilah penghargaan kepada diri anda sendiri
kerana kebahagiaan bergantung kepada diri sendiri dan
membuatkan anda gembira.
•
F. BERSYUKUR
• Bersyukurlah dengan apa yang anda miliki.
• Lafazkan kalimah ALHAMDULILLAH di bibir setiap
saat.
• Syukur itu menjadikan anda bahagia.
• Rasa Syukur adalah tanda dari jiwa yang suci dan
mulia.
SAYANGILAH DIRI SENDIRI AGAR
KEBAHAGIAAN AKAN ANDA KECAPI
DAN NIKMATI. JOM MENCINTAI DIRI
SENDIRI, JIKA BUKAN ANDA SENDIRI,
SIAPA LAGI?
LOVE, LOVE, LOVE,LOVE
SEMOGA PERKONGSIAN INI
BERMANFAAT
SEKIAN TERIMA KASIH